CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

10/31/07

Pro Khairy atau Anti Khairy ?

Nampaknya makin menjadi-jadi Laman Web Pro Khairy dan Anti Khairy ini. Macam baca majalah sensasi, tetapi tidak ada kesudahannya. Sebagai anak muda N.Sembilan kita berpendapat ianya hanyalah sekadar untuk melepaskan emosi dan perasaan.

Kalau betul Pro Khairy nak membela Khairy, kalau betul Anti Khairy anak Jati Rembau, jenguk-jenguklah daerah Rembau ni. Berilah idea yang bernas, cadangan yang bernas bagaimana kita anak muda di Rembau ini tak kiralah dari UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke, Mat Rempit ke dapat membangunkan sosia budaya dan sosia ekonomi di Rembau ini.

Janganlah menang sorak kampung tergadai. Tengok sajalah projek pembinaan IKM (Institut Kemahiran MARA) di Pilin dalam Parlimen Rembau yang dah lama terbengkalai atau mungkin sudah siap atau tertangguh. Bukankah tujuan pembinaan IKM untuk membantu belia Melayu ?

Banyak lagi perkara yang Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang perlu beliau lakukan. Banyak lagi AJK-AJK Pemuda UMNO Rembau boleh lakukan, selain daripada memecah belahkan bukan sahaja di kalangan pemuda UMNO Rembau, tetapi memecah belahkan pemuda Rembau dan Negeri Sembilan secara amnya.

Pro Khiary pro.khairy@yahoo.com http://prokhairy.blogspot.com
Anti Khairy antikhairy@gmail.com http://antikhairy.blogspot.com
Anak Muda NS amk_ns@yahoo.com http://amkns.blogspot.com

Gelombang Kuning Negeri Sembilan

Bendera Negeri Sembilan berlatar belakangkan warna Kuning. Kuning di sini Bermakna D.Y.M.M Raja.

Kepada rakyat Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Perararakan Kuning di Dataran Merdeka pada Sabtu 10 November 2007 jam 3 petang sila hubungi koordinator Gelombang Kuning Peringkat N.Sembilan yang berikut :

Taufek 019-6576540
Tze Tze 012-3696474
Rebin 016-2862481
Szu Hei Mee 016-2155226
Asri 019-6529645

DAULAT TUANKU , DAULAT TUANKU , DAULAT TUANKU

****************************
BENDERA NEGERI SEMBILAN


TANAH KUNING - Bermakna D.Y.M.M Raja.
BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA MERAH - Bermakna rakyat.
BAHAGIAN TIGA SEGI YANG BERWARNA HITAM - Maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.


JATA NEGERI SEMBILAN

SEMBILAN TANGKAI DI DALAM PERISAI - Bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama.
WARNA MERAH DALAM PERISAI - Menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British.
WARNA HITAM - Bermaksud Dato'-dato' Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
WARNA KUNING - Bermakna Yang Di-Pertuan Besar.
BINTANG PECAH SEMBILAN - Adalah menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama.
PEDANG DAN SARUNG DI ATAS PERISAI - Tanda keadilan.
DI TENGAH-TENGAH ANTARA PEDANG DAN SARUNG - "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar

10/30/07

Bapa Rayu bantuan rawat anak di Hospital Seremban

Harian Metro 30 Okt 07. SEREMBAN: Seorang bapa merayu bantuan untuk mengurangkan penderitaan bayi lelakinya berusia empat bulan yang mengalami masalah saluran air kencing dan buah pinggang sejak dilahirkan.

Jefri Hamad, 32, berkata bayinya, Ahmad Daniel Ikwan, empat bulan, menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban bagi mengeluarkan air kencing kerana saluran kencingnya menghadapi masalah, 16 Ogos lalu.

Katanya, selepas pembedahan itu Ahmad Daniel memerlukan pemerhatian di segi perubatan bagi jangka masa panjang dan perlu ditempatkan di wad dari semasa ke semasa.

"Kos rawatan Ahmad Daniel juga dikatakan tinggi kerana dia memerlukan ubat tertentu untuk jangka masa panjang," katanya yang berkunjung ke Pejabat Harian Metro, semalam.

Jefri berkata, pendapatannya hanya RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta dan dia terpaksa mengambil cuti tanpa bergaji selama dua bulan kerana bayinya itu memerlukan rawatan rapi.

"Hasil pendapatan itu saja saya perlu menyara keluarga termasuk anak sulung, Nurul Ain Fadila, 3, kerana isteri, Siti Soleha Rozi, 32, tidak bekerja," katanya.

Menurutnya, dijangka kos rawatan Ahmad Daniel berjumlah lebih RM1,000 sebulan dan kekurangan perbelanjaan itu dibimbangi menjejaskan kesihatannya.

"Saya dimaklumkan oleh HTJS lubang bawah pusat Ahmad Daniel yang ditebuk perlu ditutup dengan menebuk pula kedua-dua belah bahagian pinggangnya bagi mengeluarkan air kencing," katanya.

Jefri berkata, pembedahan yang berlaku itu dijangka memberi kesan jangka masa panjang kepada bayi lelakinya itu.

"Saya yakin pembedahan itu dapat dielakkan dengan menggunakan teknologi perubatan yang moden serta doktor pakar," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/66047/Article/index_html

10/26/07

Kerajaan NS semakin melemah dibawah Mohamad

Malangnya ketika yang sama beberapa kilang tutup dan mengalihkan pelaburan ke luar negara. Terbaru che'GuBard difahamkan, kilang pembuat tilam Dunlopillo di Senawang akan ditutup dan operasinya akan berpindah ke Vietnam.

Beberapa Agensi kerajaan khususnya PBT pula mengalami krisis yang teruk dengan bebanan hutang. PBT di Negeri Sembilan telah mengumpulkan tunggakan hutang sebanyak RM17 juta kepada Southern Waste Management (SWM)

JBANS juga sedang mengalami krisis kewangan yang teruk kerana beroperasi dengan tidak efisyen dan gagal memungut tunggakan dengan 'pengguna - pengguna' kormersial.

28 September lepas Lapan galang jejambatyang sedang dalam pembinaan di Lebuh RayaKajang-Seremban (Kaseh) yang melintasi JalanPajam-Nilai dekat sini..Nasib baik tiada rakyat yang mati terhempat galang tersebut.

Telah terbukti Mohamad tidak punya idea untuk menyelasaikan masalah krisis kewangan ini kecuali dengan membebankan rakyat semula. Majlis Perbandaran Nilai pada 2006 contohnya telah menaikkan 85.19% cukai taksiran dan cukai tanah di Jempol pernah mencatatkan kenaikan lebih 400%.

Beliau bukan sahaja telah mengambil alih rumah tetamu Kerajaan yang baru siap ketika itu malah turut membelanjakan RM4.5 juta untuk kerja pengubahsuaian tambahan. Kelemahan ini cuba ditutup dengan mengalihkan isu.

Maka Mohamad bertindak nekad membeli Allson Resort dengan nilai RM70 juta.

Berita lanjut di sini http://chegubard.blogspot.com/2007/10/kerajaan-ns-semakin-melemah-dibawah.html

Dapatkan T-shirt kempen BERSIH

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) meminta orang ramai yang hadir ke Himpunan 100 ribu umat di ibu kota 10 November depan, dengan berpakaian kuning. Untuk itu BERSIH mengeluarkan t-shirt berwarna kuning yang dijual dengan harga yang istimewa. Sila hubungi Azif 016-6858558 untuk mendapatkan t-shirt tersebut.

T-shirt tertera nama Bersih dan dibelakangnya tertera empat tuntutan utama Bersih terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia bakal dipakai oleh semua peserta yang akan menyertai himpunan aman itu nanti.

Berita lanjut di sini http://chegubard.blogspot.com/2007/10/dapatkan-t-shirt-kempen-bersih.html

Ahli Parlimen BN pertikai kpeutusan kerajaan

Ahli Parlimen BN Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Bharu) mempertikaikan keputusan kerajaan menubuhkan panel penyiasat untuk menyiasat klip video perbualan telefon peguam yang didedahkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Datuk Zaid menyatakan panel tersebut sebagai “toothless” iaitu tidak ada gigi, atau tidak ada kuasa. Juga beliau menyatakan keputusan kerajaan melantik panel penyiasat menunjukkan kerajaan sendiri tidak yakin dengan Badan Pencegah Rasuah dan Polis. Hmmm…………. ?

***************************************
Panel Investigating Video Clip 'Toothless' - Zaid

KUALA LUMPUR, Oct 25 (Bernama) -- A Member of Parliament has questioned the rationale of setting up the independent panel to investigate the video clip purportedly showing a senior lawyer on the phone with a top judge discussing judicial appointments as the panel is not empowered to call those connected to give statements.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Bharu) said since the panel was "toothless" it had to rely on the goodwill of individuals to provide information or make statements.

"Since it has no authority to act, whose goodwill is this panel depending on?" he said when debating the Supply Bill 2008 in the Dewan Rakyat today.

Zaid said it was best that a Royal Commission be set up as it would have the power to call the parties involved to testify.

He said it would be more appropriate that the investigation be handled by the Anti-Corruption Agency (ACA) or police.

"The setting up of the panel indicates that the government has no faith in the ACA and police. Otherwise, why set up the panel in the first place?"

Zaid was also concerned that the publicity attracted by former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim who exposed the case, could draw public sympathy for the opposition party.

Other than tarnishing the government's image, it could also spoil Barisan Nasional's (BN) chances of a big win in the coming general election, he said.

The Dewan Rakyat sitting continues on Monday.

-- BERNAMA http://web7.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=292198

10/24/07

Himpunan Solidariti Dengan DSAI 25 Okt

Pegawai-pegawai BPR dijangka akan hadir ke pejabat DSAI berkenaan arahan BPR untuk menyerahkan salinan video asal yang sepenuhnya atau menghadapi penjara.

Orang ramai dijemput menunjukkan solidariti dengan DSAI di pejabatnya pada masa dan waktu berikut. Tolong sebarkan.

