KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/07

Wakil Rakyat dapat surat minta dia cepat mati

Adun Pandamaran dapat surat layang minta cepat mati.
Berita Harian Isnin 30 April 2007 Edisi Sentral C6 – KLANG : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pandamaran, Datuk Teh Kim Poh mendedahkan mendapat surat layang yang mahukan beliau mati cepat supaya diadakan pilihan raya kecil dan barulah kerajaan menjalankan banyak projek pembangunan di kawasan itu.

Teh mendakwa, surat layang itu ditulis penduduk setinggan yang kecewa apabila Majlis Perbandaran Klang (MPK) dikatakan lambat menjalankan projek pembangunan dan lambat memberi kelulusan kepada pihak swasta yang mahu menjalankan pelbagai projek.

“Ketika berkempen pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, saya menerima surat layang yang mahu Adun kawasan Pandamaran mati cepat supaya ada pilihan raya kecil dan kerajaan akan mengagihkan pembangunan di kawasan ini,” katanya pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPK di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Teh mahu MPK mempercepatkan kelulusan sebarang projek pembangunan yang mahu dibangunkan syarikat swasta untuk mengelak timbul dakwaan yang menuduh kerajaan tidak peka dengan kehendak rakyat.

“Saya berharap MPK akan segera meluluskan apa juga projek pembangunan oleh swasta seperti melaksanakan projek perumahan agar tanggapan sedemikian tidak wujud yang boleh menjejaskan kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Teh mahu MPK bertindak tegas terhadap premis kedai besi terpakai dan lusuh yang tidak berlesen yang didakwanya menjadi pendorong berlakunya banyak kejadian curi besi milik kerajaan, swasta dan juga individu.

Ahli Majlis, Samak Ahmad pula berkata, jenayah mencuri besi bukan saja dilakukan orang dewasa tetapi juga di kalangan pelajar sekolah dan warga emas yang menjual barang curi itu kepada pembeli besi buruk dan lusuh.

“Masalah ini sudah lama dibincangkan dalam mesyuarat, tetapi hingga sekarang bukan saja masih belum dapat diatasi sebaliknya bilangan premis membeli barang lusuh semakin bertambah,” katanya.

(Layari Blog Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com )

Direktori Wakil Rakyat Negeri Sembilan dari laman web Kerajaan Negeri Sembilan http://www.sukns.gov.my

SENARAI NAMA PENUH DAN ALAMAT DEWAN UNDANGAN NEGERI,
AHLI PARLIMEN DAN SENATOR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

DUN LABU
YB Dato’ Haji Muhammad Shahlan B Haji Shaid
D.S.N.S.,D.N.S.,J.P.,P.M.C.,P.J.K.,
No 41 Rumah Rakyat Labu Batu 10
71900 Seremban
Tel 06 – 791 1534 (R)
H/p 019 – 621 1999

DUN LUKUT
YB Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam D.S.N.S.,
Pusat Hemodialisis Mawar
71 Jalan Rasah
70300 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan &
Perindustrian (Operasi)
Tel 06 – 765 2376 (P) 06 – 765 2377 (P) 06 – 647 4069 (R)
H/p 012–612 5555
Faks 06 – 765 2378

DUN TEMIANG
YB Dato' Lee Yuen Fong D.S.N.S.,
No. 436, Tingkat 1,
Jalan Temiang,
70200 Seremban.
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tenaga, Air &
Komunikasi
Tel 06 – 764 9925 (P)
H/p 012 – 618 3111
Faks 06 – 764 9925

DUN LENGGENG
YB Dato' Ishak bin Ismail
D.S.N.S.,K.M.N.,A.M.N., J.P.
Pejabat UMNO Bhg. Seremban.
16/17 Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban
Tel 06 – 232 8484 (R)
H/p 019 – 656 0245
Faks 06 – 7618662

DUN CHENNAH
YB MEJ (B) Dato' Lim Yong @ Lim Chen DSNS,PMC,PJK
No. 66, Jalan Moyang Salleh
Kuala Klawang, 71600 Jelebu
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Hal
Ehwal Pengguna, Perladangan & Komoditi
Tel 06 – 6136081 (R)
H/p 019 – 6210333
Faks 06 – 6136081

DUN REPAH
YB Dato' Garry Gan Chin Yap DSNS,J.P
No. 646, Taman Clonlee
73000 Tampin.
Tel 06 – 441 1626(R)
H/p 012 – 638 5500
Faks 06 – 441 3031

DUN SERI MENANTI
YB Dato’ Hj.Ibrahim Bin Jahaya
DSNS,AMN,PPT,JP,ANS,PMC,PJK,
No.127, Kampung Tengah Ulu
71500 Tanjung Ipoh
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan
Industri Asas Tani
Tel 06 – 4889135 (P) 06 – 4887240 (R)
H/p 013 – 6206815
Faks 06 – 4889323

DUN RAHANG
YB Dato’ Yip Chee Kiong DSNS,JP,ANS, PJK
No. 59, Tingkat 1,
Taman Dato’ Raja Md Hanifah
Jalan Rasah
70300 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan,
Kewangan, Tanah & Sumber Asli (Operasi)
Tel 06 – 7677742 (P) 06 – 7632296 (R)
H/p 012 – 6813350
Faks 06 – 7678728

DUN JERAM PADANG
YB Dato' Dr. L. Krishnan DSNS,KMN,AMN,DNS,PMC
No. 201, Jalan Sejahtera 5
Taman ACBE
72100 Bahau
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar,
Sumber Manusia & Pengaduan Awam
Tel 06 – 4543406 (R)
H/p 019 – 6618180
Faks 06 – 454 5407

DUN SUNGAI LUI
YB Tuan Zainal Abidin B Ahmad
No. 191, Felda Lui Barat
72120 Bahau
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan,
Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan
(Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
Tel 06 – 4676181 (P) 06 – 4676432 (R)
H/p 013 – 3974772

DUN KLAWANG
YB Tuan Jalaludin B Haji Alias DNS
Pejabat ADUN Klawang
Bgn. Pertubuhan Peladang Kaw. Jelebu
Jln.Dato’ Menteri,71600 Kuala Klawang.
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia & Sukan
Tel 06 – 6136507 (P) 06 – 6775555 (R)
H/p 019 – 2229044
Faks 06 – 6136537

DUN PALONG
YB Tuan Aziz B Samsudin JP, ANS,PJK,
No. 125 Felda Palong 11, Blok 7
73430 Gemas
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan
Luar Bandar & Wilayah (Operasi)
Tel 06 – 4665603 (R)
H/p 013 – 2510000
Faks 06 – 4665603

DUN SIKAMAT
YB Datuk Haji Md Yusop B Harmain Shah
DMSM,KMN,AMN,BKT,ANS,PJK
No. 262, Rumah Rakyat Panchur
70400 Seremban
Tel 06 – 767 0188(P) 06 – 677 2291(R)
H/p 019 – 6214428 / 019 – 6608509
Faks 06 – 6608509

DUN JUASSEH
YB Tuan Mohammad Razi B Kail
No. 9441, Jalan Kekwa 8
Taman Guru Melayu
70450 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan,
Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan
(Penerangan)
Tel 06 – 498 3301(P) 06 – 678 9291(R)
H/p 019 – 661 5890

DUN JOHOL
YB Dato’ Roslan B Md Yusof JP,PMC
No. 6, Kampung Berambai
73100 Johol
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains,
Teknologi dan Innovasi
Tel 06 – 436 7502(P) 06 – 436 9694(R)
H/p 013 – 397 9694

DUN BUKIT KEPAYANG
YB Tuan Chan Khee Voon ANS
657 1st Floor, Jalan Haruan 4/10
Oakland Commercial Centre
70300 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengangkutan
Awam & Pembangunan Koperasi
Tel 06 – 633 5675(P)
Faks 06 – 631 5658
H/p 012 – 618 9133 , 012 – 233 9133

DUN PAROI
YB Puan Bibi Sharliza Bt Haji Mohd Khalid
56-1 Jalan Taman Komersil Senawang 7,
Taman Komersil Senawang,
70450 Seremban.
Tel 06 – 678 9696 (P) 06 – 4841514 (R)
Faks 06 – 678 9696
H/p 019 – 6526999

DUN KOTA
YB Dato’ Dr. Haji Awaludin B Said
Sri Hidayah, Pekan Kota
71350 Kota
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran (Sek.
Ren. & Pra Sekolah)
Tel 06 – 4384389 (P) 06 – 4925443 (R)
H/p 019 – 3101414

DUN CHUAH
YB Tuan Foo Ming Chee PMC,PJK
218 Jalan DS ¼,
Bandar Dataran Segar
71010 Port Dickson
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan
Kerajaan Tempatan
Tel 06 – 651 4050(R)
H/p 019 – 6523488

DUN BAGAN PINANG
YB Tuan Mohd Faizal B Ramli JP
Majlis Tindakan Pelancongan N. Sembilan
19 Jalan Durian Emas 3, Betaria Business Center
Jln Dato’ Siamang Gagap, 70400 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan,
Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan
(Pelancongan)
Tel 06 – 7659871 (P) 06 – 6625375(P) 06 – 6514817(R)
H/p 012 – 6018818
Faks 06 – 7628540

DUN LINGGI
YB Tuan Ismail B Taib JP,PMC,PJK
Kampong Pengkalan Durian
71150 Linggi
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama
Islam
Tel 06 – 7615006 (P) 06 – 6970172 (R)
H/p 013 – 6204166

DUN GEMENCHEH
YB Dato’ Mohd Kamil B Abd Aziz JP,ANS,PJK
Lot 2093, Taman Gembira
73200 Tampin
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerja Raya &
Pembangunan Usahawan
Tel 06 – 431 6002(P) 06 – 431 8117(R)
H/p 019 – 687 1563

DUN LOBAK
YB Tuan Loke Siew Fook
Pejabat Perkhidmatan ADUN Lobak
Tingkat 1, 169
Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,
Tel 06 – 763 4525(P) 06 – 6320146 (R)
Faks 06 – 764 6610
H/p 016 – 6686165

DUN BAHAU
YB Tuan Lim Fui Ming PJK
38 Lorong Bukit Delima 1/3
Taman Bukit Delima
70200 Seremban
Tel 06 – 454 5848 (P)
H/p 019 – 250 8088 , 012 – 970 3666

AHLI-AHLI PARLIMEN
PARLIMEN JELEBU
YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim SPNS,SJMK,DSNS
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Tingkat 35, Menara TH Perdana,
1001 Maju Junction, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel 03 – 26127600 (P) 06 – 42569621(R)
H/p 019 – 3382424
Faks 03 – 2697 2100

