CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/31/07

UMNO dijangka menang mudah di N.Sembilan

Oleh Pemerhati Politik NS

UMNO dijangka dengan mudah akan memenangi semua kerusi yang dipertandingkan di Negeri Sembilan pada pilihanraya umum yang terdekat ini. Ini adalah kerana pencabar mereka PAS dan PKR setakat ini tidak pernah mempunyai rekod memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri mahu pun parlimen.

Malah pemerhati politik di Negeri Sembilan mendapati peluang terbaik PAS dan PKR untuk memenangi sebarang kerusi ialah semasa pilihanraya umum 1999, sementara pada tahun 2004 pandangan umum mendapati sokongan rakyat kepada PAS dan PKR agak sedikit merosot.

Maka tidak hairanlah pada ketika ini orang-orang UMNO di Negeri Sembilan sedang berebut-rebut untuk melobi menjadi calon pada pilihanraya umum akan datang. Malah mereka lebih banyak menghabiskan masa melobi sesama mereka , daripada turun ke padang berjumpa dengan pengundi di kawasan mereka, kerana mereka begitu yakin ketika ini untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi UMNO di Negeri Sembilan ini dengan bergaya sekali.

Bagaimanapun cerita sebaliknya untuk parti komponen Barisan Nasional yang lain di Negeri Sembilan ini seperti MCA, Gerakan dan MIC. Silap percaturan kesemua kerusi yang ditandingi oleh DAP dalam 11 Dewan Undangan Negeri serta 2 kerusi parlimen akan jatuh ke tangan DAP pada kali ini, selain mempertahankan kerusi DUN Lobak. Ini adalah kerana pendapat umum mendapati orang India dan orang Melayu di Negeri Sembilan ini akan memberi sokongan padu kepada DAP untuk mengimbangi kuasa politik Barisan Nasional di Negeri Sembilan.

Sementara itu PAS berkemungkinan besar akan menurunkan semua jentera mereka di DUN Lenggeng di mana Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamed Omar diramalkan akan bertanding, walaupun didapati agak sukar untuk menewaskan calon “favourite” Barisan Nasional iaitu Datuk Ishak Ismail sekiranya beliau mempertahankan DUN Lenggeng.

Manakala PKR pula pada ketika ini , hanya boleh meletakkan harapan kepada Cikgu Badrul di DUN Rantau. Walaupun sebelum ini Cikgu Badrul hanya mendapat undi yang sedikit di DUN Rantau, namun dengan kebangkitan suara anak muda di Negeri Sembilan ini, adalah dijangkakan PKR akan menumpukan jentera mereka di DUN ini.

Apakah senario politik di N.Sembilan akan berubah dengan lebih banyak suara rakyat akan kedengaran di Dewan Undangan Negeri melalui calon-calon DAP ? Kita tunggu dan lihat.

AL-FATIHAH

AKTIVIS tersohor parti KeADILan dan pergerakan reformasi, Kapten (B) Md Zaki Abdul Rasid atau lebih dikenali dengan nama 'Pak Lang' meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat barah. Beliau menghembuskan nafas terkahir pada jam 4.22 pagi tadi (Ahad 29 Dis 07) di rumahnya di Teras Jernang, Bangi, Selangor.

Semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham ketika itu. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor pada hari ini di Tanah Perkuburan Islam Teras Jernang, bersebelah kubur seorang lagi aktivis reformasi, Omar Tan.

Zaki meninggalkan dua orang isteri, Rehan Ibrahim, 57 dan Zuraidah Yusoff, 52. Rehan adalah adik kepada Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim. Zaki meninggalkan dua anak lelaki dan tiga perempuan hasil perkongsian hidup dengan Rehan.

Allahyarham mula dimasukkan ke hospital sejak barah Prostate dikesan pada September 2006. Walau pun pembedahan untuk membuang kelenjar Prostate dilakukan pertengahan tahun lalu, itu tidak dapat mengelak dari barah merebak ke tulang.

