KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

6/25/08

Pelajar IPT 'Ikat perut' kos semakin tinggi

KOSMO 25 Jun 2008. BANGI - Dapat pinjaman tapi habis bayar yuran!
Itulah dilema ditanggung oleh sebahagian besar pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang yang dikatakan semakin tertekan kerana terpaksa menanggung beban yuran pengajian dan penginapan yang didakwa mereka terlalu tinggi.

Rata-rata mereka mendakwa, perbelanjaan untuk keperluan itu melebihi daripada jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ada di kalangan pelajar terbabit terpaksa mencari kerja sambilan.

Kenaikan kos hidup termasuk makan minum dan pelagai keperluan pembelajaran lain berikutan harga bahan api meningkat baru-baru ini semakin memeritkan kehidupan mereka sebelum memegang segulung diploma atau ijazah.

Baki daripada PTPTN itu tidak mencukupi untuk menampung kos sewa yang hampir mencecah RM1,000 semester menyebabkan mereka dalam keadaan dilema.

Justeru, mereka yang mendapat pinjaman PTPTN mengharapkan jumlah pinjaman yang diterima dikaji semula mengikut keperluan sekarang agar meringankan beban yang sedia ditanggung.

Seorang pelajar tahun pertama Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Ashikin, 19, memberitahu, dia terpaksa bekerja sambilan semasa cuti semester bagi menampung yuran pengajian berjumlah RM3,700 setiap semester sedang pinjaman PTPTN yang diperolehnya sebanyak RM4,000 sahaja.

"Pinjaman dan hasil kerja sambilan, saya gunakan untuk menampung kos belajar kerana selepas bayar yuran pengajian, baki wang saya hanya tinggal RM300, belum termasuk bayaran penginapan mencecah RM1,000 semester," katanya.

Jelas beliau, apabila memohon tinggal di luar kampus, permohonan ditolak dengan alasan pihak kolej milik kerajaan negeri itu tidak mahu menanggung kerugian.

"Jika pelajar tidak tinggal di kampus, pihak kolej perlu bayar kepada syarikat tertentu, jadi mereka wajibkan pelajar tinggal di kampus untuk elak tampung bayaran itu, jadi saya tiada pilihan," katanya.

Tambah Nor Ashikin, setiap semester dia bukan sahaja memerlukan wang tambahan lebih RM1,500 lagi bagi menampung kos penginapan, pengangkutan, makan serta membeli buku rujukan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

6/19/08

Subsidi RM40 Billion Bahan Bakar Sebenarnya Tiada !

Kerajaan mendakwa terpaksa membelanjakan hampir RM40 Billion untuk menampung subsidi bahan bakar (minyak). Hakikatnya adalah :
- KERAJAAN TIDAK MENANGGUNG SATU SENPUN UNTUK SUBSIDI BAHAN BAKAR.
- SUBSIDI BAHAN BAKAR JUGA TIDAK TERMASUK DALAM DATA PERBELANJAAN KERAJAAN.
- SUBSIDI BAHAN BAKAR SEBENARNYA TIADA.
Dapatkan maklumat dengan fakta lengkap hujah ini di pautan berikut http://kickdefella.wordpress.com/2008/06/18/hassan-husam-and-the-truth-about-fuel-subsidy/

6/17/08

Forum Kenaikan Harga Minyak 22 Jun Seremban

Forum Rakyat – “Isu Kenaikan Harga Minyak”
Ahad 22 Jun 2008
9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Theatrette, Kelab Melayu Negeri Sembilan, Tingkat 4, Jalan Tunku Munawir , Seremban

Ahli Panel :
1. Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras Pengupayaan Melayu)
2. Profesor Dr Abdul Ghafar Ismail (Pensyarah Fakulti Ekonomi & Perniagaan, UKM)

Semua Dijemput Hadir – Masuk Percuma – Tempat Terhad

Anjuran : Teras Pengupayaan Melayu Negeri Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Shamsul 019-6532973

6/16/08

Nak tahu berapa elaun MB N.Sembilan ?

Nak tahu berapa elaun Menteri Besar Negeri Sembilan ? Dapatkan butiran penuh di Blog YB Loke Siew Fook , ADUN Lobak yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah http://lokesiewfook.blogspot.com/2008/06/ns-state-government-should-cut-down.html

6/14/08

Bersama YB Salahudin Ayub 18 Jun Senawang

PIDATO RAKYAT
Pemidato :
YB Salahuddin Ayub – Ketua Pemuda PAS Pusat
YB Hj Md Taufek Abd Ghani – Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
YB Chai Tong Chai – ADUN Chuah (Telok Kemang) , N.S. - PKR
Sdr Zulkefly Mohamad Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : RABU 18 JUN 2008
Jam 9:00 malam
Di Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Semua Dijemput Hadir

6/12/08

Demo PROTES Minyak Naik 14 Jun Seremban

Himpunan Aman PROTES Kenaikan Minyak
Sabtu 14 Jun
Jam 11:30 pg – 12:30 tgh
Di Terminal One , Seremban
Semua yang terjejas akibat kenaikan harga minyak dijemput hadir

Usahawan Datuk Yaacob kesal dengan sikap EXCO N.Sembilan

‘Saya telah membuka jalan’
Utusan Malaysia 12 Jun 2008. PORT DICKSON 11 Jun – Usahawan perkapalan Datuk Yaacob Hussin daripada Kumpulan Syarikat YBH melahirkan rasa kesal terhadap pegawai dan anggota Exco kerajaan Negeri Sembilan kerana tidak menyertai pelayaran sulung perkhidmatan feri syarikat itu dari sini ke Bagan SiApi-api di Indonesia semalam bagi menarik pelancong ke negeri ini.