Tempat: Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim, 17, Jalan 16/2, Section 16, PJ.
Masa: Khamis, 25 Oktober, 10.30am

**************************************
Perhimpunan Aman Masjid Negara KL 26 Okt
“PECAT FAIRUZ”
Selepas Solat Jumaat 26 Oktober 2007 di Perkarangan Masjid Negara
Orang ramai, Islam dan bukan Islam dijemput hadir.
“Suara Rakyat Suara Keramat” !

Program Angkasawan, Menguntungkan atau Membazir ?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program angkasawan, pelancongan angkasa dan sebagainya dari sudut professional bukan emosional sila ke Blog berikut http://ikam-space.blogspot.com

10/23/07

JIM bantu keluarga kezaliman ISA. Siapa PEMBOHONG !

JIM Johor: Meladeni Mangsa ISA
Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sempena Aidilfitri, saya bersama-sama dengan beberapa orang ahli JIM Johor yang lain telah pergi ke Parit Wirajo Melintang di Sri Medan, Batu Pahat untuk melawat sebuah keluarga mangsa kezaliman ISA.

Mungkin ada yang tak tahu di Johor sekarang masih ada 10 keluarga yang menjadi mangsa ISA. Alhamdulillah, sembilan daripada keluarga tersebut telah dilawati sebelum Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Kali ini kami dapat melawat keluarga kesepuluh iaitu keluarga Puan Juana binti Abdul Manaf. Untuk pengetahuan semua, hingga hari ini suami Puan Juana telah disimpan di KEMTA selama empat tahun enam bulan. Satu masa yang amat panjang untuk ditanggung oleh seorang isteri yang mempunyai tiga orang anak.

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah ada empat buah kereta yang berjaya bersama-sama kali ini untuk pergi untuk melawat isteri mangsa kezaliman ISA ini.

Kamal Khalil, Skudai, Johor http://www.jim.org.my/modules.php?module=berita&kerja=tengok&id=160

SIAPA PEMBOHONG ! SIAKAP SENOHONG , GELAMA IKAN DURI, BERCAKAP BOHONG , LAMA-LAMA MENCURI

GMI's Statement: No ISA Detention Under Pak Lah is a Blatant Lie
Gerakan Mansuhkan ISA
Press Statement: 22nd October 2007

No ISA Detention Under Pak Lah Is A Blatant Lie

The Abolish ISA Movement (Gerakan Mansuhkan ISA, GMI) strongly refutes the statement by Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Bernard Dompok, who said that there has been no detention under the Internal Security Act ( ISA ) since Abdullah Ahmad Badawi took over as Prime Minister in 2003 (The Star, 22nd October 2007).

The statement by the Minister is a blatant lie. Since Abdullah Ahmad Badawi assumed office of the Prime Minister in October 2003, the ISA has continuously been used. The statistics of arrests and renewal of detention orders under the ISA during Abdullah Badawi’s premiership thus far are as follows:

Year New Arrests Renewed Detention Orders Total in Kamunting
2004 12 25 101
2005 16 30 107
2006 20 18 90
2007 (as of October) 9 Statistics not available 90

(GMI Monitoring)

In this year alone, four individuals were arrested for allegedly spreading rumors of racial riots in Johor Bahru recently. Another five were arrested for alleged involvement in Jemaah Islamiah - Mohd Faizul Bin Haji Samsudin, Mohd Amir Bin Mohd Hanafiah, Ahmad Kamil Bin Mohd Hanafiah, Zulkifli Bin Abu Bakar and Mohd Noor bin Abu Bakar.

The Minister’s statement is especially factually wrong when Abdullah Ahmad Badawi as the Internal Security Minister has personally signed the 2-year renewal detention orders of 73 ISA detainees since he came into power. Many of these detainees are now having their detention without trial entering into the fifth or sixth years in Kamunting detention camp.

GMI is also shocked and regrets that the Minister said that “Until today we have no opportunity to discuss this particular matter and we do want to know more about it.”
Since 2001, GMI, a coalition of 83 NGOs and community groups, have been actively campaigning against the ISA. Numerous reports and memoranda have been handed over to Suhakam, the PM’s office and the Internal Affairs Ministry to abolish the ISA.

GMI also wishes to highlight that besides press statements, at least more than three memoranda have been sent to the Prime Minister and his Ministry, the Internal Security Ministry during the past 3 years - none of which has been replied.

It is highly regrettable that now, with the judgment of Malek Hussein, the minister has misled the public by trying to project an image that the government of Abdullah Ahmad Badawi is less abusive with the cruel and draconian ISA.

GMI would like to point out to the Minister and Prime Minister that, as of today, there are no less than 90 ISA detainees continue to languish in the Kamunting Detention Camp.

GMI would like to remind the Minister that the ISA is not only unfair and unjust to the detainees, but has also become one of the main root-causes of corruption, abuse of power and police brutality. The lack of transparency and accountability and the secrecy of the use of the ISA provide a more than perfect environment for corruption, abuse of power and torture by the police as in evident and confirmed in the judgment of Malek Hussin’s civil suit case recently.

GMI strongly urges the Government to respect the right to trial for those who have been detained under the ISA in Malaysia . “Emergency” laws in Malaysia disregard human rights and violate the safeguards contained in the Federal Constitution and international human rights law.

Therefore, GMI calls for the following:
The Minister and the Government to retract the previous statement or comments and make a public apology, especially to the ISA detainees and the families.
Abolish the ISA and all forms of detention without trial; charge all detainees in an open court or else release them immediately and unconditionally.
Heed the call of SUHAKAM, the independent body which safeguards human rights in Malaysia , to review and abolish ISA. Numerous international human rights bodies have also voiced the same for many years.

Abolish ISA!
Release All ISA Detainees!
Close Down Kamunting Detention Camp!

Yours sincerely,
Syed Ibrahim Syed Noh
Chairman GMI

http://www.jim.org.my/module2.php?module=bahumum&id=129

KWSP zalimi ibu tunggal bukan Islam ?

Mungkin ada sesiapa yang boleh jelaskan laporan akhbar The Star ini ? Menurut laporan akhbar ini simpanan KWSP atau EPF hanya boleh dikeluarkan oleh suami/isteri yang kematian isteri/suami hanya setelah suami/isteri tersebut mencecah usia 55 tahun. Jika benar, bukankah ini akan menzalimi ibu tunggal, bapa tunggal serta anak-anak yatim , tidak kiralah mereka orang Islam atau bukan Islam? Mungkin perlu penjelasan lebih lanjut atau salah pentafsiran laporan akhbar ?

The Star 23 October 2007 . Tuesday October 23, 2007

55 before spouse can claim savings

KUALA LUMPUR: Beginning June 1 next year, any claim on a deceased spouse’s Employers Provident Fund savings will only be paid once the claimant reaches the age of 55.

According to EPF chief executive officer Datuk Azlan Zainol, this would apply to cases where a person obtained a court order stating that the claimant would get the contributor’s savings.

“However, this only applies to non-Muslims. That is because of the fatwa that EPF savings is not matrimonial property,” he said yesterday.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

Pasar Seremban Jaya kurang pengunjung

Di mana silapnya ? Kenapa kurang pengunjung tetapi pasar dibaik pulih seperti tertera dalam gambar ? Kenapa tidak dijalankan usaha menarik lebih ramai pengunjung ? Siapa yang untnug, siapa yang rugi ? Ini bukan projek pertama PBT-PBT di N.Sembilan ini gagal, banyak lagi gerai-gerai dan bangunan milik PBT gagal di NS ini. Yang pasti untung ialah mereka yang membina Pasar , Gerai-Gerai dan sebagainya. Yang rugi ialah peniaga-peniaga kecil Melayu, Cina dan India.


SUNYI: Pasar Awam Taman Seremban Jaya, Senawang di lokasi strategik untuk menarik pelanggan membeli barangan keperluan harian.

Kedai runcit jual barang basah pada harga lebih murah jejas peniaga di Taman Seremban Jaya

Berita Harian 23 Okt 2007 SEREMBAN: Berdasarkan lokasinya yang di kelilingi taman perumahan yang menempatkan puluhan ribu penduduk, Pasar Awam Taman Seremban Jaya, Senawang, dekat sini, mempunyai lokasi strategik untuk menarik pelanggan membeli barangan keperluan harian.

Apatah lagi barangan yang dijual di pasar yang tersergam indah di tepi jalan utama itu bukan setakat barangan basah, tetapi meliputi produk runcit, sekali gus menjadikannya ‘pusat sehenti’ kepada orang ramai mendapatkan keperluan masing-masing.

Malah, pasar itu lengkap kemudahan asas seperti tandas, tempat letak kenderaan dan surau bagi memberi keselesaan kepada peniaga serta pelanggan.

Tanggapan itu bagaimanapun meleset apabila peniaga di pasar yang dibuka kira-kira empat tahun lalu itu mengeluh kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa akibat kekurangan pelanggan.

Mereka turut bimbang jika sesuatu tindakan tidak diambil bagi menarik lebih ramai pelanggan, ramai yang mencari rezeki di situ akan gulung tikar dan pasar yang dikatakan dibina dengan kos RM2.8 juta itu dibimbangi menjadi projek gajah putih.


LENGANG: Banyak lot niaga tidak beroperasi kerana peniaga dikatakan sudah menutup perniagaan kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih besar.

Tinjauan Berita Harian, baru-baru ini mendapati banyak lot niaga di pasar berkenaan tidak beroperasi dengan pengusahanya yang dikatakan sudah menutup perniagaan kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih besar.

Maklum balas daripada peniaga yang masih bertahan menunjukkan antara faktor menyebabkan pasar itu kurang dikunjungi pelanggan kerana banyak pasar mini dan kedai runcit di kawasan berkenaan yang jaraknya tidak sampai satu kilometer.

Pemberian lesen kepada pengusaha pasar mini untuk menjual barangan basah turut dikatakan menjadi faktor kekurangan pelanggan di pasar itu kerana pengusaha premis runcit terbabit juga menjual barangan sama iaitu ikan, ayam atau sayur-sayuran dengan harga lebih murah.

Tinjauan juga mendapati reka bentuk pasar berkenaan, terutama kedudukan setiap lot gerai yang dipisahkan dengan dinding tinggi, menyebabkan gerai terlindung daripada pandangan pengunjung.