PARLIMEN JEMPOL
YB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa B Dato’ Haji
Abdul Samad PSM,SPNS,DSNS,PMC
PT 41191 Jalan BBN 8/78
Nilai Spring Villas
71800 Nilai
Tel 06 – 7590966
H/p

PARLIMEN SEREMBAN
YB Dato’ Hon Choon Kim D.S.N.S
Tim. Menteri Pelajaran
Aras 9, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62504 Putrajaya
Tel 03 – 88894215 samb. 6046 (P) 06 – 7637666 (R)
H/p 012 – 6363850
Faks 03 – 88894755

PARLIMEN TELOK KEMANG
YB Dato’ S.Sothinathan DSNS
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tingkat 10, Wisma Tanah, Jalan Semarak,
50574 Kuala Lumpur
Tel 03 – 88858200 (P) 06 – 6479643 (R)
Faks 03 – 8888 0273
H/p 019 – 3176541

PARLIMEN TAMPIN
YB Dato' Shaziman B Hj Abu Mansor DSNS, JP
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Aras 6, Blok E 4/5, Kompleks Kerajaan, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62668 Putrajaya
Tel 03 – 8883 6000(P) 06 – 4433319 (P) 06 – 4411523 (R)
Faks 03 – 8889 3712
H/p 019 – 2204399

PARLIMEN RASAH
YB Dato' Goh Siow Huat DSNS,PJK,O.stj
Lot 2736 Taman Sea
70100 Seremban
Tel 06 – 6317863 (P) 06 – 6316518 (R)
H/p 019 – 6500212

PARLIMEN KUALA PILAH
YB Dato’ Hj Hassan Malek
DMSM,DSNS,JP,DSM,KMN,AMN,PMC,PJK,BKC
No. 29, Lorong Seri Meranti
Taman Bukit Chedang
70300 Seremban
Tel 06 – 4810600 (P) 06 – 7623018 (R)
Faks 06 – 4810601
H/p 012 – 2143366 , 013 - 3887721

PARLIMEN REMBAU
YB Dato’ Firdaus Muhammad Rom B Harun DSNS,JP,PMC
No. 556, Jalan Cenderawasih 3
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
Tel 06 – 6851806 (P) , 06 – 6774163 (R)
H/p 012 – 6281428

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA
YB Senator Dato’ Hajah Samsiah bt Samsudin
PPT, ANS, AMN, PMC,PJK
175 Jalan 5, Taman Bunga Raya
71700 Mantin.
Tel 06 – 7581346 (R)
H/p 012-6037676

YB Senator Lee Chee Keong PJK
No. 1096, Taman Ujong
Jalan Tok Ungku
70100 Seremban
Tel 06 – 6316872 (R
H/p 019– 6506999
Faks 06 - 6316872
Email lchkeong2004@yahoo.com

YB Senator Dato’ Dr. S. Vijayaratnam DSNS, KMN, JP,
Setiausaha Parlimen Kem. Perusahaan, Perladangan
& Komoditi
9(Gr. Floor), Jalan Tunku Hassan,
70000 Seremban
Tel 06 – 7622 018 (P)
Faks 06 – 7628 396

Pelatih PLKN tak dibenar ziarah ayah yang nazak

Apa sudah jadi dengan nilai kemanusiaan kerajaan Malaysia. Sepatutnya PLKN melatih anak bangsa Malaysia supaya mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Tetapi PLKN pula yang melarang anak berada di sisi ayah yang sedang nazak. Norliza Yusuf anak kelima dari enam orang adik beradik, tidak dapat berada di sisi ayahnya yang tersayang ketika ayahnya Yusuf Awang sedang nazak. Semoga Allah meletakkan ruhnya di kalangan orang-orang yang soleh. Laporan penuh cerita yang menyayat hati ini dalam akhbar The Sun http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=17772

************************
NS administrators refused leave for trainee whose sick dad died

PASIR PUTEH (April 27, 2007): A housewife today took to task National Service camp administrators at Kem Kisana Beach Resort in Bali here for not allowing her daughter to take leave from training when her father was sick and for the funeral when he died two days later.

Semah Mat Ali, 52, claimed that her daughter Norliza Yusuf, 17, who is undergoing training at the camp, was allowed to visit her father, Yusuf Awang, 58, only for several hours last Saturday (April 21) when he was dying from stroke in Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) in Kubang Kerian and breathed his last on Monday (April 23).

This, she said, was despite the family producing a letter from the doctor to verify Yusuf's condition, which they (camp administrators) said to be incomplete.

"When her father died, Norliza was also allowed to leave the camp for only a few hours and told to return after that for several reasons, although the distance between our house and the camp is only about 30 minute's drive," she told Bernama when met in her Kampung Gong Chenggal house, here today.

She said one of the reasons given was their (camp administrators') fear that something untoward might happen to Norliza during the duration of her NS training at the camp.

Semah said Norliza, who is the fifth of six siblings, was very close to her father and was the one to bathe and feed him since she (Semah) had to go out to work in a tobacco farm in Tok Bali for income to support the family.

Norliza's sister, Norihan, 29, also regretted the treatment by the camp administrators.

"Imagine how devastated she felt being the only one in the family who was not at our father's bedside when he breathed his last," she said.

She said the NS camp administrators should exercise compassion in such a situation.

"What saddened us more was when the camp administrators turned down my appeal for my sister to be given a few days leave even when I submitted our father's death certificate," she added.

4/27/07

140 Pelatih PLKN Alor Gajah Sakit Mata

Berita Harian 27 Apr 2007. MELAKA: Seramai 140 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Putra Putri, Taboh Naning, Alor Gajah, dekat sini, dikuarantin di kem berkenaan selepas mengalami penyakit mata, 'Konjunktivitis' sejak 17 April lalu.

Semua pelatih terbabit dikatakan mengalami kemerahan, gatal dan berair pada kelopak mata selain sakit kepala. Jabatan Kesihatan negeri menghantar pegawai perubatan dan jururawat ke kem itu untuk memberi rawatan.

Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr Siti Halimah Syed Shaikh, berkata pegawainya sudah memulakan pemeriksaan dan rawatan di kem itu selepas menerima notis daripada Hospital Alor Gajah, Jumaat lalu.

Katanya, pada mulanya, dua pelatih dikesan mengalami penyakit itu dan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, sehingga 23 April lalu, 21 pelatih lagi mendapat penyakit sama.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan pemeriksaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Gan Tian Loo di sini, semalam.

Dr Siti Halimah berkata, punca dan sumber penyakit itu masih belum dikenal pasti tetapi kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

Katanya, pelatih yang mengalami jangkitan itu akan dikuarantin di bilik berasingan termasuk diberi cuti sehingga mereka pulih.

"Kita mengehadkan interaksi antara pelatih yang berjangkit dengan pelatih normal selain tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain," katanya.

Gan yang juga Ahli Naziran PLKN Melaka berkata, beliau mengetahui kejadian itu selepas menerima banyak panggilan telefon daripada ibu bapa pelatih empat hari lalu.

Katanya, tujuan lawatan ke kem itu bagi menyiasat dan melihat sendiri keadaan pelatih.

"Keadaan di sini terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana pihak kem sudah mengambil langkah pencegahan awal termasuk merawat pelatih yang dijangkiti," katanya.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070427000918/Article/

4/26/07

Antara Lojing dan Amukan Buaya Sarawak

Mengapa pembalakan di Sarawak dan di Sabah tidak didedahkan oleh media arus perdana dan Dato Sazmi Miah, hinggakan menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Alexander Sayok yang mengetuai projek pengurusan hutan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan salah satu sebab mengapa buaya-buaya di Sarawak sekarang ini menyerang manusia ialah kerana eko sistemnya telah dicemari oleh pembalakan dan aktiviti pertanian yang tidak terkawal. JAS sila lakukan pemantauan udara di Sarawak dan Sabah pula. Dan mengapa pula Jabatan Hutan Sarawak diganti dengan Sarawak Forestry Corporation dan pekerja-pekerja lamanya dibuang ?

**********************
Hungry crocs attack people

The Star 24 April 2007. MIRI: It’s a “man versus crocodile” situation in Sarawak, and the beasts seem to be having the upper hand.

Crocodiles in the state's interior rivers are said to be getting increasingly dangerous and attacking villagers.

The reason – encroaching development which have reduced the number of fish in the rivers.

Environmental expert Dr Alexander Sayok, who is in charge of the United Nations Development Programme (UNDP) forest management project at the Loagan Bunut National Park in northern Sarawak, said crocodiles usually did not attack humans if they had enough to eat, as was the case in the park.

“In Loagan Bunut, there is a huge numbers of crocodiles, including a fierce species, but they do not attack humans as there is enough fish.

“In other areas where logging and oil palm projects have affected the natural ecosystem, rivers have become polluted due to erosion and sedimentation, and this has reduced the fish population.

“When this happens, the normally docile crocodiles become ferocious when they are hungry, and they hunt for prey on the river's surface, including humans,” he said.

Dr Sayok was commenting on two recent crocodile attacks in Marudi and Bakong districts in interior Miri division.

Two villagers, who were bathing on the riverbanks, were attacked and killed by crocodiles.

Dr Sayok reminded that it was a “serious misconception” that crocodiles were naturally aggressive against humans.

“Crocodiles are, in fact, afraid of humans. Only when they are desperate for food or feel threatened, that they attack.

“In Loagan Bunut, the UNDP team preserves the natural habitat by limiting human activities, to ensure enough fish and breeding grounds for the crocodiles. There has been no known crocodile attack in Loagan Bunut.”

Meanwhile, Wildlife Department personnel and people living along riverbanks are on the lookout for crocodiles to prevent further attacks.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/24/nation/17525165&sec=nation

****************************************
Tampil Mengadu Diberhentikan Kerja (Sabtu, January 20, 2007 - Buletin Utama TV3)

Isu pekerja yang diberhentikan bukan baru malah seringkali didedahkan media.
Kebanyakannya melibatkan syarikat swasta, namun yang ingin kami siarkan ini agak berlainan.

Sekumpulan bekas pekerja Jabatan Hutan Sarawak tampil ke TV3 mengadu nasib mereka yang seakan dipinggirkan apabila jabatan itu diperbadankan kerajaan negeri.

Mereka mendakwa tidak diberi notis dan nasib mereka digantung tak bertali malah ditukar ke jabatan yang tiada kaitan.

Melalui Kesatuan Pekerja Jabatan Hutan Sarawak, mereka tampil mengadu diberhentikan kerja.

Dakwa mereka setelah jabatan hutan negeri diperbadan dan dikenali sebagai Sarawak Forestry Corporation atau SFC - mereka tidak ditawarkan jawatan sama ke entiti baru yang ditubuhkan kerajaan negeri.

SFC ditubuhkan di bawah satu ordinan yang diluluskan dewan undangan negeri pada tahun 1995.

