JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

1/31/08

Warga N.Sembilan , Kuasa Di Tangan Anda

Surat terbuka Datuk Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan

Kepada semua warga Negeri Sembilan

Salam sejahtera ,

Angin pilihanraya makin terasa. Namun pengamalan demokrasi yang pincang di Malaysia tidak membenarkan sesiapa mengetahui tarikh pilihanraya kecuali Pengerusi Barisan Nasional. Namun berdasarkan banyak faktor keADILan menjangkakan parlimen bakal dibubarkan sekitar akhir Febuari dan pilihanraya akan diadakan sekitar awal Mac.

Negara diambang krisis. Rakyat tertekan dengan perbagai masalah seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga minyak termasuk kenaikan harga perkhidmatan seperti tambang bas, tol dan elektrik. Tahap keselamatan dalam negara yang ditandakan oleh indeks jenayah yang tinggi juga menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan. Dalam masa kerajaan gagal menjamin keselamatan rakyat anggota keselamatan (polis) sering dipergunakan untuk tujuan menekan lawan politik BN. Rakyat hilang tempat mengadu.

Jika ruang demokrasi dibuka secara adil, pilihanraya diadakan dalam secara telus, ternyata BN akan kalah di banyak kawasan. Malangnya di Malaysia bukan satu rahsia pengendali pilihanraya SPR dipergunakan untuk memastikan kemenangan BN. Lebih lebih lagi dalam suasana BN tertekan kerana rakyat mula membuka mata membongkar kepincangan dan kelemahan BN.

Namun kita tetap juga yakin jika rakyat benar benar bersatu bersama bangkit, maka kerajaan yang ditunjangi parti yang penuh rasuah, salah guna kuasa, lemah, perkauman dan tidak mempedulikan rakyat bakal kalah di banyak kawasan.

Selama ini rakyat berdepan dengan banyak masalah tetapi amat sukar diketengahkan kerana media yang dikawal dan wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya lepas gagal bertindak. keADILan melihat kesempatan pilihanraya umum ini untuk bersama dengan rakyat mengenengahkan isu.

Antara tawaran keADILan ialah pendidikan percuma, khidmat kesihatan percuma, penurunan harga minyak dan gas, juga penurunan harga tol. Bukan setakat isu nasional, keADILan juga ingin mengenengahkan isu tempatan yang menghimpit rakyat menjelang pilihanraya ini. Untuk itu semua rakyat dijemput untuk menghantar apa jua isu dan permasalahan saudara ke alamat kami secara menulis email atau surat.

keADILan sudah bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 12 ini tetapi keADILan amat memerlukan sumbangan dan penyertaan rakyat dari perbagai segi. Bersama kita mengenengahkan isu rakyat menewaskan calon BN yang bakal memperkudakan segala jentera kerajaan dan membazirkan wang negara.

Sila daftar sebagai tenaga sukarelawan atau menyumbang barangan mahupun dari segi kewangan.Kami juga mengalukan jika ada yang sukarela membenarkan premis mereka dijadikan bilik operasi menjelang pilihanraya.

Alamat :
Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan,
No. 433, Jln Tunku Antah, 70100 Rahang, Seremban.

Tel : 06 7677278
Fax: 06 7677280
h/p : 0176688404 / 0123696474
email : chegubard@gmail.com
Akaun bank : Parti Keadilan Rakyat 0506 0024465 05 2 CIMB Bank

Sekian dan terima kasih

“Ubah Sebelum Parah , Ubah Demi Maruah”

Dato' Kamarul Baharin Abbas
Pengerusi Perhubungan
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan

Sah Msia tak selamat, lagi kes macam Sharlinie

Akhbar The Star On Line Khamis 31 January 2008 melaporkan satu kejadian culik kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun telah digagalkan. Kejadian berlaku di Puchong di luar sebuah restoran. Seorang lelaki di dalam van telah mengumpan kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dengan gula-gula. Apabila lelaki tadi menarik kanak-kanak perempuan tadi, kakaknya berusia 12 tahun yang nampak kejadian tersebut berlari cuba menyelamatkan adiknya. Kakaknya juga cuba ditarik lelaki tadi. Tetapi apabila lelaki tadi nampak seorang perempuan lalu, lelaki tadi melarikan diri meninggalkan adik beradik tadi.

Apa dah jadi dengan keselamatan rakyat di Malaysia ?
Kembalikan Keyakinan, Keselamatan dan Hak Rakyat !

The Star Thursday January 31, 2008

Sisters almost abducted by man offering sweet from van

TWO children were almost abducted by a man sitting inside a van who lured them with candy while they were playing outside a restaurant in Puchong, Sin Chew Daily reported.

He tried to pull the five-year-old girl into the vehicle when the girl came to get the candy but the girl’s sister, 12, who saw the incident, ran to her rescue.

He tried to drag the older sister in as well.

However, when he saw a woman coming by, he abandoned his attempt and drove off.