Kedudukan itu dikatakan berbeza dengan struktur bangunan pasar di tempat lain yang lebih terbuka dengan pengunjung mudah melihat dan berurusan dengan semua peniaga dalam satu kawasan.

Keadaan itu menyebabkan pelanggan hanya menghampiri gerai yang terletak di bahagian hadapan kerana beranggapan tiada peniaga beroperasi di bahagian dalam bangunan.

Peniaga ayam, Khamis Tumpang, 45, mengakui daripada lima peniaga ayam Bumiputera yang menjalankan perniagaan sejak pasar itu dibuka, kini hanya beliau seorang masih bertahan.

Katanya, beliau hanya menjual antara lima hingga tujuh ekor ayam pada hari biasa, manakala meningkat sedikit pada Sabtu dan Ahad dengan jualan antara 20 hingga 30 ekor ayam.

"Saya akui pendapatan di sini tidak seberapa. Saya cuba bertahan dengan menjual ayam yang tidak terjual di sini ke pasar malam untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung," katanya.

Peniaga ikan, A Narasamah, 60, mengakui hanya mendapat purata RM40 sehari dan banyak ikan terpaksa dibawa balik kerana tidak laku berikutan kekurangan pelanggan.

"Jika keadaan ini berterusan, bagaimana kami hendak berniaga. Banyak peniaga asal sudah menutup perniagaan kerana tidak mahu menanggung kerugian lebih besar,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Datuk Noordin Mohd Yatib, berkata pihaknya mengakui masalah yang dihadapi peniaga di pasar berkenaan disebabkan beberapa faktor, termasuk pembukaan banyak pasar mini dan pasar malam.

Selain itu, katanya, MPN juga mendapati kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan keluar bekerja setiap pagi dan hanya balik pada petang sehingga pasar harian kurang dikunjungi.

"Kita pernah mencadangkan kepada peniaga supaya mengubah waktu perniagaan bermula tengah hari hingga petang kerana sebilangan besar penduduk keluar bekerja dan hanya pulang sebelah petang.

"Ini kerana pasar malam di kawasan itu mendapat sambutan penduduk, tetapi cadangan itu tidak mendapat sambutan peniaga," katanya.

Mengenai dakwaan dinding memisahkan lot gerai di pasar itu yang terlalu tinggi, Noordin berkata, pihaknya akan membuat kajian dan jika dakwaan itu ada kebenarannya, MPN akan memecahkan dinding berkenaan.

FAKTA: Pasar Awam Taman Seremban Jaya
Kos pembinaan RM2.8 juta
Lokasi strategik di tepi jalan utama
Kemudahan lengkap seperti tandas, surau dan tempat letak kereta
Menjual pelbagai barangan daripada barangan basah hingga kering

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071023081117/Article/index_html

Perhimpunan Rakyat Aman/ Peaceful People’s Assembly


Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 November 2007
Masa: 3:00 petang

Nota:
1. Para peserta diminta memakai baju kuning sebagai lambang protes.
2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH.

* * * * * * * * * * *
A peaceful assembly, organized by the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH), will be held as part of our campaign for clean, free and fair elections in Malaysia. BERSIH representatives will also hand over a memorandum to HRH the Yang Dipertuan Agong.

Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Date: 10 November 2007
Time: 3:00 pm

Note:
1. Participants are encouraged to wear yellow as a symbol of protest.
2. Bring flags and banners depicting the BERSIH logo and relevant messages (themes of democracy and human rights, clean and fair elections, etc).

Maklumat lanjut di http://bersih.org/

10/22/07

Sidang Media Perhimpunan Rakyat

Sidang Media : Perhimpunan Rakyat "Selamatkan Malaysia" bersama keADILan NS, DPPNS dan NGO.

Tarikh : Selasa 23 Oktober 2007
Waktu : Jam 9.30 Pagi

Tempat :
Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.
No. 433, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah,
70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06 7677278 @ 06 7677279
Fax : 06 7677280

Pertanyaan : Norazizi Bin A. Aziz ( 012 3696474 / 019 3477977 )
Semua Dijemput Hadir

Penduduk Tmn Margosa Seremban Hantar Memo ke PM

Seremban, (21 Okt) – Disebabkan rasa tidak puas hati dan rasa tertipu oleh jawapan dan janji-janji pihak yang berkepentingan, sekumpulan penduduk dari Taman Margosa, Ampangan disini telah mengadakan satu demonstrasi aman membantah pembinaan Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS). Bantahan aman ini diadakan hampir setiap minggu berhampiran tapak pembinaan yang melalui taman mereka.
Menurut seorang penduduk dari taman tersebut, perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan Wakil Rakyat mereka, Dato’ Ishak Ismail, ADUN Lenggeng. Namun gesaan ADUN tersebut seperti yang terkandung didalam suratnya kepada Menteri Besar Negeri Sembilan tidak mendapat respon yang sewajarnya dari MB. Malah menurut sumber tersebut, MB sendiri mengatakan ”lupakanlah pasal Taman Margosa ”.

Kecewa dengan jawapan MB itu, mereka telah menghantar memorandum kepada YAB Perdana Menteri kerana perbincangan mereka dengan pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kerja Raya, pihak pemaju dan kerajaan Negeri Sembilan telah menemui jalan buntu.

Didalam memorandum itu mereka berharap PM dapat campur tangan supaya menangguhkan seterusnya membatalkan pembinaan Lebuhraya enam lorong tersebut yang akan menyebabkan taman mereka terbahagi dua dan bakal mengundang permasalahan lain seperti pencemaran alam sekitar dan bunyi serta memusnahkan lanskap, menggangu kehidupan sosial mereka kerada laluan tersebut akan memisahkan penghuni rumah kos mewah dengan rumah kos sederhana dan rendah.

Didalam surat iringan yang dihantar bersama memorandum itu mereka juga meminta supaya diberikan peluang untuk melakukan kajian kesan-kesan terhadap alam sekitar didalam tempoh pembinaan dan kesan-kesan jangka panjang disebabkan projek tersebut dan meminta supaya didedahkan kajian alam sekitar (EIA) yang melibatkan projekk tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa terdapat jajaran lain yang mempunyai nilai tambah ekonomi kepada pembangunan Negeri Sembilan Timur. – lpditdppks http://www.pemudapasseremban.net/v4/content/view/608/2/
Klik DISINI untuk salinan memo yang dihantar. http://www.pemudapasseremban.net/v4/bantahan5.pdf

10/19/07

Keluarga miskin daftar di PBT dapat ganjaran

Utusan Malaysia 18 Okt 07 . IPOH 18 Okt. – Kerajaan akan memberi bantuan persekolahan dan latihan kemahiran kepada keluarga miskin yang mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan nasib keluarga miskin yang tinggal di bandar agar dapat membantu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih berkualiti.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, kesemua 144 PBT di seluruh negara diarah mengenal pasti keluarga miskin untuk dibantu.

Kementeriannya, ujar beliau, bersungguh-sungguh mahu membantu keluarga miskin di bandar tanpa mengira mereka tinggal di kampung baru, kampung tradisional atau penempatan.

‘‘Bagi mencapai tujuan tersebut, kementerian melaksanakan program mendaftarkan keluarga miskin ini ke dalam pangkalan data bagi memudahkan bantuan disalurkan.

‘‘Keluarga yang berdaftar ini akan diberikan bantuan seperti pembiayaan tambang persekolahan anak-anak dan bantuan peralatan sekolah pada akhir tahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pintu Gerbang Kampung Tawas di sini hari ini.

Selain bantuan persekolahan, Ka Ting berkata, kementerian juga bersetuju membiayai perjalanan ketua isi keluarga yang berulang-alik ke tempat kerja di samping memberikan mereka latihan kemahiran tertentu untuk digunakan bagi meningkatkan pendapatan.

Beliau berkata, pelbagai program yang diatur ini diharap mampu menangani masalah keluarga yang tergolong sebagai PGK ke tahap 50 peratus manakala kemiskinan tegar ke tahap sifar menjelang 2010.

Dalam pada itu, Ka Ting berkata, kementeriannya menyokong penuh cadangan agar Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menyeragamkan PGK di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kerana kadar yang digunakan sekarang berbeza mengikut negeri.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

10/17/07

Ibu Tunggal Derita Tanggung Anak di Putrajaya

Ini cerita bukan di Ranau, Sabah, bukan di Baling, Kedah, bukan juga di Gua Musang, Kelantan, tetapi di Putrajaya. Ya di Putrajaya. Den dah kato, ramai orang susah koliling kito. Jangan duk sibuk tengok angkasawan kek langit yo, rupo e sobolah ghumah makan nasi dongan tolo, boghonti skolah tak mampu bayar tambang bas. Tahun 2008 nanti lagi ghamai akan tak ke skolah, lagi ghamai yang tak masuk U, lagi ghamai tak kojo, sobab terlalu ghamai pendatang asing. Apo nak jadi ? Tengok-tengoklah sikit jiran kito, sedagho kito, oghang kampung kito.

*****************************
Tunggu SPM dua tahun

Harian Metro 17 Okt 07. PUTRAJAYA: “Anak sulung saya terpaksa menunggu dua tahun untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mampu membayar yuran peperiksaannya,” luah seorang ibu tunggal, Siti Rohiya Mokhtar, 47 tahun.

Berikutan itu, katanya, Shazrin Izwan Zainal, 19, terpaksa melupakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang diduduki pada 2005 lalu.

“Shazrin mengambil keputusan peperiksaannya Januari lalu selepas saya mendapat bantuan persekolahan anak-anak dari Pusat Zakat Selangor (PZS) Sepang.

“Memandangkan keputusannya baik, Shazrin sedang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik kerana yuran yang dikenakan agak rendah berbanding universiti lain,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum memperoleh keputusan peperiksaan itu, Shazrin melakukan pelbagai pekerjaan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

Sementara anak keduanya, Shazima Izanti Zainal, 15, diberhentikan sekolah sejak tiga bulan lalu akibat tidak mampu membayar tambang bas sekolah RM55 sebulan.

Bagaimanapun, Shazima Izanti yang belajar di Sekolah Menengah Seri Sepang, Sepang, masih bernasib baik kerana dibenarkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) walaupun tiga bulan tidak bersekolah.

