11/16/08

Gambar Projek TAHI Kerajaan BN di N.Sembilan











Ini memang projek TAHI Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Projek TAHI ini memang betul-betul jadi projek TAHI yang menyusahkan ramai penduduk di Senawang. Antara banyak taman perumahan yang terlibat ialah Taman Kobena , Taman Teratai , Taman Anggerik , Taman Rasa Sayang , Taman Marida , Taman Sri Pagi , Pasaraya Giant serta beberapa tempat lain di Senawang.

Antara yang teruk terjejas ialah di Taman Kobena dan Taman Teratai dimana lubang besar TAHI digali betul-betul depan rumah penduduk. Lubang ini amat dalam , merbahaya dan mempunyai air yang dalam.

Nampaknya tidak ada siapa yang kisah projek TAHI ini baik di peringkat Kerajaan Pusat mahu pun Kerajaan Negeri. Cukuplah orang Senawang menderita kerana projek TAHI ini. Janganlah projek ini berlaku di tempat lain di Malaysia.

Gambar-gambar di atas diambil pada 16 November 2008.

Maklumat lanjut projek TAHI ini di http://pasns.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html