A police report had been lodged by the girls’ parents, it reported.

http://thestar.com.my/news/story.asp

1/30/08

Februari Ini – Keadilah bersama Warga NS

Bengkel Hak Warga
Sabtu 9 Febuari 2008 - 3.00 petang
Rahang, Seremban
(terbuka kepada semua yang ingin mengetahui hak sebagai warganegara Malaysia, ketahui hak anda dengan penguatkuasa seperti PDRM dll-berminat hubungi 0123696474)
Annjuran Seketeriat Bertindak Anak Muda dengan sokongan : Majlis Peguam Malaysia dan Suaram

Majlis Mesra Tahun Baru Cina
Sabtu 16 Febuari 2008 - 3.00 petang
bersama : Saifuddin Nasution, Chai Tong Chai, Datuk Kamarul Bahrin
Bilik Gerakan DUN Chuah, No. 21,Jln Besar, Bkt. Pelanduk, PD

Ceramah Umum
Sabtu 16 Febuari 2008 - 4.30 petang
bersama : Saifuddin Nasution, Chai Tong Chai, Datuk Kamarul Bahrin, cheGuBard
Kampung Jawa, Chuah
pertanyaan Aminudin Harun (0132586562)

Minum petang dan bincang -bincang isu semasa.
Sabtu 16 Febuari 2008 - 6.00 petang
bersama : Saifuddin Nasution, Datuk Kamarul Bahrin, che'GuBard
Bandar Baru Sunggala
pertanyaan 0123696474, 0123589872

Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Rakyat DUN Linggi
Sabtu 16 Febuari 2008 - 8.30 malam
bersama : Saifuddin Nasution, Datuk Kamarul Bahrin, che'GuBard
Kg. Sg. Raya, Pasir Panjang
pertanyaan 0172406627

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

DAP, PKR tukar kerusi di NS

( Ini yang dikatakan “Pucuk Dicita, Ulam Mendatang” – HIDUP RAKYAT)

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan bersetuju untuk bekerjasama dalam pilihanraya umum ke-12 bagi memastikan pertandingan 'satu lawan satu' dengan Barisan Nasional (BN) di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri tersebut.

"Ini bermakna DAP tidak akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh PKR dan begitu juga PKR tidak akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh calon DAP," demikian menurut satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerui DAP negeri tersebut, Loke Siew Fook. Menurut persafahaman tersebut, DAP dan PKR bersetuju bertukar kerusi DUN Senawang (N24) dengan DUN Port Dickson (N33). DAP akan bertanding di Senawang manakala PKR akan bertanding di Port Dickson.

DAP bertanding di 11 kerusi DUN dalam pilihanraya 2004 dan jumlah kerusi itu akan dikekalkan. Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN.

Kerusi-kerusi terbabit ialah Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Lukut dan Repah.

PKR dan rakannya dalam BA akan bertanding dalam kerusi-kerusi yang lain yang akan diputuskan kemudian.

Di samping itu, menurut kenyataan tersebut, DAP dan PKR Negeri Sembilan akan berkerjasama secara erat di semua peringkat untuk memastikan kemenangan semua mereka.
Sumber : Pemuda Seremban

Cikgu Badrul for MB!

Gabungan Anak Muda N.Sembilan merayu kepada Cegu Bard yang sekarang ini sedang mencabar Khairy Jamaluddin untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen di Malaysia agar bertanding juga di kerusi DUN di Negeri Sembilan ini. Kami memerlukan orang seperti Cegu Bard untuk memimpin rakyat N.Sembilan. Seorang pemimpin yang disenangi semua lapisan kaum, agama dan umur di Negeri Sembilan ini. Seorang pemimpin yang menghabiskan segala duit, harta bendanya untuk mempastikan rakyat mendapat perhatian dan pembelaan. Seorang pemimpin yang sanggup disepak terajang, dimaki hamun, dipenjara tetapi menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan pembelaan , menyatakan kebenaran. Inilah pemimpin yang kita tunggu yang mewarisi kepayahan , hidup di penjara seperti Hassan Al Banna, seperti Mahatma Gandhi.

Ya , Cegu Bard sebagai MB N.Sembilan. Sokongan padu dari Gabungan Pemuda Melayu, Cina dan India di N.Sembilan untuk Cegu Bard. Cegu Bard anak jati Negeri Sembilan. Pejuang rakyat alaf baru !

Jom hantar makanan ke Palestin

Jom kita menghantar bekalan perubatan dan makanan ke Semenanjung Gaza di Palestin. Jom kita sokong usaha Aman Malaysia yang diketuai oleh Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir. Rakyat Malaysia yang prihatin boleh menghulurkan bantuan kewangan dengan menulis cek kepada Peace Malaysia dialamat Blok B-13-D2, Plaza Mont' Kiara, No. 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur atau mendepositkan cek ke akaun Peace Malaysia di CIMB 142090007389058. Berita lanjut di SINI dan UTUSAN

1/29/08

Bengkel Hak Warga

Rabu 9 Febuari 2008
Jam 3.00 petang
Di Rahang, Seremban
(Terbuka kepada semua yang ingin mengetahui hak sebagai warganegara Malaysia, ketahui hak anda dengan penguatkuasa seperti PDRM, JPJ dan lain-lain. Maklumat lanjut 0123696474)
Anjuran Seketeriat Bertindak Anak Muda

Ciri-Ciri Negara Kebajikan

Apakah ciri-ciri sebuah Negara Kebajikan ? Adakah sebuah Negara Kebajikan mempunyai ciri-ciri berikut ?
1. Pemimpin dan ahli korporatnya tidak mengamalkan gaya hidup bermewah-mewah dalam kehidupan seharian mereka termasuk tempat kediaman, cara pemakaian, amalan pemakanan, percutian, hiburan dan sebagainya ?
2. Rakyat dalam sebuah Negara Kebajikan mendapat keperluan asas hidup secara percuma seperti perubatan asas, pendidikan asas peringkat rendah/menengah/tinggi, pengangkutan awam asas seperti bas sekolah ?
3. Para pengusaha teksi, pengangkutan awam tidak dibebankan dengan pelbagai permit, lesen, kursus yang pelbagai, yang sering diubah-ubah tahun demi tahun ?
4. Para usahawan kecil tidak dibebankan dengan pelbagai borang permohonan untuk mendapat lesen penjaja ?
5. Para pembeli rumah akan mendapat perlindungan daripada pemaju perumahan yang sering lewat menyiapkan rumah, menghasilkan rumah tidak berkualiti ?
6. Rakyat miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim tidak perlu melalui karenah birokrasi untuk memohon bantuan Jabatan Kebajikan, Baitul Mal dan Pihak Berkuasa Tempatan ?
7. Siswazah yang menganggur akan ditempatkan di agensi-agensi kerajaan sebagai pelatih sehinggalah mereka mendapat pekerjaan yang sesuai ?