“Sepanjang tempoh itu, dia belajar sendiri di rumah. Malah, saya sentiasa memberi dorongan supaya tidak berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan dia mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Lebih malang lagi, Siti Rohiya terpaksa menanggung hutang sewa rumah yang tertunggak lapan bulan.

Dia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di Hospital Putrajaya menerima pendapatan RM850 sebulan, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan enam anaknya termasuk persekolahan, perbelanjaan harian dan tambang ke tempat kerja.

“Empat daripada anak saya bersekolah, jadi saya terpaksa bekerja keras untuk memastikan mereka mendapat pelajaran supaya dapat mengubah masa depan keluarga kelak.

“Namun saya bersyukur anak-anak tidak pernah merungut walaupun terpaksa makan nasi dengan telur kerana mereka faham situasi kami sekeluarga,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan hari raya, Siti Rohiya berkata, biasanya baju anak-anak jarang bertukar, kecuali ada yang menghulurkan bantuan.

“Tahun lalu, emak saudara angkat mereka membelikan baju raya dan kuih-muih untuk persiapan raya, tetapi tahun ini saya tidak tahu lagi macam mana,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20071017090307/Article/index_html

10/16/07

Tuntutan Pilihanraya Orang Rembau

Dalam satu kajiselidik yang dilakukan oleh Reformis Muda Negeri Sembilan di daerah Rembau baru-baru ini, rata-rata warga Rembau mahukan perubahan. Mereka mengambil sikap terbuka, pada mereka sesiapa sahaja yang mewakili mereka sebagai wakil rakyat sama sahaja samada daripada UMNO, PAS, PKR dan sebagainya asalkan wakil rakyat mereka prihatin akan kemajuan sosio, budaya, ekonomi dan keselamatan daerah Rembau.

Mereka telah muak atau jemu dengan program-program pemimpin bersama rakyat yang hanya menguntungkan kelompok kecil yang tertentu sahaja seperti program rumah terbuka, konsert, sambutan kemerdekaan dan sebagainya.

Apa yang mereka mahukan perubahan kehidupan seharian mereka. Pekerjaan yang terjamin. Keselamatan yang terjamin. Kediaman yang terjamin dan sebagainya. Pada mereka daripada duit-duit rakyat dibazirkan membuat program-program yang mendapat publisiti, adalah lebih baik pemimpin turun ke padang menghulurkan bantuan dari rumah ke rumah , tanpa perlu menunggu musim pilihanraya.

Berikut adalah beberapa tuntutan umum warga Rembau sebelum , semasa dan selepas pilihanraya :

1. Pelebaran dan penaiktarafan Jalan dari Chengkau ke Kg Penajis dan ke Astana Raja yang menempatkan Muzium Astana Raja, tempat asalnya pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan yang datang dari Minangkabau. Jalan ini terlalu sempit, tidak pernah dilebarkan atau diluruskan semenjak zaman Jepun. Sekiranya ada kereta yang lalu dari laluan bertentangan harus diperlahankan kenderaan.

2. Mengadakan lebih banyak Pusat Rawatan Dadah Tradisional atau pun Moden secara sukarela. Dimana ramai belia-belia yang menagih dadah di Rembau ini dapat datang ke Pusat tersebut secara sukarela tanpa dipaksa. Ramai penagih dadah yang ditemui mengatakan mereka ingin bebas dari najis dadah, tetapi peluang untuk mereka pulih adalah terhad dan tiada alternatif lain selain dari Pusat Serenti. Akibatnya mereka terpaksa meragut, mencuri dari kalangan orang kampung mereka sendiri untuk menghilangkan ketagihan dadah.

3. Mengadakan pusat jagaan orang tua berkonsepkan sekolah pondok. Di Rembau ini semakin lama semakin ramai warga tua. Anak-anak ramai yang merantau , terutama anak lelaki, kerana mereka tidak dapat mewarisi tanah pusaka untuk membuat rumah walau sekangkang kera. Akibatnya ramailah warga tua , kalau tidak ada anak perempuan akan terbiar, dan kalau ada anak perempuan pun , suami mereka tidak berminat untuk membuat rumah di tanah pusaka. Justeru itu adalah perlu diperbanyakkan rumah-rumah penjagaan orang tua berkonsepkan model, tradisional atau sistem pondok di Rembau.

4. Mengurangkan sambutan, pesta dan konsert. Duit untuk menganjurkan program hiburan ini sepatutnya dibuat atau dinaiktaraf banyak dewan perhimpunan yang terbiar untuk dijadikan pusat karaoke. Dengan ini tidak akan mengganggu penduduk kampung yang ingin tidur atau pelajar yang ingin belajar dari gangguan karaoke.

5. Memperbanyakkan bengkel-bengkel milik belia-belia atau remaja-remaja Melayu terutamanya bengkel motor, bengkel perabut, bengkel besi, bengkel gunting rambut, dimana ramai belia di Rembau ini yang berpotensi kemahiran mereka selepas tamat belajar di ILP atau IKBN disia-siakan kerana kurang modal, sokongan dari pelbagai pihak, walaupun terdapat beberapa gerai milik pihak berkuasa tempatan yang terbengkalai.

6. Mengkaji kesesuaian sistem tanah pesaka Adat Perpatih mengikut kesesuaian zaman. Banyak tanah pesaka tidak dapat dimajukan, jika dimajukan pun oleh pihak tertentu mereka hanya mendapat hasil sewa tanah RM 100 setahun sahaja. Apa yang penting mengkaji kesuaian sistem tanah pesaka ini untuk mengelakkan ramai orang lelaki Rembau tidak mahu membuat rumah di Rembau, tidak dapat membuat Rumah kerana tidak mampu membeli tanah. Yang perempuan pula walaupun ada tanah pesaka tidak boleh berbuat apa-apa, melihat sahaja tanah dipenuhi semak samun. Justeru itu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi masyarakat Rembau, haruslah dikaji semua sistem tanah pesaka ini yang pastinya boleh diubah suai, asalkan ianya menguntungkan orang Melayu Rembau.

7. Membaikpulih perumahan rakyat terbengkalai di Lubuk Cina, yang telah bertahun-tahun terbengkalai, kerana wakil rakyatnya tidak ambil peduli, media dan TV3 pun tidak mendedahkannnya, walhal ianya terletak di laluan Popular iaitu di Sungai Timun , Rembau yang dipopularkan oleh TV3 dan orang Melaka tu dengan Gulai Udang Galah dan Buaya Sungai Timun.

Inilah sebilangan kecil sahaja luahan orang Rembau yang semakin terbuka pemikiran politik mereka. Mereka tak kisah wakil rakyat yang mereka pilih dari parti mana, asalkan dapat menguntungkan mereka.

Jadi kepada bakal wakil rakyat di Rembau ini, bersiap sedialah. Orang Rembau akan menuntut setiap hak mereka. Kamu adalah wakil rakyat , bekerja untuk rakyat , bukan untuk disanjung atau disembah oleh rakyat.

10/12/07

Cross Country: Firm ordered to stop dredging

NST Online » Local News 2007/10/12

SEREMBAN: A company dredging sand along the banks of Sungai Linggi, barely a kilometre from the only water treatment plant serving Port Dickson and parts of Rembau, was ordered to shut down operations yesterday.

Although operating with a valid permit, they were directed by the Seremban district office to stop operations immediately.

This was after the plant, run by the state Water Supply Department (JBA), could not treat the river water effectively due to high levels of colloidal dispersion, forcing several shutdowns or reduced production.

This led to supply cuts in Port Dickson and parts of Rembau and Rantau since Monday, about the same time the dredging began in that particular area.

State Energy, Water and Telecommunications Committee chairman Datuk Rais Zainuddin said it was very clear that the dredging was taking place too close to the plant.

“There is not enough time for sedimentation to take place before water flows into the plant for treatment,” he told reporters at the plant, near Rantau.

Rais, accompanied by JBA officials, spent about an hour checking the damage.

He was concerned as Hari Raya was just around the corner.

“This is the only plant serving these areas. It treats 136.5 million litres of water daily..

“What is going to happen if JBA has no choice but to cut the supply during the festive period?”


State Energy, Water and Telecommunications Committee chairman Datuk Rais Zainuddin checking the water.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/20071012073315/Article/index_html

10/11/07

Masalah peribadi dorong polis rompak kedai emas

SEREMBAN: Masalah peribadi dipercayai mendorong seorang anggota polis berpangkat sarjan sanggup berpakat dengan seorang rakannya untuk menyamun sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah dekat sini, petang kelmarin.

Anggota polis itu juga dikatakan sedang bercuti ketika melakukan jenayah itu bersama seorang rakannya.

Difahamkan anggota terbabit mempunyai kolam memancing di Semenyih, Selangor dan rakannya yang turut sama dalam kegiatan itu dipercayai pekerjanya sendiri.

Jurucakap polis berkata, masalah peribadi dipercayai menjadi penyebab anggota polis itu melakukan kegiatan jenayah tetapi ia bukan alasan untuk terlepas daripada undang-undang.

Katanya, polis memandang serius kesalahan yang dilakukan anggota terbabit kerana menyamun menggunakan pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua mereka yang berusia 40-an itu ditahan di Ulu Bendol dekat sini, selepas polis menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang kelmarin, anggota terbabit bersama rakannya menggunakan sepucuk pistol dan tukul besi untuk menyamun sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah sebelum melarikan diri dengan sebuah Proton Gen 2.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat melarikan diri sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum berjaya ditahan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner II Osman Salleh, berkata selepas menyamun kedai emas terbabit, kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal sebelum menaiki kereta yang ditinggalkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Dalam kejadian itu, suspek turut melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahu seorang pekerja di situ tetapi keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas dirawat di hospital," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, semalam.

Beliau bagaimanapun memuji tindakan pantas orang ramai menghubungi polis menyebabkan penjenayah itu ditangkap tidak sampai 20 minit selepas samun.

"Anggota polis yang menerima maklumat menahan suspek selain merampas kembali barang kemas yang disamun dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/59891/Article/index_html

Sarjan samun ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang sarjan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, kerana dipercayai mempunyai kaitan dalam kes samun sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, mengesahkan penahanan anggota terbabit namun, belum menerima laporan lengkap mengenainya.

