KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

3/28/08

612 Rumah Bandar Utama Tampin 6 tahun tak siap

Tak kasihan ke tengok bekas kakitangan Telekom Malaysia , Basir Ahmad dengan pencen RM800 terpaksa menyewa rumah RM200 sebulan, terpaksa pula membayar ansuran pinjaman bank RM600 sebulan untuk rumah terbengkalai. Manusia mana yang tidak berhati perut yang menganiaya rakyat Negeri Sembilan ini ? Siapa yang akan membela 612 orang di Tampin ini ? Cerita lanjut di Perumahan Terbengkalai NS

3/27/08

Pusat khidmat di 15 DUN yang dikuasai pembangkang di N.Sembilan

EDISI WILAYAH Sentral: BN prihatin nasib rakyat
Oleh Ahmad Naim Tahir dan Arhiza Ahmad

Pusat khidmat di 15 Dewan Undangan Negeri yang dikuasai pembangkang sedia terima aduan penduduk

REMBAU: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan membuka pusat khidmat menempatkan petugas sepenuh masa di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai pembangkang yang akan turut dijadikan anak angkat kepada wakil rakyat BN di kawasan berhampiran.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu bagi memastikan semua masalah rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang diberikan perhatian walaupun majoriti pengundinya tidak memilih BN pada pilihan raya umum lalu.

"Kita mahu memastikan khidmat BN di kawasan berkenaan berterusan kerana kerajaan mesra rakyat. Pusat khidmat ini tidak akan dibuka mengikut parti komponen, sebaliknya dikendalikan seorang petugas untuk meninjau, merekod dan membawa apa juga masalah rakyat di kawasan itu kepada kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah daerah Rembau 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah, Astana Raja, Kota, dekat sini semalam.

Katanya, perkara itu yang membuktikan kerajaan tidak menganaktirikan rakyat di kawasan pembangkang akan dibawa dalam mesyuarat BN negeri dalam tempoh terdekat untuk kelulusan

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080327071535/Article/index_html

Tak setuju levi RM 10 pekerja asing di Selangor

Anak Muda Kampung N.Sembilan amat tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengenakan levi ke atas para majikan berjumlah RM10 sebulan bagi setiap pekerja asing yang diupah yang bertujuan akan digunakan untuk membiayai pembangunan kerjaya belia di negeri ini dan juga sebagai kaedah untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Jika kita hendak mengenakan levi ke atas pekerja asing, faedahnya mestilah untuk pekerja asing. Masalah utama kebanjiran pekerja asing pada ketika ini ialah mereka ini amat mudah terjebak dalam gejala sosial dan jenayah.

Jika diamati tiada badan yang memantau pembangunan rohani pekerja asing ini samada mereka ini beragama Islam, Hindu , Kristian dan sebagainya.

Pekerja asing yang beragama Islam, sekiranya mereka mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam sudah pasti mereka tidak akan terjebak dalam gejala sosial dan jenayah.

Apa yang tidak dipersetujui oleh AMKNS ialah tujuan levi itu dikenakan. Jika ianya bertujuan untuk diolah satu program untuk pekerja asing agar kebajikan, pembangunan rohani mereka terbela maka teruskanlah. Tapi jika ianya bertujuan untuk membantu belia, maka perlu difikirkan cara lain, sumber lain.

Harus diingatkan, Blogger tidak semestinya menyokong PAS , PKR atau DAP. Blogger akan terus menyuarakan pendapat baik siapa pun yang memerintah baik BN, baik PAS, baik PKR mahu pun DAP.

Jika sayangkan bangsa Melayu sila buat yang berikut

Jika kita sayangkan bangsa Melayu sila buat sesuatu untuk membantu bangsa Melayu, bukannya mengapi-apikan sentiman perkauman.

Jika sayangkan bangsa Melayu dari terjerumus ke api neraka, bimbinglah mereka untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat ganjaran syurga yang kekal abadi.

Jika sayangkan bangsa Melayu marilah kita berkorban tenaga, wang ringgit dan masa untuk membimbing mereka yang rosak akhlak, keciciran dalam pelajaran, ditinggalkan bapa dan suami, terjebak dalam lembah pelacuran, hilang punca dalam rasuah, ketagihan dadah , bimbinglah mereka ke arah masyarakat yang penyayang, prihatin, berlemah lembut, berbudi bahasa dan sentiasa memaafkan.

