KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/30/07

UM, BH, NST Beli Jangan, Baca Boleh, Mesti Tapis

Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan sewaktu dengannya boleh dibaca tapi jangan dibeli (pinjam atau baca on line), juga perlu ditapis berita yang dibaca.

KL Pos : Kumpulan akhbar Utusan Melayu dan NSTP Berhad akan mengadapi cabaran baru berikutan kehadiran gabungan Gerakan Anti Salah Maklumat (GASAK) yang akan mengetuai kempen ke akar umbi untuk memboikot kedua-dua akhbar terbabit.

GASAK yang melibatkan beberapa NGO diketuai oleh kumpulan pemikir Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) pagi tadi mengadakan sidang media menjelaskan mengenai kempen boikot tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif IKD Khalid Jaafar , kempen tersebut mensasarkan semua produk percetakan dua kumpulan terbabit kerana ………..
Berita lanjut http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=1787&Itemid=49

Perarakan Hak Asasi Manusia 9 Dis KL

A. Perarakan Tahunan Hari Hak Asasi Manusia - “Festival of Rights”
Ahad 9 Dis 07. Bermula jam 7 pagi
Sempena Hari Hak Asasi Sedunia 10 Disember yang disambut setiap tahun seluruh dunia
Anjuran : Majlis Peguam Malaysia / Bar Council Malaysia
‘As I Believe: Freedom of Expression through Art, Music, Culture and Conscience’
Bicarakan atau Bebaskan Tahanan ISA
Cadangan Tema Pakaian : Hitam / putih

B. Demonstrasi Bantahan Pindaan Perlembagaan Untuk Menaikkan Had Umur Anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Selasa 11 Dis 07
Di Perkarangan Bangunan Parlimen

C. Perhimpunan Membantah Kenaikan Kadar Tol Lebuhraya
Seluruh Malaysia
Cadangan tarikh : 1 Januari 2008

Aturcara Tentatif Perhimpunan Hak Asasi Manusia dan Festival Hak Kebebasan 9 Dis 2007

0700 Congregate in front of SOGO Complex
0730 Short briefing on the Peoples’ Freedom Walk
0800 Walk from SOGO to Central Market through Dataran Merdeka
0900 Welcome speech by Chair, Human Rights Committee
0910 Breakfast
0920 Poetry Reading
0935 Conversations: “When Faith Meets Law”
(colouring session for children commences)
1145 Cultural performance by the Orang Asli (Kumpulan Kebudayaan SPNS)
1215 “I wish that ……” session
1245 Stage performances by various artists/activists
1400 Closing speech by President, Bar Council

11/29/07

Tol : Samy Vellu Mesti Minta Maaf Kpd Rakyat N.Sembilan

Tol naik lagi tahun 2008 ini untuk 6 lebuhraya di Malaysia. Apa yang amat dikesalkan sebagai orang Negeri Sembilan ialah kenyataan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu yang disebar luas dalam Buletin Utama TV 3 28 Nov dan akhbar Berita Harian 29 Nov antara lain beliau berkata : “…kadar tol Lebuhraya Seremban-Port Dickson sekiranya dinaikkan sehingga RM100 atau diturunkan sampai 10 sen pun tidak akan memberi kesan besar kerana tidak ramai menggunakannya” http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20071129011635/Article

Dengan nada berjenaka Samy Vellu seolah-olah menunjukkan bahawa rakyat Negeri Sembilan ini seolah-olah bodoh dan bangang sehinggakan mereka tidak kisah walaupun tol di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dinaikkan sehingga RM 100.

Malah sikap Samy Vellu tadi menunjukkan seolah-olah bahawa tidak ramai pelancong yang melancong ke Negeri Sembilan terutamanya ke Port Dickson. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan di Negeri Sembilan.

Justeru itu Anak Muda Kampung Negeri Sembilan, menyeru kepada kerajaan Negeri Sembilan, parti-parti politik di Negeri Sembilan, NGO-NGO di Negeri Sembilan serta rakyat Negeri Sembilan agar menggesa Samy Vellu menarik balik kenyataan beliau secara terbuka, dan meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Negeri Sembilan.

11/28/07

Macam-macam Masalah di N.Sembilan sekarang ni

Harian Metro 28 Nov 07
MASALAH 1 - Peneroka Felda bimbang
SEREMBAN: Tindakan sekumpulan penjenayah dipercayai warga asing kerap menyamun di Felda Palong, Jempol menyebabkan penduduk di situ dilanda kebimbangan.

Penjenayah sanggup menggunakan kekerasan seperti mengacu senjata tajam dan mengikat anak gadis sambil mengugut untuk merogol menyebabkan mangsa akur menunjukkan tempat mereka menyimpan wang.

(KOMEN : Sepatutnya polis diarahkan melakukan operasi besar-besar tangkap penjenayah, bukan buat sekatan jalanraya seluruh negara besar-besaran untuk menakutkan rakyat yang ingin berhimpun secara aman)

Berita lanjut di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/78646/Article/index_html

MASALAH 2 - Pustaka desa lesu
KUALA KLAWANG: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur sesetengah perpustakaan desa di negeri ini yang dianggap menyediakan perkhidmatan umpama 'melepas batuk di tangga' kerana sering ditutup dan tidak mempunyai jadual tetap.

Menurutnya, perpustakaan desa diwujudkan bagi memberi peluang kepada warga luar bandar mendapatkan maklumat melalui bacaan, tetapi keadaan sebegitu membantutkan usaha murni itu.

(KOMEN : Macamana remaja dan orang dewasa nak minat membaca, kalau manjang buat konsert, manjang je ada rancangan hiburan realiti tv, peringkat bahagian pun sibuk buat pertandingan karoake. Cuba buat program membaca buku bersama artis , lepas tu minta artis tadi buat kuiz , betul tak peminat dia membaca buku. Itu pun susah nak fikir ke ? )

Berita lanjut di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/78679/Article/index_html

TOLONG : Wanita diculik 3 lelaki di Shah Alam

Seorang perempuan Cina, Dora Goh Wei Wei, 25 tahun, telah diculik sekitar jam 8:30 pagi Rabu 28 Nov 2007 di tempat letak kereta Padini's Office, Glenmarie Shah Alam. Penculik 3 orang lelaki menggunakan kereta Toyota Camry jenis lama warna Metalik Gold plet no –7641.

Sila lapurkan ke balai polis terdekat jika ada maklumat. Sila sebarkan berita ini. Ini bukan panggilan palsu. Berita lanjut di http://www.jeffooi.com/2007/11/lady_kidy_kidnapped.php Juga di sini http://rockybru.blogspot.com/2007/11/kidnap-in-shah-alam.html

BERSIH : Tan Sri SM Salim dah kena GAM ke ?