"Penahanan anggota terbabit dipercayai bersekongkol dengan seorang lagi rakannya dalam rompakan di Kuala Pilah sudah dimaklumkan kepada saya.

"Siasatan terperinci akan dijalankan dari segala sudut terhadap anggota terbabit," katanya. rita di sini, semalam.

Beliau berkata, polis tidak akan bertolak ansur dengan anggota yang melakukan jenayah kerana ia hanya mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang melakukan kesalahan jenayah untuk membuktikan kita (polis) serius dalam hal ini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/59289/Article/index_html

10/10/07

Projek RMK 9 di NS banyak yang lewat

Apo nak dikato ! Punco e NS ni Pusat tak kisah, gerenti BN/Umno sapu boghosih punyo, kecuali tompek yang DAP bertanding.

**************************
Banyak Kelewatan Pelaksanaan Projek RMK-9 Di NS, Kata MB

SEREMBAN, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan sedang memantau pelaksanaan beberapa projek kerajaan pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan di negeri itu memandangkan prestasinya didapati rendah, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ini menyebabkan berlaku banyak kelewatan pelaksanaan projek RMK-9 peringkat persekutuan di Negeri Sembilan.

"Setakat ini, pelaksanaannya cuma 68 peratus, sedangkan kini hanya tinggal tidak sampai tiga bulan lagi sebelum tahun 2007 berakhir. Sasaran kita untuk tahun ini ialah untuk mencapai 90 peratus," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata projek persekutuan menghadapi masalah kelewatan kerana sesetengah kementerian perlu mendapatkan kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan sebagainya.

"Tidak adil menunding jari persalahkan kerajaan negeri jika sesuatu projek itu lambat atau lewat," katanya.

Mohamad berkata masalah kelewatan tidak berlaku pada projek kerajaan negeri.

-- BERNAMA
http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=289450

Polis Rompak Kedai Emas Kuala Pilah

Ni apa pulak ceritanye ni ? Polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah merompak kedai emas di Kuala Pilah pada 9 Oktober 2007. Polis tadi dan seorang rakannya telah diberkas semasa sekatan polis di Ulu Bendul. Polis ? Sarjan ? Gaji dah naik ? Iman turun atau naik ? Siapa pula nak disalahkan kali ini ? Mungkin pemilik kedai emas akan didakwa kerana cuai, membiarkan kedai emasnya dirompak, tidak meletakkan pengawal bersenjata ? Polis dah ada lencana Saya Anti Rasuah, mungkin lepas ni kena pakai lencana Saya Anti Rompak ? Aduh , poning kepalo Kotuo Polis Negaro.

************************
Cop held over goldsmith heist

New Straits Times 10 Oct 07. SEREMBAN: A policeman and his accomplice were nabbed at a roadblock minutes after they had robbed a goldsmith store at gunpoint.

The two suspects surrendered without a fight when they realised they were trapped in their car at the roadblock in Ulu Bendul near here.

The policemen then had another surprise when they realised that one of the robbers was a sergeant attached to a district police headquarters in Kuala Lumpur.

State CID chief Assistant Commissioner Huzir Mohamad confirmed the incident but declined to elaborate.

Two men pulled off the robbery at a goldsmith store in Kuala Pilah about 3.30pm.

Armed with a semi-automatic pistol, the two held up the store owner and several of his workers.

The owner surrendered several trays of jewellery to the robbers who then fled in a Proton Gen. 2, heading towards Seremban.

The victim contacted police and all patrol cars were alerted through the integrated communication system.

A roadblock was also mounted in Ulu Bendul.

Police also seized a gun and several pieces of jewellery from the suspects' car.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2056631/Article/index_html

10/9/07

NS Buat Rekod Bubur Lambuk Tapi Pinggir Orang Miskin

Oleh : Norazizi bin Aziz

“Menteri Besar Negeri Sembilan cakap tak serupa bikin, konon prihatin dengan nasib orang miskin, padahal beliaulah yang menjadi dalang dalam meminggirkan nasib orang-orang miskin di Negeri Sembilan,” begitulah luahan Norazizi A. Aziz, Koordinator Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

“ Keadilan Negeri Sembilan merakamkan rasa jengkel di atas kenyataan penuh retorik Menteri Besar Negeri Sembilan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 02/10/2007 di mana Mohammad Hassan berkata bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan dan kesejahteraan setiap lapisan penduduknya tanpa mengira perbezaan agama, latar belakang dan fahaman, tetapi realiti yang berlaku adalah sebaliknya.”

Pusat Aduan Rakyat sebelum ini telah mendedahkan tentang kerenah birokrasi Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) yang hanya menunggu lampu hijau daripada pihak atasan untuk meluluskan bantuan kepada rakyat miskin tanpa mengkaji keutamaan sebenar.

“Mohammad Hassan juga pernah terpalit dengan skandal dana orang miskin apabila Laporan Audit Negara 2005 mendedahkan bahawa kerajaan Negeri Sembilan telah menyalahgunakan wang dana khas yang seharusnya disalurkan kepada rakyat miskin. Tetapi Mohd Hassan dengan penuh kepedulian terhadap rakyat miskin telah menggunakan dana itu sebanyak RM4.5 juta untuk membaik pulih dapur rumah beliau dan membeli perabot dengan harga RM 5 juta dari dana yang sama. Itulah bukti keperihatinan beliau.” Ujar Norazizi sinis.

Norazizi juga menegaskan bahawa sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan pernah melaporkan isu ini kepada pihak BPR untuk tujuan siasatan namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan yang berlaku.

“ Kalau kami buat dakwaan palsu, sila dakwa kami, tetapi jika siasatan menunjukkan Mohd. Hassan bersalah, beliau perlu diheret ke muka pengadilan,” cabar Norazizi.

Sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan itu turut dihadiri oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan NS , Saudara Abd. Halim Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS NS, Sdr Taufek Abd. Ghani serta Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi NS ( GERAK NS ), Sdr. Suhaimi Kassim.

Dalam satu perkembangan, pihak akhbar telah difahamkan tentang projek pembaziran terbaru yang telah dilakukan oleh Menteri Besar NS demi memperoleh publisiti murahan.

“..sempena bulan Ramadhan baru-baru ini Mohd. Hassan telah merasmikan pelancaran bubur lambuk secara besar-besaran di mana bubur lambuk itu dibuat dengan menggunakan 3000 kg beras, 1200 kg daging, 1200 kg santan 200 kg udang kering dan 400 kg kacang tanah. Tujuan bubur lambuk itu dibuat bukanlah untuk membantu rakyat miskin, tetapi untuk mencatat nama dalam Malaysian Book Of Record. Bayangkan jika 3000 kg beras itu dibahagikan kepada keluarga miskin, sebanyak 600 keluarga dapat dibantu. Kami juga difahamkan bahawa banyak bubur terpaksa dibuang begitu sahaja kerana tiada orang yang hendak ambil. Apa pentingnya mencatat nama dalam Malaysia Book Of Record tetapi dalam masa yang sama terdapat keluarga daif yang kebuluran? Dimana keperihatinan Mohd. Hassan terhadap rakyat miskin selain hanya kata-kata retorik yang jelas memesongkan isu sebenar..” kata Norazizi lagi.

“Dalam masa terdekat ini, pihak Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan akan mendedahkan nama-nama mereka yang menerima bantuan daripada pihak JKM, Pusat Zakat dan BaitulMal tetapi daripada kehidupan sebenar mereka tidak menggambarkan bahawa mereka layak menerima bantuan. Kami mengesyaki terdapat unsur-unsur rasuah dan kronisme berlaku dalam pemberian bantuan. Jika benar Mohd. Hassan prihatin terhadap nasib rakyat miskin, beliau wajib mereformasikan senarai penerima bantuan agar hanya mereka yang benar-benar susah sahaja layak menerima bantuan. Kami juga menuntut agar beliau membuktikan bahawa tidak berlaku birokrasi dan pilih kasih dalam pemberian bantuan terhadap rakyat miskin…”

Sdr. Taufek Abd. Ghani pula menegaskan bahawa melalui laba yang diperolehi dan diumumkan oleh Petronas, rakyat perlu diberikan hak yang sepatutnya kepada mereka tanpa dibebani oleh kenaikan harga barang kerana ini hanya akan menekan rakyat yang miskin. Beliau juga menuntut keperihatinan kerajaan untuk ambil serius akan hal tersebut.

“ Pihak GERAK NS kini dalam proses mengumpulkan bukti-bukti penyelewengan dan rasuah yang dilakukan dalam kerajaan Negeri Sembilan. Kita akan buat laporan rasuah terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Badan Pencegah Rasuah selepas raya ini. Jika pihak BPR masih tidak buat apa-apa, kita akan menggerakkan kuasa rakyat bersama dengan parti politik yang lain agar pemimpin yang rasuah ditolak dari menerajui tampuk kuasa. Kita tak buat laporan sekarang kerana kita mahu beri peluang kepada beliau untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan disamping nak beri ruang kepada Mohd. Hassan untuk beraya dengan tenang..” kata Sdr. Suhaimi Kassim sambil disambut dengan tawa para wartawan yang hadir.

10/8/07

Persatuan Sikh Bantu Melayu N.Sembilan sambut Syawal

Jangan terperanjat, kalau di taman perumahan, kampung atau kejiranan kita ada keluarga yang susah sebegini. Cuma kita yang tidak mencari, kalau dicari mesti ada. Jangan tunggu media dedahkan. Jangan tunggu Allah tanya diakhirat nanti mana kita, ketika orang taman kita yang susah kelaparan walaupun bukan bulan puasa. Lebih-lebih lagi mereka yang memegang amanah, mereka yang menjaga wang zakat, mereka yang menjaga wang rakyat. Semua akan ditanya, termasuk diri kita.

************************
Dalam akhbar The Star pula muka 10 disiarkan juga di Port Dickson tentang Zulkifli Abdul Rashid, 49 tahun, yang menanggung isteri dan lima orang anak. Akibat tekanan hidup beliau sekeluarga telah berhijrah dari Ipoh ke Kampung Chokra, PD untuk memulakan hidup baru. Dilaporkan sejurus tiba di PD mereka sekluarga tinggal dalam khemah yang dibina berhampiran pantai PD. Apabila khmeah tersebut rosak mereka sekeluarga menjadikan stesyen bas sebagai tempat perteduhan. Dari situ seorang pemandu teksi telah membawa mereka tinggal ke rumah mereka kini yang tidak ada bekalan letrik.