Jika sayangkan bangsa Melayu, pertingkatkanlah ilmu kita, perkukuhkanlah iman kita, mantapkan kewangan kita agar kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Jika sayangkan bangsa Melayu, bantulah bangsa Melayu. Jangan diambil hak bangsa lain. Kerana bangsa lain juga mempunyai hak mereka di dunia ini, mempunyai hak mereka di Malaysia ini.

Ingatlah , bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Iban dan bangsa apa sekali pun datangnya dari keturunan yang sama , iaitu keturunan Nabi Adam as.

3/26/08

DEKLARASI PERDANA 10 KEPRIHATINAN

DARI LAMAN BLOG JAWATANKUASA AD-HOC WARGA PRIHATIN MALAYSIA (PRIMA)
(menentang perhambaan minda manusia kepada manusia)

DEKLARASI
1. Keprihatian Pertama: Bangsa Melayu adalah pewaris yang sah di bumi bertuah Malaysia sebagai peribumi. Justeru identiti atau jatidiri MELAYU dari segi BAHASA, KEUDAYAAN dan AGAMA mestilah dipertahan, dlindung dan diperjuangkan sebagai legasi seluruh zaman.

2. Keprihatinan Kedua: Keluhuran PERLEMBAGAAN NEGARA yang menjamin HAK ISTIMEWA BANGSA, BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA, ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA dan KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU yang melindungi kepentingan ISLAM dan BANGSA MELAYU mestilah menjadi sumber kekuatan perjuangan BANGSA dan para pemimpinnya tanpa kompromi.

3. Keprihatinan Ketiga: KETUANAN MELAYU dalam kepimpinan politik khasnya dan bidang-bidang lain amnya mestilah dipertahankan secara konsisten demi memelihara, di samping menjaga kepentingan masa depan BANGSA.

4. Keprihatinan Keempat: INSTITUSI RAJA sebagai tonggak kerajaan Malaysia mestilah dipertahan, dilindung dan dilestari demi menjamin iltizam MELAYU dan kesyumulan ISLAM sebagai pewaris tradisi kepimpinan dan legasi KETUANAN MELAYU. Justeru Duli Yang Maha Mulia RAJA-RAJA MELAYU mestilah selaras memperlihatkan kewibawaan dan tingkahlaku sesuai dengan status mereka sebagai RAJA BERPERLEMBAGAAN.

5. Keprihatinan Kelima: ISLAM sebagai agama rasmi NEGARA mestilah membawa pendekatan kesyumulan ISLAM sebagai ADDEN yang dinamik, progresif dan reformis menurut peredaran masa.

6. Keprihatinan Keenam: DASAR EKONOMI BARU (DEB) mestilah diteruskan sebagai kesinambungan menjaga kepentingan MELAYU dalam bidang ekonomi, di samping melindungi daripada dipinggirkan oleh anasir-anasir luar dan dalam yang menentang hak kepentingan MELAYU.

7. Keprihatinan Ketujuh: Dalam melaksanakan PEMBANGUNAN NEGARA kepentingan NEGARA dan MELAYU mesti diutamakan agar MELAYU tidak terpantul menjadi seperti ‘ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan’ oleh kerana amalan ‘kera di hutan disusukan, anak di pangkuan ditinggalkan’!

8. Keprihatinan Kelapan: ILMU menjadi tuntutan ISLAM. Justeru BANGSA MELAYU mesti menjadikan ILMU sebagai sumber kekuatan UMMAH, dan para pemimpin MELAYU yang berkuasa metilah bertanggungjawab memperkasakan khazanah ILMU dalam perjuangan mereka agar BANGSA MELAYU mampu menjadi benteng mempertahankan KETUANAN MELAYU hingga ke akhir zaman.

