UMNO REMBAU TAK LEH HARAP JAGA HAK ORANG MELAYU

Nak tahu sebab apa ? Baca SINI

SATU MALAYSIA ! TERBENGKALAI !

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI ! SATU MALAYSIA ! SATU NEGERI SEMBILAN. Layari laman web Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com

Taman Desa Indah , Lubuk Cina , Rembau

5/2/08

Pantai PD dipenuhi ulat

Dua-dua belah pihak harus dipersalahkan iaitu orang awam dan PBT. Inilah sikap rata-rata rakyat Malaysia yang amat kurang kesedaran sivik. Memalukan. Terlalu asyik dengan hiburan dan rancangan realiti TV yang tidak mendapat membina masyarakat Malaysia yang prihatin serta dapat membina kesedaran sivik yang tinggi.

****************************
Harian Metro 2 Mei 2008 - PORT DICKSON: Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak prihatin dengan sistem perparitan di Dataran Sri Kemang, di sini, bukan saja menyebabkan kawasan percutian itu berbau busuk malah terdapat banyak ulat bersepah di tepi pantai sekitar kawasan itu.

Ulat itu jelas kelihatan apabila air laut surut dan kelihatan amat menjijikkan sehingga menjejaskan pemandangan pantai peranginan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan perparitan tersumbat dengan pembuangan sampah ke dalam longkang menjadikan aliran air tersekat sehingga menimbulkan bau meloyakan kepada pengunjung yang berkelah.

Lebih mengejutkan, tinjauan juga mendapati di sekitar paip saluran yang dialirkan ke laut itu terdapat ulat.

Sehubungan itu, PBT disaran mengkaji sistem pembetungan yang ada kepada lebih selamat dan terjamin kebersihannya.

Sistem sedia ada dilihat hanya memasang jeriji di bahagian akhir pembetungan dan membiarkan air kotor dan berminyak dari gerai makanan berhampiran mengalir terus ke laut.

Selain itu, penyelenggaraan hanya dilihat umpama ‘melepaskan batuk di tangga’ kerana masih banyak sampah-sarap seperti botol minuman dan plastik tersangkut di jeriji tanpa dibersihkan.

Pengunjung, Mohd Azroni Ariffin, 38, dari Shah Alam, Selangor, berkata dia kesal dengan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang tidak prihatin dengan kebersihan kawasan pelancongan di sini selepas mendapati kawasan perkelahan itu ‘indah khabar dari rupa’.

“Saya lihat lima atau enam longkang terbuka tanpa penutup yang berisiko mengakibatkan kemalangan terutama kanak-kanak mungkin terjatuh.

“Sekiranya tidak dapat menggantikannya dengan segera, MPPD harus meletakkan tanda peringatan dan tidak dibiarkan terbuka begitu saja,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080502083856/Article/index_html