KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

2/25/08

Kenali Calon PAS Negeri Sembilan

Kenali dengan lebih dekat calon-calon PAS yang betanding dalam pilihanraya umum ke 12 tahun 2008. Slik klik pautan berikut http://calonpasn9.blogspot.com

2/21/08

Talian telefon tetap Ulu Klawang kerap rosak

SAYA dan ramai lagi penduduk di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan berhadapan dengan masalah ketiadaan pusat transmisi telefon bimbit menyebabkan pengguna telefon itu tidak dapat menggunakan telefon mereka.

Ada pusat transmisi di kampung saya, namun ia belum beroperasi.

Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyegerakan operasi pencawang itu kerana talian telefon tetap yang ada di kampung kami sering rosak.

Penduduk berhadapan dengan kesulitan apabila berlaku kecemasan berikutan kesukaran untuk berhubung dengan kawasan luar.

Penggunaan telefon bimbit kini menjadi keperluan bukan kemewahan.

MAYANG SARI,
Jelebu, Negeri Sembilan.
Berita Harian 21 Feb 2008

Rayuan Dana Pilihanraya DUN N06 Palong , NS

Kepada rakan-rakan seperjuangan, aktivis dan para penyokong agar dapat menghulurkan bantuan kewangan untuk melancarkan gerak kerja pilihanraya untuk kawasan DUN N06 Palong , Negeri Sembilan. Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi Saudara Arifin , Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Bahagian Jempol 019-3572986 , 016-2862481

2/19/08

Isu Orang Utan , indahnya Bahasa Melayu

Bangsa Melayu kaya dengan peribahasa. Dan peribahasa Melayu ada kalanya menggunakan binatang sebagai kiasan, seperti babi, anjing, ayam dan sebagainya. Mungkin sebab generasi sekarang sudah lupa asal usul peribahasa Melayu , maka mereka menganggap apabila orang lama-lama menggunakan binatang sebagai kiasan, ianya satu cacian.

Contohnya seperti “Engkau ni macam ANJING BERANAK ENAM lah”. Adakah kita mengatakan kawan kita tadi anjing ? Tidak . Maksud kita ialah kawan kita tadi kurus sekali. Kesian kita tengok dia. Lalu kita nasihatkanlah dia supaya menjaga kesihatan.

Bukankah binatang itu makhluk Allah juga. Binatang sentiasa berzikir kepada Allah , tetapi manusia ada yang tidak bersyukur nikmat yang dianugerah Allah.

HIDUP BAHASA MELAYU !

Beberapa peribahasa yang menggunakan binatang :

Babi merasa gulai. Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya).

Badak makan anak. Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.

Bagai anjing beranak enam. Kurus sekali.

Bagai anjing buruk kepala. Orang yang sangat benci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing kepala busuk).

Bagai ayam disambar elang. Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang).

Bagai ayam mabuk tahi. Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah

Rujukan : http://www.karyanet.com.my/bahasa/kamus_peribahasa/index_peribahasa.php?alpha_abjad=b

Di N.Sembilan, undi PAS yang untung UMNO

Senario politik di Negeri Sembilan untuk PAS adalah amat berbeza sekali dengan lain-lain negeri di Malaysia ini. Ini adalah kerana Melayu di Negeri Sembilan ini tiada seorang pun suara pembangkang. Apabila tiada suara pembangkang maka parti yang berkuasa di negeri ini seolah-olah merasa begitu selesa kerana sokongan majoriti rakyat N.Sembilan.

Apabila parti yang memerintah merasa begitu selesa dengan sokongan majoriti rakyat terutama orang Melayu Negeri Sembilan, maka tidak ada persaingan politik. Ini boleh dilihat denagn tawaran pembangunan untuk Negeri Sembilan ini begitu sedikit jika dibandingkan dengan negeri lain yang kuat pembangkang. Hinggakan Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau sanggup pergi ke Kelantan menggerakkan jentera pilihanraya di sana, tetapi tidak menghabiskan sepenuh masa, tenaga dan kewangan untuk menambat hati pengundi, hati petugas UMNO di Negeri Sembilan dan Rembau khususnya.

