CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

5/29/08

Penyelesaian Penyakit Rasuah , Barah Utama Negara

Penyelesaian Total Penyakit Rasuah , Barah Utama Negara. Kupasan lanjut di laman Blog GERAK Negeri Sembilan GERAKN9 ( Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi )

5/26/08

Ceramah Umum ADUN Pakatan Rakyat 31 Mei

Penjelasan Isu Semasa Kerajaan N.Sembilan
dan
Penjelasan Isu Babi di Selangor
Sabtu 31 Mei 08 Jam 9 malam
Di Padang Taman Desa Rhu , Sikamat , Seremban

Oleh :
ADUN-ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan
YB Yaakop Sapari – EXCO Selangor
YB Gan Pei Nei – ADUN Rawang

Semua Dijemput Hadir

5/21/08

Enam anak berhenti sekolah di N.Sembilan kerana miskin !

Berita Harian 21 Mei 2008 - PORT DICKSON: Sepasang suami isteri dari Kampung Jimah Baru, dekat sini, menagih simpati orang ramai selepas kehidupan mereka semakin terhimpit untuk menyara enam anak yang masih bersekolah.

Mohd Mokhtar Mohd Yusuf, 50, dan Siti Khalijah Ismail, 41, terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan mengambil upah menoreh getah di kampung itu dengan pendapatan RM20 sehari.

Mohd Mokhtar berkata, kehidupan mereka semakin sukar apabila beliau ditimpa kemalangan jalan raya lima tahun lalu di Kuala Lumpur ketika berulang alik dari Tanjung Malim, Perak.

"Kesan kemalangan menyebabkan saya tidak boleh duduk terlalu lama dan berasa terlalu sakit di badan. Sebelum ini, saya berulang alik dari Tanjung Malim, Perak ke Kuala Lumpur ketika bekerja di sebuah bengkel membaiki televisyen.

"Selepas kemalangan, saya berpindah ke kampung mengambil upah membaiki televisyen, mesin basuh dan kipas angin dari rumah ke rumah," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, pendapatan yang tidak seberapa dan tidak menentu tidak mampu menampung keperluan harian menyebabkan empat anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan.

"Malah, atas desakan kemiskinan, kami terpaksa memberikan tiga anak kepada orang lain untuk dipelihara," katanya.

Siti Khalijah berkata, mereka sebenarnya mempunyai 10 anak iaitu enam yang kini di bawah jagaan iaitu Mohammad Noramin, 11; Mohammad Noriman, 10; Norida, 7; Mohammad Nor Azmi, 6; Mohammad Norimani Nordin, 4; dan Shima, tujuh bulan.

"Seorang lagi anak kami dijaga ibu saya di Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati rumah keluarga berkenaan hanya diterangi sebiji lampu kalimantang, tingkap rumah yang hanya ditutup kain buruk dan berlantai tanah.

Anak mereka memang ingin ke sekolah namun hasrat mereka terpaksa dipendam dan dilupakan akibat kemiskinan keluarga. Malah ada yang tidak mengenal huruf dan nombor.

Siti Khalijah berkata, Mohmmad Noramin terpaksa berkerja membersih ayam sembelihan dengan upah RM10 sehari bagi membantu keluarga.

"Dengan upah yang diterima itu dapat membeli makanan harian selain bantuan jiran," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/EdisiWilayah/20080521070724/Article/index_html

5/14/08

Perhimpunan 'Nakbah Palestin' PBB – KL , 16 Mei

Satu perhimpunan sempena 60 tahun 'Nakbah Palestin' akan diadakan di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Damansara, Jumaat 16 Mei ini.

Perhimpunan yang diadakan sempena kekejaman regim Israel ke atas Palestin itu bermula jam 11.00 pagi, sebelum penyerahan petisyen dan 100,000 tanda tangan kepada PBB bagi membantah tindakan Israel yang menindas rakyat di bumi Palestin sejak 60 tahun lalu.

