JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

10/31/08

Penduduk Senawang kesal aduan tidak diendah

Sinar Harian 31 Okt 2008
SENAWANG – Rata-rata penduduk di Taman Kobena, Jalan Ros Merah 8, kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang tidak mengambil endah dengan aduan yang diberi kepada pihak terbabit mengenai kerosakan struktur jalan di belakang rumah lorong tersebut yang semakin mendap, di sini.

Razali Wahab, 60, mendakwa, PBT langsung tidak mengendahkan aduan yang telah dibuat sebanyak empat kali berikutan kejadian struktur longkang yang semakin mendap dan terjejas teruk sehingga menyebabkan ia merebak ke kawasan longkang di belakang taman perumahan ini.

“Saya tidak tahu berapa lama lagi harus ditunggu untuk membaikinya apabila terpaksa menerima alasan daripada pihak tersebut yang mengatakan mahu menunggu tender kontraktor untuk memperbaikinya.

“Alasan yang diberi seperti tidak masuk akal padahal kerosakan struktur longkang ini makin teruk dari hari ke hari dari sebelumnya,”jelasnya.

Katanya, jika dari awal pihak berkenaan membaiki struktur longkang ini, sudah tentu ia tidak akan menelan kos yang tinggi.

“Dua bulan lalu, saya sendiri mengutarakan masalah ini kepada pihak yang berkenaan, tetapi tiada maklum balas positif untuk menanganinya, sehingga akhirnya longkang tersebut tersumbat,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abdul Halim Abdul Latif, yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan memberitahu, pihak MPS akan membuat siasatan susulan berkenaan masalah struktur longkang yang makin mendap tersebut.

“Ini tidak bermaksud pihak PBT tidak menjalankan kerja-kerja pembaikan dan tidak mengendahkan aduan yang diterima oleh penduduk, sebaliknya pembaikan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Diharap, penduduk di kawasan taman terbabit dapat bersabar kerana kami akan membuat siasatan susulan mengenai punca yang menyebabkan kerosakan struktur longkang tersebut yang makin teruk.

“Saya juga meminta penduduk berkenaan menyatakan nombor aduan kepada pihak kami sepertimana aduan yang diberi supaya senang untuk MPS merujuknya dalam usaha untuk mengatasi masalah berkenaan dengan segera,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2104046.asp

10/30/08

Tahu ke tak UMNO perintah N.Sembilan ni ?

Tahu ke tak UMNO/Barisan Nasional yang diterajui Dato Seri Mohamad Hassan perintah N.Sembilan ni ? Semakin hari semakin banyak masalah rakyat terbongkar , perumahan terbengkalai , kelemahan pengangkutan awam , pengkorporatan Jabatan Bekalan Air , pembalakan dan banyak lagi. Terbaru masalah peniaga di Pasar Besar N.Sembilan.

Banyak masalah rakyat dibangkitkan sebelum ini di Blog berikut :
http://amkns.blogspot.com/
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/
http://pasns.blogspot.com/
http://terbengkalai.blogspot.com/

Tiada pengunjung: Peniaga Pasar Besar NS resah
Utusan Malaysia 30 Oktober 2008

Mohd. Ali Abu Bakar (kanan) menyerahkan memorandum meminta kerajaan negeri campur tangan dalam menyelesaikan masalah Pasar Besar kepada Firdaus Muhammad Harun di Seremban, semalam.


SEREMBAN 29 Okt. - Persatuan Pemilik Pasar Besar Negeri Sembilan di Bukit Kepayang dekat sini meminta kerajaan campur tangan bagi menyelesaikan kemelut berhubung ketiadaan pengunjung sejak lima tahun ia beroperasi.

Pengerusinya, Mohd. Ali Abu Bakar berkata, lebih 430 pemilik yang telah membeli lot kedai di bangunan tersebut kini dalam dilema berikutan janji pemaju yang tidak tertunai.

Sehubungan itu beliau berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya pasar borong di Pasar Besar Seremban dipindahkan ke lokasi tersebut untuk memberi peluang kepada peniaga menghidupkan kembali perniagaan.

''Kita mempunyai 38 peratus pemilik terdiri daripada orang Melayu, 40 peratus Cina dan selebihnya India. Kami berharap perkara ini mendapat perhatian dan pertolongan daripada kerajaan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Firdaus Muhammad Harun di Wisma Negeri di sini hari ini.

