JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

5/30/07

Untung Jadi Banduan di Malaysia !

Bangunan Terbiar Dijadikan Penjara Atasi Kesesakan
KAJANG, 30 Mei (Bernama) -- Beberapa bangunan terbiar di seluruh negara akan disewa oleh Jabatan Penjara dan diubahsuai bagi menempatkan banduan yang menjalani hukuman ringan sebagai langkah mengurangkan kesesakan dalam penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Mustafa Osman berkata buat permulaan, beberapa bangunan di sekitar Kajang dikenal pasti bagi program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan ini.

"Kita sedang merisik dan berunding dengan pihak tertentu dan jika mereka bersetuju kita akan segera mengambilnya dan membuat sedikit pengubahsuaian dengan menaikkan pagar keselamatan dan mengadakan jagaan yang minimum," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan oleh 222 kakitangan Jabatan Penjara di sini hari ini.

Kini terdapat 48,000 banduan di penjara seluruh negara, dan yang menghadapi kesesakan kritikal ialah Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara Kluang.

Mustafa berkata Kajang dipilih sebagai percubaan bagi menempatkan banduan dari Penjara Kajang sebelum program itu diperluaskan ke kawasan lain.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bangunan berkenaan akan dikawal seperti penjara biasa," katanya.

Beliau berkata langkah itu dapat mengelak banduan yang menjalani hukuman ringan daripada bergaul dengan banduan yang menjalani hukuman berat.

"Banduan yang menghadapi hukuman ringan tidak memerlukan latihan kemahiran sebaliknya lebih kepada pemantapan jati diri dan disiplin," kata Mustafa.

Beliau meminta pemilik bangunan atau kilang yang tidak digunakan dan mahu menyewakannya supaya menghubungi Jabatan Penjara.

Mustafa juga berkata Jabatan Penjara kini mempunyai 11,000 orang kakitangan dan masih kekurangan kira-kira 4,000 warder.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=264803

**********************************************
Pada tahun 2006 kerajaan Malaysia membelanjakan RM 1,274,490 ( RM 1.27 juta ) sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna sebanyak RM 465,188,850 ( RM 465 juta ) setahun wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan penghuni-penghuni penjara.

Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan. Kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219724&vo=104 )

Sementara itu untuk menanggung warga negara yang sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa membelanjakan RM500,000 sehari bersamaan dengan RM 182,500,000 ( RM 182 juta ) setahun. Ini diambil kira dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang menempatkan sekitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang dirawat di pusat serenti sebanyak RM50 setiap hari. (Sumber Berita Harian http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060718095150 )

Ini bermakna sejumlah RM 647,688,850 ( RM 647 juta ) setahun dibazirkan begitu sahaja untuk memulihkan serta mengasingkan para banduan, tahanan dan penagih dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

Dengan wang sebanyak RM 647 juta ini sepatutnya boleh diberikan secara percuma kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS. Menurut maklumat dari laman web PTPTN , bagi pelajar IPTA, jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000 hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS, jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000 setahun. Ini bermakna dengan RM 647 juta ini boleh menampung pembelajaran sekurang-kurangnya 32,384 orang pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan STPM di Malaysia ini akan dapat menikmati pembelajaran peringkat tinggi secara percuma. ( Sumber http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.22 )

Dalam pada itu kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan ibu bapa untuk mempunyai simpanan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1 Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan. Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan pula wajib menyimpan RM500. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=249981 )

Melihat senario di atas, ibu bapa yang ada kemampuan mungkin telah memulakan tabungan untuk membiayai pembelajaran anak-anak mereka di peringkat tinggi. Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang berkemampuan serta pencapaian akademik anak-anak mereka tidak membolehkan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Mahu tidak mahu mereka terpaksa membuat pinjaman atau melepaskan sahaja anak mereka ke alam pekerjaan.

Baru-baru ini Buletin Utama TV3 ada menyiarkan bagaimana pendekatan Islam Hadhari yang digunakan untuk membimbing para-para banduan telah dapat memulihkan para banduan, dengan adanya kuliah agama, kuliah tafsir, kuliah sirah nabi dan beberapa siri kuliah agama.

Sekiranya penjara, pusat tahanan serta pusat serenti di Malaysia ini dapat memberikan pendidikan agama yang sempurna disokong dengan pengajian vokasional serta teknikal serta lain-lain kemahiran di Malaysia, apakah akan ada ibu bapa yang terdetik di hati mengatakan adalah lebih baik menghantar anak ke penjara sekiranya tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ?

