CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

9/28/07

Lapan Galang Jejambat Lebuh Raya Kaseh, Pajam-Nilai Jatuh

SEREMBAN, 28 Sept (Bernama) -- Lapan galang jejambat yang sedang dalam pembinaan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Kaseh) yang melintasi Jalan Pajam-Nilai dekat sini, terjatuh malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi ekoran kejadian itu Jalan Pajam-Nilai ditutup selama dua hari kepada semua lalu lintas.

Jurucakap polis berkata kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 11.40 malam ketika kerja memasang galang jejambat itu, melibatkan empat buah kren, dengan kira-kira 10 orang pekerja.

Ketika galang kelapan dipasang, galang pertama hilang keseimbangan lalu jatuh dan menimpa galang kedua hingga kelapan, mengakibatkan kesemuanya jatuh serentak ke atas jalan raya dari setinggi 12 meter, katanya.

Pihak kontraktor melakukan kerja pembersihan semasa jalan itu ditutup.

Anggota Dewan Undangan Negeri Nilai Datuk Peter Lai Yit Fee yang pergi ke tempat kejadian untuk meninjau keadaan berkata jalan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan dan pembersihan.

-- BERNAMA
28 September, 2007 15:37 PM
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=287419

9/27/07

Program AMK Telok Kemang di bulan Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barokah dan maghfirah ini, Angkatan Muda Keadilan Teluk Kemang telah merangka beberapa program khusus dalam memberikan fokus dan maklumat tentang isu-isu semasa.

Dalam masa kita berlumba-lumba melakukan ibadah di bulan ini, maklumat dan penerangan perlu kita berikan kepada rakyat peringkat akar umbi agar rakyat memperolehi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku dan bukan sekadar mendapat maklumat daripada akhbar propaganda yang menjadi lidah rasmi kerajaan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam program penerangan ini, bolehlah menghubungi : Norazizi A. Aziz (Setiausaha keADILan Teluk Kemang) 012 3696474 @ 019 3477977, email : az_zieziepkr@yahoo.com

Sekian. Wasallam

1 Jejak Kebenaran - Edar risalah isu terkini - 27.09.2007
Masjid Chuah (DUN CHUAH) 0900 Malam (Lepas Terawih)
Imran 013 3116177

2 Jejak Merdeka (Program bersama DPP Kawasan Teluk Kemang)
Edar risalah 50 tahun kemerdekaan bersama pelekat kereta merdeka
30.09.2007
Bazar Ramadhan,Port Dickson 0500 Petang
Amirudin 012 3589872 (Ketua AMK TKemang)
Hafiz 012 2010467 (Ketua DPP TKemang)

3 Jejak Kebenaran - Edar risalah isu terkini - 30.09.2007
Masjid Lukut (DUN LUKUT) - 0900 Malam - (Lepas Terawih)
Imran 013 3116177

4 Jejak Kebenaran - Edar risalah isu terkini - 01.09.2007
Masjid Bagan Pinang (DUN BAGAN PINANG ) - 0900 Malam
(Lepas Terawih) Amir 012 3589872

5 Jejak Kebenaran - Edar risalah isu terkini - 02.09.2007
Masjid Teluk Kemang (DUN LINGGI)
0900 Malam (Lepas Terawih)
Amir 012 3589872

6 Konvoi “Jejak Fakir 2”
Bantuan kepada 40 buah keluarga yang kurang bernasib baik.
07.09.2007 – Parlimen -Teluk Kemang
0800 Pagi
Norazizi 012 3696474
Amir 012 3589872

7 Edaran Bubur Lambuk & Jejak kebenaran
Agihan bubur lambuk dan edaran risalah isu terkini.
08.09.2007
Masjid Kg. Paya (DUN PD BANDAR)
0400 Petang
Norazizi 012 3696474
Amir 012 3589872

9/24/07

Laporan Penuh Ketua Audit Negara umpama “Titanic”

Kelemahan yang terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah merupakan sedikit sahaja kepincangan pengurusan kerajaan yang dapat dibongkar. Ianya adalah umpama masalah “Tip of The Ice Berg”. Dimana kita hanya nampak ketulan ais kecil di laut Artik, sedangkan dibawahnya ada ais yang lebih besar yang pernah merobek perut kapal terbesar iaitu “Titanic”. Sekarang 6 buah kapal peronda TLDM yang menelan belanja lebih RM 6 Billion Ringgit hanya 2 buah sahaja telah diserahkan kepada TLDM. 4 buah lagi masih belum siap mengikut jadual. Dan yang siap 2 buah itu pun terdapat 298 aduan kerosakan. Sila “save”kan perincian laporan audit ini di link berikut sebelum ianya dipadamkan http://www.audit.gov.my/Federal/LA%20KAN%202006%20AKTIVITI.pdf

Terdapat 710 mukasurat dalam Laporan Ketua Audit Negara ini.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
MENGENAI AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
TAHUN 2006
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Semakan Audit terhadap surat jawapan bertarikh 16 Februari 1994 yang ditandatangani oleh Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Ishak, Panglima Tentera Laut ketika itu mendapati bahawa pihak TLDM tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan kepada PSC atas
sebab berikut :-
a. PSC merupakan limbungan yang kecil, prestasinya tidak baik dan hanya
mempunyai pengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil.
b. Tiada kepakaran dan anggota terlatih berbanding NDSB dan limbungan lain
yang lebih besar.
c. Kapal yang telah dibina oleh PSC kurang baik mutunya.
d. Pengurusan PSC kurang cekap.
e. Tawaran harga oleh PSC bagi keseluruhan saham NDSB, harta alih dan
pajakan tanah terlalu rendah berbanding nilai pelaburan oleh Kerajaan dan
nilai pasaran.

Kerosakan PV Yang Beroperasi
Kapal peronda KD Kedah dan KD Pahang telah digunakan sejak tarikh ia
ditauliahkan pada bulan Jun dan Ogos 2005 masing-masingnya. Bagaimanapun,
dalam tempoh 18 hingga 20 bulan beroperasi, sebanyak 298 aduan kerosakan
telah dikemukakan kepada BN Shipyard setakat bulan Disember 2006. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 18 aduan telah ditolak oleh BN Shipyard dengan
alasan ia tidak termasuk di bawah item yang dijaminnya. Manakala sebanyak 97
aduan kerosakan masih belum dibaiki.

9/23/07

Ceramah Pilihanraya Bersih 24 Sep Seremban

Ceramah Perdana : “Pilihanraya Bersih , Negara Aman dan Sejahtera”
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PAS
Sdr Azmin Mohd Ali – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
En Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP

Isnin 24 September 07 – Jam 9:30 malam
Di Lot 13015, Bt 3, Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Seremban (Sebelah Surau Hitam)

Semua Dijemput Hadir
******************

9/20/07

Bukti Terang Nyata Pengundi Hantu di Perak

Ahirudin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru adalah merupakan seorang wartawan professional tanahair. Rocky ni lah yang menggemparkan Malaysia dengan artikel beliau bahawa PM beli kapal layar mewah di Turki dengan harga RM 30 juta http://rockybru.blogspot.com/2006/12/pms-rm30-million-yacht.html

Sekarang sekali lagi Rocky menggemparkan negara. Beliau begitu hairan dan pelik , bagaimana rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengesahkan Rocky adalah pengundi yang sah di Rapat Setia , Perak. Sedangkan beliau tidak pernah berdaftar sebagai pengundi. Beliau tidak pernah tinggal di Perak. Alamat beliau pada kad pengenalan lama dan Mykad ialah di Puchong , Selangor. Kampung dia pula di Melaka. Adakah ianya jelmaan Hantu Rocky di Perak ?

Kepada semua rakyat Malaysia yang tidak minat politik, yang benci pada UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Tolonglah semak dilaman web SPR http://www.spr.gov.my samada nama anda tersenarai sebagai pengundi yang sah atau pengundi hantu.

Sekiranya nama anda digunakan sebagai pengundu Hantu, sila buat laporan polis dan sebagainya. Kerana mungkin no KP anda , atau no MyKad anda akan digunakan pula untuk buat pinjaman perumahan, buat pinjaman kereta, daftar talipon, yang akhirnya anda akan diheret ke mahkamah, diisytihar muflis, dipenjara dan sebagainya.

Berikut artikel Rocky mengenai perkara ini :
Excuse me, WTF registered me as a voter? http://rockybru.blogspot.com/2007/09/excuse-me-wtf-registered-me-as-voter.html

I, Phantom? I have never registered myself as a voter in my entire life.
So how did I get my name on the Election Commission's voter roll?
Someone must have done it for me. Who?
I have never been to Rapat Setia, for heaven's sake.
My address on my old ID and on my new MyKad is Puchong, Selangor.
I have never lived in Perak.
My kampong is in Melaka.
So who did I vote for in Gopeng? And in Simpang Pulai?

Is someone walking around with my ID, my MyKad?
Am I really who I think I am?
Was I a Phantom Voter in the last general election?

Excuse me, Mr Election Commissioner, YOU HAVE SOME EXPLAINING TO DO HERE!

I've always been skeptical when people talk about phantom voters being used to win elections. I have always been sympathetic with the EC when people accuse it of flaws in the electoral process. With millions on the electoral roll, surely honest mistakes can be expected here and there.

There's nothing honest about the EC's mistake here.
Thursday, September 20, 2007 at 1:35 AM

Bocor lagi ! Di NS pula ! Apo Nak Dikato !

35 kerosakan di Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan
Berita Harian 20 Sep 07. SEREMBAN: Kementerian Penerangan mengesan 35 jenis kerosakan pada struktur bangunan Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan di Sungai Gadut, Senawang, dekat sini, yang dibina dengan kos RM38.5 juta dan baru digunakan awal bulan lalu.

Antara kerosakan itu ialah pada siling yang berpunca daripada sistem hawa dingin, tandas orang kenamaan, jalan masuk ke kompleks serta beberapa kemudahan di bahagian dalaman, tetapi tiada yang membabitkan peralatan penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Kamaruddin Siaraf, berkata terlalu banyak kerosakan pada bangunan itu dan memerlukan kerja penyelenggaraan intensif dilakukan kontraktor.

"Sebenarnya, kompleks ini masih belum diserahkan sepenuhnya oleh kontraktor dan mereka mempunyai tempoh masa lebih setahun, iaitu sehingga 12 Januari 2009 untuk membuat penyelenggaraan terhadap apa juga kerosakan.” katanya selepas melawat kompleks berkenaan bersama Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Kejuruteraan), Mohd Nor Zakaria, di sini, semalam.

Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan yang dilengkapi sistem digital sepenuhnya, selain auditorium dengan kapasiti 1,000 orang memulakan operasinya awal Ogos lalu, tetapi kelmarin aras satu dan dua kompleks berkenaan digenangi air akibat kebocoran siling.

Kamaruddin turut mengarahkan kontraktor utama pembinaan kompleks itu melakukan penyelenggaraan secara menyeluruh bagi mengesan dan mengatasi masalah yang timbul berkaitan struktur bangunan atau kemudahan berkaitan.

"Penyelenggaraan perlu disegerakan bagi menjamin peralatan canggih yang ada di kompleks ini tidak rosak selain memastikan keselesaan kakitangan bertugas," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20070919233218/Article/index_html

Majlis Penghargaan Keadilan NS kepada Chung Hwa High School.

Sumbangan "anthology of poems"

Tarikh : 22hb 09 2007 (Sabtu)
Waktu : Jam 2.30 Petang
Tempat : Pejabat Perhubungan keADILan NS, Jalan Tuanku Antah, Seremban
Tetamu Kehormat : Tian Chua (Ketua Penerangan Keadilan) &
Dato' Kamarul Bahrin (Pengerusi Keadilan N.Sembilan)
Pertanyaan : Norazizi (012-3696474) @ Sabarudin (012-6346714)

Semua Dijemput hadir...

