KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

8/31/07

“Road Show” Ceramah Di Ambang Ramadhan Sep N.Sembilan

CERAMAH PEMUDA MALAYSIA ZON TENGAH NS
AHAD 2 September 2007 Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Ampangan (Sebelah Surau Hitam), Seremban, NS
Penceramah :
Sdr Suhaizan Kaiat – Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
Cikgu Badrul Hisham – Ahli MT PKR
Ust Norazli Musa – Exco Pemuda PAS Pusat
Ust Zulkarnain – Exco Pemuda PAS Pusat
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Selamatkan Malaysia – Rasuah Musuh Nombor 1 Negara – Belia NS Benci Rasuah

CERAMAH PEMUDA MALAYSIA ZON SELATAN NS
AHAD 2 September 2007 Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat Masyarakat, Felda Bukit Jalor, Tampin, NS
Penceramah :
Sdr Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat
YB Atiqullah
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Selamatkan Malaysia – Rasuah Musuh Nombor 1 Negara – Belia NS Benci Rasuah

Ceramah Anak Tok Guru 7 Sep Seremban
Ceramah Sambutan Ketibaan Ramadhan Al Mubarak
Oleh : Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Dato’ Nik Abdul Aziz
Jumaat 7 September 2007 – Jam 9 malam
Di Baitul Al Hasan (Sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Semua Dijemput Hadir - Ramadhan, Kedatangan Mu Diidam-idamkan
Maklumat lanjut hubungi 0123660646

Bersama Dato Ishak Baharom 9 Sep Jempol
Ceramah Di Ambang Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Dato Hj Ishak Baharom (Bekas Mufti Negeri Selangor) dan Ustaz Idris Ahmad
Ahad 9 September 2007 – Jam 9 malam
Di Muassassah Darul Syarif, Jln Batu Kikir-Bahau, Jempol, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir – Ramadhan, Kedatangan Mu Dinanti-nantikan

Temui Us Abd Ghani Di Rembau 10 Sep
Ceramah Menjelang Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
Isnin 10 September 2007 – Jam 9 malam
Di Markas PAS Rembau, Rembau, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir


Motivasi bersama Dr Hassan Ali 10 Sep Seremban
Ceramah Motivasi Ramadhan
Penceramah : Yg Bhg Dato Dr Hassan Ali
Isnin 10 September 2007 – Jam 9 malam
Di Pasti Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban
Semua Dijemput Hadir

8/30/07

MB Pahang sendiri sambut Din

SEMALAM, 27 Ogos 2007, Ekspedisi Solo Bermotosikal "Merdeka Dari Rasuah" sempena 50 tahun kemerdekaan negara yang dilakukan oleh sukarelawan GERAK, Mohd Zainuddin Ghazali, mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat sambutan rasmi Pejabat YAB Dato' Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang di bangunan Yayasan Pahang, Kuantan.

Zainuddin tiba di perkarangan bangunan Yayasan Pahang diiringi oleh Pengerusi GERAK Pahang, Zukri Aksah, lebih kurang jam 3.10 petang.

Sementara menunggu ketibaan Dato' Seri Adnan Yaakob dari Jengka, Pahang, ruang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Zainuddin untuk menjawab pertanyaan para wartawan yang sudah sedia berkampung di situ.

Zainuddin mempertegaskan bahawa kesungguhan beliau untuk pusing-keliling semenanjung Malaysia, meminta sokongan dan dokongan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri mengisytiharkan bahawa rasuah adalah musuh nombor satu negara bukanlah kerana mencari keuntungan peribadi, sebaliknya ia adalah atas kesedaran sendiri sebagai anak merdeka, apalagi sempena genap 50 tahun kemerdekaan negara ini.

Zainuddin mempertegaskan bahawa kesungguhan beliau untuk pusing-keliling semenanjung Malaysia, meminta sokongan dan dokongan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri mengisytiharkan bahawa rasuah adalah musuh nombor satu negara bukanlah kerana mencari keuntungan peribadi, sebaliknya ia adalah atas kesedaran sendiri sebagai anak merdeka, apalagi sempena genap 50 tahun kemerdekaan negara ini.

Zainuddin juga menolak andaian yang beliau dipergunakan, kerana beliau ada meminta beberapa pihak untuk menaja ekspedisi beliau itu, akhirnya GERAK menyambut dan bersedia menggalas tanggungjawab bersama.
Sebagai belia, beliau mahu sebagaimana belia diajar benci dadah, belia juga sewajibnya, diajar untuk membenci rasuah.

Dato' Seri Adnan Yaakob tiba hampir jam empat petang, terus pertemuan rasmi diadakan di bilik mesyuarat di tingkat enam, turut bersama Dato' Seri Adnan adalah beberapa orang pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebelum menerima secara rasmi memorandum GERAK "Merdeka Dari Rasuah" sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, Dato' Seri Adnan menjelaskan bahawa kesediaan beliau menerima adalah kerana kekagumannya atas semangat anak muda seperti Zainuddin berbuat sesuatu bagi menunjukkan apresiasi terhadap kemerdekaan, dan segala bentuk aktiviti bertujuan menyambut kemerdekaan, dari pihak manapun, asalkan dengan niat dan cara yang baik wajar disokong.

Selepas penyerahan memorandum dan menjawab beberapa soalan wartawan, majlis bersurai dan berpindah ke dewan jamuan di tingkat bawah. Walaupun Dato' Seri Adnan Yaakob berpuasa hari itu, beliau tetap turun bersama meraikan Zainuddin.

Sebelum masing-masing pulang, Dato' Seri Adnan sempat mencuba membawa motosikal Zainuddin di sekitar perkarangan bangunan Yayasan Pahang. klpos, gerak pahang

http://info.gerakmalaysia.org/index.php?option=com_content&task=view&id=268&Itemid=29

Keganasan Polis Ke atas Juri Karate, Abdullah Digesa Bertanggungjawab!

Kuala Lumpur, 29 Ogos - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa supaya keganasan polis ke atas Donald Pieters Luther Kolopita, Ketua Juri Kontinjen Karate Republik Indonesia, disiasat dengan telus dan bebas, dan menyaran supaya kerajaan Malaysia membuat satu permohonan maaf terbuka secara rasmi kepada Kerajaan Negara Indonesia dengan segera, demi menjaga imej dan maruah negara Malaysia yang jelas tercalar dek keganasan terbaru pihak polis ini.

Begitulah mesej yang disampaikan Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, dalam kenyataan akhbarnya kepada Suarakeadilan.com hari ini.

Khairul menyatakan kekesalan AMK dengan insiden memalukan ini, di mana empat orang pegawai polis Malaysia telah memukul pengadil itu sewaktu beliau berjalan kaki balik ke Hotel Allson Klana, Seremban pada 23 Ogos lepas.

“Insiden ini yang digelapkan kebanyakan media arus perdana sebaliknya mendapat sebaran meluas media antarabangsa khususnya Indonesia. Ini jelas menggambarkan betapa pihak polis Malaysia bukan sahaja gagal mendapat kepercayaan rakyat Malaysia di dalam menangani masalah jenayah, malah turut mencemarkan imej Malaysia di kalangan negara-negara serantau dan peringkat antarabangsa,” tegas Khairul.

Kata Khairul, AMK tidak melihat penggantungan khidmat keempat-empat anggota polis yang terbabit dan penahanan setengah bulan gaji sebagai penyelesaian yang setimpal.

“AMK melihat isu ini menggambarkan secara jelas bagaimana Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya mengambil keputusan berdiam diri sedangkan bantahan demi bantahan dilakukan oleh pihak kontijen Indonesia, malahan di Indonesia sendiri.

Malah kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa kerajaan tidak bersalah dalam hal ini menggambarkan kegagalan Abdullah menangani isu-isu diplomatik serantau dengan bijak.”

Khairul turut menegaskan betapa pentingnya siasatan ke atas insiden ini tidak dilakukan dengan sikap sambil lewa dan ‘cuci tangan’ oleh Abdullah, Musa Hassan dan PDRM. “Imej Malaysia tidak boleh digolok gadai dengan kelesuan kerajaan menangani isu ini,” tegas Khairul.

http://www.suarakeadilan.com/isi/2007/08/29/keganasan-polis-ke-atas-juri-karate-abdullah-digesa-bertanggungjawab/

Tentera Singapura Akan Miliki UAV Kecil, Boleh Dibawa Dalam Beg Galas

SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Tentera darat Singapura akan dilengkapi dengan pesawat pengintipan tanpa pemandu (UAV) yang dikawal secara jarak jauh menjelang hujung tahun ini, satu langkah yang dapat meningkatkan keupayaan pengintipannya.

Tidak seperti UAV yang dimiliki tentera udara dan tentera laut republik itu, UAV milik tentera darat itu nanti, yang akan dipasang dengan kamera pengintip, bersaiz kecil dan boleh dibawa dalam beg galas belakang, lapor akhbar The Straits Times.

"(UAV itu) dapat memberikan maklumat secara tepat masa kepada angkatan yang berada di darat, untuk membolehkan mereka berperang dengan cara yang lebih berkesan," akhbar itu memetik Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral Neo Kian Hong sebagai berkata.

Unit-unit tentera darat hinggakan di peringkat batalion akan dibekalkan dengan UAV mini berkenaan.