Apakah dugaan yang menimpa rakyat Malaysia sekarang ini yang menyebabkan masalah banduan, PATI, penagih dadah tidak dapat dikurangkan apatah lagi untuk mensifarkannya ?
http://pasn9.blogspot.com/2007/03/pendidikan-percuma-untuk-pelajar-ipt.html

5/22/07

Selamat Berkongres

Mari kita berdiri teguh bersatu padu. Kita pertontonkan kepada rakyat dan seluruh negara bahawa KeADILan adalah satu kuasa politik yang hebat dan digeruni – Selamat Berkongres

Kematian tinggi akibat kegagalan ambulans

Berita Harian 21 Mei 2007. KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Islam Malaysia mahu pengurusan hospital tidak cuai dalam aspek penyelenggaraan ambulans bagi mengelak masalah ketika penghantaran pesakit ke hospital.

Presidennya, Prof Madya Dr Abdul Latiff Mohamad, berkata pihaknya ada menerima aduan ada pengurusan hospital mengurangkan kos penyelenggaraan ambulans hingga ada kenderaan itu gagal berfungsi dengan baik ketika kecemasan.

Katanya, penyelenggaraan ambulans tidak boleh dipandang remeh bagi mengelak masalah ketika membawa pesakit yang memerlukan rawatan segera.

“Saya tak terkejut mendengar perkara itu (kematian akibat kegagalan ambulans membawa mangsa ke hospital dalam tempoh singkat) kerana sebelum ini ada berita pengurusan hospital tak ambil berat soal penyelenggaraan ambulans semata-mata untuk mengurangkan kos.

“Sebagai contoh, apabila ambulans rosak, ia diganti barangan murah atau lebih senang ‘tangkap muat’ tanpa memikirkan kualiti dan kesan kepada kenderaan akibat penggunaan barang tidak elok,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau diminta mengulas jumlah kematian tinggi terutama di kalangan mangsa kemalangan jalan raya akibat kegagalan ambulans membawa mangsa ke hospital dalam tempoh singkat. Kebanyakan mangsa mati akibat pendarahan dan trauma kerana lewat mendapat rawatan.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070521001347/Article/

5/21/07

PenTaS AnAk MUDa 24 MEI SEREMBAN

PIDATO : PENTAS ANAK MUDA ANGKATAN MUDA KEADILAN RAKYAT

PEMIDATO :
Sdr Shamsul Iskandar
Sdr Faris Musa
Cikgu Badrul
Nurul Izzah Dato Seri Anwar Ibrahim
Dan ramai lagi

KHAMIS 24 Mei 2007 – JAM 9 MALAM
Sebelah Surau Hitam, Ampangan, Seremban

Semua Dijemput Hadir

“PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA-KATA”
www.chegubard.blogspot.com

Hubungi Ariffin 016-2862481

5/15/07

Ahli Majlis PBT N.Sembilan Suka Berfoya

Harian Metro 15 Mei 2007. PORT DICKSON: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mendedahkan ada segelintir ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini suka berfoya-foya di kelab malam serta pusat karaoke dan memeras pengusaha pusat berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Katanya, sebagai seorang yang diberi kepercayaan mengembleng tenaga membantu kerajaan memajukan negeri, sikap sedemikian amat mengecewakan dan memberi imej buruk kepada PBT di mata masyarakat luar.

“Saya cakap ada kebenarannya. Saya mendapat aduan terdapat ahli majlis yang duduk di kelab malam serta pusat karaoke. Saya juga terima surat mengatakan ahli majlis ‘pow’ orang sana sini.

“Kalau saya dengar lagi ada ahli majlis buat macam tu, saya akan gunakan kuasa saya untuk memecat. Saya sudah letih dengar perangai macam tu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Ahli Majlis PBT Negeri Sembilan di Tiara Beach Resort di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Mohamad mengibaratkan kejadian itu sebagai ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit’ kerana secara tidak langsung ia menyebabkan imej PBT serta ahli majlis tercemar sedangkan yang berbuat demikian hanya seorang.

Beliau berkata, sikap individu itu juga berlaku disebabkan pemilik pusat hiburan sendiri yang mengamalkan rasuah hanya kerana mahu menjaga perniagaannya.

“Jika ada ahli majlis yang cuba memeras ugut meminta wang, sepatutnya jangan layan,” katanya.

Menurutnya, ahli majlis juga seharusnya mengamalkan nilai budaya yang baik dengan mengikut dasar ditetapkan kerajaan tanpa menggadaikan maruah diri.

“Dasar yang ditetapkan kerajaan adalah jelas dan tidak seharusnya seseorang ahli majlis itu menggunakan kuasa yang diberikan untuk perkara yang ternyata bercanggah hanya untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Ini berikutan, katanya, terdapat juga di kalangan ahli majlis yang suka menyokong sesuatu perkara yang bercanggah dengan dasar kerajaan seperti membuka pub, karaoke dan snuker berdekatan dengan kawasan perumahan.

Mohamad turut menyatakan kekecewaan kerana pandangan masyarakat yang menganggap berurusan dengan PBT amat sukar serta memerlukan unsur rasuah.