9/19/07

Renungan Untuk Bakal Wakil Rakyat dan Menteri

SURAT YANG DITULIS OLEH KHALIFAH ISLAM YANG KEEMPAT, ALI BIN ABI TALIB, KEPADA MALIK BIN AL-HARIS AL-ASHTAR SEMPENA PERLANTIKANNYA SEBAGAI GABENOR MESIR PADA TAHUN HIJRAH 655

Ketahuilah kamu wahai Malik bahawa aku mengutuskan engkau sebagai pemerintah di negeri yang pada masa lalu pernah mengalami pemerintahan yang adil dan tidak adil. Penduduknya akan memerhatikan tindakan-tindakan kamu dengan mata yang tidak senang, walaupun kamu sebelum ini pernah meneliti tindak-tanduk orang-orang yang kamu pimpin. Mereka juga akan bercakap mengenai kamu seperti apa yang kamu cakapkan mengenai mereka. Hakikatnya, masyarakat hanya memuji mereka yang melakukan perkara yang baik. Merekalah yang akan membuktikan kebenaran tindak-tanduk kamu. Oleh itu harta yang paling berharga yang amat dicari ialah amalan-amalan baik. Tetapkan iman kamu dan jauhi sama sekali perkara-perkara yang dilarang, dan kamu akan dapat mengenal antara yang baik atau sebaliknya.

Semaikan di hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu dan biarkan ia menjadi sumber kebaikan dan rahmat kepada mereka. Jangan percaya bahawa mereka seperti orang yang tidak bertamadun dan janganlah merampas apa yang mereka miliki.Ingatlah bahawa rakyat negara itu terbahagi kepada dua. Mereka sama ada saudara seagama dengan kamu atau sebangsa. Mereka mempunyai kelemahan dan boleh melakukan kesilapan, malah sesetengahnya memang melakukan kesalahan. Maafkan mereka seperti kamu mahukan Allah mengampunkan kamu. Ingatlah bahawa kamu diletakkan di atas mereka, begitu juga saya diletakkan di atas kamu. Dan ingatlah bahawa Tuhan mengatasi orang yang melantik kamu sebagai pemimpin bagi membolehkan kamu menjaga kebajikan orang-orang bawahan kamu. Kamu akan diadili atas apa yang sudah kamu lakukan terhadap mereka.

Janganlah kamu melanggar perintah Allah kerana kamu bukan saja tidak mempunyai kekuatan untuk melindungi diri kamu daripada kemurkaanNya, tetapi kamu juga tidak boleh meletakkan diri kamu di luar belas kasihanNya dan keampunanNya. Jangan berasa bersalah atas tindakan kamu memberi maaf atau bergembira atas hukuman yang kamu jatuhkan terhadap mereka. Janganlah biarkan diri kamu dalam kemarahan kerana ia tidak akan membawa sebarang keuntungan.

Jika kamu dilantik ke jawatan yang mempunyai kuasa dan berasa megah atau sombong, ingatlah kuasa dan keagungan Yang Maha Esa ke atas alam ini yang kamu langsung tidak mempunyai sebarang kawalan. Ini akan mengembalikan kepada kamu unsur-unsur keseimbangan dan akan meletakkan kamu dalam ketenteraman dan ketenangan. Berhati-hatilah dan janganlah menentang keagungan dan kebesaran Tuhan dan jangan meniru kekuasaanNya: kerana Allah boleh membinasakan orang-orang yang menentangNya dan orang yang zalim.


Orang Biasa

Biarkan fikiran kamu menghormati, melalui tindak-tanduk kamu, akan kuasa dan hak Tuhan serta juga hak-hak manusia. Oleh itu pujuklah rakan-rakan kamu dan saudara-saudara kamu supaya turut sama berbuat demikian. Jika tidak,kamu akan bersikap tidak adil bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap kemanusiaan. Kedua-dua manusia dan Allah akan menjadi musuh kamu.Tidak pernah diketahui ada orang yang menjadikan Allah musuhnya dan jika ini berlaku dia akan dianggap “berperang” dengan Allah sehingga dia mohon ampun. Tidak ada yang boleh menafikan manusia daripada menerima rahmat atau membangkitkan kemurkaanNya kecuali kekejaman. Itulah sebabnya Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan menghukum mereka yang melakukan penindasan itu.

Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu dan dapatkan persetujuan orang ramai kerana rasa tidak puas hati rakyat jelata mengatasi rasa puas hati segelintir masyarakat yang menikmati keistimewaan. Ingatlah bahwa mereka yang mempunyai keistimewaan itu kecil golongannya dan mereka tidak akan membantu kamu ketika dalam kesusahan. Mereka akan cuba memesongkan keadilan dan akan meminta lebih daripada yang mereka sepatutnya terima. Mereka juga tidak akan bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada mereka. Mereka akan gelisah menghadapi dugaan dan tidak berasa kesal akan kelemahan-kelemahan mereka. Sesungguhnya, rakyat biasalah yang menjadi kekuatan sesebuah negara dan agama.

Jauhilah mereka yang cuba mendedahkan kelemahan orang lain. Lagipun, rakyat jelata tidak terkecuali daripada kelemahan. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melindungi mereka. Jangan mendedahkan sesuatu yang tersembunyi, tetapi cuba hilangkan kelemahan yang sudah nyata. Allah sentiasa melihat segala yang terselindung daripada kamu, dan Dia saja yang akan mengendalikan perkara itu. Kamu hendaklah sebaik mungkin menutup kelemahan rakyat kamu dan Allah akan menutup kelemahan-kelemahan yang kamu cuba sembunyi daripada pengetahuan mereka.

Hapuskan kekusutan perasaan benci membenci antara rakyat dan pentadbiran dan hapuskan segala perkara yang menyebabkan ketegangan dalam hubungan mereka. Lindungi diri kamu daripada melakukan perkara-perkara yang tidak adil bagi kamu. Jangan tergesa-gesa mencari kebenaran fitnah yang diceritakan kepada kamu kerana orang itu adalah manusia yang tidak jujur serta cuma berpura-pura menjadi sahabat kamu.

Janganlah terima nasihat daripada orang yang kedekut kerana dia akan melemahkan semangat dan menakutkan kamu sehingga menjadi miskin. Janganlah terima nasihat daripada orang yang pengecut kerana dia akan melemahkan semangat kamu. Juga jangan terima nasihat daripada orang yang tamak kerana dia akan menanamkan sifat tamaknya kepada kamu dan menjadikan kamu zalim. Sikap kedekut, pengecut dan tamak akan menghakiskan keyakinan seseorang terhadap Allah.

Penasihat yang buruk adalah mereka yang pernah berkhidmat kepada pemimpin yang tidak adil dan berkongsi jenayah yang dilakukan. Jadi janganlah sekali-kali menerima orang-orang seumpama ini sebagai penasihat kamu. Kamu boleh mendapat orang-orang yang lebih baik daripada mereka iaitu orang- orang yang dianugerahkan kepintaran dan pandangan yang jauh serta tidak dinodai oleh dosa dan tidak pernah bersubahat dengan orang yang zalim melakukan kezalimannya atau penjenayah dalam melakukan jenayahnya. Orang seperti ini tidak akan membebankan kamu. Mereka sebaliknya akan menjadi sumber pertolongan dan kekuatan kepada kamu pada setiap masa. Dia akan menjadi kawan kamu dan orang yang asing kepada musuh-musuh kamu. Pilihlah orang seperti ini sebagai rakan baik dalam perjuangan mahupun ketika bekerja. Di kalangan mereka itu juga, tunjukkan minat kamu terhadap mereka yang jujur, walaupun ini kadangkalanya sukar dilakukan.

Dekatilah mereka yang jujur dan takutkan Tuhan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak boleh cuba memuji kamu atas sebarang perkara kebaikan yang mungkin kamu belum lakukan. Ini kerana sikap tolak ansur terhadap kata-kata pujian akan hanya memupuk sikap megah dalam jiwa manusia dan ini akan menjadikannya angkuh. Jangan beri layanan yang sama kepada orang-orang yang baik dan yang jahat. Ini akan menghalang mereka yang baik daripada terus mlakukan perkara yang baik dan akan menggalakkan mereka yang jahat supaya terus melakukan perbuatan itu. Berilah pujian kepada mereka yang berhak diberi pujian. Ingatlah bahawa kepercayaan dan muhibah antara pemimpin dan rakyat hanya dapat dipupuk melalui kebaikan, keadilan dan perkhidmatan. Oleh itu pupuklah muhibah di kalangan rakyat kerana hanya muhibah sahaja akan menyelamatkan kamu daripada bencana. Mereka akan membalas sikap murah hati kamu dengan memberi kepercayaan mereka kepada kamu.


Kumpulan Manusia Yang Berbeza

Jangan mengenepikan tradisi – tradisi murni yang diwarisi daripada nenek moyang kita yang memupuk semangat harmoni di kalangan penduduk, dan jangan melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan usaha –usaha itu. Mereka yang meletakkan asas tradisi – tradisi ini sudah medapat ganjaran mereka, tetapi jika tradisi – tradisi itu diganggu gugat, ia akan menjadi tanggungjawab kamu, Cubalah sentiasa belajar daripada mereka yang berpengetahuan dan bijak dan mintalah nasihat mereka mengenai urusan-urusan Negara supaya kamu dapat mengekalkan keamanan dan muhibah yang sudah diwujudkan. Ingatlah bahawa masyarakat dianggotai oleh pelbagai jenis manusia. Kemajuan sesuatu kumpulan itu bergantung kepada kemajuan yang lain, dan tidak ada yang boleh bergerak secara persendirian tanpa bantuan orang lain. Kita mempunyai bala tentera, kakitngan awam, badan kehakiman, pemungut cukai dan pegawai perhubungan awam. Masyarakat umum pula dianggotai oleh mereka yang beragama Islam dan dhimmi dan dikalangan mereka pula ada ahli perniagaan dan ahli pertukangan, penganggur dan orang yang degil. Allah sudah menentukan hak, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Bala tentera dengan rahmat Allah adalah sebagai benteng kepada manusia dan lambang kebesaran Negara. Ia adalah tonggak keimanan dan mengekalkan keamanan Negara. Tanpanya sesebuah Negara akan tergugat. Bala tentera pula tidak dapat bertahan tanpa sokongan Negara. Tentera kita sudah terbukti kuat kerana mereka berjuang kerana Allah, tetapi mereka memerlukan bantuan kebendaan, oleh itu mereka terpaksa bergantung kepada pendapatan Negara. Anggota tentera dan orang awam yang membayar cukai, kedua-duanya perlu bantu membantu antara satu sama lain. Begitu juga hakim, pegawai kerajaan dan kakitangannya. Kadi bertanggungjawab dalam pentadbiran awam dan undang - undang jenayah, pegawai kerajaan memungut cukai dan mentadbir Negara dengan bantuan kakitangannya. Dan seterusnya peniaga dan pedagang juga menyumbang pendapatan mereka untuk Negara. Mereka adalah orang yang menjalankan pasaran dan berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kehendak sosial. Allah memberi peluang yang adil pada semua orang, ada hak dalam semua kelas dalam pentadbiran di mana pentabdbir perlu memenuhinya. Mencari yang baik untuk penduduknya, satu tanggungjawab yang tidak boleh dipenuhi dengan sempurna kecuali dia mempunyai minat untuk itu dan meminta pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya, itu adalah kewajipan mereka menjalankan tugas itu dan bersabar ketika berhadapan dengan kesusahan dalam menjalankan tugas.

Berikan perhatian khusus kepada kebajikan mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera yang pada pendapat kamu mereka itu taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada ketua. Mereka yang boleh menahan diri ketika dipengaruhi nafsu. Mereka yang mendengar dengan tenang kepada nasihat yang berguna, dan mereka yang boleh membantu orang miskin dan membinasakan yang kuat. Dan mereka yang tidak bertindak ganas apabila dihasut dan sentiasa tetap pendirian.

Hendaklah kamu menjaga mereka dengan lembut sebagaimana kamu melayani anak- anak kamu. Jangan kamu mendabik dada mengenai kebaikan yang telah kamu lakukan kepada mereka dan jangan pula memandang ringan kemesraan yang mereka tunjukkan kepada kamu. Sikap seperti ini akan menimbulkan rasa ketaatan, kesetiaan dan baik sangka antara kamu dan mereka. Kamu hendaklah melayan kehendak mereka walau sekecilmana sekalipun. Janganlah kamu berpuashati dengan pertolongan yang sudah diberikan kepada mereka, kerana kadangkala, permintaan yang kecil jika diberi perhatian akan mendatangkan kelegaan yang amat besar kepada mereka. Sudah tentu mereka ini tidak akan lupa jasa – jasa kamu dan ketika kamu memerlukan pertolongan mereka.

