JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

9/25/08

Keluarga pemuda ini perlu diberi pembelaan

Siapakah yang akan membela nasib keluarga pemuda ini ? Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang Idil Fitri. Adakah kontraktor sampah ini dilantik oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan atau swasta ? Kenapa begitu banyak rungutan berkaitan kontraktor sampah di N.Sembilan.

********************
Maut digilis lori sampah
Harian Metro 25 Sep 08

SEREMBAN: Seorang lelaki maut apabila motosikalnya digilis sebuah lori sampah di Taman Industri Ringan Seremban, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Hamzah Muhd Taha, 28, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di kawasan berkenaan untuk pulang ke rumah di Nilai.

Bagaimanapun, sebuah lori sampah dipercayai cuba menggunakan jalan pintas menggunakan jalan sehala sebelum melanggar motosikal mangsa dari arah hadapan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080925091302/Article/index_html

9/24/08

Anak-anak tahanan ISA di Jelebu rindu ayah

Hidayu pasrah dengan dugaan itu, namun hatinya sesekali tercuit dengan suara anak-anak yang meminta bertemu dengan Abi (Ayah) yang masih terpenjara di Kem Tahanan Kamunting. Biarpun rakan-rakan sebaya dengan anak-anaknya kini cukup gembira menyambut Aidilfitri, namun ujar Hidayu, anak-anaknya lebih merindui Abi yang entah bila akan dibebaskan.

Entah bilakah Fatur Rahman, Uwais dan Ubaidah akan dapat mendakap tubuh bapa mereka, hanya Allah yang tahu.

Kisah ini hanya secebis kisah malang isteri-isteri tahanan ISA yang merana selepas suami mereka ditahan tanpa bicara.

Ikuti kisah lanjut suasana sambutan Idil Fitri anak-anak dan keluarga tahanan ISA dari Jelebu , N.Sembilan bersama wartawan terkenal Wan Nordin di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2008/09/kegigihan-mak-andak-hidayu-isa.html

Semoga ISA dapat melahirkan lebih ramai sasterawan pejuang bangsa , pejuang kemerdekaan seperti Allahyarham A Samad Ismail yang juga pernah di tahan ISA.

ISA – Indah Sungguh Alam

9/22/08

Kumpul sampah depan pejabat MB NS dan MPS

Telah kedengaran beberapa cadangan oleh beberapa individu dan pimpinan masyarakat di Negeri Sembilan ini untuk membantah sistem pengurusan sampah di Negeri Sembilan ini yang tidak efisien. Banyak rungutan penduduk sekitar Seremban mengenai sampah yang tidak dikutip berhari-hari , lori sampah yang mengotori jalan di hadapan rumah dengan air sampah , sampah yang berulat , lori sampah yang buruk, uzur, kotor dan sebagainya.

Sekiranya dalam tempoh terdekat tiada langkah drastik dilakukan oleh kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan dan kontraktor yang ditugaskan untuk mengutip sampah , kemungkinan antara cadangan yang dikemukakan ialah orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan sampah di negeri ini digesa untuk mengumpulkan sampah-sampah di hadapan pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Seremban serta lain-lain pejabat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan di seluruh bandar dan daerah di negeri ini.

Samada ianya sampah yang benar-benar sampah , atau plastik sampah yang diisi dengan sampah yang tidak busuk , belum diputuskan lagi. Bila ianya akan dilakukan pun belum diputuskan lagi. Ianya bergantung pada keadaan dalam masa terdekat ini.

Kepada mereka yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan penduduk di Negeri Sembilan ini , laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab dan rela hati.

Kutipan sisa pepejal dipertingkat

Sinar Harian 22 Sep 08
SEREMBAN – Southern Waste Managemant (SWM) akan meningkatkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal sepanjang musim perayaan yang bermula pada 1 hingga 12 Oktober.

Pengurus SWM Negeri Sembilan, Dr Al Ashari Othman, berkata, perkhidmatan ini meliputi seluruh kawasan perumahan, komersial dan juga di kawasan pusat bandar.

Menurutnya, ia dilaksanakan bertujuan memudahkan orang ramai untuk menyelenggarakan kebersihan semasa musim perayaan.

“Penambahan sampah dijangka akan berlaku tambahan pula musim perayaan maka ramai penduduk di kota pulang ke kampung untuk bersama dengan keluarga.

“SWM mengambil langkah dengan meningkatkan perkhidmatan bagi memastikan kutipan sisa pepejal berjalan dengan lancar bagi mengelakkan sampah bertimbun.

“Pihak kami akan bekerja lebih masa bagi memastikan keadaan persekitaran bersih, teratur dan selesa, manakala kutipan di pusat bandar akan berjalan seperti biasa tetapi tumpuan diberi kepada kawasan perumahan,” katanya.

Dr Al Ashari berkata, pihaknya juga akan mempergiatkan perkhidmatan di kawasan pelancongan seperti Port Dickson yang menjadi tumpuan ketika musim cuti.

Katanya, kakitangan akan ditambah di kawasan berkenaan kerana tidak mahu ia mencemarkan pemandangan yang boleh menjejaskan imej kawasan pelancongan itu.

“Orang ramai juga diingatkan agar memasukkan sampah domestik ke dalam karung plastik yang diikat kemas dan tidak pecah dan kemudian di lupuskan dalam tong sampah.

“Mereka seharusnya meletak sampah berkenaan dalam tong sampah dan tidak dibiarkan di tepi jalan kerana ia akan bertaburan jika ada binatang liar yang mencari makanan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-3200 atau menghantar khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian tetap 06-6011070.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story1983276.asp

9/19/08

Nak bantu anak-anak tahanan ISA di N.Sembilan ?


Puan Halimah terpaksa menjadi ketua keluarga setelah suaminya ditahan ISA lebih kurang 4 tahun yang lalu. Beliau mempunyai lapan orang anak dan menyara hidup dengan menjual air soya di pasar malam sekitar Bahau , Negeri Sembilan. Anaknya yang kecil sekarang berusia 7 tahun , dan ketika ayahnya ditahan ISA berusia 3 tahun. Ceriakanlah keluarga Puan Halimah sempena Syawal ini.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi AJK GMI (Gerakan Mansuh ISA) Pn Laila 0126892608 atau Puan Nashita 0132096373.