9. Keprihatinan Kesembilan: Demi memperkasakan BANGSA MELAYU maka pendidikan dalam segala bidang kehidupan mestilah diutamakan agar MELAYU tidak terpinggir di tanah pusakanya atau ‘menjadi pengemis di tanah airnya’ oleh kerana daif dalam bidang keilmuan dan muflis tata pengetahuan, apabila persaingan ‘dunia langit terbuka’ dan ‘dunia tanpa sempadan’ menjadi cabaran global.

10. Keprihatinan Kesepuluh: PEMIMPIN datang, PEMIMPIN pergi! BANGSA MELAYU mesti bijak memilih para PEMIMPIN yang BERILMU, bermoral mulia, tidak memperdagangkan AGAMA, BANGSA dan NEGARA; perlu memusuhi korupsi, meletakkan kepentingan RAKYAT JELATA di atas kepentingan peribadi, mengamalkan KEADILAN dan tidak berlaku zalim. Sekiranya mereka salah pilih PEMIMPIN maka gerhanalah masa depan BANGSA MELAYU, hancurlah NEGARA dan pudarlah sinar ISLAM.

3/25/08

RM500 cukup untuk adakan majlis perkahwinan

Percaya atau tidak dengan hanya RM500 cukup untuk mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia ini. Kalau tak cukup RM500 , boleh bayar ansuran pula. Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang telah memulakan langkah. Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai bagaimana ?

Kosmo 25 Mac 2008 Majlis kahwin RM500 setiap pasangan

JOHOR BAHRU - Hanya bayar sebanyak RM500, anda dan pasangan boleh menyertai Majlis Perkahwinan Beramai-ramai anjuran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pasir Gudang pada 15 Jun depan.

Lebih menarik, pihak penganjur turut menyediakan pakej bayaran secara ansuran mengikut kemampuan masing-masing sebelum tarikh majlis itu dilangsungkan.

Menurut Yang DiPertuanya, Tan Sri Muhammad Ali Hassim, program yang memasuki tahun ketiga itu mempunyai matlamat untuk membantu memudahkan urusan dan mengurangkan kos bagi pasangan yang ingin berkahwin.

"Penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana pasangan beragama Islam dan setiap pasangan hanya dikenakan bayaran minimum sebanyak RM500 sahaja.

"Bayaran tersebut merangkumi kos jurunikah, pakaian pengantin, andaman, perarakan kompang, bunga manggar, liputan video, pelamin serta jamuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, majlis pernikahan akan berlangsung pada sebelah pagi di Masjid Jamek Pasir Gudang, manakala kesemua pasangan pengantin, ahli keluarga dan para tetamu akan diraikan dalam majlis jamuan di pekarangan masjid berkenaan.

Muhammad Ali memberitahu, penganjuran program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial PBT Pasir Gudang seterusnya mengurangkan masalah sosial dan menonjolkan kehidupan masyarakat Hadhari di Pasir Gudang.

Secara keseluruhannya, seramai 42 pasangan telah berjaya dinikahkan sepanjang dua tahun penganjuran program berkenaan di Pasir Gudang.

Penganjuran majlis berkenaan diuruskan oleh Convenue Marketing Sdn. Bhd. dan pasangan yang berminat untuk menyertainya, bolehlah menghubungi Abdul Rashid Elias di talian 019-7711995 atau Hafisan di 019-7959965.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Kemudahan perumahan untuk pengantin muda di N.Sembilan ?

Dapatkah kerajaan BN Negeri Sembilan mencontohi kerajaan PAS Kelantan untuk membantu pengantin muda ? Takkan tak dapat kot, Kelantan yang dicanang-canang sebagai negeri miskin , mundur, tiada pembangunan boleh buat, takkan Negeri Sembilan , negeri kaya, banyak pembangunan, 50 tahun BN perintah tak boleh buat ?

Berita Harian 25 Mac 2008. Timur: Kemudahan perumahan untuk pengantin muda

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan merancang memudahkan anak muda Kelantan melayari bahtera perkahwinan pada masa depan dengan menyediakan kemudahan pendahuluan antara 10 hingga 20 peratus bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata usaha ini sudah lama difikirkan tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan ia membabitkan soal kewangan negeri.

Katanya, kerajaan negeri berusaha menyediakan kemudahan ini bagi menjinakkan remaja liar di Kelantan yang berhasrat untuk kahwin tetapi tidak berkemampuan daripada terus terjebak dalam masalah sosial.

