KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

8/29/08

Jangan salahkan DAP ramai EXCO Cina

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada masa ini menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan DAP 10 , PKR 4 dan PAS 1 kerusi. Sementara BN mempunyai 21 kerusi dengan UMNO 19 , MCA 1 dan MIC 1 kerusi.

Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan. Apakah ini akan berlaku pada 16 September 2008 atau pada Pilihanraya Umum ke 13 , biarlah ianya menjadi teka teki Dato Seri Mohamad Hassan untuk menilai sendiri kesetiaan ADUN BN kepada beliau.

Apa yang pasti sekiranya terdapat 2 orang ADUN Melayu dan 2 orang ADUN bukan Melayu dari BN di N.Sembilan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat maka , BN tidak lagi memerintah N.Sembilan.

Buat masa ini terdapat 22 ADUN Melayu , 9 ADUN Cina dan 5 ADUN India di Negeri Sembilan. DAP mempunyai 7 ADUN Cina dan 3 ADUN India. PKR pula diwakili 2 ADUN Melayu , 1 ADUN Cina dan 1 ADUN India. Sementara PAS hanya 1 ADUN Melayu.

Pada ketika ini kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohamad Hassan mempunyai 10 orang EXCO tidak termasuk Menteri Besar dimana 8 EXCO Melayu, 1 Cina dan 1 India.

Sekiranya Pakatan Rakyat di N.Sembilan berjaya membentuk kerajaan dengan andaian diatas maka akan terdapat 9 ADUN Cina , 5 ADUN India dan 5 ADUN Melayu. Sementara BN hanya ada 17 ADUN Melayu yang semua diwakili UMNO.

Sudah pasti atas dasar demokrasi ADUN Cina akan mendapat lebih jawatan EXCO di N.Sembilan ini yang majoritinya dari DAP. Kemungkinan bilangan EXCO Melayu 3 , EXCO Cina 4 dan EXCO India 3.

Maka wajarkah kita menyalahkan DAP jika ramai EXCO Cina di Negeri Sembilan ?

Mengapa tidak disalahkan ADUN dari UMNO yang tidak ramai keluar dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat Negeri Sembilan samada dengan menyertai DAP, PKR, PAS atau Bebas ?

Mengapa tidak disalahkan para pengundi Melayu di Negeri Sembilan untuk memenangkan wakil Melayu dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 atau Pilihanraya Umum ke 13 nanti ?

Mengapa tidak salahkan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Melayu dalam PKR dan PAS yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya dengan mengorbankan segala tenaga , masa dan wang ringgit ?

Bak kata Nabil “Raja Lawak” orang Mambau , Negeri Sembilan “Lu pikirlah sendiri”.

8/28/08

Siapa yang bodoh wahai Datuk Seri Mohamad Hasan ?

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindakan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, semalam sebagai tindakan bodoh dan mengkhianati pengundi yang memilih mereka pada pilihan raya umum lalu. (Petikan Berita Harian 28 Ogos 2008)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20080828091207/Article/index_html

11 ADUN BN di Pulau Pinang bodoh juga ke ? ADUN-ADUN BN di Kelantan bodoh juga ke ? Kerana semua ADUN-ADUN BN ini yang kebanyakannya UMNO , juga telah keluar sidang dewan pada tahun ini. Datuk Seri sebagai pemimpin negeri haruslah bersikap professional , bukannya emosional.

11 ADUN BN tinggalkan sidang DUN
PULAU PINANG 28 Julai - Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).. (Petikan Utusan Malaysia 29 Julai 2008) http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0729&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_11.htm&arc=hive

Wakil BN keluar sidang DUN Kelantan
KOTA BHARU 7 Julai - Semua wakil pembangkang hari ini bertindak keluar daripada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas membantah keputusan Speaker, Mohd. Nassuruddin Daud yang menolak 10 daripada 15 soalan lisan yang dikemukakan mereka. (Petikan Utusan Malaysia 8 Julai 2008)
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0708&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive

8/26/08

Sampah pun kerajaan N.Sembilan tak terurus ?

Apo sudah jadi dengan kerajaan N.Sembilan pimpinan Dato Seri Mohamad Hassan hingga sampah pun tak terurus. Sebelum komen negeri pimpinan Pakatan Rakyat , media perdana , Tok Mat dan KJ harus tengok rakyat di Negeri Sembilan dulu. Jangan sibuk nak bertanding pemilihan agung Umno hujung tahun ni.

Berita Harian 26 Ogos 2008. Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berhutang RM180 juta kepada syarikat pengurusan dan pelupusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd atas perkhidmatan yang dijalankan syarikat itu sejak 11 tahun lalu http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20080826092919/Article/index_html

Merujuk kepada laporan akbar New Straits Times 13 September 2007. Reactions to Auditor-General's report: 'Local councils short of money', Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa kebanyakan Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan sedang dilanda masalah kewangan yang teruk.

