KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/28/08

Tak Faham Faham Fatwa Hari Pahlawan

Tak tahulah. Tak faham, buat-buat tak faham, tak faham Bahasa Melayu ? Tak tahu apa nak cakap lagi dah. Selamat Menyambut Hari Pahlawan.

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

TAJUK : MELETAKKAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU PERINGATAN
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu: “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

TAJUK : BACAAN DOA DI TUGU PERINGATAN
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428
Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu

TAJUK : UPACARA HARI PAHLAWAN DI TUGU PERINGATAN
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608
Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

7/27/08

Program Lawatan DSAI ke N.Sembilan 29 Julai

Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Negeri Sembilan
Tarikh: 29hb. Julai 2008 (Selasa)

Aturacara
10.30pm ~ 11.300 pm DSAI berucap di Ceramah Perdana di Muasasah Darul Syarif
(Tempat Ceramah) Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan

Untuk Dihubungi: En. Sabaruddin Tel: 017-2462237 http://anwaribrahimblog.com

7/25/08

Pekerja kilang di Senawang 'heret' majikan ke mahkamah

Sinar Harian. SEREMBAN – Seramai 100 pekerja kilang di Senawang, mengalami nasib malang apabila tidak menerima sebarang bayaran bagi gaji selama empat bulan berikutan syarikat menghadapi masalah kewangan.

Apa yang menyedihkan lagi, pihak pengurusan syarikat itu melengah-lengahkan pembayaran gaji sedangkan ada di antara mereka sudah berkhidmat selama puluhan tahun di kilang berkenaan.

Berikutan itu mereka sepakat membawa kes berkenaan ke Mahkamah Tenaga Kerja di sini, semalam.

Kumpulan pekerja itu yang diwakili peguam Bernard Kanny dan Abu Hashim Abu Bakar manakala syarikat itu diwakili Pengurus Sumber Manusianya, Mohd Farmy Mohd Noordin.

Dalam prosiding itu, Hakim Johana Bakar menetapkan Isnin ini untuk mengeluarkan perintah pembayaran balik ganti rugi kepada semua pekerja selepas memperoleh dokumen daripada Mahkamah Tinggi Seremban.

Mazlan Moh, 44, berkata, selepas hilang mata pencarian disebabkan sikap majikan, dia cuba mencari pekerjaan lain namun gagal.

“Saya sudah berusia, dalam keadaan sekarang bagaimana saya mahu menyara keluarga dan menjelaskan semua hutang yang tertunggak.

“Kami semua menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan keadilan di atas penganiayaan yang kami terima,” katanya.

Seorang pekerja, M Sundralingam, 47, berkata, dia sudah 27 tahun berkhidmat di kilang itu namun tidak menyangka akan dilayan dengan teruk oleh majikannya.

“Majikan tidak membayar gaji kami sejak April lalu malah setiap kali kami datang ke kilang untuk bekerja mereka mengeluarkan surat cuti dan meminta kami pulang ke rumah.

“Saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah, bagaimana saya mahu menyara kehidupan kami sekeluarga sedangkan mata pencarian saya disekat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1776710.asp

Air naik, projek pisang dan ternakan terjejas di PD

Sinar Harian. SI RUSA - Pengusaha ladang pisang, Rashid Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa kerana setiap kali hujan, sudah pasti projek tanaman pisangnya terjejas akibat limpahan air berpunca dari keadaan tanah dan sungai yang sama rata dan sistem pengaliran tidak betul di sini.

Ladang pisang seluas lebih 1 ekar itu turut membabitkan kandang yang menempatkan 28 ekor kambing.

“Sebenarnya masalah ini sudah bertahun-tahun kami hadapi. Setiap kali hujan, air akan naik sekurang-kurangnya diparas lutut.

“Pelbagai langkah sudah diambil untuk mengatasinya, tetapi selagi sungai tidak ditambak atau digali supaya lebih dalam dan sistem perparitan masih seperti sedia ada, banjir tetap akan berulang. Tanaman pisang ini akan berterusan ‘ditenggelami’ air,” katanya.

Menurut Rashid, dia sangat berharap pihak jabatan yang terlibat tampil untuk membantu menangani masalah ini kerana banjir yang berlaku amat menjejaskan projek tanaman dan ternakannya.

Katanya, ketiadaan laluan air berikutan wujudnya lebuh raya berhampiran kawasan ladang itu turut menjadi punca air sering naik di situ.

“Saya runsing memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah ini kerana setiap kali hujan, pasti bergelut dengan masalah yang sama,” keluhnya.