Sementara itu, Neo, yang mengambil alih jawatan Panglima Tentera Darat mulai Mac lepas, berkata penggunaan teknologi canggih tidak akan menjadikan anggota tentera republik itu "lembut" kerana hanya berada di belakang konsol komputer.

Latihan lasak tetap akan diberikan bagi memastikan angkatan bersenjata Singapura mencapai matlamat asasnya untuk melatih satu angkatan yang tahan lasak, kata laporan itu.

Katanya walaupun revolusi teknologi telah melanda angkatan bersenjata Singapura, namun manusia masih lagi merupakan aset utama angkatan itu.

-- BERNAMA 30 Ogos, 2007 15:02 PM http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=282114

Siasat dakwaan polis serang jurulatih Indonesia - Reformis Muda

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) - Kumpulan Reformis Muda Negeri Sembilan menyeru agar semua pihak yang terlibat menyiasat secara terperinci dan telus laporan akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 28 Ogos 2007 yang menyatakan empat orang anggota polis yang berpakaian preman telah menyerang Jurulatih Persekutuan Karate Indonesia, Donald Kolobita.

Dalam satu kenyataan Kumpulan Reformis Muda Negeri Sembilan hari ini menyebut, akhbar berbahasa Inggeris itu melaporkan polis tersebut memukul Donald Kolobita hingga menyebabkan beberapa tulang rusuknya patah serta mengalami kecederaan teruk di perut dan muka.

Akibat dari insiden tersebut pasukan dari Indonesia telah menarik diri dari kejohanan yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai baru-baru ini, kata kenyataan itu.

Jika benar ia berlaku, tindakan ini memalukan negara dan menjejaskan keyakinan pelancong atau delegasi luar terhadap aspek keselamatan negara, kata kenyataan itu.

Isu yang sama telah tersiar dalam laporan akhbar Sinar Harapan, Indonesia, bertajuk "Diniaya Polisi Malaysia, Donald Jalani Perawatan Lanjutan di Jakarta".

Laporan tersebut antara lain menyebut bahawa, Donald menyatakan semasa ditemui empat anggota polis itu beliau telah menyatakan bahawa beliau adalah Jurulatih Karate dari Indonesia.
Bagaimanapun empat anggota polis itu tidak mempercayainya lalu bertindak memukul Donald dan dalam keadaan mempertahankan diri beliau terpaksa membalasnya.

Laporan itu menyebut bahawa Donald berkemungkinan terpaksa menggunakan kerusi roda akibat kejadian tersebut, dan Donald juga telah membuat laporan polis terhadap kejadian yang menimpanya. - mks.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9494&Itemid=28

8/29/07

Belum habis hal Monggolia, kini hal Indonesia

Laporan Akhbar Sinar Harapan, Indonesia. Diniaya Polisi Malaysia, Donald Jalani Perawatan Lanjutan di Jakarta
Kuala Lumpur - Wasit karate Indonesia Donald Peter Luther Kolopita yang dianiaya empat oknum polisi Malaysia pada Jumat dini hari (24/8) akan kembali ke Jakarta, Senin (27/8), untuk mendapatkan perawatan lanjutan. "Dia menggunakan pesawat Lion Air berangkat dari KLIA jam 13.30 ke Jakarta untuk mendapatkan perawatan lanjutan," kata Kombes Pol Setyo Wasisto SLO (Senior Liasion Officer) KBRI Kuala Lumpur, di RS Tunku Jafaar, Seremban, Negeri Sembilan, Senin.

Ketua tim wasit Indonesia itu kemungkinan akan menggunakan kursi roda karena belum bisa berjalan tapi kondisinya semakin membaik. Setyo mendampingi Donald ke KLIA (Kuala Lumpur International Airport) bersama staf SLO KBRI Kuala Lumpur Elisa.
"Minggu malam, Donald sudah memberikan laporan kepada polisi. Polisi dari daerah Seremban datang ke rumah sakit, untuk membuatkan BAP (Berita Acara Pemeriksaan). Kini, tugas KBRI adalah menindaklanjuti dan mengikuti perkembangan penyidikan kasus ini," kata Setio.

Pelaku pemukulan itu yakni empat orang polisi kini sedang dalam pemeriksaan intensif kepolisian Seremban, Negeri Sembilan.

"Mereka terdiri dari dua orang konstabel dan dua lans kopral polisi bagian kriminal (jenayah)," katanya.

Donald mengaku, saat ia sedang mencari makan setelah rapat dengan tim wasit karateka Indonesia. Tim wasit mengadakan rapat Kamis malam (23/8) hingga Jumat dini hari pukul 02.00 di sebuah hotel. Donald kemudian keluar hotel berjalan untuk mencari makan. Tiba-tiba ada mobil van berhenti dan penumpangnya keluar langsung main pukul. Mereka ternyata polisi reserse.

“Saya sudah mengaku kontingen Indonesia dalam kejuaraan karateka di Malaysia tetap saja tidak dihiraukan,” tutur Donald.

Setelah itu, Donald mengaku diborgol tangannya dan keempat polisi Malaysia itu terus memukulinya hingga di kantor polisi. Jumat (25/8), Donald menelpon kawan-kawannya. Mereka datang dan membawa Donald ke RS Tunku Jafaar, Seremban, untuk mendapatkan perawatan. Pasalnya, kemaluan Donald membengkak dan mengeluarkan darah.

Menurut versi polisi setempat, polisi sudah menyatakan dirinya bahwa mereka polisi tapi Donald terus lari. Kemudian dikejar dan ditangkap tapi melawan. Hal ini membuat polisi marah dan memukul. Donald mengaku tidak melarikan diri dan tidak melawan, tapi ketika dipukul ia sempat menangkis secara reflek dan menendang lawannya.

Tarik Diri
Ketua kontingen karateka Indonesia yang juga Ketua Umum PB FORKI, Luhut B Pandjaitan, memutuskan menarik diri dari Kejuaraan Karate Asia di Negeri Sembilan sebagai bentuk protes atas kejadian yang menimpa Donald.
Juru bicara kepresidenan Andi Mallarangeng menyatakan prihatin atas insiden pemukulan tersebut, dan menegaskan bahwa pihak kedubes tentu akan memberikan perlindungan hukum terhadap yang bersangkutan.

“Pemerintah akan mengambil tindakan secara resmi, saya baru membaca di koran, nanti kita lihat bagaimana. Tentu nanti ada laporan resmi dari kedubes maupun dari pihak persatuan karate kita FORKI,” ujar Andi ketika ditemui di Kantor Kepresidenan, Jakarta, pagi ini.

Andi menambahkan, sepengetahuannya Ketua PB FORKI Luhut Pandjaitan telah langsung berada di Malaysia, dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia sudah mendapat laporan agar kasus itu diproses sesuai hukum yang berlaku.

“Harus ada penegakan hukum dan dalam hal ini di negara tersebut hukum juga harus ditegakkan karena kita juga tahu yang semacam ini tentu saja sangat memprihatinkan,” katanya. (isyanto/dina sasti damayanti/ant)

http://www.sinarharapan.co.id/berita/0708/27/sh05.html

Dua pelatih PLKN cedera dibelasah

Berita Harian 29 Ogos 2007. SHAH ALAM: Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera dengan seorang daripada mereka menerima lima jahitan di kepala selepas diserang sekumpulan kira-kira 20 pelatih lain di Kem Jugra, Banting dekat sini, kelmarin.

Muhammad Yasiffulah Abdul Ghani, 18, yang cedera di kepala mendakwa diserang kumpulan itu ketika bersama seorang rakan, dikenali sebagai Muhammad Firdaus, 18, berjalan ke kantin, kira-kira jam 11 pagi. Mereka dikatakan diserang selepas dituduh menjadi pengintip kepada pengurusan kem berkenaan.

Berikutan kejadian itu, Muhammad Firdaus dikatakan menghadapi masalah membuang air besar dan sukar tidur.

Abang Muhammad Yasiffulah, Muhammad Furkan, 21, yang mendedahkan kejadian menimpa adiknya berkata, kedua-dua pelatih itu kemudian diberikan rawatan di pusat perubatan di kem berkenaan.

Muhammad Furkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, diikuti satu lagi laporan di IPD Kuala Langat, semalam.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya jam 3 petang kelmarin dan bergegas ke Kem Jugra bersama saudara dan dua rakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zulkifli Mohamed, gagal dihubungi bagi mengulas kejadian itu.

Difahamkan, pegawai penyiasat dari IPD Kuala Langat ke kem itu petang semalam untuk merekodkan kenyataan Muhammad Yasiffulah dan Muhammad Firdaus.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20070829104050/Article/

8/28/07

Berita Memalukan Berlaku Di Negeri Sembilan

Reformis Muda Negeri Sembilan menyeru agar semua pihak yang terlibat menyiasat secara terperinci dan telus laporan akhbar The Star bertarikh 28 Ogos 2007 yang menyatakan 4 orang anggota polis yang berpakaian preman telah menyerang pegawai Persekutuan Karate Indonesia Donald Kolobita yang menyebabkan beberapa tulang rusuknya patah serta mengalami kecederaan teruk di perut dan muka. Akibat dari insiden tersebut pasukan dari Indonesia telah menarik diri dari kejohanan yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai baru-baru ini.

Negri: Act on ‘karate cops’ case

SEREMBAN: The Negri Sembilan government wants the police to speed up investigations into claims by the Indonesian Karate Federation (IKF) that four cops assaulted one of their officials on Friday.