Yang peliknya juga mengapa pekerja yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dan mempunyai kemahiran ditukar ke jabatan lain?

Persoalan seterusnya yang dibangkitkan- bagaimana penguatkuasaan penjagaan hutan di Sarawak mampu dilaksanakan di bawah syarikat yang ditubuhkan itu.

http://www.tv3.com.my/content-news.asp?id=10454



*************************************
Malaysia Today. Tuesday, April 25, 2006
20 orang mangsa penswastaan mati tertekan

Parti Keadilan Rakyat mahukan keadilan buat pekerja Jabatan Hutan Sarawak

Parti Keadilan Rakyat Sarawak menggesa supaya penswastaan Jabatan Hutan Sarawak dihentikan serta-merta setelah terbukti menindas pekerja bawahan dan merugikan kerajaan.

"Kita mendesak kerajaan negeri supaya mengambil semula 400 orang pekerja yang sudah diberhentikan," kata pengerusi perhubungan PKR Sarawak, Wan Zainal Abidin Wan Senusi.

Wan Zainal berkata adalah sangat menyedihkan apabila kira-kira 400 orang pekerja yang sudah berkhidmat 10 hingga 20 tahun diberhentikan begitu sahaja.

Apa yang lebih merisaukan beliau ialah kegiatan pembalakan haram dilaporkan semakin berleluasa semenjak kanun penguatkuasaan diambilalih oleh Sarawak Forestry Sdn Bhd.

"Ada sumber memberitahu kita kutipan cukai sudah semakin berkurangan berikutan kegiatan haram yang mendorong sesetengah pihak untuk membuat ‘under declaration’," tegas Wan Zainal.

Wan Zainal juga mendakwa pihaknya turut menerima laporan berlaku pencerobohan hutan simpan yang berleluasa dan Taman Negara turut dicabul.

Anehnya, dalam sesetengah kes cuma para pembalak yang kononnya datang bersendirian dari Indonesia sahaja yang sering ditangkap dan dihukum sementara pihak berkuasa gagal mengesan dalang sebenar sehinggakan terdapat Taman Negara yang sudah botak, misalnya Taman Negara Gunung Gading.

Selain itu, kawasan dan lot penyelidikan yang tidak ternilai harganya telah dirosak dan diceroboh – khususnya di kawasan Niah dan Bawang Assan. Malah, adalah sangat merugikan kerajaan bilamana terdapat pekerja Jabatan Hutan Sarawak yang masih berkhidmat tetapi tidak diberikan sebarang tugas atau tanggungjawab seperti yang didedahkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn.

"Laporan akhbar ada memetik beliau berkata kerajaan rugi RM12 juta setahun membayar gaji pekerja yang tidak diberikan tanggungjawab, ia satu pembaziran," kata Wan Zainal.

Wan Zainal berkata isu ‘double standard’ terhadap pekerja di Sarawak bukannnya perkara baru kerana kerajaan negeri tidak pernah serius membela nasib golongan bawahan.

"Lihat sahaja berapa tahun sebelum Ordinan Buruh diperbaharui, itu pun belum pasti akan dikuatkuasakan," kata Wan Zainal.

Wan Zainal berkata nama baik Sarawak di mata dunia sudah lama tercalar lebih-lebih lagi isu kematian kira-kira 20 orang pekerja Jabatan Hutan yang diberhentikan oleh kerajaan kerana penyakit berkaitan jantung juga sudah dihidu oleh Kesatuan Sekerja antarabangsa.

"Kita difahamkan mereka masih muda dan berusia di awal 30-an serta tidak mempunyai rekod penyakit yang serius sehinggalah mereka diberhentikan serta mengalami stress," katanya lagi.

Adalah difahamkan kesatuan sekerja antarabangsa, Building and Woodworkers International (BWI) yang berpusat di Geneva sedang menyiasat kes terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah berkali-kali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan apatah lagi untuk mendengar protes kesatuan sekerja untuk melaksanakan sebarang langkah penswastaan di Sarawak. Apa yang penting bagi Taib ialah hasrat peribadinya tercapai kerana masalah atau kesulitan rakyat bukanlah suatu isu yang penting bagi beliau.
http://www.malaysia-today.net/blog/2006/04/20-orang-mangsa-penswastaan-mati.htm

Jangan sampai rakyat doakan kematian wakil rakyat

Jangan sampai rakyat mendoakan kematian wakil rakyat di tempat mereka supaya rintihan dan penderitaan mereka dapat didengari. Jangan sampai penyokong mereka sendiri yang mendoakan kematian wakil rakyat mereka barulah projek pembangunan segera dilaksanakan dalam tempoh seminggu seperti di Ijok, bukan lebih 10 tahun seperti apa yang berlaku di Bagan Pinang , Port Dickson.

**************************
10 tahun harungi banjir kilat

Harian Metro 26 Apr 2007. SEREMBAN: Masalah banjir kilat yang dialami kira-kira dua ribu penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Port Dickson lebih 10 tahun lalu, bakal selesai tidak lama lagi menerusi projek tebatan banjir (PTB) yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, Mohd Faizal Ramli, berkata PTB yang akan dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu adalah sebahagian pakej pembangunan dan rancangan menaik taraf Port Dickson yang dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK).

Menurutnya, projek lain dalam pakej berkenaan termasuk menambak dan melebarkan pantai serta membina medan ikan bakar di Pantai Batu 1 dalam daerah pelancongan itu.

“Projek lain yang akan dilaksanakan ialah membaiki dan menaik taraf landskap kawasan Tanjung Gemok dan Lagun Biru membabitkan peruntukan kira-kira RM18 juta.

“Semua projek berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerja penambakan pantai dan PTB diberi keutamaan dan akan bermula dalam tempoh terdekat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, usaha menaik taraf daerah pelancongan itu bertujuan memastikan Port Dickson terus mampu memikat pelancong tempatan dan luar negeri berkunjung ke situ.

Mohd Faizal yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, berkata imej Port Dickson perlu dijaga bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri.

“Langkah kerajaan memaju dan menaik taraf kawasan berkenaan selaras dengan kehendak menjadikan Port Dickson sebagai pintu masuk pelancong, khususnya dari luar negara dan pelancong domestik,” katanya.

Mohd Faizal berkata, pihaknya menerusi Tourism Malaysia dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS) akan terus memperhebatkan promosi pelancongan sepanjang kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun ini.

“Usaha gigih dan berterusan ini penting untuk memastikan sasaran menarik kira-kira 4.5 juta pelancong sepanjang tahun ini tercapai sekali gus membantu menjana pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20070426102337/Article/indexm_html


PARLIMEN : P132 TELOK KEMANG (56,454)
Melayu: 36% Cina: 38% India: 24% Lain: 2%
AHLI PARLIMEN PARLIMEN TELOK KEMANG
YB Dato’ S.Sothinathan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tingkat 10, Wisma Tanah, Jalan Semarak,
50574 Kuala Lumpur
Tel 03 – 88858200 (P) 06 – 6479643 (R)
Faks 03 – 8888 0273
H/p 019 – 3176541

DUN N31 BAGAN PINANG (PASIR PANJANG) (11,204)
Melayu: 57 Cina: 14 India: 25 Sarawak: 1
WAKIL RAKYAT YB Tuan Mohd Faizal B Ramli
Majlis Tindakan Pelancongan N. Sembilan
19 Jalan Durian Emas 3, Betaria Business Center
Jln Dato’ Siamang Gagap, 70400 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Pelancongan)
Tel 06 – 7659871 (P) 06 – 6625375(P) 06 – 6514817(R)
H/p 012 – 6018818
Faks 06 – 7628540

DUN N33 PORT DICKSON (SI RUSA) (12,211)
Melayu: 33% Cina: 34% India: 31% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : T Rajagopalu (BN-MIC)

4/24/07

Jalan Kuala Pilah Berlubang-lubang

Utusan Malaysia 24 April 2007. SMS - 019-3517576. MINTA JKR Kuala Pilah perbaiki jalan terutama dari Juasseh, Jemapoh dan Pelangai banyak yang berlubang-lubang kalau nak turap, buatlah elok-elok. – 012-2296XXX.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Aduan juga boleh dibuat melalui Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan AMKNS di talian 016-2862481 atau melalui e-mel amk_ns@yahoo.com . Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

Siapa wakil rakyat di kawasan ini ? Maklumat dari www.sukns.gov.my

PARLIMEN : P129 KUALA PILAH (43,089)
Melayu: 75% Cina: 18% India: 5% Lain: 2%
AHLI PARLIMEN : Datuk Hassan Malek (BN-Umno)
YB Dato’ Hj Hassan Malek
No. 29, Lorong Seri Meranti
Taman Bukit Chedang
70300 Seremban
Tel 06 – 4810600 (P) 06 – 7623018 (R)
Faks 06 – 4810601
H/p 012 – 2143366, 013 - 3887721

DUN N15 JUASSEH (8,603)
Melayu: 81% Cina: 12% India: 5% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Mohd Razi Khail (BN-Umno)
YB Tuan Mohammad Razi B Kail
No. 9441, Jalan Kekwa 8
Taman Guru Melayu
70450 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan,
Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Penerangan)
Tel 06 – 498 3301(P) 06 – 678 9291(R)
H/p 019 – 661 5890

DUN N18 PILAH (10,528)
Melayu: 64% Cina: 26% India: 8% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Datuk Norhayati Omar (BN-Umno)

4/23/07

Kita Semua Adalah Wakil Rakyat !

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ? Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda.

Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang merdeka. Wakil rakyat dipilih untuk bekerja untuk rakyat serta mewakili rakyat, baik di waktu senang apatah lagi di waktu susah.

Anda sebenarnya yang berkuasa di Malaysia ini, kerana andalah yang menentukan siapa yang terpilih untuk menjadi wakil rakyat , yang bekerja untuk menjaga hak serta kepentingan anda sekeluarga.

“Selamat Menunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi”

****************************************************
11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.
10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

4/20/07

Masalah sosial di Sikamat perlu perhatian

Berita Harian 20 April 2007. SEREMBAN: Kepadatan kawasan Sikamat, di sini dengan 23 taman perumahan, dan dijangka terus bertambah pada masa depan boleh mengundang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah, terutama di kalangan remaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Datuk Md Yusop Harmain Shah, berkata semua pihak harus bekerjasama untuk mengelak keadaan itu demi memastikan aspek keselamatan penduduk tidak terabai seiring pembangunan yang dirancang.

"Kawasan Sikamat akan menerima pelbagai projek pembangunan, tetapi masih ada kelemahan dari segi keselamatan, termasuk membabitkan jenayah dan masalah sosial. Walaupun kita sibuk merancang pelbagai pembangunan, saya memandang berat masalah keselamatan penduduk di sini," katanya.