Kenyataan Mohamad Hassan ini merupakan respon kepada Laporan Audit Negara terbaru yang mendedahkan bahawa banyak kawasan kotor kerana kontraktor yang menguruskan pembersihan dan pembuangan sampah tidak dibayar. Laporan Audit itu telah mengenengahkan kes Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang gagal menjelaskan hutang RM 17 juta kepada Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM) syarikat yang menguruskan operasi pembersihan dan pembuangan sampah. Tunggakan tersebut mengakibatkan operasi syarikat tersebut terganggu seterusnya memberikan kesan terhadap kebersihan dan keselesaan penduduk setempat.

Perkembangan ini amat dikesali. Di tegaskan kerajaan Negeri harus mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan ini. Melalui komen Mohamad jelas beliau cuba lari dari tanggungjawab dengan menyalahkan pembayar cukai dan membohongi fakta.

Fakta kos yang naik dan cukai yang kekal adalah salah. Tahun 2006 contohnya Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak 85.19%. Begitu juga kenaikan dikenakan dihampir semua kerajaan tempatan . Begitu juga beberapa cukai baru turut diperkenalkan.

Apa yang berlaku sehingga banyak kerajaan tempatan mengalami krisis kewangan yang teruk ini ialah kelemahan pengurusan, salah urus dan penyelewengan yang berleluasa.

Rujukan :
http://chegubard.blogspot.com/2007/09/penyelewengan-punca-krisis-kewangan.html
http://amkns.blogspot.com/2007/09/mb-ns-sila-jawab-kenyataan-cikgu-badrul.html
http://amkns.blogspot.com/2007/09/kerajaan-ns-tak-mampu-bayar-kutip.html

Sentral: PBT 3 negeri berhutang RM180j

Berita Harian 26 Ogos 2008

SWM Environment Sdn Bhd teruskan operasi walaupun tanggung kos

SEREMBAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berhutang RM180 juta kepada syarikat pengurusan dan pelupusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd atas perkhidmatan yang dijalankan syarikat itu sejak 11 tahun lalu.

Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd, Dr Uzir Abdul Malik, berkata walaupun tunggakan hutang itu belum dijelaskan tetapi pihaknya masih mampu beroperasi bagi menjalankan kerja yang dipertanggungjawabkan di tiga negeri berkenaan.

Beliau mengakui sememangnya hutang itu perlu dijelaskan untuk membolehkan pihaknya menanggung peningkatan kos operasi syarikat termasuk membayar gaji kakitangan selain menambah pembelian peralatan dan jentera pengangkutan.

"Syarikat akan terus berusaha untuk memantapkan lagi operasi menjelang awal tahun depan apabila kerajaan Persekutuan sudah memberikan hak konsesi untuk terus melaksanakan tanggungjawab menguruskan sisa pepejal di tiga negeri berkenaan menerusi konsep penswastaan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 di perkarangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Oakland di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Datuk Dr Awaluddin Said yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin, merasmikan majlis itu.

Uzir berkata, pihaknya juga merancang membeli 150 lagi kenderaan dan jentera baru membabitkan kos kira-kira RM100 juta selain menambah kira-kira 1,000 kakitangan bagi mempertingkatkan perkhidmatan berkualiti sebaik konsep penswastaan itu dijalankan sepenuhnya.

Katanya, tahun lalu syarikat sudah membeli sebanyak 36 kenderaan pengangkutan sampah yang dilengkapi dengan sistem kawalan air lelehan termasuk pembelian peralatan kerja seperti mesin potong rumput yang lebih cekap dan kos efektif.

"Kesediaan syarikat mengeluarkan perbelanjaan yang besar menunjukkan komitmen tinggi kami terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan kerajaan selama ini bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai terutama dalam menjamin persekitaran yang bersih dan selesa," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20080826092919/Article/index_html

8/25/08

Terpaksa guna wang poket sendiri untuk berkempen

Harian Metro 25 Ogos 2008
PERMATANG PAUH: “Saya dan rakan yang bertanggunjawab menjaga aktiviti di bilik gerakan ini tidak dibenarkan menghadiri ceramah walaupun ceramah itu membabitkan pemimpin kami.

“Itulah, garis panduan yang perlu dipatuhi, malah akan diminta pulang ke bilik gerakan jika terserempak di tapak ceramah,” kata petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Nor Mohamad Sap, di sini.

Dia dan beberapa ahli parti PKR dari Negeri Sembilan yang diberikan tanggungjawab menjaga tiga daerah mengundi iaitu Permatang Ara, Permatang Pauh dan Sama Gagah, mengakui melakukan tanggungjawab itu dengan ikhlas.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti tetapi mahu menyumbang kepada apa yang diperjuangkan parti itu.

“Saya dan beberapa anggota parti dari Negeri Sembilan bergabung dengan ahli tempatan di negeri ini bagi memastikan setiap perancangan dapat berjalan dengan berkesan.

“Bagaimanapun, pergerakan akan lebih aktif pada sebelah petang apabila petugas selesai menjalankan tugas masing-masing di syarikat majikan,” katanya berpengalaman dalam bidang kejuruteraan.

