KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/08

Laporan BPR terhadap MB NS

Former rep lodges ACA report against Negri MB

New Straits Times 30 April 2008. SEREMBAN: Former Lenggeng State Assemblyman Datuk Ishak Ismail yesterday lodged a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) against Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan whom he claimed had abused his powers in appointing his brothers as councillors in 2004.

The Umno division chief, who was not re-nominated as a candidate for the recent general election, said he decided to lodge the report after a previous report with the ACA did not receive positive action and the case was closed by the Attorney-General's Chambers.

He also lodged another report claiming that there was misappropriation of funds with regard to the supply of some pipes to the Negri Sembilan State Waterworks Department (JBANS) in 2005.

"I am not lodging the reports for personal gain, but in my capacity as division chief," he said.

In his report, he claimed that the appointments of State Umno secretary Datuk Azman Hasan and Datuk Abd Ghani, the former Rantau state assemblyman as councillors in the Seremban and Nilai Municipal Councils respectively in 2004 was an abuse of power on the part of the Menteri Besar.

Azman and Abd Ghani are Mohamad's elder and younger brother respectively. Ishak said their appointments were made during a state executive council meeting which was chaired by Mohamad.

He also claimed that there was a possibility of some political interference on the supply of the pipes to the JBANS in 2005.

"I urge the ACA to conduct a thorough investigation into these two cases."

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2227489/Article/index_html

4/25/08

Budak 15 tahun perdaya polis di Seremban

Bagaimana ini boleh berlaku. Seorang remaja hanya berusia 15 tahun boleh memperdaya polis untuk meloloskan diri dari tahanan polis ?

New Straits Times 25 April 2008. Toilet ruse to escape police

SEREMBAN: A 15-year-old boy charged for an offence at the magistrate's court here yesterday escaped after telling the policeman guarding him that he had to go to the toilet.

A police spokesman said the boy was brought to court from a juvenile detention centre here.

After being charged, the boy went to the toilet and escaped after climbing out through a window at 3pm.

Police said they were still looking for the teenager and were confident of finding him soon.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/2223278/Article/index_html

Penduduk Pinggiran Senawang Hadapi Masalah Air

Berita Harian 25 April 2008 - Sentral: 'Atasi masalah air'
Oleh Mohd Amin Jalil

Penduduk Taman Pinggiran Senawang dakwa sering alami gangguan bekalan

SEREMBAN: Kira-kira 1,500 penduduk Taman Pinggiran Senawang, dekat sini berharap Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) menyelesaikan segera masalah kekerapan gangguan bekalan air di kawasan perumahan itu.

Mereka mendakwa walaupun taman itu sudah diduduki sejak tujuh tahun lalu dan mempunyai tangki simpanan besar dipercayai mampu menampung bekalan sementara terutama ketika catuan air, masalah itu berterusan sejak lebih setahun lalu.

Penduduk, Zulkifli Mohammad, 42, berkata gangguan bekalan air berlaku setiap bulan sejak awal tahun lalu, terutama pada Sabtu dan Ahad yang menimbulkan kesulitan kepada penduduk, tambahan pula bagi mereka yang mempunyai anak bersekolah.

"Ada kala bekalan air terputus antara dua hingga empat hari. Apabila air yang disimpan habis, kami menghubungi JBANS yang berjanji menghantar bekalan, tetapi tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang ramai.

"Apa yang menyedihkan, ada kala talian khidmat pelanggan JBANS tidak berfungsi, termasuk tidak berjawab," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Nizam Zakaria, 45, berkata gangguan bekalan air menyusahkan penduduk, terutama apabila ramai saudara mara berkunjung.

Beliau yang sudah mendiami taman itu sejak enam tahun lalu, berkata pihak berkuasa perlu menangani masalah itu kerana penduduk sudah tidak tahan berdepan kejadian sama setiap bulan.

"Saya percaya tangki besar tidak berfungsi kerana setiap kali krisis air, bekalan terputus terus. Kami kecewa kerana JBANS tidak prihatin terhadap masalah yang berlaku sekian lama," katanya.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelenggaraan JBANS, Zulkifli Ibrahim, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar masalah itu.

Beliau tidak menolak kemungkinan gangguan hanya membabitkan segelintir kediaman, terutama di kawasan tinggi yang menerima tekanan air rendah selain kejadian luar jangka seperti paip pecah atau akibat kerja penyelenggaraan.

"Biasanya, JBANS akan membekalkan air melalui lori tangki jika mendapat aduan penduduk. Bagaimanapun, kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar masalah ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080425091750/Article/index_html

4/24/08

Mana Pergi Lelaki Di N.Sembilan , Di Malaysia ?

Mana perginya lelaki di N.Sembilan ini, di Malaysia ini sehinggakan ramai anak-anak gadis kita diculik, dikahwin lari, dijadikan penghantar dadah, terjebak dalam pelacuran ? Mana perginya semangat Hang Tuah yang dibangga-banggakan untuk mempertahankan maruah gadis Malaysia ? Wahai pembesar negara, wahai pemimpin parti politik, wahai rakyat Malaysia, pilihanraya sudah lama berlalu , berilah pembelaan kepada anak bangsa ! Jangan jadi kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kepalaran ! Menang sorak , kampung tergadai !

****************************************

Kosmo 24 April 2008. NEGARA

‘Angah’ derita di lombok - Kakak hubungi adik, tidak sanggup hidup daif

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

NORMAH menunjukkan foto Normaniza yang dikatakan menderita di Pulau Lombok dalam pertemuan di Seremban semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


SEREMBAN - "Angah serik duduk di Lombok."
Itu luahan Normaniza Ghani, 25, seorang lagi wanita Malaysia yang didakwa mengikut seorang lelaki Indonesia berusia 30 tahun dan berkahwin serta menetap di sebuah kampung di Pulau Lombok, Indonesia sejak Mei tahun lalu.

Adiknya, Normah, 23, berkata, kakaknya meluahkan perasaan untuk pulang ke tanah air kerana tidak sanggup lagi hidup dalam suasana susah dan daif di pulau itu.

"Kakak telah menghubungi saya sejak tahun lalu meminta bantuan kerana hidup menderita di Lombok.