"Saya sudah lama sangat dok fikir bagaimana anak muda Kelantan dapat dikahwinkan dengan mudah dan satu dari benda dok fikir dalam kepala saya berpuluh-puluh tahun ialah kalau boleh, kita (kerajaan negeri) nak bayar sebahagian daripada harga rumah.

"Katakanlah, harga rumah teres, kita bagi 10 atau 20 peratus kepada pengantin sebagai cagaran untuk mereka memiliki rumah berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas mengahwinkan anak Pengerusi Parti Progresif Rakyat (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Yusoff iaitu Nik Aidil Maria, 32 dengan Muzzalman Shah Ismail Muzani, 34, di kediaman Nik Sapeia dekat sini, semalam. Hadir sama Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, usaha ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal dulu tetapi disebabkan masalah kewangan ia terpaksa ditangguhkan.

"Saya peram (tangguhkan) dulu perkara ini disebabkan masalah kewangan dan mudah-mudahan selepas ini mereka dapat melayari bahtera hidup dengan lebih senang berbanding dulu," katanya.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang ialah usaha hendak jinakkan remaja yang ada hasrat hendak kahwin tetapi tidak mampu.

"Remaja di Kelantan liar. Seks ni seperti lapar nasi, serupa bila kita lapar nasi, duit tidak ada, akan mencuri dan memberontak. Oleh itu kerajaan negeri berusaha untuk memudahkan mereka kahwin. Insya-Allah ia akan memudahkan mereka melayari bahtera nanti," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20080325081459/Article/index_html

3/24/08

Siapa boleh bantu gadis ini di Port Dickson ?

Azlin Abdul Jalil 30 tahun dari Taman Perumahan Dataran Segar , Port Dickson menderita sakit misteri. Ada sesiapa yang sudi membantu ?

Overweight and troubled

Azlin Abdul Jalil was stricken by a mysterious illness in 1998 that caused her to gain weight at an alarming rate. She hopes someone can help her.

NST 24 March 2008. PORT DICKSON: Azlin Abdul Jalil leads an isolated, miserable life. The 30-year-old weighs 160kg and is ashamed of her appearance.

In 1998, she was stricken by a mysterious illness that caused her to gain weight at an alarming rate. She has become a recluse and hardly leaves her Taman Perumahan Dataran Segar home. She is unable to walk much because her legs are swollen.

"I had to stop my studies in hotel management at Universiti Tun Abdul Razak because of my condition. I used to be a lively and cheerful person. Now I have become the opposite. I am ashamed to leave the house. I only do so if I have no choice."

She said at times she had to help her 68-year-old mother, Zaitun Andek, who operates a school canteen near their home.

"My mother is old and she cannot work much longer. My father died about a year ago."

She does not know the reason for her weight problem. She said she spent about RM400 a week on medication.

"The doctor told me I would need about RM60,000 for treatment. I don't want to burden my family. I hope to get help to resolve my problem."

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2194379/Article/index_html

Daulat Tuanku

Bismillah Hirrahman Nirrahim
Alhamdulillah Hirabilalamin
Wassalatu Wassalamuala Asyarafil Anbiyai Wal Mursalin, Saidina Muhammadin Wa Alihi Wassahbihi Azamain.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakan taufik, peliharakan dan lindungilah Raja kami, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang dengan kehendak-Mu jua Ya Allah menjadi pemimpin kami supaya Baginda akan dapat memimpin dan memerintah dan menjadikan Negara Malaysia makmur dengan kemajuan ilmu pengetahun, kebaikan, keamanan, kemewahan dan kejayaan.
Rabbana Atinafitdunia Hasanah Wafilakhirati Hasanah Wakina Azabanar
Wassallahuala Saidina Muhammadani Waala Akidmanar. Wasalullahi Ala Saidina Muhammadin Waalaalihi Wasabihi Wassalam Walhamdulillahi Rabbil Alamin.

3/19/08

Cukai tanah turun 50% di Negeri Sembilan ?