Katanya, antara perkara yang membimbangkan masyarakat kawasan itu ketika ini ialah kes kecurian di taman perumahan yang memerlukan tindakan segera diambil pihak berkuasa bagi mengelakkannya daripada terus berleluasa.

"Saya bimbang jika masalah ini tidak dibendung, ia akan mengancam keselesaan penduduk selain menjejaskan ketenteraman masyarakat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya pihak berkuasa seperti polis dengan bantuan penduduk setempat berganding bahu mencegah jenayah dan masalah sosial yang melanda kawasan berkenaan.

Md Yusop memuji penduduk beberapa taman perumahan di Sikamat yang mengambil inisiatif dengan menubuhkan Rukun Tetangga (RT) atau pasukan rondaan keselamatan di tempat masing-masing bagi tujuan keselamatan.

"Bagaimanapun, ia belum cukup untuk membantu mengurangkan kadar jenayah di kawasan ini. Saya minta polis meningkatkan pemantauan kerana masih ada aduan membabitkan masalah remaja melepak serta remaja rempit di kawasan ini," katanya.

Selain itu, katanya, penduduk juga diingatkan supaya tidak menyerahkan tanggungjawab menjaga keselamatan kepada polis, RT atau pasukan rondaan semata-mata, sebaliknya perlu bersama-sama memberi perhatian.

"Bagi ibu bapa, kita perlu memantau pergerakan anak-anak serta pergaulan mereka supaya tidak berpeleseran atau membabitkan diri dalam kegiatan mat rempit," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/EdisiTengah/20070420073101/Article/


PARLIMEN SEREMBAN (81,262)
Melayu: 39% Cina: 48% India: 11% Lain: 2%
AHLI PARLIMEN : Datuk Hon Choon Kim (BN-MCA)
DUN SIKAMAT (14,676)
Melayu: 54% Cina: 34% India: 9% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Mohd Yusof Harmain Shah (BN-Umno)

Umno patut taja Mat Rempit jadi tukang gunting

Tinjauan AMKNS di sekitar Senawang baru-baru ini mendapati begitu sedikit bilangan kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang Melayu. Umno sebagai sebuah parti yang membela nasib orang Melayu sepatutnya menjalankan kajian bagaimana kawasan Senawang di DUN Paroi ini yang majoritinya penduduk berbangsa Melayu bilangan kedai gunting rambut yang diusahakan oleh orang Melayu hanya terdapat 2 buah kedai sahaja.

Sekiranya perkara ini berlanjutan ianya akan menyebabkan ketidakseimbangan sosio ekonomi orang Melayu di kawasan ini yang akan mendatangkan pelbagai lagi masalah setempat. Keseimbangan sosio ekonomi di sesebuah kawasan adalah penting untuk keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Justeru itu AMKNS menyatakan rasa kesal yang amat sangat terhadap pimpinan Umno setempat yang tidak prihatin untuk membela peniaga-peniaga Melayu untuk menceburi bidang yang boleh dikatakan kritikal ini.

Senawang memang terkenal dengan litar perlumbaan haram, dan ramailah Mat Rempit di kawasan ini. Umno sepatutnya membimbing Mat Rempit ini dalam satu aktiviti jangka panjang yang menguntungkan bukan sahaja golongan Mat Rempit malah masyarakat setempat.

Sepatutnya Mat Rempit ini dilatih dalam bidang keusahawanan seperti menjadi tukang gunting rambut. Bayangkan berapa banyak usahawan Mat Rempit yang boleh dibangunkan dengan perbelanjaan menghantar 10 orang Putera Umno menyertai penerjunan di kutub utara. Jika seorang penerjun purata kasar memerlukan RM 200,000 sudah cukup untuk melahirkan 10 orang usahawan Mat Rempit. Dan 10 orang penerjun akan melahirkan 100 orang usahawan Mat Rempit.

Justeru itu Umno harus memikirkan kembali dasar perjuangan mereka samada untuk mendapat sokongan orang Melayu atau untuk membela nasib bangsa Melayu.

Ariffin bin Berham . Tel 016-2862481 , e-mel amk_ns@yahoo.com . Blog http://amkns.blogspot.com

*******************************
FAKTA DUN PAROI (SENAWANG)
Wakil Rakyat DUN Paroi : Pn Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-Umno)
Jumlah pengundi 15,292 orang (2004)
Pecahan Pengundi : Melayu: 65% Cina: 15% India: 18% Lain: 2%
Bahagian Parlimen : Rembau
Ahli Parlimen : Datuk Muhammad Firdaus Rom Harun (BN-Umno)

4/19/07

Jalan ke Masjid Kg Gadong Tak Ada Lampu

Berita Harian 12 April 2007. Penduduk Minta Lampu Jalan – Saya mewakili kariah Masjid Kampung Gadong, Kota, Rembau, Negeri Sembilan dan penduduk sekitarnya memohon jasa baik pihak berkuasa tempatan agar dapat memasang lampu di jalan yang menghala ke masjid berkenaan.

Jalan berkenaan terlalu gelap dan keadaan itu boleh menyebabkan kami terlanggar kerbau dan haiwan berbisa. Selain kariah masjid, jalan itu juga digunakan penduduk kampung sebagai jalan alternatif yang menghubungkan pekan Kota dengan jalan di sekitar Kampung Gadong.

Oleh kerana tidak sanggup meredah jalan gelap, penduduk lebih suka mengambil jalan singkat dengan menyeberangi jalan keretapi walaupun ia berbahaya. Kami harap ada pihak tampil menyelesaikan masalah kami.

PENYERI KAMPUNG GADONG, Kota, Rembau, NS

*****************************
FAKTA DUN KOTA
Wakil Rakyat DUN Kota : Dr Awaluddin Said (BN-Umno)
Jumlah pengundi 12,026 orang (2004)
Pecahan Pengundi : Melayu: 85% Cina: 8% India: 5% Lain: 2%
Bahagian Parlimen : Rembau
Ahli Parlimen : Datuk Muhammad Firdaus Rom Harun (BN-Umno)

4/18/07

PKR NS berkampung di Tuan Mee, Ijok

PKR Negeri Sembilan akan berkampung di Daerah Mengundi Tuan Mee, Ijok, Selangor. Petugas di peringkat Bahagian, AMK dan Wanita dikehendakki menghantar nama kepada Setiausaha Perhubungan Negeri Sembilan dengan secepat mungkin. Maklumat lanjut hubungi Ariffin 016-2862481

4/17/07

Bersama Saifudin Nasution di Seremban 22 Apr

Semua Rakyat Dijemput Hadir ke Majlis Ceramah Perdana
Bersama :
Sdr Saifudin Nasution, Pengurus Besar Tabung Tok Kenali Kelantan
Us Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
Hj Mohd Taufek Abd Ghani, EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

AHAD 22 April 2007
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Maklumat lanjut hubungi Hassan 019-2171942

4/16/07

AMKNS terima aduan Pasar Malam Taman Kobena

Selepas AMKNS membongkar masalah rakyat di DUN Paroi baru-baru ini. AMKNS dihujani dengan beberapa aduan setempat penduduk di DUN Paroi.

Kebanyakkan mereka telah bosan dengan sikap pimpinan setempat di peringkat taman, peringkat cawangan dan wakil rakyat mereka kerana kerap aduan mereka diperap tidak dibawa ke peringkat lebih atas atau kepada agensi kerajaan yang berkaitan untuk diselesaikan.

Antara aduan yang diterima melalui SMS ialah :

1. Operasi Pasar Malam di Taman Tasik Jaya pada setiap hari Khamis malam Jumaat menganggu program 3 surau berhampiran yang mengadakan Majlis Bacaan Yasin. Minta pihak berkuasa memantau pasar malam ini supaya tidak mengganggu penduduk dan jemaah setempat terutama peniaga yang menggunakan sistem pembesar suara.

2. Tiada tangki air untuk Apartment Seroja di Taman Tasik Jaya. Minta agensi berkaitan siasat apa puncanya , adakah CF belum diperolehi, bil belum dijelaskan dan sebagainya.

3. Sistem pengangkutan awam terutama bas yang begitu lemah di kawasan Senawang.

4. Masalah operasi Pasar Malam di Taman Kobena dan Taman Senawang Jaya yang diadakan betul-betul di hadapan pagar rumah penduduk pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

AMKNS ingin mengulas masalah operasi Pasar Malam di Taman Kobena yang telah berlanjutan sejak bertahun-tahun lamanya. Penduduk setempat pernah beberapa kali membuat aduan, namun tiada tindakan dari pihak berkuasa mahupun pimpinan peringkat cawangan, taman dan wakil rakyat setempat. Bayangkan setiap hari Sabtu malam Ahad penduduk di Taman Kobena ini , tapak pasar malam betul-betul di hadapan pintu pagar rumah mereka. Bayangkan kita dalam keadaan mereka. Sejak bertahun-tahun lamanya mereka sentiasa memberitahu saudara dan teman-teman agar tidak datang ke rumah mereka pada hari Sabtu. Bayangkan mereka tidak boleh mengadakan kenduri kendara, majlis doa selamat pada hari Sabtu, sedangkan hari Sabtulah masa yang lapang untuk diadakan program kekeluargaan dan kemasyarakatan. Adalah amat tidak prihatin sekali pimpinan setempat serta wakil rakyat yang tidak terdetik di hati mereka apa perasaan jika hadapan rumah mereka dijadikan tapak pasar malam.

AMKNS akan menghantar bantahan rasmi kepada semua pihak yang terlibat dalam masa terdekat mengenai operasi tapak pasar malam di Taman Kobena ini. Dan AMKNS juga sedia memberikan alternatif , iaitu mencadangkan agar tapak pasar malam di Taman Kobena ini diadakan di atas jalan utama hadapan Taman Kobena menuju ke Taman Bandar Senawang, bukannya di hadapan pagar rumah penduduk setempat. AMKNS juga menyeru kepada PBT memantau semua pasar-pasar malam di Negeri Sembilan ini agar tidak diadakan dihadapan rumah penduduk setempat.