State Youth and Sports committee chairman Datuk Jamlus Aziz said the Indonesians had made a serious allegation that could tarnish the country’s image.

“We view the allegation seriously. I hope the police will act accordingly,” he said.

The Indonesian body alleged that IKF referee Donald Kolobita suffered several broken ribs and serious injuries to his groin and face after being assaulted by four plainclothes policemen.

IKF secretary Maxi Pauran reportedly told AFP in Jakarta that the policemen came in a van and tried to arrest Kolobita, who was part of the Indonesian team taking part in the three-day 8th Asian Karate Championship at the Nilai indoor stadium that started on Friday.

Pauran alleged that although the referee told the policemen that he was involved in the championship they kept assaulting him.

The IKF alleged that Kolobita was beaten even after being handcuffed.

The Indonesian team withdrew from the competition in protest of the alleged beating.

Jamlus said he has notified Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan and state police chief Datuk Mohd Noh Kandah about the alleged incident.

“I went to Tuanku Ja’afar Hospital with several officials to see the victim.

“He was in serious condition but stable,” Jamlus said, adding that he had requested the hospital authorities to admit Kolobita to the first class ward.

State crime investigations chief Asst Comm Huzir Mohamad said the matter had been referred to Bukit Aman.

Some 620 participants and officials from 32 Asian countries took part in the championship.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

Sambutan 44 Tahun Malaysia Peringkat NS 1 Sep

Semua Dijemput Hadir ke Majlis Sambutan 44 Tahun Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus pada hari Sabtu 1 September 2007 bermula jam 4 petang bersama Tetamu Khas iaitu En Tian Chua , Ketua Penerangan PKR dan Cikgu Bardul , Ahli Majlis Tertinggi PKR di Kedai Kopi Kg Baru Site C, Chuah, Port Dickson. Anjuran bersama PKR Bahagian Telok Kemang. Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474

8/27/07

Sidang Akhbar Rasuah 28 Ogos Seremban

Mereka yang berminat untuk turut serta dalam sidang akhbar berikut sila hubungi Sdr Azizi 012-3696474
SIDANG AKHBAR – “KONVOI KEMERDEKAAN BELIA BENCI RASUAH”
Selasa 28 Ogos 2007 Jam 11 pagi
Di Restoran An Noor ( depan Pejabat UMNO N.Sembilan, Seremban)

Piala Monsun tak banyak beri faedah – Utusan Msia

Utusan Malaysia 23 Ogos 2007 - KUALA TERENGGANU 22 Ogos – Amalan rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan aduan paling banyak diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti terutama yang melibatkan anggota bawahan dari cawangan trafik.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan mengenai integriti pasukan PDRM itu dikemukakan kepada pihaknya semasa sesi pendengaran awam di 11 negeri pada tahun ini.
………………..

Dalam pada itu katanya, rasa tidak puas hati rakyat Terengganu terhadap penganjuran sukan kapal layar Piala Monsun merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam sesi pendengaran awam hari ini.

Menurut beliau, masyarakat setempat mendakwa penganjuran sukan yang menelan perbelanjaan besar itu tidak banyak memberi faedah kepada rakyat di negeri ini.

“Kita akan minta penganjur dan kerajaan negeri menjelaskan pertikaian rakyat dan kemungkinan penganjuran sukan itu akan dinilai semula jika ia benar-benar didapati tidak membawa sebarang untung kepada rakyat mahupun kerajaan,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

8/24/07

Wakil Rakyat Pilihan Saya ?

Pilihlah wakil rakyat yang mempunyai ciri-ciri pilihan anda. Sekiranya anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda tidak kita dari parti apa sekali pun samada BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS, PKR, DAP, Bebas dan seterusnya apakah ciri-ciri wakil rakyat yang menjadi pilihan anda ?

Adakah ciri-cirinya seperti berikut :
Lelaki
Wanita
Muda
Tua
Anak tempatan
Pandai bergaul dengan semua lapisan masyarakat
Kuat pegangan agama. Sekiranya dia seorang Islam, dia senantiasa memakmurkan masjid. Kalau dia seorang Kristian dia sentiasa mendampingi paderi dan begitulah seterusnya.
Mempunyai keluarga yang bahagia
Menghormati ibu bapa
Rendah diri
Sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan
Mudah untuk bertemu tanpa perlu temu janji
Sudi menghadiri undangan tanpa perlu protokol
Tidak mengumpul harta kekayaan
Suka melancong dalam negeri

Atau :
Tidak mempunyai keluarga yang bahagia
Banyak menghabiskan masa di kelab malam, rumah judi
Suka perpoya-poya dengan wanita
Tidak kuat pegangan agama
Sombong
Sukar untuk berjumpa , perlu temu janji
Hanya membantu orang dikalangan kaum keluarga dia sendiri atau dari kalangan ahli partinya sendiri
Suka mengumpul harta kekayaan, kereta mewah, tanah ladang, rumah banglo, barang kemas
Bukan anak tempatan
Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya
Perlu protokol untuk menghadiri undangan
Suka melancong luar negara

Senarai ini anda boleh tambah lagi, dan lagi, dan lagi.

Ingat anda sebagai pengundi. Anda yang membentuk wakil rakyat di kawasan anda. Kalau wakil rakyat di kawasan anda sombong, tidak turun padang, mengumpul harta kekayaan yang luar biasa, yang salah ialah anda. Jangan pilih wakil rakyat hanya tengok pada lambang parti, nilailah sendiri wakil rakyat pilihan anda.

Selamat Mengundi . Bila ya ?

Ceramah AMK dan GERAK 3 Sep Palong

Ceramah Kelompok Isu Negeri Adat Perpatih dan Permasalahan Peneroka
Isnin 3 September 2007 , Jam 9 malam
Di No 49, Blok 3, Palong 10, Bahau, Negeri Sembilan
Bersama :
Faris Musa – Timbalan Ketua AMK Pusat
Cikgu Badrul Hisham Shaharin – Koordinator GERAK
Ariffin Birham – Timb Pengerusi GERAK NS

Anjuran : PKR Jempol & GERAK NS
Maklumat lanjut hubungi 016-2862481

Konvoi Kemerdekaan Bebas Rasuah 30 Ogos

Semua Rakyat Negeri Sembilan Dijemput Bersama
Konvoi Kemerdekaan Bebas Rasuah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus
Khamis 30 OGOS 2007
Tempat : Selepas Tol Seremban (kawasan lapang menghala ke Seremban 2)
Para peserta Konvoi digalakkan membawa Bendera Jalur Gemilang dan Bendera N.Sembilan.

Tentatif Program :
11 pg – Berkumpul di Tol Seremban menanti peserta ekspidisi Solo Jelajah Malaysia Bebas Rasuah
12 tgh – Bersama peserta ekspedisi bertolak ke pejabat Menteri Besar NS. Penyerahan Memorandum Rasuah dan Sidang Akhbar
1:30 tgh – Bertolak ke Putrajaya
3:30 ptg – Tiba di Pejabat Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta , hubungi :
Azizi 012-3696474 , Suhaimi 016-2155226 , Ariffin 016-2862481

Anjuran : GERAK dan Golongan Muda N.Sembilan

8/22/07

Tetap maju walaupun wakil rakyat pembangkang di NS

Reformis Muda Negeri Sembilan menyeru kepada semua rakyat Negeri Sembilan supaya jangan takut untuk mengundi pembangkang dari apa parti sekali pun untuk mendapat angin perubahan dan untuk mengejutkan wakil rakyat BN di Negeri Sembilan ini agar lebih prihatin akan masalah rakyat di Negeri Sembilan.

Contoh yang mudah lihat saja pada DUN Lobak dalam kawasan Parlimen Seremban. Cuba perhatikan pembangunan di DUN Lobak di bandar Seremban ini. Adakah sejak DAP memenangi DUN Lobak pada pilihanraya umum 2004 yang lalu yang diwakili oleh Y.B. Loke Siew Fook (ADUN bagi Lobak, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP), maka kawasan di Lobak mundur, tiada pembangunan, rakyat di Lobak menderita, kebuluran dan sebagainya ?

Perhatikan pembangunan di Lobak sekarang ini, dan tumpuan yang diberikan oleh BN untuk memenangi semula DUN Lobak.

Jadi kalau rakyat Negeri Sembilan hendak lihat pembangunan di tempat mereka, undilah pembangkang dari parti apa sekali pun, lihatlah nanti BN akan cuba memenangi hati rakyat dengan bersungguh hati dan menjanjikan pembangunan seperti negeri lain seperti di Kelantan, Trengganu, Pulau Pinang dan sebagainya.

Tapi kalau rasa puas hati dengan pembangunan yang ada sekarang, sekadar tempias pembangunan. Terpulanglah kalau nak undi BN terus. :-)

Jumpa kami Reformis Muda, Demokrat dan Adil Rakyat Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com

8/20/07

Melayu dan Cina jom bergabung tegakkan keadilan di NS

Suara Reformis Muda Negeri Sembilan semakin lantang memperjuangkan keadilan dan demokrasi yang tulen di Negeri Sembilan. Terbaru bekas calon bebas yang bertanding dalam pilihanraya kecil Batu Talam telah menyertai Kelab Penyokong PAS sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan (Sila rujuk laporan terbaru Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/71379 )

Dalam pada masa yang sama usaha sedang giat dijalankan diperingkat akar umbi agar lebih ramai pemuda Melayu menjadi sukarelawan DAP atau bergiat secara langsung dalam DAP. Walaupun tidak ada sebarang arahan di peringkat pimpinan parti baik PAS, DAP atau PKR untuk diwujudkan satu pakatan di negeri ini, namun anak-anak muda di Negeri Sembilan yang mahukan perubahan telah bersedia untuk bergabung tenaga untuk membela nasib rakyat di Negeri Sembilan ini yang hanya mendapat tempias pembangunan kerajaan pusat bukannya seperti negeri lain antaranya Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor, NCER di utara dan Wilayah Pembangunan Timur.