Adalah berfaedah jika kamu memilih Ketua Turus Tentera daripada mereka yang sanggup menunaikan tugas dan bertanaggungjawab membantu askar – askarnya. Mereka yang mengatasi pegawai –pegawai lain dalm memberi kebaikan kepada askar- askarnya dan menjaga keluarga mereka apabila mereka pergi ke perbatasan dan dengan demikian seluruh anggota tentera akan bersatu padu. Perpaduan ini akan memberi mereka lebih kekuatan apabila menentang musuh. Kekalkan sikap lemah-lembut terhadap mereka supaya mereka terasa sentiasa bersama kamu. Hakikatnya kegembiraan sebenar seseorang pentadbir dan keselesaan yang memuaskan terletak kepada usahanya menegakkan keadilan dalam negeri dan mengekalkan hubungan mesra dengan rakyat. Kejujuran perasaan mereka dicurahkan melalui kecintaan dan penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kamu, dan ini dapat mengekalkan keselamatan pentadbir. Nasihat kamu kepada askar-askar tidak berguna kecuali dan sehingga kamu menunjukkan sikap kasih sayang kepada anggota tentera dan pegawai-pegawainya supaya mereka tidak menganggap kerajaan sebagai beban yang menindas atau membawa kepada kejatuhannya.

Teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpamanya itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani dan mengalakkan yang penakut menjadi berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya.

Berhati-hatilah ketika memilih pegawai bagi badan kehakiman kerana ia adalah badan tertinggi yang mungkin dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, untuk kepentingan sendiri. Sahkan jawatan mereka setelah mereka menjalani latihan dan ujian. Jangan memilih mereka untuk jawatan yang memerlukan amanah yang tinggi kerana hubungan peribadi atau dipengaruhi oleh orang lain. Ini membawa kepada ketidakadilan dan rasuah.

Pilihlah mereka yang berpengalaman, tegas, kuat imannya dan daripada keluarga yang baik untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi. Mereka yang seumpama itu tidak mudah mengalah dengan godaan nafsu dan akan menjalankan tugas mereka dengan baik. Naikkanlah gaji mereka supaya mereka dapat hidup lebih selesa. Taraf hidup yang baik dapat membersihkan diri daripada kejahatan. Mereka tidak akan terdorong untuk mencukai pendapatan orang bawahan bagi kesenangan mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak mempunyai sebab sama ada untuk melanggar arahan kamu atau menyalahgunakan kewangan Negara. Awasilah mereka dengan orang yang setia dan mulia tanpa pengetahuan mereka. Carilah orang yang jujur dan setia untuk mengawasi pegawai-pegawai ini tanpa pengetahuan mereka. Melalui cara ini, mereka dapat membentuk kejujuran dan memberi perhatian yang sebenar kepada kebajikan orang ramai. Tetapi, apabila ada antara mereka dituduh tidak amanah dan siasatan Jabatan Perisik kamu memdapatinya bersalah, anggaplah bukti ini sudah memadai untuk menghukum mereka. Biarlah hukuman itu berat dan dijalankan di khalayak ramai.


Pentadbiran Kewangan

Pentadbiran kewangan perlu diberi perhatian berat, bagi menjamin kemakmuran mereka yang membayar cukai kepada Negara. Kemakmuran orang lain, khususnya rakyat bergantung kepada kemakmuran pembayar cukai. Sebenarnya negara wujud kerana adanya pendapatan. Kamu mesti menganggap perniagaan tanah pertanian yang diusahakan lebih penting daripada memungut cukai, kerana cukai tidak dapat dikutip jika tanah tidak produktif. Mereka yang meminta hasil tanpa membantu petani memajukan tanahnya, menimbulkan kesukaran yang tak diingini kepada petani dan menghancurkan negara. Pemerintahan orang yang seperti itu tidak akan berkekalan. Orang seumpama itu tidak lama jadi pemerintah.

Jika petani meminta dikurangkan cukai tanah kerana tanamannya musnah diserang serangga, kemarau, banjir atau tanah tidak subur, maka kurangkan cukai mengikut kadar yang sepatutnya. Dengan itu keadaan hidup mereka akan bertambah baik. Usah dibimbangkan soal kekurangan pendapatan kepada negara kerana satu hari nanti tanah itu akan mendatangkan kemakmuran yang berlipat ganda dan membolehkan kamu memperbaiki keadaan bandar kamu dan menaikkan imej negeri kamu. Rakyat akan percaya kepada keadilan yang kamu tegakkan itu. Keyakinan yang diberikan kepada kamu ini akan menambahkan kekuatan kamu kerana mereka akan bersedia pula untuk berkongsi beban bersama kamu.

Kamu mungkin dapat menempatkan sebanyak manusia di tanah pertanian, tetapi perasaan tidak puas hati akan menyelubungi mereka jika tanah tidak dimajukan. Punca petani menjadi binasa adalah kerana pemimpin yang tamak, cuba mengaut kekayaan berlipat ganda kerana bimbang dia tidak kekal lama. Mereka yang sedemikian adalah orang yang tidak belajar dari pengalaman dan teladan masa lalu.


Golongan Kerani

Sentiasa awasi kakitangan kamu dan pilihlah yang terbaik di kalangan mereka untuk mengendalikan urusan surat menyurat sulit kamu. Mereka yang berakhlak tinggi dan yang kamu percayai. Mereka yang tidak akan mengambil kesempatan mempergunakan kedudukan istimewa untuk menentang kamu dan mereka yang apabila menulis perjanjian, tidak terpangaruh dengan nafsunya dan menjejaskan kepentingan kamu atau gagal menjelesaikan masalah kamu. Pilihlah mereka yang apabila menjalankan tugas sedar betapa beratnya tanggungjawap mereka. Mereka yang tidak sedar tanggung-jawabnya sendiri sukar menghargai tanggung-jawab orang lain.

Janganlah memilih semata-mata berasaskan kekuatan pandangan pertama, kecintaan dan keikhlasan kamu. Sesungguhnya kepura-puraan boleh menipu pemerintah yang pintar. Pemilihan hendaklah dibuat setelah menjalani tempoh percubaan yang akan menguji kesesuian mereka. Dalam membuat perlantikan terus, pastikan mereka yang dipilih itu mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan mempunyai nama baik di setiap jabatan pentadbiran. Dan ingatlah sebarang kelemahan dikalangan kakitangan kamu, jurutulis yang kamu tidak mengambil berat terhadapnya akan menulis menentang kamu.


Perdagangan dan Perindustrian

Amalkan skim-skim yang berguna bagi mereka yang terbabit dalam perdagangan dan perindustrian dan bantulah mereka dengan nasihat yang bijaksana. Sesetengah daripada mereka tinggal di bandar dan sesetengahnya pula berpindah dari setempat ke setempat dengan kemahiran masing-masing dan hidup dengan menjadi buruh harian. Perdagangan dan industri adalah sumber keuntungan kepada negara. Kebanyakan rakyat tidak cenderung untuk memikul tanggungjawab berat itu. Sebaliknya mereka yang menyertai profesion ini sanggup bersusah payah memungut barang-barang perniagaan dari jauh dan dekat, dari daratan dan laut, gunung dan hutan untuk mendapatkan faedah daripadanya.

Inilah golongan yang cintakan kedamaian dan bagi mereka kekacauan tidak perlu ditakutkan. Mereka cinta dan menurut perintah. Tentu sekali mereka tidak mahu menimbulkan keadaan huru-hara. Lawatilah ke seluruh pelusuk negeri dan jalinkan hubungan peribadi dengan golongan ini serta bertanyakan masalah mereka. Tetapi ingat, kebanyakan mereka tamak dan biasa dengan urusan menipu. Mereka menyorok hasil tanaman untuk dijual dengan harga yang mahal, dan ini menyusahkan rakyat. Perkara-perkara ini akan menjatuhkan maruah pemerintah jika perbuatan buruk itu tidak dihalang. Halang mereka daripada menyembunyikan hasil. Nabi Muhammad s.a.w. melarang perbuatan ini. Dan beri perhatian, supaya perdagangan berjalan dengan mudah, timbangannya betul dan harganya ditetapkan supaya menjual dan pembeli tidak mengalami kerugian. Tetapi jika ada yang tidak menghiraukan amaran kamu dan menyorok hasil tanaman, bertindak dan hukumlah mereka sewajarnya.


Orang Miskin

Takutkan Allah apabila berurusan dengan masalah orang miskin yang tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung, terbiar, susah dan tidak bermaya dan yang kusut fikirannya kerana menjadi mangsa kepada takdir yang berlaku. Antara mereka ada yang tidak mempersoalkan nasib mereka dan sanggup menanggung kesengsaraan daripada meminta sedekah. Demi Allah, peliharalah hak mereka, kerana kamu bertanggung-jawab untuk melindungi mereka. Peruntukkanlah sebahagian daripada simpanan Baitul-mal untuk membaiki kedudukan mereka, tidak kira di mana mereka berada, dekat atau jauh dari kamu. Mereka hendaklah diberikan hak yang sama-rata dan adil. Jangan biarkan kesibukan melupakan kamu akan tanggung-jawab kamu terhadap mereka, kerana tidak ada alasan yang akan diterima oleh Allah jika kamu membiarkan nasib mereka melarat. Jangan kamu anggap bahawa kepentingan mereka kurang daripada kepentingan kamu, dan jangan mengenepikan mereka dalam perkiraan kamu. Awasilah orang-orang yang memandang rendah dan membiarkan kamu melupai akan nasib orang miskin.

Pilihlah antara pegawai-pegawai kamu mereka yang rendah diri dan bertakwa kepada Allah, yang akan memberi nasihat serta sentiasa mengingatkan kamu mengenai orang miskin. Sediakan peruntukan bagi mereka supaya kamu tidak payah memberi alasan kepada Allah di hari pengadilan, kerana mereka inilah orang yang patut menerima layanan baik daripada kamu. Carilah ganjaran daripada Allah dengan memberikan apa yang menjadi hak mereka. Inilah tanggungjawab suci kamu untuk memenuhi kehendak orang-orang tua di kalangan mereka yang tidak mempunyai tempat pergantungan hidup dan tidak mahu meminta bantuan kewangan. Tanggungjawab seumpama itulah biasanya sukar dilakukan oleh pemerintah, tetapi ia sangat dialu-alukan oleh masyarakat yang berpandangan jauh, Hanya masyarakat dan negara yang benar-benar menunaikan perjanjian mereka dengan Allah dapat memenuhi kepeluan orang miskin.


Musyawarah Terbuka

Temui mereka yang tertindas dan rakyat berpendapatan rendah dalam musyawarah-musyawarah terbuka. Ingatlah Allah turut hadir bersama. Adakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan janganlah membenarkan pengawal, pegawai-pegawai kerajaan atau anggota polis dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perisik berada di situ, supaya mereka yang mewakili rakyat miskin dapat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tanpa takut-takut.

Tabahkanlah hati dan bertenang menghadapi bahasa yang keras, yang mungkin digunakan oleh mereka, dan janganlah mudah naik berang jika mereka tidak dapat menyatakan alasan mereka dengan jelas. Allah akan membuka pintu rahmat dan memberi ganjaran kepada kamu. Apa sahaja yang kamu boleh berikan kepada mereka, berikanlah tanpa bersungut, dan apa sahaja yang kamu tidak mampu untuk berikannya beritahulah mereka dengan penuh kejujuran.

Ada beberapa perkara yang memerlukan tindakan segara. Terimalah cadangan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kamu bagi membaiki sungutan kakitangan perkeranian. Pastikan supaya bantahan dan permohonan yang dikemukakan untuk pertimbangan kamu sampai kepada pengetahuan kamu di hari ia dikemukakan, walaupun pegawai-pegawai kamu cuba bertindak sebagai orang tengah. Selesaikan sesuatu kerja pada hari itu juga, kerana keesokan hari akan membawa kerja lain pula.