Maklumat lanjut di http://lailagmi.blogspot.com/2008/09/financial-support-for-isa-victims.html

9/18/08

Hantarkan kad raya pada tahanan ISA ini



Gambar lama ini ialah kad raya seorang ayah bersama satu-satunya anak beliau, yang berusia lapan tahun ketika itu , iaitu lebih 6 tahun yang lalu. Begitu lama seorang ayah telah diambil dari seorang anak. Diambil oleh kerajaan kita. Puan Laila, isteri tahanan ISA tersebut, yang mempunyai blog Merah Hitam mengatakan suaminya akan merayakan Hari Raya untuk tahun ketujuhnya di Kamunting tahun ini. Dia memohon agar kita semua menghantarkan kad raya kepada tahanan ISA tersebut.

Alamatnya ialah :
Mat Sah Bin Mohd Satray,
Tempat Tahanan Perlindungan,
34009 Kamunting,
Taiping.

Maklumat lanjut di Blog Merah Hitam http://lailagmi.blogspot.com/2008/09/isa-separated-us-more-than-6-years.html dan Rockybru http://rockybru.blogspot.com/2008/09/raya-greeting-card-for-isa-detainee.html

9/17/08

Keluar parti langkah tepat kata MB N.Sembilan

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan tindakan ADUN ???? yang keluar parti adalah tepat. Dalam erti kata lain ADUN atau Ahli Parlimen yang keluar parti , masuk mana-mana parti adalah langkah tepat mengikut lunas demokrasi dan tidak melanggar perlembagaan negara. Jadi Datuk Seri Mohamad Hasan janganlah marah-marah kalau ada ADUN BN di negeri ini yang nak keluar dari UMNO atau BN, kerana tindakan keluar parti adalah langkah tepat.

Keputusan Naib Pengerusi DAP negeri, Lim Fui Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau keluar dari parti pembangkang itu disambut baik oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Kata Mohamad, langkah Fui Ming itu memang tepat …… (Utusan Malaysia 11 Jan 2007)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_02.htm&arc=hive

Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Lim Fui Ming yang keluar dari DAP pada 9 Januari lalu, mengumumkan menyertai MCA hari ini. Pengumuman dan penyerahan borang memohon menjadi ahli MCA dibuat di hadapan Presiden parti itu, Datuk Seri Ong Ka Ting dan ahli Jawatankuasa MCA negeri dalam satu majlis minum petang di sini, hari ini. (Utusan Malaysia 16 Mac 2007)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_02.htm&arc=hive

Tidak puas hati tiada aktiviti, 70 pemuda UMNO sertai PKR

Sinar Harian 17 Sep 08

PORT DICKSON – Serik dengan janji yang sering ditabur, seramai 70 orang pemuda UMNO Cawangan Kampung Paya membuat keputusan untuk beralih arah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Keputusan yang diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Paya, Abdul Khalid Darus itu dikatakan berpunca ekoran tidak berpuas hati kerana ketiadaan aktiviti yang boleh menghidupkan barisan pemuda UMNO di cawangan tersebut.

“UMNO di situ tidak pernah mengambil kira kepentingan pemuda sepanjang menyertai parti tersebut malah mereka juga pandai menabur janji seperti menghidupkan aktiviti belia-belia, membaiki surau dan balai raya tetapi janji tersebut tidak pernah dikotakan,” dakwa Khalid lagi.

Dakwanya lagi, selain tidak mempedulikan barisan pemuda, aktiviti-aktiviti juga tidak pernah diadakan walaupun menerima dana daripada UMNO.

Perkembangan sama menyaksikan, Khalid turut membawa 20 ahli pasukan kompang dari kampung tersebut untuk menyertai PKR dan sebagai simboliknya penyerahan kompang telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, M Ravi.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian PKR Teluk Kemang, Mohd Amin Harun memberitahu kemasukan ahli baru ke dalam PKR membuktikan bahawa parti tersebut mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada rakyat sebagai parti politik masa hadapan.

“Kami mengalu-alukan kemasukan tersebut dan ini bakal menguatkan lagi angkatan pemuda PKR dan bukti bahawa UMNO ditolak oleh warga muda dan sudah sampai ke penghujungnya,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan tersebut adalah tindakan berani yang menunjukkan ia satu komitmen yang tinggi terhadap PKR dan PKR bukan parti politik perkauman kerana sentiasa bersifat terbuka.

Penyerahan borang kepada Mohd Amin sambil disaksi M Ravi dan Datuk Kamarul.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1968292.asp

9/16/08

Jom Boikot Harakah ?

No komen. Bacalah sendiri di OrangKlawang . “Sudahlah wakil-wakil rakyat PAS di nafikan hak mereka untuk mengeluarkan kenyataan atau artikel di dalam akhbar-akhbar arus perdana, malah Harakah pun turut sama tidak membantu YB-YB PAS yang telah menang di DUN atau Parlimen masing-masing. Kalau Harakah sendiri tidak membantu YB-YB ini mempromosikan aktiviti2 dan program2 mereka maka akhbar mana lagi yang hendak membantu mereka.”

9/15/08

Mana pergi duit agihan zakat DUN Sikamat ?

Laporan Akhbar Sinar Harian 14 September 2008 menunjukkan gambar Perdana Menteri menyampaikan replika cek Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berjumlah RM 166,200.00 kepada ADUN Kota Datuk Dr Awaluddin Said untuk bantuan fakir miskin dan anak-anak yatim yang berada di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Beberapa persoalan timbul di sini ? Apakah setiap wakil rakyat di Negeri Sembilan ini akan mendapat replika cek untuk agihan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim di kawasan mereka ?

Cek ini adalah dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang kebiasaannya adalah wang zakat , samada zakat fitrah, zakat perniagaan , pertanian dan sebagainya. DUN Kota tidaklah mempunyai penduduk yang ramai , jumlah pengundinya hanya sekitar 12,000 orang sedangkan DUN lain seperti di Sikamat, Ampangan dan Paroi mempunyai jumlah pengundi yang begitu ramai mencecah lebih 20,000 orang dimana penduduk Islamnya mungkin mencecah 50,000 orang.

Sudah pasti DUN seperti di Sikamat, Ampangan dan Paroi mempunyai lebih ramai fakir miskin dan anak-anak yatim. Jika DUN Kota sahaja mendapat RM 166,200.00 , di DUN Sikamat mungkin dapat sekitar RM 300,000.00.

ADUN Paroi YB Hj Taufek (PAS) yang ditemui menyatakan beliau setakat ini tidak mendapat maklumat jumlah agihan sumbangan fakir miskin dan anak-anak yatim di kawasan beliau yang diagihkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kemungkinan besar ADUN Sikamat YB Amin (PKR) dan ADUN Ampangan YB Rashid (PKR) mengalami nasib yang serupa.