Lagi berita Reformis Muda Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com

*************************************
From independent candidate to ‘PAS-man’
Beh Lih Yi
Aug 20, 07 2:12pm Adjust font size:

Ng Chee Pang - the 22-year-old independent candidate who took on the Barisan Nasional in January’s Batu Talam by-election in Pahang - is now a PAS Chinese supporters’ club leader.

Having joined the PAS outfit in May, Chee Pang is now the club’s Negeri Sembilan deputy chief.

Melayu bacul...UMNO letak tunggul tetap diundi

Dipetik dari Laporan Agendadaily - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan orang Melayu bacul kerana akan mengundi UMNO pada pilihan raya walaupun parti itu letakkan “tunggul’ sebagai calon.

Sehubungan itu beliau mengajak orang Melayu mengikut contoh pengundi Cina yang tidak mengundi kerana parti tetapi mengundi calon yang diletakkan.

“Saya kecewa dengan kaum saya…kalau letak tunggul kayu pun mereka akan sokong kerana tunggul kayu itu tunggul UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan yang dianjurkan oleh pengendali laman web dan blog di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari Rabu. Majlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA).

Pengerusinya Datuk Kamal Amir dalam aluannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dengan memberi penghargaan khusus kepada pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin walaupun Malaysia Today sebenarnya menjadi wadah menyebarkan maklumat mengenai perjumpaan berkenaan.

Selepas "membelasah" UMNO dan kepimpinannya, Dr. Mahathir diwawancara oleh Channel News Asia Singapura

Sebelum ini PRIMA bercadang mengadakan majlis sepetang bersama Raja Petra ekoran tindakan polis menyoal siasat pengendali Malaysia Today itu tetapi dibatalkan dan sebagai gantinya diadakan perjumpaan dengan Dr. Mahathir

Menurut Dr. Mahathir, ahli-ahli UMNO tidak mempunyai pemikiran strategik ketika membuat keputusan dalam pilihan raya seperti pengundi Cina.

Dakwanya, orang-orang Melayu khususnya ahli UMNO tetap akan memberikan undi kepada parti itu walaupun pemimpin parti itu menjual agama, bangsa dan negara.

Katanya, dengan RM200 sahaja orang Melayu boleh dibeli untuk menyokong UMNO dan beliau mendakwa dalam pilihan raya umum yang akan datang banyak wang akan digunakan oleh UMNO untuk membeli undi khususnya di kalangan orang Melayu.

Menambah kepada kata-kata keras itu, Dr. Mahathir menuduh Majlis Tertinggi yang ada sekarang tidak berfungsi seperti Majlis Tertinggi di zamannya menjadi Presiden UMNO.

Sebaliknya Majlis Tertinggi kini hanya menyerah dan tunduk kepada keputusan yang dibuat oleh Presiden dengan dibantu oleh Timbalan Presiden.

Menjawab kepada satu saranan supaya beliau mengetuai gerakan orang Melayu bangun untuk menentang kepimpinan hari ini, beliau hanya berkata, kalau orang lain tidak sanggup untuk bangun menentang kepimpinan hari ini, itulah sifat Melayu.

“Sekarang kesetiaan kepada pemimpin lebih daripada setia kepada raja. Kalau tak sanggup menentang itulah nasib kita…kalau tak berani menentang, kita akan jadi kuli di negara kita sendiri,” ujar beliau.

Dalam pada melontarkan kenyataan keras, Dr. Mahathir pada masa yang sama menegaskan beliau tidak menyebelahi pembangkang tetapi menyebelahi negara, bangsa dan agama.

“Saya menyebelahi parti UMNO tidak bermakna saya menyebelahi pemimpin parti. Dulu saya lawan Tunku (Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra) sebab saya sayang UMNO tapi akhirnya dia dengar dan berundur," katanya.

Selain serangan terhadap UMNO dan pemimpinnya, Dr. Mahathir mengulangi kritikannya sebelum ini berhubung dengan isu pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor, isu AP, penjualan Agusta dan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Namun sesuatu yang baru ialah dakwaan beliau bahawa Volkswagen bercadang untuk membeli 51 peratus ekuiti Proton pada harga RM1 walaupun beliau sendiri mengakui maklumat itu tidak dapat disahkan.

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6f5a14ef-cabec5bb-d1f0ad00-b6cacd1d

Orang luar cemar nama baik Pekida

Harian Metro 20 Ogos 2007. KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) meminta masyarakat tidak terus membuat tanggapan negatif terhadap pertubuhan itu sebagai samseng dan sering mencetuskan pergaduhan.

Pengerusi Pekida Terengganu, Azman Mohammad, 41, sebaliknya berkata, Pekida adalah pertubuhan yang sentiasa menitik beratkan perhubungan dan silaturahim sesama ahli dan anggota masyarakat.

"Malah, Pekida juga berperanan mengembangkan dakwah Islamiah kepada seluruh ahli dan menjaga kebajikan mereka dan keluarga," katanya ketika ditemui Harian Metro selepas majlis silaturahim sesama ahli, semalam.

Justeru, beliau berharap tanggapan negatif masyarakat terhadap Pekida sebagai pertubuhan samseng dan sering mencetuskan pergaduhan diubah kerana pertubuhan itu juga sama dengan pertubuhan lain.

Malah, katanya, matlamat utama penubuhan Pekida ialah menyemai semangat jati diri dan patriotik dalam diri anak Melayu bagi memastikan mereka meneruskan perjuangan yang belum selesai dalam membela agama, bangsa dan negara.

"Melalui usaha dijalankan, Pekida menerapkan nilai murni seperti hormat- menghormati, kasih sayang selain konsep kekeluargaan diamalkan ahlinya.

"Setakat ini, Pekida Terengganu sudah menyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli bagi menambah ilmu pengetahuan seperti kelas Iqra, gelanggang silat, kelas Fardu Ain dan tomoi," katanya.

Beliau berharap masyarakat dapat mengubah tanggapan mereka dan tidak hanya mendengar cerita yang belum pasti kebenarannya sehingga ahli Pekida sebagai pertubuhan samseng.

"Ini kerana ramai individu tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan nama Pekida setiap kali mencetuskan pergaduhan sedangkan mereka bukan ahli pertubuhan ini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/35157/Article/index_html

8/19/07

Proton Persona, memang berbaloi, ini faktanya

Dari Blog Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com/2007/08/proton-persona-memang-berbaloi-ini.html

Sebelum ini saya tidak begitu berminat dengan beberapa model Proton, kecuali Satria Neo. Saya selalunya akan membaca “car review” atau kajian yang dilakukan oleh pengkritik kereta yang professional sekiranya ada teman-teman ingin membeli kereta model baru buatan tempatan atau luar negeri. Antara “car review” yang terbaik ialah di http://paultan.org . Paultan akan memberikan gambaran awal model sesebuah kereta berdasarkan fakta berserta dengan alasan logik dan professional. Sekiranya baik dia akan katakan apa yang baik pada sesuatu model, sekiranya tidak dia akan katakan tidak.

Menurut Paultan, Proton Persona ini memang begitu berbaloi. Banyak ciri-ciri keselamatan, keselesaan, reka bentuk telah ditingkatkan berbanding dengan lain-lain model Proton. Yang paling penting ialah harga Proton Persona ini yang begitu menakjubkan. Dari segi ruang dalaman ianya adalah lebih besar dari lain-lain B model. Dari segi ketinggian ruang kepala tempat duduk belakang, ianya adalah lebih tinggi dibanding dengan model Gen 2 sebelum ini, dan tertinggi dibanding dengan lain-lain B model.

Dari segi ruang tempat isi barang di belakang , ianya juga adalah lebih besar dari lain-lain model, dalam dan luar negeri. Walaupun ianya masih menggunakan enjin Campro yang sama dengan Gen 2, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan antaranya kedudukan tempat nat menukar minyak hitam dan beberapa perubahan kecil.

Ruang dalaman pula, telah ada tempat meletak barangan yang dipanggil “glove box” yang tidak terdapat pada model Gen 2. Panel sisi pintu juga telah diberi nafas baru. Begitu juga dengan pemegang brek tangan.

Pendek kata model Proton Persona ini banyak kelebihannya. Adakah ianya berbaloi ? Ya memang berbaloi. Mereka yang menanti-nantikan sebuah kereta sedan (saya tak adalah), inilah masanya yang sesuai.

Adakah saya kempen untuk Proton ? Tidak , saya kempen untuk model Proton Persona demi kebaikan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan kenderaan sedan yang berbaloi untuk dibeli atau “value for money”. Jadi kenapa model Proton akhir-akhir ini tidak berbaloi ke ? Itu kena tanya Proton apa puncanya, mungkin mereka telah dapat meningkatkan mutu kualiti vendor mereka. Mungkin vendor mereka perlu memberikan yang terbaik, demi untuk survival mereka dan survival Proton, juga survival negara.