Selain itu, rumah yang didiami olehnya turut mengalami hakisan tanah hingga menyebabkan longkang bersebelahan retak dan boleh runtuh bila-bila masa.

Kata Rashid, sebelum ini memang longkang itu sudah dibaiki semula, tetapi setiap kali hujan air yang masuk begitu deras, menyebabkan berlakunya hakisan tanah pada tebing longkang.

“Sudah banyak duit habis, namun masih belum ada jalan penyelesaian. Bukan sekadar runsing dengan masalah air yang merendam tanaman, tetapi masalah hakisan tanah pada tebing longkang juga tidak boleh dipandang mudah,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1775823.asp

7/24/08

Berapa kos senggara Perdana V6 N.Sembilan ?

Berapa pula kos senggara Perdana V6 kerajaan Negeri Sembilan ? Harap ADUN Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dari DAP, PKR dan PAS bertanyakan soalan ini dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Utusan Malaysia 24 Julai 2008. BPR siasat kos senggara Perdana V6 Terengganu UTUSAN

MAINS tak nak desak MB NS minta maaf ?

Kalau di Pulau Pinang Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya memohon maaf kepada rakyat kerana membenarkan penjualan minuman alkohol pada Karnival Hari Belia peringkat negeri di Auto City, Juru, bulan Jun 2008. Rujuk Utusan Malaysia 24 Julai 2008 SINI

Macamana pula di Negeri Sembilan ? Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tak nak desak ke Menteri Besar Negeri Sembilan kerana pada 24 Ogos 2008 nanti akan diadakan Seremban Half Marathon http://www.serembanhalfmarathon.com/
di mana antara penganjurnya ialah Majlis Perbandaran Seremban, Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan dan juga salah sebuah syarikat yang menajanya ialah syarikat judi yang tersohor di Malaysia iaitu Sports Toto Malaysia http://www.sportstoto.com.my/

Tambahan pula kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh UMNO , sedangkan kerajaan Pulau Pinang diterajui oleh DAP. Siapa agaknya yang Yang Dipertua atau Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ?

Ibu tunggal di Seremban saman kematian anak

Harian Metro 24 Jul 08. SEREMBAN: Seorang ibu tunggal memfailkan saman terhadap guru besar sebuah sekolah kebangsaan dan beberapa agensi lain mendakwa menyebabkan kematian anak sulungnya ketika mendaki sebuah bukit, April lalu.

Pathmavathy @ Nabishah Abdullah, 58, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co dengan menamakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Noraini Baharuddin sebagai defendan pertama, Pengarah Pelajaran negeri (defendan kedua), Kementerian Pelajaran (defendan ketiga) dan Kerajaan Malaysia (defendan keempat).

Dalam pernyataan tuntutannya, Nabishah mendakwa defendan mendorong anaknya, Mohammed Radzi Mohd Kamal, 35, guru di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A dengan memaksa Allahyarham mendaki bukit walaupun dia meminta dikecualikan atas faktor kesihatan sebanyak dua kali.

“Defendan pertama pada awal April lalu menganjurkan Program Kursus Kepemimpinan Pengawas yang antara lain memerlukan peserta mendaki sebuah bukit di Excel Training Resort Sdn Bhd, Kampung Kapal, Ulu Beranang pada 19 April.

“Pada malam 18 April, si mati mengadu kepada defendan pertama beliau tidak berada dalam keadaan sihat untuk mendaki bukit, tetapi dia tetap diarahkan mendaki,” katanya.

Pernyataan itu turut menyebut pada pagi 19 April ketika semua guru dan peserta berkumpul untuk mendaki, si mati sekali lagi meminta dikecualikan sebab tidak sihat, tetapi tetap diarah dan didesak meneruskan pendakian.

“Dalam masa 15 minit mereka mula mendaki, si mati berasa pening dan rebah serta tidak sedarkan diri. Si mati dibawa ke klinik kesihatan oleh kakitangan resort dan disahkan meninggal dunia pada 19 April jam 12 tengah hari.

“Sebab kematian adalah serangan jantung mengikut sijil kematian,” katanya.