“Selama ini PBT sering dikaitkan dengan pandangan negatif orang ramai. Sampai seluruh masyarakat menganggap berurusan dengan PBT umpama ‘mimpi ngeri’. Mereka percaya setiap kali berurusan, mesti perlu memberi rasuah sama ada untuk mendapatkan atau mempercepatkan sesuatu kelulusan.

“Bagaimanapun, persepsi itu tidak betul kerana ia mungkin dilakukan segelintir kakitangan saja. Sebab itu kita mesti mengikis anggapan demikian,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070515101016/Article/indexm_html

Pelatih PLKN Demam Sejak Tiga Minggu

Harian Metro 15 Mei 2007. MUAR: Keluarga seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mempertikaikan tindakan pengurusan Kem Semberong, Kluang, lambat memberikan rawatan kepada anaknya yang demam sejak tiga minggu lalu, sehingga menyebabkannya terlantar di hospital apabila disyaki menghidap demam malaria dan jangkitan paru-paru akibat kencing tikus hutan.

Bapa pelatih berkenaan, Baharudin Hassan, 56, berkata anaknya hanya mendapat rawatan awal selepas pihaknya sendiri menghubungi pengurusan PLKN supaya Ili Nur Fathin, 17, dirawat.

Dia mendakwa, anaknya hanya dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital sebelum dibenarkan pulang semula ke kem dan hanya dijaga rakannya di asrama serta masih dibenarkan menjalani latihan walaupun keadaannya lemah.

“Ketika hadir pada Program Hari Terbuka di kem itu pada 6 Mei lalu, saya mendapati Ili Nur Fathin masih demam dan lemah menyebabkan saya meminta izin daripada pengurusan kem untuk membawanya pulang untuk mendapat rawatan lanjut dan anak saya diberi cuti selama dua hari,” katanya.

Dia berkata, anaknya pada mulanya mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum dibenarkan pulang.

Katanya, selepas keadaan anaknya tidak berubah, dua hari kemudian dia membawanya semula ke HPSF dan ditahan di wad untuk rawatan lanjut termasuk membuat ujian darah selepas mendapatinya mengalami demam berterusan sejak tiga minggu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Setempat/20070515094121/Article/indexm_html

5/11/07

30,000 lulusan SPM majoriti Bumiputera bakal tercicir

30,000 tidak dapat teruskan latihan kemahiran
Utusan Malaysia 11 Mei 2007. KUALA LUMPUR 10 Mei – Seramai 30,000 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bumiputera gagal mendapat pem- biayaan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk me- mulakan latihan di pusat-pusat kemahiran swasta pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ber- tindak Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera, Nordin Abdul Malek berkata, pihaknya terpaksa mengetengahkan isu tersebut kerana sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada golongan tercicir dan miskin.

Bagi mengelakkan nasib mereka menjadi lebih buruk, beliau meminta kerajaan khususnya Kabinet campur tangan dalam menangani masalah itu.

‘‘Kerajaan sering membincangkan mengenai pentingnya modal insan tetapi dalam perkara ini, kita tidak sedar terdapat 30,000 lepasan SPM tidak berpeluang untuk mendapatkan latihan kemahiran kerana tidak ada wang.

‘‘Mereka ini orang miskin dan ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyediakan wang. Mereka amat berharap pada pinjaman. Malangnya, PTPK yang ditubuhkan langsung tidak berfungsi untuk membantu mereka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nordin memberitahu, untuk membiayai semua pelajar itu, PTPK perlu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM150 juta.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Satu Jam Mangsa Nahas Tunggu Ambulan di KL

Bayangkan seorang mangsa kemalangan jalanraya yang berlumuran darah menunggu satu jam di tepi jalan untuk ambulan datang membawanya ke hospital. Ianya berlaku bukan di hutan pedalaman yang tebal tetapi di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Ianya berlaku bukannya sebelum kita merdeka tetapi berlaku selepas 50 tahun kita merdeka. Kasihan sungguh remaja yang kemalangan ini, terpaksa menunggu sejam untuk ambulan. Selepas ambulan datang , ambulan pula tidak ada “stretcher”, terpaksa mangsa berjalan dalam keadaan menanggung kesakitan menaiki ambulan. Sebelum ini seorang suri rumah terpaksa melahirkan anak di depan rumah dengan bantuan anggota polis, juga kerana masalah untuk mendapatkan ambulan. Sikap anggota PDRM yang membantu dalam kedua-dua kes tersebut harus diberi penghargaan yang sewajarnya. Selepas ini semua pihak akan menyalahkan pihak lain, tetapi lupa untuk cermin diri sendiri. Walaubagaimanapun Kementerian Kesihatan harus menjelaskan isu ini.

******************************************
One-hour wait for ambulance By RAHMAN DAROS

Malay Mail 10 May 2007. PICTURE this — you have just been involved in a traffic accident and are lying bloodied by the road side. Kind strangers call for an ambulance but it arrives almost an hour later, leaving you in agony.