Pada 28 Disember lepas, keadaan Zaki semakin kritikal dan dimasukkan ke HUKM dan sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot, dan ahli keluarga memutuskan untuk membawa pulang ke rumah. Ketika hayatnya Zaki menjawat Ketua KeADILan Bahagian Nibong Tebal sebelum melepaskan jawatan pada 2002 untuk aktif di KeADILan Sepang.
Beliau juga aktif dalam gerakan reformasi dan salah seorang yang melancarkan mogok lapar pada tahun 2001 membantah penahanan aktivis reformasi dan KeADILan di bawah ISA.

Menantunya, Badrul Hisham Shaharin memberitahu bahawa Zaki seorang adalah seorang yang mempunyai perwatakan tegas dan semangat juang yang tinggi. "Abah bukan saja pejuang di medan politik, tetapi semangatnya sentiasa tinggi melawan dan melawan barah hingga ke saat akhir," kata Badrul kepada Suara Keadilan.

"Malah raut wajah beliau tetap tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku walau pun apabila disahkan mengidap barah," tambahnya yang juga dikenali dengan Chegu Bard.
Badrul mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada teman, jiran, rakan seperjuangan dan khususnya kepada aktivis reformasi yang sentiasa menziarah dan memberi sokongan moral kepada Allahyarham sejak dihidapi penyakit sehinggalah ke urusan pengkebumian.

12/27/07

Perumahan Terbengkalai Di Senawang

Pilihanraya dah dekat. Macamana perkembangan perumahan terbengkalai di Senawang. Berita lanjut di sini http://terbengkalai.blogspot.com/2007/12/projek-perumahan-terbengkalai-taman.html

Kemudahan di pantai Teluk Kemang tak selesa

Berita Harian 27 Dis 07 - PADA 24 Disember lalu, saya membawa keluarga untuk mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Ini adalah kali kedua saya ke sana selepas kali pertama pada 1980.

Setiba di sana, saya kagum melihat banyak perubahan seperti kedai makan, tandas awam dan kemudahan kerusi, meja dan payung untuk disewa berharga RM20 dan RM30 satu set.

Namun, saya kecewa kerana tandas awamnya berbau busuk, pintunya tidak ada kunci, bilangan bilik air dan mandi terhad iaitu empat saja.

Bilik mandi wanita pula hanya ditutup dengan menggunakan plastik dan tidak berpintu dan berbahaya sekiranya bilik berkenaan dimasuki lelaki. Bilik mandinya juga tidak selesa.

Saya juga agak hairan kerana penjaga tandas awam lelaki duduk menghadapi bilik mandi wanita.

Saya juga memerhatikan bahawa bilik mandi di pantai berkenaan tidak mempunyai kemudahan tempat menggantung pakaian.

Sementara itu, pantai Teluk Kemang yang terkenal itu juga dicemari banyak sampah dan kayu kecil di dalam air laut.

RAHIMI ABDUL, Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20071227001621/Article/index_html

12/25/07

Jom Bersih Terengganu

Rupa-rupanya kerajaan Terengganu telah melancarkan Jom Bersih pada 6 April 2007. Gambar ini diambil di Kuala Terengganu baru-baru ini

12/22/07

Kerajaan N.Sembilan abaikan masalah bekalan air di Senawang

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMK) kesal dengan tindakan sambil lewa Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) mengatasi masalah bekalan air yang melanda masyarakat di kawasan Senawang, Negeri Sembilan.

Bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Senawang telah terputus selama hampir dua hari, dan ia berterusan sehinggalah sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, kata Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan Ramlan Roes.

Berita lanjut http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/kerajaan-negeri-sembilan-abaikan-masalah-bekalan-air-di-senawang.html

Lawatan Kerja Anwar Ibrahim 28 Dis NS

Lawatan Kerja Dato Seri Anwar Ibrahim
Jumaat 28 Dis ke N.Sembilan
1 tgh Solat Jumaat dan Ramah Mesra penduduk Felda Pasoh 4, Jelebu
4 ptg Ramah Mesra penduduk Palong 10, Jempol
6 ptg Ramah Mesra penduduk Pekan Rompin, DUN Jeram Padang, Jempol
8.45 mlm Forum Bersama Rakyat di Dewan Chung Hwa, Seremban
10.45 mlm Ceramah Umum di Sek Kebangsaan, Linggi, NS
Maklumat lanjut hubungi Sabaruddin 017-2462237 , 012-6346714