Munajat Dengan Allah

Jangan lupa mengasingkan masa kamu yang paling baik untuk bermunajat dengan Allah, walaupun setiap ketika kamu adalah untuk-NYA (jika ia digunakan dengan jujur untuk berkhidmat kepada rakyat kamu). Masa yang kamu peruntukkan bagi mengerjakan sembahyang hendaklah digunakan sepenuhnya untuk menunaikan sembahyang lima waktu sehari. Sembahyanglah di siang hari dan pada waktu malam, dan bagi mendapatkan hubungan langsung yang sempurna dengan Allah, seboleh mungkin jangan kamu memanjangkan sembahyang hinggga ia memenatkan kamu. Apabila kamu menjadi imam dalam sembahyang, jangan kamu membenarkan sembahyang itu berpanjangan hingga menyebabkan kesulitan kepada makmum atau menyebabkan mereka tidak suka bersembahyang berjemaah, atau setidak-tidaknya mengurangkan kesannya, kerana dalam jemaah sembahyang itu ada yang cacat dan juga mempunyai urusan penting yang mesti dikendalikan.

Ketika saya diarah pergi ke Yaman saya bertanya kepada Nabi Muhamamad s.a.w. bagaimana harus saya mengimamkan sembahyang. Rasulullah bersabda: “Kerjakanlah sembahyang kamu seperti mana orang yang paling lemah di antara kamu melakukannya, dan jadikanlah contoh bertimbang rasa terhadap mereka yang takwa.”

Selain perkara yang sudah saya sebutkan di atas, seperkara lagi yang patut diperhatikan oleh kamu ialah jangan sekali-kali memisahkan diri kamu daripada rakyat, kerana jika kamu berbuat demikian kamu tidak akan tahu hal-ehwal mereka. Ia akan menyebabkan seseorang pemerintah itu mempunyai perspektif yang salah, selain menyebabkan dia tidak boleh membezakan mana yang penting dan yang tidak penting, yang mana betul dan yang mana salah, dan di antara yang benar dan palsu. Pemerintah adalah manusia biasa. Dia tidak mampu mengeluarkan pandangan yang betul untuk semua perkara, apatah lagi bagi perkara-perkara yang di luar jangkauan dan pengetahuannya. Tidak ada tanda-tanda yang khususnya untuk kebenaran bagi membolehkan seseorang itu membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan. Sebenarnya dua perkara yang boleh berlaku kepada kamu, iaitu sama ada kamu berlaku adil atau zalim.

Jika kamu berlaku adil, kamu tidak boleh memisahkan diri kamu daripada rakyat, tetapi mendengar aduan mereka dan memenuhi kemahuan mereka. Jika kamu tidak berlaku adil, rakyat kamu sendiri akan menghindari kamu. Jadi apakah kebaikannya jika kamu menjauhkan diri daripada mereka? Dalam semua hal, menjauhkan diri daripada rakyat adalah tidak diingini, terutama apabila tugas kamu menuntut kamu menunaikan kehendak rakyat. Aduan mengenai penindasan daripada pegawai-pegawai untuk keadilan tidak sepatutnya menjemukan kamu.

Hendaklah kamu sentiasa beringat bahawa mereka yang di keliling kamu akan mengambil peluang mempergunakan kedudukan mereka untuk merampas apa yang menjadi hak orang lain dan melakukan ketidakadilan. Hapuskan kecenderungan seumpama itu. Kamu sendiri janganlah memberi walau seinci tanah kepada saudara mara kamu. Amalan ini akan menghalang pegawai-pegawai di sekeliling kamu daripada menyusahkan orang lain dan menyelamatkan kamu daripada penghinaan Allah dan manusia.

Laksanakanlah keadilan secara sama rata tanpa mengira sama ada seseorang itu bersaudara dengan kamu atau tidak. Jika ada saudara mara atau kawan-kawan kamu yang melanggar undang-undang, laksanakanlah hukuman yang ditentukan walaupun ia pahit kepada kamu, kerana ia adalah untuk kebaikan Negara. Jika pada sebarang waktu orang mengesyaki bahawa kamu tidak berlaku adil kepada mereka dalam apa jua urusan, jelaskanlah pendirian kamu kepada mereka supaya sebarang syak wasangka terhadap kamu dapat dihapuskan. Cara ini akan menyebabkan mereka menyayangi kamu. Ini juga akan memenuhi keinginan kamu kerana rakyat yakin dengan pemerintahan kamu.


Perdamaian dan Perjanjian

Ingatlah bahawa kamu tidak akan menolak tawaran perdamaian yang dibuat oleh musuh kamu. Terimalah kerana ia disukai oleh Allah. Keamanan adalah punca keselesaan kepada angkatan tentera, ia mengurangkan kebimbangan kamu dan meningkatkan kedamaian dalam Negara. Tetapi berhati-hati selepas perjanjian perdamaian ditandatangani. Sesetengah musuh menawarkan perdamaian untuk memperdayakan kamu. Mereka menawarkan perdamaian dengan harapan kamu akan berasa lebih selamat, sebaliknya mereka akan menyerang kamu apabila kamu tidak bersedia.

Jesteru itu, kamu hendaklah sentiasa berwaspada dan jangan meletakkan keyakinan terhadap bantahan mereka. Tetapi, jika mengikut perjanjian perdamaian itu kamu menerima kewajipan, maka hendaklah kamu melaksanakan kewajipan itu bersungguh-sungguh. Ia adalah amanah dan mesti dipertahankan seikhlas-ikhlasnya dan apabila kamu menjanjikan sesuatu hendaklah kamu tunaikan dangan segala keupayaan yang ada pada kamu, walaupun wujudnya perbezaan pendapat dalam hal lain. Tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menunaikan janji. Ini juga diakui oleh orang bukan Islam kerana mereka tahu padah melanggar perjanjian. Oleh itu, jangan membuat alasan dalam melaksanakan kewajipan kamu dan jangan sekali-kali memungkiri janji atau menipu musuh kamu. Perbuatan memungkiri janji adalah kesalahan di sisi Allah.

Sesungguhnya janji rahmat Allah untuk semua manusia. Janji Allah adalah pelindungan yang dicari, termasuk oleh manusia yang berkuasa di bumi ini kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Oleh itu, jangan membuat janji yang kamu tidak mungkin dapat menunaikannya. Jangan cabuli janji yang kamu buat walaupun ia menyakitkan hati. Adalah lebih baik menunggu dengan sabar akibat daripadanya daripada melanggarnya kerana kebimbangan. Awas! Jangan menumpahkan darah tanpa sebab yang sah.

Di Hari Kiamat akan ditanya jenayah yang dilakukan. Oleh itu, berhati-hatilah, jangan membina kekuatan Negara kamu dengan darah kerana darah itulah yang akan melemahkan Negara dan menyebabkan Negara bertukar tangan. Di hadapanku dan di hadapan Allah tidak ada alasan akan diterima bagi pembunuhan yang disengajakan.

Pembunuhan adalah jenayah yang boleh dihukum mati. Jika dalam melaksanakan hukuman rotan terhadap kesalahan jenayah ringan yang menyebabkan kematian, janganlah berbangga dengan martabat Negara sehingga menghalang keluarga si mati menuntut ganjaran.


Arahan Terakhir

Jangan tergopoh-gopoh melakukan sesuatu sebelum masanya, atau melengah-lengahkannya apabila masanya tiba. Jangan mendesak melakukan perkara yang salah, atau berlengah-lengah membetulkan kesalahan. Lakukan segala sesuatu dalam tempohnya, dan biarkan segala sesuatu mendapat tempat yang sewajarnya. Apabila semua orang bersetuju dengan sesuatu, jangan memaksa mereka menurut pandangan kamu dan jangan cuai dalam menjalankan tanggung-jawab kamu. Mata rakyat sentiasa memerhatikan kamu dan kamu bertanggung-jawab terhadap apa jua yang kamu lakukan kepada mereka. Kecuaian yang kecil akan ada kesan buruknya. Kawallah kemarahan dan jagalah tangan dan lidah kamu. Apa jua yang menimpa, cubalah bersabar, jika tidak ia akan menambahkan kebimbangan kamu.

Adalah amat penting bagi kamu mempelajari prinsip-prinsip yang telah mengilhamkan orang yang adil dan pemerintah yang saksama sebelum kamu. Berikan perhatian yang teliti terhadap contoh teladan Nabi Muhammad s.a.w., hadisnya dan perintah Kitab Allah dan apa jua yang kamu telah pelajari daripada urusan kamu. Berusahalah dengan segala kemampuan kamu untuk menjalankan arahan yang saya berikan dan yang kamu telah bersumpah setia untuk mengikutinya. Melalui arahan ini, saya memerintahkan kamu supaya jangan tunduk kepada hasutan hati kamu atau berpaling daripada menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kamu.

Saya mencari perlindungan Allah yang Maha Berkuasa dan RahmatNya yang tidak terbatas, dan menyeru kamu berdoa bersama saya supaya Dia memberi rahmat kepada kita menerusi penyerahan kudrat kita kepada kemahuanNya. Supaya manusia sejagat menghargai kita dan kerja kita berjaya. Saya mencari puncak rahmat Allah dan berdoa agar Dia memberi kepada kita kesyahidan di jalanNya. Sesungguhnya, kita akan kembali kepadaNya. Saya mengungkapkan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli bait.


Rujukan :
http://wikisource.org/wiki/Surat_Khalifah_Ali
http://www.amaana.org/ismaali.html
http://www.almujtaba.com/articles/2/000181.html http://www.nmhschool.org/tthornton/mehistorydatabase/islamic_conquests_632.htm

9/18/07

MB NS terlalu banyak portfolio punca negeri lemah

Mengulas beberapa isu yang melanda Negeri Sembilan pada ketika ini antaranya hutang RM 17 juta Majlis Perbandaran Nilai kepada kontraktor pengurusan sampah serta krisis dengan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Sdr Ariffin Berham, Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Jempol menyatakan sudah sampai masanya semua pihak antaranya Exco-Exco, Wakil-Wakil Rakyat dan semua rakyat di Negeri Sembilan ini menilai keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

Apakah Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang memegang 6 portfolio masih relevan lagi untuk menjawat semua portfolio tersebut ? Berikut ialah jawatan Exco yang dipegang oleh MB NS pada ketika ini :
1. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam
2. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli
3. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian
4. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran
5. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerangan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
6. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Justeru itu beliau mengharapkan agar MB NS tidak memberikan formula-formula yang baru untuk memulihkan masalah kewangan negeri seperti meletakkan PBT dibawah agensi kerajaan, melantik lebih ramai juruteknik atau jurutera, memusatkan semua akaun-akaun kewangan negeri termasuk Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri, sebelum beliau mengkaji terlebih dahulu akan keberkesanan struktur kerajaan negeri yang sedia ada yang telah melibatkan penambahan kewangan sebelum ini.

Menurut Ariffin lagi apabila Dewan Undangan Negeri Sembilan dikuasai sepenuhnya oleh wakil-wakil rakyat dari satu parti sahaja iaitu Barisan Nasional seperti di Negeri Sembilan ini, menyebabkan tiada suara yang berani untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Negeri yang tidak ada suara pembangkang yang kuat akan menyebabkan daya saing wakil-wakil rakyatnya untuk memperjuangkan hak rakyat lemah.

http://www.ns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=165&Itemid=158%20

Rombakan Exco NS dipertikai

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menpertikaikan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memegang enam portfolio dalam rombakan kabinet pada 28 September lepas.

“Apa perlunya mengadakan barisan exco yang begitu ramai sedangkan Negeri Sembilan bukan sebuah negeri yang terlalu ramai penduduk,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada malaysiakini hari ini.

Pada 28 September yang lepas Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan rombakan kabinet kepimpinan kerajaan negeri dengan menambah enam exco baru dan juga melantik timbalan exco.

Selain itu, beliau juga melantik Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebagai timbalan exco bagi tiga portfolio. “Rombakan ini sangat membazir kerana Negeri Sembilan antara negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan pusat dan sudah pasti beban akan dipikul oleh rakyat,” katanya.