Seperkara lagi bagaimana agihan RM 166,200.00 ini ? Jika seorang mendapat RM 100 maka seramai 1,662 orang akan mendapat RM 100. Untuk keluarga yang susah yang mempunyai anak 10 sudah pasti mendapat RM 1,200 , dan ini amat bermakna untuk keluarga miskin tersebut untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Jadi bagaimanakah sebenarnya agihan RM 166,200.00 ini ? Juga agihan-agihan di DUN-DUN lain di Negeri Sembilan ini ?

Jika di DUN Sikamat, Ampangan dan Paroi bantuan tidak dimaklumkan atau disalurkan melalui wakil rakyatnya , kepada siapa bantuan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini disalurkan ? Pegawai Baitul Mal ? Imam Masjid ? Nazir Masjid ? Pengerusi JKKK ? Ketua Bahagian ? Siapa ?

9/13/08

N.Sembilan bakal dapat Menteri Besar baru ?

Adakah berita ini benar atau sekadar khabar angin (rumour , rumour) ? Kita tengoklah nanti. Ada yang kata Negeri Sembilan akan dapat Menteri Besar baru dalam masa terdekat. Dengar cerita dia ni amat rendah diri (very low profile). Disenangi di kalangan ahli UMNO dan Pakatan Rakyat , kerana dalam ceramahnya jarang kedengaran dia menghentam mana-mana pihak secara terbuka. Dengar cerita dia ni tiada kepentingan adik beradik atau anak beranak dalam kerjaya politiknya atau dalam apa-apa projek pembangunan negeri.

Siapakah orangnya ? Berita ini benar atau khabar angin ?

Apakah BN khususnya UMNO Negeri Sembilan akan menafikan khabar angin ini , jika ianya khabar angin ? Walau apapun kalau Negeri Sembilan dapat Menteri Besar baru , orang Melayu di kampung-kampung terutamanya di Palong , Klawang , Gemas , Gemencheh , Senaling , Kota , Seri Menanti , Jempol , Johol yang masih ramai menyokong UMNO tak perlu risau kerana Menteri Besarnya tetap orang Melayu dan bukan dari ADUN DAP, PKR atau PAS yang sedia ada katanya.

9/12/08

Tawaran menjadi Menteri Besar N.Sembilan ?

Datuk Seri Mohamad Hassan mendakwa baru-baru ini bahawa dia diberitahu ADUN BN di N.Sembilan ditawarkan wang yang banyak untuk menyertai Pakatan Rakyat. Apakah benar apa yang dikhabarkan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan ?

Jika Pakatan Rakyat mempunyai wang yang begitu banyak kenapa tidak dibantu sahaja ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang seramai 15 orang di N.Sembilan untuk menambahkan mutu perkhidmatan mereka membantu rakyat ? Kalau kita pergi ke pejabat ADUN Sikamat, Ampangan dan Paroi kita dapati pejabat mereka tidaklah secanggih pejabat ADUN-ADUN BN.

Kebanyakkan peralatan pejabat kena guna duit elaun ADUN sendiri atau sumbangan orang ramai. Tak percaya pergi tengok sendiri. Tapi walaupun ADUN Pakatan Rakyat di N.Sembilan ini tidak mempunyai peruntukan yang banyak , mereka tetap turun padang mendengar keluhan rakyat dan menyalurkan keluhan mereka ini kepada agensi yang berkaitan.

Jadi , jika bukan tawaran wang yang banyak, apakah yang ditawarkan kepada ADUN BN ini, terutamanya ADUN UMNO ? Apakah tawaran menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ? Jika 3 ADUN UMNO di N.Sembilan ini menyertai Pakatan Rakyat , bekas ADUN UMNO ini sudah ada majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar jika dinilai dari sudut kelebihan kerusi kerana pada ketika ini PKR hanya ada 2 kerusi ADUN Melayu dan PAS hanya ada 1 kerusi ADUN Melayu.

Jadi apakah tawaran tersebut ? Atau mereka semua ingin perubahan pentadbiran kerajaan negeri demi untuk kebaikan rakyat jelata ?

Petikan The Star : Mohamad said he was told some Barisan assemblymen were being enticed with “lots of money” to join the Opposition. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F9%2F10%2Fnation%2F1989226

Program Ramadhan kawasan Parlimen Rembau

Mesyuarat Pemilihan JDM Sendayan, Agihan bubur lambuk dan penyampaian sumbangan keADILan Rembau
21 September 2008 Ahad
Bilik Gerakan keADILan (f) Sendayan.
pertanyaan Mustakim 0172136495

Sambutan Ulangtahun kelahiran che'GuBard dan che'Nur serta Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan
23 September 2008 Selasa
Rumah Perlindungan Kanak - kanak Istimewa
Taman Tuanku Jaafar, Senawang
pertanyaan Kudin 0132799700

Majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan bersama Keluarga Miskin Parlimen Rembau
26 September 2008 Jumaat
Dataran Senawang
pertanyaan Azizi 0123696474

Program Konvoi Jejak Fakir
(melawat ke rumah keluarga fakir miskin dalam parlimen Rembau dan DUN Linggi untuk menyampaikan bantuan dan gotong royong)
27 September 2008 Sabtu
pertanyaan Azizi 0123696474

9/11/08

Kenapa banyak Rumah Murah di N.Sembilan belum jual ?

Antara kandungan Laporan Ketua Audit Negara 2007 menyatakan daripada 30 projek Rumah Mampu Milik yang dalam pembinaan , 23 projek yang melibatkan 15,069 unit telah dilancarkan penjualannya. Bagaimanapun didapati hanya 2,879 unit (19.1%) yang telah dijual setakat 31 Mac 2008.

Di Negeri Sembilan antaranya ialah :
Projek RMM Sikamat, Mukim Ampangan, Seremban 999 buah telah dibina , 13 buah telah dijual dan 986 buah belum dijual.
Projek RMM Lukut, Port Dickson 457 buah telah dibina , tiada yang telah dijual dan 457 buah belum dijual.
Projek RMM Taman Selasih, Senaling, Kuala Pilah 261 buah telah dibina , 200 tiada yang telah dijual dan 61 buah belum dijual.

Menurut pandangan Audit, SPNB ( Syarikat Perumahan Negara Berhad ) perlu mempertingkatkan promosinya untuk menjual rumah-rumah yang telah dbina.

Adalah diharapkan ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini antaranya YB Aminuddin ADUN Sikamat dapat mengutarakan perkara ini kepada mereka yang bertanggungjawab agar rumah mampu milik ini dapat dijual segera kepada rakyat yang benar-benar layak dan benar-benar memerlukannya.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan pula sepatutnya memberikan ruang yang sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk dari PKR, DAP dan PAS untuk bertanyakan soalan yang melibatkan kepentingan rakyat N.Sembilan.