“Saya telah membuka jalan (memperkenalkan perkhidmatan feri) untuk memudahkan rakyat Indonesia datang ke Negeri Sembilan antaranya untuk berubat tetapi kerajaan negeri bersikap acuh tidak acuh ketika saya menjemput mereka menyertai pelayaran sulung ini,” katanya selepas kembali dari Indonesia dengan feri itu di jeti di sini hari ini.

Katanya pelayaran sulung itu disambut secara besar-besaran oleh penduduk Bagan SiApi-api dan mendapat perhatian dari Bupati (setaraf dengan Datuk Bandar), Annas Maamun, tetapi beliau malu kerana tidak ada wakil tinggi dari kerajaan Negeri Sembilan dalam rombongan media Malaysia dalam pelayaran itu.

Yaacob berkata beliau terpaksa meminta bantuan seorang pegawai Jabatan Imigresen Port Dickson untuk mengetuai rombongan itu.

“Negeri Sembilan mendapat pemimpin yang cukup bijak dalam soal ekonomi iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan tetapi sikap Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang tidak proaktif akan membantutkan usaha Menteri Besar menggalakkan pelancongan kesihatan,” katanya.

Yaacob berjaya meyakinkan lima penduduk Bagan SiApi-api daripada kelas atasan untuk menyertai pelayaran pulang feri itu bagi mendapatkan khidmat perubatan di Chinese Maternity Hospital di Seremban.

Namun tidak ada paluan kompang atau bunga manggar bagi menyambut kedatangan mereka itu, kecuali hanya ditunggu oleh Pegawai Daerah Port Dickson, Johani Hassan.

– Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

6/11/08

Himpunan Aman Protes Minyak Naik 14 Jun N.Sembilan

Sekretariat Gabungan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) Peringkat Negeri Sembilan yang diketuai oleh Ybhg Sdr Zulkefly Mohamad Omar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah mengadakan satu mesyuarat khas berhubung dengan Himpunan Aman yang bakal diadakan di Negeri Sembilan pada 14 Jun 2008.

Berita bergambar selanjutnya di Blog Pesuruhjaya PAS N.Sembilan http://zulkeflyomar.blogspot.com/2008/06/himpunan-aman-protes-kenaikan-harga.html

6/10/08

Saranan dari Rakyat kepada Pemimpin hadapi minyak naik

Berikut beberapa saranan rakyat kepada pemimpin-pemimpin Malaysia dalam kita sama-sama mengharungi kenaikan harga minyak di Malaysia :

1. Menggunakan trak-trak askar untuk mengangkut pelajar-pelajar sekolah setiap hari. Keutamaan kepada pelajar yang pendapatan ibu bapa dibawah RM 3,000. Sekarang ini pun trak askar digunakan untuk mengangkut anak-anak tentera setiap hari ke sekolah (di beri nama Feri Sekolah)

2. Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah hendaklah menghentikan projek lampu-lampu hiasan. Keutamaan hanya untuk pemasangan lampu-lampu jalan atas faktor keselamatan. Lampu-lampu hiasan yang sedia ada tidak perlu disenggara jika rosak dan dipasang hanya diwaktu hujung minggu sehingga jam 12 tengah malam.

3. Mesyuarat-mesyuarat kementerian, jabatan, agensi kerajaan hendaklah dibuat di premis kerajaan, bukannya di hotel-hotel atau premis swasta. Jamuan ringan hendaklah dihadkan dengan air mineral dan sejenis kuih. Jamuan tengahari atau malam dihadkan dengan air mineral, nasi SEGENGGAM, satu lauk, satu sayur dan satu buah.

4. Langganan suratkhabar hendaklah dihapuskan kerana hampir semua premis kerajaan telah ada perkhidmatan internet.

5. Untuk permohonan Bantuan Baitul Mal, Kebajikan Masyarakat untuk keluarga miskin dan sebagainya hendaklah diteliti. Keluarga yang rumahnya ada Astro secara otomatik tidak layak untuk memohon bantuan keluarga miskin, kerana Astro adalah bukan keperluan asasi rakyat Malaysia.

6. Pegawai Baitul Mal dan Pegawai Kebajikan Masyarakat hendaklah ditambah. Setiap masjid mesti ditempatkan Pegawai Baitul Mal sepertimana setiap masjid sebelum ini ada seorang amil khusus untuk mengutip zakat fitrah.