When it finally arrives, instead of being placed on a stretcher, you are made to suffer the indignity of walking to the ambulance and clamber up the vehicle yourself.

An unlikely story? Tell that to businessman M. Mahendran, who claimed to have witnessed the incident yesterday.

Mahendran, 48, said he was driving past Batu 3, Jalan Ipoh, at 12.50pm when he saw the accident.

He said the victim, in his 20s, had beaten a red light in front of HSBC bank and rammed into another biker who was making a U-turn from Jalan Kasipillay.

“The other motorcyclist only sustained minor injuries but the other man was covered in blood as he lay on the road,” he said.

Passers-by helped move the bloodied man and his Yamaha RX-Z to the side of the road.

Mahendran snapped some pictures of the incident.

He claimed that some 10 minutes after the incident, three policemen from Dang Wangi police headquarters, all on motorcycles, arrived at the scene and radioed for an ambulance at 1pm.

However, 30 minutes went by and there were still no signs of an ambulance, despite Kuala Lumpur Hospital being just several kilometres away. Instead, a patrol car arrived.

At this time, the victim, clad in leather jacket, Tshirt and jeans, was still lying down before several people told him to sit on the pavement.

“There was a lot of blood as he had a head injury despite wearing a helmet.

“Police called for an ambulance six times before the patrol car arrived,” claimed Mahendran.

Mahendran said the victim also appeared to be evasive.

“The only thing I found out was that the man was from Selayang but didn’t want to give his name and other details,” he said.

Mahendran said most of the onlookers, including him, were reluctant to take the man to the hospital themselves as they feared that he could be a snatch thief or even someone who was involved in a hitand- run incident.

Two policemen talked to the victim before he was told to get into the patrol car.

However, after getting into the car, the ambulance arrived at 1.50pm.

“The ambulance personnel said they were short-handed and that caused the delay,” claimed Mahendran.

Incredibly, he claimed that no medical staff attended to the victim, who, despite his injuries, had to walk to the ambulance.

“There was no stretcher for him or even a paramedic to treat his wounds. The driver told him to get out from the patrol car and get into the ambulance.

“I wondered what took them so long as HKL is just a few kilometres away. They were an hour late! This was an emergency.

“Imagine what could have happened if the victim was a pregnant woman or an old person? “I certainly hope that this would not happen again.”


http://www.mmail.com.my/Current_News/mm/Thursday/Frontpage/20070510132214/Article/index_html

5/10/07

PEMBELI TAMAN SENAWANG JAYA TAGIH JANJI KERAJAAN







Pemerhatian Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan pada 10 Mei 2007 mendapati pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban sudah terhenti sejak sekian lama. Malah papan kenyataan projek tersebut yang terletak di tengah-tengah pekan Senawang hampir roboh. Tiada nampak tanda-tanda kerja pemulihan projek sedang berjalan. Justeru itu AMKNS merasakan kesal yang amat sangat dengan janji demi janji yang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap pembeli yang kecewa menantikan hampir 24 tahun untuk projek perumahan yang sekangkang kera ini untuk disiapkan.

Menurut papan kenyataan projek kerja pembersihan ialah antara 15 Mei 2006 hingga 15 Jun 2006. AMKNS mendapati kawasan tersebut telah dipenuhi semula semak samun dan belukar yang hampir menutupi kawasan tersebut.

AMKNS menggesa agar Wakil Rakyat di kawasan Senawang iaitu YB Dato’Woo Ah Lek yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri mengambil serius perkara ini serta memantau pemulihan projek perumahan terbengkalai dari masa ke semasa.

FAKTA DARI PAPAN KENYATAAN PROJEK :
SATU LAGI PEMULIHAN PROJEK OLEH SPNB UNTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL
PROJEK : CADANGAN PEMULIHAN PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI 96 UNIT RUMAH TERES 1 TINGKAT, TAMAN SENAWANG JAYA FASA 1C DIATAS LOT ………
UNTUK TETUAN : SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

FAKTA DARI MEDIA RASMI :
- Projek rumah terbengkalai di Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban.
- 87 pembeli menunggu hampir 24 tahun untuk rumah mereka disiapkan.
- Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983.
- Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983
- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Woo Ah Lek berkata, pihak kerajaan akan memberi suntikan modal sebanyak RM2.5 juta untuk membolehkan projek itu dibangunkan semula.
- Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata segala kos termasuk kos penyelenggaraan membaik pulih kedua-dua projek itu akan ditanggung oleh SPNB dan kerajaan.
- Pengurus Besar (Pelaksanaan Projek) SPNB Ahmad Azizi Ali berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)bertanggungjawab mengambil alih projek di Taman Senawang Jaya Fasa 1 C dengan anggaran kos antara RM6 juta dan RM7 juta.
- Pembeli tidak akan dikenakan kos tambahan.