Sehubungan itu, pernyataan berkenaan mengatakan kematian si mati disebabkan atau disumbangkan oleh kecuaian defendan pertama yang bertanggungjawab mengawal dan mengawas program dan peserta termasuk si mati.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080724095124/Article/index_html

Ceramah KONSPIRASI LAGI ? 26 Jul Pilah

CERAMAH UMUM
Tajuk : KONSPIRASI LAGI ?
Tarikh : 26 Julai 2008 Sabtu
Waktu : 9 mlm
Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh , Taman Jemapoh Indah , Kuala Pilah
Penceramah :
En Samsul Iskandar Mohd Ikin , Ketua AMK Pusat
Sdr Zulkefli Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N9
YB Loke , Ahli Parlimen Rasah (DAP)
Maklumat lanjut http://jemapohku.blogspot.com

7/23/08

158 penduduk sertai PKR di Kuala Pilah

Sinar Harian
DANGI - Seramai 158 penduduk di sini mengambil keputusan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis rasmi yang diadakan untuk meraikan kemasukan mereka di dalam PKR 19 Julai lalu.

Seramai 100 orang daripadanya berbangsa Cina dan selebihnya Melayu dan India serta ada di kalangan mereka merupakan bekas ahli UMNO di sini.

Menurut seorang peserta, Ng Kok Siong, beliau mengambil keputusan untuk menyertai PKR kerana pada pandangan beliau pergolakan politik yang berlaku sekarang menyebabkan beliau semakin muak dengan MCA dan kepimpinannya.

Ng juga berkata, beliau ingin memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia secara amnya dan tidak secara perkauman seperti yang sering terjadi dalam MCA yang lebih bersifat perkauman.

“Saya ingin memperjuangkan semangat bersatu padu di antara kaum di negara kita dan ingin melihat krisis ekonomi yang melanda negara dipulihkan secepat mungkin,” jelasnya.

Beliau ketika ditemui berkata, keputusan itu dibuat selepas menonton rancangan debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang disiarkan di televisyen baru-baru ini.

Jelasnya, hujah-hujah yang diberi Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak begitu meyakinkan, tetapi beliau berasa teruja dan begitu yakin dengan hujah yang diberi Anwar tentang isu harga minyak yang dihujahkan itu.

Beliau juga memberitahu, tidak mahu memandang remeh mengenai konspirasi politik yang terjadi untuk tidak mengiktirafkan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa beliau dapat mengurangkan beban rakyat yang semakin terhimpit kerana pelbagai krisis kenaikan harga barang dan minyak ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian juga difahamkan, beberapa majlis penyerahan borang keahlian PKR akan berlangsung di beberapa tempat di Kuala Pilah pada hari minggu akan datang.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1771307.asp lqthtt

Masalah perparitan PD berlarutan

Sinar Harian
SI RUSA -Di setiap ceruk kampung dalam Daerah Port Dickson, masalah sistem perparitan dan longkang menjadi bualan dan rungutan.

Penduduk runsing memikirkan langkah untuk mengatasi. Paling mengecewakan perkara ini mengheret kepada masalah banjir.

Tinjauan Sinar Harian ke Kampung Sawah Sunggala mendapati, isu sistem perparitan terus dijadikan topik nombor satu diutarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua cawangan parti, penghulu dan penduduk-penduduk kampung.

Namun sampai bila masalah ini selesai? Paling tidak hanya dibawa ketika dalam mesyuarat dan janji untuk mengkaji oleh pihak yang terlibat dilafazkan, tetapi pelaksanaannya masih tidak kelihatan.

“Inilah persepsi yang kita tidak mahu dengar kerana segala permasalahan penduduk mahupun mengenai sistem perparitan ini sudah dikemukakan dalam Mesyuarat JKKK yang diadakan setiap dua bulan sekali dan sehingga kini memang belum menampakkan keberkesanannya,” ujar Pengerusi JKKK Kampung Sawah Sunggala, Zakaria Endon ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Tambahnya, masalah sudah dikemukakan kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

“Kami memaklumkan masalah ini kepada mereka setiap kali banjir melanda kampung ini, namun kalau tiada apa-apa tindakan (jabatan), apakah yang boleh kami lakukan?”

Jelasnya lagi, bukan sekadar pihak jabatan terlibat malah sewaktu penguasaan UMNO di Parlimen Telok Kemang penggal lalu masalah yang sama sudah diketengahkan, tetapi sehingga kini memang belum nampak akan hasilnya.

“Kami sudah berurusan dengan semua pihak. Kami mahu lakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah penduduk tapi kami tidak tahu apa sepatutnya yang perlu dilakukan lagi,” jelasnya yang berharap penduduk bersabar dan tidak menyatakan pihak JKKK tidak bertindak menangani masalah ini.

Sementara itu, menurut Ketua Cawangan UMNO Kampung Sawah Sunggala, Sukor Sharif, punca dikesan mengapa air naik setiap kali hujan melanda dalam kampung ini ialah tanah dan sungai sama rata dan sistem saluran untuk pengaliran air tidak betul.