Lagu CAK KUN CAK yang banyak sebut BERSIH nyanyian Tan Sri SM Salim dan M Nasir dah kena GAM ke ? Hari tu , bukan main lagi diputarkan di stesen-stesen radio. Apa nak jadi ? Tak apa boleh dengar dan tengok di link bawah ini. Mula-mula Gelombang Kuning 10 Nov, kemudian Gelombang Gandhi 25 Nov, dirancang Gelombang Has Asasi 9 Dis, mungkin lepas ni Gelombang Artis, Gelombang ISA …?
Download Cak Kun Cakhttp://www.myfavouritesongs.com/malay10.html
You Tube Cak Kun Cak http://www.youtube.com/watch?v=Bonj5P8wjuY
Lirik Cak Kun Cak http://www.kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=lirik&rop=showcontent&id=345
Apa Nak Jadi http://www.youtube.com/watch?v=WboswZQG_RI

Pertemuan Gelombang Kuning & Gelombang Gandhi NS

Menyedari hakikat bahawa masih terdapat ramai rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan agama dan bangsa khususnya di Negeri Sembilan ini yang tidak mendapat perhatian dan pembelaan dan sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan , maka Kumpulan Anak Muda Negeri Sembilan akan mengadakan Pertemuan Gelombang Kuning (1011) dan Gelombang Gandhi (2511) bagi membincangkan permasalahan sosial, ekonomi, jenayah, pengangguran, pelajaran, penempatan, perpaduan, rasuah dan sebagainya di Negeri Sembilan ini.

Selama ini anak muda sering diapi-apikan dengan isu perkauman dan keagamaan, walhal mereka hidup dalam tertekan dengan pelbagai masalah harian yang lain. Anak muda juga sering dilekakan dengan hiburan yang melampau, sehingga mereka lupa untuk melihat arah tuju generasi mereka di masa hadapan, generasi Melayu, generasi Cina, generasi India dan sebagainya yang membentuk bangsa rakyat Malaysia.

Pertemuan pertama ini akan diadakan pada Sabtu 1 Disember 2007 di Negeri Sembilan. Pertemuan-pertemuan ini juga dirancang akan diadakan di seluruh Negeri Sembilan dengan perjumpaan bersama ketua-ketua agama, ketua-ketua adat samada di masjid-masjid, surau-surau, gereja-gereja, tokong-tokong, kuil-kuil dan sebagainya.

Mereka yang ingin turut serta menyatupadukan golongan muda di Negeri Sembilan ini untuk menjadi golongan muda yang berakhlak mulia, dihormati, bersatu padu bebas dari rasuah, jenayah, masalah sosial dan sebagainya sila hubungi Azizi 012-3696474

Sila sebarkan Blog Anak Muda Kampung NS di http://amkns.blogspot.com/

11/27/07

10 kes curi motor sebulan di Senawang

Harian Metro 27 Nov 07. SEREMBAN: Kira-kira 10,000 penduduk di beberapa taman perumahan sekitar Senawang, dekat sini, bimbang berikutan kecurian motosikal dan pecah rumah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Kejadian terbaru berlaku malam Ahad lalu, apabila seorang penduduk dari Taman Tuanku Jaafar, Senawang mengadu motosikalnya hilang daripada garaj rumahnya.

Berita lanjut http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/78180/Article/index_html

11/26/07

Orang Melayu Rembau sertai Himpunan HINDRAF

Ini berita yang baru diterima. Perhimpunan HINDRAF yang diadakan di KL pada 25 Nov turut disertai oleh orang Melayu beragama Islam dari Rembau. Mereka memberitahu mereka bukannya menyokong semua tuntutan HINDRAF, tetapi ingin mendengar keluhan dan luahan suara mereka. Orang Melayu Rembau tadi turut terkena bom pemedih mata dan semburan air asid.

Dalam satu laporan Blog, menceritakan bagaimana orang Melayu dari Kg Baru memberi pertolongan kepada orang India semalam. Klik sini http://thedaneshproject.com/posts/hindraf-proud-day-for-malaysian-indians/

Oleh itu Anak Muda Kampung N.Sembilan menyeru kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang mengaitkan perhimpunan HINDRAF bermotifkan perkauman atau agama. Hakikatnya semakin ramai rakyat Malaysia yang tertekan sudah hilang hala tuju untuk mengadu, yang akhirnya menjadikan jalanan sebagai tempat mengadu.

Kalau UMNO ingin menjuarai perjuangan bangsa Melayu, jangan lagakan dengan kaum lain. Bantu dengan sepenuh jiwa dan raga orang Melayu yang tidak mampu membayar yuran persekolahan. Bantu orang Melayu yang ingin berniaga. Bantu orang Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT. Bukan dengan mengapi-apikan isu perkauman. Bukan dengan bermegah-megah dengan pencapaian orang Melayu naik ke angkasa.

Malang Sungguh N.Sembilan

Terlalu sibuk rasmikan WPI, Koridor Utara, Koridor Pantai Timur. Akhirnya N.Sembilan umpama Lebai Malang. Siapalah yang pedulikan N.Sembilan, kerana mereka yakin rakyat N.Sembilan akan terus mengundi BN, dulu, kini dan selamanya. Yang rugi orang N.Sembilan, peluang pekerjaan terhad, rumah susah nak laku, sewa rumah murah, kawasan kilang dan perumahan dipenuhi semak samun. Apalah gunanya ada Timbalan Ketua Pemuda UMNO orang Rembau tetapi sibuk memajukan negeri lain, mahu merampas Kelantan dan sebagainya.

Berita Harian 26 Nov 07. Syarikat dari AS batal hasrat melabur kira-kira RM1 bilion di Negeri Sembilan kerana tidak mempunyai bandar siber. Berita lanjut http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20071126090015/Article/index_html

Badrul atau Taufek yang lawan Khairy ?

Sokongan untuk Badrul atau Taufek untuk menewaskan Khairy Jamaluddin di pentas pilihanraya umum makin hebat. Klik sini http://antikhairy.blogspot.com/2007/11/badrultaufek-vs-menantu-pm.html

Kumpulan Anak Jati Rembau dan Anak Muda Kampung N.Sembilan semakin berkembang. Perjuangan ini bukan antara PAS dengan UMNO atau PKR dengan UMNO, tetapi adalah antara mereka yang Mesra Rakyat dan mereka yang bercakap besar. Perjuangan antara mereka yang bermula dari kampung dan mereka yang jarang turun kampung.

11/25/07

Saya DAP bukan MIC

Minggu lepas kami pergi bandar Seremban ada urusan perniagaan. Sampai di tempat letak kereta, atendan letak kereta tersebut berketurunan India mengeluh. Sekarang susah cari pelanggan, bisnes kurang bagus. “Saya DAP bukan MIC” kata atendan letak kereta tadi. Kami pun kata, kami lebih kurang juga. Begitulah angin perubahan golongan muda di Negeri Sembilan dewasa ini. Walaupun tiada pakatan rasmi antara pembangkang, rata-rata golongan muda di N.Sembilan ini mahukan perubahan. Mereka akan menyokong apa sahaja parti pembangkang melainkan BN. Sama-sama kita saksikan angin perubahan ini semasa pilihanraya umum nanti.

GELOMBANG KUNING , GELOMBANG RAKYAT

11/23/07

Ulu Gadong

Ulu Gadong, Batang Nyamur, Kg Jawa, Seberang Paya, Tanjung, Memperah, Chengkau Ulu, Lubuk Petai, Ulu Pari, Kota, Legong, Tiga Nenek, Penajis dan lain-lain tempat yang berhampiran dengannya. Penghulu .... ? Apa istimewanya ? Apakah ianya akan menjadi catatan sejarah ? Kita tunggu dan lihat.