12/18/07

Rumah Terbengkalai di NS, Tindakan Lembap

Projek perumahan Perpaduan Height, Senaling, Kuala Pilah yang terbengkalai telah berkali-kali disiarkan media cetak dan elektronik, namun masih belum nampak jalan penyelesaian. Dimana silapnya ? Kenapa kepentingan rakyat tidak diberi keutamaan ? Public Safety Above All ! Berita lanjut di sini http://terbengkalai.blogspot.com/2007/12/rumah-terbengkalai-di-ns-tindakan.html

Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan

Akhirnya pada 17 Disember 2007 Ketua Cawangan UMNO , AJK-AJK dan ahli-ahli UMNO di Gatco , Jempol telah mengisytiharkan keluar parti kerana tidak percaya lagi dengan dasar perjuangan UMNO yang membela nasib rakyat.

Berita seterusnya di sini http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

12/17/07

Malaysia Bukan Untuk Dijual

Filem “Running Mate” yang dilakonkan oleh Tom Selleck (Magnum PI) adalah merupakan filem yang dikeluarkan pada tahun 2000. Berkisar mengenai Gabenor Michigan lakonan Tom Selleck yang bertanding calon jawatan Presiden untuk parti Demokrat.

Apa yang paling menarik dalam filem ini ialah, ucapan akhir beliau selepas memenangi sebagai calon Presiden. Beliau mengubah skrip asal ucapan, memberitahu keadaan sebenar politik Amerika sekarang ini yang tenat, yang dikawal oleh golongan koporat, kaya raya, pelobi politik, perasuah dan sebagainya yang menentukan hala tuju negara. Bukannya oleh rakyat sendiri. FOR THE PEOPLE BY THE PEOPLE. Beliau minta semua perwakilan bangun, semua rakyat bangkit, dan menyatakan hak dan suara mereka. Jangan biarkan Amerika dijual oleh golongan tersebut. Dan slogannya ialah “America's not for sale”.

MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL !

Filem ini baru diulang tayang di saluran TV Cinemax. Rugi kalau tak tengok, terutama ucapan akhir Tom Selleck. Siapa makan cili, mesti rasa pedas, teramat pedas, kalau tengok filem ini ! Elok juga kita hadiahkan VCD filem ini kepada semua wakil dan bakal wakil rakyat di Malaysia.

http://amkns.blogspot.com
**************************************
TOM SELLECK, ACTOR: Every delegate on the floor, every citizen in the gallery, every American in your cars and houses, if you're really serious about taking America back, stand up! Stand up wherever you are and be counted! Stand up and pledge with me! The government of the United States is not on the auction block and America's not for sale.
http://transcripts.cnn.com/TRANSCRIPTS/0008/11/tod.05.html

Mengapakah Web Power Sdn Bhd begitu berpengaruh di PDRM?

Berita lanjut di sini http://dapmalaysia.org/malaynet/2007/dec07/bul/bul0112.htm

Mengapakah Peguam Negara hadir untuk mendakwa 26 penyokong-penyokong Hindraf

Mengapakah Peguam Negara hadir untuk mendakwa 26 penyokong-penyokong Hindraf tetapi tidak hadir untuk pembicaraan pembunuhan Altantunya?
Berita lanjut di sini http://dapmalaysia.org/malaynet/2007/dec07/lks/lks048.htm

Lagi kemelut pentadbiran MB N.Sembilan

Apa sudah jadi dengan N.Sembilan. Dari Bajet 2008 yang defisit. PBT Majlis Perbandaran Nilai yang tidak mampu bayar hutang. Sekarang masalah pinjaman pendidikan Yayasan N.Sembilan. Apa sudah jadi ? Yang jadi ialah Rekod Masak Bubur Lambur yang TERBANYAK , menggunakan periuk, dapur terbaru dan terbanyak. Apa lagi berita malang untuk rakyat NS selepas ini ?

*****************************
Pelajar Melayu teramai tidak bayar pinjaman pendidikan
Utusan Malaysia SEREMBAN 16 Dis. – Pelajar Melayu merupakan golongan paling ramai yang masih belum menjelaskan pinjaman pendidikan yang diperoleh daripada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) iaitu seramai 3,012 orang.