Senarai ini boleh ditambah lagi……

1/28/08

Gabungan Anak Muda NS pastikan kemenangan DAP & PKR

Kita nantikan berita lanjut Gabungan Anak Muda Negeri Sembilan yang terdiri dari Anak Muda Melayu, Anak Muda Cina dan Anak Muda India untuk mempastikan kemenangan DAP dan PKR di Negeri Sembilan.

Kemenangan DAP dan PKR di Negeri Sembilan ialah Kemenangan Rakyat Negeri Sembilan !
Hidup Rakyat ! Hidup Rakyat ! Hidup Rakyat !

1/25/08

Ini baru professional !

Kita harap Ketua Polis, Panglima Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Kementerian dan Jabatan bersikap professional macam Ketua Setiausaha Negara kita. Tabik “Spring” untuk Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Boleh dengar ceramah asal tidak abai kerja

PULAU PINANG: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pada musim pilihan raya umum akan datang.

Mohd Sidek berkata tidak ada halangan bagi penjawat awam menjalankan aktiviti di luar waktu pejabat seperti menghadiri ceramah dan kempen pilihan raya.

"Kita (kerajaan) tidak halang untuk mereka menghadiri kempen atau ceramah pada sebelah malam atau selepas kerja, cuma yang penting mereka harus melaksanakan kerja-kerja hakiki mereka.

"Buat apa yang perlu anda buat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Datuk Bandar dan Yang Di-pertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak di sini Khamis.

Berita lanjut di sini MSTAR

1/24/08

Setengah Juta Ringgit wang rakyat hangus

Setengah Juta Ringgit wang rakyat hangus sempena lawatan Timbalan Presiden UMNO ke N.Sembilan

KeADILan NS mempunyai bukti bagaimana hampir RM500,000 wang dana rakyat yang seharusnya membantu rakyat susah di negeri ini dibazirkan hanya untuk tujuan kosmetik sempena lawatan Najib Tun Razak.

Berita lanjut di SINI

Borak Kedai Kopi

Apa yang seronok sangat diborakkan oleh dua orang kampung ni menjelang pilihanraya ? Klik SINI

1/23/08

Repot Polis

Jom ramai-ramai hadir laporan polis bukti salahguna wang kerajaan negeri sambut Timbalan Presiden UMNO Khamis 24 Januari 2008 jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban (Seremban 2) . Maklumat lanjut hubungi Cegu Bard

1/22/08

Tiada kesudahan masalah di Kuala Pilah !

Berita Harian 22 Jan 2008. Sentral: Air lumpur masuk kebun

ROSAK: Sapiah (kanan) dan Ujang menunjukkan kebun getah di Kampung Angga Bisa, Senaling yang dilitupi lumpur tanah merah dari projek perumahan terbengkalai di atas bukit.

Penduduk Kampung Angga Bisa kerugian apabila pokok getah musnah kesan daripada projek perumahan atas bukit

KUALA PILAH: Jika 213 pembeli rumah di Taman Perpaduan Height, Senaling, dekat sini mengeluh kerana rumah impian mereka yang terletak di atas bukit itu terbengkalai sejak enam tahun lalu, lain pula nasib yang menimpa penduduk Kampung Angga Bisa di kawasan kaki bukit berkenaan.

Ini kerana mereka turut menerima tempias akibat kegagalan projek perumahan berkenaan apabila tanah yang sepatutnya digunakan untuk bercucuk tanam tidak lagi boleh digunakan kesan daripada limpahan air bercampur tanah merah yang masuk ke kebun mereka.

Mereka mendakwa, masalah itu timbul sejak pembinaan projek perumahan Taman Perpaduan Height pada 2001 yang menyebabkan sering berlaku limpahan air lumpur ke bahagian bawah sehingga melitupi kebanyakan kebun milik penduduk di situ.

Keadaan lebih teruk apabila hujan kerana aliran air yang membawa lumpur semakin banyak sehingga menutupi tanah kebun dan memeningkan pemiliknya yang terpaksa menanggung kerugian apabila kawasan itu tidak dapat diusahakan.

Penduduk, Sapiah Ali, 69, berkata sebelum pembinaan projek perumahan itu bermula, dia mengusahakan kebun getah di tanah seluas kira-kira 0.8 hektar miliknya, tetapi gagal mendapat pulangan selepas anak pokok getah ditanamnya musnah ditimbus lumpur dari kawasan bukit terbabit.

"Saya sedih kerana tanah kebun saya kini tidak dapat diusahakan lagi akibat tebal tertimbus tanah merah sehingga menjejaskan sumber pendapatan. Bukan itu saja, limpahan itu masih berlaku terutama ketika hujan menyebabkan penduduk sudah berputus asa untuk menuntut pampasan.