"Kakak juga memberitahu dia belum ada anak dan kini membantu emak mertua membuka warung di sana dan terpaksa menetap di rumah yang daif," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Normah memberitahu lagi, sebelum ini, kakaknya mengikut lelaki Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit di Palong 2, Bahau dekat sini yang hanya dikenali sebagai Rahman selepas mereka berkenalan sejak 2003.

Difahamkan lelaki itu pernah berkahwin sebanyak dua kali sebelum menikahi kakaknya.

Katanya, sebelum Normaniza mengikuti lelaki berkenaan, kakaknya itu hanya memaklumkan kepada emaknya, Thariah Alias, 49, yang dia ingin bekerja di Seremban pada Mei tahun lalu.

"Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan semuanya baik-baik saja sehingga menerima khidmat pesanan ringkas sebulan kemudiannya yang mengatakan bahawa dia (Normaniza) berada di Lombok bersama Rahman.

Ujarnya lagi, melalui perbualan telefon baru-baru ini, kakaknya memohon maaf kerana telah memalukan keluarga di Malaysia.

Katanya, kakaknya juga ada meminta wang sebanyak RM3,000 sebagai belanja untuk pulang ke tanah air.

"Ibu saya selalu bertanya mengenainya. Ayah sudah lama meninggal. Kami berenam beradik dan kakak saya anak yang kedua. "Saya harap orang ramai dapat membantu kami," katanya.

Sebelum ini, Kosmo! dalam beberapa laporannya mengisahkan Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, hilang sejak Aidiladha lalu kerana didakwa dilarikan seorang warga Indonesia ke Lombok tetapi selamat dibawa balik ke negara ini baru-baru ini.

Kosmo! turut melaporkan bahawa kejadian lelaki Lombok 'melarikan' gadis dari luar dan berkahwin di pulau itu merupakan satu amalan biasa di sana.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Rintihan warga N.Sembilan masalah pekerja asing

Utusan Malaysia 24 April 2008
Pekerja asing penyumbang masalah denggi?

KHAIROLNIZAM ZAINOL
Nilai

KES demam denggi semakin meningkat. Ketika kami rakyat Malaysia sibuk dengan kempen memerangi denggi, sikap pekerja asing yang menyewa di sekitar Nilai seolah-olah tidak mementingkan kebersihan rumah sewa dan ia menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes.

Jumlah pekerja asing yang ramai di sekitar Taman Desaria, Nilai telah menyumbangkan masalah denggi, malahan seorang pekerja asing yang menyewa di sebelah rumah saya telah menghidap demam denggi.

Saya sebagai seorang bapa amat risau akan keselamatan dan kesihatan anak-anak saya. Ini kerana kebanyakan pekerja asing tersebut tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu soal kebersihan tempat tinggal mereka.

Rumah yang asalnya cantik berubah menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Sehubungan itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya terutama pemeriksaan dari rumah ke rumah termasuk yang disewa oleh pekerja asing.

Tindakan denda mestilah dikenakan terhadap tuan rumah kerana mengabaikan tanggungjawab mereka bagi memastikan penyewa menjaga kebersihan rumah mereka.

Beberapa usul mungkin boleh digunapakai, antaranya majikan dikehendaki menyediakan asrama di kawasan kilang bagi memudahkan pihak bertanggungjawab mengawal pergerakan mereka.

Adalah lebih wajar jika kerajaan atau PBT yang bertanggungjawab mengenakan cukai kepada majikan yang mengambil pekerja asing bekerja. Contohnya setiap majikan dikenakan bayaran RM10 bagi seorang pekerja asing yang diambil bekerja di syarikat mereka.

Cukai yang dikenakan dapat digunakan oleh PBT atau kerajaan untuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur, kesihatan, penjagaan kebersihan dan sebagainya untuk penduduk termasuklah pekerja asing itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

4/22/08

4/18/08

Blog ADUN Sikamat , Seremban

Semua nak buat Blog sekarang. ADUN Sikamat , Seremban YB Aminuddin Harun (PKR) pun dah buat Blog dah di http://aminuddinharun.blogspot.com

Tahniah Dato Husam Musa, YB Hj Taufek dan lain-lain

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membawa pulang Azreen ke Malaysia. Semoga lebih ramai lagi pihak, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO , parti politik dan individu terlibat dalam usaha menyelamatkan anak bangsa.

*****************************
Nor Azreen berjaya dipujuk pulang
Oleh Haika Khazi

Berita Harian 18 April 2008 - SEPANG: Che Siti Nor Azreen Che Ishak, remaja berusia 14 tahun yang mengikut seorang lelaki warga Indonesia ke Lombok Timur, Indonesia pada Disember tahun lalu, tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, malam tadi selepas berjaya dipujuk bapanya untuk kembali ke tanah air.

Dia yang dipanggil Azreen tiba bersama bapanya, Che Ishak Che Kob, dari Jakarta jam 9 malam tadi diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan wakil badan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care membantu menjejakinya.

Che Ishak, 45, berkata beliau gembira kerana dapat membawa Azreen pulang ke tanah air selepas menghadapi pelbagai halangan ketika di Indonesia.

"Saya bersyukur kerana Azreen selamat tiba di sini selepas banyak halangan dan dugaan terpaksa saya lalui. Bagaimanapun, saya minta maaf kerana tidak boleh tunggu lebih lama dan buat masa ini anak saya belum bersedia untuk bertemu media.

"Banyak lagi masa...bila dia dah sedia saya akan panggil media. Buat masa ni tolong jangan rakam gambar anak saya kerana dia masih trauma," katanya sejurus keluar dari Balai Ketibaan Antarabangsa LCCT.

Turut menyambut kepulangan Azreen adalah beberapa kenalan keluarganya dari Rantau, Negeri Sembilan dan Pengerusi Kijang Care yang juga Adun Salor Kelantan, Datuk Husam Musa.

Sejurus keluar dari balai ketibaan, Azreen yang dikawal ketat petugas Kijang Care dan dipeluk erat bapanya terus ke sebuah kereta Proton Waja yang sedia menunggu untuk membawanya bertemu ibu dan ahli keluarga lain di satu lokasi rahsia. Kepulangan Azreen ke tanah air adalah hasil usaha sama Kijang Care dan Migrant Care dari Indonesia.