“Setakat 31 Oktober lalu, jumlah pinjaman belum dijelaskan (status pembayar) ialah sebanyak RM19,713,837.07,” katanya di sini.

Berita lanjut http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Kisah Menyayat Hati Mangsa Banjir Pahang

Untuk berita lanjut kisah sebenar keadaan mangsa banjir di Pahang, klik sini
http://pasns.blogspot.com/2007/12/kisah-menyayat-hati-mangsa-banjir.html

Ceramah GEGAR NS 28 Dis NS

CERAMAH PERDANA “GEGAR NS” – Gelombang Gagasan Rakyat NS
Bersama
Dato Seri Anwar Ibrahim
Anthony Loke Siew Fook (ADUN DAP Lobak)
Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi PKR NS)
Sdr Zulkefly Mohamed Omar (Pesuruhjaya PAS NS)
Cikgu Badrul (Aktivis Sosial Antarabangsa, Korea Selatan)
William Leong (Bendahari PKR)
Chai Tong Chai (Naib Pengerusi PKR NS)
Tarikh : JUMAAT 28 Dis 2007
Masa : 9 Malam
Tempat : Kampung Linggi (Depan Sekolah Kebangsaan Linggi), N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474
KE ARAH NEGERI SEMBILAN DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Himpunan Aman ISA 17 Dis di The Star

Bolehkah Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro dan lain-lain akhbar berbahasa Melayu memberi sedikit kebebesan menyiarkan progam sebegini seperti akhbar The Star ? Perhimpunan Aman oleh Gerakan Mansuh ISA pada Isnin 17 Dis jam 10:30 pagi.


Klik pada gambar

Talian 999 Gagal Berfungsi

Seoarang pembaca The Star melahirkan kekecewaan yang teramat sangat apabila tidak mendapat respon sepatutnya apabila menghubungi talian 999 untuk melaporkan rompakan kedai emas di Sungai Buluh baru-baru ini


Klik pada gambar untuk imej jelas

12/14/07

Apakah Khairy akan “tumbang” di N.Sembilan ?

Khairy Jamaluddin adalah mustahil untuk ditewaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Satu-satunya cara untuk “menumbangkan” KJ ialah ketika Pilihanraya Umum nanti. Apakah musuh KJ dalam UMNO akan berganding bahu dengan pembangkang di N.Sembilan sekiranya KJ bertanding di NS ? Apakah ada percaturan politik untuk UMNO menang mudah ditempat lain di NS, asalkan KJ tewas ?He, he, he. Kita tunggu dan lihat.
KJ , kepulangan mu ke Rembau dinanti-nantikan setelah dari lahir lagi di perantauan.

'Kerajaan Adik Beradik Mohamad Hassan' umpama cacing kepanasan

Jika benar maklumat dari email yang diperolehi, maka benarlah Dato' Seri Utama Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan telah gelisah seperti cacing kepanasan. Makluman dari teman yang merupakan seorang wartawan di Negeri Sembilan menyatakan MB Negeri Sembilan membatalkan sidang medianya saat akhir ketika merasmikan Bangunan BPR Negeri Sembilan 15 November lalu.

Baca seterusnya di sini http://chegubard.blogspot.com/2007/12/mohamad-kerajaan-adik-beradik-hassan.html

12/13/07

GEMPAR ! Sistem Amaran Banjir Gagal Berfungsi

Lagu Bangau Oh Bangau akan didendangkan lagi. Maklumat dari laman web Jabatan Pengairan dan Saliran www.water.gov.my menunjukkan banyak alat pengukur aras air sungai di negara ini yang samada rosak, tidak berfungsi atau tidak menyalurkan maklumat terkini. Apa sudah jadi ? Macamana hendak menyalurkan sistem amaran awal banjir kalau banyak alat yang rosak ? Di Pahang 27.8% alatnya rosak iaitu dari 18 alat, 5 tidak berfungsi dengan baik. Paling teruk di MADA Kedah semua 9 alat tidak berfungsi, Sarawak 63.2% tidak berfungsi. Hanya Pulau Pinang dan Sabah yang tidak mengalami masalah. KESELAMATAN ORANG AWAM MESTI DIUTAMAKAN