Sahabat Motor bukannya Mat Rempit

Panggillah dengan panggilan yang baik
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_630cdace-cabec5bb-7c789400-3a39028c

Persetankan cabaran Pas dan PKR N.Sembilan

Budi Bahasa Amal Mulia. Pembaca boleh menilai sendiri. Cakap biar berlapik, entah-entah kita ni saudara sedarah sedaginghttp://prokhairy.blogspot.com/2007/11/persetankan-cabaran-pas-dan-pkr.html

Tahanan ISA : Kerajaan Berbohong Lagi

Sekali lagi kerajaan telah berbohong isu tahanan ISA di Malaysia. Berita lanjut di http://www.jim.org.my/module2.php?module=bahumum&id=132

BERSIH2 : Ezam Md Nor, Dr Zul Ahmad 9 Dis Sban

Ceramah Perdana
Ahad 9 Dis 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Sdr Ezam Md Noor – Pengerusi GERAK M’sia
Dr Zulkifli Ahmad – Sekretariat BERSIH M’sia
Mohd Taufek Abd Ghani – Gelombang Kuning NS
Suhaimi Kassim – Pengerusi GERAK NS

BERSIH1 : Md Sabu, Dr Badrul Amin 30 Nov Sban

Ceramah Perdana
Jumaat 30 Nov 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu – Sekretariat BERSIH Malaysia
Dr Badrul Amin Baharun – Ahli MT PKR
Sdr Zulkefly Omar – PJ PAS NS

11/21/07

BERSIH , BERSIH , BERSIH – Tan Sri SM Salim & M Nasir

Artis– Tan Sri SM Salim & M.Nasir
Tajuk lagu: - Seloka Cak Kun Cak

LIRIK
Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M.Nasir: Tak dapat diambil kembali

Tan Sri: Melayu mashyur serata alam
M.Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

M.nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M.Nasir: Lautan duka kelak dikenang

Tan Sri: HAMPIR TINGGAL SEHELAI BENANG
M.Nasir: BENCANA SENGAJA DIPINANG

Tan Sri: JIKA PERHATI BANGSA DAGANG
KAPAK BELIUNG DI TANGAN MEMEGANG

M.Nasir: Kekayaan hendang diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami SYAIR termashyur
M.Nasir: Usahlah BERDENGKUR
Kita yang bertafakur

Duet: Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Korus:
Tan Sri: Kulitnya BERSIH, hati pun BERSIH
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya BERSIH hatipun BERSIH
Memikul belati tiada memilih

Jadikah BERSIH hatipun BERSIH
Berkata bermulut fasih

Jadikah BERSIH, hatipun BERSIH

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa

Tan Sri: Awak yang payang membelah ruyung
M.Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

11/18/07

Foto 11 Nov 07

Dah banyak gambar dalam laman web lain. Cukuplah gambar kenangan bersama Sdr Saari Sungib dan Waghih

11/16/07

Jom Bantu Ahli Unit AMAL Yang Bantu Orang Awam

Unit AMAL Malaysia telah berjaya mengawal Perhimpunan 100,000 rakyat dari sebarang provokasi luar. Lebih 100,000 orang berhimpun, tiada bendera Malaysia dibakar, tiada kereta dibaling batu, tiada tayar dibakar, semua ini dengan izin Allah.

Seramai 10 orang anggota Unit Amal Malaysia telah ditahan oleh pihak polis pada Himpunan Rakyat anjuran BERSIH 10 November lalu. Kesemua mereka yang ditahan itu ialah Mohd Zad b. Abdullah (W.Persekutuan), Nawi b. Abdullah (Pahang), Mohamad b. Arifin (Pahang), Ishak b. Osman (Kedah), Taib b. Abdullah (Kedah), Abi Salam b. Ariffin (Kedah), Mohd Nazrin b. Mohd Nasir (Kedah), Syafie b. Ismail (Kedah), Yahya Mohd Nor (Terengganu) dan Fauzi Awang (Terengganu).

Daripada laporan yang diberikan, mereka ditahan oleh pihak polis adalah bertujuan untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada mereka bagi mengawal keamanan himpunan tersebut gagal. Walaupun dibebaskan pada pukul 10.30 malam hari yang sama, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007 nanti.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat ingin memohon daripada semua para pencinta keadilan agar dapat menghulurkan sumbangan kepada 10 anggota Unit Amal yang ditahan ini bagi menampung kos perbelanjaan pengangkutan mereka untuk hadir melaporkan diri ke Balai Polis Dang Wangi bulan hadapan. Selain daripada itu Jabatan Amal Malaysia juga memerlukan sumbangan untuk terus memperkasakan organisasi agar seluruh anggota Unit Amal Malaysia dapat memberikan perkhidmatan serta melaksanakan kebajikan kepada masyarakat.

Sumbangan tuan/puan bolehlah dimasukkan kedalam akaun Jabatan Amal Malaysia yang baru diwujudkan seperti berikut :

JABATAN AMAL MALAYSIA DPPP
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 140-14010-133-669

Segala makluman tentang sumbangan bolehlah dimaklumkan kepada :

1) Mohd Hafiz b. Musa (Pengarah Kewangan) : 019-9817327
2) Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha) : 013-2449849

Sekian, terima kasih.
MOHD SHAHRAINI ABU SAHID
Setiausaha Jabatan Amal Malaysia
Dewan Pemuda PAS Pusat.

http://jabamal.wordpress.com

11/15/07

Lagi Banyak Kartun

Lepaskan tension. Tengok sikit kartun di http://kartun-malaysia.blogspot.com/ . Tolong promosi web Kartun ini, untuk lepas tension dan geram

Orang Kuala Pilah merana 6 tahun rumah tak siap

Fakta :
213 pembeli di Perpaduan Height, terbengkalai sejak enam tahun lalu.

169 unit rumah kos sederhana setingkat, 55 rumah kos rendah dua tingkat dan tujuh rumah kedai yang berharga antara RM35,000 hingga RM65,000.

Sikap sambil lewa Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)

Berita lanjut di http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/73174/Article/index_html

Monyet di India sahut cabaran Khairy

Nampaknya monyet-monyet di India menyahut cabaran Khairy. Monyet-monyet di India telah melakukan rusuhan di jalan-jalan utama di New Delhi. Sebelum ini monyet-monyet tersebut telah merempuh orang ramai yang menyebabkan kematian Timbalan Dato Bandar New Delhi. PDRM dan FRU harus bersedia sebelum monyet-monyet dan kera-kera dari hutan seluruh Malaysia akan turun menyerang bandar-bandar utama di Malaysia, kerana mencari buah pisang yang berwarna Kuning. Ianya tidak mustahil. Oleh itu cakap biarlah berlapik, jagalah sikit budi bahasa. Janganlah menjatuhkan maruah orang Rembau.