Azreen ditemui di sebuah perkampungan di Lombok Timur awal bulan ini dan ditempatkan di Pusat Kebajikan Sosial Lombok Timur sebelum dipertemukan dengan bapanya pagi Selasa lalu.

Sehari sebelum itu, Che Ishak yang berasal dari Kelantan, ditemani wakil Migrant Care, Alex Ong serta dua wakil Kijang Care berlepas ke Jakarta membawa bekalan rendang ayam kampung, asam boi dan buah salak untuk memujuk anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga.

Remaja itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, jam 9 pagi 20 Disember dengan alasan untuk melawat seorang rakan dan dihantar abangnya, Che Mohd Azroy, 15, ke perhentian bas berdekatan rumah.

Dia berjanji menghubungi bapanya jam 1 tengah hari untuk menjemputnya pulang, tetapi gagal berbuat demikian dipercayai mengikut seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun yang juga jirannya sebelum ditemui semula bersama lelaki berkenaan 4 April lalu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080418060240/Article/index_html

Gadis Malaysia perlu diselamatkan

Gadis Malaysia, pemuda Malaysia tidak kita Melayu, Cina , India dan lain-lain kaum di Malaysia ini dilanda pelbagai krisis. Dari gejala sosial, diperdaya, diculik dan sebagainya. Kita menyeru kepada pemimpin kerajaan terutamanya pemimpin UMNO, Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri UMNO , cukuplah tu. Hentikanlah perbalahan terbuka, perebutan jawatan dan pelbagai polemik politik. Turunlah ke padang, mari kita bersama membantu menyelesaikan masalah rakyat dan membangunkan negara.

**************************************
12 kes gadis Malaysia dibawa lari ke Indonesia
KOSMO 18 April 2008 - JAKARTA - Kes kehilangan gadis bawah umur dari Malaysia yang sama ada dibawa lari ke Indonesia atas desakan cinta nampaknya semakin membimbangkan.

Berdasarkan statistik yang dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Indonesia, sebanyak 12 kes dilaporkan sejak 2005.

Penasihat Imigresen dan Tenaga Kerja Kedutaan Malaysia di Jakarta, Abdul Rahman Mohd. Noh berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia membabitkan gadis bawah umur.

"Mereka ini mudah terpengaruh dengan cinta pada usia muda sebelum bertindak ke negara ini tanpa mengikut saluran yang sah.

"Lebih malang lagi mereka mengambil jalan mudah dengan berkahwin tanpa menyedari kesan pada masa hadapan,'' katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah Abdul Rahman, rata-rata kes yang diselesaikan itu melibatkan mereka yang dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing dan kemudian berjaya dikesan oleh pihak berkuasa Indonesia.

"Bagaimanapun kita mendapat kerjasama yang baik dengan pihak polis dan imigresen Indonesia dalam menangani kes-kes seperti ini,'' jelasnya.

Katanya, selain kes Che Siti Nor Azreen, 12, yang berjaya diselesaikan kelmarin, pihak kedutaan juga baru menghantar pulang seorang gadis dari Sabah berusia 17 tahun yang melarikan diri bersama teman lelakinya ke Palopor, Sulawesi Selatan, Indonesia Disember lalu.

"Gadis itu juga sudah berkahwin di sini secara tidak sah, bagaimanapun kita berjaya menemuinya sebelum keluarganya datang menjemput kira-kira dua minggu yang lalu.

"Malah kita juga pernah menyelesaikan kes seorang pelajar sekolah agama di sini yang berasal dari Malaysia dilaporkan hilang sejak tujuh tahun lalu.

"Apabila dijumpai rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan menetap terus di sini," katanya.

Jelasnya, apa yang penting adalah ibu bapa dan keluarga memainkan peranan mengawasi anak gadis mereka agar tidak terlibat dalam percintaan terlarang sehingga membebankan diri sendiri dan keluarga.

"Kita juga kena tahu undang-undang sebuah negara tidak semestinya sama dengan negara lain, dan ini boleh mencetuskan banyak masalah,'' katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

4/17/08

Temiang , Seremban banjir teruk

Pembangunan tidak seimbang mungkin puncanya. 140 mangsa banjir yang rata-ratanya penduduk miskin terjejas teruk.

*********************************
Floods force out 28 families in Temiang

Battling the waters: A woman hanging on desperately to rescuers as flood waters swirl in Temiang in Seremban Wednesday.

The Star 17 Apr 2008. SEREMBAN: Some 28 families were evacuated from their homes in Temiang near here after Sungai Temiang burst its banks following a heavy downpour yesterday.

The 140 flood victims spent the night at a multi-purpose hall on Jalan Temiang, about 1km from their homes.

The situation was chaotic as traffic came to a standstill along Jalan Temiang due to the floods which occurred at about 4.30pm.


Water disaster: Aerial view of the Temiang area, near Seremban, which was hit by flash floods after a two-hour downpour Wednesday. Some 28 families were evacuated after Sungai Temiang burst its banks.

Personnel from the Fire and Rescue and Civil Defence departments had to be called in to help 10 residents to safety.

Many returned to their homes after the flood waters receded at around 8pm.

Temiang assemblyman Ng Chin Tsai expressed his displeasure with the state authorities for not taking measures to alleviate the situation, as it had happened before.

“We met officers from the district office and the Seremban Municipal Council several weeks ago when the area was flooded and they had promised to look into the matter.


Help at hand: Picture sequence showing (a) fire and rescue personnel battling the rising waters, (b) breaking down a grille to save people trapped in their homes and (c) evacuating residents in Temiang, Negri Sembilan.

“However, I have been told that no one from the council went to the area to see how bad the situation was,” he said.

Ng said the floods were caused by the narrowing of Sg Temiang, land clearing activities and the construction of a section of the Kajang-Seremban highway.

“Many poor people were affected. I will raise the matter with the Mentri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) as the poor need to be compensated,” he said.

Resident John Daniel, who has been living in Kg Ulu Temiang for over 40 years, said yesterday’s floods were the worst in the past few years.


“The land clearing in the hills was a major factor. The authorities should have ensured flood mitigation measures were put into place.

“The river is deep enough. But if you have mud and sediment flowing in from the hill top, then you are asking for trouble,” he said

Another resident P. Sivanyanam said the stretch after the police post in Temiang up to the entrance of the Seri Pulai township had experienced flooding several times in recent months.