Siapa Wakil Rakyat di Taman Senawang Jaya ?
DUN N24 SENAWANG (14,257)
Melayu: 24% Cina: 56% India: 17% Lain: 3%
WAKIL RAKYAT : YB Dato’Woo Ah Lek
Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tel 06 – 763 3454 (T) 06 – 765 9503 (P) 06 – 601 2789 (R)
H/p 019 – 661 6789
Faks 06 – 762 7601
Email ybwoo@sukns.gov.my

PARLIMEN P130 RASAH (65,107)
Melayu: 26% Cina: 51% India: 20% Lain: 3%
AHLI PARLIMEN : YB Dato' Goh Siow Huat
Lot 2736 Taman Sea, 70100 Seremban
Tel 06 – 6317863 (P) 06 – 6316518 (R)
H/p 019 – 6500212

Pembeli boleh mengemukakan aduan kepada Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan AMKNS di talian 016-2862481 atau melalui e-mel amk_ns@yahoo.com . Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

*****************************************************
KOSMO 2 Jun 2005
Projek Taman Senawang Jaya disambung semula hujung tahun ini . KUALA LUMPUR - Masalah projek rumah terbengkalai di Taman Senawang Jaya Fasa I-C, Seremban dijangka selesai tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datuk Woo Ah Lek, pihaknya dalam proses terakhir menunggu kelulusan suntikan modal baru untuk memulakan semula projek tersebut.

Beliau mengulas laporan KOSMO! semalam mengenai rintihan 87 pembeli yang menunggu hampir 22 tahun untuk rumah mereka disiapkan, malangnya sehingga hari ini masih belum menjadi kenyataan.

Semasa membeli rumah di taman itu pada tahun 1983, salah seorang pembeli, Abu Bakar Md. Top, 57, membayangkan akan menduduki rumah teres setingkat itu dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, sehingga hari ini projek perumahan sebanyak 96 unit itu masih terbengkalai.

Sebanyak 87 daripada 96 unit telah dijual ketika dipromosikan oleh pemaju pada tahun 1983. Kebanyakan rumah hanya siap antara 50 ke 60 peratus dan kerja-kerja pembinaannya telah dihentikan sejak akhir tahun 1983.

Ah Lek berkata, pihak kerajaan akan memberi suntikan modal sebanyak RM2.5 juta untuk membolehkan projek itu dibangunkan semula setelah lebih dua dekad terbengkalai.

Menurutnya, baki projek akan diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dijangka siap dalam masa lapan hingga 12 bulan selepas projek dimulakan.
http://www.hba.org.my/news/2005/605/projek_taman.htm

*****************************************************
BERITA HARIAN 12 Ogos 2005
Dua projek perumahan di negeri ini yang terbengkalai sejak lebih 20 tahun lalu, iaitu Taman Pelangi di Sikamat dan Taman Senawang Jaya Fasa 2C, Senawang, dekat sini akan diambil alih Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata segala kos termasuk kos penyelenggaraan membaik pulih kedua-dua projek itu akan ditanggung oleh SPNB dan kerajaan.
http://www.hba.org.my/news/2005/805/spnb.htm

*****************************************************
BERNAMA 29 Jun 2006
Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan mengadakan majlis penerangan dan menandatangani Surat Akujanji bagi projek perumahan terbengkalai Taman Senawang Jaya (Fasa 1C), Seremban, di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di sini, mulai pukul 9 pagi, Sabtu ini.

Menurut kenyataan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan itu, hari ini majlis berkenaan dijangka turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senawang Datuk Woo Ah Lek.

SPNB diarah oleh Kementerian Kewangan untuk mengambil alih dan membaik pulih 96 unit rumah teres satu tingkat taman perumahan itu yang kerja-kerja pembinaannya dihentikan sejak hujung 1983.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=205716

*****************************************************
BERNAMA 1 Julai 2006
SPNB Baikpulih 62 Projek Rumah Terbengkalai
SEREMBAN, 1 Julai (Bernama) -- Pengurus Besar (Pelaksanaan Projek) SPNB Ahmad Azizi Ali berkata sembilan projek berkenaan dibiayai sepenuhnya melalui bantuan kewangan daripada kerajaan pusat.

"SPNB kini giat membaikpulih 12 projek perumahan yang dikenalpasti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan kos sama," katanya kepada pemberita selepas majlis penerangan dan menandatangani Akujanji Projek Perumahan Taman Senawang Jaya Fasa 1C di sini hari Sabtu.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan Datuk Woo Ah Lek.

Sementara itu, beliau berkata SPNB bertanggungjawab mengambil alih projek di Taman Senawang Jaya Fasa 1 C yang terbengkalai sejak 23 tahun lepas dengan anggaran kos antara RM6 juta dan RM7 juta.

Katanya projek itu akan dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat bulan dari sekarang apabila selesai urusan dokumentasi dengan bank dan penilaian rumah.