Apakah kerajaan Negeri Sembilan akan mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat Negrei Sembilan , turun cukai tanah , hapuskan kompaun, tiket percuma Liga Super, bas percuma ke Jelebu ?

Takkan kerajaan Negeri Sembilan 50 tahun Perikatan/BN/Umno perintah Negeri Sembilan tak boleh beri insentif pada rakyatnya ?

Takkan kerajaan setahun jagung di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor yang diperintah Barisan Rakyat boleh beri pelbagai insentif ?

Kalau tak cukup duit, minta Dato Seri Mohammad Hassan arahkan semua wakil rakyat BN potong 30% gaji mereka seperti wakil rakyat PAS di Selangor, atau 50% seperti wakil rakyat PAS di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau, tidak membuat pengubahsuaian pada rumah dan pejabat, tolak semua elaun untuk disalurkan untuk membantu rakyat Negeri Sembilan.


KERAJAAN BARISAN RAKYAT MULA TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT MASING-MASING

Kedah beri tiket percuma, turunkan cukai tanah

Kedah bawah kerajaan pimpinan PAS-PKR akan menurunkan tidak lebih 30% cukai tanah daripada kadar hari ini, kata menteri besarnya Azizan Abdul Razak.

"Azizan juga menghadiahkan tiket percuma kepada rakyat negeri itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Azizan antaranya berhasrat memajukan lagi industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan menambah produk pelancongan, termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah.

Beliau dilaporkan berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau itu dan Kedah turut merancang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi berasingan untuk wanita dan lelaki.

Selangor tunai janji air percuma

Bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu dirancang berkuatkuasa mulai April ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pulau Pinang dan Perak hapuskan saman kerajaan tempatan

Di Perak dan Pulau Pinang, Menteri Besar dan Ketua Menterinya mengumumkan pemansuhan segala saman kerajaan tempatan yang dikeluarkan kepada rakyat sehingga ke tarikh perlantikan kedua-dua ketua kerajaan negeri tersebut.

http://pemudabukitkatil.blogspot.com/2008/03/kerajaan-barisan-rakyat-mula-tunaikan.html

3/17/08

DAP komen DEB je, tapi Gerakan cadang UMNO dibubar ?

Apabila DAP komen mengenai DEB, ianya menjadi tajuk utama akhbar , sehinggakan ada golongan yang mengamalkan “Ini Bukan Budaya Kita” iaitu mengadakan demonstrasi. Sekarang Gerakan pula mencadang supaya BN menjadi parti tunggal mewakili semua kaum (sepertimana PKR). Ini secara tidak langsung membubarkan UMNO, MIC dan MCA serta lain-lain parti yang berasaskan perkauman, atau pun mengubah perlembagaan parti supaya semua parti berasaskan perkauman dibuka untuk semua kaum.

Mana lebih besar impaknya pada orang Melayu, bubar DEB atau bubar UMNO ?


BN satu parti tunggal?

Utusan Malaysia 17 Mac 2008. IPOH 16 Mac - Parti Gerakan Perak hari ini mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.

Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN.

Sehubungan itu katanya, UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain perlu membuat keputusan untuk meminda perlembagaan parti bagi membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan tidak mengehadkan kepada satu parti sahaja.

''Keputusan pilihan raya minggu lalu menunjukkan pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan kerana ramai pengundi Cina dan India memilih Pas atau pengundi Melayu mengundi DAP.

''Ini adalah tanda menunjukkan politik perkauman sudah berkurangan dan inilah waktunya BN mengkaji komposisi dan ideologi parti masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita Gerakan Kebangsaan, Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Pemuda Gerakan Kebangsaan, Datuk Mah Siew Keong.

Ko Youn berkata, keputusan itu dibuat oleh Gerakan Perak selepas mengambil kira pandangan daripada 24 Ketua Bahagian Gerakan seluruh negeri ini dalam satu mesyuarat khas semalam yang membincangkan punca kekalahan BN dan Gerakan di Perak.

''Suasana politik dan sosial semasa menunjukkan BN boleh menjadi parti tunggal dan ia amat penting untuk melawan parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Kalau kita masih kekal dengan politik 1960-an, kita tidak boleh terus hidup," katanya.