“We have had to take the Sikamat route to get back to our homes because the stretch was not passable to light traffic,” he said.


Lee Su Kok, who lives in Bukit Temiang, also expressed displeasure with the authorities for not taking remedial action after the recent floods.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/17/nation/20979159&sec=nation

Gerakan Mansuhkan ISA lancar kempen terbaru

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melancarkan satu lagi kempen bagi membebaskan semua tahanan ISA yang ditahan selama enam tahun. GMI mengadakan kempen 'petition on-line'. Sila ke link berikut dan nyatakan simpati anda terhadap mangsa , keluarga , isteri , ibu bapa dan anak-anak tahanan ISA di PetitionOnLine

GMI juga mengadakan kempen 'Letter Signing Marathon' boleh dicapai melalui laman web Suaram, Suaran

Berita lanjut di Harakahdaily

4/16/08

TKO dan Laman Blog Pakatan Rakyat perlu penambahbaikan

Sudah lebih sebulan Pilihanraya Umum ke 12 berlalu. Namun cakap-cakap politik masih menjadi tajuk utama media pro BN dan pro Pakatan Rakyat. Apa jadi dengan slogan Selamat, Aman, Makmur oleh Barisan Nasional dan Negara Kebajikan Pakatan Rakyat terutamanya PAS ?

Justeru itu saya menyeru kepada semua pihak media terutama Pakatan Rakyat supaya memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat pada ketika ini. Contoh seperti TKO, wujudkan satu ruangan khusus untuk membicarakan masalah rakyat setempat berhubung dengan masalah keselamatan, pengangguran, kemiskinan, gejala sosial, masalah akidah, projek terbengkalai dan sebagainya.

Begitu juga dengan Blog Blog Pro Pakatan Rakyat yang lain. Maaf, saya mengambil satu daripada banyak contoh seperti laman Blog Pemuda Bukit Katil di http://pemudabukitkatil.blogspot.com yang terlalu banyak membicarakan isu politik nasional, tetapi kurang membicarakan isu setempat, termasuk menjawab isu dalam Blog Ketua Menteri Melaka. Dalam Blog Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam menyatakan guru SARA di Melaka dibayar gaji yang tertinggi di Malaysia dibandingkan dengan negeri lain termasuk Kelantan iaitu lebih RM 1,000 sebulan. Apakah kenyataan ini benar ?

Sebagai ahli, petugas atau penyokong Pakatan Rakyat kita tidak seharusnya leka dengan Tsunami Politik yang baru lalu.

Sekarang ialah masanya untuk kita bekerja. Mengkaji kelemahan yang ada pada kita semua untuk diperbaiki, bukan setakat membicarakan kelemahan Barisan Nasional yang sudah diketahui umum.

Barisan Nasional sudah mengarahkan semua ADUN , Ahli Parlimen dan pemimpin mereka mengadakan laman Blog masing-masing. Sudahkah arahan yang sama dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat ?

4/11/08

Rumah Rasulullah SAW bakal dirobohkan !

Rumah Rasulullah SAW dimana Baginda SAW tinggal selama 28 tahun bersama isteri kesayangan Baginda SAW , Saidatina Aishah RA, juga dimana Saidatina Fatimah RA dilahirkan akan dirobohkan hanya semata-mata untuk didirikan tempat letak kereta untuk sebuah hotel. Apa komen anda ? Apa tindakan anda ?

Berita lanjut di link berikut :
http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=826&Itemid=32
http://www.jafariyanews.com/2k5_news/sep/5prophethome_destruction.htm

Lagi cerita mengenai adik Azreen

Cerita Azreen menjadi perhatian nasional. Semoga lebih ramai lagi pihak, kerajaan, bukan kerajaan, individu dan orang ramai tampil ke hadapan menyelamatkan anak-anak bangsa dari pelbagai masalah ketika ini dengan mengenepikan kepentingan peribadi, politik, kedudukan, pangkat dan sebagainya. Selamat, Aman, Makmur



Usaha pulihkan Azreen

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan Azreen (kanan) bersama Ibu Yuni yang sentiasa berdamping dengannya di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur.

--------------------------------------------------------------------------------

Kosmo 11 April 2008. KUALA LUMPUR - "Azreen masih keliru''.
Itulah kata pakar kaunseling dari Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, Ibu Yuni selepas dua hari cuba mendekati dan memahami perasaan Azreen atau nama sebenarnya Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12.

"Dia seperti menyimpan sesuatu yang mendorongnya datang ke Indonesia.

"Saya baru dua hari ditugaskan mendampinginya untuk mendapatkan cerita sebenar, jadi masih belum banyak lagi yang didedahkan oleh anak gadis itu,'' katanya ketika dihubungi di Lombok malam tadi.

Menurut Ibu Yuni, sebelum ini, Azreen sukar diajak berbual tetapi kini telah ada perubahan, malah gadis itu sedia bergambar.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan semangatnya sementara menunggu bapanya tiba dari Malaysia minggu depan,'' katanya.

Sementara itu, wakil pertubuhan sukarela Migrant CARE yang beribu pejabat di Malaysia, Alex Ong ketika dihubungi berkata, tujuan Azreen diberi kaunseling ialah untuk membentuk keyakinan diri setelah empat bulan berjauhan dari keluarga.

"Sejak kami menemuinya 4 April lalu, kami cuba juga mendekatinya secara lembut memandangkan dia masih muda.

"Dia nampak sedih dan terkejut dengan kedatangan kami ketika itu tetapi masih lagi enggan bercerita,'' katanya.

Tambahnya, khidmat kaunseling digunakan kerana Azreen seperti memendam rasa.

"Kami harap, kehadiran bapanya kelak akan merungkai segala rahsia yang disimpan oleh anak kecil ini.

"Mungkin juga dia takut dihukum kerana lari ke Indonesia," katanya.

Kosmo! pada 26 Disember tahun lalu menyiarkan kisah Azreen yang hilang dari kediamannya di Ladang Ulu Sawah Rantau, Negeri Sembilan selepas melawat rumah kawannya di taman berdekatan.

