CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

8/19/07

Proton Persona, memang berbaloi, ini faktanya

Dari Blog Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com/2007/08/proton-persona-memang-berbaloi-ini.html

Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh pengkritik kereta yang professional sekiranya ada teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang terbaik ialah di http://paultan.org . Paultan akan memberikan gambaran awal model sesebuah kereta berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan katakan tidak.

Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.

Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan kecil.

Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.

Pendek kata model Proton Persona ini banyak kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.

Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi untuk survival mereka dan survival Proton, juga survival negara.

Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu, kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton , menggunakan modal mereka sendiri.

Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik. Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan tidak baik.

Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton. Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atau di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 , 06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana pengedar seluruh negara.

Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.