Kalau Proton boleh hasilkan Persona perlukah Proton menjalikan usahasama dengan entiti asing ? Tak perlu, kita dah 50 tahun Merdeka, Proton Persona buktikan anak bangsa kita boleh hasilkan kereta yang amat berbaloi di zaman globalisasi, mengapa perlu kita menjalinkan usahasama dengan entiti asing ? Kita sepatutnya meyakinkan negara luar, terutama negara OIC agar mereka membuka kilang pemasangan kereta Proton , menggunakan modal mereka sendiri.

Adakah saya penyokong atau pembangkang kerajaan ? Tak kiralah penyokong atau pembangkang kerajaan, apa yang baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan baik. Apa yang tidak baik untuk rakyat dan negara itu , kita katakan tidak baik.

Yang ini sampingan saja, pada mereka yang tinggal di sekitar Seremban, sahabat saya ini adalah agen Proton. Kalau nak tahu atau pandu uji Proton Persona boleh hubungi beliau Rizahhuddyn di talian 012-3535698, atau di EON, M&F Maju Auto Sendirian Berhad, 40, Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, NS. Tel 06-7671501 , 06-7639399 , fax 06-7633511 atau pergilah ke mana-mana pengedar seluruh negara.

Semoga Proton kekalkan usaha sebegini, begitu juga dengan vendor, pengedar dan pusat servisnya.

8/17/07

Ingin Menjadi Sukarelawan DAP ?

Ingin menjadi Sukarelawan DAP ? Sila klik sini http://dapmalaysia.org/malaynet/sukarela_baru.html

Sukarelawan

Kepada DAP,

Saya ingin membantu DAP dalam aspek-aspek berikut: (Anda boleh tandakan lebih daripada satu):

Kerja Konstituensi
contoh: membantu Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri DAP dalam kerja-kerja konstituensi mereka, mengendalikan pejabat-pejabat konstituensi DAP, melayan aduan daripada konstituen-konstituen, melawat rakyat dan sebagainya

Pilihan Raya Umum/Pilihan Raya Kecil
contoh: pegawai pengundian, pegawai pengiraan undi, pelekat poster, pekerja politik dll

Kewangan
Derma peribadi, mengorganisasikan majlis memungut derma dsb

Organisasi
contoh: menubuhkan cawangan baru; menganjurkan forum, ceramah, perhimpunan, majlis makan malam, sesi bersembang dll yang melibatkan pemimpin/speaker DAP; menubuhkan rangkaian tempatan untuk menolong parti sewaktu kecemasan, pilihan raya dan kempen khas

Publisiti
contoh: mengedarkan risalah, merekacipta bahan publisiti, menganjurkan diskusi-siber, bertindak sebagai peniup peluit bagi DAP berhubung pelbagai masalah dan salah urusan di kawasan anda, dll

Umno yakin sapu bersih N.Sembilan

Nampaknya Umno NS semakin yakin menyapu bersih dalam pilihanraya umum di N.Sembilan mengulangi kejayaan-kejayaan mereka sebelum ini sejak merdeka lagi. Tapi BN harus berhati-hati di kerusi yang tidak ditandingi oleh calon Umno di NS ini :-) .
***************************
Usah kecil hati. Harian Metro 17 Ogos 2007 - SEREMBAN: Rakyat di negeri ini tidak harus berkecil hati berikutan banyak projek mega dilaksanakan Kerajaan Persekutuan di bahagian selatan, utara dan timur tanah air kerana proses pembangunan tetap berlaku di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata negeri ini tetap mengalami proses pembangunan pesat apabila kerajaan menjadikan sebahagian daripada Seremban dan Port Dickson dalam lingkungan koridor pembangunan Lembah Klang.

“Justeru, banyak projek pembangunan dan kemudahan akan dibangunkan bagi dimanfaatkan rakyat negeri ini sekali gus membawa negeri ini maju setanding dengan negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada pemimpin pertubuhan dan ketua jabatan kerajaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman Rantau dekat sini, petang semalam.

Hadir sama di majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azman Hasan.

Mohamad berkata, antara pembangunan yang dirancang ialah pembinaan kampus tetap Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Pilah, yang tertangguh lebih lapan tahun lalu yang dijangka dimulakan dalam tempoh terdekat selepas majlis pecah tanah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 23 Ogos ini.

Beliau berkata, projek pembinaan kampus tetap UiTM cawangan Kuala Pilah di kawasan seluas kira-kira 32 hektar dijangka siap pada 2009 dengan perbelanjaan RM150 juta.

“Projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut konsep pembinaan kampus Universiti Sains Islam (USIM) di Nilai dan dengan upacara pecah tanah itu nanti, bermakna penantian untuk melihat kampus itu berdiri megah berakhir,” katanya.

Mohamad berkata, projek pembinaan kampus tetap UiTM itu adalah antara kemudahan dalam bidang pendidikan yang dibina di negeri ini selain beberapa projek lain dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Selain daripada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran akan membina sebuah kolej universiti perubatan di Enstek serta kampus Institut Aminuddin Baki di Nilai,” katanya.

Sementara itu, beliau mahu semua rakyat negeri ini meraikan perayaan ke-50 kemerdekaan negara dengan menyertai kempen mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kawasan penempatan masing-masing.

“Saya tidak mahu bendera yang diberikan ini disimpan saja dan tidak dipasang kerana tindakan seperti itu tidak mencerminkan rasa cintakan negara. Saya berharap semua pihak terutama di premis perniagaan memasang Jalur Gemilang sepanjang kempen ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20070817094025/Article/index_html

Anak Adun NS ditahan bantu siasatan kes ….

Harian Metro 17 Ogos 2007 - SEREMBAN: Empat remaja termasuk seorang dipercayai anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan, ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes merogol seorang pelajar tingkatan dua di sebuah kawasan Felda di Bahau, beberapa hari lalu.

Tiga daripada mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah, manakala seorang lagi berusia 20 tahun, ditahan di rumah masing-masing pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bahau, Superintendan Meyor Hamdan Meyor Mohamad, yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berikutan kes itu masih dalam siasatan.

Akhbar semalam melaporkan seorang remaja lelaki yang dipercayai belajar di sekolah sama dengan mangsa menjemput gadis itu ke rumahnya ketika keluarganya tiada.

Dia kemudian merogol mangsa sebelum memanggil lima lagi rakannya yang secara bergilir-gilir memperkosa pelajar tingkatan dua itu.

Seorang daripada suspek kemudian menghantar mangsa pulang selepas kejadian itu.

Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa ternampak kesan merah pada leher anaknya, malam Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa memberitahu ibunya selepas didesak beberapa kali dan laporan polis dibuat pada malam sama.

Polis sedang mengesan dua lagi lelaki yang disyaki merogol mangsa.

Sementara itu, Adun terbabit yang enggan namanya disiarkan, menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada polis.

“Mereka hanya dibawa untuk membantu siasatan, bukan lagi menunjukkan mereka bersalah. Biarlah polis membuat siasatan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20070817094353/Article/index_html

8/16/07

GERAK serah Memo kepada MB NS 30 Ogos

Diedit dari laporan klpos.com
Eksklusif: XPDC solo bermotosikal 'Malaysia Merdeka dari Rasuah'
Thursday, 16 August 2007 Oleh Wartawan klpos.com


SEMPENA menyambut Kemerdekaan negara NGO Gerakan Demokrasi dan anti korupsi (GERAK) terlibat menganjurkan Ekspedisi menjelajah Semenanjung Malaysia bermotosikal secara solo yang akan dilepaskan Isnin 20 Ogos ini.

Menurut Pengarah program tersebut, Abdul Ghani Harun, GERAK dalam masa yang sama akan menyerahkan memorandum 'Malaysia Merdeka dari Rasuah' kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negara.

Ekspedisi menjelajah Semenanjung Malaysia secara solo itu dijayakan oleh seorang sukarelawan GERAK Mohd Zainuddin Ghazali yang akan menunggang motosikal selama sepuluh hari berturut-turut bermula dari Selangor pada 20 Ogos ini.

"Satu sidang media khas akan diadakan oleh Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor hari Isnin ini jam 9.00 pagi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor sempena program jelajah tersebut," kata Abdul Ghani kepada klpos.com.

Katanya lagi, Mohd Zainuddin yang digelar Pemuda Gagah Berani akan menunggung motosikal Yamaha 125 akan disambut oleh ahli GERAK di setiap negeri yang beliau lewati.

"Beliau kemudiannya akan diiringi ke pejabat Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri terbabit untuk menyerahkan memorandum tersebut," katanya.

Berdasarkan jadual yang diterima klpos.com, Mohd Zainuddin akan bermula di Selangor kemudian ke Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Di bawah kami siarkan jadual tersebut untuk tatapan pembaca klpos.com

Khamis, 30 Ogos

Bertolak dari Melaka ke Negeri Sembilan, di sambut ahli GERAK di Tol Seremban/Labu, dijangka tiba di pejabat YAB Dato' Seri Utama Mohamad Hasan jam 12.00 tengahari.