"Sebelum ini, banyak aduan dibuat tetapi sehingga kini belum ada pihak yang tampil memberi penjelasan berhubung musibah yang menimpa penduduk di sini. Ada pihak tampil hanya menawarkan ganti rugi beberapa ratus ringgit sedangkan tanah saya sehingga kini tidak boleh diusahakan," katanya.

Jirannya, Ujang Mohamad, 46, berkata dia terpaksa mengeluarkan wang mengupah orang memulihkan kawasan kebun getahnya yang dilitupi lumpur dan kesal kerana nasib mereka diabaikan.

"Keadaan kebun saya tidak seteruk penduduk lain, tetapi saya kecewa kerana nasib kami diabaikan. Ganti rugi yang ditawarkan pula tidak setimpal dengan kerugian yang teruk akibat masalah yang disebabkan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Sentral pernah melaporkan impian 213 pembeli rumah Taman Perpaduan Height mendiami kediaman sendiri tidak kesampaian apabila projek perumahan itu terbengkalai hampir tujuh tahun, manakala pelan rumah mereka pula didakwa berbeza dengan pelan asal semasa pembelian pada 1999.

Projek terbabit dibangunkan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) secara usaha sama dengan sebuah pemaju swasta mengandungi 169 rumah kos sederhana setingkat, 55 rumah kos rendah dua tingkat dan tujuh rumah kedai berharga antara RM35,000 hingga RM65,000.

Berikutan itu, pembeli yang sebahagian besarnya kakitangan awam kecewa kerana bukan saja terpaksa menanggung hutang pinjaman, malah impian untuk berpindah ke rumah sendiri berkecai.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah, Datuk Norhayati Omar, berkata masalah penduduk Kampung Angga Bisa dalam perhatian pihaknya yang kini sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Sebelum ini, pemaju taman perumahan itu pernah menawarkan ganti rugi kepada penduduk kampung selepas menyedari masalah aliran lumpur ke tanah penduduk berpunca daripada projek yang dibangunkan mereka.

"Bagaimanapun, penduduk kampung tidak berpuashati selepas tidak menerima sebahagian lagi ganti rugi seperti dijanjikan, manakala pemaju menghilangkan diri. Masalah itu sering dibangkitkan dalam pelbagai mesyuarat dan menjadi agenda utama kita walaupun sedar agak susah diselesaikan," katanya.

Norhayati memberi jaminan pihaknya akan terus mencari jalan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah itu dengan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai itu.

FAKTA: Masalah banjir lumpur di Kampung Angga Bisa
Bermula sejak 2001 selepas projek perumahan atas bukit bersebelahan dimulakan
Menyebabkan tanah kebun penduduk dilitupi lumpur tebal dan tidak boleh diusahakan
Penduduk hanya diberikan sagu hati oleh pemaju

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20080122080608/Article/index_html

Surat Terbuka Untuk Khairy Jamaluddin

BADRUL HISHAM SHAHARIN;
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),
Parti Keadilan Rakyat

Tarikh : 20 Januari 2008

Khairy Jamaluddin,
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,

Saudara ;

CABARAN BERTEMU DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 12.

Salam sejahtera ke atas saudara dan keluarga.

Kebelakangan ini rakyat makin hidup terhimpit. Negara kini umpama diambang krisis. Harta negara berlegar dikalangan tertentu yang terus mewah sedangkan rakyat terbiar susah.

Angin pilihanraya semakin terasa. Namun seperti biasa dalam pengamalan sistem demokrasi 'ala Malaysia' kita cuma mampu meneka-neka bila tarikh pilihanraya dalam keadaan pemerintah (BN) sentiasa ketakutan menyembunyikan tarikh sebenar.

Pilihanraya kali ini dijangka akan menjadi pilihanraya terhebat dan paling kotor dalam sejarah negara. Ini kerana sokongan rakyat terhadap parti – parti alternative semakin meningkat dan protes terhadap kegagalan serta korupsi BN semakin membara.

Seperti diketahui umum saudara cuba menonjolkan diri sebagai watak penting dalam percaturan BN. Umum juga mengetahui bagaimana saudara menggunakan kedudukan rapat saudara selaku menantu Perdana Menteri untuk meraih keuntungan politik dan kewangan. Kini saudara menjadi jutawan muda paling berkuasa dalam negara.

Saudara juga sudah tentu menyedari bahawa bapa mertua saudara merupakan Perdana Menteri yang paling lemah pernah negara ini miliki dan kelemahan ini dipergunakan oleh saudara serta teman – teman saudara sepenuhnya untuk meraih keuntungan peribadi.

Sehubungan dengan itu saya dengan rasa rendah diri atas nama tanggungjawab anak muda terhadap negara mencabar saudara dalam pilihanraya umum ke 12 ini.

Kerusi P128 Seremban, kerusi bandar yang bersifat campuran mungkin menjadi medan sesuai untuk saudara menguji porpulariti dan keangkuhan kenyataan dan tindakan saudara selama ini.

Dan jika saudara tidak mempunyai keberanian untuk bertemu di kawasan Bandar dan campuran seperti Parlimen Seremban, saya juga bersedia mengikuti saudara ke mana – mana parlimen khususnya dalam Negeri Sembilan.

Saya dengan ini juga mencabar agar saudara menasihatkan bapa mertua saudara mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal (sekurang kurangnya 60 hari sebelum pilihanraya) seperti amalan negara – negara demokrasi lain bukan hanya pengumuman mengejut seolah mendapat ilham dari mimpi.