Public safety above all “If the choice is between public safety and public freedom, I do not hesitate to say here that public safety will always win” Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12/11/nation/19724935&sec=nation&focus=1

KAWASAN Bil Alat Tak berfungsi Peratus tak berfungsi
Kedah (MADA) 9 9 100.0
Sarawak 19 12 63.2
Kedah 13 7 53.8
Perak 18 9 50.0
Johor 23 9 39.1
Melaka 3 1 33.3
Pahang 18 5 27.8
Wilayah Persekutuan 11 3 27.3
Kelantan 10 2 20.0
Terengganu 15 3 20.0
N.Sembilan 5 1 20.0
Perlis 6 1 16.7
Selangor 18 2 11.1
Penang 11 0 0.0
Sabah 10 0 0.0

MALU ! Ahli Parlimen MIC cabar wanita DAP lawan luar dewan

Sothinathan haruslah berasa malu dengan diri sendiri dan meminta maaf kerana mencabar Ahli Parlimen DAP wanita, Fong Po Kuan (Batu Gajah) untuk berlawan di luar Dewan Rakyat - kali pertama dalam Parlimen selama 50 tahun

Berita lanjut http://dapmalaysia.org/malaynet/2007/nov07/lks/lks031.htm

12/12/07

Banjir di NS, alat JPS tak berfungsi di Sg Gemencheh

Gemas dilanda banjir ketika ini. Salah satu alat pengukur aras air sungai di Gemencheh tidak berfungsi sejak lebih sebulan iaitu sejak jam 1 tengahari 30 Oktober 2007. Apa sudah jadi ?

SgGemen, 30/10/2007, 12:00 , 22.63 , 2430 , 0
SgGemen, 30/10/2007, 13:00 , -99.99 , 2430 , -9999
http://infobanjir.water.gov.my/trend/nsb06_03.txt

Kem Motivasi cuma RM10 15-16 Dis di Jelebu

Kem Motivasi Pemantapan Rohani & Anak Soleh Menurut Perspektif Islam
Tarikh : 15 & 16 Dis 2007 (Sabtu 8 pg – Ahad 5 ptg)
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang , Jelebu , N.Sembilan
Yuran : RM10
Peserta : Lelaki/perempuan 9 – 17 tahun , terhad 100 orang sahaja
Pengisian : Ceramah Motivasi, Muhassabah Diri, Qiamullail, Zikir Munajat, Teater, Nasyid, Kembara Malam dan banyak lagi
Hubungi segera : Ustaz Mohd Azmi 013-3031703 ,017-3793731
Untuk sebarang sumbangan hubungi Tn Hj Mokhtardin 017-6053332.

Anjuran : Masjid Kuala Klawang dan Pusat Pendidikan Integrasi Al Huffaz

Apa yang menarik di Kuala Klawang :
Jalan Baru dari Seremban ke Jelebu (2 lorong)
Jeram Toi http://www.virtualmalaysia.com/destination/jeram%20toi%20(toi%20rapids).html
Jeram Gading http://www.virtualmalaysia.com/destination/jeram%20gading%20(gading%20rapids).html
Masjid Kuala Dulang , Masjid Tertua Jelebu http://www.virtualmalaysia.com/destination/kuala%20dulang%20mosque.html

Kempen Cegah Barang Naik 15 Dis Sban

Ceramah Perdana – Kempen Bahaya Barang Naik Kepada Rakyat
Bersama :
Ustaz Haji Ahmad Awang – Naib Presiden PAS
Sdr Anuar Tahir – AJK PAS Pusat
Sabtu 15 Disember 2007 jam 9 malam
Di Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang, NS
Semua Dijemput Hadir

12/11/07

Sekolah tak cukup bilik darjah di N.Sembilan

Tak den sangko ini boleh berlaku kek sini. Dah dapek peruntukan RM400,000 pun tak boleh nak tambah bilik darjah lai. Mano poi e duit tu ? Sampai kuarters lama dijadikan bilik darjah. Murid e pindah randah. Oh , nogoghi den. Dulu, kini dan selamo e. Biarlah , ekau tak meghaso zaman Jopun (itulah modal e selalu)