HIDUP BAHASA MELAYU – MASA UNTUK BERUBAH

Monkeys rampage in Indian capital by Penny MacRae Tue Nov 13, 1:59 AM ET http://news.yahoo.com/s/afp/20071113/sc_afp/indiaenvironmentanimalsmonkeys

Taufek Ghani cabar Khairy Jamaludin di N.Sembilan

Siapa Taufek yang mencabar Khairy. Nak tahu sila ke link berikut http://pasns.blogspot.com/2007/11/taufek-ghani-cabar-khairy-jamaludin-di.html

VCD eksklusif : Perhimpunan 100 Ribu Rakyat

Pihak Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan telah menerbitkan satu rakaman
VCD ini mengandungi :
- Pergerakan rakyat dari tempat himpunan ke istana negara
- Keganasan Polis dan FRU
- Ucapan-ucapan pimpinan
Satu unit VCD berharga RM 7.00 (diskaun jika beli lebih dari 5 keping)
Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Tze Tze: 012 3696474, Asri : 019 6529645, Szu Hei Mei : 016 2155226 dan Ariffin : 019 6529645

11/14/07

Apa kata ulamak N.Sembilan mengenai BERSIH 10 Nov

Nampaknya Gelombang Kuning NS makin hebat. Sila baca apa pendapat Ulamak NS mengenai BERSIH 10 Nov di link berikut http://pasns.blogspot.com/2007/11/apa-kata-ulamak-nsembilan-mengenai.html

Sasterawan Melayu Terbilang NS berjuang melalui DAP

Siapa tak kenal Dharmala NS, seorang sasterawan Melayu ulung dari Negeri Sembilan. Tahukah anda, beliau pernah bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974. Semasa dalam DAP beliau memperjuangkan isu orang Melayu tak bertanah. Dalam Kongres DAP 1996, dipilih menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP. Berundur dari politik pada tahun 1999.

Motto beliau ialah HIDUP BAHASA MELAYU!

Siapa kata orang Melayu tidak boleh memperjuangkan hak orang Melayu dalam DAP. Ikuti kisah menarik beliau di http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2007/11/jejak-pulang-sasterawan-memoir_13.html

Hidup Bahasa Melayu , Hidup Melayu , Hidup Rakyat

Semoga ianya pencetus semangat perpaduan kaum di Negeri Sembilan ini. Semoga ada calon DAP orang Melayu di Negeri Sembilan ini pada pilihanraya akan datang, supaya wakil rakyat BN/ Umno lebih bersungguh-sungguh membela nasib rakyat.

GELOMBANG KUNING , GELOMBANG PERUBAHAN . MASA UNTUK BERUBAH

11/13/07

Sah 300,000 hadir BERSIH 10 Nov

Jangkaan Anak Muda Kampung Negeri Sembilan sebelum ini 300,000 orang telah hadir pada 10 Nov 07 di Dataran Merdeka diperkukuhkan lagi dengan laporan akhbar Jakarta Post berikut :

“While no local media covered the rally, foreign news services reported that 300,000 people attended the event, making it the biggest rally in the country since 1998 and the arrest of fired deputy prime minister Anwar Ibrahim.”
http://www.thejakartapost.com/detaileditorial.asp?fileid=20071113.E02&irec=1

RAKYAT PANTANG DICABAR , ORANG NEGERI SEMBILAN PANTANG DICABAR , ORANG MINANG PANTANG DICABAR

GELOMBANG KUNING , GELOMBANG KEAMANAN

Melayu NS jangan takut undi DAP

Nak tahu kenapa Melayu NS mesti berani undi DAP ? Sila baca artikel pada link berikut

Tetap maju walaupun DAP jadi wakil rakyat di NS
http://amkns.blogspot.com/2007/08/tetap-maju-walaupun-wakil-rakyat.html

NS mundur kerana kurang pembangkang
http://amkns.blogspot.com/2007/10/projek-rmk-9-di-ns-banyak-yang-lewat.html

Melayu diseru jadi sukarelawan DAP
http://amkns.blogspot.com/2007/08/ingin-menjadi-sukarelawan-dap.html

Wakil rakyat pilihan saya
http://amkns.blogspot.com/2007/08/wakil-rakyat-pilihan-saya.html

DAP akan menang di NS
http://amkns.blogspot.com/2007/05/dap-yakin-tawan-8-dun-1-parlimen.html
http://amkns.blogspot.com/2007/05/dap-akan-bertanding-lebih-banyak-kerusi.html

MB NS akan mendapat tentangan hebat DAP
http://amkns.blogspot.com/2007/08/mb-ns-hadapi-tugas-paling-sukar.html

GELOMBANG KUNING , GELOMBANG PERPADUAN

11/12/07

Pesuruhjaya NS membakar semangat anak muda NS

Tanggal 10 November 2007, memang sukar dilupakan. Beberapa anak muda dari N.Sembilan telah bersiap sedia seawal pagi bertolak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kebanyakan kami menaiki komuter di Stesen Keretapi Seremban. Beberapa SB telah lama menunggu, untuk memantau mereka yang pergi ke KL. Rata-rata mereka semua kenal SB di Seremban ini, Seremban ini bandar kecil. Tak apalah, itu kerja mereka, nanti susah pula mereka tak ada apa nak repot pada boss mereka.

Memendekkan cerita kami sampai di stesen LRT Masjid Jamek sekitar jam 11 pagi. Hebat, sungguh hebat. PENIAGA-PENIAGA makanan di sekitar Masjid Jamek dan Masjid India penuh sesak dengan peserta Himpunan 100,000 dan 4,000 anggota polis. PENIAGA UNTUNG LAH, SIAPA KATA RUGI. Ini teori ekonomi budak sekolah menengah. Ramai orang, ramailah lapar, ramai lapar, penuhlah kedai makan. Bila hujan, ramai pula beli payung. Jadi kerajaan patut galakkan seberapa banyak Perhimpunan setiap hujung minggu dengan menurunkan bukan sahaja 4,000 polis malah 40,000 tentera , biar maju peniaga di KL.

Balik pada cerita Pesuruhjaya PAS N.Sembilan tadi. Kita memang respectlah dia ni, walaupun sakit gout, dia dengan dipapah oleh dua orang remaja, meredah hujan lebat dan ugutan pihak polis, serta serangan bom asap pemedih mata dan air asid. Bukan PJ NS saja yang bakar semangat malah pakcik-pakcik dan atok-atok dari Rembau (tempat Khairy Jamaluddin), juga dari Johol dan lain-lain tempat.

Itu je nak cerita. Itulah kepimpinan melalui tauladan, semoga ianya menjadi pembakar semangat kepada Golongan Muda di Negeri Sembilan ini untuk bangkit menegakkan kebenaran, samada secara langsung atau tidak langsung.

Kini lambang parti bukan lagi pemisah antara kaum, agama dan bangsa. Kita bersatu menegakkan kebenaran dibawah warna KUNING, membela mereka yang ditindas.

BUKAN Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana TAPI SEPATUTNYA Yang Kaya Biarkan Kaya, Yang Miskin Sentiasa Disayangi

KERANA MU RAKYAT MALAYSIA
KERANA MU GENERASI AKAN DATANG ANAK MALAYSIA

Marina Mahathir sokong BERSIH ?