Badrul Hishan berkata, tindakan Mohamad melantik dirinya memegang enam portfolio menggambarkan seolah-olah beliau tidak mempunyai kepercayaan terhadap anggota exco lain. Katanya, ia juga seolah-olah menggambarkan berlaku krisis kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN) terutama dalam Umno menyebabkan Mohamad terpaksa melantik begitu ramai pemimpin parti komponen untuk menjadi exco.

http://chegubard.blogspot.com/2005_10_01_archive.html

9/17/07

Rayuan Jejak Fakir II N.Sembilan

Ramadhan tiba lagi, Eidulfitri bakal menyusul. Bulan penuh keinsafan yang penuh barakah bakal dihayati sebelum menyambut bulan kemenangan dengan penuh keriangan.

Namun, bukan semua rakyat Malaysia mampu menjalani semua itu dengan sempurna. Kemiskinan yang diwariskan pada diri mereka, kecacatan atau kemalangan yang menimpa cukup menyeksakan dan ketibaan bulan perayaan mungkin lebih memeritkan jiwa dan raga.

Pada tahun lepas, Skuad Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ( AMKNS ) telah dengan jayanya mengadakan Program Jejak Fakir. Tahun ini, sekali lagi pasukan yang sama (tetapi atas nama keADILan Teluk Kemang) keluar untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Jejak Fakir II dilancarkan dengan penuh menginsafi akan nasib mereka yang malang di seluruh Negeri Sembilan. Justeru, kami merayu bantuan orang ramai; dari segi wang ringgit, makanan asas, pakaian atau apa sahaja yang berkaitan untuk kami salurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sebarang bantuan bolehlah menghubungi Norazizi (S/U Bahagian Teluk Kemang) di talian : 0123696474 atau email : az_zieziepkr@yahoo.com . Setiap penyumbang juga berhak memohon (mengaudit) senarai penerima sumbangan dan mengetahui bagaimana sumbangan diagihkan.

Sumbangan RM 100 ke atas juga melayakkan penyumbang memiliki VCD Eksklusif Jejak Fakir Negeri Sembilan!

9/13/07

MB NS Sila Jawab Kenyataan Cikgu Badrul ini !

Penyelewengan punca krisis kewangan kerajaan tempatan. Oleh Cikgu Badrul dari Korea Selatan

Merujuk kepada laporan akbar New Straits Times 13 September 2007. Reactions to Auditor-General's report: 'Local councils short of money', Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa kebanyakan Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan sedang dilanda masalah kewangan yang teruk.

Dalam Laporan yang sama juga beliau mengatakan ini kerana perbelanjaan mengurus dan membaik pulih semakin meningkat tetapi malangnya kadar cukai taksiran tetap kekal dan ramai pembayar cukai masih tidak mebayar cukai taksiran.

Kenyataan Mohamad Hassan ini merupakan respon kepada Laporan Audit Negara terbaru yang mendedahkan bahawa banyak kawasan kotor kerana kontraktor yang menguruskan pembersihan dan pembuangan sampah tidak dibayar. Laporan Audit itu telah mengenengahkan kes Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang gagal menjelaskan hutang RM 17 juta kepada Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM) syarikat yang menguruskan operasi pembersihan dan pembuangan sampah. Tunggakan tersebut mengakibatkan operasi syarikat tersebut terganggu seterusnya memberikan kesan terhadap kebersihan dan keselesaan penduduk setempat.

Perkembangan ini amat dikesali. Di tegaskan kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan ini. Melalui komen Mohamad jelas beliau cuba lari dari tanggungjawab dengan menyalahkan pembayar cukai dan membohongi fakta.

Fakta kos yang naik dan cukai yang kekal adalah salah. Tahun 2006 contohnya Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak 85.19%. Begitu juga kenaikan dikenakan dihampir semua kerajaan tempatan . Begitu juga beberapa cukai baru turut diperkenalkan.

Apa yang berlaku sehingga banyak kerajaan tempatan mengalami krisis kewangan yang teruk ini ialah kelemahan pengurusan, salah urus dan penyelewengan yang berleluasa.

Ahli Majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran yang terdiri dari pemimpin politik Barisan Nasional jelas tidak mampu memastikan pengurusan yang efisyen dan jujur. Malah kehadiran mereka yang rata rata tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan pengurusan pembandaran hanya melemahkan dan memparahkan lagi penyelewengan.

Sebelum 1970 ahli Majlis Kerajaan Tempatan dipilih terus oleh pengundi. Maka dalam pilihanraya tersebut pembayar cukai dapat memilih sendiri wakil mereka yang difikirkan layak untuk menguruskan pembandaran setempat. Mereka yang dipilih terdiri dari mereka yang wibawa dan sudah pasti akan bekerja sebaik mungkin kerana bertanggungjawab terus dengan undi pembayar cukai.

Namun selepas 1970, selepas BN/Perikatan kalah teruk dalam Pilihanraya Peringkat Kerajaan Tempatan, Pilihanraya itu diharamkan. Maka ahli majlis dipilih berdasarkan kuota parti politik komponen Barisan Nasional. Maka penuhlah mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan dengan ketua - ketua cawangan dan Jawatankuasa Bahagian parti BN. Contohnya Majlis Perbandaran Seremban dalam website rasminya dengan jelas menyebut 17 kerusi diperuntukkan untuk mewakili orang awam dari dari 23 jumlah penuh ahli Majlis. Amat menarik disebut dengan jelas pecahan 17 yang mewakili orang awam itu ialah :

UMNO - 7 orang
MCA - 4 orang
MIC - 2 orang
Gerakan - 2 orang
Dewan Perniagaan Melayu - 1 orang
Parti Progresif Rakyat - 1 orang

malah Menteri Besar Negeri Sembilan mempunyai rekod melantik adik beradiknya sendiri untuk duduk kerusi ahli Majlis Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan dan jika diteliti semua Majlis Tempatan pasti akan bertemu kejadian sebegitu rupa juga. Lihat sahaja di Kelang bagaimana Ketua Umno Bahagian, anaknya dan menantu mampu menjadi ahli Majlis dalam satu masa.

Maka mereka yang menduduki kerusi ahli Majlis dan menikmati perbagai elaun dan kemudahan selaku ahli Majlis ini tidak mewakili undi pembayar cukai tetapi sebaliknya mewakili kedudukan politik mereka. Maka sudah pasti semua tindakan mereka akan berpaksikan untuk memastikan kedudukan politik mereka terus terjamin untuk terus berada di kerusi tersebut penggal akan datang. Maka yang akan dijaga ialah sekutu politik mereka bukan majoriti pembayar cukai. Atas dasar ini mereka tidak boleh mengelak tuduhan bertindak bias dalam banyak tender, lulusan lesen dan sebagainya.

Bersangkutan dengan itu juga sudah pasti mereka sentiasa akan akur dengan tuan politik mereka. Maka siapa yang bakal menyekat perbelanjaan yang tidak perlu seperti bunting, banner dan lampu jalan gambar menteri besar setiap kali menjelang perayaan yang menelan belanja besar mengunakan dana kerajaan tempatan. Sudah pasti diantara mereka tidak mampu menahan malah mungkin menggunakan pengaruh yang ada untuk menyeleweng perbelanjaan berlebihan dana kerajaan tempatan untuk majlis - majlis yang tidak perlu seperti sambutan menteri atau pemimpin Umno.

Maka dapat dirumuskan di sini krisis kewangan yang berlaku dalam Majlis Penbandaran (bukan sahaja dalam Negeri Sembilan) adalah disebabkan penyelewengan dan kelemahan pengurusan bukan kerana kekurangan sumber kewangan atau cukai yang rendah.

Jawapan yang pasti buat menjawab perkembangan ini ialah mengembalikan demokrasi kepada kerajaan tempatan. Pembayar Cukai seharusnya diberikan hak semua untuk memilih siapa yang layak menguruskan wang cukai mereka dalam perihal perbandaran. Kerajaan seharusnya berani untuk memberikan Hak yang pernah dirampas pada tahun 1970 ini kerana itu sahaja jawapan yang ada untuk mengembalikan intigeriti dan efisiensi Kerajaan Tempatan.

Jangan sampai bandar yang kotor mengakibatkan rakyat menderita dengan penyakit yang tidak sepatutnya wujud. Kesempatan ini juga diambil untuk menyampaikan hasrat untuk melihat Kerajaan PAS Kelantan mendahului Kerajaan Negeri lain untuk berani mengembalikan hak memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan kepada pembayar cukai.

http://chegubard.blogspot.com/2007/09/penyelewengan-punca-krisis-kewangan.html

Kerajaan NS Tak Mampu Bayar Kutip Sampah

Reformis Muda Negeri Sembilan melahirkan rasa kebimbangan yang serius atas kemampuan kerajaan Negeri Sembilan dibawah pentadbiran Menteri Besar NS Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjaga kepentingan awam di negeri ini. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Perbandaran Nilai telah gagal membayar tunggakan RM 17 juta kepada kontraktor pengurusan sampah iaitu Southern Waste Management membuktikan bahawa secara tidak langsung akan menjejaskan tahap kesihatan, kebersihan dan keselamatan rakyat Negeri Sembilan.

Sekiranya dengan kadar kutipan cukai pintu serta pelbagai caj lain yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan masih banyak lagi yang tertunggak, sebarang kenaikan cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain caj akan hanya menindas rakyat yang setia membayar cukai-cukai tersebut tetapi mereka yang enggan membayar cukai akan terlepas tanpa sebarang tindakan.

Kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Woo Ah Lek http://www.sukns.gov.my
, Yang Di Pertua Majlis-Majlis termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai Y.Bhg. Dato' Haji Noordin Bin Mohd. Yatib http://www.mpn.gov.my harus memandang serius perkara ini. Janganlah rakyat yang mempunyai tunggakan cukai yang sedikit dibebankan dengan pelbagai kompaun dan kenaikan cukai. Sedangkan mereka yang enggan membayar cukai sejak sekian lama bebas begitu sahaja.

Yang pasti RM 17 juta tersebut akan menjejaskan operasi Southern Waste Management ditempat lain di negeri ini termasuk di Seremban. Tidak hairanlah orang ramai kerap membuat aduan kutipan sampah tidak mengikut jadual menyebabkan sampah bertimbun, busuk dan berair kerana salah satu puncanya ialah kerajaan Negeri Sembilan sendiri yang berhutang dengan Southern Waste Management. Malah akibat dari ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti cirit birit, wabak taun dan wabak denggi.

*************************************
New Straits Times 13 September 2007. Reactions to Auditor-General's report: 'Local councils short of money'

SEREMBAN: Most local councils will become insolvent within the next few years if their overall operations are not reviewed.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said many local councils, especially in the state, suffered from a revenue shortfall.

"The costs for administration and maintenance have increased but the assessment rates have stayed the same and some ratepayers still refuse to pay up.

"This is why some local councils cannot afford to settle outstanding payments to waste-management contractors," Mohamad said after the weekly executive council meeting yesterday.

The menteri besar proposed that local councils be turned into departments so that they could be directly monitored by the government.

"There is a need for a review of the operations of local councils."

Mohamad was commenting on the Auditor-General’s Report that highlighted the Nilai Municipal Council’s (MPN) failure to pay RM17 million in outstanding waste management fees to Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM).

The non-payment led to poor garbage collection and management, which in turn resulted in an increase of diarrhoea and dengue cases in the area.

In the report, Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang said Nilai was dirty because SWM had not been paid for some time.

"In MPN’s case, its annual revenue amounts to about RM24 million but it had to pay SWM around RM10 million a year for its services. That is almost 50 per cent of MPN’s revenue without taking into account other expenses.

"That is why MPN failed to make the payment to SWM."

He said there was an agreement that the Housing and Local Government Ministry would help local councils to pay outstanding amounts to waste- management contractors.

"This was reached when the federal government decided to privatise waste-management services nationwide." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/20070913080101/Article

Suwandi Kau Wira Rakyat !