Menurut Ko Youn, pemilih sekarang tidak lagi memilih calon kerana wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan cemerlang pun turut kalah pada pilihan raya lepas.

''Masa sudah berubah. Semua kaum mesti bersatu demi landskap politik yang baru di negara ini," katanya.

Beliau mencadangkan BN melakukan perubahan itu sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pada pilihan raya lepas, Gerakan kalah semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi parti itu di Perak.

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2008&y=2008&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

3/13/08

Mohamad Hassan patut undur jadi MB Negeri Sembilan

Fuad Rahim

Jika kejatuhan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dianggap 'tsunami' politik BN bagi negeri-negeri ini, ia sebenarnya turut memberi tempias kepada Negeri Sembilan, walaupun Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Hassan masih boleh mengangkat sumpah jawatan.

Sebagaimana desakan mahukan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya melepaskan jawatan, sebenarnya desakan serupa ditujukan juga kepada Mohamad di Negeri Sembilan.

Cuma, Mohamad buat-buat 'tidak dengar' desakan itu dan dengan penuh kesombongan menggatakan; 'ini adalah perkara biasa' walaupun umum mengetahuinya, Negeri Sembilan tidak pernah mengalami kekalahan begitu teruk, walapun suatu ketika negeri ini pernah melahirkan Pengerusi DAP, Dr Chan Man Hen dan Timbalan Presiden Semangat 46, Dato' Seri Rais Yatim.

Perdana Menteri, sibuk mempertahankan menantunya, Khairy Jamaluddin 'tidak mempengaruhinya membuat sebarang keptusan’ tetapi, Mohamad Hassan sebenarnya 'terselamat' dari serangan media dan orang-orang Umno hanya kerana Negeri Sembilan lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Jika Mohamad mempunyai 'maruah' dia tentunya memilih untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar yang disandangnya sejak 2004 kerana kekalahan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 36 kerusi yang ditandingi juga bererti hilang majoriti 2/3.

Tiga kerusi Parlimen, Seremban, Rasah dan Teluk Kemang juga kini diwakili PKR dan DAP membuktikan zaman kegemilangan Man Hen dan Hu Sepang sudah kembali menguasai politik pembangkang di Negeri Sembilan.

Selagi 'kerajaan' adik beradik di Negeri Sembilan ini tidak sedar dari lena yang panjang, semakin mudah bagi pembangkang menawan negeri ini, walaupun Khairy Jamaluddin sudah bertapak di Parlimen Rembau.

Kehadiran Khairy Jamaluddin yang naik dengan 'memijak kaki' orang lain dalam politik Negeri Sembilan, tidak akan menyebabkan dia boleh pergi jauh. Beberapa nama tersohor di Rembau dikorbankan termasuk Dato' Firdaus Mohamad Rom, Dato' Rais Zainuddin dan Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Kemenangan Khairy Jamaluddin dengan majoriti 5,746 apabila mengutip hanya 26,525 undi membuktikan sokongan pengundi terhadap BN jauh merosot. Firdaus mendapat majoriti 18,656 dalam pilihan raya umum 2004.

Perdana Menteri seharusnya memerhati dengan penuh teliti keputusan pilihan raya di Negeri Sembilan ini kerana 'angka' tidak berbohong!

Janganlah Perdana Menteri hanya mendengar laporan dari Mohamad Hassan dan abangnya Dato' Azman Hassan yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri.

Apakah Mohamad yang kini bergantung nasib politiknya kepada Khairy Jamaluddin tidak berasa bersalah, mengambil tampuk pemerintahan dari Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad dengan 'kekuatan BN' yang cukup hebat, tetapi dimusnahnya dalam tempoh tidak sampai empat tahun.

Mohamad juga (baca: penyokong-penyokongnya termasuk apek lempang) mungkin boleh menyalahkan ‘isu nasional’ menyebabkan Negeri Sembilan ditimpa musibah, tetapi jika dibandingkan dengan Negeri-negeri jirannya, termasuk Pahang, Melaka dan Johor, Negeri Sembilanlah yang paling teruk menerima keputusan pengundian pilihan raya kali ini.