Bertolak dari Negeri Sembilan ke Putrajaya jangkaan tiba di Putrajaya di Pejabat YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi jam 3.30 petang. Perantara Azizi 012-3696474
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=779&Itemid=49

8/12/07

Ezam dan GERAK , gempur NS 14 Ogos

CERAMAH PERDANA SEMPENA PELANCARAN GERAK (NGO – Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi) Peringkat N.Sembilan

Bersama :
Ezam Md Nor – Pengerusi Gerak
Cikgu Badrul Hisham – Koordinator Gerak
Arifin @ Rebin Berham – Aktivis Politik Negeri Sembilan

SELASA 14 Ogos 2007 Jam 9 Malam
Di Dataran Ilmu, Kg Paya (Jalan Tampin-Kuala Pilah), Johol, NS

RASUAH – MUSUH NOMBOR SATU NEGARA
RASUAH SIFAR DI NEGERI SEMBILAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474

Parti Politik dan NGO bergabung pulihkan demokrasi NS

Rembau 11 Ogos 2007 – Satu pertemuan tertutup selepas Majlis Jamuan Teh Bersama Sdr Saari Sungib telah diadakan di Sg Gadut hari ini antara parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO-NGO) untuk membincangkan secara serius peranan dan gerak kerja bersepadu untuk memulihkan demokrasi di Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khususnya.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah wakil dari PAS Negeri Sembilan, Parti Keadilan Rakyat NS, GERAK, GMI dan beberapa NGO lain yang bergerak aktif di N.Sembilan.

Dato Al Azhar, Setiausaha Badan PerhubunganPKR NS dalam ucapannya menyatakan bahawa pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu adalah merupakan satu petanda yang amat baik antara parti-parti politik dan NGO-NGO di Negeri Sembilan ini, walaupun media sering memberikan gambaran yang sebaliknya.

Tetamu utama majlis pertemuan tersebut ialah Tn Hj Saari Sungib atau lebih dikenali sebagai Abu Urwah yang merupakan Ketua Penerangan PAS Selangor dan juga merupakan bekas tahanan ISA menyatakan bahawa kerjasama antara parti politik dan NGO adalah amat penting dan sering ditekankan oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri. Beliau juga merasa bangga usaha sebegini telah dimulakan terlebih dahulu di Negeri Sembilan.

Sementara itu Ustazah Wan Hasrina, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut hadir memberikan ucapan berkenaan peranan wanita serta muslimat di semua peringkat untuk membantu memulihkan demokrasi di Malaysia demi kesejahteraan rakyat khasnya.

8/9/07

Pembangkang sasar tawan 11 Dun di N. Sembilan

Thursday, 09 August 2007
Oleh Wartawan klpos.com http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=700&Itemid=49

SEREMBAN: 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri ini menjadi kawasan sasaran utama pembangkang dalam pilihanraya akan datang, kata sumber Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu kepada klpos.com.

Menurut beliau, 11 DUN itu mempunyai potensi yang amat besar untuk pembangkang mengekalkan serta menambahkan kerusi di Negeri Sembilan ini dengan undi orang Melayu yang akan menjadi penentu kemenangan pembangkang di negeri tersebut.

"Kesemua 11 DUN tersebut mempunyai peratusan tertinggi undi yang diperolehi semasa pilihanraya umum 2004.

11 DUN tersebut ialah Lobak, Bahau, Bukit Kepayang, Temiang, Mambau, Rahang, Lukut, Chennah, Port Dickson, Nilai dan Repah. Kesemua 11 DUN tersebut memperolehi peratusan undi yang tinggi iaitu antara 40 peratus hingga 60 peratus jumlah pengundi di kawasan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan kajian Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS), pengundi Melayu akan menjadi penentu atau faktor utama kemenangan pembangkang di 11 DUN tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

"Peratusan pengundi Melayu di kawasan tersebut ialah Lobak 4 peratus , Bahau 29 peratus , Bukit Kepayang 9 peratus , Temiang 25 peratus , Mambau 13 peratus , Rahang 21 peratus , Lukut 15 peratus , Chennah 41 peratus , Port Dickson 33 peratus , Nilai 25 peratus dan Repah 35 peratus," kata sumber tersebut.

"Jika pengundi Melayu di kawasan tersebut menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang pasti ada keseimbangan suara rakyat yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan itu akan ada persaingan serta “check and balance” di kalangan wakil-wakil rakyat di Negeri Sembilan ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Pejabat baru PKR Negeri Sembilan yang lebih luas dari pejabat sebelumnya sebagai sebahagian persiapan awal menghadapi pilihanraya
PKR sebelum ini menamakan bekas Setiausaha Agungnya Datuk Kamarul Baharin Abas sebagai boss baru PKR negeri itu dalam satu rombakan yang diadakan pertengahan Jun lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, laman web rasmi PKR, menyiarkan berita PKR Negeri Sembilan telah membuka secara rasminya ibu pejabat parti itu 7 Ogos lalu.

Pejabat yang terletak di Rahang itu telah dirasmikan oleh Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

8/8/07

MB NS hadapi tugas paling sukar pilihanraya kali ini

Menteri Besar Negeri Sembilan dijangka akan menghadapi tugas yang paling sukar dalam pilihanraya yang akan datang. Lebih-lebih lagi dengan adanya gerak kerja yang tersusun di peringkat akar umbi untuk meraih pengundi Melayu agar dapat mengundi DAP.

DAP akan bertanding lebih banyak kerusi
The Star 7 May 2007. KUALA LUMPUR: The DAP wants to contest 54 parliamentary seats and 115 state seats in the next general election.
http://amkns.blogspot.com/2007/05/dap-akan-bertanding-lebih-banyak-kerusi.html

****************************************
DAP yakin tawan 8 DUN, 1 Parlimen N.Sembilan
DAP Negeri Sembilan are working very hard to strive for a bigger breakthrough in the next general election in particular wresting at least one parliamentary seat and six additional state seats.
http://www.dapmalaysia.org/english/2006/may06/bul/bul3007.htm
http://amkns.blogspot.com/2007/05/dap-yakin-tawan-8-dun-1-parlimen.html

****************************************
11 DUN jadi tumpuan pembangkang di NS
11 DUN (kawasan Dewan Undangan Negeri) mempunyai potensi yang amat besar untuk pembangkang mengekalkan serta menambahkan kerusi di Negeri Sembilan ini. Dan di 11 DUN inilah undi orang Melayu yang akan menjadi penentu kemenangan pembangkang di Negeri Sembilan.

Ini adalah kerana 11 DUN yang akan dinyatakan ini mempunyai peratusan tertinggi undi yang diperolehi semasa PRU (Pilihanraya Umum) 2004 yang lalu.

11 DUN tersebut ialah Lobak, Bahau, Bukit Kepayang, Temiang, Mambau, Rahang, Lukut, Chennah, Port Dickson, Nilai dan Repah. Kesemua 11 DUN tersebut memperolehi peratusan undi yang tinggi iaitu antara 40% hingga 60% jumlah pengundi di kawasan tersebut.

Menurut kajian Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMKNS), pengundi Melayu akan menjadi penentu atau faktor utama kemenangan pembangkang di 11 DUN tersebut dalam pilihanraya umum akan datang. Peratusan pengundi Melayu di kawasan tersebut ialah Lobak 4% , Bahau 29% , Bukit Kepayang 9% , Temiang 25% , Mambau 13% , Rahang 21% , Lukut 15% , Chennah 41% , Port Dickson 33% , Nilai 25% dan Repah 35%.

Sehubungan dengan itu AMKNS menyeru kepada pengundi Melayu di kawasan tersebut agar menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang supaya ada keseimbangan suara rakyat yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan itu akan ada persaingan serta “check and balance” di kalangan wakil-wakil rakyat di Negeri Sembilan ini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
http://amkns.blogspot.com/2007/05/11-dun-jadi-tumpuan-pembangkang-di-ns.html

****************************************
DAP yakin tambah kerusi di Pahang
TEMERLOH, 8 Ogos (Hrkh) - Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pahang yakin pilihan raya umum ke-12 ini adalah kesempatan terbaik untuk menambah bilangan kerusi di Dewan Undagan Negeri (Dun) Pahang.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9148&Itemid=99

Blogger Datuk Ruhanie terima ancaman “bunuh” ?

Datuk Ruhanie Ahmad : 1984-1986: Setiausaha Politik Tun Musa Hitam. 1990-2004: Ahli Parimen Parit Sulong, Johor.
“Bloggers Will Be Put To Sleep”
Ancaman Yang Membimbangkan?
http://kuda-kepang.blogspot.com/2007/08/bloggers-will-be-put-to-sleep-ancaman.html
Saya kembali ke tanahair malam tadi dengan satu perasaan yang amat pilu. Bukan kerana saya bersedih. Tetapi kerana saya dalam kebimbangan. Ini kerana pada hari kedua saya berada di luar negara - 1 Ogos 2007 - saya telah menerima dua pucuk sms daripada seorang Hamba Allah yang tidak saya kenali.

Mesej Hamba Allah itu penuh dengan ugutan dan ancaman terhadap “bloggers.” Antaranya, mesej itu menyatakan “bloggers will be put to sleep.”

Perkataan “will be put to sleep” seperti di atas sangat-sangat membimbangkan saya. Ianya membawa maksud yang luas. Satu daripadanya adalah “dilenyapkan.” Lebih direct lagi, ia bermaksud “dibunuh.”