Hantarkan ucapan kepada Suwandi !
Hantarkan ucapan persaudaraan dan setiakawan anda kepada mangsa peluru hidup polis :

Suwandi bin Abdul Ghani
3485, Kampung Binjai Rendah
21400 Marang
Terengganu

Hidup Suwandi ! Hidup Rakyat ! Hidup Keadilan !
Suwandi, kami bersama Saudara !
Kami mengutuk keganasan polis !
Suwandi ialah manusia !
Suwandi rakyat Malaysia !
Suwandi bukan babi !

http://penarikbeca.blogspot.com/2007/09/hantarkan-ucapan-kepada-suwandi.html

MB NS cuba cengkam Mufti Sheikh Murtadza

MB NS cuba cengkam Mufti Sheikh Murtadza (Artikel dibawah ditulis oleh Cikgu Badrul yang berjuang dari Korea, kita di Negeri Sembilan bagaimana ? Tidak mahu mempertahankan Mufti Negeri Sembilan kita yang dikasihi Sohibus Samahah Datuk Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad. Cikgu Badrul bukan kelulusan ijazah bidang agama, tapi dia tahu siapa yang patut dihormati dan disanjungi sebagai ulamak, bangkitlah umat Islam di Negeri Sembilan, pertahankan Mufti kita. Salam Ramadhan dari Reformis Muda NS)

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak menghormati institusi keagamaan yang menjadi agama rasmi negara apabila cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri itu.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila merujuk kepada surat yang ditujukan kepada Mufti Negeri Sembilan, Datuk Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad bertarikh 19 April lalu. Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor tentunya tidak bertindak sejauh itu jika tidak mendapat `lampu hijau’ daripada Mohamad sebagai peneraju pentadbiran kerajaan negeri.

Surat itu dengan jelas mengatakan bahawa Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri akan dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pegawai Kewangan Negeri bermula 1 Mei lalu. .Dengan arahan terbaru itu, semua tanggungan atau perbelanjaan yang membabitkan Akaun Amanah Mufti perlu mendapat kelulusan daripada pegawai Kewangan Negeri.

Selain Akaun Amanah Mufti, semua akaun amanah di jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut menerima nasib yang sama. Tindakan itu dilihat sebagai usaha Mohamad mendapatkan `sumber kewangan’ bagi menampung beberapa `program Mesra Rakyat’ dan untuk beberapa agenda peribadi sejak menjadi Menteri Besar pada 25 Mac 2004.

Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Muhamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak.

Tindakan Mohamad `mengarahkan’ Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibn almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Murtadza.

Berlandaskan keyakinan berada di pihak yang benar, Murtadza mengatakan perasaan kesal dan membantah `arahan itu’ melalui surat bertarikh 23 April lalu. Murtadza menjelaskan, bantahan itu berlandaskan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan pada 4 Ogos 2004 dengan jelas menetapkan Mufti Negeri Sembilan sebagai ` pegawai pengawal’ bagi urusan terimaan dan bayaran berkaitan Akaun Amanah Mufti.

Dalam bantahannya Murtadza turut memberikan lapan alasan mengapa arahan itu perlu dibatalkan atau ditarik semula demi menjamin maruah institusi itu sebagai tembok menjamin kesejahteraan agama Islam pada masa depan.

Murtadza juga menjelaskan, Akaun Amanah Mufti telah diuruskan dengan baik sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penerima anugerah Ketua Audit Negara dalam kategori `penyata terimaan dan bayaran’ pada tahun 2005 dan 2006.

Surat bantahan itu, Murtadza turut mengatakan perasaan kesal apabila Norzam tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah, tiada sebarang perbincangan dan mempersoalkan keupayaan tenaga kerja pejabat Kewangan Negeri dalam usaha memantau dan mengawal akuan-akaun amanah di Negeri Sembilan. Tindakan melulu itu juga dianggap boleh membawa musibah kepada tadbir urus kewangan kerajaan negeri.

Ketegasan beliau sebagai mufti juga terpancar apabila `menyindir’ Norzam dengan berkata; pegawai kewangan negeri itu tidak dapat menjiwai perjuangan untuk mendaulatkan Islam kerana tidak memahami sejarah perjuangan dan pahit maung ulama silam khususnya yang berjuang dalam kerajaan dalam usaha mendaulatkan agama Islam di bumi Adat Perpatih.

Menurutnya, Akaun Amanah Mufti tenyata mampu memenuhi keperluan dana untuk menjana generasi terdidik dan berakhlak, selain berkemampuan mengawal pembaziran terutamanya hal yang berkaitan dengan penganjuran `program hiburan’ yang melampau yang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri kebelakangan ini.

Murtadza turut menyindir Norzam dengan ungkapan ayat; Norzam mempunyai potensi yang baik serta berluang menikmati kenaikan pangkat, tetapi golongan yang akan terus berdepan dengan cabaran-cabaran yang menimpa umat Islam di negeri itu ialah para ulama. Sebagai mufti dan golongan ulama di negeri itu, Murtadza juga berjanji akan terus menjadi benteng dan tempat masyarakat mengadu serta mendapat nasihat.
Murtadza jua dengan tegas mengatakan akan mempertahan dan memperteguhkan institusi mufti kerana institusi itu dibawah naungan Duli Yang maha Mulia Yang di Petuan Besar yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

“Pengambilan akaun amanah Mufti oleh pegawai kewangan negeri diangap membawa institusi mufti kembali ke zaman kemunduran. Keputusan itu perlu ditarik balik, ” tegas Murtadza dalam surat balasannya kepada Norzam.
che'GuBard dengan tegas dalam perkembangan ini berdiri di belakang mufti Negeri Sembilan dan memohon agar beliau terus tegas dan berani mempertahankan kebenaran dan hak.
Ketika zaman penjajah British dan Jepun pun jelas takut untuk menyentuh agama dan adat istiadat melayu kerana menghormati sentimen agama dan bangsa. Namun setelah merdeka 50 tahun satu persatu hak bangsa ini diperkotak katikkan oleh penjajah 'bangsa sendiri'.
Adakah Umno lebih gila dari penjajah atau melayu itu sendiri hilang maruah.
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/mb-ns-cuba-cengkam-mufti.html

9/12/07

Polemik Pekida oleh Anwar Ibrahim

Saya akan cuba melayani pertanyaan dan komen, tetapi sukar sekali untuk kesemuanya.

Isu Pekida banyak dibangkitkan dalam pelbagai majlis dan oleh pengunjung terutama setelah Pilihanraya Kecil DUN Ijok yang penuh penyelewengan.

Pekida dan gerakan sebelumnya diasaskan sebagai wadah membela bangsa dan agama. Saya pernah berbincang panjang dengan tokoh-tokoh besar terdahulu. Saya masih mempertahankan kemurnian hasrat dan idealisme Pekida.

Namun begitu saya juga sedia maklum bahawa gerakan tersebut diresapi beberapa gerombolan berkepentingan yang lebih asyik dengan kontrak, upah dan lain-lain ganjaran dari Umno khususnya Pemuda. Mereka sanggup bersekongkol dengan perasuah yang mengkhianati amanah bangsa, merompak khazanah negara.

Saya ada sampaikan keprihatinan saya kepada pimpinan Pekida dan ada yang memberikan jaminan bahawa mereka tidak bersedia diperalatkan untuk mendera pejuang bangsa dan agama.

Mengulas sedikit isu di Batu Buruk, sdr/i jelas resah dgn kebiadaban penguasa sepertimana yang berlaku di Terengganu. Sudahlah rakyat ditembak, fitnah dan penipuan berterusan.

Sekali lagi saya menyeru sdr/i, bangun, sampaikan maklumat, berjuang dalam wadah secara berencana. 2007 sekadar ulang tayang kisah 1998.

Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com/2007/09/11/polemik-pekida/

Nasib bekas pemain bola NS di Sikamat

Harian Metro 12 Sep 07. SEREMBAN: Satu ketika dulu, nama Borhanuddin Joned cukup terkenal di kalangan peminat bola sepak Negeri Sembilan berikutan kemampuannya mempamerkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan.

Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui bahawa bekas pemain bola sepak dan jurulatih pasukan Negeri Sembilan itu kini hidup menderita selepas disahkan menghidap penyakit saraf atau 'motor neuron disease' lebih setahun lalu.

Borhanuddin, 52, kini terpaksa menghabiskan masa di kerusi roda selepas tidak berupaya menggerakkan badan, malah percakapannya juga kurang jelas dan sesekali mengalami sesak nafas.

Agak menyedihkan, bekas pemain pertahanan Negeri Sembilan pada pertengahan tahun 70-an itu kini menderita keseorangan apabila tiada pihak yang sudi membantu atau sekurang-kurangnya memberi sokongan.

Juruteknik Awam di Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) itu kini sudah tidak berupaya untuk bekerja tetapi mujurlah majikan masih membayar gaji untuk menyara hidupnya.

Ketika ditemui di rumahnya dekat Desa Permai, Sikamat semalam, isterinya, Rosmawati Abd Manaff, 45, berkata penyakit berkenaan mula dikesan sejak awal tahun lalu bermula daripada kedua-dua kaki Borhanuddin semakin lemah sehingga memaksa dia bergantung sepenuhnya kepada tongkat dan kerusi roda.

Katanya, pada waktu itu, dia mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) tetapi sakitnya semakin merebak ke bahagian pinggang dan kedua-dua tangan secara berperingkat.

Berikutan itu, beliau mendapatkan pemeriksaan susulan di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur yang kemudiannya disahkan menghidap penyakit 'motor neuron disease'.

"Pada peringkat awal, kami terpaksa membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk kos rawatan dan membeli kerusi roda. Menurut doktor, penyakit ini sukar diubati dan hanya bergantung kepada ubat penahan sakit.

"Baru-baru ini, doktor menyarankan dia mengambil sejenis pil berharga RM1,800 yang hanya didapati di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. Ubat itu perlu diambil setiap hari dan boleh bertahan selama sebulan. Disebabkan harganya begitu mahal, kami tidak mampu membelinya," katanya.

Rosmawati berkata, penyakit Borhanuddin semakin serius sejak lima bulan lalu apabila percakapannya sukar difahami menyebabkannya terpaksa memencil diri.

"Saya berharap ada pihak sudi membantu mengurangkan beban kami sekeluarga untuk menampung kos perubatannnya. Hendak harapkan gaji sedia ada memang tidak mencukupi kerana kos perubatannya memang tinggi," katanya.

Menyingkap kembali sejarah Borhanuddin, beliau mewakili Negeri Sembilan pada 1977 hingga 1986 untuk kejohanan seperti Piala Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, Piala Agong, Piala Presiden dan Piala Razak. Selain itu, beliau turut mewakili pasukan PKNNS untuk Piala FAM.

Beliau juga pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan untuk Piala Presiden di Korea Selatan pada tahun 70-an.

Selepas bersara daripada bola sepak, Borhanuddin dilantik menjadi jurulatih pasukan Negeri Sembilan dalam persaingan Liga Semi-Pro pada 1996 sebelum menjadi jurulatih pasukan Cempaka NS pada 1988.

Beliau juga antara sebaris dengan pemain kebangsaan lain apabila bersama-sama Allahyarham Mokhtar Dahari dan Dollah Salleh mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan FAM (kelas A) pada 1986.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/45871/Article/index_html

9/11/07

Polis ditangkap selepas ragut beg wanita di kafe siber

Mstar 10 Sep 07. IPOH: Seorang anggota polis ditahan ketika cuba meragut beg tangan seorang wanita berhampiran sebuah kedai kopi di Taman Ipoh Selatan di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, wanita berkenaan yang merupakan isteri kepada pengusaha kedai kopi sedang berada di dalam sebuah kafe siber yang terletak bersebelahan dengan kedai kopi suaminya.

Mangsa berusia 37 tahun itu berkata semasa dia sedang duduk, seorang lelaki tanpa disedari menghampirinya dari belakang lalu merampas beg tangan yang diletakkan di atas paha.

Dia kemudian menjerit meminta bantuan dan disedari oleh suaminya serta beberapa pelanggan kedai kopi berkenaan lalu mereka mengejar suspek terbabit yang cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Lelaki terbabit kemudian berjaya ditahan dan beg tangan wanita itu yang mengandungi kad pengenalan, telefon bimbit, kad kredit dan sejumlah wang turut berjaya diambil semula daripada lelaki itu.