Pembeli juga tidak akan dikenakan kos tambahan, kata Ahmad Azizi.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/printable.php?id=206091

5/8/07

Majlis Daerah Kuala Pilah Sedia Terima Aduan

Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Kuala Pilah yang telah melancarkan E-Aduan pada 4 Mei 2007. Dengan ini sebarang masalah setempat, jalan rosak, longkang pecah, pokok tumbang, operasi karaoke lewat malam, rumah judi dan kedai minuman keras yang tidak mematuhi syarat lesen dan banyak lagi bolehlah dibuat aduan secara on-line, sms, fax, surat atau talipon. Sekiranya aduan tidak dilayan bolehlah menghubungi wakil rakyat setempat atau wakil Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan. Semua maklumat dibawah ini :

Majlis Daerah Kuala Pilah
Jalan Perpateh
72009 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: 06-4812075 / 4025
Fax: 06-4811042
aduan@mdkp.gov.my
http://www.mdkp.gov.my
http://eaduan.mdkp.gov.my

MAJLIS PELANCARAN E-ADUAN AWAM MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
Tarikh :4 Mei 2007
Masa : 2.45 Petang
Lokasi : Dewan Dato' Bahaman, Majlis Daerah Kuala Pilah
Majlis Daerah Kuala Pilah telah menganjurkan Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.

Aduan juga boleh dibuat melalui Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan AMKNS di talian 016-2862481 atau melalui e-mel amk_ns@yahoo.com . Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

Atau melalu wakil rakyat di kawasan ini. Maklumat dari www.sukns.gov.my

PARLIMEN : P129 KUALA PILAH (43,089)
Melayu: 75% Cina: 18% India: 5% Lain: 2%
AHLI PARLIMEN : Datuk Hassan Malek (BN-Umno)
YB Dato’ Hj Hassan Malek, No. 29, Lorong Seri Meranti, Taman Bukit Chedang
70300 Seremban
Tel 06 – 4810600 (P) 06 – 7623018 (R) , Faks 06 – 4810601 , H/p 012 – 2143366, 013 - 3887721

DUN N15 JUASSEH (8,603)
Melayu: 81% Cina: 12% India: 5% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Mohd Razi Khail (BN-Umno)
YB Tuan Mohammad Razi B Kail
No. 9441, Jalan Kekwa 8, Taman Guru Melayu, 70450 Seremban
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan (Penerangan)
Tel 06 – 498 3301(P) 06 – 678 9291(R) H/p 019 – 661 5890

DUN N16 SERI MENANTI (8,047)
Melayu: 93% Cina: 4% Orang Asli: 1% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Ibrahim Jahaya (BN-Umno)

DUN N17 SENALING (7,020)
Melayu: 71% Cina: 23% India: 3% Lain: 4%
WAKIL RAKYAT : Datuk Ismail Lassim (BN-Umno)

DUN N18 PILAH (10,528)
Melayu: 64% Cina: 26% India: 8% Lain: 2%
WAKIL RAKYAT : Datuk Norhayati Omar (BN-Umno)

DUN N19 JOHOL (8,891)
Melayu: 68% Cina: 22% India: 6% Orang Asli: 1% Lain: 3%
WAKIL RAKYAT : YB Dato’ Roslan B Md Yusof JP,PMC
No. 6, Kampung Berambai , 73100 Johol
Tim. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Innovasi
Tel 06 – 436 7502(P) , 06 – 436 9694(R) H/p 013 – 397 9694

Kem PLKN Melaka Bahaya ada VIRUS !

Pelatih PLKN hidap demam bertambah. Berita Harian 8 Mei 2007. KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka meningkat kepada 18 orang akibat demam yang disyaki berpunca daripada virus dalam kolam yang digunakan untuk aktiviti air di Kem Putra Putri, Taboh, Melaka.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN), Abdul Hadi Awang Kechil, berkata keadaan mereka tidak membimbangkan kerana hanya demam yang berubah-ubah.

“Pelatih yang demam pada paras bawah 38 darjah Celsius dikuarantin dan dirawat pegawai perubatan dari Hospital Besar Melaka di kem berkenaan.

“Mereka perlu berada di kem masing-masing dan tidak dibenarkan pulang sehingga punca sebenar mengenainya diketahui, bagaimanapun sekiranya suhu badan mereka melebihi 38 darjah celsius, mereka dihantar ke hospital,” katanya selepas menghadiri Majlis Program Komuniti dan Kempen Budi Bahasa yang dirasmikan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye di Taman Sinar Harapan di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan kolam itu yang menjadi tempat pelatih menjalankan aktiviti air ditutup sementara kerana disyaki mengandungi virus sehingga menyebabkan 40 pelatih diserang demam, sejak 30 April lalu.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Naziran MLKN Melaka, Lai Poon Fook, berkata sampel air kolam sudah diambil untuk diuji Jabatan Kesihatan.

Ditanya bila hasil ujian sampel itu boleh diperoleh, Abdul Hadi berkata, pihaknya masih menanti keputusannya.