Apakah Marina Mahathir menyokong BERSIH secara tidak langsung ? Setakat ini tiada komen peribadi beliau mengenai BERSIH, tetapi Blog beliau telah berlatarbelakangkan Kuning http://www.rantingsbymm.blogspot.com/ Juga komen beliau mengenai Ketua Puteri Umno ( Puteri UMNO chief Noraini Ahmad's dimwit speech at the UMNO GA) http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/11/young-women-deserve-better-dont-they.html

Mundurnya Kuala Pilah lepas 50 tahun Merdeka

Ya, betul, tak percaya tengok link berikut. Di Air Kuning, Johol, Kuala Pilah. Ya Air Kuning, macam Gelombang Kuning tu http://pasns.blogspot.com/2007/11/mundurnya-kuala-pilah-lepas-50-tahun.html

EXCO Umno Singa Tak Bergigi – Norizan Shariff

Norizan Shariff kata rakan dia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sebagai SINGA TAK BERGIGI http://nobisha.blogspot.com/2007/11/singa-tidak-bergigi.html

PAKAI KUNING SETIAP SABTU – Ujar Datuk Ruhanie Ahmad
http://kuda-kepang.blogspot.com/2007/11/gelombang-kuning-wajar-diteruskan.html

KUDUNG SEBELAH KAKI PUN BERARAK KE ISTANA NEGARA. Kita yang muda, sihat macamana , ada duit macamana ?
http://harismibrahim.wordpress.com/2007/11/11/10-eleven-we-the-people-shall-be-heard-and-we-shall-prevail/

11/11/07

Dr Rosli Ucapan Tahniah kepada rakyat NS

Berikut ucapan tahniah dari Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya PAS N.Sembilan yang sedang berada di luar Negara. http://pasns.blogspot.com/2007/11/dr-rosli-ucapan-tahniah-kepada-rakyat.html sempena kejayaan Perhimpunan Rakyat 10 Nov 2007

Kisah Benar Himpunan 100,000 dari NS 13 Nov

KISAH BENAR HIMPUNAN 100,000 RAKYAT
DI DATARAN MERDEKA, KL

CERITA DARI WARGA KOTA DAN OGHANG NOGOGHI YANG HADIR SECARA AMAN TAPI DIKEJAR FRU, DISEMBUR ASID, DITEMBAK GAS PEMEDIH MATA, DIHALANG PERJALANAN

BERSAMA
MOHD TAUFEK ABD GHANI - PENGERUSI SEKRETARIAT GELOMBANG KUNING N.SEMBILAN
USTAZ RIDUAN MD NOOR - AJK PEMUDA PAS PUSAT
UST KHAIRIL ANWAR WAFA - TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS N.SEMBILAN

13 NOV 07 – SELASA - JAM 9 MALAM
DI PASTI HASANAH , BANDAR SEREMBAN SELATAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rakyat NS Cabar Pak Lah, Bubar Parlimen

Syabas dan tahniah kepada rakyat NS dari berbilang bangsa, agama, kaum, jantina, umur. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada tok-tok imam bandar dan kampung , guru-guru pondok, ahli-ahli jemaah tabligh yang tanpa disangka-sangka turut serta menyertai perhimpunan tersebut.

Ada yang datang dari Palong, ada yang datang dari Jelebu, ada yang datang dari Pilin, ada yang datang dari Bukit Rokan. Ada yang mengendong anak, ada yang memapah datuk. Hebat sungguh hebat. Tidak kurang 10,000 orang rakyat Negeri Sembilan turun ke KL pada 10 Nov. Itu tidak termasuk yang tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat beratus-ratus sekatan polis dari Palong sampailah ke Dataran Merdeka. Itu tidak termasuk yang naik LRT , tidak berhenti di KL, tetapi terus sampai ke tempat lain. Itu tidak termasuk berpuluh-puluh bas yang ditahan. Itu tidak termasuk keretapi gerabak kosong tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bayangkan keretapi boleh tergelincir di tengah-tengah Kuala Lumpur dimana keretapi tadi berjalan perlahan. Itu juga tidak termasuk dengan kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat oleh Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau (Khairy Jamaluddin) yang melarang orang ramai menyertai perhimpunan 10 Nov.

Rakyat NS yang turun tanpa senjata, hanya dengan pakaian kuning, amat marah dengan tindakan polis di luar Masjid Jamek yang menyembur air asid , membaling bom asap pedih kepada orang ramai, yang terdiri dari wanita, kanak-kanak, malah bayi. Juga wartawan Al Jazeera yang sedang membuat liputan turut disembur air asid. Dan malam tadi tersiar dalam warta Tamil di TV 2 jam 8:00 malam, dimana tanpa disangka-sangka warta Tamil tadi menyiarkan begitu banyak klip video tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pihak polis pimpinan Pak Lah. Malah disiarkan temuramah wartawan Al Jazeera dan Zainuddin Maidin di TV 2 , begitu marah wartawan Al Jazeera menyatakan kenapa polis bertindak ganas di luar batas kemanusiaan kepada rakyat yang berhimpun secara aman, sehinggakan wartawan Al Jazeera yang terkena asid , berlari balik ke pejabat dalam kesakitan yang amat sangat. Lalu apa jawapan Zainudin Maidin “WARTAWAN AWAK TU BERLAKON SAHAJA” (Apakah kaum India di Malaysia ii sudah mula bangkit, akibat dari perobohan kuil-kuil yang tidak berlaku di Kelantan ?)

Kini rakyat NS mencabar Pak Lah supaya BUBAR PARLIMEN sekarang, sementara semangat rakyat NS masih membuak-buak.

Rakyat NS juga mencabar Khairy Jamaluddin yang mengaku anak Rembau dan Zainuddin Maidin, supaya disembur asid dan gas asap pemedih mata, DAN BERLAKON mengeluarkan air mata.

Rakyat NS juga mencabar pihak penganjur iaitu BERSIH supaya mengadakan pula Himpunan SEJUTA RAKYAT. Kerana pada perkiraan kasar tidak kurang 300,000 rakyat yang telah turun pada 10 Nov jika diambil kira semua aspek.

11/9/07

Kementerian YOYO

Sila klik sini untuk mengetahui apa dia Kementerian YOYO http://kartun-malaysia.blogspot.com/2007/11/kementerian-yoyo.html

Melayu Makin Terpinggir , Ini Hakikat

Hanya di Kelantan saja kita boleh lihat orang Melayu mempunyai banyak premis perniagaan, menara-menara bangunan, kedai emas dan banyak lagi. Macamana nak harapkan Petronas untuk membela Melayu sedangkan satu-satunya Usahawan Melayu yang paling berjaya di KLCC sudah terkubur akibat kos sewanya yang terlalu tinggi. Melayu di “HALAU” secara sistematik dengan bantuan orang Melayu sendiri. Apakah Perhimpunan Agung Umno sekadar Pertandingan Pidato dan Pesta Pantun ?

************************************
Tambah premis niaga Melayu Utusan Malaysia 8 Nov 2007
PERGERAKAN Wanita Umno mahu isu pemilikan premis perniagaan orang Melayu dijadikan isu nasional dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Wakil Wanita Umno, Dr Azizah Johor, berkata kerajaan perlu menyemak semula RMK-9 untuk memasukkan revolusi pemilikan premis perniagaan Melayu.

"Setiap hari seinci demi seinci tanah di negara ini jatuh ke tangan orang bukan Melayu, tanah rizab Melayu pun dikuasai dengan sewa yang berpuluh tahun lama (seperti dijual) malah sepintu demi sepintu premis perniagaan juga dikuasai orang bukan Melayu sama ada di pekan, bandar dan luar bandar.