Masih banyak kedengaran rakyat yang memerlukan bantuan tempat tinggal, bantuan perubatan, bantuan pelajaran, bantuan kewangan dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama masih ada rungutan kedengaran di peringkat bawahan berkenaan agihan bantuan ini hanya tertumpu pada kelompok kaum keluarga tertentu sahaja di kalangan ketua kampung, tok ompek, JKKK dan sebagainya. Ini juga adalah merupakan antara beberapa faktor mengapa pengaruh BN semakin merosot di kalangan penyokong dan ahli BN sendiri hari demi hari bukan sahaja oleh politik peringkat atasan malah mainan politik kampungan.

9/10/08

Cepat, bawa ADUN N.Sembilan ke luar negara

Ahli Parlimen BN sudah dibawa ke luar negara untuk belajar bertani. MB N.Sembilan perlu cepat bawa semua ADUN BN di N.Sembilan ini ke luar negara juga. Tapi ke mana ya nak bawa 19 ADUN UMNO ni di bulan Ramadhan ini ? Mekah , Madinah , Dubai , Kaherah , Casablanca , Istanbul atau Isketambola ? Tapi untuk belajar teknik apa ya , bertani , berdakwah , bersukan ( lompat tinggi , lompat galah , lompat kijang ) supaya lebih ramai atlit N.Sembilan meraih pingat emas dalam SUKMA akan datang ?

Lebih baik bawa Qiamullail di Mekah 10 malam terakhir Ramadhan.

Poster MB, ADUN dikoyak

Sinar Harian 10Sep 2008
JELEBU - Kejadian poster gambar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat yang dikoyak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab disedari masyarakat setempat awal pagi kelmarin.

Poster Menteri Besar bersama ADUN Klawang itu terletak di Jeram Toi yang tertera ‘Selamat Datang Ke Jelebu’ dikoyak oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Hairul Azhar Razali iaitu pembantu kepada Datuk Yunus Rahmat membuat laporan polis mengenai tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengoyak poster tersebut.

Hairul yang membuat laporan di Balai Polis Kuala Klawang kira-kira jam 12.51 tengah hari kelmarin beranggapan bahawa perbuatan tersebut tidak harus berlaku dan dia tidak menolak kejadian tersebut mungkin kerana berikutan pemilihan Bahagian UMNO pada Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

“Dengan mengoyak dan merosakkan poster pemimpin bukanlah jalan atau cara untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

“Saya sebagai penduduk tempatan di Daerah Jelebu, merasakan perbuatan sedemikian adalah perbuatan yang tidak bermoral dan tidak sihat kerana sikap individu terbabit melepas geram kepada pemimpin kita dengan mengoyak poster tersebut adalah tidak wajar,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini pun terdapat pemimpin disimbah dengan asid, dibunuh, diancam dan sebagainya seperti mana tertera di dada-dada akhbar dan perkara ini menimbulkan keresahan mengenai keselamatan pemimpin di sini.

“Diharapkan pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak mengoyak poster gambar Menteri Besar Negeri Sembilan serta gambar ADUN Klawang insaf dan perbuatan mengoyak poster seseorang pemimpin itu bukan sebagai cara menyelesaikan masalah atau menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Tindakan tersebut merupakan budaya yang tidak sihat dan bukan cara hidup rakyat Malaysia. Masyarakat digesa supaya mengelak daripada mengamalkan budaya yang tidak sihat dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk menjatuhkan seseorang,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1944119.asp

MB N.Sembilan nafikan ADUN akan lompat

Kalau tak ada angin , masakan pokok bergoyang ?
The Star Wednesday September 10, 2008
‘No Negri reps leaving coalition’

SEREMBAN: No Barisan Nasional state assemblyman will be leaving the coalition next Tuesday, Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.

He said he was even confident of wresting several Opposition state seats back if there were polls now.

He named the Paroi, Ampangan and Sikamat seats as those which the Barisan could “easily win” back.

“We lost the seats due to infighting then. That is resolved now. In fact we can also win other seats like Port Dickson, Senawang and two or three other seats which were previously held by the MCA, such as Nilai and Chuah,” he said.

He was speaking to reporters after distribu­ting dividends of between RM1,000 and RM5,000 to landowners who had outsourced their properties to Risda to grow rubber.

He was commenting on talk that the Negri Sembilan state government would fall into the hands of the Pakatan Rakyat on Sept 16.

The state assembly has 21 Barisan and 15 Pakatan Rakyat assemblymen.

Mohamad said he was told some Barisan assemblymen were being enticed with “lots of money” to join the Opposition.

“I was told a lot of money is being promised but I am confident that our wakil rakyat will not be bought over,” he said.

Mohamad said more people in Opposition-held constituencies were now frequenting Barisan service centres set up since July 1.

“They regret voting for the Opposition in the general election and we will make sure we serve them although they do not live in Barisan-held constituencies,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F9%2F10%2Fnation%2F1989226

Formula Kongsi Kuasa Pakatan Rakyat N.Sembilan

Pada ketika ini Pakatan Rakyat di N.Sembilan menguasai 15 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Pakatan Rakyat hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan negeri di N.Sembilan pada pilihanraya umum yang akan datang atau jika ada Wakil Rakyat dari Barisan Nasional yang ingin menyertai Pakatan Rakyat.

Komentar lanjut di PRN9

9/9/08

Fakir miskin Rembau terima bantuan Aidilfitri PKR

Sinar Harian 9 September 2008
REMBAU – Seramai 10 fakir miskin menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau yang disampaikan oleh Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud yang di adakan di Taman Seri Rembau, petang kelmarin.

Program diadakan buat kali ke-3 semenjak 2005 itu menyasarkan 100 fakir miskin yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus.

Mereka ini akan menerima bantuan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata, buat masa ini hanya 10 fakir miskin yang menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur serta sedikit wang tunai bagi meringankan beban menghadapi bulan Ramadan ini.

“Namun, bantuan akan disalurkan berperingkat dan kami menyasarkan 100 fakir miskin untuk dibantu sebelum umat Islam menyambut Hari raya Aidilfitri. Diharapkan bantuan ini meringankan beban serta membantu golongan kurang berkemampuan menikmati kegembiraan sepertimana orang lain dalam menyambut Syawal yang bakal tiba,” katanya.

Selain itu, Syed Syahir yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua PKR Bahagian Kelana Jaya, turut serta mengagihkan bubur lambuk percuma kepada orang ramai.