“Ujian susulan penting bagi memastikan punca sebenar yang dihadapi pelatih di kem berkenaan dapat diketahui walaupun sebelum ini pernah melakukan perkara (ujian sampel air) sama bagi memastikan pelatih tidak berdepan sebarang risiko,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, semua aktiviti membabitkan penggunaan kolam itu digantung sementara sehingga puncanya diketahui.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070508012401/Article/

5/7/07

DAP akan bertanding lebih banyak kerusi

DAP wants to contest more seats
The Star 7 May 2007. KUALA LUMPUR: The DAP wants to contest 54 parliamentary seats and 115 state seats in the next general election.

However, the final number is pending negotiation with Parti Keadilan Rakyat (PKR), said DAP secretary-general Lim Guan Eng yesterday.

The DAP insisted that it would not work with PAS in the election.

Speaking to reporters after the party’s special congress here yesterday, Lim said with all efforts concentrated on the election, the DAP also decided to postpone its triennial elections, originally scheduled for September, by up to 12 months.

The DAP, Lim said, would consult PKR on the seat allocations as it preferred straight fight with Barisan Nasional.

He also confirmed he would contest in election, adding that the party would focus on Penang, Perak, Selangor, Negri Sembilan and Sabah.

“We will also contest for parliamentary seats in Sarawak, the majority of which we have contested in the past.

“It’s unlikely that there will be overlapping seats, but we will not involve PAS in our seat negotiations,” he added.

In the 2004 general election, the DAP contested 44 parliamentary seats and 104 state seats.

It now has representatives in 12 parliamentary seats and 20 state seats.

In his speech, Lim said the DAP was willing to cooperate with the other opposition parties as long as they fulfilled the DAP’s six key principles including the acceptance of Bangsa Malaysia, accepting the Merdeka Constitution that Malaysia is not an Islamic state and replacing the New Economic Policy with one that promoted equal distribution of wealth. Opposition Leader Lim Kit Siang said theDAP is shocked over a Sarawak state assembly bill, which sought punitive measures for “disturbing behaviour” during sitting.

He said the proposed rules reflected badly on the country's parliamentary system.

“We will oppose the bill. The state government should be more responsible and accountable to the people by replying to questions raised during the assembly, not by coming up with retrogressive sanctions against its assemblymen.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

5/5/07

DAP yakin tawan 8 DUN, 1 Parlimen N.Sembilan

Launching of “DAP Negeri Sembilan’s Building Fund” – another milestone of the reemergence of a strong DAP in Negeri Sembilan.
(Speech at the DAP 40th anniversary dinner organized by Pekan Lukut branch
by Loke Siew Fook)
(Lukut, Saturday): The victory of DAP Sarawak in winning an unprecedented 6 state seats at last week’s Sarawak state election has not only sent a strong political message to the Barisan Nasional about the dissatisfactions of the people towards the government but it has boosted the morale and motivation of all DAP leaders and members nationwide to strive for greater heights in our political journey.

The emergence of a strong opposition presence in the new Sarawak State Legislative Assembly is the best testimony of a poor mid-term report card of the Pak Lah’s administration. Although Pak Lah had promised the “skies” to Malaysians in the campaign of the 2004 general election about the many reform-orientated programs in particular the fight against corruption and reforming public delivery system, nothing much in concrete has materialized in the last 2 years. The slow pace in Pak Lah’s reform program or rather the non-existence of it is perhaps the most important contributing factor to the poor showing of Barisan Nasional in the just concluded Sarawak state election.

The coming years will be very challenging for all Malaysians as all of us are facing an increasingly higher cost of living and worst still, the many recent decisions by the government in particular raising the fuel price and the electricity tariff are contributing to an estimated 4% in inflation. The government said that all these decisions are unavoidable as the world oil price is beyond the control of the BN government. Malaysians are not convinced at all with this argument. Higher oil price has actually increased the profits of Petronas which in turn means higher revenue for the federal government. What is lacking is the transparency of Petronas in which nobody actually knows how Petronas’s monies are being used. Even our former Prime Minister and adviser to Petronas, Tun Dr. Mahathir has called on the government to be more transparent on Petronas.

The problem in Malaysia is not that we are lack of natural resources nor our economy is not growing. The problem with Malaysia is that too much public monies and resources are wasted due to government leakages, corruptions in all levels of government and misallocation of public funds on unproductive projects and expenditure. The only way for Malaysians to heal these many ills in our system of governance is to have a strong opposition presence in the Parliament and all state assemblies.