Mohamad Nor berkata, memang dia akan ‘turun’ dalam setiap pilihan raya kecil membabitkan parti Pakatan Rakyat (PR) di mana saja.

Katanya, memang jika difikirkan ia tidak berbaloi dengan wang sendiri yang dihabiskan tetapi apa yang penting mahu memastikan usaha murni parti tercapai.

“Seperti rakan lain, kami mahu boleh menjadi kumpulan pendesak jika ada antara pemimpin yang tidak jujur bagi memastikan parti terus relevan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20080825094911/Article/index_html

8/20/08

Penyelewengan Penjualan Tanah N.Sembilan

Betul atau tidak berita yang dilaporkan dalam Blog ADUN YB Loke dan Malaysia Today berikut , harap pihak yang berkaitan dapat menyiasat dan melakukan tindakan susulan
http://lokesiewfook.blogspot.com/2008/08/memorandum-to-state-assembly-speaker.html
http://malaysia-today.net/2008/content/view/11552/84/

8/18/08

Kalau aku tak nak Shafee Abdullah jadi peguam

Kalau tanya saya, saya tak nak lantik peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam saya. Nak tahu kenapa ? Apa ke tidaknya dia mengakui sendiri dalam sidang akhbar bahawa papan putih dalam bilik mesyuaratnya tidak pernah dipadam sejak Mac 2008. Ini bermakna dah 6 bulan tak ada “progress” dalam meeting. Mana ada syarikat yang tak pernah padam tulisan pada papan putih selama 6 bulan ?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
“Malah kata Shafee, tulisan pada papan putih di pejabatnya yang disentuh Raja Petra dalam artikelnya tidak pernah dipadamkan sejak Mac lalu.”

Bubur Lambak N.Sembilan Bantu Orang Miskin ?

Agak-agaknya tahun ni kerajaan Negeri Sembilan nak pecah rekod lagi ke buat Bubur Lambok TERRRBanyak di Malaysia supaya boleh pecah rekod dalam Malaysia Book of Records yang dibuatnya pada tahun 2007 ? Mana perginya 200 periuk baru, 200 dapur baru, 200 tungku baru, 200 tong gas baru, 200 sudip baru semasa buat rekod tahun 2007?

Sebelum ni kerajaan Negeri Sembilan pun buat rekod Taman Ular Sawa dengan membeli ular sawa dengan harga RM 400,000 dan kos pembinaan Taman Ular RM 700,000 , tapi tak sampai setahun projek ini gagal, banyak ular yang mati.

Dah tak de sangat ke keluarga miskin di Negeri Sembilan ini sampai buat projek bubur lambuk nak pecah rekod dan projek taman ular ? Dah tak de lagi pelajar N.Sembilan untuk diberi biasiswa atau pinjaman pelajaran ? Dah tak de lagi ke usahawan yang perlu dibantu di N.Sembilan ini ?

Jangan nanti Bubur Lambok jadi Bubur Lambak !

Rujukan :
Utusan1 , Utusan2
PRN9
Chegubard

Siapa yang menindas Melayu N.Sembilan ?

Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Menang sorang kampung tergadai. Siapa yang menindas Melayu Negeri Sembilan ? PAS ? PKR ? DAP ? Maleh nak cakap , baco sendiri pada pautan di bawah :
AMKNS
REMBAU
AMKNS
WAGHIH
AMKNS
AMKNS
AMKNS
PRN9
PRN9
PRN9

Siapa yang menindas Melayu N.Sembilan ?

Penoreh dakwa bayaran tidak setimpal

Sinar Harian. JOHOL- Seorang penduduk di sini yang bekerja sebagai penoreh di Ladang Felcra Ulu Yoh mendakwa pendapatan yang diterimanya tidak setimpal dengan harga getah di pasaran.

Ibrahim Ismail, 49, yang memulakan kerja-kerja menoreh getah di ladang ini seawal jam 7 pagi hingga jam 1.30 petang mendakwa, pihak Felcra hanya memberi 50 sen untuk sekilogram getah sekerap yang diperolehnya berbanding penoreh lain yang menoreh getah sendiri mendapat kira-kira RM4.45 sekilogram apabila mereka menjualnya sendiri kepada orang tengah.

Menurutnya, purata pendapatan bulanannya hanya RM500 dan dia mendakwa Felcra tidak membayar insentif kedatangan serta insentif lain seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ibrahim yang bekerja sejak tahun 1992 turut mendakwa pihak Felcra mengupah pekerja dari Indonesia untuk menoreh di ladang itu dan hanya dua orang pekerja tempatan yang masih bekerja di situ.

“Semasa saya mula bekerja pada tahun 1992 dahulu, seramai 52 penoreh tempatan bekerja di sini tetapi kerana bayaran yang diterima tidak setimpal menyebabkan mereka berhenti kerja,” katanya.