Sebelum itu, berlangsung Mesyuarat Agung PKR Bahagian Rembau yang pertama kalinya diadakan, yang turut dihadiri Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Kamarul Baharin Abas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1941238.asp

9/8/08

4 ADUN BN N.Sembilan akan lompat ?

Nasihat kepada pimpinan BN N.Sembilan jangan heboh Anwar nak ambil kerajaan persekutuan tetapi perlu sedar NS juga akan jadi negeri pertama akan tumbang selepas 16 Sept. keADILan sudah punya hubungan dengan lebih dari 4 ADUN BN NS semenjak selepas PRU 12. PAKATAN hanya memerlukan 5 kerusi DUN sahaja lagi untuk mentadbir NS.

Berita lanjut di http://chegubard.blogspot.com/2008/09/umno-yang-makin-melemah-mesyuarat-agong.html

Hentikan Retorik Politik , Tumpu Pada Tugas

Ahli politik harus hentikan kekalutan politik di Malaysia pada ketika ini. Mereka harus tumpukan kerja mereka sebagai menteri, ahli parlimen atau wakil rakyat. Tambahan di bulan Ramadhan ini tumpukan untuk menambah amal ibadah. Lihat saja pada ADUN Paroi di Negeri Sembilan. Walaupun disekat elaun pusat khidmat sebanyak RM 1500 oleh kerajaan Barisan Nasional N.Sembilan ,

beliau tetap memberikan khidmat sebagai wakil rakyat hasil sumbangan dari mereka yang prihatin akan kesusahan menjadi wakil rakyat tunggal dari PAS di Negeri Sembilan ini serta kesusahan rakyat di kawasan tersebut. Berita lanjut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/09/pusat-khidmat-adun-paroi-beri-sumbangan.html

Ahli parlimen dan wakil rakyat dari parti pemerintah sepatutnya lebih mudah untuk mendapat peruntukan dari Baitul Mal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, SPNB dan sebagainya untuk membantu rakyat. Gerakkan ketua-ketua cawangan anda, gerakkan tok ompek tok ompek anda, gerakkan JKKK anda untuk membantu mereka yang memerlukan. Jangan hanya tertumpu membantu anak beranak dan sanak saudara mereka yang terdekat.

9/5/08

Sistem kumbahan najis ganggu penduduk

Sinar Harian 5 Sep 2008

KAMPUNG SAWAH SUNGGALA - Hujan lebat yang melanda Port Dickson semalam mengundang pelbagai masalah dan rintihan penduduk terutama apabila ia melibatkan sistem saliran yang tidak berfungsi dengan baik sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka.

Seorang penduduk, Abdul Syukur Syariff memberitahu, kebanyakan penduduk berhampiran kawasan rumahnya terpaksa berdepan dengan masalah limpahan najis dan bau busuk yang datang dari tangki kumbahan Indah Water.

Menurutnya, masalah air kumbahan najis dari tangki itu berlaku setiap kali hujan lebat kerana saliran tangki yang menghala ke sungai tidak mampu berfungsi dengan baik sehingga kumbahan tersebut melimpah ke kawasan kediaman.

“Indah Water mempunyai saluran tersendiri untuk membawa kumbahan ke sungai, namun apabila hujan lebat, air sungai itu akan menyamai paras tebing dan ini akan menyebabkan air dari saluran Indah Water tidak dapat masuk ke dalam sungai tersebut.

“Air yang terperangkap pula akan terus masuk ke dalam parit kecil sekitar kawasan rumah kami dan sepatutnya air itu tidak boleh masuk ke dalam parit penduduk kerana ia sekadar untuk menampung sisa-sisa dari rumah sahaja,” katanya.

Sementara itu, ketika tinjauan Sinar Harian mendapati air kumbahan itu melimpah di kebanyakan kediaman pemilik dan kawasan tersebut menjadi hitam kerana najis-najis berkumpul di situ.

Syukur turut mendakwa, keadaan bertambah teruk apabila hujan berhenti dan kawasan tersebut menjadi kering.

“Air kumbahan yang kering akan meninggalkan kesan najis yang banyak sehingga mengganggu aktiviti seharian malah bau najis amat meloyakan dan bertambah teruk jika air itu kering di dalam rumah,” katanya yang sudah tertekan dengan permasalahan ini.

Tambahnya, setiap kali hujan lebat melanda dan air kumbahan itu merebak, penduduk kawasan sekitar akan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab, namun sehingga hari ini masih tiada tindakan yang diambil mereka.

“Sudah lebih sepuluh kali kami mengadu kepada pemilik tangki tersebut, namun mereka sekadar membuat tinjauan tanpa apa-apa tindakan.

“Mungkin mereka fikir masalah ini biasa dan tidak seteruk disangka, tetapi jika terpaksa berhadapan dengan najis sebegini, siapa yang boleh tahan,” katanya.

Dalam pada itu, Syukur turut mendakwa, tangki itu sepatutnya dialihkan ke sebuah tangki baru berhampiran kawasan kampung itu, namun ia sudah terbengkalai semenjak dilaksanakan pada tahun 2006.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1927443.asp

Program Menyayangi Fakir Miskin N.Sembilan

Pihak Jawatankuasa Jejak Fakir Negeri Sembilan 2008 dengan ini merayu sumbangan kepada mereka yang berkemampuan untuk bersama menyumbang bagi menzahirkan sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir miskin yang amat memerlukan khususnya di bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program ini adalah merupakan kali ketiga setelah bermula sejak tahun 2005. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 keluarga fakir miskin setakat ini.

Bantuan kali ini akan ditumpukan di kawasan Rembau dan sekitarnya seperti Linggi dan Tampin.

Pihak Jawatankuasa akan cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut.

Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada cheGuBard http://chegubard.blogspot.com atau kepada Penyelaras Program Sdr Azizi Aziz 0123696474

Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg - 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00

Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga ialah RM 105.50. Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah RM 105.50 x 47 keluarga : RM 4,958.50.