Kata Zulkifli hidup mereka memang susah, beliau baru sahaja mendapat kerja sebagai pengawal keselamatan bulan ini manakala isterinya mengambil upah mencuci pinggan amngkuk di sebuah restoran dengan upah RM20 sehari. Itupun tidak kerap oleh kerana kesihatannya sering terganggu.

Susah hidup mereka menurut Zulkifli sehingga anak bongsunya Zulkhalid, 8 bulan terpaksa diberi minum susu pekat manis oleh kerana mereka tidak mampu membeli susu bayi.
The Star melaporkan, yang nasib mereka ini sampai kepengetahuan Persatuan Belia Sikh di sana. Lalu persatuan tersebut baru-baru ini atas dasar perikemanusiaan telah menyerahkan wang tunia, peralatan, barang dan bahan makanan, tilam yang kesemuanya berjumlah RM3,000 untuk keluarga ini. Ahli-ahli persatuan juga telah membawa anak-anak tidak bernasib baik ini membeli-belah pakaian Hari Raya.

Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada Negeri Sembilan Sikh Naujawan Sabha ini. Sepatutnya masyarakat Islamlah yang tampil ke hadapan membantu dan meringankan beban keluarga ini.

Kesimpulannya lihatlah, ini mungkin contoh-contoh kecil yang dapat kita pungut kerana kebetulan terbit dalam akhbar, bagaimana dengan ratusan atau mungkin ribuan kes lagi yang tidak kita ketahui? Kita mendabik dada sudah 50 tahun Merdeka, 13 tahun lagi mahu mencapai status negara maju, mana pergi badan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab? Duit zakat yang kita bayar ke pusat-pusat zakat, ke mana dibelanjakan? Kenapa masih ramai yang menderita tanpa pembelaan seperti ini sedangkan mereka dikalangan anak-anak bangsa sendiri?

http://n32.blogspot.com/

**************************
Sikhs help poor family

The STAR , 8 October 2007. PORT DICKSON: For Zulkifli Abdul Rashid, 49, new clothes for his wife, Norzilawati Ariffin, 28, and five children this Hari Raya is a distant dream.

His main worry is whether there is food on the table when it is time to break fast.

“It hurts when there is nothing for the family to eat at the break of fast except for some leftovers from neighbours,” said Zulkifli at his dilapidated house in Kampung Chokra near here.

It has been five months since the family moved from Ipoh, due to some family problems, to start a new life here.

Prior to moving to Kampung Chokra, Zulkifli and his family had been living in a makeshift tent near the beach but after the tent was damaged, the family made the main bus station their home.

“It has been really tough. I got a job as a security guard only this month,” he said.

For the past four months, Norzilawati has been washing dishes in a restaurant earning RM20 a day. However, due to her ill health, she has been unable to go to work on a daily basis.

The couple have five children – Zulhairi Azmi, six, Nor Suhaida, five, Zulhairul Nizam, four, Zulkhalil Amri, three and Zulkhalid Azwa, eight months.

The situation was so bad that the family could not afford infant formula for Zulkhalid.

“We had no choice but to give him condensed milk,” said Norzilawati between sobs.

The Negri Sembilan Sikh Naujawan Sabha (Sikh Youth Organisation) went to Zulkifli’s aid when one of its members, Jagdev Singh saw the squalid conditions the family was living in.

Organisation president Balbir Singh handed over cash and other household items such as cooking utensils and mattresses worth RM3,000 to Zulkifli to enable the family to celebrate Hari Raya. Sabha members also took the children to shop for new clothes.

Those who wish to donate to the family can contact the Sikh Naujawan Sabha Malaysia at 71, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.

Those who wish to donate household items or food can send them to 602, Jalan Layang-layang 18, Taman Layang layang, 70100 Seremban.

http://www.thestar.com.my/

Ibu tabah jaga anak istimewa di Port Dickson

PORT DICKSON: Selama 15 tahun, Hasnah Mohamad, 51, tidak pernah mengeluh mengurus dan melayan kerenah anak sulungnya yang tergolong dalam kelompok insan istimewa, begitu juga, apabila suami tersayang turut memerlukan perhatian sama selepas lumpuh separuh badan, tidak lama dulu.

Biar seteruk mana pun keringatnya ditagih, suri rumah tabah ini tetap tersenyum tatkala mendengar rengekan Siti Hafizzah, 15, yang mungkin mahukan sesuatu serta tetap menggagahkan tulang empat keratnya membantu suami yang ingin bergerak di sekitar rumah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Memang penat jaga suami yang lumpuh separuh badan serta anak sulung yang istimewa, tetapi saya gembira apabila melihat mereka terurus, bersih, dan sihat," katanya, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chuah, Lukut, dekat sini.

Hasnah berkata, suaminya, Mohd Saiffudin Baharudin, 62, terbabit dengan kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur, sembilan tahun lalu dan bertambah malang apabila beberapa tahun kemudian diserang penyakit angin ahmar sehingga lumpuh separuh badan di sebelah kanan.

Sejak itu, Hasnah mengambil alih segala tanggungjawab menguruskan keluarga.

"Saya reda dengan ketentuan Allah... tidak pernah kesal dengan nasib yang menimpa kami sekeluarga, anak yang istimewa dan suami yang sakit sambil dihimpit beban kewangan... ini adalah takdir Illahi," katanya.

Katanya, hanya kesabaran yang menjadi tunjang perjuangannya mengharungi kehidupan seharian dan apa juga masalah yang dihadapi, walau apa pun juga bentuknya, akan cuba diatasi dengan sebaik mungkin.

"Hidup ini sudah ditentukan Allah... apa yang harus dilakukan oleh kita sebagai insan adalah bersabar dan cuba mengatasi cabaran atau masalah yang mendatang dengan sebaik dan sehikmah mungkin," katanya.

Kata Hasnah, mereka sekeluarga kini bergantung hidup kepada pencen suami sebanyak RM400 sebulan untuk menampung kos membeli barang keperluan serta persekolahan anak bongsu, Siti Faseha, 13.

Bagi menambah sumber pendapatan, wanita berkenaan mencari siput laut serta menanam sayur-sayuran, tetapi hasilnya sekadar cukup untuk membeli sebahagian barangan keperluan dapur serta perbelanjaan sekolah.

"Wang itu sekadar mencukupi," katanya, tersenyum dalam kerisauan mengenangkan nasib Siti Hafizzah, yang dilihat semakin kurang aktif beberapa bulan kebelakangan, terutama selepas tidak lagi menerima kunjungan guru pendidikan khas ke rumahnya.

Ibu gigih berkenaan pernah menghantar anak sulungnya ke Sekolah Pendidikan Khas Port Dickson sehingga berusia sembilan tahun, tetapi terpaksa memberhentikannya selepas dia terbabit dalam satu kemalangan pada 2001.

“Jika ke sekolah, sudah tentu banyak perkara dapat dipelajarinya... apakan daya, ayahnya pula kurang sihat untuk menghantarnya ke sekolah," katanya, menambah Mohd Saifuddin turut mendapatkan sendiri rawatan di Klinik Kesihatan Port Dickson setiap bulan dengan menaiki bas.

"Risau juga melihatnya (suami) pergi dan pulang dari rawatan dalam keadaan yang amat payah... tetapi apakan daya kami…, katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20071008000112/Article/index_html

10/5/07

Policeman found shot dead in office

From: New Straits Times Date: December 16, 2004 SEREMBAN, Wed. - A policeman was found dead with a gunshot wound in his chest in his office at the Paroi police station here this morning.

Sergeant-Major Ismail Mohamad, 50, who was married and a father of two, is believed to have killed himself. A Smith & Wesson .38 pistol and a bullet were found next to his body.

Deputy police chief Senior Assistant Commissioner II Abdul Majid Abdullah told a Press conference at the station that two policemen rushed ...

http://www.highbeam.com/doc/1P1-103465027.html

Babi Melaka lebih bertuah dari Melayu N.Sembilan

Pertikai tindakan MPPD

PORT DICKSON: "Saya baru hendak mulakan perniagaan. Apa salah saya sehingga dipaksa menutup kedai," kata seorang pengusaha restoran dan tempat perkhemahan di Pantai Seri Purnama di sini, yang mendakwa menjadi mangsa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Mohd Laya Mohd Saim, 56, berkata tanpa sebarang sebab munasabah, premis yang baru dibuka bulan lalu sudah disita MPPD Selasa lalu dengan alasan dia membuat bising dengan memasang sistem karaoke.

"Apa yang pelik, bunyi karaoke itu datang dari sebuah hotel berhampiran selain daripada beberapa kumpulan pemuda yang memainkan muzik dengan kuat dari kereta mereka ketika melepak di tepi pantai.

"Saya memang mempunyai sistem karaoke di kedai, tetapi tidak pernah memasangnya selepas menerima arahan daripada MPPD ketika memohon untuk menguruskan premis terbiar ini," katanya, semalam.

Menurutnya, hanya pada 11 September lalu, dia memasang sistem karaoke selepas beberapa penguat kuasa MPPD datang mengadakan jamuan.

"Saya hanya memasang karaoke selepas diminta kumpulan penguat kuasa itu. Itupun selama sejam iaitu dari jam 10.30 hingga 11.30 malam, tetapi tidak lama selepas itu saya menerima surat amaran mengatakan saya membuat gangguan dan bising," katanya.

Mohd Laya berkata, sebelum ini, kawasan itu hanya dipenuhi semak-samun dan sampah-sarap selain menjadi tempat remaja melakukan perbuatan tidak senonoh.

"Saya lihat tempat ini ada potensi untuk dibangunkan kerana berdekatan pantai. Permohonan saya diluluskan MPPD dengan bayaran sewa sebanyak RM500 sebulan dan premis ini mula beroperasi pada 18 Ogos lalu.