Suami wanita itu kemudian menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan polis mengesahkan lelaki yang berusia 27 itu merupakan anggota polis yang baru bertugas di sebuah balai polis di Ipoh tetapi sewaktu kejadian anggota terbabit tidak bertugas.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut dan menyatakan pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap anggota polis terbabit. BERNAMA

10-09-2007 08:20:37 PM
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ef5d3783-c0a85062-11a772d0-8f3e8357

Tahniah PAS Jelebu, Teruskan Perjuangan

Tahniah diucapkan kepada PAS Kawasan Jelebu. Menarik sekali Blog PAS Jelebu di http://pasjelebu.blogspot.com . Moh kita promo ! Dulu Umno , sekarang PAS Selamanya, InsyaALLAH.
Salam Ramadhan Al Mubarak.

9/10/07

Ceramah Rusuhan diTganu 10 Sep Rembau

Ceramah Rusuhan di Terengganu. Angkara Siapa ? Kenapa 2 pemuda ditembak dengan peluru hidup ?

Roadshow 1
Isnin 10 Sep 9 malam di Markas PAS Kawasan Rembau
Bersama : Us Abd Ghani Abd Rahman Pesuruhjaya PAS Melaka & Dr Dzulkifli Ahmad AJK PAS Pusat

Roadshow 2
Isnin 10 Sep 9 malam di Markas PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Senawang
Bersama : Dr Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor, Sdr Zulkefly Mohamed Omar Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Hj Mohd Taufek Abd Ghani

Roadshow 3
Selasa 11 Sep 8:30 mlm di Tuanku Jaafar Golf & Country Resort, Sg Gadut, Senawang
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu Naib Presiden PAS, En Amin Ali Naib Presiden PKR dan EN Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP

9/7/07

Forum Pilihanraya Bersih 11 Sep Seremban

Forum Perdana Rakyat – Ke Arah Pilihanraya Bersih
Bersama :
En Azmin Mohd Ali – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Hj Mohamad Sabu – Naib Presiden PASEn Lim Guan Eng – Setiausaha Agung DAP

Tarikh/Masa : Selasa 11 September 2007, 8:30 mlm
Tempat : Tuanku Jaafar Golf & Country Club, Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Semua Dijemput Hadir – Masuk Percuma
Anjuran : BERSIH

About BERSIH http://bersih.org/
COALITION FOR CLEAN AND FAIR ELECTIONS (BERSIH)

BERSIH is a joint committee comprising civil society organisations and political parties with the objective of campaigning for free and fair elections in Malaysia.
Only when elections are free and fair, can citizens be real masters of their own destiny and expect holders of public office to act accountably and effectively. As long as citizens do not have the power to ‘throw the rascals out’, the hope for rule of law, human rights protection, good governance and sustainable development will be at the mercy of self-interested politicians. A real prospect of changing the government of the day is the key check and balance against abuses of power.
Unfortunately, 49 years after its Independence, Malaysia has failed to establish a free and fair electoral process. Not only have the civil society, political parties and international observers come to this conclusion, it was also admitted by the Chairman of the Election Commission himself. After the last general elections in March 2004 which was marred by irregularities and controversies at an unprecedented degree, even he found it necessary to agree with the public clamour for an independent inquiry. Regrettably, the independent inquiry was never carried out.
This flawed electoral process raises questions about the legitimacy of the state. Its continuity will not bode well for our nation’s future and will harm the legitimacy of the political system, as demonstrated by developments in Thailand, the Philippines and Taiwan. BERSIH therefore feels that all Malaysians must join forces to push for a thorough reform of the electoral process. We therefore propose a long-run reform agenda and three immediate working goals.
In the long run which will go beyond the next election, BERSIH believes that these eight aspects must be thoroughly reviewed and reformed:
a. Electoral system:
i. the need to correct the incredibly high disproportionality in federal and state elections where 64% of votes could translate into 91% of seats for the ruling party, due to the nature of the First-Past-The-Post system and the manipulations through mal-apportionment and gerrymandering of electoral constituencies.
ii. the need to introduce some forms of party list representation so that minimum 30% representation in legislatures of women shall be guaranteed.
iii. the need to re-introduce local election with an electoral system that is fairer and more inclusive for women and other marginalized groups.
b. Electoral administration:
i. The need to reform the current Election Commission which has failed to act as an independent institution by moving in the direction of a structure with multi-party representatives, as introduced in many democratizing countries.
ii. Legal provision for the rights of international and domestic observers
c. Party and candidate nomination – that these flaws must be corrected:
i. the discretionary power vested with the Registrar of Societies (ROS) that results in arbitrary decisions on party registration, as shown for example in the cases of Parti Socialis Malaysia ( PSM ) and the Malaysian Dayak Congress (MDC);
ii. the partisan and arbitrary decisions by Returning Officers that led to unfair disqualification of opposition candidates;
iii. the controversial post-nomination exit clause for candidates which led to alleged briberies and controversial walkovers.
iv. the arguably highest election deposit in the world which effectively obstructs the participation of resource-poor Malaysians including women and other marginalized groups.
d. Campaigning – legal provisions for the following:
i. a mandatory campaign period substantially longer than the meaningless 8 days in the last election;
ii. real exercise of the constitutionally enshrined freedoms of expression and of assembly;
iii. effective governance of campaign finance to eliminate corrupt practices.
iv. state finance to parties for compulsory capacity building for women candidates and marginal groups and gender sensitivity training.
e. Media/
i. dismantling of the present laws which result in the monopoly of print and broadcasting media by Barisan Nasional proxies.
ii. legal provision for free access to state TV and radio and fair (free or paid) access to private media by all political parties.
iii. legal provision for the right of reply to accusations and criticism in media for all political parties and candidates.
f. Caretaker Government
i. that the outgoing government should be prohibited from making any substantial policy or development decisions once Parliament and/or the State legislatures are dissolved.
ii. that the misuse of state resources and apparatus for electioneering and partisan purposes should be criminalized.
iii. that the preparation and revision of the electoral roll should be full transparent and subject to judicial review
g. Electoral Roll
i. that the electoral roll should be updated and accurate to prevent (i) exclusion and involuntary transfer of genuine voters, and (ii) impersonation and multiple voting by ‘phantom voters’.
ii. that all eligible citizens should automatically be registered as voters.
h. Voting
i. The implementation of indelible ink to prevent multiple voting;
ii. The abolishment of postal voting except for diplomats and overseas voters as accountability and secrecy are heavily undermined in current practices.

For the immediate short-term, JACER calls upon the Chairman and Secretary of the Election Commission, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman and Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor to implement the following three specific reforms concerning the electoral roll and polling as the first steps towards a free and fair election:
a. the use of indelible ink (as is done in Indonesia and India ) to prevent multiple voting;
b. The abolition of postal votes except for diplomats and other overseas voters;
c. a complete revision of the electoral roll to ensure that the existing irregularities are removed and a roll with full integrity is in place.

In the event that BERSIH does not see a positive response from the Chairman and Secretary of the Election Commission towards the above long-term agenda and, specifically, the three immediate reforms, BERSIH’s national campaign for electoral reform will call for their resignation.
BERSIH is endorsed by the following organizations:
Non-Governmental Organisations

1. Save Ourselves (SOS Penang)
2. Tamil Foundation
3. Group of Concerned Citizens (GCC)
4. Citizens’ Health Initiative (CHI)
5. Aliran Kesedaran Rakyat (Aliran)
6. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
7. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
8. Pusat Janadaya Berhad (EMPOWER)
9. Community Action Network (CAN)
10. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM)
11. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
12. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
13. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
14. Labour Resource Centre (LRC)
15. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
16. Civil Rights Committee, KLSCAH (CRC)
17. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
18. Women’s Development Collective (WDC)
19. ERA Consumers
20. Centre of Independent Journalism (CIJ)21. Unit Pemikiran Politik, IKD (UPP)
2. Malaysian Voters Union (MALVU)
23. All-Women’s Action Society (AWAM)
24. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
25. Research for Social Advancement (REFSA)
26. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Political Parties
1. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Democratic Action Party (DAP)
3. Parti Islam SeMalaysia (PAS)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
5. Sarawak National Party (SNAP)

Khairy Jamaludin Dicabar Bertanding di Seremban !

Beranikah Khairy tanding Di Negeri Sembilan ? Oleh Cikgu Badrul
Perkembangan sokongan yang meningkat terhadap keADILan di Pulau Pinang, Sabah dan beberapa negeri amat menyebabkan BN tertekan, khususnya merujuk kepada beberapa respon Naib Ketua Pemuda UMNO (merangkap menantu Presiden UMNO) Khairy Jamaluddin.
Khairy dalam beberapa kenyataanya cuba menyakinkan orang ramai bahawa parti keADILan akan mati, kenyataan beliau disambut oleh Pemuda Pulau Pinang yang menyatakan keyakinan untuk merampas Permatang Pauh.
Baru - baru ini Amir Mohd Ghazali, Ketua AMK Permatang Pauh menyatakan cabaran jika benar Khairy yakin BN mampu memenangi Permatang Pauh, beliau mencabar Khairy sendiri turun bertanding di Permatang Pauh.
Kenyataan ini telah dibuat dalam satu Majlis Sambutan Ambang Merdeka bersama anak muda setempat yang turut dihadiri oleh Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat.
Komen ini yang disiarkan dalam Malaysiatoday dan beberapa media alternatif khususnya internet amat menarik jika di teliti. Khairy seorang pemimpin pemuda yang cepat naik menggunakan 'surat nikah' (menantu Presiden UMNO) kebelakangan ini cukup gemar bercakap. Memang tidak dinafikan beliau sedikit rajin jika dibandingkan dengan pemimpin pemuda lain khususnya Hishamuddin Tun Hussien.
Namun satu hakikat yang Khairy tidak sedar ialah musuhnya juga banyak dalam UMNO itu terutama yang meluat dengan gelagatnya dan tindak tanduknya mempergunakan bapa mertuanya yang lemah untuk mengaut kuasa dan kekayaan.
Cuma satu che'GuBard nak tambah tidak perlu minta Khairy untuk bertanding di Permatang Pauh untuk menamatkan karier politiknya cukup mencabarnya untuk turun bertanding mana - mana kerusi di Negeri Sembilan.
Bukan sombong tetapi UMNO di Negeri Sembilan khususnya di bahagian dia sendiri, Rembau sudah banyak suara - suara protes.
Apa kata che'GuBard cabar Khairy untuk tanding di Negeri Sembilan, khususnya di kerusi 'campuran'. Selaku 'bakal' Perdana Menteri Malaysia dia seharusnya berani bertanding di kerusi campuran yang menggambarkan masyarakat Malaysia. Di kerusi campuran di Negeri Sembilan Khairy akan belajar betapa jentera UMNO 'senyap-senyap' akan meninggalkan beliau dan protes dari bukan melayu amat tinggi terhadap kelancangan mulut beliau.
Beberapa perkembangan politik mutaakhir ini amat menarik di Negeri Sembilan. Pengerusi Perhubungan UMNO merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan (sekutu kuat Khairy) kian panik dengan usaha yang berkemungkinan berjaya mendesak pengampunan Tan Sri Isa Samad dalam UMNO. Pembelian saham Allson dengan menyerahkan saham Menteri Besar Incroprated (MBI) dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu ini.
Pembelian saham Allson dari ahli korporat oleh Kerajaan Negeri dengan menyerahkan sejumlah saham MBI dikatakan untuk memujuk ahli korporat tersebut dari terus menyokong Isa Samad. Ahli Korporat yang bergelar Datuk itu merupakan antara 'funder' besar Isa Samad. Dalam proses ini media tempatan memuji kebijaksanaan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang dikatakan berjaya memiliki saham Allson tanpa menggunakan 'cash money' tetapi fakta yang seolah dilupakan ialah bagaimana seorang ahli korporat yang menjual sebahagian milikan dalam Allson tersebut kini memiliki saham dalam MBI yang lebih menguntungkan kerana memiliki kepentingan dalam semua anak syarikat kerajaan negeri.
Tetapi ramai khususnya pemimpin UMNO sendiri membantah tindakan ini yang dilihat menggadaikan kepentingan kerajaan demi kepentingan politik peribadi. Tindakan keterlaluan penyokong utama Khairy seperti mengambil kuasa menguruskan wang Baitulmal dari badan agama Islam Negeri juga merupakan isu panas sekarang ini. Surat arahan kerajaan dalam hal ini pernah disiarkan Buliten Rakyat.
Teguran terbuka yang dibuat Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail mengenai gangguan Abang Menteri Besar dalam banyak urusan kerajaan tidak dipedulikan dan berterusan sampai sekarang.
Ini semua menjadi api dalam sekam buat Khairy kerana Mohamad Hassan (dan keluarga) antara pembela nombor wahid beliau....
Balik kepada Khairy .....Apa kata kita bertemu di kerusi seperti Chuah atau Parlimen Teluk Kemang tidak pun parlimen Seremban ?
................................................................................................
N29 Chuah ialah ialah DUn di bawah Parlimen Teluk Kemang dan che'GuBard adalah Naib Ketua Bahagian keADILan Teluk Kemang.
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/amk-permatang-pauh-cabar-khairy-tanding.html

Mat-Mat Rempit N.Sembilan Benci Rasuah

Berita: Konvoi Kemerdekaan 'Belia Benci Rasuah' di Negeri Sembilan
Cuaca agak mendung ketika Zainudin sampai di bumi Adat Perpatih ini pada jam 10:15 pagi, 30 Ogos 2007 lepas. Ketibaan Zainudin disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh para peserta konvoi. Sebanyak 30 buah kereta serta 50 buah motor yang lengkap dengan pelekat “Belia Benci Rasuah” dan bendera Jalur Gemilang siap siaga menanti di Tol Seremban.