Arifin bin Berham
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
Tel : 016-2862481
E-mel : amk_ns@yahoo.com
Blog : http://amkns.blogspot.com/

4/15/07

Sehari BR Bersama Rakyat Kuala Pilah 19 Apr

Program Sehari Barisan Rakyat Bersama Rakyat
Tarikh : 19 April 2007, Khamis
Tempat : Kg Gachong , Kuala Pilah , Negeri Sembilan
Masa : 10 pagi – 12 tgh malam
Program : Pemeriksaan Kesihatan, Taklimat Sakit Jantung & Darah Tinggi, Sambutan Maulidur Rasul
Tetamu khas : Sdr Saifudin Nasution
Untuk maklumat lanjut hubungi Sdr Azizi 012-3696474 , EXCO AMKNS http://amkns.blogspot.com
Semua Dijemput Hadir

Sambutan MaulidurRasul
Sabtu 21 Apr 2007 , Jam 7 malam
Di Pejabat Perhubungan Negeri PKR (tengah bandar Seremban, depan Maybank sebelum Pasar Besar)
Anjuran : PKR Bahagian Seremban

4/13/07

Peneroka Felda NS ketagih arak meningkat

Gejala sosial penduduk Felda. Harian Metro 14 April 2007

SEREMBAN: Ada segelintir penduduk Felda di negeri ini menghabiskan wang pendapatan mereka dengan meminum minuman keras di pusat hiburan dan kedai makan secara terbuka tanpa berasa segan atau malu.

Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) berkata, jumlah penduduk kawasan Felda yang ditangkap kerana minum minuman keras di kawasan terbuka atau tertutup meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya, baru-baru ini kira-kira 10 penduduk dari kawasan Felda ditangkap kerana minum minuman keras.

“Peningkatan pendapatan penduduk Felda membuatkan segelintir daripada mereka berbelanja besar untuk membeli minuman keras,” katanya.

Menurut sumber Jheains, bagi mengatasi masalah itu bahagian penguat kuasa meningkatkan operasi terutama di premis perniagaan dan pusat hiburan yang disyaki menjual minuman keras kepada orang Islam.

“Kebanyakan mereka yang ditahan kerana minum minuman keras berasal dari kawasan Felda di negeri ini,” katanya.

Selain itu, sumber Jheains berkata, terdapat juga pelayan pelanggan (GRO) yang ditangkap di pusat hiburan berasal dari kawasan Felda di negeri ini.

“Bilangan penduduk Felda yang melakukan perbuatan dilarang Islam itu masih sedikit berbanding penduduk Felda yang ada, tetapi mereka memberikan gambaran yang kurang elok kepada golongan muda di kawasan itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Friday/Setempat/20070413101603/Article/indexm_html

Myanmar : Malaysia dan PETRONAS perlu prihatin.

Kenyataan Media GERAK
13 April 2007

Malaysia dan PETRONAS perlu prihatin.
Agensi Berita AFP 31 Mac yang lalu melaporkan syarikat petroleum negara Petronas, akan lancarkan projek meneroka sumber petroleum dan gas di selatan perairan Burma.
Petronas akan berkerjasama dengan syarikat petroleum tempatan “Myanmar Oil and Gas Enterprise” dan akan memulakan projek penerokaan itu dalam bulan April 2007.
Petronas Chartikari Myanma Oil, syarikat kerjasama antara Petronas and Myanmar's Energy Enterprise, sebelum ini sudah pun menjalinkan kerjasama dalam meneroka sumber minyak dan gas di tujuh pelantar di sekitar Andaman Sea.
Sumber gas asli dan minyak merupakan sumber penting penyumbang dalam ekonomi Kerajaan Tentera Myanmar yang dalam keadaan amat tenat . Negara itu kini merupakan sebuah negara termiskin dan berada di bawah pemerintahan junta tentera. Keadaan ekonomi yang tenat itu kerana pemulauan ekonomi dari banyak negara yang dikenakan semenjak negara itu berada di bawah pemerintahan tentera dan memenjarakan Aung San Suu Kyi.
Aung San Suu Kyi, 61 merupakan tokoh demokrasi dan pemenang nobel keamanan pada 1991.
Dalam keadaan hampir seluruh dunia sedang memberikan perhatian untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar, malah banyak negara mengambil langkah lebih ke depan bila mengenakan pemulauan ekonomi tetapi Malaysia mengambil langkah sebaliknya.
GERAK dengan ini menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan tidak prihatin Kerajaan Malaysia dan Petronas dalam isu ini. Berdasarkan perkembangan ini Petronas dan Malaysia seolah tidak menghiraukan status demokrasi dan hak asasi manusia.
Dalam isu berkaitan Myanmar imej Malaysia pernah tercalar apabila wakil Malaysia ke PBB yang dilantik sebagai wakil khas menyelesaikan isu Burma bukan setakat gagal malah beliau dikaitkan dengan kejayaan mendapatkan projek telekomunikasi besar dan beberapa perniagaan di negara itu.
GERAK menuntut Penasihat Petronas yang dikenali sebagai juara pejuang hak asasi, anti perang dan demokrasi di luar negara menyatakan pendirian dalam isu ini.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK)
International Student (Feb 2007 - Feb 2008),
Inter-Asia Graduate School of NGO Studies Songkonghoe University ,
1-1 Hang-Dong, Guro-Gu, Seoul 152-716 South Korea.
Tel: +82-2-2610-4753 (office) Fax: +82-2-2610-4752
Email : chegubard@gmail.com

che'GuBard.
www.chegubard.blogspot.com
penerangan_keADILan@yahoo.com / badrul_angkatanmuda@yahoo.com
+6017 6688404

4/11/07

AMKNS BONGKAR MASALAH RAKYAT DI DUN PAROI

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan adalah merupakan salah satu DUN yang baru diwujudkan ketika persempadanan semula menjelang pilihanraya umum 2004 yang lalu.

DUN Paroi terletak di kawasan yang sinonim dengan kawasan perindustrian, perumahan dan pusat komersial. Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS) baru-baru ini telah turun ke padang bagi meninjau keadaan masyarakat serta infrastruktur di DUN Paroi.

Rata-rata keluhan masyarakat setempat ialah berhubung dengan masalah masyarakat setempat yang kurang diberi perhatian oleh pihak berkuasa serta wakil rakyat yang dilantik.

Antara yang menjadi igauan masyarakat di DUN Paroi pada ketika ini ialah gangguan dari projek pembinaan sistem pembentungan berpusat yang melibatkan kebanyakkan taman-taman perumahan di sini. Apa yang mengecewakan mereka ialah masalah ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada wakil rakyat mereka. Antara aduan yang diterima akibat daripada projek ini ialah keretakan serius pada rumah-rumah penduduk setempat, jalan berlubang dan berlopak, pencemaran habuk ketika musim panas, bau yang busuk akibat dari air kumbahan yang melimpah, papan tanda jalan dan taman perumahan yang rosak, padang permainan yang musnah, hakisan tanah dan beberapa lagi masalah lain.

Dalam pada masa yang sama AMKNS juga akan mendapatkan keluhan penduduk di sini dalam beberapa masalah lain , antaranya :
1. Masalah pengangguran, dengan penutupun kilang-kilang dan tiada peluang pekerjaan baru.
2. Masalah jalan-jalan di sekitar DUN Paroi yang dijadikan litar perlumbaan.
3. Masalah perumahan terbengkalai antaranya berhampiran Taman Senawang Jaya dan Taman Kobena.
4. Masalah banyak rumah-rumah dan kedai-kedai kosong yang boleh mendatangkan masalah keselamatan dan kesihatan antaranya dijadikan sarang penagih dadah dan aktiviti maksiat.
5. Kebanjiran pekerja-pekerja asing yang boleh mendatangkan masalah sekiranya tiada program khusus untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat setempat.
6. Masalah kebajikan ibu tunggal, anak yatim dan golongan miskin yang sukar mendapatkan bantuan atau surat sokongan.
7. Masalah tapak pasar malam yang tidak sesuai diadakan di hadapan rumah penduduk setempat.
8. Masalah jalan-jalan yang dinaiki air ketika hujan lebat berpunca cari sistem perparitan yang tidak diurus dengan sempurna.
9. Masalah tiada lampu isyarat di persimpangan yang sibuk dan kerap berlaku kemalangan.
10. Masalah lepak di kalangan para pelajar terutama di kawasan Dataran Senawang.
AMKNS akan membongkar masalah rakyat di DUN Paroi dari masa ke semasa, agar ianya akan mendapat perhatian serta tindakan daripada semua pihak terutamanya wakil rakyat serta agensi kerajaan yang berkaitan

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai masalah di DUN Paroi untuk dibongkarkan bolehlah menghubungi Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan , Ariffin di talian 016-2862481 atau melalui e-mel amk_ns@yahoo.com . Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

******************
FAKTA DUN PAROI
Wakil Rakyat DUN Paroi : Pn Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-Umno)
Jumlah pengundi 15,292 orang (2004)
Pecahan Pengundi : Melayu: 65% Cina: 15% India: 18% Lain: 2%
Bahagian Parlimen : Rembau
Ahli Parlimen : Datuk Muhammad Firdaus Rom Harun (BN-Umno)
******************

4/10/07

Taman Lembu Rantau, NS

Utusan Malaysia 9 Apr 2007

Samy Vellu perlekeh, ugut Umno Kuala Selangor , Ijok

(Merujuk kepada permintaan Umno Bahagian Kuala Selangor supaya calon Umno bertanding di Ijok, dia (Samy Vellu) berkata : “Biar mereka kata apa mereka mahu. Saya tahu ada sesetengah puak dibelakang gesaan ini. Kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya bila tiba masanya.” )
On the Kuala Selangor Umno division’s call for an Umno candidate to be fielded in Ijok, he said: “Let them say what they want.” “I know there are certain quarters behind this move. We will take the appropriate action when the time comes,” he said.
*********************************************
MIC chief won’t heed messages on candidates for Ijok

The Star 9 Apr 07. By A. LETCHUMANAN newsdesk@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri S. Samy Vellu has been receiving thousands of SMS messages in support of possible candidates for the Ijok state seat in Selangor.

However, the MIC president said he would not be influenced by them.

“Every day I have been getting these SMSes. They think they can influence me. It will not happen. I always make my own decision,” he said.

In fact, Samy Vellu said he had not even thought about the potential candidate yet as the nomination date for the by-election had not been fixed.

“Let them (the newspapers and people) speculate. I will decide when the time comes,” he said.

The Ijok seat became vacant following the death of assemblyman and state executive councillor Datuk K. Sivalingam in Chennai, India, on April 4.

Samy Vellu said the MIC would field a candidate who is hardworking and looked up to by the people, especially the electorate.

He said the candidate need not necessarily be from Selangor.

“Even Selangor citizens who are staying in Federal Territory are eligible to be considered,” he added.

On the Kuala Selangor Umno division’s call for an Umno candidate to be fielded in Ijok, he said: “Let them say what they want.”

“I know there are certain quarters behind this move. We will take the appropriate action when the time comes,” he said.