Pihak Jawatankuasa mengharapkan sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan para penyumbang yang budiman.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin) , sila emailkan ( chegubard@gmail.com ) atau sms 0176688404 makluman jumlah bank in tersebut.

atau boleh hantar ke Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No. 390, Taman Seri Rembau, 71300 Rembau, N.Sembilan

9/4/08

Majlis Berbuka Puasa 6 Sep Seremban

Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Umum
Bagi meraikan petugas PAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh
Semua Dijemput Hadir

SABTU 6 September 2008
6 petang – 12 tgh malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan (sebelah Surau Hitam), Seremban

Penceramah :
Ust Abd Ghani Abd Rahman – Pesuruhjaya PAS Melaka
Sdr Zulkefly Mohamad Omar – Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin – Pengerusi PKR N.Sembilan / Ahli Parlimen Telok Kemang

Aturcara :
Tazkirah
Majlis Berbuka Puasa
Solat Maghrib
Solat Isya / Tarawih
Ceramah Umum

Anjuran : PAS N.Sembilan

9/3/08

Kenali ADUN Lenggeng YB Mustafa Salim

Menewaskan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Sr Zulkefly Mohamad Hj Omar di DUN Lenggeng dalam Pilihanraya Umum 2008 http://calonpasn9.blogspot.com/2008/02/calon-rakyat-untuk-rakyat.html
Berumur 50 tahun
Pesara guru
Pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah dimana Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan adalah bekas pelajar sekolah ini.
AJK Umno Bahagian Seremban


Zulkifli Sidik (kiri) memberi penerangan mengenai penanaman serai kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Mustafa Salim (kanan sekali) ketika mengadakan lawatan ke kawasan tanaman integrasi Serai Felda Berhad kampung Mendom, semalam. (Utusan Malaysia 26 Jun 2008) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm


Lenggeng assemblyman Mustafa Salim, 50 (pic), was nabbed at a restaurant in Mantin at about 4.30pm soon after. A sum of money was also seized during the arrest.

The first-term assemblyman is a division member of the Seremban Umno division.

http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2008/08/aca-nabs-negri-assemblyman.html

Nasir's Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah team booked a ticket to Gothia World Youth Cup after emerging champions in the recent Under-16 World Gothia Cup Malaysia.

The school is also hoping for some contribution from Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, who is a former student of the school, and Lenggeng State Assemblyman Mustafa Salim, who used to teach at the school.

http://www.nst.com.my/Current_News/Streets/Friday/Stories/2283812/1

N9 – Lenggeng
Mustapha Salim (Bn-Umno) 5,555 undi
Zulkefley Mohamad Omar (Pas) 4,270 undi
Jumlah pengundi (12,776)
Jumlah keluar mengundi 10,013
Peratus mengundi
Majoriti 1,285
http://www.nst.com.my/Current_News/Election08/Result/sresult?state=NS

N9 LENGGENG (12,879)
M: 75.1% C: 17.3% I: 7.6% L: 0.1%
1. Zulkefly Mohamad Omar (Pas)
2. Mustapha Salim (BN)
Penyandang: Datuk Ishak Ismail (BN)
Majoriti: 3,942 undi
http://informasi.phpbb3now.com/viewtopic.php?f=133&t=1438&p=15070

Senarai Pembantu dan Pembela Rakyat Negeri Sembilan

Berikut ialah senarai nama Wakil Rakyat di Negeri Sembilan yang diamanahkan untuk membantu rakyat Negeri Sembilan. Mereka yang memerlukan bantuan di Negeri Sembilan bolehlah menghubungi mereka-mereka ini selaras dengan prinsip asas demokrasi iaitu kerajaan yang terdiri daripada rakyat , yang dipilih oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat. (Democracy is government of the people, by the people, for the people)

SENARAI NAMA PENUH DAN ALAMAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
http://www.ns.gov.my/unit/mmk/images/stories/adun_julai2_2008.pdf

1. DUN RANTAU
YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan & Perindustrian.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam
Tel. 06 – 762 2421 (T) , 06 – 765 9930 (P) , 06 – 765 9935 (P)
Faks 06 – 763 1394
Email mbns@ns.gov.my

2. DUN PERTANG
YB Dato’ Razak bin Mansor
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Tel. 06 – 765 9500 (P)
H/p 012 – 621 8111
Faks 06 – 767 2125
Email ybrazak@ns.gov.my

3. DUN SENALING
YB Dato’ Haji Ismail bin Lasim
Jabatan Kerja Raya
Tingkat 2, Blok D, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi
Tel. 06 – 765 9634 (P)
H/p 019 – 650 0397
Faks 06 – 763 5644
Email ybismail@ns.gov.my

4. DUN CHENNAH
YB Tuan Siow Chen Pin
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam.
Tel. 06 – 765 9507 (P)
H/p 019 – 305 3798
Faks 06 – 767 6308
Email ybsiow@ns.gov.my

5. DUN JERAM PADANG
YB Tuan V.S. Mogan
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan,Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam.
Tel. 06 – 765 9506 (P)
H/p 012 – 661 3966
Faks 06 – 767 1606
Email ybmogan@ns.gov.my

6. DUN LABU
YB Datuk Hasim bin Rusdi
Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam.
Tel. 06 – 765 9502 (P)
H/p 019 – 601 5021
Faks 06 – 767 6395
Email ybhasim@ns.gov.my

7. DUN GEMAS
YB Puan Zainab bt. Nasir
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Tingkat 1, Blok B,Wisma Negeri,
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat.
Tel. 06 – 765 9508 (P)
H/p 012 – 713 5125
Faks 06 – 767 4563
Email ybzainab@ns.gov.my

8. DUN SERI MENANTI
YB Tuan Abd. Samad bin Ibrahim
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan
Tel. 06 – 763 9504 (P)
H/p 013 – 395 0016
Faks 06 – 763 2599
Email ybabdsamad@ng.gov.my

9. DUN KLAWANG
YB Dato’ Yunus bin Rahmat
Jabatan Pertanian Negeri Sembilan,
Tingkat 3, Blok D, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tel. 06 – 765 9730 (P)
H/p 019 – 282 0003
Faks 06 – 762 2524
Email ybyunus@ng.gov.my


10. DUN LINGGI
YB Dato’ Ismail bin Taib
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Tel. 06 – 765 9813 (P)
H/p 013 – 350 0811
Faks 06 – 767 0189
Email ybismailtaib@ns.gov.my

11. DUN JUASSEH
YB Dato’ Mohammad Razi bin Kail
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.
Tel. 06 – 765 9503 (P)
H/p 019 – 661 5890
Faks 06 – 762 7601
Email m_razi@ns.gov.my

12. DUN SERTING
YB Tuan Shamshulkahar bin Mohd. Deli
Jabatan Bekalan Air Negeri,
Tingkat Bawah, Blok B, Wisma Negeri
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi
Tel. 06 – 765 9501 (P)
H/p 012 – 673 6520
Faks 06 – 767 2476
Email ybshamsulkahar@ns.gov.my

13. DUN JOHOL
YB. Dato’ Roslan bin Mohd. Yusof
No. 1062, Jalan Besar,
73100 Johol.
Tel. 06 – 436 7502 (P)
H/p 013 – 397 9694

14. DUN KOTA
YB. Dato' Dr. Haji Awaludin bin Said
Sri Hidayah, Pekan Kota,
71350 Kota.
Tel. 06 – 438 4389

15. DUN GEMENCHEH
YB. Dato' Mohd. Kamil bin Abd. Aziz
Pusat Perkhidmatan ADUN,
73200 Gemencheh.
Tel. 06 – 431 6002 (P)
H/p 019 – 687 1563