Dia ditemui oleh pertubuhan sukarela Migrant CARE di Sakra, Lombok Timur dan kini ditempatkan di Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0411&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Lagi masalah di Seremban, isu bas pula kali ni

Tak habis-habis masalah di Negeri Sembilan ini. Dulu MB pekenalkan bas percuma di Seremban kononnya nak mengatasi kesesakan lalulintas. Sekarang perkhidmatan tersebut dihentikan atas alasan tidak cukup penumpang. Lepas tu mungkin nak perkenalkan pula perkhidmatan bas percuma di Port Dickson dan Nilai. Yang masalahnya sekarang ialah orang-orang kampung, orang-orang Melayu (yang sepatutnya dilindungi dengan Dasar Ekonomi Baru) di Kuala Pilah, di Jelebu, di Jempol, di Bahau yang sering mengadu tidak cukup bas, kalau ada terlalu uzur, terpaksa menunggu berjam-jam lamanya kadang-kadang untuk ke tempat kerja, ke hospital dan sebagainya.

*************************
The Star Friday April 11, 2008
Halt to Seremban’s free shuttle bus service
By SARBAN SINGH
SEREMBAN: The free shuttle bus service here, the only one in the country, will be stopped next month.

Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said although the buses run at 20-minute intervals, only a few people used the service.

“Our intention was to reduce the number of cars coming into town. It is sad that although we introduced the service several months ago, only a few people used it,” he said in an interview.

Few takers: Not many people are using the free shuttle bus service although it serves the main government offices as well as tourist attractions in Seremban.

The service was introduced on Oct 1, 2007.

“I have been told the buses are running empty most of the time although the service begins at 6.30am and ends at 8pm.

“We feel that the money we are paying to run the service could be used for better things,” he said.

The council pays RM25,000 a month for the service.

The service was also introduced to allow the people, particularly tourists, to get to the state museum, handicraft centre and the Taman Seni Budaya complex located in Jalan Sungai Ujong.

The Mentri Besar said the state government had also come up with the shuttle bus service as parking space in the town centre was limited.

“People often complain that they are unable to find parking in town,” he said.

However, Mohamad said the state government would soon introduce a free shuttle service in Port Dickson and Nilai.

He expressed the hope that the people would use the service to reduce traffic congestion in the two towns.

http://thestar.com.my/news/story.asp

Anak-anak dalam pagar rumah pun tak selamat di Seremban

Lelaki cuba larikan budak ditahan

Berita Harian 11 April 2008. SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an selepas didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di kawasan perumahan Garden Homes, Seremban 2, dekat sini lewat petang, kelmarin.

Lelaki terbabit yang dipercayai mengalami masalah mental diberkas penduduk kawasan perumahan itu selepas mendengar jeritan meminta tolong daripada ibu mangsa dalam kejadian jam 7 petang itu.

Noor Bazuraini Abdullah, 29, berkata, dia berbual dengan jirannya di luar rumah, manakala tiga anak perempuannya berusia 10, tujuh dan tiga tahun berada di halaman dengan pintu pagar terbuka.

Katanya, tiba-tiba anak bongsunya, Amira Nor Nasyifa Zulhaimi menjerit apabila seorang lelaki berseluar pendek dipercayai berketurunan Cina menghampiri dan merangkulnya.

Nor Bazuraini berkata, dia menjerit meminta tolong, manakala seorang anaknya, Amira Husna, 11, menarik baju lelaki terbabit yang bagaimanapun berjaya melepaskan diri sambil mengendong Amira Nor Nasyifa.

"Lelaki itu memegang leher dan perut Amira Nor Nasyifa sambil berlari. Keadaan ketika itu menakutkan dengan anak perempuan saya itu menjerit ketakutan," katanya ketika ditemui petang semalam.

Beberapa jiran yang menyedari kejadian mengejar lelaki terbabit dan memberkasnya 10 minit kemudian sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, ketika ditemui mengesahkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080411004331/Article/index_html

4/10/08

Orang India bersatu minta tahanan ISA dibebaskan

Orang India di Malaysia ini termasuk Dato’ Seri Samy Vellu bersatu mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA. Tapi orang Melayu tidak bersatu menuntut supaya tahanan ISA yang berbangsa Melayu dibebaskan. Mereka ini ada isteri dan anak-anak yang mengharapkan kasih sayang dan pembelaan.

GMI kesal tempoh tahanan ISA dilanjutkan 8 tahun http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13828&Itemid=28

Kisah Derita Isteri Tahanan ISA di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2007/10/kisah-derita-seorang-ibu-di-nsembilan.html

4/9/08

MB N.Sembilan tak nak beri sumbangan pada Kijang Care ke ?

Alhamdulillah , adik Che Siti Nor Azreen gadis dari Rantau , Negeri Sembilan yang telah dilarikan ke Indonesia telah dijumpai hasil usahasama NGO Kijang Care dari Kelantan dan Migrant Care dari Indonesia. Kijang Care adalah merupakan sebuah badan sukarela NGO. Harap MB NS, ADUN Rantau, Ahli Parlimen Rembau , orang Rantau dan penduduk di N.Sembilan dapat memberi sumbangan kepada Kijang Care agar mereka dapat meneruskan usaha menyelamatkan lebih ramai gadis-gadis Malaysia serta lain-lain kerja kebajikan.

Laman web Kijang Care http://www.kijangcare.org/index.php
Misi menyelamat Azreen di Blog http://cetusan-hati.blogspot.com/2008/04/azreen-ditemui-di-lombok.html

Missing girl found in Indonesia
By : Patrick Sennyah

New Straits Times 9 April 2008. SEREMBAN: It may have taken four months and a lot of heartache but a rubber tapper's persistence in tracing his missing teenage daughter has finally paid off.

Che Ishak Che Kob, 47, hopes to be reunited next week with Che Siti Nor Azreen in Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur, Indonesia.

The 13-year-old, who went missing in Rantau on Dec 20, was found last Friday by an Indonesian non-governmental organisation, Migrant Care (Indonesia).

The NGO worked with Kota Baru-based NGO, Kijang Care, to trace the girl after being alerted by her father who works at Ladang Ulu Sawah, Rantau.

Her family believed she had been charmed by an Indonesian neighbour who spirited her back to Indonesia.

"I never dreamt we would ever see her again.

"It is a miracle and I am grateful to all those who helped locate her," Che Ishak said.