Kenapa dikatakan di N.Sembilan ini jika undi PAS yang untung UMNO ? Jika diperhatikan, PAS hanya akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan ini, sementara PKR 12 kerusi dan DAP 11 kerusi. Andaikata, satu pencapaian atau keputusan yang hampir mustahil untuk PAS memenangi kesemua 13 kerusi di N.Sembilan ini, adalah mustahil PAS akan memerintah N.Sembilan kerana hanya memenangi 13 dari 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Justeru itu apabila PAS memenangi mana-mana DUN di Negeri Sembilan ini, sudah pasti DUN tersebut akan menjadi tumpuan UMNO untuk memenanginya semula. Maka besar kemungkinan banyaklah projek pembangunan yang akan dibuat di DUN tersebut yang akan disalurkan melalui Bahagian dan Cawangan-cawangan UMNO di DUN tersebut. Maka siapa yang akan untung sekarang kalau bukan UMNO di DUN tersebut ? Kalau tidak percaya , ahli-ahli UMNO di Negeri Sembilan ini, tanyalah pada ahli-ahli UMNO yang kuat pembangkang terutama di Kelantan dan Terengganu.

Oeh itu orang UMNO, ahli UMNO, ketua-ketua cawangan UMNO , Puteri UMNO , Putera UMNO , tidak perlulah risau untuk mengundi PAS di Negeri Sembilan ini. Anda sendiri yang akan mendapat keuntungan dari sudut material.

Inilah yang dinamakan Politik Logik , Politik Statistik ( The Politic of Logic and the Politic of Statistic )

2/12/08

Tanah Wakaf Masjid Port Dickson Dibuat Bengkel

Sudah terdapat orang Melayu beragama Islam, berani memohon bagi menjalan aktiviiti perniagaan (bengkel baiki kereta) di atas tanah rezab kubur orang Islam di Jalan Bypass Port Dickson.

Pagar telah didirikan dan tiang-tiang sudah di tegakan.

Asal tanah tersebut telah di gazzetkan sebagai tanah wakaf untuk perkuburan orang Islam di sekitar pekan Port Dickson dan Jln Seremban.

Tanah wakaf tersebut adalah di bawah kelolaan Masjid Jamek Port Dickson, yang mana pihak masjid tersebut telah berusaha menghalang aktiviti-aktiviti ini, secara bermesyuarah dengan pemilik bengkel tersebut, dan enggan meninggal tempat tersebut.

Mesyuarat antara AJK Masjid Jamik dan Masjid Khariah Kg Paya telah di adakan, persetujuan telah dibuat,

1. Menghantar surat bantahan kepada MB, salinan kepada Pejabat Tanah Port Dickson, JAINS, Pegawai Daerah dan Jabatan Mufti N. SEMBILAN. (Sudah dikeluarkan) dan jika tidak berhasil,

2. Menanda tangani surat bantahan oleh semua penduduk yang bermastautin di sekitarnya akan diserahkan kepada MB N. SEMBILAN dan jika masih gagal, maka

3. Piket akan diadakan berhampiran tapak perniagaan tersebut ditepi jalan Bypass Road, bagi meraih perhatian dan simpati orang awam dan akhbar tempatan.

Ini boleh di kategorikan SALAH GUNA KUASA terhadap tanah wakaf di N. SEMBILAN.

Harap dapatlah kita menghalang perkara saperti ini berlaku dan ini adalah yang pertama kali berlaku dalam Malaysia setelah 50 tahun Merdeka

Berita lanjut di sini CeguBard

2/11/08

Kejadian pecah rumah berleluasa di Seremban

Harian Metro 11 Feb 08. SEREMBAN: Penduduk sebuah taman perumahan di Labu, di sini, fobia dengan kekerapan kejadian pecah rumah membabitkan penjenayah bersenjata hampir setahun lalu.

Seorang penduduk hanya mahu dikenali Idris, 42, berkata setiap minggu sekurang-kurangnya sekali kejadian atau cubaan pecah rumah berlaku di kawasan perumahan yang mempunyai kira-kira 1,500 rumah itu.