16. DUN PALONG
YB. Dato’ Aziz bin Shamsuddin
No. 125, Felda Palong 11, Blok 7,
73430 Gemas
Tel. 06 – 466 5603
H/p 013 – 600 4440

17. DUN SUNGAI LUI
YB. Dato’ Zainal Abidin bin Ahmad
No. 191, Felda Lui Barat,
72120 Bahau.
Tel. 06 – 467 6181

18. DUN LENGGENG
YB. Tuan Mustafa bin Salim
Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lenggeng,
Pekan Lenggeng,
71750 Lenggeng.
Tel. 06 – 758 5739 (R)
H/p 012 – 607 8140

19. DUN PILAH
YB. Tuan Haji Adnan bin Haji Abu Hasan
ANS., PMC., PJK.
Pusat Khidmat DUN Pilah,
No. 15, Tingkat 1,
Lot 1064, Taman Bukit Pilah Perdana,
Jalan Bukit, 72000 Kuala Pilah.
Tel. 06 – 481 9868 (P)
H/p 019 – 356 2147

20. DUN CHEMBONG
YB. Tuan Zaifulbahri bin Idris PJK.
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Chembong,
PT 566, Jalan Rembau – Tampin,
Km 26, 71300 Rembau.
Tel. 06 – 685 4079 (P)
H/p 012 – 683 1798

21. DUN BAGAN PINANG
YB. Tuan Azman bin Mohammad Noor
Pusat Khidmat Wakil Rakyat
DUN Bagan Pinang,
Km 5, Jalan Pantai,
71000 Port Dickson.
H/p 019 – 622 7751

22. DUN LOBAK
YB. Tuan Loke Siew Fook
Pejabat Perkhidmatan ADUN Lobak,
Tingkat 1, 169, Jalan Tuanku Munawir
70000 Seremban.
Tel. 06 – 763 4525 (P)
H/p 06 – 764 6610

23. DUN BAHAU
YB. Tuan Teo Kok Seong
222, Bakar Batu,
72100 Bahau.
Tel. 06 – 454 2351 (P)
H/p 019 – 282 2698

24. DUN NILAI
YB. Tuan Yap Yew Weng
PT 20578, Tingkat 1, Jalan TS 2/1F,
Taman Semarak 2,
71800 Nilai.
Tel. 06 – 631 8572 (R)
H/p 017 – 6773 3789

25. DUN TEMIANG
YB. Tuan Ng Chin Tsai
No. 307-1, Jalan Temiang,
70200 Seremban.
Tel. 06 – 763 9573 (P)
Faks 06 – 764 6610
H/p 012 – 682 0520

26. DUN SIKAMAT
YB. Tuan Aminuddin bin Harun
Pejabat DUN Sikamat,
501-A, Tingkat 1,
Taman Sikamat Jaya,
70400 Seremban.
Tel. 06 – 761 0211 (P)
H/p 019 – 651 0167

27. DUN AMPANGAN
YB. Tuan Rashid bin Latiff
191, Rashibah Indah,
70400 Seremban.
Tel. 06 – 763 2570 (R)
H/p 019 – 652 7071

28. DUN BUKIT KEPAYANG
YB. Tuan Cha Kee Chin
No. 93, Tingkat 2,
Jalan Dato’ Bandar Tunggal,
70000 Seremban.
Tel. 06 – 761 4557 (P)
H/p 012 – 666 4557

29. DUN RAHANG
YB. Tuan M.K. Arumugam
No. 54, Tingkat 1,
Jalan Rasah, Seremban.
Tel. 06 – 767 1531 (P)
H/p 012 – 219 3830

30. DUN MAMBAU
YB. Puan Wong May May
3179, Tingkat 2, Jalan Tok Ungku,
70100 Seremban.
H/p 016 – 635 0508

31. DUN SENAWANG
YB. Tuan P. Gunasekaran
No. 3992, Jalan SJ 8/5,
Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban.
Tel. 06 – 679 5901
H/p 012 – 338 8440

32. DUN PAROI
YB. Tuan Mohamad Taufek bin Abd. Ghani
Pusat Khidmat Masyarakat Paroi
No 22 , Jalan Bunga Raya 27
Taman Tasik Jaya
70400 Seremban , N.Sembilan
Tel. 06 - 6794609 (P)
H/p 019 – 657 6540

33. DUN CHUAH
YB. Tuan Chai Tong Chai
21-B, Jalan Besar, Bukit Pelandok,
71960 Port Dickson.
Tel. 06 – 677 4872 (R)
H/p 016 -631 3232

34. DUN LUKUT
YB. Tuan Ean Yong Tin Sin
No. 182-A, Jalan DS 1/12,
Bandar Dataran Segar,
71010 Port Dickson.
Tel. 06 – 651 6963 / 6098
Faks 06 – 651 6228
H/p 019 – 331 1489

35. DUN PORT DICKSON
YB. Tuan Ravi a/l Munusamy
No. 11A, Jalan Mahajaya,
Centre Point, Port Dickson.
Tel. 06 – 651 6395 (R)
H/p 012 – 654 4737

36. DUN REPAH
YB. Tuan Veerapan a/l Superamaniam
No. 2368, Taman Indah,
73200 Tampin.
Tel. 06 – 601 2304 (P)
H/p 012 – 386 3492

Majlis Buka Puasa PKR Rembau 7 Sep

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN BANTUAN FAKIR MISKIN
SABTU 7 SEPTEMBER 2008
3.00 petang
Depan Pusat Khidmat Rakyat Rembau,
No. 390, Taman Seri Rembau, Rembau
bersama Tn Hj Syed Shahir (Presiden MTUC)
pertanyaan 0123696474
http://chegubard.blogspot.com

BERITA UTAMA Dituduh beli undi

Berita Harian 3 September 2008
Oleh Ahmad Naim Tahir
bhnews@bharian.com.my

TAK MENGAKU SALAH: Mohd Nor keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban selepas dibebaskan dengan jaminan RM3,500, semalam.

Naib Ketua Umno Seremban didakwa beri suapan supaya dirinya dicalon

SEREMBAN: Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan merasuah seorang ketua Umno cawangan sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai ketua Umno bahagian itu.

Tertuduh yang juga ahli perniagaan, didakwa memberi suapan RM200 kepada Ketua Umno Cawangan Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin dalam sebuah kereta bernombor NBK 16 di tempat letak kereta belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada jam 12.20 tengah hari 1 Ogos lalu.