Tidak cukupkah Rais Yatim, Shahziman Mansor dan Dato' Hassan Malek untuk memperkuatkan jentera BN di Negeri Sembilan di samping Mohamad dan Khairy? Jika kehadiran mereka ini, terasuk Rais yang merayu hendak sepenggal lagi menjadi MP Jelebu, bermakna nama-nama ini, tidak berkemampuan langsung mempertahankan kegemilangan BN di negeri Adat Pepatih itu.

Jika ia merupakan penggal terakhir Rais Yatim, mudah-mudahan ia juga merupakan penggal terakhir BN memerintah Negeri Sembilan apabila Barisan Alternatif mampu menyusun gerak kerja yang lebih berkesan, menawan hanya empat kerusi sahaja lagi untuk menubuhkan kerajaan BN di Negeri Sembilan .

Tidak sukar menawan empat kerusi lagi, di samping mengekalkan kemenangan di 15 kerusi yang sedia ada, berdasarkan kemerosotan undi BN di DUN Chennah, Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol, Labu, Rantau, Bagan Pinang dan Linggi. - mr

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13250&Itemid=28

Daulat Tuanku

Adun digesa usah tunggu saat akhir

Berita Harian 13 Mac 2008. KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman mahu semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu berdamping rapat dengan turun ke padang bagi menyelesaikan masalah rakyat peringkat akar umbi dan bukan pada saat akhir pilihan raya.

"Usaha itu hendaklah bermula daripada sekarang dan bukannya saat akhir untuk pilihan raya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan politik tanah air masa kini," titah baginda ketika majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Besar di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, semalam.

Turut berangkat Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin; Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, isteri Mohamad, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumudin serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd Nor.

Mohamad, 52, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada pilihan raya umum lalu terus diberi kepercayaan menerajui negeri ini buat penggal kedua berturut-turut.

Tuanku Ja'afar juga bertitah semua Adun memberi sokongan padu kepada Menteri Besar supaya dapat menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk memakmurkan negeri ini.

"Kepada Adun pembangkang, jadilah pembangkang berwibawa dengan mengemukakan hujah dengan berhemah dan membangunkan negeri ini untuk kebaikan semua," titahnya.

Tuanku Ja'afar bertitah baginda mahu melihat dalam tempoh lima tahun akan datang akan memperlihatkan pembangunan yang lebih pesat semata-mata untuk kepentingan dan keselesaan rakyat.

"Menteri Besar berjaya membawa pembangunan yang signifikan dan memberi impak besar dari segi ekonomi, prasarana dan sosial,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080312234847/Article/index_html

3/12/08

Renungan untuk penyokong PAS & PKR di negeri selatan

Sebelum kita menyalahkan orang lain, cerminlah diri kita sendiri. Apakah kelemahan yang ada pada PAS dan PKR di negeri-negeri selatan tanahair yang menyebabkan pencapaian PAS dan PKR di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tidak begitu memberangsangkan dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Setiap pihak harus mencermin diri mereka sendiri baik peringkat pimpinan, ahli, petugas, penyokong dan para pengundi sendiri.

Di Negeri Sembilan buat pertama kali PKR telah berjaya memenangi 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN, sementara PAS buat pertama kali juga berjaya memenangi 1 kerusi DUN.

Sementara di Johor pula, berjaya menambah 1 kerusi DUN, dimana PAS telah berjaya memenangi 2 kerusi DUN, tetapi kehilangan 1 kerusi DUN yang dimenangi tanpa bertanding pada tahun 2004.

Di Melaka pula PAS dan PKR tidak memenangi sebarang kerusi.

Pelbagai teori dan andaian diperkatakan diatas prestasi yang tidak begitu memberangsangkan untuk PAS dan PKR di selatan tanahair.

Apakah pendekatan berkempen perlu dikaji semula ? Perlu diperbanyakkan ceramah “soft campaign” bukannya ceramah yang menyerang pihak lawan ? Perlu diperbanyakkan ceramah apa tawaran PAS dan PKR untuk penduduk setempat ?

Apakah pengedaran risalah tidak begitu meluas , kerana petugas PAS dan PKR syok sendiri menggantung bendera kurang berminat untuk mengadakan kempen rumah ke rumah serta mengedar risalah rumah ke rumah ?