Harian Metro 11 Dis 07 SEREMBAN: Kekurangan bilik darjah di Sekolah Kebangsaan LB Johnson, Labu di sini, menyebabkan ada ibu bapa runsing sekolah itu mungkin menghadapi masalah untuk menempatkan murid yang semakin bertambah menjelang sesi kemasukan tahun depan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20071211104612/Article/index_html

Tan Sri Musa Hassan keruhkan hubungan M’sia-Indonesia

Anak Muda Kampung Negeri Sembilan yang sudah beberapa keturunan menetap di Negeri Sembilan, warganegara Malaysia, mempunyai darah Minangkabau, mengamalkan Adat Perpatih , serumpun sebangsa dengan orang Minang di Indonesia amat kesal dengan kenyataan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam satu temuramah yang disiarkan dalam akhbar The Star 9 Disember 2007 yang secara langsung menyalahkan kedatangan pendatang asing atas gejala Mat Rempit yang melanda negara. Tan Sri Musa Hassan menyatakan : “Adalah kebiasaan di Jakarta, kita lihat orang berlumba ke sana dan ke sini. Belia kita cuba meniru benda yang salah, itulah sebabnya kita melihat Mat Rempit sekarang ini”

Justeru itu untuk tidak mengeruhkan lagi hubungan serumpun antara Malaysia dan Indonesia, Tan Sri Musa Hassan seharusnya menarik balik kenyataan tersebut, serta mencari jalan penyelesaian isu jenayah termasuk isu Mat Rempit di negara ini secara terbuka dan kolektif dengan mengambil sikap berlapang dada.

(Terima kasih kepada Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir kerana mengutarakan isu ini http://rantingsbymm.blogspot.com/2007/12/here-we-go-blaming-others-again.html )

Temuramah penuh di http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12/9/focus/19703072&sec=focus

Crime on everyone’s mind
Wong: How are the police addressing the people's concern about crime and security?

Musa: The trend of crime has changed. It is not like before (traditional crime) where crimes only involved local people. Globalisation has brought in an influx of immigrants and the population has increased; people are migrating from the kampung to towns and youths are getting into unlawful activities. Criminals are also not like before because we have people bringing their culture here. It is normal in Jakarta to see people racing here and there. Our youths tend to imitate the wrong things, that's why we see all these Mat Rempits now.

Bukan isu Islam lawan Hindu

…….. kesusahan yang kita alami sekarang ini bukanlah pertentangan antara agama Islam lawan Hindu. Keperitan ini juga tidak ada kaitan dengan sengketa antara kaum India, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Jakun dan lain lain. Musuh orang Melayu bukan orang India atau Cina. Musuh rakyat bukan agama Islam atau Kristian.

Musuh sebenar rakyat Malaysia adalah kenaikan harga minyak, kenaikan kadar bayaran tol, penyelewengan, rasuah, pembohongan media dan sebagainya. Gejala-gejala inilah yang telah menyebabkan kita semua terpaksa hidup dalam kesusahan yang perit.

Artikel lanjut di http://www5.malaysiakini.com/letters/75869

12/10/07

Litar lumba depan rumah di Senawang

Harian Metro 10 Dis 07 SEREMBAN: Kira-kira 3,000 orang penduduk di lima taman perumahan di Senawang dekat sini, menggesa pihak polis mengambil tindakan lebih tegas terhadap kumpulan remaja yang terbabit dalam kegiatan lumba haram yang mengganggu ketenteraman mereka sejak sekian lama.

Lima taman perumahan terbabit iaitu di kawasan Taman Seri Pagi , Taman Cempaka, Taman Matahari Height, Taman Satria dan Taman Rasa Sayang.

Berita lanjut : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20071210095208/Article/index_html

KOMEN : Polis hanya dapat melakukan tugas pencegahan sementara. Kaedah kejuruteraan perlu diutamakan sebagai langkah pencegahan kekal antaranya :
1. Membina pemecah kelajuan “speed breaker” pada jalan yang dijadikan litar lumba
2. Memasang CCTV di lokasi strategik, dan pastikan CCTV tadi dikawal selia 24 jam

Apokan Dayo , DUN Paroi ni tidak mendapat perhatian pusat, kerana tiada cabaran. Jadi mereka tidak beri keutamaan kepada penduduk Senawang untuk mendapat peruntukan yang sewajarnya.