Samy Vellu said he had also received an SMS message from Kuala Selangor Umno Youth pledging its support for an MIC candidate.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/4/9/nation/17385662&sec=nation

Kempen Anti ISA Dato Nik Abd Aziz 15 Apr Kajang

Semua Rakyat Malaysia Dijemput Hadir Ke :

Pelancaran Kempen Sejuta Risalah Anti ISA
Oleh YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tian Chua
Di New Era Kolej, Jalan Bukit, Kajang, Selangor
Ahad 15 April 2007
Jam 8:30 pagi – 11:00 pagi

Maklumat lanjut hubungi Pn Laila 012-6892608 AJK Gerakan Mansuh ISA (GMI) , isteri kepada salah seorang mangsa tahanan ISA yang masih ditahan sejak lebih 4 tahun tanpa pendakwaan dan perbicaraan.

4/9/07

Negeri beku geran sukan RM1.5 juta

Berita Harian 9 April 2007

SEREMBAN: Kerajaan negeri terpaksa membekukan sementara geran RM1.5 juta setahun untuk pembangunan sukan, mulai tahun ini selepas bantuan itu didapati tidak digunakan seperti matlamat asal.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan sukan peringkat akar umbi, termasuk penyediaan kemudahan untuk melahirkan ahli sukan berprestasi tinggi, tetapi digunakan pula untuk tujuan lain.

Sebaliknya, beliau berkata, ia disalah gunakan pula untuk tujuan di luar matlamat itu seperti penganjuran program serta aktiviti sukan, sekali gus tersasar daripada perancangan awal.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, kerajaan negeri sedang mengenal pasti langkah terbaik melalui satu jawatankuasa supaya rancangan pembangunan sukan di negeri ini tidak terjejas, manakala peruntukan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kerajaan menyedari bahawa sukan adalah antara elemen penting dalam usaha melahirkan rakyat yang memiliki jati diri dan semangat tinggi untuk mencapai kejayaan kerana kecemerlangan tidak saja dari segi akademik semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Negeri Sembilan, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, dekat sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Jamlus Aziz dan Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Abdullah Mat.

Mohamad berkata, usaha memartabatkan mutu sukan negeri, terutama dalam melahirkan lebih ramai atlit yang bukan saja cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan, tetapi juga antarabangsa, harus diberi tumpuan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS).

Sehubungan itu, katanya, pemilihan pusat kecemerlangan sukan di peringkat sekolah tidak seharusnya hanya bertumpu di sesuatu daerah saja, sebaliknya perlu lebih menyeluruh dan jumlahnya juga dipertingkatkan.

"Ini untuk memastikan atlit berbakat besar dapat dikenal pasti dan tidak tercicir kerana ia akan merugikan kita," katanya, turut meminta semua pihak berganding bahu untuk memastikan Negeri Sembilan menjadi kilang melahirkan ramai atlit bertaraf antarabangsa.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/EdisiTengah/20070409082149/Article/

Fair Trial for Guantanamo Bay and ISA Detainees!

GMI Press Statement 020407: Fair Trial for Guantanamo Bay and ISA Detainees!
2007-04-03
Gerakan Mansuhkan ISA

PRESS STATEMENT: 2nd APRIL 2007

Fair Trial for Guantanamo Bay and ISA Detainees!

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) condemns the statement of the Parliamentary Secretary to the Foreign Ministry Ahmad Shabery Cheek that “ issues related to the violation of human rights at the Guantanamo Bay, which has been condemned by the world, are something unheard of in the context of the ISA” as published in Bernama(28 March 2007).

First of all, the Internal Security Act (ISA), which was enacted in 1960, allows and provides for arbitrary arrest and detention without trial for an indefinite period. Under the ISA, detainees can be held for up to 60 days in secret locations and in solitary confinement, often in a windowless cell where they lose all sense of time and are at risk of torture and other ill-treatment. Detainees have been assaulted, forced to strip, deprived of sleep, food and water, told that their families would be harmed, and subjected to prolonged aggressive interrogation to force confessions or obtain information from them.

GMI wishes to reiterate that various local and international organizations including National Human Rights Commission (Suhakam), have recognized that the ISA which allows violence, torture, humiliation and indefinite detention without trial is a violation of fundamental human rights.

Secondly, GMI is appalled with the claim that “there have been demands from various human rights groups as well as the United Nations for the Guantanamo to be closed but no one has asked for the ISA to be abolished”. This is a blatant lie! GMI views the statement by Ahmad Shabery Cheek as an ignorant and arrogant attempt to justify continuous use of the draconian ISA. Since 2001, Gerakan Mansuhkan ISA (Abolish ISA Movement, GMI) a coalition of 83 NGO’s and community groups have been actively campaigning against ISA. Numerous reports and memorandums have been handed over to Suhakam, the PM’s office and the Internal Affairs Ministry to abolish ISA.

GMI strongly urge the Government not to apply double standards while calling for fair trials for the Malaysians in Guantanamo yet ignoring the right to trial for those who have been detained under the ISA in Malaysia . “Emergency” laws in Malaysia disregard human rights and violate the safeguards contained in the Federal Constitution and international human rights law.

We call on the Malaysian government to immediately repeal the ISA and return the legitimate rights of the people to fair and open trial.

Abolish ISA!
Release All ISA Detainees!
Close Down Kamunting Detention Camp!

http://www.jim.org.my/module2.php?module=bahumum&id=96

UMNO mesti bertanding DUN Ijok

Oleh Roslan SMS. http://n32.blogspot.com/
Friday, April 06, 2007
Orang Umno Ijok masih ada pilihan

Menurut laporan Malaysiakini Umno bahagian Kuala Selangor menuntut agar kerusi DUN Ijok yang kini dimiliki MIC diserahkan kepada mereka. Rasionalnya kerana kerusi DUN tersebut majoriti pengundinya iaitu 50.6% adalah terdiri dari pengundi Melayu. Mereka juga mendakwa walaupun MIC berpengaruh di DUN tersebut namun sejak akhir ini berlaku perpecahan dikalangan pimpinan dan ahli MIC di sana yang boleh menjejaskan kedudukan BN.

Tuntutan ini dibuat ekoran kematian ADUN Ijok Datuk K. Sivalingam yang bakal melihat Pilihanraya Kecil pertama di negeri Selangor sejak Pilihanaraya Umum 2004 lalu. Mendiang Sivalingam menjadi ADUN di kawasan tersebut yang dahulunya dikenali sebagai DUN Seri Cahaya sejak tahun 1990.

Sesungguhnya kerusi ini telah menyaksikan sejarah percaturan yang panjang antara Umno dan MIC di Selangor. Ia merupakan kerusi kuota MIC sekian lama. Selepas pilihanraya umum 1990 terdapat desakan yang kuat dalam Umno Kuala Selangor agar beberapa daerah mengundi Melayu di dalam DUN ini dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam kawasan DUN kuota Umno, kerana kebanyakkan cawangan-cawangan Umno di sana enggan lagi bekerjasama apabila duduk di bawah ADUN MIC.

Hasil dari tekanan dan tuntutan kuat ini akhirnya dalam proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya sebelum PRU 1995 beberapa daerah mengundi yang majoriti pengundinya Melayu telah dikeluarkan dari DUN ini antaranya Kg Baru Assam Jawa, Kg Pasir Tuntong dan Kg Api-api.

Oleh kerana kedudukan geografi yang tidak dapat dielakkan maka kekallah daerah mengundi selebihnya termasuklah Kg Ijok, Jaya Setia dan Bukit Badong di dalam DUN MIC walaupun pengundi-pengundi di situ majoriti pengundi Melayu.

Hakikatnya demikianlah tolak-ansur dalam BN, kerana memang kebetulan tidak ada kerusi DUN atau Parlimen pun yang majoriti pengundi India untuk ditempatkan calon MIC maka lazimnya Umno lah yang kena berkorban walaupun ada cawangan-cawangannya yang tidak berpuas hati.

Kerana itu saya berkeyakinan atas sebab-sebab ini tuntutan terbaru Umno Kuala Selangor ini sudah pasti tidak dapat dilayan. Tidak pernah kita dengan dalam sejarah BN kuota mana-mana parti komponan diserahkan kepada Umno semasa proses Pilihanraya Kecil. Oleh itu bagi kes Ijok sahabat-sahabat di dalam Umno janganlah meletakkan harapan besar yang MIC akan bersedia mengorbankan kerusi tradisional mereka itu.

Walaubagaimanapun pengundi-pengundi Melayu pro Umno di Ijok jika benar-benar tidak senang hati dengan status quo BN ini mereka sesungguhnya ada pilihan, dan pilihan itu adalah untuk mengundi calon BA (PKR) yang pada tahun 2004 lalu adalah calon Melayu. Malah jika tiada halangan kemungkinan dalam Pilihanraya Kecil ini calon BA (PKR) akan kekal Melayu dan mungkin seorang tokoh popular yang dikenali ramai.

Oleh itu sahabat-sahabat Umno yang ramai di Ijok bolehlah beralih angin memberikan sokongan kepada calon BA sebagaimana sahabat-sahabat Umno di Lunas, Kedah semasa berlaku pilihanraya kecil di sana dahulu.

4/7/07

Pengkritik Kerajaan Jangan Syok Sendiri – AMKNS

Akhir-akhir ini kemunculan laman-laman web yang mengkritik dasar dan kepimpinan kerajaan Malaysia tumbuh macam cendawan selepas hujan. Laman-laman web yang kebanyakkannya dalam bentuk blog menjadi pilihan pengkritik-pengkritik kerajaan.

Ada pemilik blog ini yang mendedahkan identiti mereka ada yang menggunakan nama samaran. Sehinggakan ada desakan daripada beberapa menteri agar blog terutamanya yang berkaitan dengan politik perlu didaftarkan.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan menyambut baik saranan kerajaan ini agar blog serta laman web perlu didaftarkan tetapi janganlah ianya dihadkan kepada blog yang menyentuh isu politik, seolah-olah parti-parti politik yang tidak berada dalam pakatan kerajaan dianggap lebih merbahaya daripada blog lucah, blog dadah, blog mat rempit dan sebagainya.

Pendaftaran blog dan laman web ini juga amatlah dialu-alukan kerana ianya juga dapat mengelakkan pihak tertentu yang mewujudkan blog atau laman web parti pembangkang tetapi bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan di kalangan parti pembangkang dan Barisan Alternatif. Banyak blog yang diragui kesahihannya seperti Blog Keadilan, Pas-Reform dan sebagainya yang diwujudkan oleh pihak tertentu bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan ahli dalam parti.

Disamping itu pengkritik-pengkritik kerajaan janganlah ‘syok’ sendiri apabila blog-blog mereka semakin diminati di kalangan pelayar internet. Ini adalah kerana maklumat-maklumat didalam blog-blog mereka hanya dapat dicapai oleh pelayar internet, sedangkan masih ramai rakyat Malaysia di luar sana yang tidak pernah melayari internet.

Pergilah saja di mana-mana tempat di negara ini, di kedai-kedai kopi, di pasar-pasar, di surau-surau, rata-rata mereka tidak dapat maklumat terkini apa yang diperkatakan oleh blog-blog yang mengkritik kerajaan ini.