"Peratusan premis milik Melayu semakin berkurangan, malah di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, orang Melayu sudah lama tenggelam dalam soal pemilikan premis perniagaan," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20071108225345/Article/index_html

Peniaga bumiputera Suria KLCC ucap ‘Salam Terakhir’
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0901&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_09.htm&arc=hive

Peniaga bumiputera di KLCC makin tertekan
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

Selamatkan peniaga Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

234,983 remaja tak masuk Tingkatan 1 !

Memeranjatkan 234,983 remaja tak masuk ke Tingkatan 1. Kenapa ? Tak mampu ? Miskin, Papa Kedana ? Sistem pelajaran yang berkecamuk ? Tak boleh ikut sabjek Sains, Matematik, B.Inggeris ? Apa akan jadi pada mereka ini ? Penganggur ? Mat Rempit ? Bohsia ? Penagih Dadah ? Pendatang Tak Asing ? Apa Tindakan Anda ?

***********************
Bimbang pelajar cicir Utusan Malaysia 8 Nov 2007
KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO Selangor hari ini melahirkan kebimbangan mengenai masalah keciciran yang banyak berlaku di kalangan pelajar sekolah di seluruh negara terutama di kalangan pelajar tingkatan satu.

Wakil Badan Perhubungan UMNO negeri itu, Lele Suzana Kudari meminta kerajaan segera mengatasi masalah tersebut dengan menyediakan peluang-peluang pendidikan yang lebih sempurna.

Beliau melahirkan kebimbangan itu berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan dalam Persidangan Meja Bulat Berkaitan Agenda Melayu Pasca 50 Tahun Merdeka yang dikeluarkan Yayasan Kajian dan Strategik Melayu pada 20 Oktober lalu.

‘‘Terdapat sejumlah 234,983 atau 10 peratus daripada keseluruhan 2,373,193 pelajar tahun satu tidak memasuki tingkatan satu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gombak berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

11/8/07

Demam Sidai Baju Kuning

Demam Gelombang Kuning melanda Seremban. Rumah ini menyidaikan baju-baju kuning, termasuk T-Shirt bersih.

11/7/07

Orang Hilang , Nordyana Akma , Mari Bantu

Menyedari kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin meningkat, Reformis Muda N.Sembilan telah mengadakan satu Blog di http://orang-hilang.blogspot.com khusus untuk membantu mangsa penculikan, tipu daya, lari dari rumah dan sebagainya, terutamanya mereka yang terdiri dari golongan kanak-kanak dan remaja. Kes pertama ialah remaja Nordyana Akma yang dilaporkan hilang pada Jun 2006 dari Tampin. Sesiapa yang ada maklumat, foto atau apa-apa yang berkaitan yang boleh membantu sila hubungi keluarga mangsa, pihak polis atau e-melkan ke amk_ns@yahoo.com

********************************
The Star Wednesday November 7, 2007

Father of missing girl still hopeful

Compiled by ZANI SALLEH AND A. RAMAN

THE Hari Raya pineapple tarts and chocolate chips are still there. Sulaiman Idris is keeping them for his 17-year-old daughter Nordyana Akma, who went missing in June last year.

He told Harian Metro that it was the only way for him to keep the memories of his youngest child of four siblings.

“It is the second Hari Raya that she is not home. And I still long to see her,” he added.

He said the tarts and chocolate chips with almonds were his daughter’s favourite.

Nordyana Akma was to register for a law degree course at UiTM Kuantan campus, Pahang, in July 2 last year.

Her mother, Suhaini Abdul Shukor, 51, died weeks after Nordyana Akma left her family home in Kampung Baru, Tampin.

Sulaiman is seeking the public's help to trace her and can be contacted at 013-6315275.

11/6/07

Muslimat disaran hadiah bunga kpd polis 10 Nov

Amboi, beri bunga pada polis nampak. Pada pemuda tak nak beri ke ? Pada Unit Amal tak nak beri ke ? Mereka pun jaga keselamatan. Eloknya bunga tu warna kuning. Nak lagi cantik, hadiahkan sekali pulut kuning, khas dari muslimat N.Sembilan. Al maklumlah kesian polis ni, kena kawal Perhimpunan Agung Umno sepanjang minggu, lepas tu kena pergi Dataran Merdeka. Lepas tu penjenayah pun dah tahu polis sibuk , mereka pun ambil peluang rompak sana sini. Jangan lupa bawa payung kuning, baju hujan kuning dan topi kuning, kalau cuaca tidak mengizinkan. Pesanan ini dari Sekretariat Gelombang Kuning N.Sembilan.

*****************************************
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh meminta Muslimat seluruh negara membawa sekuntum bunga seorang untuk dihadiahkan kepada setiap anggota polis pada perhimpunan aman Sabtu ini (Himpunan 100,000 Rakyat).

Berita lanjut di http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/ketua-muslimat-minta-hadiahkan-sekuntum-bunga-kepada-setiap-polis.html

Undang Rembau tidak dihormati, salah siapa ?

Sultan Azlan Shah dan Raja Nazrin dihormati dan disanjung rakyat jelata atas kebijaksanaan mereka , serta sikap mereka yang professional serta mempunyai pendirian yang sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bukan mudah untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan rakyat, ianya harus dibuktikan. Kembalikan semangat juang pemegang dan pengamal Adat Perpatih seperti yang ditunjukkan oleh Undang Dato’ Abdullah, Undang Rembau yang ke 18, sila klik link berikut http://waghih.blogspot.com/2007/09/undang-rembau-ke-18-pejuang-agama-dan.html

****************************************
'Pelajar tak kenal Undang' - Berita Harian 6 Nov 07. REMBAU: Seorang pembesar adat Negeri Sembilan kecewa dengan sikap masyarakat yang semakin meminggirkan Adat Perpatih, sedangkan orang dari luar negara pula lebih menunjukkan minat mempelajari sistem adat yang menjadi tunjang kepada pemerintahan beraja di negeri ini.

Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman, berkata perkara itu terbukti apabila tidak ramai generasi muda di negeri ini yang mengenali pembesar adat daripada kalangan Undang dan beliau sendiri pernah berdepan pengalaman sedemikian.

"Saya pernah berbual dengan seorang remaja di pekan Rembau mengenai latar belakangnya, termasuk di mana dia bersekolah. Secara kebetulan, remaja yang berasal dari Kampung Pilin itu belajar di sebuah sekolah yang dinamakan sempena nama saya.

"Kemudian, saya tanya sama ada dia kenal Datuk Undang (Rembau) dan remaja itu menjawab tak kenal sehinggalah seorang lelaki yang berada di situ menunjuk kepada saya dan memberitahu itulah Datuk Undang Luak Rembau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Wacana Adat Perpatih: Isu-Isu Adat Perpatih, Pandangan dan Cara-Cara Menanganinya, di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, dekat sini, baru-baru ini.

Muhammad Sharip turut menegur mengenai potret Datuk Undang Luak yang tidak digantung di pejabat kerajaan termasuk sekolah, bagaimanapun menyifatkan tegurannya itu bukan untuk kepentingan peribadi.