Jika saudara mempunyai keberanian menyahut cabaran ini diharap saudara juga mampu untuk menamakan kawasan pilihanraya yang bakal saudara tandingi lebih awal. Saya juga menyakini berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saudara timba dari universiti terbaik dunia mampu memahamkan saudara makna sebenar demokrasi dan dengan maruah saudara mampu turun ke gelanggang pilihanraya dengan prinsip asas demokrasi memulangkan kepada rakyat untuk menghakimi segala tindakan selama ini dan tawaran masa depan.

Salam perjuangan ;
Badrul Hisham Shaharin
http://chegubard.blogspot.com

1/21/08

Melayu Angkasa, Perut Kosong di Port Dickson

Berita Harian 21 Jan 2008. Sentral: Sekeluarga hidup daif dalam rumah usang perlu bantuan
Berita lanjut di SINI

Siapa dia calon DAP Melayu di N.Sembilan ?

Akan adakah calon DAP dari bangsa Melayu yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 ini di Negeri Sembilan ? Angin perubahan telah melanda negeri ini, terutama dari bangsa Cina dan India. Meletakkan calon DAP Melayu di Negeri Sembilan akan meraih lebih banyak undi Melayu dari kalangan penyokong PAS dan PKR. Siapakah calon tersebut ? Sebelum ini tokoh sasterawan negara pernah menjadi calon DAP di Negeri Sembilan. Ya tokoh sasterawan negara yang memperjuangkan Bahasa Melayu serta hak tanah orang Melayu, berjuang dalam DAP. Tak percaya klik SINI

1/20/08

PAS dan PKR Bergaduh ?

Ya ka PAS dan PKR bergaduh atau sekadar propaganda ? Nak tahu, datang sendiri dengar ceramah berikut.

Ceramah Kesedaran Rakyat
Bersama :
Dr Badrul Amin Baharun – Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Pusat
Dato Dr Hassan Mohd Ali – Pesuruhjaya PAS Selangor
Sdr Zulkefly Mohamed Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ahad 27 Januari 2008 Jam 9 Malam
Di Pejabat PAS Ampangan (Sebelah Surau Hitam), Seremban

Semua Dijemput Hadir

1/18/08

Teori Relativiti Ekonomi

Dulu tahun 70an Malaysia cuma sebuah negara pertanian, tidak banyak industri, tidak banyak bangunan tinggi, tidak ada industri pertoleum yang hebat macam sekarang ini yang menjana keuntungan berbillion ringgit. Tapi ingat lagi tak masa tu kita dan kawan-kawan kita ramai belajar universiti dalam dan luar negara dengan biasiswa ditanggung penuh kerajaan. Lepas tu belum habis belajar lagi dah dijamin kerja, sesuai dengan bidang yang diambil.

Sebaliknya sekarang zaman angkasa ni Malaysia semakin maju, boleh hantar angkasawan, banyak bangunan tinggi, jalan cantik-cantik, banyak pembangunan, jet pun paling canggih jet Sukhoi, ada kapal selam lagi. Tapi anak-anak kita sukar mendapat tawaran belajar di universiti luar negara, manakala biasiswa pula susah betul nak dapat, mesti betul-betul cemerlang. Yang ada ialah pinjaman PTPTN yang perlukan simpanan SSPN. Lepas tu dah berbulan , malah ada yang bertahun habis belajar sukar untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan bidang yang diambil.

Jadi , adakah Malaysia sekarang ini maju ke hadapan, atau maju ke belakang ?

Apakah ini Teori Relativiti Ekonomi dimana semakin maju sesebuah negara, semakin kurang biasiswa pelajaran dan semakin sukar mendapat pekerjaan ?

PAS dan DAP bergabung di Jelebu !

Apakah PAS dan DAP akan bergabung di peringkat Negeri Sembilan pula, dengan dibantu oleh PKR ? Berita lanjut di sini . Nampaknya orang Melayu dah tak takut dengan DAP, dan orang Cina pula tak takut dengan PAS di Negeri Sembilan ini. Tapi yang masih ada ialah Melayu yang takut dengan PAS, takut kalau undi PAS anak masuk Universiti tak dapat biasiswa. Mana ada banyak biasiswa sekarang ni, PTPTN adalah.

1/17/08

Penduduk marah dengan MB N.Sembilan

Penduduk mana yang marah sangat dengan Menteri Besar N.Sembilan ni ? Baca
sini , sini , sini dan sini

Jamuan Makan Tengahari

Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang serta Amanat Presiden Di Ambang Pilihanraya Umum
Tarikh : Ahad 20 Januari 2008
Masa :12 tengahari
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Semua Dijemput Hadir

1/16/08

19 rayu sambung tugas di Pejabat Daerah Seremban

Pilihanraya dah nak dekat ni, takkan tak boleh bantu ? Mereka merayu, bukannya mendesak. Yang memerintah N.Sembilan sekarang ni UMNO/BN, bukannya PAS/PKR/DAP. Apalah PAS/PKR/DAP boleh buat kalau mereka merayu pada PAS/PKR/DAP melainkan memberi bantuan ehsan dan motivasi. Berita lanjut di SINI

1/14/08

Menarik di Rembau Hari Ini

Sesuatu yang menarik di laman web Rembau Hari Ini di http://Rembau-Hari-Ini.blogspot.com . Mari kita bersama majukan Rembau.

Ceramah Sensasi Isu Semasa

Rabu 16 Jan 2008
Jam 9 malam
Di Batu 8, Labu, N.Sembilan
Penceramah :
Sdr Azmin Ali – Naib Presiden PKR
Dr Xavier Jayakumar – Penolong SU PKR
YB Loke – Pengerusi DAP N.Sembilan

Polis Malaysia lembap ?