Ibrahim juga mendakwa kebajikannya tidak terbela dan dijaga oleh pihak pengurusan Felcra kerana sepanjang 16 tahun bekerja sebagai penoreh di sini dia hanya menerima bonus sebanyak RM30 setahun dan hanya menerima selama dua tahun.

Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada pihak Felcra dan Ketua Unit Estet Felcra Wilayah Tengah, Kuala Pilah, Mohd Naim Desa yang menjelaskan bahawa harga yang ditawarkan kepada penoreh adalah bergantung kepada Dry Rubber Content (DRC) dan jumlah hasil yang diperoleh setiap hari.

Menurutnya, penoreh akan memperoleh bayaran yang banyak jika mereka rajin dan mendapat hasil yang banyak.

Mengenai isu mengupah pekerja asing untuk menoreh, Mohd Naim menjelaskan kebanyakan pekerja tempatan tidak mahu bekerja sebagai penoreh di sini kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan hasil getah yang banyak kerana masing-masing terikat dengan hubungan komuniti.

“Penoreh tempatan tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan hasil getah yang banyak kerana masing-masing terikat dengan hubungan komuniti tetapi penoreh asing pula hanya memberikan masa dan tumpuan yang sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang lumayan,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan penoreh tempatan mengambil keputusan berhenti kerja kerana mereka mendakwa tidak mendapat hasil yang lumayan dan tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja menoreh.

Ibrahim bersama isteri di ladang Felcra Ulu Yoh, tempat dia selalu menoreh getah.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1849407.asp

Siapa yang menindas Melayu N.Sembilan ?

13 peniaga kecewa tindakan MPPD

Sinar Harian. TANJUNG BIRU – `Sudah jatuh, ditimpa tangga', begitulah nasib yang menimpa 13 peniaga di sini apabila diarahkan keluar dari premis perniagaan masing-masing dan tambah mengecewakan barang perniagaan telah disediakan untuk jualan musim cuti merdeka akan datang.

Sebanyak 13 gerai peniaga akan dirobohkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam masa terdekat berikutan kawasan tersebut bakal dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan baru untuk keselesaan pelancongan.

Salah seorang wakil peniaga, Mohd Dahlan Mohd Yusof memberitahu, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu benar-benar mengecewakan mereka kerana ia dilakukan tanpa notis bertulis supaya premis ini dikosongkan secepat mungkin.

“Sudah 25 tahun kami berniaga di sini, dan kami tidak akan berpindah kerana tempat ini adalah sumber rezeki kami untuk membesarkan anak-anak.

“Walaupun kawasan ini agak terasing dari jalan utama, namun ini adalah kawasan pelancongan terkenal Port Dickson dan setiap minggu ia adalah tumpuan pelancongan,” katanya.

Beliau juga mendakwa, MPPD akan merobohkan keseluruhan gerai yang ada, tetapi hanya empat unit gerai dan tiga kiosk sahaja akan dibangunkan.

“Pembangunan sebegini adalah tidak adil kerana bilangan kami adalah lebih ramai berbanding kemudahan premis yang bakal disediakan. Kami juga terpaksa memohon kembali berniaga di gerai tersebut, malah bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri tetapi bersaing dengan orang luar,” katanya.

Menerusi maklumat yang diterima, MPPD mengeluarkan notis perpindahan pada tahun 2006, namun tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan selepas itu kecuali notis secara lisan oleh pegawai MPPD dalam tempoh terdekat.

Peniaga juga mendakwa, mereka tidak pernah diberi cadangan untuk dibenarkan berniaga di sekitar kawasan iaitu ketika pembangunan dijalankan malah pengusaha hotel sekitar juga tidak dimaklumkan tentang penutupan lokasi itu selama 9 bulan.

Wakil peniaga turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu tidak pernah turun padang dan langsung tidak mengendahkan masalah tersebut.

“Kami pernah menghubungi wakil rakyat kawasan ini untuk mengadu masalah ini tetapi tiada sebarang tindakan dan lebih mengejutkan kami, beliau menyuruh kami menyelesaikan masalah ini sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1852566.asp

8/15/08

Blog Panas orang Seremban

Salam politik, salam muzakarah, salam muqabalah, dan salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia. Baca seterusnya di
http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2008/08/blog-panas-yang-pasti-menggegar-malaya.html dan laman utama di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com dari Seremban.

8/14/08

Sentral: 3 faktor punca anaconda mati

Berita Harian 14 Ogos 2008
SEREMBAN: Tiga faktor dikenal pasti punca utama menyebabkan kematian 30 daripada 58 ular, termasuk dari spesies Anaconda di Taman Ular Sawa Negeri Sembilan, Hutan Lipur Ulu Bendol, Kuala Pilah, sejak beberapa bulan lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata kajian pakar mendapati, kes berkenaan disebabkan jangkitan kuman, laluan air dalam sangkar dan diet tidak bersesuaian yang menyebabkan reptilia terbabit tidak berselera.