Oleh itu perlulah ada satu usaha agar maklumat-maklumat dari blog dan laman web yang sahih yang ada nama pemilik blognya perlu dicetak dan diedarkan secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia, agar rakyat sendiri dapat menilai dan membuat perbandingan dengan maklumat yang mereka perolehi dari media cetak serta media elektronik.

Sabtu 7 April 2007

Ariffin @ Rebin B. Berham
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
Tel : 016-2862481

*********************
Blog-blog yang disyorkan kepada pelayar internet untuk dibuat perbandingan maklumat :

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ Datuk Ruhanie Ahmad.
http://kadirjasin.blogspot.com/ Datuk A Kadir Jasin
http://rockybru.blogspot.com/ Ahirudin Attan
http://www.jeffooi.com/ Jeff Ooi
http://www.anwaribrahimblog.com/ Dato’ Seri Anwar Ibrahim
http://chegubard.blogspot.com/ Cikgu Badrul
http://dppnjohor.blogspot.com/ Ketua Pemuda PAS Johor
http://amkns.blogspot.com/ Angkatan Muda Keadilan NS
http://www.malaysiakini.com/
http://www.malaysia-today.net/index.shtml
http://www.harakahdaily.net/

ISA – Kerajaan Ikut Telunjuk Amerika

Petikan dari buku Tutup Kem Tahanan Kamunting, Bebaskan Tahanan, Mansuhkan ISA oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Penjelasan berdolak dalih kerajaan mengenai penahanan mereka hanya mengesahkan prasangka bahawan tahanan “KMM” dan “JI” ditahan adalah atas permintaan Amerika sebagai sebahagian daripada agenda Amerika memerangi keganasan – satu tindakan yang amat diragui. Di Indonesia, walaupun negaranya telah menyaksikan dua serangan untuk menangkap sebilangan rakyat Indonesia. Tetapi Indonesia berpegang teguh pada prinsip keadilan dan hak asasi manusia dengan hanya menangkap mereka yang mempunyai bukti terlibat dan kemudian diberikan hak melalui perbicaraan terbuka mahkamah.

Di Filipina pula, pemisah yang meragut banyak nyawa tidak mempunyai undang-undang tanpa bicara. Bandingkan dengan Malaysia yang tidak pernah menyaksikan apa-apa serangan pengganas, kini menyimpan berpuluh-puluh “pengganas yang disyaki” dalam tahanan untuk bertahun-tahun tanpa memberikan mereka peluang dibicarakan dengan adil. Sungguh memalukan !

Buat masa ini (2006) terdapat lebih 100 orang ditahan di bawah ISA, termasuk 6 orang dituduh sebagai “KMM” dan 63 orang sebagai “JI”. Menjelang September 2006, tahanan “KMM” telah ditahan selama 5 tahun – tanpa didakwa, tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan. Antara Januari dan Disember 2006, 38 orang dari kumpulan “JI” akan genap menjalani penahanan selama 4 tahun, tanpa langsung diberi peluang membela diri.

Jika terdapat bukti terhadap kesalahan yang mereka lakukan, sudah pasti polis telah menjumpainya sejak dulu lagi. Sebenarnya, jika polis telah mendapati sebarang bukti, sudah pasti tahanan ini didakwa di mahkamah. Apabila tempoh penahanan diperbaharui, kerajaan mengatakan bahawa tahanan perlu pemulihan. Tetapi jika mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, apakah yang perlu dipulihkan ?

MARI BERSAMA KAMI MENENTANG KEZALIMAN INI

Anda boleh membantu dengan : Hantar surat atau fax menuntut kerajaan mendakwa tahanan di mahkamah terbuka atau bebaskan mereka segera. Hantar surat anda kepada :
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Keselamatan Dalam Negeri
Blok D1, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya
Fax : 03-88868014

Hantar surat sokongan kepada Tahanan ISA di :
Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting
34600 Taiping

Diterbitkan oleh
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
433A, Jalan 5/46, Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-77843525 / 03-77835724 Fax : 03-77843526
E-mail : suaram@suaram.net Laman web : http://www.abolishisa.com

Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

1. Alaigal
2. Aliran Kesedaran Negara
3. All Women Action Malaysia (AWAM)
4. Amnesty International Malaysia
5. Angkatan Belia Islam Malaysia
6. Artist Pro Active Coalition
7. Borneo Research Institute Malaysia Sarawak (BRIMAS)
8. Center For Orang Asli Concerns
9. Child Development Initiatives
10. Chinese Student Council UTM
11. Civil Rights Committee (Selangor Chinese Assembly Hall)
12. Community Action Network (CAN)
13. Community Development Center (CDC)
14. Democratic Action Party (DAP) Malaysia
15. Era Consumer
16. Ex ISA Detainees Group
17. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
18. Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA)
19. Food Not Bombs
20. Group of Concerned Citizens
21. Indigenous Peoples Development Centre (IPDC)
22. Institut Manifesto Rakyat (PMI)
23. Institut Kajian Dasar (IKD)
24. Ideal Time
25. Institute of Social Analysis (INSAN)
26. International Movement for a Just World (JUST)
27. Jawatankuasa Bertindak Media
28. Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
29. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar
30. Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar Johor
31. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia
32. KL & Selangor Youth Graduate Society
33. Kumpulan Kemajuan Masyarakat
34. Labour Resource Center
35. Majlis Graduan Malaysia
36. Malaysian Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
37. Malaysian Local Democracy Initiative (MALODI)
38. Malaysia Chinese Organisations Election Appeal’s Committee (SUQIU)
39. Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
40. Metal Industry Employees of Malaysia (MIEU)
41. National Human Rights Society of Malaysia (HAKAM)
42. National Union of Malaysia Muslim Students (PKPIM)
43. Pahang Association of Consumers
44. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
45. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
46. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
47. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
48. Partners in Community Organising
49. Penang Anti-ISA Network
50. Penang Organic Farm
51. People Service Organisation
52. Perak Consumer Association
53. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
54. Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
55. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
56. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
57. Persatuan Usahawan & Pengurusan Islam Malaysia (URUS)
58. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
59. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
60. Rakan Perjuangan Peneroka Bandar
61. Red Rose Youth Center
62. Selangor Chinese Assembly Hall Youth
63. Semparuthi Iyakkam
64. Seremban Action Team
65. Sisters In Islam
66. Society for Christian Reflections
67. SOS (Save Ourselves)
68. SOS Selangor (Save Our Sungai Selangor)
69. SUARAM
70. Suara Warga Pertiwi
71. Sumber Daya Guaman Rakyat
72. Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia
73. Tamil Support Groups for Human Rights
74. Tenaganita
75. Tholilaliyin Tholar
76. United Chinese School Committees Association of Malaysia (Dong Zong)
77. United Chinese School Teachers Association of Malaysia (Jiao Zong)
78. Urban Resource Unit
79. Womens Agenda for Change (WAC)
80. Women’s Aid Organisation
81. Women Candidates’ Initiative
82. Women’s Crisis Centre
83. Women’s Development Collective

4/6/07

Gulung tikar: Pengedar akan tumbang, terlentang dan bergelimpang

LAPORAN AGENDADAILY

Saranan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Proton Holdings Bhd. mencari kaedah mengelak 70 peratus pengedar kereta nasional itu daripada gulung tikar memperlihatkan masalah tersebut adalah serius dan amat perlu diselesaikan segera.

Sekiranya 280 daripada 400 pengedar Proton terpaksa ditutup kerana terus mengalami kerugian sejak setahun lalu, pelbagai masalah lain akan timbul. Jika setiap pengedar mempunyai 10 orang kakitangan, bermakna 2,800 orang akan hilang pekerjaan.

Katakan setiap kakitangan itu mempunyai empat orang isi rumah yang bergantung hidup kepada mereka, 11,200 orang akan hilang sumber rezeki dan dari sini bermulalah pelbagai kemungkinan lain termasuk melibatkan pembelajaran anak-anak dan gaja hidup yang akan berubah.

Oleh itu memang wajar sangatlah Perdana Menteri mengeluarkan arahan sedemikian kepada Proton Holdings apatah lagi, selama ini syarikat gergasi itu telah menikmati ‘hidup selesa’ hasil kerja kuat para pengedar berkenaan.

Para pengedar, sepatutnya dilihat sebagai rakan kongsi kepada Proton Holdings kerana mereka mengeluarkan 100 peratus modal untuk menyediakan premis atau pusat jualan masing-masing.

Seperti juga syarikat induk kereta berjenama lain, Proton hanya mengeluarkan garis panduan mengenai lokasi dan rekabentuk pusat jualan. Stok dibeli secara tunai (kebanyakannya membuat pinjaman daripada bank) dan pengedar wajib menjual antara 35 hingga 40 unit sebulan.

Syarikat-syarikat induk atau pengedar utama terpaksa mengenakan kuota jualan tertentu kerana ia juga perlu memastikan keluaran kilang dapat dipasarkan segera untuk mengelakkan banyak stok tersadai dan akhirnya menjejaskan jadual pengeluaran.

Presiden Persatuan Pegedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Wan Ahmad Sepwan Wan Abdul Rahman memberitahu baru-baru ini bahawa minat orang ramai berubah kepada jenama lain kerana kebanyakan kereta nasional masih mengekalkan model lama.

Kenyataan beliau itu kemudiannya mendorong Perdana Menteri mengesyorkan agar para pengedar Proton dibenarkan mengedar jenama lain.

Bolehkah para pengedar jenama lain menerima hakikat ini? Umpamanya, Proton akan turut menjual Mitshubishi, menjual Volskwagen, Fiat atau Nissan sedangkan mereka adalah pesaing?

Katakanlah, pengedar-pengedar utama bersetuju Proton mengedarkan jenama mereka, apa pula halnya dengan pengedar-pengedar mereka. Adakah pengedar-pengedar pesaing ini akan dibenarkan juga menjual Proton?

Jika pengedar Proton dibenarkan menjual jenama lain, takut-takut nanti jenama lain juga yang terjual kerana kata Presiden Peda, masalahnya ialah Proton kekurangan model baru sehingga menyebabkan penjualan Proton terjejas kerana pengguna beralih kepada model-model canggih dan terkini.

Jika pengedar Proton ditakdirkan menjual lebih banyak jenama pesaing, bermakna pengedar pesaing yang sedia ada pula akan terjejas kerana jualan mereka merosot kerana telah ‘disedut’ oleh Proton.

Jika demikian terjadi, apakah pula pilihan yang akan diberikan kepada pengedar-pengedar bukan Proton? Siapa pula yang akan membela mereka kerana mereka tidak berstatus kereta nasional kecuali Perodua.