Orang ramai dijemput hadir jam 10:30 pagi di Bangunan PBB, Damansara. Peta di sini , sila klik


15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan turut dikenali sebagai 'nakbah' yang bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid, yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta membantah kekejaman regim Israel tersebut. - mns

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14449&Itemid=28

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi 26 Mei

Perasmian Pusat Khidmat DUN Paroi dan Ceramah Umum

Isnin 26 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pusat Khidmat DUN Paroi , Taman Tasik Jaya , Senawang

Bersama :
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Salehuddin Ayub – Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani – ADUN Paroi
Sdr Badrul Hisham Shaharin – Ahli MT PKR

Semua Dijemput Hadir

5/13/08

Kesian N.Sembilan, tak ada Pengarah Jabatan Agama

Ingatkan Perak saja yang kecoh pasal Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Rupa-rupanya Negeri Sembilan lagi haru biru. Selama hampir 2 tahun kalau mengikut rekod akhbar perdana , Negeri Sembilan tidak ada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Yang ada hanyalah Pemangku Pengarah. Teruk sangat ke kualiti , kelayakan mereka dibidang agama Islam di Negeri Sembilan ini sampaikan tiada Pengarah ? Atau mungkin sekarang sudah dilantik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ?

Utusan Malaysia 2 Jun 2006 - …..Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Selamat Paigo
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=0602&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=lk_03.htm&arc=hive

Utusan Malaysia 17 Feb 2008 - ……Turut hadir Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir. Dr. Roslan Md. Taha dan pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selamat Paigo
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0217&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive

5/12/08

Jom Demo di Kedutaan Palestin , KL 16 Mei

Palestinians' day of catastrophe
By : Arman Ahmad

NST 12 May 08. KUALA LUMPUR: Several non-governmental organisations (NGO) will send a petition comprising more than 100,000 signatures of Malaysians to the United Nations representative here on Friday to denounce the Israeli occupation of Palestinian territory.

The move is in commemoration of the 60th anniversary of Nakba Day -- the day the state of Israel was declared on May 15, 1948.

Citizens International (CI), an NGO formed to foster awareness, activism and advocacy on issues that are central to the stability and wellbeing of humanity, said the petition was meant to be forwarded to the UN Security Council.

"At the same time, we will also send a petition of support to the Palestinian Embassy in Malaysia," said CI spokesman Mohd Azmi Abdul Hamid.

Some 500 to 1,000 people would also demonstrate peacefully outside the embassy.

"With this petition, we also hope that the Malaysian government can make an initiative to help the people of Palestine, especially those living on the Gaza Strip."

"We also hope that members of parliament, regardless of their race and religious background, would also table a special motion to commemorate Nakba Day," he said.

Nakba Day, literally translated as a "day of catastrophe", also set into motion a series of events which caused untold hardship for millions of people until today.

The Israelis carried out what some regard as ethnic cleansing of the Palestinians from the land which is now under their control.

It was part of a comprehensive plan, designed by the Zionist high command, to expel Palestinians from the territory after the British mandate expired, and to seize as much land as possible for an intended Jewish state.

Between 1947 and 1948, more than 750,000 Palestinians were made homeless.

Today, this population has grown to over four million.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/2238006/Article/index_html

Jangan Jadikan PD & NS Pusat Pelancongan Pesta Liar

Kepada semua warga Negeri Sembilan yang prihatin sila buat Repot Polis di e-Aduan PDRM http://www.rmp.gov.my , Aduan ke Portal NS http://www.spans.gov.my atau di balai polis berhampiran atau e-mel kepada agensi berkaitan Majlis Perbandaran Port Dickson http://www.mppd.gov.my e-mel mppdns@mppd.gov.my , YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan , Menteri Besar N.Sembilan , EXCO Agama Islam e-mel mbns@ns.gov.my http://www.ns.gov.my