Mungkin ramai lagi bloggers yang telah menerima mesej yang sama pada hari tersebut. Tetapi. oleh kerana saya adalah salah seorang daripada penerimanya, saya terpaksa menyifatkannya sebagai serius. Apatah lagi bila mesej itu mengandungi perkataan “will be put to sleep” di mana maksudnya adalah “akan dilenyapkan” atau pun “akan diubunuh.”

Saya masih dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa bloggers dan peguam mengenai mesej berkenaan. Saya juga belum pasti sama ada akan membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan diri saya berikutan penerimaan mesej berkenaan.

Bagaimanapun, mesej itu mengingatkan sama kepada satu pesanan seorang sahabat kepada saya kira-kira dua minggu yang lalu. Kata sahabat saya, seorang pegawai polis di sekitar Kuala Lumpur pernah bertanya kepada beliau, sama ada saya mempunyai senjata api.

Sahabat saya bertanya kepada pegawai polis berkenaan, apa maksud sebenarnya. Pegawai polis itu dikatakan sebagai berkata bahawa kalau saya mempunyai senjata api, bawalah senjata itu bersama-sama pada setiap kali saya keluar rumah.

Saya tersenyum mendengar kata-kata sahabat saya itu. Saya pun katakan kepadanya, tidak mungkin ada pihak di Malaysia sanggup membunuh semata-mata kerana saya disifatkan kononnya sebagai kritikal terhadap kepimpinan negara dalam beberapa tulisan di dalam blog saya.

Tetapi, dengan adanya mesej seperti di atas, kenyataan sahabat saya itu mungkin jadi relevan. Soalnya, bolehkah mesej di atas diterima akal? Tidak mungkinkah ianya sekadar untuk menakut-nakutkan bloggers tertentu termasuk saya?

Bila saya kemukakan pertanyaan di atas, seorang blogger menasihati saya supaya memandang serius mesej tersebut. Katanya, nama saya adalah di antara berpuluh bloggers sosio-politik yang sudah berada dalam “watch-list” UMNO. Buktinya, kata beliau adalah seperti berikut:

This morning I was alerted to a 29th July posting in Malaysia Unplug. Short of a better choice, the omnipotent son-in-law CONDEMNED the following MONKEYS to UMNO's WATCH-LIST, probably without the Supreme Council's nod.

NOTE: The Malaysian bloggers ie 'Monyets/Monkeys' as classified by UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin, are :

Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Ahiruddin Attan, Anwar Ibrahim, Bakri Musa, Azly Rahman, Ong Hock Chuan, Husam Musa, Malik Imtiaz Sawar, Zainol Abideen ("Mahaguru58"), Ronnie Liu, Ruhanie Ahmad, Raja Petra Kamarudin, Marina Mahathir, Nuraina Samad, Hajjah Fuziah Salleh, Rustam Sani, Ahmad Zaki Yamani, Faisal Mustaffa, A.Kadir Jasin, Bernad Khoo (Zorro), Syed Shahir, Dato Shahrir Abdul Samad, Shieh ("Kickdefella"), Haris Ibrahim, Kula Segaran, Imran Idris, Captain Yusuf Ahmad, Dr. Hsu Dar Ren, Husin Lempoyang, Hizami Iskandar, Susan Loone, Syed Imran ("Kuda Ranggi"), Nik Nazmi Nik Ahmad, Nizam Bashir, Zaharin Mohd Yasin ("Sang Kelembai"), Annuar Mohd Nor, Ibnu Hakeem, Hishamuddin Rais, Amir Hafizi, Mohd Adib Nor, Nathaniel Tan, Zaharah Othman ("choc-a-blog"), Patrick Teoh ("Niamah"), Fathi Aris Omar, Amin Yatim ("Cuit Sikit"), Khalid Jafar, Amin Iskandar, Ahmad A. Talib ("Pahit Manis"), Pak Idrus (In Passing - Malaysian"), Saari Sungib, etc.

So fellow-targeted Bloggers, you know who your friends and enemies are. But fear not. Be United. - Dipetik daripada http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

Demikianlah kedudukan diri saya ketika ini. Apa pun, mesej yang saya terima dan nombor telefon pengirimnya hanya akan saya siarkan sepenuhnya di blog ini setelah saya mendapat nasihat undang-undang. Saya juga hanya akan membuat laporan polis setelah menerima nasihat berkenaan. Buat sementara waktu ini saya serahkan diri saya kepada Allah Yang Maha Berkuasa. – Ruhanie Ahmad

8/7/07

Pelancaran GERAK N.Sembilan 14 Ogos !

Nantikan Pelancaran GERAK Negeri Sembilan (Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi – Movement for Democracy and Anti Corruption) pada hari Selasa 14 Ogos 2007

“Menghapuskan Rasuah dan Korupsi di Malaysia – Barah Nombor Satu Negara”

Dapatkan maklumat terkini Pelancaran Gerak NS di link berikut
http://chegubard.blogspot.com/
http://info.gerakmalaysia.org/
http://amkns.blogspot.com/

8/6/07

Penduduk Seremban hantar memo kpd MB NS

Seremban: Hari Rabu 1 Ogos 2007, lalu sekumpulan penduduk Kg Abuk bersama pemimpin Pas tempatan dan YB Salahudin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Ketua Dewan Pemuda PAs Pusat telah menghantar memo bantahan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Memo tersebut adalah berkenaan tidak kepuasan hati mereka berkaitan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan keatas tanah dan rumah kediaman mereka yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada Projek Lingkaran Tengah, Seremban yang sedang rancak berjalan sekarang.

http://www.pemudapasseremban.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=628

Klik sini http://www.pemudapasseremban.net/v1/memo_kg_abuk.pdf untuk memo tersebut.

Pensyarah-Pensyarah Universiti Malaysia Memberontak

(Diterima melalui e-mel : dr.azly.rahman@gmail.com )
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bangunan Perdana Putra
622502 Putrajaya, Malaysia

1hb Ogos 2007

Yang Amat Berhormat,

PETISI MEMANSUHKAN AKUJANJI UNIVERSITI

Dengan hormatnya kami sertakan bersama ini sebuah petisi yang diendos (ditandatangani) oleh ahli-ahli akademik yang lalu dan yang masih berkhidmat, dan juga badan-badan NGO.

Kami semua mengenalpasti Akujanji Universiti sebagai suatu halangan besar kepada perkembangan sihat universiti-universiti. Oleh itu kami mendesak supaya ianya segera dimansuhkan.

Akujanji untuk mengaku taat setia kepada Kerajaan bukan saja menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal, bahkan juga ia menghakis hak asasi untuk berpersatuan dan menyuarakan pendapat dengan bebas, yang sangat penting dilindungi serta diperluas demi kemajuan negara kita.

Kami berharap Kerajaan akan mengatasi kepentingan diri serta politik yang sempit dan mengambil langkah sewajarnya untuk memansuhkan Akujanji ini. Kegagalan melakukannya melemahkan lagi kebolehan serta kesediaan masyarakat akademik kita untuk melibatkan diri dalam bidang pemikiran serta keilmuan yang boleh membina sebuah negara yang kuat inteleknya serta progresif.

Kami berharap pihak YAB dapat memberikan perhatian dan tindakan sewajarnya agar Akujanji Universiti segera dimansuhkan.

Yang benar.
Dr Syed Husin Ali
Dr Lim Teck Ghee
(Tiada tanda tangan di sini kerana surat ini dikirim dengan emel. Terima kasih)

Petisi dan Pengendos di bawah:
PETISI UNTUK PEMANSUHAN AKUJANJI UNIVERSITI

Kami, yang bertanda tangan di bawah – bekas kakitangan universiti, kakitangan universiti yang masih berkhidmat (yang tidak dapat dimasukkan nama-nama mereka di sini oleh kerana bimbangkan tekanan pihak berkuasa) dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil – menggesa Kerajaan agar memansuhkan Akujanji dengan segera.

Keperluan menyatakan kesetiaan kepada Kerajaan – yang terdapat hanya dalam beberapa sistem universiti yang menekan dalam dunia – mencekik kebebasan akademik dalam negeri kita secara yang tidak pernah berlaku. Ia juga menimbulkan budaya takut, pasif dan fikiran tidak kritikal di kampus, yang membelenggu perkembangan universiti-universiti kita dan peningkatan mutu pengajaran serta keilmuan.

Pemimpin-pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menyeru universiti-universiti supaya menyambut cabaran menaikkan tarafnya dan menghasilkan pengajaran serta penyelidikan berkualiti yang boleh membantu bangsa kita mencapai matlamat 2020, termasuk matlamat mencapai masyarakat yang matang, liberal, saintifik serta progresif. Akujanji merupakan penghalang besar bagi universiti-universiti kita bangkit menyambut cabaran ini.

Sehubungan ini kami menggesa Kerajaan mengambil balik Dr Azly Rahman, Dr Mutiara Mohamad dan ahli akademik lain yang telah dibuang kerja akibat menentang Akujanji. Begitu juga, kes-kes mereka yang menanggung derita dalam kemajuan karya mereka akibat Akujanji hendaklah dikaji semula dan diberikan keadilan serta pembelaan. Mereka semacam dipenjara kerana kepercayaan mereka dan diperlakukan secara tidak adil. Penyingkiran mereka merupakan titik hitam ke atas masyarakat akademik dan sistem serta nilai demokratik kita.