"Jawatankuasa khas sudah dibentuk untuk memastikan masalah itu diselesaikan dengan baik," katanya, sambil mengakui ada kelemahan ketika taman itu dibuka awal Mac lalu, terutama dari segi kesesuaian spesis ular dan aspek penjagaan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perhutanan dan bekas pekerja Zoo Negara.

Jawatankuasa itu dianggotai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan); Jabatan Perhutanan; Majlis Perbandaran Port Dickson; Unit Perancang Ekonomi Negeri; Unit Penggalakan Pelancongan Negeri; Majlis Tindakan Pelancongan Negeri; Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan pegawai daerah Kuala Pilah.

Beliau berkata, khidmat pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) juga dijalin untuk memperbaiki kelemahan dan memastikan kejadian sama tidak berulang, manakala kesihatan 28 ekor ular yang tinggal, termasuk lima spesis Anaconda yang sedang dikuarantin oleh kakitangan UPM terjamin.

"Sebenarnya, taman itu belum beroperasi sepenuhnya tetapi masih di peringkat percubaan dan promosi kepada umum. Berikutan kematian 30 ular itu, mungkin kita tutup sementara taman berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa khas mengkaji dan mengenal pasti tindakan perlu, termasuk mendapatkan spesis ular lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Foke, meminta kerajaan negeri telus menjawab pelbagai persoalan di sebalik kematian reptilia terbabit, termasuk sama ada kajian seperti terhadap iklim, persekitaran dan habitat dilakukan sebelum ular berkenaan dibawa masuk.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20080814093204/Article/index_html

8/13/08

Dalang sudah dikenal pasti

Harian Metro 13 Ogos 2008. SEREMBAN: “Saya akui ada masanya saya tidak dapat memberikan butir penuh kepada media kerana kita tidak mahu menjejaskan siasatan,” kata Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berhubung laporan akhbar semalam mengenai kehilangan ketamin seberat tiga kilogram di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau berkata, laporan itu tidak adil kepada polis dan boleh menjejaskan siasatan serta imej pasukan itu.

“Siasatan mengenai kes itu sudah selesai dan kita sudah serahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Kejadian itu tiada kaitan dengan anggota polis, tetapi kita sudah mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab terhadap kehilangan itu dan di mana dadah itu berada,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20080813090646/Article/index_html

Sentral: 'Siasat punca ular mati'

Adun dakwa tak kaji habitat
Berita Harian 13 Ogos 2008
KUALA PILAH: Sebahagian besar ular dari luar negara termasuk spesies Green Anaconda yang ditempatkan di Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini dipercayai mati beberapa bulan lalu berikutan habitatnya tidak bersesuaian dengan habitat asal reptilia itu.

Difahamkan, hanya terdapat beberapa ekor ular yang masih hidup terutama berasal dari negara ini dan Thailand di taman seluas empat hektar itu yang diwujudkan untuk memberi nilai tambah kepada pengunjung yang mengunjungi hutan rekreasi berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Anthony Loke Siew Fook meminta kerajaan negeri menjalankan siasatan rapi bagi mencari punca sebenar kematian sebahagian besar ular berkenaan.

"Saya difahamkan tiada kajian dilakukan mengenai habitat asal ular berkenaan selain kawasan persekitarannya sebelum ia dibeli dan ditempatkan di taman itu.

Sebelum ini, kira-kira 70 ekor daripada 30 spesies sawa di seluruh dunia dibawa dan dipelihara di taman yang dibuka dengan anggaran kos hampir RM1 juta itu sejak Februari lalu yang menarik ribuan pengunjung.

Antara spesies yang menarik perhatian pengunjung ialah enam Red-Tailde Boa yang dibawa khas dari Brazil serta seekor daripada spesies Burmese Python dari Burma.

Selain itu, spesies Blood Python, Borneo Short Tailed Python, Amazon Tree Boa, Colombia Boa, Brazilian Rainbow Boa, Albino Burmese Python, Indian Python dan Bolivian Anaconda turut dipamerkan.

Pada 15 Mei lalu, taman itu menerima ahli baru apabila seekor ular sawa Green Anaconda yang dipelihara menetaskan 13 anak tetapi tidak pasti sama ada anak reptilia itu yang berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram masih hidup atau tidak.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20080813100129/Article/index_html

Adun PKR persoal elaun guru KAFA N.Sembilan

Soalan Lisan Dan Bertulis Ke Sidang Dewan Kali Ke 2 - 25-26 Ogos 2008
Aminuddin Harun – Adun Sikamat. ( Soalan penuh di
http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/08/soalan-lisan-dan-bertulis-ke-sidang.html )

KELAS AL QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
Penyelia dan pendidik adalah tenaga utama menjayakan KAFA berapakah elaun yang diterima beserta apakah kemudahan sampingan yang diberikan dan apakah perancangan pada masa akan datang.