Soalnya, apakah masalah sebenar yang melanda industri kereta? Benarkah kerana Proton tidak mempunyai model-model baru atau ada faktor-faktor lain.? Pengedar jenama lain juga menghadapi masalah yang sama.

Pernah dilaporkan bahawa hanya Perodua yang berjalan rancak dalam industri kereta, manakala yang lain, semuanya merudum. Ekoran daripada itu, pengedar-pengedar membuat pelbagai promosi dengan pemberian hadiah barangan, percutian, minyak petrol dan yang drastik sekali penurunan harga kenderaan yang mencapai puluhan ribu ringgit.

Banyak pengedar jenama lain yang sudah gulung tikar tetapi mereka gulung sendiri-sendiri sahaja kerana tidak ada tempat hendak mengadu. Jualan mereka merosot sehingga 60 peratus atau setidak-tidaknya 40 peratus. Ini terjadi kepada pengedar-pengedar yang berada bukan di pusat-pusat bandar.

Jika pengedar Proton masing-masing kerugian kira-kira RM240,000, pengedar jenama lain ada yang kehilangan melelihi RM1 juta. Jika diteruskan juga, mereka akan kerugian lebih besar.

Masalah yang paling besar dihadapi sekarang ialah mendapatkan pinjaman daripada bank. Tidak banyak orang yang membeli kereta secara tunai dan jika adapun, pengedar tidak menyukainya. Ini kerana jika membeli secara pinjaman, pengedar akan mendapat komisyen RM600 daripada bank pembiaya bagi setiap kenderaan.

Sejak tahun 2005, pihak bank telah memperketat syarat-syarat kelayakan mendapat pinjaman. Pembeli yang telah disenaraihitamkan walaupun tidak melangsaikan baki pinjaman RM500 tidak akan mendapat pinjaman baru.

Mereka diperlukan mengemukakan penjamin, mestilah bergaji besar, tidak mempunyai pinjaman dan tanggungan yang lain dan pelbagai macam kriteria lagi. Para peniaga, walaupun berpendapatan RM500 sehari amat sukar mendapat pinjaman kerana mereka tidak mempunyai slip gaji yang amat dititikberatkan oleh pihak bank.

Apabila pinjaman diluluskan, kadar faedah pula tinggi sehingga mencecah hampir lima peratus. Pembeli cuba beralih ke bank lain dengan harapan mendapat faedah yang lebih rendah dan jumlah pinjaman yang tinggi.

Apabila gagal, pembelian kereta dibatalkan dan beraleh kepada kereta terpakai. Kereta terpakaipun satu hal juga. Harganya amat murah buah masa ini. Yang dibeli dengan harga RM200,000 selepas tiga tahun boleh dibeli RM100,000 sahaja.

Harga kereta terpakai yang amat merudum juga menjejaskan pembelian kereta baru.

Bayangkan, jika kereta terpakai dijual dengan harga RM100,00 nilai ‘trade-in’nya mungkin RM85,000 atau RM90,000 sahaja. Ini akan mengakibatkan penjual tidak mempunyai wang di tangan untuk dijadikan wang muka.

Akhirnya mereka membeli kereta terpakai kerana kereta sedemikian tidak memerlukan wang muka.

Apakah sebenarnya masalah yang menimpa industri kereta negara? Jika terus dianalisis, kita akan mendapat jawapan seperti lagu ‘Bangau oh bangau’ – ada banyak pihak dan sebab yang hendak dipersalahkan.

Jadi, apabila kerajaan merasa kemungkinan para pengedar kereta akan gulung tikar, pendekatan menyeluruh haruslah diambil. Membela pengedar Proton sahaja tentulah akan mengakibatkan pengedar bukan Proton akan terguris hati, kerana mereka juga adalah anak Malaysia.

Satu mekanisme harus dihasilkan untuk menilai dan menentukan keperluan kereta di peringkat nasional. Mengeluar dan mengedar kereta tanpa had juga mengundang masalah. Lihatlah Proton Saga yang kini boleh dibeli dengan harga RM1,500 sahaja sebuah.

Yang tidak terjual, tentulah menyumbang kepada peningkatan kereta terpakai di bawah pokok-pokok rendang yang jumlahnya kini melebihi setengah juta unit. Banyak juga model atau jenama lain yang terpaksa dijual sebagai besi buruk sahaja.

Mekanisme kawalan harga juga harus dicari. Kawalan ini untuk menentukan harga kereta baru tidak terlalu tinggi sehingga menyukarkan mendapat pinjaman daripada pihak bank.

Mekanisme ini juga perlu untuk menyediakan garis panduan mengenai susut-nilai kereta bagi menentukan harga kereta terpakai tidak ditentukan sewenang-wenangnya oleh para penjual sahaja.

Bank Negara juga harus menilai semula kadar faedah yang berbeza-beza yang dikenakan oleh bank-bank pedagang. Pendek kata, pendekatan yang menyeluruh harus digunakan kerana apabila pengedar kereta terpaksa gulung tikar, tidak mungkin kita sanggup melihat mereka tumbang, terlentang dan bergelimpangan begitu sahaja.- 4/4/2007

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_be2cddf5-cabec5bb-154de0b0-130ea036

4/5/07

Siapa sepatutnya mewarisi Undang Luak Rembau ?

‘Kembalikan hak saya’
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Ahmad Syahrul Derauh am@hmetro.com.my
Harian Metro 4 April 2007
SEREMBAN: “Saya maafkan semua yang memfitnah saya tetapi saya mahu diberi peluang mewarisi kedudukan sebagai Undang Luak Rembau menurut adat yang masih belum dicapai,” kata Datuk Dr Ismail Shamsudin, 64, yang menuntut jawatan Undang Luak Rembau.

Menurut ahli perniagaan itu, beliau dipecat sebagai Datuk Sedia Lela dan hilang peluang mewarisi pesaka Undang Luak Rembau kerana dituduh menderhaka berdasarkan mesyuarat pada 27 Disember 1997.

“Saya kemudian membawa perkara itu ke mahkamah dan menyaman 10 orang termasuk ahli Lembaga, Lembaga Tiang Balai dan Orang Besar Undang kerana memfitnah saya.

“Ia mengambil tempoh selama sembilan tahun untuk saya mencapai kemenangan dan dalam tempoh itu, tujuh defendan terdiri daripada orang Lembaga dan Lembaga Tiang Balai sudah meninggal dunia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama dua peguamnya, Firoz Ahmad Jamaludin dan Shanti Abraham daripada firma guaman Messrs Puthucheary Firoz & Mai.

Dr Ismail berkata, pada 26 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Wira Low Hop Bing memerintahkan tiga defendan yang masih hidup membayar RM200,000 setiap seorang dengan faedah lapan peratus kepadanya sebagai ganti rugi.

“Apa yang terkandung dalam minit mesyuarat pada 27 Disember 1997 termasuk dakwaan penderhakaan adalah tidak benar dan menyebabkan kesengsaraan teruk kepada saya sekeluarga.

“Selain itu, ia memudaratkan kedudukan saya selaku ketua Lembaga Biduanda Waris Dua Carak. Dakwaan palsu itu juga menyebabkan saya hilang gelaran sebagai Datuk Sedia Lela dan peluang untuk mewarisi pesaka Undang Luak Rembau,” katanya.

Bekas Penasihat Ekonomi Kementerian Perusahaan Awam itu berharap dengan kemenangan kesnya di mahkamah dan bebas daripada tuduhan yang dilemparkan, keadilan sama diperolehnya untuk menuntut kembali kedudukan sebagai Undang Luak Rembau.

“Saya harap pihak yang berkenaan akan mempertimbangkan dengan teliti keputusan mahkamah dan mengambil tindakan sewajarnya untuk membetulkan ketidakadilan yang menimpa saya,” katanya.

Undang Luak Rembau adalah satu daripada empat jawatan kebesaran Negeri Sembilan.

Jawatan itu kini disandang Datuk Mohd Sharif Othman.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/Setempat/20070404101336/Article/indexm_html

PLKN: Bapa rayu anak yang sakit dibenarkan pulang

IPOH, 5 April (Hrkh) – Seorang bapa, Shamsul Amran meminta pihak Komandan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Gunung Semanggol, membenarkan anaknya yang disahkan sakit oleh doktor yang bertugas di situ untuk dibenarkan pulang ke rumah.
Anak lelakinya yang berusia 18 tahun (nama dirahsiakan) yang sememangnya mengidap penyakit kritikal sejak kecil itu telah dibawa ke kem PLKN tersebut sejak dua minggu lalu dan mengikut syaratnya akan berada di situ dua bulan setengah lagi.

Bapanya memberitahu Harakahdaily, dikatakan anaknya bersama lapan orang pelatih lain disahkan sakit oleh doktor itu dikecualikan dari membuat sebarang latihan dan kini mereka hanyalah `makan tidur’ sahaja menunggu tarikh keluar dari PLKN tiga bulan lagi.
“Saya merayu kepada Menteri berkenaan, Komandan dan pihak PLKN di sini supaya membenarkan anak-anak kami pulang dan bolehlah menyambungkan semula pelajaran mereka daripada berada di sini tanpa aktiviti tertentu yang membosankan dan dibimbangi akan mendatangkan tekanan jiwa pula”, katanya.

Menurutnya, anaknya pada hari biasa akan membuat kerja-kerja ringan dan di hari tidak bersekolah ia akan menolong membantu keluarga ke kebun bagi menambah pendapatan keluarga. - mks.
--------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7137&Itemid=29

4/4/07

Bangunan Kedai Di Senawang Sarang Penagih

Berita Harian Selasa 3 April 2007, Sentral C6
Bangunan dua tingkat sarang penagih
Seremban : Sebuah bangunan dua tingkat yang pernah menempatkan Pusat Rawatan Senawang di Taman Anggerik, Senawang, dekat sini kini dipercayai menjadi sarang kumpulan tertentu untuk aktiviti menghidu gam, penyalahgunaan dadah dan mengambil minuman keras.

Ia berdasarkan tinjauan Sentral yang mendapati pelbagai sisa ditinggalkan di dalam bangunan itu seperti lilin, tilam dan botol arak selain keterangan penduduk setempat yang mendakwa pernah melihat kumpulan remaja memasuki premis berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) Taman Anggerik, Mohd Rosli Jamil, 47, berkata pusat rawatan itu pernah beroperasi kira-kira enam bulan sebelum ini, tetapi ditutup sejak lebih dua tahun lalu.

“Kami difahamkan pusat itu ditutup kerana kerja ubah suai bangunan yang dilakukan pemiliknya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sehingga tidak diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mungkin juga kerana pusat rawatan itu tidak mendapat sambutan.

“Sehingga kini, kami tidak tahu siapa sebenarnya pemilik bangunan ini yang terbiar begitu saja,” katanya.