12/7/07

Banyak kedai Melayu Seremban DiROBOH

Betul jugak cakap abang askar ni kata aku, sebab aku tengok kat mana2 di Seremban ni kedai orang Melayu lah yang nak selalu dan banyak kena roboh.

Kisah lanjut di sini http://pasjelebu.blogspot.com/2007/12/aku-tetap-undi-pembangkang.html

Wakil Rakyat Pembangkang Tidak Dipinggirkan di NS

Apa lagi, jangan takut undi pembangkang, tak kiralah PAS ke , PKR ke, DAP ke. Kerajaan Negeri Sembilan sendiri dah beri jaminan penduduk yang diwakili oleh wakil rakyat parti pembangkang tidak akan dipinggirkan.

Berita Harian 7 Dis 07. Peruntukan 200,000 setahun bukan untuk pancing undi: Mohamad

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tidak pernah meminggirkan penduduk di kawasan Lobak, di sini daripada menikmati projek pembangunan walaupun kawasan yang didiami mereka diwakili wakil parti pembangkang.

Berita lanjut http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20071207080401/Article/index_html

Kerajaan NS Defisit RM 106.5 juta Bajet 2008

Berita Harian 7 Dis 07. SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meminta rakyat di negeri ini supaya tidak bimbang dan gusar dengan kedudukan kewangan negeri yang mengalami defisit tinggi sebanyak RM106.5 juta dalam anggaran Bajet 2008.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20071207080249/Article/index_html

12/6/07

Melayu Nak Bela Melayu ! Poorah ! Pegi dah !

Tak payahlah nak melaung-laungkan semangat nak bantu Melayu, nak bantu Islam, kalau kita tak pernah ambil tahu orang Melayu yang sekampung, setaman, sejiran yang tak ada duit nak beli beras, tak ada duit nak bayar yuran sekolah, tak ada duit nak beli baju.

Kalau betul nak bantu Melayu, pergi pintu ke pintu, rumah ke rumah, periksa keluarga mana yang makan sehari sekali, rumah mana yang elektrik di potong, remaja mana yang tak mampu belajar di IPT.

Juga tak payahlah nak heboh orang Hindu banyak bina kuil, kalau orang Islam sendiri malas nak solat jemaah di surau atau masjid. Orang Islam sendiri malas nak bersihkan tandas masjid. Orang Islam sendiri tidak hendak menghidupkan masjid dan surau dengan majlis ilmu.

Janganlah berkobar-kobar semangat bangsa dan agama, kalau diri sendiri tak sedar.

Sebelum nak marah bangsa lain, agama lain, cermin dulu diri sendiri.

Dakwa segera Menteri Besar Negeri Sembilan

Berita lanjut di sini http://gerak-ns.blogspot.com/2007/12/dakwa-segera-menteri-besar-negeri.html

12/4/07

Meloponglah Orang Jempol dan Jelebu

Bas percuma diperluas ke PD
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkhidmatan bas percuma di kawasan peranginan tersohor itu disediakan dalam usaha membantu dan memudahkan pelancong ke kawasan pelancongan dan perkelahan serta hotel penginapan.

Berita lanjut di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20071204080915/Article/index_html

KOMEN : Orang bandar Seremban dan pelancong ke PD tu ada duit, ada kereta, buat apa nak beri bas percuma. Yang pasti untung syarikat bas yang dijamin kontrak. Bagaimana dengan orang kampung , peneroka, orang pedalaman seperti di Jelebu, Jempol, Serting yang berjam-jam nak tunggu bas nak ke pekan, nak ke hospital, nak ke tempat kerja, nak ke Seremban ? “Kera di zoo disusukan, anak di kampung mati kelaparan”

Ceramah dan Kempen Tahun Anti Rasuah NS 2008

Ceramah Perdana dan Pelancaran Tahun Anti Rasuah NS 2008
Oleh : Sdr Mohamad Ezam Mohd Noor – Pengerusi GERAK
AHAD 9 Disember 2007
Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ampangan , Seremban (Sebelah Surau Hitam)
Maklumat lanjut di http://gerak-ns.blogspot.com

Nak Buek Apo Habih SPM ?