"Saya sendiri sudah mengeluarkan modal sebanyak RM25,000 untuk menebas semak-samun, mengecat semula bangunan dan membeli peralatan perniagaan. Alhamdulillah, sambutan amat baik kerana selain menjadi tempat makan dan minum, pengunjung juga boleh berkhemah.
"Bagaimanapun, saya terkilan kerana belum sempat dua bulan, premis saya disita kononnya bising sedangkan ia dilakukan orang lain," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Datuk Tenku Idris Tenku Hadi, berkata pihaknya sudah memberi beberapa notis kepada Mohd Laya supaya tidak membuat bising, tetapi tidak diendahkan.

"Kenapa mereka tergamak melakukan begini, jalankan siasatan dulu dan cuba bertimbang rasa sikit dengan usahawan Bumiputera," katanya.

Pekerjanya, Hawa Abdullah, 47, berkata arahan penutupan yang dikeluarkan MPPD itu menyebabkan rezekinya terjejas.

"Saya seorang ibu tunggal dan masih menanggung tiga anak yang masih belajar. Hanya di sini sumber rezeki saya termasuk untuk persediaan Aidilfitri ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Datuk Tenku Idris Tenku Hadi, berkata pihaknya sudah memberi beberapa notis kepada Mohd Laya supaya tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/56602/Article/index_html

Projek 20 tahun tak siap di Port Dickson

Edisi Sentral: Projek 20 tahun tak siap

64 peniaga terpaksa bayar ansuran sedangkan rumah kedai di Taman D' Ambang Kota terbengkalai

PORT DICKSON: Selepas kira-kira 10 tahun menunggu, hasrat 64 peniaga, kebanyakannya usahawan baru untuk memulakan perniagaan di rumah kedai yang dibeli mereka di Taman D' Ambang Kota, Lukut, dekat sini masih tidak kesampaian kerana hartanah berkenaan sehingga kini masih gagal disiapkan.

Keadaan itu bukan saja membantutkan hasrat sesetengah daripada mereka untuk menjadi ahli perniagaan, tetapi turut menyebabkan mereka dibebani hutang dengan pihak bank yang menyalurkan pinjaman pembelian premis itu.

Rumah kedai dua tingkat berharga antara RM250,000 hingga RM300,000 yang mula dibina pada 1987 itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan kawasan perumahan dan komersial yang turut mengandungi 192 unit rumah teres kos rendah dan pangsapuri.

Difahamkan, projek terbabit diambil alih pemaju baru pada 2004 selepas pemaju asal berhadapan masalah kewangan, tetapi selepas empat tahun proses pengambilalihan itu, projek berkenaan terus terbengkalai.

Pembeli, Mansor Ghafar, 42, berkata beliau terpaksa menanggung beban kewangan kerana perlu membayar ansuran pinjaman bank RM1,800 sebulan sejak 10 tahun lalu sedangkan tidak dapat menjalankan perniagaan di kawasan terbabit.

"Akibat masalah ini, saya kehilangan peluang perniagaan apabila syarikat pengeluar gas asli cecair (LPG) membatalkan pelantikan saya sebagai pengedar di sekitar Port Dickson kerana tiada premis untuk menyimpan bekalan," katanya, yang kini menguruskan perniagaan di Banting, Selangor.

Nasib sama turut menimpa Yuen Mun Team, 37, yang bercadang membuka restoran di kawasan berkenaan, tetapi dibebani hutang bank dan kini menampung kehidupan dengan bekerja sebagai jurujual di ibu negara.

"Bagaimana mahu membayar ansuran pinjaman bank kerana saya cuma bekerja sebagai jurujual di Cheras, Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (Adun) Chuah, Foo Ming Chee, memberi jaminan akan memastikan pemaju menyiapkan projek terbabit secepat mungkin dengan status projek pembinaan rumah kedai itu setakat ini lebih 70 peratus.

"Pemaju memberitahu rumah kedai berkenaan sudah siap antara 70 hingga 92 peratus mengikut blok dan kelewatan yang berlaku disebabkan mereka terpaksa menyelesaikan banyak urusan sejak mengambil alih projek dari pemaju asal.

"Mereka juga mendahulukan kerja menyiapkan rumah kos rendah serta pangsapuri dan kini sedang menguruskan permohonan sijil layak menduduki, bekalan elektrik serta air selain kerja penambahbaikan dengan janji menyiapkan projek ini selewat-lewatnya pertengahan tahun depan," katanya.

Beliau berkata, pemaju projek berkenaan kini dalam proses mengenal pasti kontraktor baru untuk menyiapkan kerja pembinaan rumah kedai di taman terbabit dan menjangka dapat menyelesaikan proses itu dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pemaju juga bersetuju mengadakan sesi perbincangan dengan semua pembeli bagi mencapai kata sepakat agar masalah itu diselesaikan sebaik mungkin, bukan sentiasa diisi perbalahan sehingga pemaju meletakkan janji sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu mengotakannya.

"Oleh itu, kita memberi ruang kepada pemaju membuat penyelidikan terlebih dulu sebelum memberi tarikh baru bila rumah kedai itu boleh disiapkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, pemaju kini beransur-ansur menyiap projek berkenaan mengikut blok walaupun terlewat kerana pemaju terpaksa menyelesaikan beberapa perkara selepas mengambil alih dari pemaju lama serta dibebani dengan sumber kewangan yang terhad.

"Saya yakin pemaju masih berminat untuk menyiapkan projek berkenaan. Kalau mereka hendak tipu, sudah lama mereka menghilangkan diri," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20071005103833/Article/index_html

PLKN, Kaki Anak Dipotong, Bapa dakwa JLKN cuai

Bapa dakwa JLKN cuai
Berita Harian 5 Oktober 2007. IPOH: Seorang bapa kecewa dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kerana mendakwa kecuaian mereka mengakibatkan kaki anaknya terpaksa dipotong, Ogos lalu.

Mat Nuyah Abdul Rahman, 52, dari Kampung Bandariang, Grik, berkata anaknya, Muhammad Faridzul, 18, patah tulang paha kanan selepas terjatuh ketika bermain bola tampar bersama rakan lain ketika mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Kepimpinan Gemilang, Gopeng, Februari lalu.

Beliau berkata, selepas kemalangan di kem itu, kaki anaknya terpaksa dipotong kerana disahkan mengidap barah sendi tulang melalui pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Ogos lalu.

“Mengikut laporan perubatan, penyakit yang dihadapi Muhammad Faridzul berpunca daripada kecuaian kem PLKN yang lambat menghantar anak lelaki saya mendapat rawatan di hospital.

“Kemalangan menimpa anak saya jam 5.50 petang, tetapi hanya menerima rawatan biasa di kem terbabit sebelum dihantar ke Hospital Kampar pada jam 7.30 malam.

“Beberapa hari selepas itu, anak saya dirujuk ke Hospital Ipoh kerana keadaannya bertambah teruk.

“Kem PLKN dan JLKN juga gagal mengeluarkan surat jaminan menyebabkan saya terpaksa menanggung semua kos perubatan anak lelaki saya berjumlah hampir RM2,000,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Muhammad Faridzul adalah pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 4/2007 di kem itu bermula 1 Januari hingga 11 Mac lalu.

Mat Nuyah, seorang pesara tentera berasal dari Pahang berkata, sebelum kemalangan itu anaknya pernah beberapa kali mengadu kepada kem PLKN dia mengalami kesakitan di kaki, tetapi hanya diberi rawatan biasa.

“Kakinya terpaksa dipotong kerana keadaannya bertambah teruk dan membengkak hingga akhirnya disahkan menghidap barah sendi tulang.

“Rawatan susulan dan fisioterapi yang dijalankan beberapa kali di HUSM bermula 24 April lalu gagal menyelamatkan kaki anak saya hingga hospital membuat keputusan memotong kakinya pada Ogos lalu.

“Saya menerima takdir yang menimpa anak saya, tetapi tindakan kem PLKN dan JLKN yang mengabaikan kebajikan anak saya amat mengecewakan,” katanya.

Beliau berkata, Kem Kepimpinan Gemilang hanya menghulur bantuan RM360 bagi kos rawatan anaknya.

Mat Nuyah berkata, setiap pelatih PLKN sepatutnya mendapat perlindungan insurans sepanjang tempoh latihan dan kebajikan mereka di bawah tanggungjawab JLKN.

“Saya merayu kes ini diberi perhatian serius oleh JLKN supaya dapat diselesaikan secara baik,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20071005000656/Article/index_html

Anggota Polis Dijumpai Mati Di Senawang

Policeman found dead

The Star 5 Oct 2007. SEREMBAN: A policeman was found dead behind an uncompleted medical centre at the Lavender Heights Business Centre here.

A security guard making his rounds at 7.45am yesterday found Kpl Armizon Jaafar, 35, who was to be transferred from the state police contingent to the Seremban Two district station.

State OCCI Asst Comm Huzir Mohamad said police did not find any identification document on Kpl Armizon’s body but his wallet and other belongings were intact.

“We will wait for the post-mortem results to determine the cause of death,” he said.

Kpl Armizon was clad in jeans and a jacket.

10/4/07

SIDANG MEDIA

Sidang media : MB N. Sembilan pinggirkan orang-orang miskin di Negeri Sembilan.

Tempat : Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, No. 433, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah , 70100 Seremban
Tarikh : Jumaat 5 Oktober 2007
Waktu : Jam 10.00 Pagi
No. telefon : 06 7677278 @ 06 7677279 Fax : 06 7677280
Pertanyaan : Norazizi A. Aziz ( 012 3696474 )

10/2/07

Remaja Ampangan Parah Tersepit Mesin Tebu

PBT Perlu Tambah Syarat Peniaga Bazar Ramadan

SEREMBAN, 2 Okt (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pengangkutan Awam dan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan Datuk Zakaria Nordin mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mewajibkan peniaga Bazar Ramadan mengambil insurans berkelompok bagi melindungi mereka daripada sebarang kemalangan.

Katanya kaedah ini perlu bagi membela nasib peniaga kecil berpendapatan rendah yang kebiasaannya mengambil kesempatan sempena Ramadan untuk menambah pendapatan.