Keprihatinan kami ini bukanlah kali pertama disuarakan – banyak pertubuhan kakitangan akademik dan ramai individu yang prihatin telah bersuara dalam masa tiga tahun lalu dan mendesak supaya Akujanji dihapuskan kerana ia juga bertentangan dengan hak asasi serta kebebasan untuk berpersatuan dan bersuara. Kami berharap petisi ini akan menjadi langkah terakhir terhadap isu ini.

Kami merasakan perkara ini besar, bukan saja untuk kepentingan serta keprihatinan akademik, bahkan untuk kepentingan negara seluruhnya. Kami menyeru supaya Kerajaan memberikan sambutan secara adil serta bijak dan meletakkan kepentingan universiti serta negara di atas kepentingan politik parti. Pemansuhan Akujanji ini langkah amat mustahak bagi menjamin hak asasi agar kebebasan berpersatuan dan bersuara tidak akan terhakis lagi dan ahli-ahli akademik kita dapat memainkan peranan yang hak untuk membantu bangsa kita maju ke hadapan.

SENARAI PENGENDOS
Petisi Untuk Pemansuhan Akujanji Universiti: Senarai Pengendos
Kakitangan Universiti Awam Yang Lepas dan Masih Berkhidmat (mengikut abjad)
Dr Abdul Aziz Bari - Professor, Universiti Islam Antarabangsa
Dr C.E.R. Abraham, Former Associate Professor Universiti Sains Malaysia
Drs Abu Bakar A. Hamid
Former Professor and Deputy Vice Chancellor, University of Malaya
Dr. Agoes Salim, Former Deputy Chairman, Universiti Kebangsaan Malaysia Council


Ahmad Mustapha. Former Student Leader, University of Malaya, Singapore
Dr. Azmi Sharom, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Sharon A. Bong, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Cheah Boon Kheng, Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Chee Heng Leng, Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Dr. Stephen Chee, Former Professor, University of Malaya
Dr. Farish Noor, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Alberto Gomes, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Terence Gomez, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Toby Huff, Former Visiting Professor, University of Malaya
Philip Koh Tong Ngee, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Khoo Boo Teik, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Khoo Khay Jin, Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Cassey Lee, Former Lecturer, University of Malaya
Dr. Patricia A. Martinez, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Maznah Mohamad, Former Associate Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mohamed Aslam Haneef, Lecturer, International Islamic University Malaysia
Dr. Lim Lin Lean, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr. Lim Teck Ghee, Former Professor, University of Malaya
Dr. Shirley Lim, Former Visiting Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Francis Loh Kok Wah , Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Loh Wei Leng , Former Professor, University of Malaya
Dr. Neoh Soon Kean , Former Lecturer, Universiti Sains Malaysia
Dr. Ng Choon Sim , Former Associate Professor, Universiti Putra Malaysia
Nur Barizah Abu Bakar, Lecturer, International Islamic University Malaysia
Othman Sulaiman, Universiti Sains Malaysia
Dr. Mavis Puthucheary, Former Associate Professor, University of Malaya
Dr M. K. Rajakumar, Former Member of University of Malaya Council.
Dr. P. Ramasamy , Former Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Rosli Omar, Associate Professor, University of Malaya
Dr. Johan Saravanamuttu, Former Professor, Universiti Sains Malaysia
Dr. Syed Husin Ali, Former Professor, University of Malaya
Dr. Toh Kin Woon, Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tunku Shamsul Bahrin , Former Professor, University of Malaya
Dr.Wan Abdul Manan Wan Muda, Professor, Universiti Sains Malaysia
Wong Chin Huat, Associate Research Fellow, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Diana Wong, Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia
Zaharom Nain, Associate Professor, Universiti Sains Malaysia

----------------


NGO-NGO YANG ENDOS
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
ALIRAN
All Petaling Jaya Pro-Action Committee (APPAC)
All Women's Action Society (AWAM)
Centre for Independent Journalism
Civil Rights Committee of Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
Community Development Centre (CRC)
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
Gabungan Persatuan Bekas Penuntut Sekolah China Negeri Sembilan
Group of Concerned Citizens (GCC)
Institut Analisis Masyarkat (INSAN)
Institut Kajian Dasar (IKD)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT),
Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i, UKM
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML)
Komunite Seni Jalan Telawi
LLG Cultural Development Centre
Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
Malaysian Voters Union (MALVU)
Middle Eastern Graduate Society
Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)
National Human Rights Society (HAKAM)
Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
Open Dialogue Center
Penang Watch
Pegerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua)
Persatuan Kakitangan Academik Universiti Malaya (PKAUM)
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Pertubuhan Pembangunan Insani Malaysia (INSANI)
Pusat Janadaya (EMPOWER)
Research for Social Advancement (REFSA)
Sisters in Islam
Save Ourselves (SOS)
Save Our School Damansara Committee (SOS-Damansara)
Selangor Hokkien Youth Section
Solidarity Mahasiswa Malaysia (SMM)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
United Chinese School Committees' Association of Malaysia.(Dong Zong)
United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)
Universiti Malaya Association of New Youth (UMANY)
Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Women's Aid Organization (WAO)
Women's Development Collective (WDC)
Youth for Change
Youth Section of Malacca Chinese Assembly Hall
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2007

Nota: Selain nama-nama yang tersenara di atas, mereka yang mengendos termasuk ramai kakitangan akademik yang masih berkhidmat di universiti-universiti awam, dan juga beberapa orang yang sedang mengambil cuti sabatikal dan melanjutkan pelajaran di luar negara. Mereka menyatakan sokongan tetapi meminta nama mereka tidak diterbitkan.

8/3/07

Pidato Anwar Ibrahim 7 Ogos di Seremban

Semua Dijemput Hadir ke Ceramah Kemerdekaan
Selasa 7 Ogos 2007 – Jam 9 malam
Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban (dari Seremban simpang masuk kanan selepas Masjid Jamek Ampangan, Jalan Seremban-Jelebu)

Penceramah :
Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua De Facto PKR
Sdr Azmin Ali – Naib Presiden PKR
Sdr Zulkelfy Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS NS
Dato Kamarul Bahrin Abas – Pengerusi PKR NS
Sdr Fariz Musa – Timbalan Ketua AMK Pusat

8/1/07

Lawatan Sdr Anwar Ibrahim ke NS 7 Ogos 07

3 petang - Perasmian Pejabat Perhubungan
8 mlm - Jamuan Perpaduan Rakyat di Port Dickson
9.30 mlm - Himpunan Rakyat di Seremban

Surat Terbuka Kepada Tan Sri Muhamad Muhd Taib

Posted on Thursday, July 26

Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net) http://216.55.149.11/~kmu/modules.php?name=News&file=article&sid=5955

Assalamualaikum Tan Sri,

Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.


Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.

Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.

Tan Sri,

Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.

Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.

Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.

Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.

Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).

Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.

Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.

Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.

Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.

Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."

Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.

Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.

Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.

Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?

Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?

Tan Sri,

Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.

Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.

Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tansri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?

Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.

Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?

Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.

Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.

Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan.

Lagi projek perumahan terbengkalai di NS

Janji kosong. Oleh Ahmad Syahrul Derauh. am@hmetro.com.my

Harian Metro 31 Julai 2007. SEREMBAN: Seramai 132 pembeli rumah kos sederhana rendah yang terbengkalai di Fasa 2, Taman Bukit Zamrud, Temiang, di sini, berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Datuk Lee Yuen Fong menunaikan janjinya menyelesaikan masalah mereka dan bukan sekadar cakap kosong.

Wakil pembeli, Zahari Mohd Tarni, 29, berkata status rumah teres fasa dua meliputi teres setingkat dan dua tingkat yang sepatutnya siap April tahun lalu, masih belum ada sebarang perkembangan menggembirakan walaupun sudah mendapat perhatian Adun berkenaan.

Katanya, kawasan perumahan itu kini tidak ubah seperti terbengkalai, sedangkan pemaju dikatakan masih aktif tetapi sibuk menyiapkan pelbagai projek perumahan sekitar negara ini.

“Sejak kami dijanjikan bahawa masalah itu akan diselesaikan sepenuhnya April lalu, sehingga kini, ia cuma cakap-cakap kosong kerana langsung tidak nampak perkembangan positif.

“Malah, apabila saya tanya setiausahanya, dia hanya cakap tidak tahu,” katanya.

Zahari berkata, situasi itu membingungkan pembeli rumah yang bimbang masalah mereka tidak menemui jalan penyelesaian, malah ada antara mereka kini dalam keadaan tertekan selepas dibebani hutang bank.

“Rumah kami yang sepatutnya siap setahun lalu kini hanya terdapat blok dinding yang sudah usang, berlumut serta kawasan dicemari rumput panjang,” katanya di sini semalam.

Yuen Fong sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan masalah rumah terbengkalai di taman perumahan itu menyebabkan pembeli di situ menaruh harapan tinggi.

Bagaimanapun, mereka kecewa selepas sekian lama menunggu, keadaan masih sama menyebabkan mereka berpendapat Adun berkenaan hanya menabur janji kosong.

Difahamkan, tindakan Yuen Fong itu sebenarnya sekadar membantu pembeli berkenaan berikutan kawasan itu kini diletakkan di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak sejak persempadan semula beberapa tahun lalu.

Pembeli juga turut kurang senang dengan sikap pemaju yang tidak acuh dengan rungutan pembeli rumah yang berharga antara RM90,000 hingga RM150,000 itu menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan (UPKT) pada Februari lalu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20070731093817/Article/index_html