KUTIPAN ZAKAT OLEH PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN BAGI TAHUN 1428H ATAU TAHUN 2007 M
Berapa ramaikah pegawai yang ditugaskan untuk pengagihan bantuan baitulmal mengikut daerah serta adakah jumlah pegawai pengagihan berkadar terus dengan jumlah pegawai kutipan zakat di setiap daerah.

PEKERJA YANG DI BERHENTIKAN KERJA PADA TAHUN 2007 DI NEGERI INI.
Jumlah pemberhentian dan sebab-sebab mereka diberhentikan, seperti penutupan kilang, pegecilan operasi, pemindahan operasi ke Negara asing atau negeri lain serta sebagainya.



PROJEK PRUMAHAN TERBENGKALAI
Berapakah projek terbengkalai di Negeri Sembilan ini mengikut daerah dan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju serta senarai nam pemaju tersebut.

PENEROKA FELDA SENDAYAN
Bilakah kerajaan negeri akan menyerahkan tanah pertanian seluas 2 ekar yang telah disukat kepada peneroka untuk mereka memajukan tanah tersebut.

HASIL KUTIPAN CUKAI TANAH DI SETIAP DAERAH DI NEGERI SEMBILAN MENGIKUT PECAHAN DAN PERATUSAN KUTIPAN BAGI TAHUN 2006 DAN 2007.
Berapakah jumlah cukai tanah yang tidak dikutip dalam tempoh 2 tahun, 5 tahun dan lebih 10 tahun mengikut daerah.

PENGANGGURAN DI NEGERI SEMBILAN
Berapa ramaikah jumlah pengaggur yang terdapat di negeri ini bagi bulan Jan – Jun 2008 mengikut kategori Siswazah dan Bukan Siswazah.

8/12/08

Dadah hilang dicuri tahanan

Berita Harian 12 Ogos 2008. SEREMBAN: Misteri kehilangan tiga kilogram (kg) dadah jenis ketamin dari bilik simpanan barang bukti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, 31 Mei lalu, terjawab selepas siasatan mendapati ia dicuri seorang tahanan di lokap yang terletak dalam bangunan sama.

Sumber mendedahkan, siasatan mendapati suspek berusia 30 tahun yang pernah menjadi tukang kunci itu menggunakan besi yang diambil daripada pengepam air tandas di selnya sebelum mengubahsuainya menjadi kunci yang digunakan bagi membuka pintu lokapnya.

“Dia menggunakan besi yang sama untuk membuka pintu bilik simpanan bahan bukti itu dan mencuri dadah terbabit.

“Suspek itu dipercayai mengedarkan dadah berkenaan kepada penagih yang berkongsi sel dengannya,” katanya.

Difahamkan, polis mengenal pasti kejadian itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merekodkan keseluruhan kejadian berkenaan.

Sumber berkenaan berkata, tahanan berkenaan dibawa dari Penjara Sungai Buloh ke IPD Seremban untuk dibicarakan di Mahkamah Sesyen Seremban atas beberapa tuduhan termasuk merompak dan pecah rumah.

Pada 3 Jun lalu, akhbar melaporkan tiga kg ketamin dari bilik simpanan barang bukti IPD itu hilang dan disedari seorang pegawai yang menjalankan pemeriksaan di bilik berkenaan, 31 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner I Datuk Osman Salleh ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080811234457/Article/index_html

8/9/08

ADUN DAP boleh jadi MB di N.Sembilan

Percaya atau tidak ADUN DAP boleh jadi Menteri Besar di Negeri Sembilan ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Bagaimana caranya ?

Pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 di Negeri Sembilan DAP telah memenangi 10 kerusi DUN, PKR 4 kerusi dan PAS 1 kerusi. Sementara BN telah dinafikan majoriti 2/3 dengan hanya memenangi 21 kerusi ( UMNO 19 kerusi , MCA 1 kerusi dan MIC 1 kerusi ).

Sekiranya pada Pilihanraya Umum ke 13 Pakatan Rakyat memenangi 19 kerusi dengan andaian DAP menang 11 kerusi , PKR 6 kerusi dan PAS 2 kerusi maka Pakatan Rakyat akan dapat memerintah Negeri Sembilan.

Sekiranya DAP meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi yang ditandingi dan memenangi pilihanraya tersebut maka tiada sebab DAP tidak boleh mencalonkan wakil rakyatnya sebagai Menteri Besar.

Sebelum ini pun DAP telah meletakkan calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya iaitu Abdul Muluk Daud yang juga merupakan sasterawan negara yang memperjuangkan Bahasa Melayu dan tanah orang Melayu. Beliau pernah bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974. Dalam Kongres DAP 1996, beliau dipilih menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP ( Rujuk http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2007/11/jejak-pulang-sasterawan-memoir_13.html )

Apakah akan ada Dharmala NS 2 yang akan berjuang mempertahankan hak rakyat serta Bahasa Melayu seterusnya menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

8/8/08

Hanya 40 peratus ADUN Pakatan Rakyat kemaskini Blog

Kajian bebas yang dilakukan pada 6 Ogos 2008 menurut data dari laman Blog http://pakatanonline.blogspot.com menunjukkan hanya 40 peratus ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyai Blog yang mengemaskini Blog mereka pada bulan Ogos 2008. Kajian juga menunjukkan hanya 85 daripada 203 ADUN Pakatan Rakyat yang mempunyi Blog (41.9%)

Sementara itu 44.4 peratus Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mempunyai Blog mengemaskini Blog mereka pada bulan Ogos. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mempunyai Blog pula ialah seramai 63 dari 81 orang Ahli Parlimen (77.8%).