"Mungkin ada yang berkata cadangan ini kurang praktikal tetapi percayalah sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini perlindungan insurans ini amat bermakna," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang remaja yang tersepit tangannya semasa mengendalikan mesin tebu di Bazar Ramadan Ampangan di sini Sabtu lepas di Hospital Tuanku Ja'afar di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Shafiq Mohamad Hussin, 20, yang berasal dari Taman Seri Rambai, Ampangan mengalami kecederaan teruk apabila tangan kanannya tersepit hingga ke pergelangan tangan.

Zakaria, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Ampangan, berkata pengambilan insurans kelompok itu akan dapat meringankan mangsa kemalangan untuk menampung kos rawatan perubatan sementara menunggu masa untuk pulih sepenuhnya bagi meneruskan pekerjaan asal.

"Saya rasa institusi kewangan tidak mempunyai masalah untuk menyediakan mekanisme terbaik insurans perlindungan itu yang akan menguntungkan kedua-dua pihak," katanya.

Pada tahun ini, terdapat 2,278 lot perniagaan Bazar Ramadan diwujudkan mengikut seliaan PBT di seluruh negeri ini dan di kawasan Majlis Perbandaran Seremban sahaja terdapat 1,123 lot perniagaan.

-- BERNAMA

http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=288046

10/1/07

Lagi kisah keluarga fakir miskin, daif di NS

Sebenarnya ramai lagi golongan susah, fakir miskin, keluarga daif bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di seluruh Malaysia. Bantulah mereka, carilah mereka. JANGAN Kata tak jumpa, jangan kata tak ada, jangan kata tak ada duit, jangan, jangan, jangan ……… Entah-entah mereka saudara kita, entah-entah mereka jiran kita. Setidak-tidaknya mereka saudara seagama, saudara anak cucu Nabi Adam as. Pendedahan yang dibuat oleh akhbar hanya peratusan yang amat kecil sahaja.

*********************************
Zikra Ramadan: RM200 sebulan sara 7 anak. Ibu tunggal ambil upah toreh getah selepas kematian suami hidup daif

Berita Harian 1 Oktober 2007. GEMAS: Ketika umat Islam mengharungi Ramadan dengan pelbagai juadah berbuka dan bersahur yang lazat serta tidak sabar-sabar menunggu Aidilfitri, sebuah keluarga di Pasir Besar dekat sini, hanya berbuka dengan hidangan ala kadar dan menganggap Hari Raya Puasa tiada bezanya dengan hari lain.

Nasib keluarga itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana bukan saja hidup dalam kedaifan, tetapi tempat mereka bergantung hidup juga kembali menghadap Ilahi, kira-kira tujuh bulan lalu.

Kini, mereka hanya mengharapkan ibu, Wan Sakyah Mohd Isa, 44, tetapi pendapatannya mengambil upah menoreh getah hanya sekitar RM200 sebulan, sedangkan ada sembilan mulut yang perlu disuap, termasuk dirinya.

“Saya berkahwin dengan suami, Ibrahim Yasin, kira-kira 22 tahun lalu dan kami mendapat lapan anak... tujuh perempuan dan seorang lelaki. Suami bagaimanapun meninggal dunia 14 Februari lalu selepas terbabit kemalangan jalan raya dekat pekan Rompin, Bahau," kata Wan Sakyah.

Sejak kehilangan suami, hidupnya di rumah usang yang hanya mempunyai sebuah bilik di Kampung Kurnia Diraja itu ditemani tujuh anak kerana anak sulung, Zaimah, 20, tinggal berasingan selepas berkahwin.

Ada kala, Wan Sakyah bersama anaknya, Siti Zubaidah, 17; Shah Rizan, 13; Zalina, 11; Nor Sharira, 8; Noraini, 5; Intan Safia, 3 dan Intan Shahida, setahun tujuh bulan, terpaksa berlindung di rumah jiran apabila hujan lebat kerana ada kebocoran pada kediaman mereka yang beratap zink dan berdinding papan lapis.

“Pendapatan tidak seberapa dan tanggungan yang ramai menyebabkan saya terpaksa memberhentikan persekolahan Siti Zubaidah dan Shah Rizan. Lagi pun, kami perlu bayar untuk pengangkutan mereka ke sekolah yang jauh," katanya.

Kedaifan keluarga ibu tunggal itu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tampin yang meluluskan bantuan RM400 sebulan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) dengan bantuan RM100 sebulan.

“Kami sungguh bernasib baik kerana ada jiran yang prihatin... kadang-kadang, mereka bagi makanan. Apa membimbangkan saya ialah keadaan rumah yang uzur... pernah juga memohon rumah PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) beberapa tahun lalu, tapi tiada jawapan," katanya.

Nasib keluarga berkenaan dibawa ke pengetahuan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Shaziman Abu Mansor yang melawat Wan Sakyah dan terkejut melihat kedaifan hidup keluarga itu serta keadaan kediaman mereka yang tidak mempunyai perabot, kecuali lantai beralaskan tikar getah.

Shaziman yang juga Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, berkata beliau sedih kerana masih ada kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah disebabkan kemiskinan yang boleh menjejaskan hasrat kerajaan melahirkan modal insan berkualiti.

"Saya harap pengurusan sekolah tidak lagi menyembunyikan keadaan murid miskin yang terpaksa berhenti sekolah, sebaliknya laporkan kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat dibantu. Pemimpin masyarakat yang ada maklumat juga perlu segera laporkan kepada wakil rakyat," katanya.

Beliau meminta pegawai pelajaran daerah Tampin menyiasat kes dua beradik itu yang terpaksa berhenti sekolah dan mengambil tindakan supaya mereka dapat meneruskan pelajaran.

Shaziman yang juga Ketua Umno bahagian Tampin turut menyerahkan bantuan segera kepada Wan Sakyah selain barang keperluan, termasuk makanan dan pakaian bagi meringankan beban keluarga itu pada Ramadan ini serta sambutan Aidilfitri nanti.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20070930233140/Article/index_html

Cucu bekas Ketua Wanita Umno di NS perlu pembelaan

Walaupun terpaksa mengerah tenaga dengan menoreh getah ketika usia yang masih hijau, namun itu bukan penghalang untuk beliau mencapai cita-citanya.

“ Cita-cita saya ketika ini hanyalah untuk melihat adik-adik saya berjaya di sekolah hingga ke peringkat menara gading. Dan saya juga tak mahu mereka susah seperti saya dan ibu..” sayu suara Zalilah sambil merenung 3 orang adiknya.

Siti Zalilah Ahmad, 15, terpaksa mengorbankan masa depan beliau untuk membantu ibunya demi menyara hidup mereka anak-beranak. http://pasns.blogspot.com/2007/09/remaja-kuala-pilah-tak-sekolah-untuk.html

Beliau yang mempunyai 15 orang adik beradik terpaksa melalui episod sedih dalam hidup setelah ibu bapanya berpisah beberapa tahun dahulu.

“5 orang abang dan kakak saya telah bekerja dan berumahtangga. Mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga mereka sendiri. Saya tidak mahu menyusahkan mereka , oleh itu pilihan yang ada hanyalah membantu ibu untuk menyara adik beradik yang lain. Saya juga amat bersyukur kerana datuk dan nenek sanggup membenarkan kami tinggal bersama.”

Menurut nenek beliau, Napsiah Samad, 68, pihak JKM satu ketika dahulu pernah datang ke rumah beliau untuk membuat tinjauan terhadap keluarga mereka namun tidak ada apa-apa perkembangan dan maklum balas daripada pihak JKM selepas itu.

“ ..tapi baru-baru ini selepas berita Zalilah terpampang di akhbar barulah pihak JKM datang semula untuk membuat tinjauan dan memberi jaminan akan memberi bantuan jika mendapat persetujuan dari pihak atasan. YB kawasan ini pun hadir juga untuk tunjukkan keperihatinan. Kami pun tak pernah letak apa-apa harapan, kalau ada-adalah..” jelas beliau hampa.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Gemencheh Ulu sudah putus harapan kepada JKKK di situ apabila bekas penghulu pernah memberi jaminan bahawa anaknya layak untuk memohon bantuan rumah melalui Program Rakyat Termiskin (PPRT), kira-kira dua tahun dahulu. Namun setelah tapak rumah disediakan dengan kos yang agak tinggi, harapan mereka hanya tinggal harapan.

“Orang miskin memang macam nil ah. Bagai malukut di tepi gantang..” ujar beliau sinis.

“Inilah polisi kerajaan yang memerintah hari ini. Bila sesuatu perkara sudah menjadi spekulasi, barulah semuanya kelam kabut. Sepatutnya JKM harus menjalankan tugas dengan bebas tanpa campurtangan orang atasan yang jelas mengutamakan suku sakat dan kroni mereka. Tapi itulah Malaysia , campurtangan pihak atasan adalah budaya. Kami akan desak pihak JKM untuk ambil tindakan sewajarnya dan bukan hanya berpeluk tubuh dengan pendedahan ini. Kami juga memandang serius akan remaja yang keciciran, ini persoalan anak bangsa Malaysia yang bakal mengundang masa depan gelap jika tiada pembelaan. Apa makna 50 tahun kemerdekaan kalau nasib orang fakir dan miskin diperkotak-katikkan” kata Norazizi mewakili Pusat Aduan Rakyat NS .

Pusat Aduan Rakyat NS adalah dalam rangka kerja mengesan fakir miskin diseluruh Negeri Sembilan sempena bulan Ramadhan untuk diberi bantuan. Bagi fasa pertama ini, Pusat Aduan Rakyat NS telah mengesan hampir 1500 orang miskin yang tidak terbela di Negeri Sembilan. Program bantuan fakir miskin ini akan dilancarkan dalam Program Jejak Fakir pada 07hb Oktober 2007 di Teluk Kemang bersama AMK Teluk Kemang.

Turut hadir petang itu adalahTimbalan Ketua AMK Pusat, Faris Musa dan Ketua AMK Kuala Pilah, Sarazita Sazali yang turut memberi sumbangan bersama beberapa orang penyokong PAS dan Keadilan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri keluarga ini, bolehlah menghubungi Puan Napsiah Samad di talian 06 -4369443 atau menghubungi Sarazita Sazali (Ketua AMK Kuala Pilah) di talian 013-3311803.