Katanya, kejadian itu terus berleluasa apabila tiga kejadian pecah rumah berlaku membabitkan kumpulan penjenayah bersenjata, Januari lalu.

“Perbuatan itu terus menghantui penduduk di taman perumahan ini apabila sebuah lagi rumah dipecah masuk pada awal pagi, minggu lalu,” katanya di sini, semalam.

Idris berkata, untuk mengatasi masalah itu penduduk taman perumahan terbabit mengambil keputusan mengadakan rondaan secara berkumpulan setiap malam secara bergilir-gilir.

“Usaha dilakukan itu adalah sesuatu merbahaya kerana penjenayah terbabit dipercayai menggunakan senjata seperti pisau ketika merompak,” katanya.

Idris berkata, usaha itu terpaksa diteruskan bagi memastikan jenayah itu dapat dikurangkan.

Terdapat penduduk yang fobia dengan kejadian jenayah itu menjual rumah mereka dan mendiami di kawasan perumahan yang lebih selamat di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu, Datuk Muhammad Shahlan Shaid, berkata pihaknya sedang mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, pasukan Rukun Tetangga yang terdiri daripada penduduk di taman perumahan itu akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat.

“Tumpuan ahli rukun tetangga itu adalah golongan muda bagi membolehkan usaha mengatasi masalah jenayah di kawasan itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Muhammad Shahlan berkata, pihaknya juga meminta kerjasama polis supaya kerap mengadakan rondaan di kawasan perumahan itu.

“Hampir sejam sekali rondaan diadakan dan usaha itu masih diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya meminta kerjasama semua pihak yang terbabit bagi membolehkan taman perumahan yang didiami selamat daripada jenayah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080211093925/Article/index_html

2/5/08

Bersama Anwar Ibrahim Jelajah N.Sembilan 15-16 Feb

Edaran Limau dan Lawatan Mesra Sempena Tahun Baru Cina
Bersama Tian Chua dan cheGuBard
Rabu 6 Februari 2008
9.00 pagi Kg. Baru Paroi (ada sidang media)
11.00 pagi Pekan Rantau
Pertanyaan 0123696474

Bengkel Hak Warga
Sabtu 9 Februari 2008 - 3.00 petang
Rahang, Seremban
Hubungi 0123696474
Anjuran Seketeriat Bertindak Anak Muda

Majlis keADILan NS bersama Media dan Bloggers
Sempena Tahun Baru Cina
Ahad 10 Februari 2008, 10.30 pagi
Pejabat keADILan NS, Seremban
(Semua bloggers dan penyokong dijemput hadir)

Anwar Ibrahim bersama pengundi DUN Rantau
Jumaat 15 Februari 2008, 4.00 petang
Bilik Gerakan DAP-keADILan Rantau
Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan
Pertanyaan 0123696474

Majlis Mesra Tahun Baru Cina bersama Anwar Ibrahim
Jumaat 15 Februari 2008 - 6.00 petang
Bersama : Datuk Kamarul Baharin, YB Antony Loke, cheGuBard, Chai Tong Chai
Dewan Cii Shan Liang Kong, Pekan Bukit Pelanduk, N.Sembilan

Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Rakyat DUN Linggi
Sabtu 16 Februari 2008 - 8.30 malam
Bersama : Saifuddin Nasution, Datuk Kamarul Bahrin, che'GuBard
Kg. Sg. Raya, Pasir Panjang, Port Dickson
Pertanyaan 0172406627

2/4/08

Kursus Pertahanan Diri Untuk Mat Rempit

Mat Rempit yang merempit walaupun mereka melanggar undang-undang, mereka tetap mempunyai hak apabila ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka adalah manusia juga dan perlu dilayan sebagai manusia dan rakyat Malaysia dalam sistem perundangan Malaysia. Satu kursus undang-undang khas untuk Mat Rempit akan dianjurkan pada Sabtu 9 Feb jam 3 ptg ini di Seremban secara percuma. Tempat terhad kepada 50 peserta sahaja, sila daftar awal. Hubungi Azizi 0123696474 atau klik link berikut Chegubard