Apakah PAS dan PKR kekurangan petugas di pondok panas, petugas kira undi dan sebagainya kerana penyokong PAS dan PKR syok sendiri dengan ceramah yang dihadiri oleh ribuan penonton, walhal mereka yang mendengar ceramah itu mungkin bukan pengundi di kawasan tersebut ?

Apakah perlu diperbanyakkan lagi laman web yang membangkitkan isu permasalahan setempat bukannya laman web yang mengulas isu nasional semata-mata ?

Apakah perlu penyokong PAS dan PKR sentiasa mendampingi semua bangsa dan agama termasuk orang-orang UMNO sendiri ?

Apakah perlu setiap penyokong, petugas, ahli PAS dan PKR perlu lebih banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk membantu calon , bukan semata-mata mengharapkan kewangan dari calon atau pimpinan pusat ?

Banyak lagi andaian dan spekulasi yang boleh kita buat dengan pengundi hantunya, membeli pengundi dan sebagainya. Tapi cermin diri kita sendiri sebelum kita salahkan orang lain.

Berusahalah dari sekarang untuk mencapai kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti insyaAllah. Yang belum mendaftar sebagai pengundi , daftarlah segera. Ajak sanak saudara dan rakan taulan supaya mendaftar sebagai pengundi. Yang sudah mendaftar sebagai pengundi , tapi masih belum ubah alamat, ubahlah segera. Ini ada yang duduk Negeri Sembilan tapi suami mengundi di Pahang, isteri mengundi di Johor, camno ?

Buatlah tabungan dari sekarang baik diperingkat parti, peringkat kepimpinan, diperingkat ahli, penyokong dan seterusnya supaya PAS dan PKR mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya dan untuk mempertahankan kerusi yang sedia ada.

NEGERI UTARA SUDAH BERUBAH , KITA DI SELATAN BAGAIMANA ?

Pembangkang sapu bersih bandar-bandar di N.Sembilan

Satu gelombang perubahan begitu ketara sekali di kawasan bandar di Negeri Sembilan ini. Hampir keseluruhan kawasan-kawasan bandar dimenangi oleh parti pembangkang dalam Pilihanraya Umum ke 12 2008 yang lalu. Malah pengundi-pengundi Melayu di kawasan bandar telah banyak mengundi parti pembangkang yang bertanding iaitu DAP, PKR dan DAP.

Kawasan bandar yang dimenangi oleh DAP ialah Bahau , Nilai , Lobak ,Temiang , Bukit Kepayang , Rahang , Mambau , Senawang dan Repah (Tampin) dan Lukut.

Kawasan bandar yang dimenangi oleh PKR pula ialah Lukut , Sikamat (majoriti Melayu) , Ampangan (majoriti Melayu), Chuah , Port Dickson.

Kawasan bandar yang dimenangi oleh PAS pula ialah di Paroi (majoriti Melayu).

Ini jelas menunjukkan mereka yang berada di kawasan-kawasan bandar yang pesat pembangunannya lebih terbuka untuk menerima parti-parti DAP, PKR dan PAS. Sementara pengundi-pengundi yang berada di luar bandar yang tidak sepesat pembangunan di bandar lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada dan belum bersedia untuk melakukan perubahan

3/11/08

Kesombongan Umno mesti dihentikan

Berikut ialah petikan kata-kata Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik , Penasihat Parti Gerakan komponen parti Barisan Nasional dalam komen beliau mengenai punca kekalahan BN dalam akhbar The New Straits Times 11 Mac 2008

“The arrogance in Umno must stop ... those rowdy cowboys are spoiling the party’s name on the ground ... the wielding of the keris must also stop as it frightens the people” (Kesombongan dalam Umno mesti dihentikan…koboi-koboi ini telah merosakkan nama parti pada dasarnya…penghunusan keris juga mesti dihentikan kerana ianya menakutkan rakyat)

“Their arrogance in parliament and at the Umno general assembly must stop ... you can argue but don’t be arrogant,” (Kesombongan mereka dalam parlimen dan perhimpunan agung Umno mesti dihentikan….kita boleh membantah tapi jangan sombong)

Sumber NST