Turut hadir ketika itu ialah Pesuruhjaya PAS NS, Sdr. Zulkifli Omar, Ketua DPP Negeri Sembilan, Hj Taufek Abd. Ghani, Pengerusi GERAK NS, Ust Suhaimi Kassim, Eks. Koordinator GERAK Malaysia, Sdr. Badrul Hisham Shahrin (CheguBard) dan beberapa orang penyokong dari PAS, UMNO dan KeADILan. Jelas bahawa GERAK adalah merupakan sebuah badan NGO yang memperjuangkan isu rasuah tanpa ada halangan kepada mana-mana parti politik untuk turut serta dalam usaha melawan rasuah. Walaupun agak keletihan setelah 10 hari menjelajah seluruh semenanjung, namun Zainudin masih mampu mengukir senyuman tanda semangatnya yang kental untuk meneruskan misi "BELIA BENCI RASUAH"

Tepat jam 11:00 pagi, Pengerusi GERAK NS, Ust Suhaimi Kassim memberi taklimat ringkas tentang perjalanan konvoi dan seterusnya melepaskan para peserta konvoi. Bandar Seremban bertambah meriah dengan kehadiran para peserta konvoi yang membawa misi "BELIA BENCI RASUAH" . Lambaian serta sorakan sebagai tanda sokongan dari orang ramai telah membuatkan para peserta konvoi makin bersemangat walaupun ketika itu hujan renyai-renyai telah mula turun.

Para peserta konvoi yang diketuai oleh Zainudin tiba di Wisma Negeri pada jam 12:15 tengahari. Setelah menanti kira-kira 10 minit, Pegawai Khas kepada Menteri Besar NS, Sdr. Zulkifli Awang telah turun untuk menerima memorandum "Merdekakan Malaysia Dari Rasuah" yang diserahkan oleh Zainudin sendiri. Beliau yang mewakili MB NS, memohon kemaafan bagi pihak MB yang tidak dapat hadir bagi menerima memorandum atas sebab urusan rasmi di Istana Negeri. Beliau juga mengucapkan syabas atas usaha GERAK dalam memartabatkan Rasuah Musuh NO. 1 Negara. Laungan "Merdeka!" dan "Rasuah Musuh No. 1 Negara!" oleh para peserta konvoi dan orang ramai telah menggegarkan Wisma Negeri ketika itu.

Setelah menunaikan Solat Zohor di Masjid Negeri, satu taklimat keselamatan secara ringkas telah diberikan oleh CheguBard dan Zainudin kepada para peserta konvoi. Zainudin juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan para peserta konvoi yang terdiri dari anak-anak muda disamping bercerita tentang pengalaman masing-masing dalam arena permotoran.

Hujan makin lebat, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat para peserta konvoi untuk meneruskan perjalanan ke Putrajaya. Tepat jam 3.00 petang, dengan lafaz Bismillah, CheguBard melepaskan peserta konvoi ke Putrajaya. Para peserta konvoi telah mengambil masa sejam setengah untuk sampai di Tol Kajang. Lebuhraya Utara-Selatan jadi meriah dengan kehadiran para peserta konvoi.

Pengerusi GERAK Malaysia, Sdr. Ezam Md. Noor dan Pengarah Program, Sdr. Ghani Harun telah bersedia menanti di Tol Kajang untuk sama-sama mengiringi para peserta konvoi bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Badawi.

Memorandum " Merdekakan Negara Dari Rasuah" telah berjaya disampaikan oleh Zainudin Ghazali kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri, Tuan Haji Mohammad Yaakob.Setelah upacara penyerahan memorandum selesai, satu sidang akhbar telah diadakan di depan Bangunan Jabatan Perdana Menteri di mana Sdr. Ezam Md. Noor di dalam ucapan beliau telah menobatkan Zainudin Ghazali sebagai ikon "BELIA BENCI RASUAH". Program petang itu diakhiri dengan laungan keramat "Merdeka!" , "Belia Benci Rasuah!" dan "Allahu Akhbar!"

OLEH : NORAZIZI A. AZIZ (Setiausaha GERAK N9)

9/6/07

13 kematian dalam tiga tahun perlaksanaannya, apa yang tidak kena?

Oleh Wartawan klpos.com. SUDAH banyak yang diperkatakan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ia ditubuhkan tiga tahun lalu. Kali ini, klpos.com membentangkan HANYA SEBAHAGIAN fakta yang sempat dikumpul. Senarai kes-kes kematian, pergaduhan, rogol, cabul, histeria sehinggakan peruntukan PLKN yang diterima tahun 2007 yang mencecah RM600 juta.

Semua maklumat ini kami kumpulkan dari laporan media. Selepas anda membacanya, mari sama-sama kita fikirkan sejenak, berbaloikan semua ini?

PADA 17 Mac 2007 Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Tan Sri Lee Lam Thye memberitahu sejak PLKN diperkenalkan tiga tahun lalu sudah terdapat sebanyak 12 kematian pelatih. Sumber Jabatan Penerangan

KEMATIAN

Mendiang Teng Siau Shen, 18, yang mengikuti program di Kem PDS Pasir Panjang, Port Dickson meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas pada Januari 2007 dan dalam bulan yang sama Ili Ameera Azlan dari Taman Tuanku Jaafar, Seremban meninggal dunia secara mengejut ketika mengikuti kem latihan PLKN di Melaka. Sumber Harian Metro

1 Mac 2007 Prema Elenchelian, 18, dari Kem Kisana Beach Resort mati selepas tergelincir di dalam tandas ketika menjalani latihan di Hutan Lipur Jeram Linang. Sumber Berita Harian

Pada 22 Mei 2006, Theresa Pauline Sarimuthu, yang menyertai acara kembara halangan di Kem Khidmat Negara Kuala Pilah, Negeri Sembilan kejang dan rebah secara tiba-tiba dan meninggal dunia. Sumber Harakah

21 April 2006, Haziq Jaafar, 17, meninggal dunia di Hospital Kluang, dekat sini malam tadi setelah dipercayai bergaduh dengan seorang pelatih lain. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 malam di ruang tamu, Kem PLKN Agro Tourism, Batu 13, Jalan Kluang-Kahang, Kluang. Sumber Utusan Malaysia

Pada tahun 2005, sekurang-kurangnya lima kes kematian berlaku dalam kem PLKN iaitu dua kes kematian lemas berlaku di Sarawak dan Kelantan, dan dua kes kematian sakit tenat di Johor dan Sabah. Sumber Suara Keadilan

12 kematian itu tidak termasuk adik Mohd Rafi Ameer dari Kem Chenal Cemerlang Kuantan baru-baru ini.

KECEDERAAN

Asila Latin Husna Abdul Basir, 17, dari Kelantan, lumpuh separuh badan selepas tulang belakangnya membengkak didakwa akibat menjalani senaman tekan tubi yang menjadi rutin pelatih setiap pagi di Kem Latihan PLKN Teluk Rubiah, di Lumut, Perak. Asila Latin bersama bapanya pada 3 Julai lalu menyaman empat defendan termasuk Kerajaan Malaysia untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM11 juta kerana mendakwa telah mengalami kelumpuhan akibat kecuaian jurulatih semasa menjalani latihan senaman pagi di sebuah kem PLKN itu, Februari lalu. Sumber Utusan Malaysia.

Seramai 30 pelatih Kem Gopeng Ipoh diserang histeria dan 100 pelatih lain trauma melihat kejadian yang menimpa rakan-rakan mereka pada Ogos 2006. Sumber Suara Keadilan.

ROGOL

Remaja yang menjadi mangsa rogol ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dua tahun lalu memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan seorang jurulatih PLKN pada 4 Ogos 2006. Pelatih yang menyaman kerajaan ini adalah daripada kumpulan pertama kemasukan PLKN. Writ saman tersebut difailkan oleh firma guaman MK Othman & Co di Mahkamah Tinggi Wisma Denmark, Kuala Lumpur. Sumber Harakahdaily

CABUL

Pada April 2004, polis telah menahan seorang jurulatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) yang disyaki terbabit dalam kes mencabul kehormatan dua pelatih lelaki di kem Kolej Bersatu Sarawak (KDU), Sibu, Sarawak. Sumber Malaysiakini

GADUH

Pada April 2004, Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerima tujuh jahitan di dahinya selepas dibelasah oleh sepuluh pelatih lain serta dua jurulatih di asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di Maran. Sumber Malaysiakini

Pada 29 Ogos lalu, seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengalami cedera di kepala dan menerima satu jahitan selepas bergaduh di sebuah kem di Banting, Selangor. Ia berpunca daripada rasa tidak berpuas hati di kalangan mereka apabila terdapat pelatih memberikan maklumat kepada jurulatih berhubung salah laku pelatih lain, kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Sumber mstar.com.my

PERUNTUKAN PLKN 2007

PLKN menerima peruntukan RM600 juta dan 95,000 remaja pelbagai kaum akan dilatih dalam program. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata peruntukan sebanyak RM101 juta juga disediakan untuk Program Rakan Muda. Sumber Berita Harian

NOTA AKHIR

Di sebalik semua keburukan ini, kita harus akui terdapat beberapa aspek positif mengenai PLKN, namun klpos.com percaya aspek postif tersebut tenggelam dengan segala keburukan yang berlaku. Mungkin ada baiknya, seperti gesaan banyak pihak, PLKN ini ditangguhkan sehingga kerajaan benar-benar bersedia dari segi perlaksanaannya.

Apa pandangan anda? Tulis komen yang bernas dan kami akan siarkan sebagai Minda Pembaca klpos.com. Terima kasih.
http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1031&Itemid=49

9/5/07

15 Kemalangan Nuri Sejak 1968

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Sebanyak 15 kemalangan membabitkan helikopter Nuri telah berlaku sejak ia digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1968, katanya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua kemalangan itu menyebabkan kematian 70 anggota tentera dan 19 orang awam, kata Najib yang juga Menteri Pertahanan dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam kejadian terbaru Julai lepas, enam anggota TUDM yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan terkorban setelah pesawat Nuri yang dinaiki terhempas berhampiran Genting Sempah dekat Genting Highlands.

Menurut rekod, sejarah nahas terburuk membabitkan pesawat Nuri berlaku pada 14 Nov 1989 apabila 21 termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas helikopter itu terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.

Kerajaan Malaysia membeli 40 pesawat Nuri atau dikenali sebagai Sikorsky S61 Sea King pada 1968 daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, helikopter itu digunakan bagi memberi bantuan logistik kepada Tentera Darat sebelum penggunaannya diperluas untuk operasi mencari dan menyelamat serta memberi bantuan kemanusiaan.

-- BERNAMA 05 September, 2007 16:30 PM

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=283144