DAP Negeri Sembilan are working very hard to strive for a bigger breakthrough in the next general election in particular wresting at least one parliamentary seat and six additional state seats. This target is achievable and DAP NS is moving towards this direction. The breakthrough in the 2004 general election in wresting back Lobak and Bahau state seats was the most important milestone in rebuilding DAP NS after a decade of political doldrums. I wish to announce that the launching of the “DAP Negeri Sembilan’s building Fund” tonight to target to raise RM350,000.00 in the next 12 months is another major milestone for the reemergence of a strong DAP’s presence in Negeri Sembilan. I’m very glad that we had a great start in this fundraising campaign as we already raised RM25,000 tonight – RM10,000 by Seremban branch, RM10,000 by Sdr. Lee Kong Hing and RM5,000 by Rantau Timur branch. I appeal to all DAP supporters in the state to help us to make this very important project a reality for a stronger DAP in the state.

(27/05/2006)

--------------------------------------------------------------------------------

* Loke Siew Fook, DAPSY National Secretary cum NS State Assemblyman for Lobak
http://www.dapmalaysia.org/english/2006/may06/bul/bul3007.htm

5/2/07

11 DUN jadi tumpuan pembangkang di NS

11 DUN (kawasan Dewan Undangan Negeri) mempunyai potensi yang amat besar untuk pembangkang mengekalkan serta menambahkan kerusi di Negeri Sembilan ini. Dan di 11 DUN inilah undi orang Melayu yang akan menjadi penentu kemenangan pembangkang di Negeri Sembilan.

Ini adalah kerana 11 DUN yang akan dinyatakan ini mempunyai peratusan tertinggi undi yang diperolehi semasa PRU (Pilihanraya Umum) 2004 yang lalu.

11 DUN tersebut ialah Lobak, Bahau, Bukit Kepayang, Temiang, Mambau, Rahang, Lukut, Chennah, Port Dickson, Nilai dan Repah. Kesemua 11 DUN tersebut memperolehi peratusan undi yang tinggi iaitu antara 40% hingga 60% jumlah pengundi di kawasan tersebut.

Menurut kajian Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS), pengundi Melayu akan menjadi penentu atau faktor utama kemenangan pembangkang di 11 DUN tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Peratusan pengundi Melayu di kawasan tersebut ialah Lobak 4% , Bahau 29% , Bukit Kepayang 9% , Temiang 25% , Mambau 13% , Rahang 21% , Lukut 15% , Chennah 41% , Port Dickson 33% , Nilai 25% dan Repah 35%.

Sehubungan dengan itu AMKNS menyeru kepada pengundi Melayu di kawasan tersebut agar menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang supaya ada keseimbangan suara rakyat yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan itu akan ada persaingan serta “check and balance” di kalangan wakil-wakil rakyat di Negeri Sembilan ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Oleh :
Ariffin @ Rebin B. Berham
Ketua Angkatan Muda Keadilan NS
Tel 016-2862481
E-mel amk_ns@yahoo.com .
Maklumat lanjut perkembangan terkini AMKNS boleh didapati di internet melalu laman berikut http://amkns.blogspot.com

5/1/07

23 pelatih PLKN sesat di hutan

Berita Harian 1 Mei 2007. JASIN: Sekumpulan 23 pelatih lelaki Program Khidmat Negara (PLKN) Kem Lagenda Gunung Ledang, Jalan Kolam Air, Asahan dekat sini, sesat ketika membuat latihan meredah Hutan Simpan Asahan, di sini, petang semalam.

Kumpulan pelatih dan jurulatih itu dikatakan menyertai lapan kumpulan lain melakukan aktiviti merentas hutan pagi semalam tetapi sehingga jam 5 petang mereka gagal pulang ke kem berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ayob Yaakob berkata, mereka keluar jam 3 petang dan sepatutnya pulang tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun mereka dipercayai terpisah dengan jurulatih dan jurulatih mencari hingga petang tetapi gagal dikesan.

“Jurulatih kemudian membuat laporan di Balai Polis Asahan kira-kira jam 9.20 malam,” katanya di sini.

Ayob berkata, satu platun askar dari Kem Gemas dengan bantuan polis Melaka menjalankan gerakan mencari begitu juga dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Anjing Pengesan K-9.

Bagaimanapun, sehingga jam 1.10 pagi tadi, mereka belum dapat dikesan.

Operasi mencari dilakukan sehingga sempadan Muar dan Tangkak kerana dikhuatiri pelatih tersesat.

Beliau berkata, ketika keluar menjalani latihan itu, pelatih terbabit membawa sedikit minuman dan makanan asas kerana jarak laluan redah hutan dekat dengan kem.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Jasin pula berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan kem berkenaan kira-kira jam 10.55 malam tadi yang memaklumkan kehilangan kumpulan pelatih dan jurulatih itu selepas tidak pulang ke kem.

“Bomba dan Penyelamat menghantar 15 anggota dan pegawai ke kem berkenaan bagi membantu polis, Rela dan orang kampung bagi mencari mereka yang hilang,” katanya ketika dihubungi.

Turut serta dalam gerakan mencari ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.

Sehingga lewat malam tadi kumpulan pelatih yang sesat itu belum ditemui.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20070501054941/Article/