Ini bukan orang lain yang kata, tapi baca sendiri artikel Utusan Malaysia 14 Jan 2008. Pemenang peraduan tertipu siasat sendiri. Lepas ni siapa buat laporan polis, siasatlah sendiri. Rumah kena rompak, cari sendiri perompak. Beg kena ragut, cari sendiri peragut. Baca Sini , juga sini dan sini

1/13/08

GHOMBAU dan RHI ?

Sesuatu bakal meletup di Parlimen Rembau. Klik sini

1/8/08

Hadiah Bantal untuk Pak Lah

Keberanian Anak Muda Malaysia dan Anak Muda N.Sembilan menghadiahkan bantal kepada PM tempoh hari. Berita lanjut di laman web MYKMU NET Gerbang Tempur Maya Kumpulan Menyokong UMNO. Klik di sini

1/7/08

Rembau Right Action Force bakal tertubuh jika ...

REMBRAF atau Rembau Right Action Force (Barisan Bertindak Hak Warga Rembau) bakal tertubuh. REMBRAF bukannya memperjuangkan hak mana-mana kaum, agama atau bangsa. REMBRAF memperjuangkan hak keselamatan warga Rembau yang semakin membimbangkan dewasa ini. Buktinya , lihat saja kes rompak dan bunuh warga tua di Kg Gadong, Rembau tempoh hari. Pembunuhnya masih bebas.

Ini menyebabkan warga tua di Rembau hidup dalam ketakutan. Ini menyebabkan anak-anak yang mempunyai orang tua mereka hidup keseorangan risau senantiasa. Ditambah lagi dengan statisitik terbaru yang menunjukkan Negeri Sembilan mencatatkan kadar penagih dadah baru yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2007.

Seakan-akan pihak keselamatan, polis, JKKK, wakil rakyat di Rembau ini sedang sibuk menghadapi persiapan pilihanraya.

REMBRAF menuntut supaya pihak polis, JKKK dan mereka yang bertanggungjawab menumpukan sepenuh tenaga mereka menjaga keselamatan penduduk di Rembau ini.

MB Negeri Sembilan makin terhimpit

Selepas kegusaran melihat lawatan DSAI disambut lebih 1000 masyarakat India di Jeram Padang (Pekan Rompin) 28 Disember lepas. 5 Januari lepas pula menyaksikan lebih 300 pekerja Ladang Kirby berkumpul menyuarakan bantahan mereka di depan Pejabat Menteri Besar NS. Sila klik untuk terus membaca.

Kes jenayah di NS semakin membimbangkan

Pembunuh warga tua di Rembau (sepupu Khairy Jamaluddin masih bebas), kadar penagih dadah baru di N.Sembilan tertinggi di Malaysia, sekarang kes ini pula. Apa sudah jadi, semakin tidak selamat kita di N.Sembilan sekarang ini !

Pesara guru kena rompak RM100,000
Berita Harian 7 Januari 2008. SEREMBAN: Sebuah keluarga kerugian kira-kira RM100,000 selepas dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang yang sebelum itu mengugut merogol ahli keluarga mangsa di sebuah rumah di Lucky Garden, Rasah, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 10.40 malam itu berlaku ketika keluarga berkenaan berehat tanpa mengunci pintu utama apabila tiba-tiba tiga lelaki masing-masing bersenjatakan parang menyerbu masuk.

Kumpulan penjenayah itu, termasuk dua yang dipercayai menunggu di luar dikatakan masuk ke kawasan kediaman dengan memanjat pagar ketika lapan ahli keluarga mangsa serta seorang pembantu rumah, semuanya berusia 12 hingga 59 tahun berada dalam rumah.

Ketua keluarga berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Gopal, 59, berkata seorang daripada penjenayah mengacu parang pada leher seorang ahli keluarganya, manakala seorang lagi ahli keluarga dicederakan apabila kepalanya dihentak ulu parang.

"Kumpulan itu juga mengugut merogol anak perempuan saya jika tidak menyerahkan barang berharga seperti wang tunai dan barang kemas. Malah, mereka sempat memberitahu terpaksa merompak kerana miskin," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pesara guru itu berkata, tiga penjenayah itu kemudian meminta kunci dua kereta miliknya sebelum melarikan diri menaiki dua kenderaan berkenaan, manakala beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, tidak lama kemudian.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080106233954/Article/index_html

Penduduk Kuala Pilah tidak mendapat pembelaan

Projek rumah rosakkan kebun
Harian Metro 7 Jan 2008. KUALA PILAH: Jika impian ratusan pembeli untuk memiliki rumah sendiri berkecai apabila projek perumahan yang dijanjikan terbengkalai sejak enam tahun lalu, penduduk Kampung Angga Bisa, Senaling, turut mengeluh kerana kebun mereka rosak akibat pembinaan itu.

Ini kerana ketika projek perumahan di atas kawasan bukit itu dijalankan, berlaku limpahan air lumpur ke bahagian bawah sehingga membanjiri kebanyakan kebun milik penduduk kampung.

Keadaan bertambah buruk apabila hujan kerana aliran air yang membawa lumpur semakin banyak sehingga menutupi tanah kebun menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian kerana kawasan itu tidak dapat diusahakan lagi.

Seorang penduduk, Sapiah Ali, 69, berkata anak pokok getah yang ditanamnya sebelum pembinaan projek perumahan itu dimulakan, musnah akibat ditimbus lumpur tanah merah yang mengalir dari kawasan bukit terb abit.