Che Siti, the second in a family of seven, is under the care of the Lombok Timur Social Welfare Department.

"I was also told that the 27-year-old who had taken her to Indonesia has been detained. It was a nightmare for us and we had almost given up hope when we received the good news last week," he said at the state Immigration Department.

He is making arrangements to go to Indonesia with a representative from Migrant Care to bring his daughter back.

"Kijang Care and Migrant Care are helping me make arrangements, including the cost of the trip. I hope to leave by next week to bring my daughter back," he said.

Che Siti was reported missing after she left home by bus about 9am that day to visit a friend in nearby Taman Sri Ramai, Rantau.

She was taken to the bus stand by her brother, Che Mohd Azroy, 15.

She had promised to call her father at 1pm the same day for him to bring her home but failed to do so.

Che Ishak said that since her disappearance, he had learnt that his daughter had allegedly married the Indonesian man and was going by a different name in Indonesia.

"I am hoping to bring her back and if possible get her to continue her studies. She is not only very young, but also a hardworking student. She managed to gets 2As, 2Bs and 1C in her Ujian Pencapaian Sekolah Rendah exams.

"We are ready to forgive her and even the man who took her away from us."

His wife, Siti Hawa Jusoh, 35, was confident that her daughter would return.

"We hope she will come home and we can discuss what she wants to do," she added.

Che Ishak said he was referred to Kijang Care by a friend who told him that it (Kijang Care) may be able to help him locate his daughter.

Meanwhile, a police source said the National Central Bureau/Interpol Malaysia will liaise with its counterparts in Indonesia to bring the victim back as soon as possible.

"We will interview the girl to find out why she went there and what transpired when she was in Indonesia.

"She will also have to undergo a medical examination."

The investigation results will then be forwarded to the Attorney-General's Chambers for action.

Malaysian Ambassador to Indonesia, Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain, was aware of Che Siti's plight and is liaising with Migrant Care and the Indonesian police on the next course of action.

"I have contacted a representative from the NGO and will work out a way to bring the girl to our embassy first.

"From there, we will provide travel documents to enable the girl's journey home," he said

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2208373/Article/index_html

4/8/08

Semakin ramai simpati ADUN PAS, PKR & DAP N.Sembilan

Pengumuman pemotongan elaun pusat khidmat masyarakat oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 April 2008 yang lalu dijangka akan menambahkan lagi simpati orang ramai terutama penduduk Negeri Sembilan terhadap wakil rakyat dari PAS, PKR dan DAP di Negeri Sembilan ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar , MB NS dengan jelas menyatakan bahawa elaun untuk membuka pusat khidmat masyarakat oleh wakil rakyat di Negeri Sembilan ini yang diberikan sejak tahun 2004 telah disalahgunakan oleh sesetengah wakil rakyat untuk kepentingan peribadi.

Bukanlah satu langkah yang bijak apabila MB NS mendapati wakil rakyat yang lama apabila telah diketahui mereka telah tidak amanah dibiarkan lepas begitu sahaja tanpa sebarang pendakwaan.

Yang menerima akibatnya ialah 36 orang wakil rakyat yang baru hendak berkhidmat pada tahun 2008 ini yang tiada kena mengena langsung dengan wakil rakyat yang lama.

Dasar berjimat cermat yang tidak kena pada tempatnya akan hanya menambahkan lagi kemarahan orang ramai.

Sekiranya alasan MB NS bahawa wakil rakyat menjadi wakil rakyat secara sukarela untuk membantu rakyat justeru itu tidak perlu mengharapkan wang kerajaan negeri untuk membuka pusat khidmat masyarakat, maka adalah disarankan juga agar imam-imam, ami-amil zakat, kaunselor-kaunselor agar dipotong elaun mereka untuk menjimatkan lagi perbelanjaan kerajaan negeri.

Tidak membeli kereta rasmi baru untuk EXCO boleh dikirakan satu langkah yang bijak untuk berjimat cermat, tetapi memotong elaun untuk membuka pusat khidmat masyarakat ?

Walaubagaimana pun , rata-rata simpati orang ramai pada ketika ini terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini telah mula mendapat perhatian bukan sahaja penduduk Negeri Sembilan, malahan beberapa individu dari luar Negeri Sembilan hingga ke Jepun telah menyatakan komitmen untuk membantu wakil-wakil rakyat di Negeri Sembilan ini agar perkhidmatan mereka untuk memberikan pembelaan kepada rakyat adalah lebih baik daripada wakil rakyat dari BN.

Sumber http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/3/nation/20828944&sec=nation

Senarai ADUN DAP N.Sembilan

Sumber : http://dapmalaysia.org/newenglish/au_er_sa_ns.htm

ADUN Lobak - Loke Siew Fook
Tel 06 763 4525
Fax 06 764 6610
E-mel siewfook@gmail.com

ADUN Mambau – Wong May May
Tel 06 633 4008
Fax 06 633 4008
E-mel wongmaymay77@gmail.com

ADUN Bukit Kepayang – Cha Kee Chin
Tel 06 761 4557
Fax 06 764 4557
E-mel chakeechin@yahoo.com.au

ADUN Repah - Veerapan
Tel 06 441 5052
Fax 06 601 5635
E-mel veera_30@yahoo.com

ADUN Bercham – Arumugam
Tel 06 767 1531
E-mel veera_30@yahoo.com

ADUN Temiang – Ng Chin Tsai
Tel 06 763 9573
Fax 06 763 9573
chintsai78@yahoo.com

ADUN Bahau - TeoKok Seong
Tel 06 454 2351
Fax 06 454 2351
teokokseong@gmail.com

ADUN Senawang - Gunasekaren
Tel 06 679 5901

ADUN Nilai - Yap Yew Weng
Tel 017 677 3789
Fax 06 764 6610
E-mel yyweng@tm.net.my

ADUN Lukut - Ean Yong Ting Sin
Tel 019 331 1489

‘Bas sapu’ di Negeri Sembilan

Hebat N.Sembilan ada ‘Bas sapu’ pula. Kenapa ini boleh terjadi, penguatkuasaan yang lemah, ekonomi yang perlahan, kelemahan pengurusan pengangkutan awam Negeri Sembilan ?

