KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/10/07

PEMBELI TAMAN SENAWANG JAYA TAGIH JANJI KERAJAAN







Pemerhatian Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan pada 10 Mei 2007 mendapati pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban sudah terhenti sejak sekian lama. Malah papan kenyataan projek tersebut yang terletak di tengah-tengah pekan Senawang hampir roboh. Tiada nampak tanda-tanda kerja pemulihan projek sedang berjalan. Justeru itu AMKNS merasakan kesal yang amat sangat dengan janji demi janji yang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap pembeli yang kecewa menantikan hampir 24 tahun untuk projek perumahan yang sekangkang kera ini untuk disiapkan.

Menurut papan kenyataan projek kerja pembersihan ialah antara 15 Mei 2006 hingga 15 Jun 2006. AMKNS mendapati kawasan tersebut telah dipenuhi semula semak samun dan belukar yang hampir menutupi kawasan tersebut.

AMKNS menggesa agar Wakil Rakyat di kawasan Senawang iaitu YB Dato’Woo Ah Lek yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri mengambil serius perkara ini serta memantau pemulihan projek perumahan terbengkalai dari masa ke semasa.

FAKTA DARI PAPAN KENYATAAN PROJEK :
SATU LAGI PEMULIHAN PROJEK OLEH SPNB UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL
PROJEK : CADANGAN PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI 96 UNIT RUMAH TERES 1 TINGKAT, TAMAN SENAWANG JAYA FASA 1C DIATAS LOT ………
UNTUK TETUAN : SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

FAKTA DARI MEDIA RASMI :
- Projek rumah terbengkalai di Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban.
- 87 pembeli menunggu hampir 24 tahun untuk rumah mereka disiapkan.
- Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983.
- Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983
- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Woo Ah Lek berkata, pihak kerajaan akan memberi suntikan modal sebanyak RM2.5 juta untuk membolehkan projek itu dibangunkan semula.
- Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata segala kos termasuk kos penyelenggaraan membaik pulih kedua-dua projek itu akan ditanggung oleh SPNB dan kerajaan.
- Pengurus Besar (Pelaksanaan Projek) SPNB Ahmad Azizi Ali berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)bertanggungjawab mengambil alih projek di Taman Senawang Jaya Fasa 1 C dengan anggaran kos antara RM6 juta dan RM7 juta.
- Pembeli tidak akan dikenakan kos tambahan.

Siapa Wakil Rakyat di Taman Senawang Jaya ?
DUN N24 SENAWANG (14,257)
Melayu: 24% Cina: 56% India: 17% Lain: 3%
WAKIL RAKYAT : YB Dato’Woo Ah Lek
Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tel 06 – 763 3454 (T) 06 – 765 9503 (P) 06 – 601 2789 (R)
H/p 019 – 661 6789
Faks 06 – 762 7601
Email ybwoo@sukns.gov.my

PARLIMEN P130 RASAH (65,107)
Melayu: 26% Cina: 51% India: 20% Lain: 3%
AHLI PARLIMEN : YB Dato' Goh Siow Huat
Lot 2736 Taman Sea, 70100 Seremban
Tel 06 – 6317863 (P) 06 – 6316518 (R)
H/p 019 – 6500212

Pembeli boleh mengemukakan aduan kepada Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan AMKNS di talian 016-2862481 atau melalui e-mel amk_ns@yahoo.com . Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

*****************************************************
KOSMO 2 Jun 2005
Projek Taman Senawang Jaya disambung semula hujung tahun ini . KUALA LUMPUR - Masalah projek rumah terbengkalai di Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban dijangka selesai tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Woo Ah Lek, pihaknya dalam proses terakhir menunggu kelulusan suntikan modal baru untuk memulakan semula projek tersebut.

Beliau mengulas laporan KOSMO! semalam mengenai rintihan 87 pembeli yang menunggu hampir 22 tahun untuk rumah mereka disiapkan, malangnya sehingga hari ini masih belum menjadi kenyataan.

Semasa membeli rumah di taman itu pada tahun 1983, salah seorang pembeli, Abu Bakar Md. Top, 57, membayangkan akan menduduki rumah teres setingkat itu dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini projek perumahan sebanyak 96 unit itu masih terbengkalai.

Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983. Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983.

Ah Lek berkata, pihak kerajaan akan memberi suntikan modal sebanyak RM2.5 juta untuk membolehkan projek itu dibangunkan semula setelah lebih dua dekad terbengkalai.

Menurutnya, baki projek akan diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dijangka siap dalam masa lapan hingga 12 bulan selepas projek dimulakan.
http://www.hba.org.my/news/2005/605/projek_taman.htm

*****************************************************
BERITA HARIAN 12 Ogos 2005
Dua projek perumahan di negeri ini yang terbengkalai sejak lebih 20 tahun lalu, iaitu Taman Pelangi di Sikamat dan Taman Senawang Jaya Fasa 2C, Senawang, dekat sini akan diambil alih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata segala kos termasuk kos penyelenggaraan membaik pulih kedua-dua projek itu akan ditanggung oleh SPNB dan kerajaan.
http://www.hba.org.my/news/2005/805/spnb.htm

*****************************************************
BERNAMA 29 Jun 2006
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan mengadakan majlis penerangan dan menandatangani Surat Akujanji bagi projek perumahan terbengkalai Taman Senawang Jaya (Fasa 1C), Seremban, di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di sini, mulai pukul 9 pagi, Sabtu ini.

Menurut kenyataan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu, hari ini majlis berkenaan dijangka turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senawang Datuk Woo Ah Lek.

SPNB diarah oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil alih dan membaik pulih 96 unit rumah teres satu tingkat taman perumahan itu yang kerja-kerja pembinaannya dihentikan sejak hujung 1983.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=205716

*****************************************************
BERNAMA 1 Julai 2006
SPNB Baikpulih 62 Projek Rumah Terbengkalai
SEREMBAN, 1 Julai (Bernama) -- Pengurus Besar (Pelaksanaan Projek) SPNB Ahmad Azizi Ali berkata sembilan projek berkenaan dibiayai sepenuhnya melalui bantuan kewangan daripada kerajaan pusat.

"SPNB kini giat membaikpulih 12 projek perumahan yang dikenalpasti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan kos sama," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan dan menandatangani Akujanji Projek Perumahan Taman Senawang Jaya Fasa 1C di sini hari Sabtu.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Woo Ah Lek.

Sementara itu, beliau berkata SPNB bertanggungjawab mengambil alih projek di Taman Senawang Jaya Fasa 1 C yang terbengkalai sejak 23 tahun lepas dengan anggaran kos antara RM6 juta dan RM7 juta.

Katanya projek itu akan dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat bulan dari sekarang apabila selesai urusan dokumentasi dengan bank dan penilaian rumah.

Pembeli juga tidak akan dikenakan kos tambahan, kata Ahmad Azizi.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=206091