Berikut ialah senarai ADUN dan Ahli Parlimen yang telah kemaskini Blog mereka pada bulan Ogos 2008 :

ADUN
Joh N48 - Skudai: Boo Cheng Hau 4 Ogos 2008
Ked N26 - Tanjong Dawai: Dr Hamdan Khalid 1 Ogos 2008
Kel N17 - Salor: Husam Musa 6 Ogos 2008
Neg N11 - Lobak: Loke Siew Fook 5 Ogos 08
Neg N21 - Bukit Kepayang: Cha Kee Chin 5 Ogo 08
Neg N23 - Mambau: Wong May May 6 ogo 08
Neg N25 - Paroi: Mohd Taufek Abd Ghani 4.8.08
Pen N12 - Penanti: Mohammad Fairus Khairuddin 3.8.08
Pen N28 - Komtar: Ng Wei Aik 2.8.08
Pen N32 - Seri Delima: R S N Rayer 2.8.08
Pen N33 - Air Itam: Wong Hon Wai 5.8.08
Prk N08 - Titi Serong: Khalil Idham Lim Abdullah 5.8.08
Prk N13 - Kuala Sepetang: Tai Sing Ng 1.8.08
Prk N26 - Tebing Tinggi: Ong Boon Piow 5.8.08
Prk N44 - Simpang Pulai: Chan Ming Kai 3.8.08
Sar N10 - Pending: Violet Yong 4.8.08
Sar N45 - Bukit Assek: Wong Ho Leng 4.8.08
Sel N11 - Ijok: Tan Sri Khalid Ibrahim 7.8.08
Sel N14 - Rawang: Gan Pei Nei 4.8.08
Sel N16 - Batu Caves: Amirudin Shari 6.8.08
Sel N17 - Gombak Setia: Hassan Mohd Ali 4.8.08
Sel N18 - Hulu Kelang: Saari Sungip 6.8.08
Sel N20 - Lembah Jaya: Khasim Abdul Aziz 3.8.08
Sel N21 - Cempaka: Iskandar Abdul Samad 4.8.08
Sel N26 - Bangi: Dr. Shafie Abu Bakar 4.8.08
Sel N30 - Kinrara: Teresa Kok 6.8.08
Sel N31 - Subang Jaya: Hannah Yeoh Tseow Suan 6.8.08
Sel N32 - Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad 5.8.08
Sel N35 - Kampung Tunku: Lau Weng San 6.8.08
Sel N41 - Batu Tiga: Rodziah Ismail 6.8.08
Sel N45 - Selat Klang: Dr. Halimah Ali 7.8.08
Sel N49 - Seri Andalas: A Xavier Jeyakumar 5.8.08
Trg N16 - Batu Buruk: Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi 4.8.08
Trg N27 - Sura: Wan Hassan Mohd Ramli 5.8.08

AHLI PARLIMEN
P008 - Pokok Sena: Mahfuz Omar 1.8.08
P011 - Pendang: Dr Mohd Hayati Othman 6.8.08
P018 - Kulim Bandar Baharu: Zulkifli Noordin 6.8.08
P050 - Jelutong: Jeff Ooi 6.8.08
P059 - Bukit Gantang: Roslan Shaharum 4.8.08
P064 - Ipoh Timor: Lim Kit Siang 7.8.08
P065 - Ipoh Barat: M. Kulasegaran a/l V. Murugeson 7.8.08
P068 - Beruas: Ngeh Koo Ham 4.8.08
P071 - Gopeng: Lee Boon Chye 1.8.08
P083 - Kuantan: Fuziah binti Salleh 6.8.08
P098 - Gombak: Mohamed Azmin Ali 8.6.08
P099 - Ampang: Zuraida Kamaruddin 6.8.08
P100 - Pandan: Syed Shahir Syed Mohamud 1.8.08
P101 - Hulu Langat: Dr. Che Rosli Che Mat 4.8.08
P102 - Serdang: Teo Nie Ching 6.8.08
P103 - Puchong: Gobind Singh Deo 30.6.08
P106 - PJ Utara: Tony Pua Kiam Wee 4.8.08
P110 - Klang: Charles Santiago 6.8.08
P114 - Kepong: Dr Tan Seng Giaw 15.7.08
P115 - Batu: Chua Tian Chang 5.8.08
P116 - Wangsa Maju: Wee Choo Keong 6.8.08
P117 - Segambut: Lim Lip Eng 25.7.08
P119 - Titiwangsa: Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali 5.8.08
P120 - Bukit Bintang: Fong Kui Lun 5.8.08
P121 - Lembah Pantai: Nurul Izzah Anwar 5.8.08
P122 - Seputeh: Teresa Kok Suh Sim 6.8.08
P124 - Bandar Tun Razak: Abdul Khalid Ibrahim 7.8.08
P130 - Rasah: Loke Siew Fook 5.8.08