‘Bas sapu’ waktu dinihari
Oleh Sulaiman Salleh

Harian Metro 8 Apr 08. SEREMBAN: Selepas kewujudan ‘teksi sapu’ dan ‘van sapu’, kini terdapat pemandu bas kilang pula dikesan mengambil kesempatan berperanan seperti bas henti-henti dengan mengambil penumpang secara haram untuk meraih keuntungan.

‘Bas sapu’ itu akan mengambil penumpang di lokasi tertentu pada awal pagi antara jam 4.30 hingga 7 pagi bagi mengelakkan perbuatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Mereka bukan saja menghantar penumpang di sekitar daerah ini malah menyediakan perkhidmatan untuk perjalanan jauh seperti ke Kuala Lumpur dan Putrajaya pada harga tertentu.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Pekerja Negeri Sembilan (PPBPNS), Mohd Rofik Mohd Yusof yang mendedahkan perkara itu, berkata perbuatan itu sudah lama berlarutan, malah tindakan mereka itu sebenarnya berisiko kepada penumpang kerana tiada jaminan keselamatan.

Katanya, kebiasaannya pemandu bas sapu akan bertanya kepada orang ramai dan menawarkan khidmat untuk menghantar mereka dengan bayaran tertentu.

“Mereka sudah lama beroperasi tanpa pengetahuan majikan untuk memperolehi pendapatan tambahan tetapi tidak menghiraukan bahawa perbuatan itu membahayakan nyawa penumpang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, selain bas pekerja, bas bandar yang mempunyai permit yang menghadkan operasi di kawasan tertentu turut membawa penumpang ke tempat yang lebih jauh hingga ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Ini jelas melanggar syarat permit mereka dan saya percaya ia dilakukan tanpa pengetahuan majikan,” katanya.

Sementara itu, sumber JPJ berkata, pihaknya sedang melakukan risikan untuk mengesan pemandu bas kilang dan bas bandar yang disyaki melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Katanya, perbuatan itu harus dihentikan segera kerana mengancam nyawa penumpang disebabkan kebiasaannya pemandu akan berusaha menyembunyikan perbuatan itu daripada majikan atau pihak penguat kuasa.

“Pengusaha bas kilang dan bas bandar terbabit harus memantau perbuatan pekerjanya supaya tidak melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20080408095247/Article/index_html

Lalat menyerang Port Dickson

Apakah keluhan penduduk di Lukut akan mendapat pembelaan segera ?

Sentral: Tapak lupus sampah punca lalat

TAK TAHAN: Toh menunjukkan lokasi pusat pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut yang menyebabkan bau busuk.

Berita Harian 8 Apr 08. PORT DICKSON: Kerajaan negeri diminta campur tangan mengatasi masalah lalat serta bau busuk berpunca daripada sebuah tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, dekat sini yang berlarutan sejak dua tahun lalu sehingga mengganggu kehidupan masyarakat sekitar kawasan berkenaan.

Antara yang terjejas ialah kakitangan Institut Memandu Port Dickson (IMPD) serta pelanggannya yang menjalani latihan di situ, terutama selepas sampah yang dilupuskan kini semakin menghampiri premis berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pelajar sekolah memandu terdedah kepada bahaya setiap kali menjalani latihan atau ujian jalan raya kerana sisa sampah menyebabkan jalan berlumpur dan menutup garisan jalan untuk masuk ke institut memandu terbabit.

Pengarah Urusan IMPD, Toh Tian Liong, berkata masalah bau busuk bermula dua tahun lalu apabila tapak pelupusan sampah yang sebelum ini terletak agak jauh dialihkan sedikit demi sedikit sehingga menghampiri simpang ke pintu masuk institut berkenaan.

"Bau busuk ketara apabila hujan sehingga menyebabkan kakitangan serta pelanggan merungut, terutama apabila mahu menikmati hidangan di kantin institut. Saya pernah mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa berkaitan pada September 2006, tetapi sehingga tidak menerima sebarang maklum balas," katanya.

Katanya, jalan raya dipenuhi lumpur setiap kali hujan akibat sisa sampah yang mengalir dan menutup garisan jalan yang menjadi panduan penting untuk mereka yang belajar memandu sehingga pernah menyebabkan kemalangan.

Pengurus IMPD, Siti Zaiton Iris, berkata mereka bukan saja berdepan masalah bau busuk sejak dua tahun lalu, malah kehadiran banyak lalat sehingga mengganggu keselesaan kakitangan dan pelajar institut berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah berkenaan, lebih-lebih lagi apabila jumlah penduduk kawasan sekitar tapak pelupusan dijangka meningkat tidak lama lagi.

"Banyak projek perumahan sedang dibina di sini dan kawasan ini dijangka mengalami pertambahan penduduk tidak lama lagi. Jadi, adalah wajar masalah berpunca dari tapak pelupusan ini diatasi segera sebelum bertambah serius," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20080408084426/Article/index_html

Bekas pekerja kilang di Nilai tiada pembelaan

Siapakah yang akan membela nasib pekerja Melayu ini ?

Sentral: Pekerja hilang upaya kesal Perkeso tolak tuntutan manfaat

MASIH SAKIT: Swandy menunjukkan bekas pembedahan tulang tangan yang patah dalam kemalangan dua tahun lalu.

Berita Harian 8 Apr 08. SEREMBAN: Seorang bekas pekerja kilang roti yang cacat akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu meminta penjelasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengenai keputusan menolak permohonan tuntutan manfaat hilang upaya kekal yang dikemukakannya.

Swandy Irwan Ismail, 33, dari Kampung Bukit Bangkung, Sungai Pelik, Sepang Selangor, berkata dia kemalangan pada kira-kira jam 10.30 malam 4 Februari 2006 di Jalan Sepang-Salak Tinggi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Nilai, menyebabkan paha serta tangan kanannya patah dan dimasukkan besi.

"Selepas keluar hospital, saya membuat permohonan kepada Perkeso untuk mendapatkan bantuan hilang upaya kekal tetapi permohonan itu ditolak tanpa alasan, sedangkan saya sukar bergerak dan terpaksa menggunakan tongkat," katanya ketika mengunjungi pejabat Berita Harian, di sini.