Program 1: “Nak buat apa ye, lepas habis SPM?”
Tarikh: Ahad 9 Dis 2007
Masa: 2 ptg – 6 ptg
Tempat: Pejabat JIM NS, 11A, Jln Bunga Raya 8, Taman Tasik Jaya, Seremban
Peserta: Pelajar tingkatan 4 dan 5 (baru lepas SPM) dan ahli KRJ
Anjuran : KRJ NS (Kelab Remaja JIM N.Sembilan)
PERCUMA : Terhad kepada 50 orang peserta sahaja

Objektif utama:
-Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang yang boleh mereka ambil di pusat pengajian tinggi berdasarkan minat mereka.
-Membuka ruang kepada pelajar untuk bertanyakan kepada penceramah/professional yang khusus dalam bidang masing-masing.
-Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai sesuatu kursus yang mereka tidak ketahui sebelum ini.

Aktiviti:
-Penceramah/profesional dalam bidang peguam syari'e, pendakwah sepenuh masa, jurutera komputer, guru, pensyarah, pegawai komunikasi akan berkongsi dengan peserta
-Senarai kolej dan universiti yang menawarkan kursus yang baru
-Pengenalan kepada Karisma.

Daftar kehadiran dengan sms ke Kak Nadzirah 012-9637644 sebelum 7 Dis 07

********************************

Program 2 : “ Suka-suka di Port Dickson”
Tarikh: Sabtu 15 Dis 2007
Masa: 8 pg – 6 ptg
Tempat: Port Dickson, N.S (Berkumpul di Sekolah As Saidiyyah, Seremban)
Peserta: Pelajar tingkatan 1 – 5 dan ahli KRJ
Yuran: RM 15 seorang
Aktiviti Menarik : Ice-breaking, bermain kayak di laut, melawat rumah api Tanjung Tuan

Objektif:
1. Mengisi masa lapang remaja
2. Mengeratkan ukhuwwah di kalangan peserta dan fasilitator
3. Mengingatkan peserta mengenai keindahan ciptaan Allah

Daftar segera dengan sms ke Abg Atiq 013- 6137906 sebelum 9 Dis 07

12/3/07

Jenayah Semakin Serius di N.Sembilan

Geng pukau ganas. Harian Metro 3 Dis 07. SEREMBAN: Sekumpulan penjenayah warga asing dipercayai menggunakan ilmu pukau sebelum menyamun beberapa kediaman di tanah rancangan Felda di Jempol bagi memastikan mangsa terus tidur tanpa menyedari rumah mereka diceroboh.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, seorang anak pembeli getah di Ladang Geddes, Jempol terpaksa menerima 30 jahitan di dahi akibat dilibas dengan pisau pemotong daging oleh sekumpulan perompak ketika cuba melindungi bapanya diserang penjenayah terbabit.

Perompak itu menggeledah rumah dan melarikan wang tunai RM3,000 dan barangan kemas bernilai kira-kira RM7,000," katanya.

Berita lanjut di : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/80635/Article/index_html

KOMEN : Minta kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengarahkan pihak polis melakukan gerakan besar-besaran membanteras jenayah di N.Sembilan melibatkan Unit Udara PDRM, PGA dan FRU sepertimana gerakan besar-besaran menghalang Perhimpunan Rakyat. Juga minta Pemuda UMNO melalui Putera UMNOnya dan Pemuda PAS melalui Unit Amalnya melakukan tugas rondaan secara sukarela untuk mencegah jenayah. Masa untuk bertindak, bukan untuk bercakap. BOLEH KE ?

Gelombang Perubahan NS Makin Hebat

Gelombang Kuning, Gelombang Gandhi, namakan saja apa nama Gelombang sekalipun. Semakin hari semakin hebat perpaduan antara kaum di Negeri Sembilan ini untuk membela nasib rakyat yang semakin tertekan. Seorang ahli perniagaan Cina yang ditemui semalam menyatakan semua masalah di negara kita sekarang ini berpunca dari RASUAH. Itulah yang GERAK nyatakan, RASUAH MUSUH NO 1 NEGARA. RASUAH ADA NAJIS. SIAPA MAKAN RASUAH, MAKAN NAJIS.