“Tanah kebun saya yang dianggarkan seluas 0.8 hektar kini tidak dapat diusahakan lagi kerana ditimbus dengan tanah merah,” k atany a .

Sapiah berkata, pelbagai aduan dibuat namun sehingga kini belum ada pihak yang tampil memberi penjelasan atau ganti rugi munasabah kepada penduduk.

“Sebelum ini, ada pihak yang tampil dan hanya menawarkan wang ganti rugi beberapa ratus ringgit saja sedangkan tanah saya sehingga kini tidak boleh diusahakan l ag i .

“Limpahan itu masih berlaku terutama ketika hujan menyebabkan penduduk sudah putus asa untuk menuntut apa-apa,” k at an y a .

Seorang lagi penduduk, Ujang Mohamad, 46, berkata dia terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk mengupah orang memulihkan kawasan kebun getahnya yang dilitupi lumpur.

“Keadaan di kebun saya tidak seteruk yang dialami penduduk lain namun saya kecewa kerana nasib kami seolah-olah diabaikan,” k at a nya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan 213 pembeli rumah mendakwa pemaju menipu mereka apabila lokasi tapak projek perumahan terbengkalai itu berbeza dengan pelan asal yang dikemukakan ketika mereka bersetuju membuat pembelian pada 1999.

Rumah itu meliputi sejumlah 169 rumah kos sederhana setingkat, 55 rumah kos rendah dua tingkat dan tujuh rumah kedai yang berharga di antara RM35,000 sehingga RM65,000.

Berikutan itu, mereka yang sebahagian besarnya kakitangan awam kecewa kerana bukan saja terpaksa menanggung pembayaran ansuran pinjaman malah impian tinggal di rumah sendiri berkec ai.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080107120114/Article/index_html

1/4/08

Kandang kuda dijadikan bilik darjah di Selangor Maju

Sekolah kandang kuda –Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

KLANG – Pada hari pertama persekolahan semalam, seramai 19 pelajar tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Tepi Sungai di sini terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa di kelas yang asalnya sebuah kandang kuda.

Bangunan yang dipisahkan dengan dinding separuh konkrit dan jeriji besi selain beratapkan zink itu bukan sahaja panas tetapi juga sempit.

Lebih teruk apabila pihak sekolah terpaksa menempatkan murid tahun satu bersama seramai 19 lagi murid tahun dua dalam kelas yang sama kerana kekurangan kelas kosong.

PELAJAR tahun satu dan dua SJKT Jalan Tepi Sungai, Klang yang terpaksa berkongsi kelas dalam bangunan bekas kandang kuda.

Tinjauan KOSMO! semalam mendapati, dua subjek pengajian untuk murid tahun satu dan dua terpaksa diteruskan dalam satu kelas oleh dua guru menggunakan satu papan tulis sahaja.

Di dalam kelas tersebut, murid tahun satu dan dua hanya diasingkan dengan cara menjarakkan sedikit susunan meja dan kerusi.

Rata-rata murid tahun satu dan dua kelihatan bosan dan keliru dengan proses pembelajaran yang jelas tidak sempurna.

Selain itu, seramai 112 lagi murid tahun tiga hingga enam turut ditempatkan di bangunan sama berstatus kandang kuda milik MPK.

Pemindahan kesemua murid terbabit adalah ekoran bangunan sekolah lama yang berusia 80 tahun itu hanya menanti masa untuk roboh.

Menurut seorang suri rumah, M. Mageswary, dia sempat melihat seorang kanak-kanak meraung dan meminta pulang ke rumah kerana takut untuk masuk ke kelas yang kelihatan pelik bagi mereka.

“Bangunan yang sepatutnya menempatkan kuda ini diubahsuai menjadi kelas, jadi memang nampak sedikit pelik,’’ katanya.

Pemandu lori, S. Murugan pula berharap projek pembinaan bangunan baru sekolah dipercepatkan.

“Kasihan tengok anak saya yang baru masuk tahun satu dan pelajar-pelajar lain yang terpaksa menumpang di bangunan kandang kuda ini sejak 2003 lagi,’’ katanya.

Guru besar sekolah, M. Muthusamy mengakui murid tahun satu dan dua terpaksa berkongsi satu kelas.

“Sebelum ini, murid tahun 5 dan 6 belajar di bangunan sekolah lama tetapi dipindahkan ke kelas yang dipinjamkan MPK ini selepas bilik sekolah lama terbakar pada 22 Disember tahun lalu,” jelasnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Bicara Karya Penulis N.Sembilan 6 Jan

Sempena Mesyuarat Agung PEN ke - 31, Bicara Karya Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) akan diadakan seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 6 Januari 2008 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah A, Kolej MARA Seremban (berhadapan Allson Klana Resort, Seremban)

Karya & Panel Pembicara :
a) Kumpulan Cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Nisah Haji Haron)
Panel : Dato' Dr. Anwar Ridhwan (mantan Pengarah Penerbitan DBP)

b) Kumpulan Puisi Maya (Agus Salim)
Panel : Prof. Madya Dr. Haji Arbak Othman (UPM)

c) Novel Beraraklah Awan Pilu (Abdul Latip Talib)
Panel : Puan Nor Azah Abdul Aziz (Utusan Publication)

d) Kumpulan puisi kanak-kanak Jasa Ibu (Zainal Abdul Kadir)
Panel : Dr. Ani Omar (UPSI)

Pencinta sastera dipersilakan hadir. Jamuan disediakan.