Bapa kepada tiga anak berusia antara empat hingga 10 tahun itu berkata, selepas permohonannya ditolak, dia membuat rayuan sebanyak tiga kali dengan kali terakhir pada 18 Disember lalu, tetapi menerima maklum balas mengecewakan dengan alasan permohonannya ditolak disebabkan tahap hilang upayanya adalah kosong peratus.

"Saya tidak puas hati dengan alasan itu dan meminta Perkeso memberi penjelasan kerana ketika ini saya tidak boleh melakukan kerja berat, malah sudah diberhentikan kerja oleh majikan melalui skim pemisahan sukarela (VSS) pada 17 Mac lalu kerana dikatakan tidak layak lagi bekerja," katanya.

Swandy dan keluarganya yang kini tinggal di rumah sewa, berharap mendapat bantuan sewajarnya daripada Perkeso bagi meringankan beban, terutama dalam menanggung keperluan keluarga serta menanggung persekolahan anak kerana isterinya juga tidak bekerja.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/EdisiWilayah/20080408083935/Article/index_html

4/7/08

Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan akan mewujudkan kabinet bayangan peringkat kerajaan N.Sembilan. Apakah Pakatan Rakyat menunggu masa mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional ?

Shadow exco for Negri

NST 7 Apr 2008 . SEREMBAN: The state opposition will form a shadow executive council (exco).

State DAP chairman Anthony Loke Siew Fook said the portfolios would be decided before the legislative assembly sits for the first time towards the end of this month.

The 10 representatives from the DAP, Parti Keadilan Rakyat (four) and Pas (one) have also decided to appoint Loke as opposition leader.

"It was agreed in principle that the leader of the party with the most seats would be appointed opposition leader."

He added that 10 opposition members would be given similar portfolios to the exco, and it would be their duty to monitor the portfolio they were assigned.

"Apart from ensuring more thorough monitoring, our shadow exco members will also be able to assist the state exco and highlight issues to them which may have been overlooked," he said.

He also said the opposition assemblymen were unhappy over Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan's announcement last Wednesday that the RM1,500 monthly allowance for assemblymen to set up constituency offices had been abolished.

"We support any move to cut costs and channel the money to the poor. But my question is why is it being done now?

"If the money is really needed for the poor, why wasn't it done previously when we only had one assemblyman?

"In fact, before 2004, the allowance was only RM700 a month, which was doubled to RM1,500 after the 2004 general election," he said.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2206374/Article/index_html

4/6/08

Harakah perlu dirawat

Tidak tahu kenapa kebelakangan ini tidak ada “mood” untuk melayari Harakahdaily , juga membaca akhbar Harakah. Apa ke tidaknya, berita di Harakahdaily boleh dikatakan sedikit basi dan banyak dipetik dari blog-blog lain. Lebih menarik apabila melayari pelbagai blog kerana ianya sentiasa dikemaskini.

Pada era digital dan era blog ini, berita yang lebih satu hari sudah dikira basi pada ketika ini. Dan ini diakui sendiri oleh Barisan Nasional bahawa salah satu punca utama kekalahan teruk BN di beberapa negeri adalah disebabkan oleh pengaruh blog.

Tidak hairanlah pada ketika ini pimpinan BN telah mula mengadakan laman blog mereka sendiri antaranya Mohd Khir Toyo dan Mohd Ali Rustam yang tidak meletakkan YB atau Dato’ Seri pada blog mereka untuk merakyatkan pimpinan BN. Bukan hasrat untuk memuji blog pimpinan BN, tetapi ini adalah kenyataan, sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat dan media Pakatan Rakyat tidak mesra rakyat, tidak dikemaskini dari masa ke semasa , tidak mustahil pelayar internet akan beralih semula kepada BN.

Justeru itu pimpinan dan pengurusan Harakah haruslah memikirkan secara serius untuk merawat Harakah agar ianya sentiasa menjadi pilihan pembaca di era digital ini.

Antara kelemahan yang ketara ialah berita yang lambat dikemaskini dan keduanya ialah berita yang tidak meliputi seluruh negeri di Malaysia ini. Apa permasalahan rakyat di Johor, berapa banyak projek perumahan terbengkalai di Melaka, berapa ramai pekerja dibuang kerja di Pahang dan seterusnya.

Cara yang mudah untuk merawat Harakah ialah setiap negeri perlu ada wartawan Harakah. Dan setiap wartawan ini perlu dibekalkan dengan komputer riba yang ada akses internet 3G juga kamera digital. Dengan ini mereka bebas bergerak ke mana-mana membuat liputan berita dan menyiarkan berita tersebut. Inilah keperluan asas wartawan di zaman blog ini. Mereka tidak perlukan pejabat. Mereka perlu peralatan yang sesuai dengan wartawan zaman siber.

Sekarang adalah masa untuk bekerja, bukan masa untuk meraikan kemenangan.

4/4/08

Pelancaran Buku : “Khabar Dari Rembau”

Pelancaran Buku : “Khabar Dari Rembau”
Ahad 27 April 2008 Jam 5:30 Petang
Tempat : Pejabat Perhubungan Keadilan NS, No.433, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah, Seremban
Pertanyaan : 012 3696474 ( Azizi )

4/3/08

Bengkel Sehari Usahawan Muda Rembau (Terbuka)

'Pengenalan Kepada Penternakan Cacing Dan Lintah Kormesial'
Ahad 27 April 2008, 9.00 pagi
Pej. keADILan Negeri Sembilan
(Berminat hubungi 0123696474 - Azizi -Terhad 45 orang sahaja)

Himpunan Anak Muda Negeri Sembilan

Ceramah Perdana ; Pentas Anak Muda
Tarikh : 20hb April .2008
Waktu : Jam 0830 Malam
Tempat : Padang Permainan, Taman Jasmin, Senawang.

Penceramah :
Yb Fairos Bin Khairudin (Timb. Km P. Pinang / Adun Penanti )
Yb Nurul Izzah Binti Anwar ( Ahli Parlimen Lembah Pantai )
Sdr. Badrul Hisham Shaharin ( Mpt Keadilan )
Yb Hj Taufek Bin Abdul Ghani ( Adun Paroi )
Yb Anthony Loke ( Adun Lobak / Ahli Parlimen Rasah )
Pertanyaan : 012 3696474 ( Azizi )