8/7/08

Masalah kelapa sawit tidak dituai belum selesai

Sinar Harian. GEMAS - Peneroka di sini terus panas hati dengan kontraktor yang bertanggungjawab memungut buah kelapa sawit dan mendakwa pihak terbabit tidak mengutip buah yang sudah masak dan dibiarkan sahaja sehingga menjadi sasaran pencuri.

Laporan Sinar Harian pada 7 Julai lalu memaparkan rasa tidak puas hati peneroka dengan kontraktor terbabit kerana kebun kelapa sawit mereka tidak berjaga dan dibiarkan semak manakala buah tidak dituai dan yang masak tidak dikutip.

Shamsuri Abdullah, 48, berkata perkara terbabit telah lama dibangkitkan oleh pihak peneroka tetapi masih tiada lagi jalan penyelesaian yang diambil pihak berkenaan.

“Kami sudah beberapa kali membangkitkan perkara ini dengan pihak atasan namun masih tiada lagi tindakan yang diambil.

“Jika perkara ini berterusan, golongan peneroka yang sememangnya berpendapatan rendah akan terus dihimpit kesusahan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi semalam.

Shamsuri berkata, hasil pendapatan yang mereka terima tidak seberapa akibat buah kelapa sawit yang sepatutnya dikutip oleh pihak kontraktor terbabit dibiarkan begitu sahaja sehingga rosak.

“Rata-rata peneroka hanya menerima kurang RM1,500 sebulan. Ia tidak cukup akibat kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan baru-baru ini.

“Ini sememangnya merugikan kami dan kebanyakan peneroka hanya bergantung kepada penjualan buah kelapa sawit ini serta tiada sumber pendapatan yang lain,” katanya.

Ahmad Shahrul Hakim, 30, berkata permintaan bagi barang mentah berkenaan semakin tinggi namun peneroka tidak dapat meraih keuntungan daripada peningkatan terbabit.

“Kami sudah tidak sanggup berhadapan masalah ladang kami yang terbiar begitu sahaja dan merugikan kami kerana harga kelapa sawit dan getah kini semakin meningkat akibat permintaan yang tinggi,” katanya.

Beliau juga berharap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu peneroka dengan mengambil pendekatan yang dapat menyenangkan kedua-dua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1815578.asp

8/6/08

Tolong doakan kesejahteraan dan keselamatan

Ketua AMK Teluk Kemang, Sdr. Amirudin Abd. Wahab (012 3589872) akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut (Stage 2) pada 07.08.2008 di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Mohon pada teman-teman seperjuangan agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dalam menjalani pembedahan.Wasallam

8/4/08

Kerajaan N.Sembilan belanja RM400,000 Beli ULAR

Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM 400,000 untuk membeli 29 ekor ular sawa untuk dijadikan tarikan pelancong di Taman Ular , Ulu Bendol. Tapi kebanyakkan ular-ular ini sudah mati setelah 8 bulan Taman Ular ini dibuka.

RM 400,000 baru nak beli ular. Berapa pula belanja membina Taman Ular ? Berapa pula belanja promosi ? Berapa pula belanja majlis perasmian besar-besaran ? Berapa pula belanja beli makanan ular ? Berapa pula gaji pekerja nak jaga ular ? Berapa pula kos pembinaan Taman Ular ? ADUN-ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan kena tanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri nanti.

Kesian mak bapak bawa anak-anak mereka penat mendaki bukit tinggi kononnya nak tengok ular, tapi pulang hampa.

RM 400,000 boleh beli 200 ekor lembu kalau harga lembu seekor RM 2000. Harga ular seekor RM 13,800 (ular import katanya). Lepas ni boleh bisnes ular, lagi untung. Jual kat kerajaan N.Sembilan.

Laporan penuh akhbar The Star
Pythons at park dying off
The STAR 4 Ogos 2008. MOST of the snakes at the python farm in the Ulu Bendul Recreation Park near Seremban have died, barely eight months after the farm was opened, reported Sin Chew Daily.

Unaccustomed to the climate, the imported pythons, including the huge South American python, began to die months ago. Now, the farm has only several local snakes.

A reporter found that five of the eight snake cages in the farm were under renovation while the others contained only a python each.

The RM1mil Taman Ular Sawa, on a 1.6ha land in Jalan Kuala Pilah, was mooted by Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan to boost tourism. It was said to be the first python theme park in the world.

The state government spent RM400,000 to buy 29 pythons.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F8%2F4%2Fnation%2F21996685