"Teguran ini atas dasar kesedaran untuk meletakkan jawatan Undang di tempat sewajarnya. Sewaktu saya bersekolah dulu, setiap bilik darjah tergantung gambar Undang, sekarang dah tiada sedangkan kesedaran mengenai adat perlu diterap sejak bangku sekolah," tegasnya.

Katanya, perkembangan itu amat mengecewakan ketika rakyat dari negara luar menunjukkan minat untuk mempelajari sistem adat yang menjadi tunjang kepada negeri ini.

"Saya kesal dengan sikap orang Rembau yang tidak mahu datang ke Balai Undang, sedangkan orang Thailand, Indonesia pernah datang melawat untuk memahami Adat Perpatih," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071106092504/Article/index_html

Gelombang Kuning NS Diluar Jangkaan & Lang Buana

Memandangkan Sambutan Gelombang Kuning peringkat Negeri Sembilan yang diluar jangkaan untuk ke Perhimpunan Rakyat Sabtu 10 November di Dataran Merdeka Kuala Lumpur maka Sekretariat Gelombang Kuning Negeri Sembilan menasihatkan peserta agar mengikut panduan berikut :

1. Disebabkan stok T-Shirt BERSIH adalah amat terhad , mereka yang tidak berkesempatan mendapatkannya sila pakai T Shirt kosong warna kuning atau apa-apa yang kuning terutamanya t-shirt untuk saiz kanak-kanak dan wanita

2. Mereka yang menggunakan bas atau komuter sebaiknya bertolak awal pagi Sabtu. Memandangkan pengangkutan awam dijangka akan penuh sesak selepas jam 10 pagi dengan penyertaan dari seluruh N.Sembilan.

3. Mereka yang menggunakan kereta pergi dengan kumpulan kecil, 2 atau 3 kereta sahaja setiap kumpulan. Boleh pergi Jumaat malam Sabtu bermalam di sana. Atau Sabtu pagi. Sekretariat Mobilasasi Kuning NS juga akan berada di Stadium Paroi, Seremban pada Sabtu pagi, sekiranya ada yang ingin berkumpul di sana, untuk berkonvoi dalam kumpulan kecil.

4. T shirt kuning sebaiknya dipakai apabila sudah sampai KL, untuk mengelakkan ianya kotor agar perarakan kita ke Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong dalam keadaan bersih dan ceria.

5. Bawa air mineral sebotol sekurang-kurangnya.

6. Amat tidak digalakkan memakai baju, membawa bendera, sepanduk yang ada lambang parti DAP, PKR, PAS, BN, UMNO dan sebagainya. Ini adalah perhimpunan rakyat, bukannya perhimpunan parti politik.

7. Sekiranya Dataran Merdeka tidak dapat lagi masuk kerana dijangka akan penuh sesak, peserta dinasihatkan berkumpul di sekitar atau sekeliling Dataran Merdeka untuk mendengar arahan penganjur dari masa ke semasa.

Wah macam cerita Lang Buana (Senario) pulak ! Ada dari kelompok Jawa, ada dari kelompok China, ada dari kelompok Tok Guru dan sebagainya mempertahankan Lang Buana, mereka semua taat setia kepada Raja yang adil.

Sentiasa dapatkan maklumat terkini dari laman web NS yang berikut :
http://gelombangkuningn9.wordpress.com/
http://amkns.blogspot.com/
Atau hubungi :
Tze Tze 012-3696474,
Arifin 016-2862481,
Szu Hei Mee 016-2155226,

11/5/07

Melayu Akan Hancur

Satu Blog menarik di http://kartun-malaysia.blogspot.com . Melayu akan hancur !http://kartun-malaysia.blogspot.com/2007/11/melayu-akan-hancur.html

Mobilisasi Kuning 7 & 8 Nov, Seremban – Jempol

Mobilisasi Gelombang Kuning Peringkat N.Sembilan

Bahagian Negeri Sembilan Barat
Bersama :
Taufek Ghani – Pengerusi Sekretariat Bersih NS
Yau Con Seng – AJK KPP N.Sembilan
Us Idris Ahmad – PAS Pusat
Us Abd Ghani Abd Rahman – PAS Melaka
Rabu 7 November 2007
Jam 9 Malam
Di Pejabat PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

Bahagian Negeri Sembilan Timur
Bersama :
Hj Mohamad Sabu – PAS Pusat
Fariz Musa – Angkatan Muda Pusat
Zulkefly Omar – PAS N.Sembilan
Khamis 8 November 2007
Jam 9 Malam
Di Muassasah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir – Gelombang Kuning , Gelombang Kebahagiaan dan Keamanan

Layari laman web berikut untuk berita dan maklumat terkini sekitar NS :
http://gelombangkuningn9.wordpress.com
http://amkns.blogspot.com
http://pasns.blogspot.com
http://chegubard.blogspot.com

11/2/07

Premis Menarik Di Marang Water Front

1 Unit Kedai Pejabat Untuk Dijual. Lokasi : Marang Water Front, Bandar Marang, Terengganu. 100 meter ke Jeti Pulau Kapas. Pemandangan Pulau Kapas yang jelas dengan panaroma yang menarik dan tenang. Harga RM365K. Hubungi 019-2467067

Anak Tok Guru Nik Aziz beraya di rumah Amy Search

Sejak bila pula anak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan jadi peminat Amy Search ? Ikuti kisah penuh kontroversi ini di http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/01/raya-di-rumah-amy-search/

Minggu Pesta Kuning Negeri Sembilan

Sekretariat Bersih Negeri Sembilan hari ini telah melancarkan Minggu Pesta Kuning yang bermula pada 2 November 2007 hingga 10 November 2007 sempena Sambutan Perhimpunan Rakyat pada 10 November 2007 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kelak.

Justeru itu untuk menyemarakkan lagi Gelombang Kuning di Negeri Sembilan ini dengan semangat perpaduan, muhibbah, kebahagiaan dan keamanan, maka Sekretariat Gelombang Kuning Negeri Sembilan menyeru kepada semua parti-parti politik, persatuan-persatuan, NGO-NGO serta individu agar mengibarkan bendera kuning sebanyak mungkin di pejabat dan premis masing-masing.

Semoga Gelombang Kuning di Negeri Sembilan akan membawa anjakan paradigma kepada penduduk Negeri Sembilan ke arah negeri yang cemerlang dan bersatu padu.

Sampai bila rakyat N.Sembilan akan terbela ?

Laman Perumahan Terbengkalai Di N.Sembilan ini khusus untuk rakyat Negeri Sembilan yang tidak terbela yang mengharapkan sebuah rumah untuk keluarga mereka. Kepada mana-mana pihak yang mengetahui projek perumahan terbengkalai sekitar N.Sembilan sila e-melkan ke amk_ns@yahoo.com atau layari Blog Perumahan Terbengkalai NS http://terbengkalai.blogspot.com

Sampai bila rakyat N.Sembilan akan terbela ? Apakah mereka ini umpama semut yang boleh dipijak-pijak ? Sedangkan projek mega diberi pembelaan dan pampasan yang tidak masuk akal seperti Jambatan Bengkok di Johor, MRR2, Insinerator Broga dan banyak lagi.