Masalah ini lebih merumitkan kerana wujudnya lebuh raya berhampiran kampung ini yang dibina sejak 2001 di mana tanah dari lebuh raya masuk memenuhi longkang yang tersedia.

“Inilah yang ditanggung penduduk selama ini dan sekiranya kerja-kerja pemulihan dilaksanakan segera, segala permasalahan dapat diatasi,” katanya.

Tambahnya lagi, memang tidak dinafikan sudah empat kali pihak JPS masuk ke kampung cuba menyelesaikan masalah ini, namun JPS turut masih dalam kajian bagaimana hendak menangani hal ini.

“Sehubungan itu, diharapkan penduduk di sini bersabar dan kerana semua pihak sedang berikhtiar untuk menanganinya,” katanya.

Persoalannya, bilakah masalah ini akan selesai dan masih adakah ‘sinar’ untuk penduduk di sini sedangkan semakin lama semakin kerap mereka ‘ditenggelam’ banjir!

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1769418.asp

7/18/08

Wakil Rakyat N.Sembilan disiasat BPR

Siapa ADUN N.Sembilan tersebut ?

***********************************
BPR siasat Adun didakwa salah guna kuasa

Harian Metro 18 Jul 08. SEREMBAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan projek pembangunan di kawasannya.

Menurut sumber, BPR sudah memanggil beberapa pihak untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

“Siasatan itu berhubung dakwaan Adun itu meminta sebahagian peruntukan projek pembangunan di kawasannya digunakan untuk mengubahsuai pejabatnya.

“Setakat ini, BPR sudah memanggil jurutera Jabatan Kerja Raya daerah, pegawai teknikal serta dua kontraktor yang terbabit dalam pengubahsuaian itu,” katanya.

SUMBER : Harian_Metro

7/11/08

Polis lawan polis-polis lain di Balai Polis Gemas

Berita yang menggemparkan dalam laporan akhbar The Star 11 Julai 2008. Seorang anggota polis berpangkat korporal membuat lapuran polis terhadap semua anggota polis lain termasuk ketuanya di Balai Polis Gemas mengenai kegiatan pengambilan dan pengagihan wang rasuah di kalangan anggota polis di balai berkenaan. Anggota polis yang berpangkat sarjan di balai yang sama membuat laporan polis juga terhadap korporal tadi yang menjual barang lusuh dari balai berkenaan. Apa nak jadi ? Bertaubatlah, bermaaf-maafanlah, kembalilah kepada ajaran Islam menurut Al Quran dan As Sunnah. Takutlah kepada Allah , melebihi takut kepada manusia. Itulah INTEGRITI yang sebenar dan hakiki.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/11/nation/21793315&sec=nation

Friday July 11, 2008
Cop vs cops in Gemas station
By SARBAN SINGH

GEMAS: A policeman has lodged a report against all his colleagues including his superiors allegedly over dissatisfaction on how the monthly bribes from those operating illegal activities was being distributed.

In retaliation, one of his superiors, a sergeant, lodged another police report against the policeman, a lance corporal, for allegedly selling station property to scrap dealers.

A source said the lance corporal, in his 40s, was dissatisfied with his superiors for allegedly taking the lion’s share of the bribes while the rank and file received very little.

“In fact, the complainant claimed that he did not get a sen,” the source said.

The report was lodged earlier this week.

The sergeant, in an apparent tit-for-tat, lodged another report against the lance corporal alleging that he had sold some old wooden and iron furniture from the police station to a dealer.

“His colleagues even know where the dealer is operating from,” the source said.

State police chief Datuk Osman Salleh confirmed that a report has been lodged.

“We are investigating the claims made by the lance corporal. We do not want to make conclusions straightaway as the allegations are serious,” he said.

He said all the policemen were still on duty and have not been asked to go on leave.

He said action would be taken against his men if the claims were true.

It is understood that the Anti-Corruption Agency has also started a probe.

7/10/08

RM 0.75 juta dibelanja dalam sebulan di Rasah

YB Loke (Ahi Parlimen Rasah – DAP) terperanjat apabila diberitahu dalam parlimen bahawa sebanyak RM 752,500 dibelanjakan untuk peruntukan parlimen Rasah dalam masa sebulan sahaja , iaitu pada Februari 2008, iaitu sebelum pilhanraya umum ke 12. Lebih memeranjatkan katanya ialah RM 100,000 digunakan untuk Pusat Perkhidmatan sahaja. Ulasan lanjut di Blog YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com/2008/07/rm752500-constituency-allocation-spent.html

7/9/08

Rebat Petrol , Jerat untuk Pakatan Rakyat ?