Mohd Nor, 47, juga dituduh memberi suapan RM500 kepada Rezwat dalam kereta yang sama di tempat letak kereta belakang pusat beli-belah Centre Point, Jalan Siamang Gagap di sini pada jam 4.30 petang 2 Ogos lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Rezwat supaya mencalonkan ahli perniagaan itu untuk jawatan ketua Umno Bahagian Seremban bagi sesi 2008-2011 pada mesyuarat agung Umno cawangan Taman Zaiton Indah 3 Ogos lalu.

Kes itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin Umno berhubung rasuah politik pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Nor, yang kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah, mengaku tidak bersalah.

Dia yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman, didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan dua hari bermula 28 Januari depan untuk perbicaraan kes itu dan membebaskan Mohd Nor dengan jaminan RM3,500.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080903070905/Article

9/2/08

Pemilihan Umno semakin ganas ?

Mesyuarat Umno semakin ganas sekarang ini. Mesyuarat Umo Cawangan Felda Palong Timur 5 , Johor dicemari dengan kejadian bertumbuk dan baling kerusi. Sebelum ini mesyuarat Umno Cawangan Sungai Machang Hilir , Seremban dicemari dengan kejadian membaling telur busuk. Hidup Melayu !

****************
The Star Tuesday September 2, 2008
Punches and chairs thrown at Felda Umno branch meet

SEGAMAT: A fight broke out at the Felda Palong Timur 5 Umno branch meeting after several members claimed they were unhappy with the results of the nominations.

Punches were traded and chairs thrown during the commotion at 6pm on Saturday.

It is learnt that when the votes for the division chief post was tallied, incumbent Datuk Othman Jais lost to newcomer Shaifuddin Ali Hanafiah.

Othman, 61, in his sixth term, is the longest-serving state assemblyman in Johor.

Branch chief Poninan Panijo said Othman’s supporters were unhappy with the results and demanded that members cast their votes again.

“It was also agreed that after voting, all those who cast their votes for Othman would leave the hall,” he said.

At the end of the voting, it was found that only 28 people left the hall, leading to Shaifuddin’s victory once again, which sparked off the fight after a war of words.

Poninan said that in the fight, punches and harsh words were exchanged.

“The legs of several chairs were also broken,” he said.

He added that at the end of the fight, Othman, who is the Segamat division chief, instructed that the branch elections be valid, but the division post elections would be cancelled.

Shaifuddin, 47, a former Segamat Umno Youth chief, already has eight nominations in hand, and needs the nominations from this branch to be able to contest for the division chief post.

When contacted, Othman denied that there had been a fight and said only an argument had ensued when several voters who had allegedly not paid their membership fees voted.

The police confirmed that no police report had been lodged over the incident.

It was the second rowdy Umno meeting in the past few days. On Friday, rotten eggs were thrown during the Sungai Machang Hilir branch meeting near Seremban.

The meeting became unruly after a group of members started to protest against some financial statements, loss of membership forms and delays in sending out the notices for the meeting.

This is also the second time a fight has broken out during Umno branch meetings in Johor in the past month.

On Aug 3, the Sedili Kecil Umno branch meeting erupted into a war of words between a supporter of Datuk Seri Syed Hamid Albar and a supporter of Daing A. Malik Daing A. Rahman, who is vying for the position of Kota Tinggi division chief

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/2/nation/22221110&sec=nation

9/1/08

BN N.Sembilan pimpinan Mohamad Hassan subur rasuah ?

Apa nak jadi dengan Umno Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan di Negeri Sembilan ini ? Begitu ramai ahli politik Umno di Negeri Sembilan ditahan BPR untuk siasatan rasuah. Sebelum ini calon Ketua Umno Bahagian Seremban disiasat BPR , seorang ADUN juga disiasat kes ubahsuai pejabatnya. Terkini seorang ADUN dalam Parlimen Seremban juga disiasat iaitu YB Mustafa Salim ADUN Lenggeng berkaitan projek melombong pasir.

Begitu lemah pentadbiran Datuk Seri Mohamad Hasan dari masalah Taman Ular di Ulu Bendul, masalah kutipan sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang berhutang jutaan ringgit dengan kontraktor mengutip sampah. Diburukkan lagi kerajaan negeri diterajui oleh barisan EXCO yang ramai muka baru yang tiada pengalaman sebelum ini sebagai Wakil Rakyat apatah lagi sebagai EXCO.

Rakyat mendesak perubahan segera kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Datuk Seri Mohammad Hasan samada semua ADUN BN dan EXCO di Negeri Sembilan menumpu tugas untuk rakyat tanpa mengambil sesen pun duit melalui projek selain gaji bulanan sebagai EXCO dan ADUN. Jika tidak serahkan saja pentadbiran kerajaan negeri kepada Pakatan Rakyat.

Disamping itu pemimpin , ahli dan penyokong Pakatan Rakyat Negeri Sembilan ini haruslah berusaha memujuk wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan ini menyertai Pakatan Rakyat demi kemajuan rakyat juga negeri ini dan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil yang akan datang.

Patutlah Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan tidak memberi peluang kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk mengemukakan soalan lisan dan soalan bertulisnya ada yang ditapis-tapis.

******************************************

BPR tahan ADUN N. Sembilan disyaki rasuah

Utusan Malaysia 1 Sep 2008. KUALA LUMPUR 31 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Negeri Sembilan kerana disyaki menerima suapan daripada seorang kontraktor di Seremban hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, BPR Negeri Sembilan menahan seorang calon Ketua UMNO Bahagian Seremban kerana disyaki memberi sogokan kepada seorang ahli UMNO bahagian itu di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di bandar Seremban.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm


******************************************
The Star 1 Sep 2008
ACA detains Negri rep as its anti-graft blitz continues

SEREMBAN: Just hours after ACA told The Star that it was widening action against corrupt officials, it arrested a Barisan Nasional state assemblyman for allegedly receiving bribes.

Lenggeng assemblyman Mustafa Salim, 50, was nabbed at a restaurant in Mantin soon after he had allegedly received RM2,000 from a developer.

The developer is allegedly involved with sand mining and had sought Mustafa’s help.

The Negri Sembilan Government had stopped issuing licences for sand mining activity over a year ago.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/1/nation/22216921&sec=nation

***********************************
BPR siasat Adun didakwa salah guna kuasa

Harian Metro 18 Jul 08. SEREMBAN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan projek pembangunan di kawasannya.

“Siasatan itu berhubung dakwaan Adun itu meminta sebahagian peruntukan projek pembangunan di kawasannya digunakan untuk mengubahsuai pejabatnya.

“Setakat ini, BPR sudah memanggil jurutera Jabatan Kerja Raya daerah, pegawai teknikal serta dua kontraktor yang terbabit dalam pengubahsuaian itu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080718090443/Article/index_html