Taman Kerisi, Mambau
Lokasi : Berhampiran Balai Polis Mambau
Pemaju : Wei Loong
Maklumat terkini yang diterima pada 1 November 2007 menyatakan rumah masih belum siap. Terdapat 2-4 orang keluarga Cina dan India tekad berpindah, walaupun rumah separuh siap kerana tak tahan bayar pinjaman bulanan bank. Banyak kecurian pada barangan rumah yang separuh siap berlaku. Penduduk dapat menangkap pencuri tersebut dan di bawa ke balai polis, namun tiada tindakan susulan.

********************************************
Hasrat miliki rumah berkecai - 17/07/2003 Berita Harian

Seramai 139 pembeli rumah di Taman Kerisi, Mambau, dekat Seremban adalah antara mereka yang diselubungi kecewa kerana rumah yang menjadi idaman dan dibeli sejak tahun 2001 sehingga kini masih terbengkalai.

Projek taman itu yang dimulakan sejak 2001 mengandungi 139 unit rumah teres kos rendah dan sederhana berharga antara RM40,000 hingga RM105,000 bergantung kepada saiz tanah.

http://www.hba.org.my/news/2003/703/hasrat.htm

SPNB baik pulih Taman Pelangi - Berita Harian 31/3/2006

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek, berkata tiga projek itu ialah Taman Pelangi yang akan dibaik pulih tahun ini selain Taman Senawang Jaya Fasa Satu C dan Taman Kerisi Mambau yang terbengkalai antara lima hingga 10 tahun lalu.

http://www.hba.org.my/news/2006/306/spnb_baik.htm

11/1/07

Apa Istimewanya Warna Kuning ?

Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagiaan dan keamanan.

Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina.

Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara.

Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu daripada lima warna utama serta lambang untuk "Pusat" dan "Bumi". Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di.

Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras.

Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia. Warna kuning datangnya daripada air perahan kunyit hidup. Nasi kuning ialah nasi kunyit Indonesia yang mempergunakan kunyit untuk pewarna.

Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan penakat-penakat barah.

Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:
Air Kuning Selatan, sebuah bandar di Negeri Sembilan yang terletaknya dekat Gemas.
Kampung Air Kuning, sebuah desa di Negeri Sembilan
Air Kuning, sebuah bandar di Perak
Terumbu Kuning , sebuah tapak penyelaman antara Pulau Perhentian dengan Pulau Redang.
Empangan Air Kuning ialah sebuah empangan konkrit yang terletaknya di cawang Sg. Air Kuning di Shah Alam, Selangor.

“Gelombang Kuning , Gelombang Kebahagiaan dan Keamanan – Jumpa di Dataran Merdeka 10 November nanti”

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuning

Ihsan dari http://amkns.blogspot.com/

Pakai baju/tshirt Kuning 3 Nov di Dataran Muhibbah

Sekretariat Bersih Negeri Sembilan yang bermesyuarat malam tadi menggalakkan mereka yang akan hadir pada Jamuan Hari Raya anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan pada Sabtu 3 November 2007 bermula jam 8 malam di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban agar memakai baju/pakaian kuning, atau T Shirt Kuning BERSIH, gelang kuning dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi Sambutan Gelombang Kuning Peringkat Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin membeli t shirt kuning Bersih bolehlah menghubungi Taufek 019-6576540 , Tze Tze 012-3696474 , Rebin 016-2862481 ,Szu Hei Mee 016-2155226 atau Asri 019-6529645

Sementara itu satu Ceramah Mobilisasi Gelombang Kuning Negeri Sembilan akan diadakan di pejabat PAS Cawangan Ampangan, Seremban pada hari Rabu 7 Nov 2007 bermula jam 9:30 malam. Orang ramai adalah dijemput hadir.

Mereka yang menyertai Perhimpunan Rakyat pada Sabtu 10 November 2007 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur adalah dinasihatkan pergi awal pagi samada menggunakan pengangkutan awam atau memandu sendiri untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Juga digalakkan pergi dalam kumpulan-kumpulan yang kecil untuk memudahkan perjalanan.

“Gelombang Kuning , Gelombang Keamanan”
“Gelombang Kuning , Gelombang Muhibbah”

Anak muda Negeri Sembilan lancarkan “Gelombang Kuning”

Oleh : Norazizi A. Aziz

Atas rasa tanggungjawab bagi memastikan perhimpunan rakyat “ Selamatkan Malaysia” pada 10hb November ini berjaya, gabungan anak-anak muda Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan.

Sekretariat ini didokong oleh parti politik Keadilan, PAS, DAP serta turut menggabungkan badan-badan NGO di Negeri Sembilan seperti GERAK, TERAS, ABIM, JIM dan ISMA.

“Perhimpunan ini adalah yang terbesar dan bakal menjadi perhimpunan paling bersejarah di Malaysia . Fokus utama perhimpunan ini adalah untuk menuntut pilihanraya bersih yang tidak dinodai oleh penyelewengan dan penipuan. Selama ini, dunia disogok dengan propaganda media yang kononnya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Namun hakikatnya Malaysia mengamalkan demokrasi yang tempang. Justeru, seluruh rakyat Negeri Sembilan perlu hadir untuk menghantar mesej jelas bahawa kita sudah bersedia untuk membuat perubahan jika tiada sebarang reformasi dilakukan dalam pilihanraya kali ini.” Kata Badrul Hisham Shaharin dalam kenyataan medianya. Ahli MPT Keadilan ini juga merupakan penasihat kepada sekretariat ini.

Pengerusi sekretariat , Taufek Abd. Ghani turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan,”Sekretariat ini ditubuhkan sebagai medium kepada rakyat Negeri Sembilan untuk mendapatkan penerangan tentang peri pentingnya pilihanraya yang bersih. Kita juga turut menubuhkan unit pendaftaran yang meletakkan target seramai 5000 orang bagi menyertai perhimpunan ini. Pihak sekretariat juga telah merangka beberapa program kearah menjayakan perhimpunan ini.” Beliau yang turut mengetuai Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan juga telah melancarkan “Gelang Kuning” sebagai simbolik kepada perhimpunan ini. “Setiap ahli jawatankuasa sekretariat diwajibkan memakai gelang kuning sepanjang kempen “Selamatkan Malaysia ” sebagai tujuan promosi.” tambah beliau

Wakil NGO, Suhaimi Kasim dari Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) juga turut mengharapkan agar setiap badan NGO di Negeri Sembilan memberikan solidariti terhadap perhimpunan ini “ Kita tidak perlu gentar untuk menyertai himpunan aman ini apatah lagi Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk membuka pintu istana seluasnya bagi menerima memorandum. GERAK juga melihat bahawa isu rasuah dan korupsi telah menyebabkan SPR sanggup ditunggang dengan mengenepikan amanah sebenar. SPR yang sepatutnya bebas telah sanggup bersekongkol demi menjamin kelangsungan politik mereka yang mempunyai kepentingan.”

Sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Keadilan NS , Asmaon Basir dan Setiausaha Pilihanraya Keadilan Negeri Sembilan, Sabarudin Abdullah.

Kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang ingin mendaftar dan ingin mendapatkan cenderahati berwarna kuning seperti kemeja, topi, ikat kepala, button badge dan payung, bolehlah menghubungi AJK Sekretariat Mobilisasi Negeri Sembilan, Tze Tze (012 3696474) dan Ariffin Birham (016 286 2481)