Dato Seri Anwar Ibrahim sering menyatakan “Hari ini kita perintah, esok turun harga minyak”. Ya , ianya memang boleh dilakukan , tapi apakah kesannya ? Mungkin jika sebelum pilihanraya umum ke 12 ianya masih masuk akal. Tetapi sekarang , bagaimana ?

Beberapa persoalan yang timbul ialah :

1. Berapa banyak boleh diturunkan ?

2. Adakah turun lebih dari 70 sen, 70 sen atau kurang dari 70 sen ?

3. Setelah turun harga minyak , adakah harga barang makanan dan bahan mentah lain akan turun ? Ini adalah kerana pekilang dan pemborong boleh memberi alasan harga barang dan harga bahan mentah tidak boleh turun kerana mereka mempunyai banyak stok ketika harga minyak naik.

4. Setelah turun harga minyak, adakah rebat akan dihentikan, diteruskan atau mereka yang telah mendapat rebat perlu memulangkan semula kepada kerajaan ? Sekiranya dihentikan adakah adil kepada jutaan pengguna lain yang tidak mendapat rebat ? Sekiranya diteruskan adakah kerajaan Pakatan Rakyat sanggup mengeluarkan tambahan RM 4 Billion untuk rebat setelah hilang hasil dari penurunan harga minyak ?

Secara tidak langsung sistem rebat yang ada sekarang ini seolah-olah menjerat Pakatan Rakyat sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September nanti.

Justeru itu perlulah dijelaskan kepada rakyat kaedah penurunan minyak ini dengan lebih terperinci setelah mengambil kira kenaikan harga minyak dunia dan juga setelah pengenalan sistem rebat untuk kenderaan.

Apakah pengurangan kadar tol yang dicanang-canang sekarang ini merupakan satu lagi jerat atau gula-gula ?

Ceramah Anwar Ibrahim 10 Jul pindah ke Kg Ismail

CERAMAH PERDANA
Bersama
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Saifuddin Nasution
YB Sivarasa Rasiah (Peguam DSAI)
cheGuBard
YB Taufek Abd Ghani (ADUN PAS PAROI)
YB Antony Loke (MP DAP Rasah)

Hari : Khamis 10 Julai 2008
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibah , Kg. Ismail , Ampangan, Seremban

Peta ke Dataran Muhibbah link berikut http://pasns.blogspot.com/2008/07/dataran-muhibbah.html

Maklumat lanjut http://chegubard.blogspot.com

7/6/08

Ceramah Dato Seri Anwar 10 Julai Seremban

CERAMAH PERDANA
Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Khamis 10 Julai 2008
Jam 9 malam
Di Taman Jasmin , Senawang, N.Sembilan
Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com
Peta ke Tmn Jasmin di http://maps.google.com/maps?ie=UTF8&hl=en&ll=2.692247,101.994689&spn=0.010503,0.018711&z=16

7/4/08

PROTES 6 Jul Pindah ke Stadium Kelana Jaya

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad 6 Jul ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Rujuk http://www.geramm.org

7/1/08

N.Sembilan jangka 50,000 sertai PROTES 6 Julai

PROTES Negeri Sembilan menjangkakan seramai 50,000 rakyat Negeri Sembilan akan menyertai perhimpunan sejuta rakyat PROTES Kenaikan Harga Minyak yang akan diadakan pada 6 Julai 2008.

Menurut wakil mobilisasi PROTES dari Negeri Sembilan Sdr Azizi , mereka dari Negeri Sembilan haruslah bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan.

Kontinjen PROTES dari Rembau akan berkumpul dan berkonvoi dari Pejabat PKR Rembau seawal jam 7 pagi pada hari Ahad nanti. Sementara itu mereka yang ingin berkonvoi dari Seremban akan bertolak jam 7 pagi dari Pejabat PKR Negeri. Menurut Sdr Azizi dijangkakan lebih 50 bas akan menuju ke ibukota pada Ahad nanti dengan diiringi puluhan mungkin ratusan kenderaan lain.

Dengan perkembangan terkini dakwaan fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar adalah dijangkakan penyertaan PROTES dari N.Sembilan akan bertambah lebih daripada jangkaan awal.

Untuk maklumat lanjut koordinasi mobilisasi PROTES NS hubungi Sdr Azizi 012-3696474