Merujuk Utusan Malaysia 12 Mei 08 artikel bertajuk “Penduduk bantah pesta liar’, dengan ini saya ingin membuat laporan supaya pihak tuan menyiasat tulisan berkenaan serta melakukan tindakan susulan. Antaranya artikel tersebut mengatakan : parti arak dan berpakaian separuh yang diadakan oleh segolongan remaja , penganjur didakwa mendapat permit tapi telah disalahgunakan , sudah dua kali dianjurkan oleh beberapa resort dan syarikat rokok di Batu 5, Port Dickson, pegawai PBT memaklumkan ia cuma sebuah pesta muzik. Sekiranya dakwaan ini benar, pihak berkuasa seharusnya mendakwa dan membawa pihak penganjur ke muka keadilan. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus lebih berhati-hati dan tegas mengeluarkan permit hiburan pada masa akan datang. Jadikan Port Dickson dan Negeri Sembilan Pusat Pelancongan Keluarga bukannya Pusat Pelancongan Pesta Liar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Wilayah&i=section/wilayah.asp

5/3/08

Lim Guan Eng dan Ning Baizura

Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng bergambar dengan Ning Baizura. Ning terkejut kerana tak pernah dia tengok seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar naik kapalterbang tanpa pengawal peribadi, setiausaha dan rombongan. Ning lagi terkejut apabila YAB Lim duduk di Kelas Ekonomi bukan Kelas Pertama atau Kelas Bisnes. Cerita lanjut di MrManager

5/2/08

Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat

Ucapan Sulung Sidang Dewan Undangan Negeri NS
Bersama
YB Hj Mohd Taufek Abd Ghani , ADUN Paroi
YB Aminuddin Harun , ADUN Sikamat
SABTU 3 Mei 2008
Jam 9 malam
Di Pejabat PAS Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban

Pantai PD dipenuhi ulat

Dua-dua belah pihak harus dipersalahkan iaitu orang awam dan PBT. Inilah sikap rata-rata rakyat Malaysia yang amat kurang kesedaran sivik. Memalukan. Terlalu asyik dengan hiburan dan rancangan realiti TV yang tidak mendapat membina masyarakat Malaysia yang prihatin serta dapat membina kesedaran sivik yang tinggi.

****************************
Harian Metro 2 Mei 2008 - PORT DICKSON: Sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak prihatin dengan sistem perparitan di Dataran Sri Kemang, di sini, bukan saja menyebabkan kawasan percutian itu berbau busuk malah terdapat banyak ulat bersepah di tepi pantai sekitar kawasan itu.

Ulat itu jelas kelihatan apabila air laut surut dan kelihatan amat menjijikkan sehingga menjejaskan pemandangan pantai peranginan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

Tinjauan Harian Metro mendapati keadaan perparitan tersumbat dengan pembuangan sampah ke dalam longkang menjadikan aliran air tersekat sehingga menimbulkan bau meloyakan kepada pengunjung yang berkelah.

Lebih mengejutkan, tinjauan juga mendapati di sekitar paip saluran yang dialirkan ke laut itu terdapat ulat.

Sehubungan itu, PBT disaran mengkaji sistem pembetungan yang ada kepada lebih selamat dan terjamin kebersihannya.

Sistem sedia ada dilihat hanya memasang jeriji di bahagian akhir pembetungan dan membiarkan air kotor dan berminyak dari gerai makanan berhampiran mengalir terus ke laut.

Selain itu, penyelenggaraan hanya dilihat umpama ‘melepaskan batuk di tangga’ kerana masih banyak sampah-sarap seperti botol minuman dan plastik tersangkut di jeriji tanpa dibersihkan.

Pengunjung, Mohd Azroni Ariffin, 38, dari Shah Alam, Selangor, berkata dia kesal dengan pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang tidak prihatin dengan kebersihan kawasan pelancongan di sini selepas mendapati kawasan perkelahan itu ‘indah khabar dari rupa’.

“Saya lihat lima atau enam longkang terbuka tanpa penutup yang berisiko mengakibatkan kemalangan terutama kanak-kanak mungkin terjatuh.

“Sekiranya tidak dapat menggantikannya dengan segera, MPPD harus meletakkan tanda peringatan dan tidak dibiarkan terbuka begitu saja,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080502083856/Article/index_html