Sila maklumkan kehadiran anda kepada nisah.haron@gmail.com

http://www.penulisn9.blogspot.com

Jom Banjiri Dataran Merdeka 5 Jan ini

Majlis Sambutan Tahun Baru lalu di Dataran Merdeka ada permit polis ke ? Ada polis buat kenyataan akhbar kepada orang ramai, datanglah ke Dataran Merdeka untuk sambutan tahun baru kerana permit polis telah dikeluarkan ? Jangan risau, polis akan kawal mat rempit, polis akan kawal skinhead dan sebagainya ?

Oleh itu mari kita banjiri Dataran Merdeka Sabtu 5 Januari ini.
PROGRAM “CANDLELIGHT VIGIL”
Aturcara Program
8 – 10 malam
Memasang Lilin Hak Asasi Manusia
Berdoa
Bertafakur
(Tiada Demonstrasi Jalanan)
Anjuran GMI

Maklumat lanjut http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/gmi-tetap-anjur-program-bantah-isa-5-januari-ini-walau-tiada-permit.html

1/3/08

Hanya ini caranya nak ajar wakil rakyat UMNO

PENDUDUK KG. GATCO HILANG KEPERCAYAAN PADA UMNO / BN
…Encik Mohamad Nordin dalam mesyuarat tersebut menyatakan bahawa selepas berita penduduk Kg. Gatco keluar dalam akhbar HARAKAH menderu-deru pemimpin UMNO dan Jabatan Kerajaan datang ke Kg. Gatco untuk bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg. Gatco.

Berita lanjut di sini http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

Kepada pengundi di Rembau, Kuala Pilah, Senawang, Ampangan, Lenggeng dan seluruh Negeri Sembilan, ajarlah wakil rakyat anda dengan cara begini. Gertak sedikit mereka ni , kalau tak mereka akan leka berebut jawatan di peringkat bahagian, berebut nak jadi wakil rakyat, berebut projek, akhirnya tak jenguk rakyat.

Bakal meletup “Hidden Camera Detector”

Perniagaan yang bakal meletup selepas ini. “Hidden Camera Detector” atau Alat Untuk Mencari Kamera dan Mikrofon Tersembunyi. Sesuai untuk pasangan suami isteri yang menginap di hotel. Sesuai untuk wanita yang menyalin pakaian di bilik persalinan. Sesuai untuk wanita yang menggunakan tandas awam. Sesuai untuk wanita yang menyewa rumah. Sesuai untuk ahli politik yang sedang membincangkan strategi plihanraya atau pemilihan parti.

Ini bukan skim cepat kaya. Tapi siapa yang menjalankan perniagaan ini diramal akan menjadi jutawan.

Harga tak mahal, kurang RM 1000. Dengan kurang dari RM 1000, maruah anda sekeluarga akan terselamat. Rahsia parti dan strategi politik tidak akan terbongkar.

Kementerian Pelancongan digesa memberi subsidi untuk membeli alat ini untuk memberi keyakinan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk menjadikan negara ini selamat dari mat-mat skodeng professional dan amatur.

http://www.brickhousesecurity.com/spy-camera-phone-tap-detectors.html
http://www.surveillance-spy-cameras.com/camera-detector.htm

Industri perhotelan negara dijangka merudum

Industri perhotelan negara serta industri pelancongan dijangka akan merudum, bukan oleh sebab pelancong takut datang ke Malaysia kerana di negara ini terdapat demonstrasi jalanan.

Tetapi pelancong luar negara telah mula hilang keyakinan terhadap keselamatan peribadi mereka. Apa ke tidaknya, kalau seorang menteri kabinet pun tidak selamat di Malaysia ini, apatah lagi pelancong asing atau rakyat jelata.

Sekiranya tiada tindakan besar-besaran untuk memastikan keselamatan bilik hotel, bilik persalinan, tandas di Malaysia ini bebas dari kamera tersembunyi, maka susahlah untuk meyakinkan pelancong dalam dan luar negara untuk melancong ke Malaysia

Sekiranya dalang yang mengambil DVD lucah bekas Menteri Kesihatan Malaysia tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, selagi itu rakyat tidak berasa selamat, seperti mana pembunuh Nurin Jazlin belum ditangkap. Atau mungkin tidak dapat dihadapkan ke mahkamah kerana Malaysia tidak mempunyai Akta Privasi yang lengkap ? Maka ini akan lebih menakutkan pelancong dalam dan luar negara.

Jadi , adakah pelancong takut datang ke Malaysia sebab tahap keselamatan semakin lemah atau oleh sebab demonstrasi jalanan ? Fikir fikirkan.

1/2/08

Harapan Anak Muda Kepada Seorang PM

Perhimpunan Anak Muda Se Malaysia menghantar memorandum Sempena Tahun Baru
Jumaat 4 Januari 2008
Jam 11.00 pagi
Di hadapan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
“Semua Anak Muda Dijemput Hadir”
Maklumat lanjut hubungi chegubard@gmail.com

Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut ialah pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia :

Jauhi seks luar nikah, setia kepada pasangan anda

WHO Menganggarkan Lebih 333 Juta Kes Baru Penyakit Kelamin (STD) Setiap Tahun.

Terdapat lebih 20 jenis STD. Sifilis, Gonorrhea, HIV/AIDS, Klamidia, Trikomoniasis,
Kandidiasis, dan Herpes adalah tujuh STD yang paling kerap menjangkiti penduduk Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.infosihat.gov.my/KCHS%201992%20-%20HIVAIDS/Pameran_PDF/Pameran%20STD/PAMERAN_STD_01.pdf