Ada banyak lagi saranan, cadangan. Akan disambung bila senang……

Ceramah PROTES Minyak Naik 14 Jun Senawang

Ceramah Perdana
Bersama Tn Hj Mohd Sabu, YB Tian Chua, YB Dr Hatta, YB Antony Loke,
cheguBard dan ramai lagi pimpinan
Sabtu 14 Jun 2008
Jam 9.00malam
Taman Jasmin, Senawang , N.Sembilan

Ceramah Perdana Mansuhkan ISA 21 Jun Rantau
Ceramah Perdana
Mansuhkan ISA - Bebaskan KMM, Hindraf, JI dan BSA Tahir
Sabtu 21 Jun 2008, Jam 9.00 malam
Taman Angsa Mas, Rantau , N.Sembilan

Ceramah Perdana
Isnin 30 Jun 2008 Jam 9 malam
Pejabat PAS Rembau
Penceramah :Zulkefly Mohamad Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Pesuruhjaya PASPahang / AJK PAS Pusat
YB Hj Taufek – ADUN Paroi / Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Badrul Hisham Shaharin – Ahli MT PKR

6/7/08

Laman Blog Ahli Parlimen Telok Kemang

Laman Blog Ahli Parlimen Telok Kemang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan , Dato' Kamarul Baharin Abbas
http://telokkemang.blogspot.com

6/6/08

Senang aje kalau tak nak rakyat berdemo

Minyak naik lagi. Rakyat gelisah, susah hati. Satu pilihan yang mereka ada untuk menyatakan kegelisahan mereka ialah melalui demonstrasi aman.

Senang saja kalau tak nak rakyat buat demo. Iaitu kepimpinan melalui tauladan. Andaikata semua pemimpin di Malaysia ini menunjukkan contoh sudah pasti rakyat akan kurang gelisah mereka akibat kenaikan harga petrol.

Pemimpin gesa rakyat ubah cara hidup , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat guna motosikal , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat guna kerete cc/kapasiti kecil , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat jimat penggunaan elektrik dan air , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat guna pengangkutan awam/bas/LRT , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat berkongsi kereta , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat makan bersama keluarga di rumah , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat melancong dalam negeri , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat agar bercucuk tanam , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat belanja berhemah , pemimpin bagaimana ?

Sila tambah lagi senarai ini

Pemimpin gesa rakyat ……………. , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat ……………. , pemimpin bagaimana ?

Pemimpin gesa rakyat ……………. , pemimpin bagaimana ?

6/5/08

Penduduk resah kerja pembetungan terbengkalai

Berita Harian 5 Jun 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Marida Senawang Fasa 2, dekat sini, meminta kontraktor yang melaksanakan kerja membina saluran pembetungan di kawasan itu menyiapkan kerja berkenaan yang terbengkalai hampir setahun lalu hingga menyulitkan urusan harian mereka.

Penduduk mendakwa sejak projek itu terbengkalai, lalu lintas di kawasan itu terjejas setiap hari kerana peralatan kerja yang ditinggalkan di situ mengganggu lalu lintas dan keadaan lebih buruk pada setiap kali hari persekolahan apabila banyak kenderaan termasuk bas sekolah yang melalui jalan itu.

Jurucakap penduduk taman berkenaan, Hussin Abu Hassan, 63, berkata jalan itu yang sudah mengalami kerosakan akibat kerja menggali saluran itu masih tidak diturap dan berdebu menyebabkan penduduk terutama kanak-kanak terdedah kepada penyakit.

Katanya, pihaknya hairan kerana sudah setahun tiada sebarang kerja dilakukan kontraktor terbabit manakala peralatan kerja dibiarkan begitu saja tanpa diusik.

"Kontraktor itu ada memaklumkan kepada saya sebelum ini melalui sepucuk surat bahawa kerja berkenaan akan diselesaikan secepat mungkin dan jalan itu akan diturap pada atau selewat-lewatnya awal tahun ini tetapi sampai sekarang tiada perubahan dan jalan itu masih tidak diperbaiki.

"Akibat daripada keadaan itu ia bukan saja menimbulkan kesulitan kepada penduduk terutama kediaman yang berhampiran dengan kawasan itu dan mereka yang melalui jalan itu, malah keseluruhan jalan yang sudah pecah dan berlopak itu menjejaskan keselesaan penduduk," katanya.

Hussin berkata, lebih 200 orang penduduk menggunakan jalan itu setiap hari dan keadaan lebih rumit ketika musim hujan apabila air bertakung di jalan berlopak itu.

Beliau yang juga Imam 2 Masjid Jamek Taman Marida berkata, pihaknya menggesa kontraktor terbabit dapat menyiapkan projek itu dengan segera demi kepentingan penduduk dan orang ramai.

"Saya juga berharap kerosakan yang berlaku pada struktur lantai simen di luar rumah sewaktu kerja-kerja mengorek dilakukan sebelum ini dapat dinilai dan dibuat ganti rugi," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/EdisiWilayah/20080605073541/Article/index_html