Kata Mohd. Ali, pihak pemaju ketika membuat tawaran pembelian dahulu menyatakan akan ada kemudahan infrastruktur moden seperti klinik, mesin pengeluar wang automatik (ATM), pejabat dan kedai Telekom.

Beliau berkata, pemaju juga berjanji menyediakan hentian teksi dan bas bagi memudahkan orang ramai datang ke pasar yang baru ini, malangnya, ia tidak disempurnakan.

Projek Pasar Besar Negeri Sembilan ini dimajukan oleh NS Central Market Sdn. Bhd., yang dahulunya dikenali sebagai IJM Construction Sdn Bhd., yang merupakan anak syarikat IJM Properties Sdn. Bhd.

Menurutnya, terdapat lebih 850 lot disediakan dalam bangunan ini dan mempunyai 800 ruang letak kereta dan 800 talian telefon serta dijanjikan keselamatan 24 jam.

Beliau berkata, pihaknya juga telah dijanjikan pemberian lesen perniagaan secara automatik oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

''Sebab itulah, kami membeli lot di sini dan sayangnya selepas lima tahun berada di situ, ia tidak mampu menarik kehadiran pengunjung.

''Kami tidak mampu lagi untuk membayar pinjaman bank dan terpaksa pula menjelaskan penyelenggaraan oleh pemaju, cukai pintu kepada MPS dan cukai tanah. Kami tidak tahan lagi dengan masalah ini," jelasnya.

Sementara itu, Firdaus berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan mendengar masalah yang dikemukakan mereka.

''Saya menerima memorandum mereka dan simpati dengan masalah yang mereka hadapi sejak lima tahun lalu. Kerajaan sentiasa prihatin untuk membantu mereka dan kita berharap dapat menyelesaikan dengan cara yang baik.

''Buat masa ini, kita akan melihat isi kandungan surat yang dihantar dan akan meneliti secara terperinci agar ia tidak terus berlarutan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

10/29/08

Pembeli Perumahan Terbengkalai N.Sembilan Buat Laporan Polis

28 Oktober 2008. Seramai 45 Orang pembeli rumah Perpaduan Heights Kuala Pilah, Senaling telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Pilah hari ini jam 4.00 petang terhadap Pemaju dan dua buah Syarikat Arkitek Projek Perumahan Perpaduan Heights Kuala Pilah yang terbengkalai semenjak 2003. Laporan polis tersebut diketuai oleh En. Salehuddin Abdullah selaku Pengerusi Badan Bertindak Pembeli.

Menurut En. Salehudin, Projek yang dimulakan pada tahun 1996 yang sepatutnya siap pada tahun 2001 telah berjaya menarik seramai 231 orang pembeli, dan semenjak terbengkalai sudah banyak ikhtiar telah dilakukan oleh pembeli bagi menarik perhatian Kerajaan untuk membantu menyelesaikan kemelut ini, namun semuanya menemui jalan buntu. Laporan lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2008/10/pembeli-perumahan-perpaduan-heights.html

Nak tahu berapa banyak perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan , berapa ramai pembeli rakyat Negeri Sembilan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sila lihat laman web Blog ini http://terbengkalai.blogspot.com

Siapalah nak membela nasib rakyat Malaysia , pemimpin sekarang tengah sibuk hendak bertanding jawatan , pemimpin sekarang tengah sibuk nak bincang Dasar Ekonomi Baru , pemimpin sekarang tengah sibuk nak macam-macam lagilah. Nak membela pembeli perumahan terbengkalai samada pembeli Melayu , Cina atau India , nak membela peminjam Along , nak membela peniaga Melayu , Cina dan India ni perkara kecil agaknya pada mereka.

10/24/08

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YB DATO' KAMARUL BAHARIN

Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Telok Kemang) akan dianjurkan pada :

Tarikh : 16 November 2008 (Ahad)
Masa : Bermula 8.30 pagi
Tempat : Alam Megah Sports Arena, Port Dickson

Kejohanan ini bakal menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti:
JOHAN - RM1,500 + PIALA + HAMPER
NAIB JOHAN - RM700 + HAMPER
KETIGA - RM200 + HAMPER
KEEMPAT - RM100 + HAMPER

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 14 NOVEMBER 2008

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Mohd. Yani : 012-6610079
Shahril : 012-3565758
Amir : 012-3589872

YURAN PENYERTAAN : RM100 BAGI SETIAP PASUKAN

Muat turun borang penyertaan di : http://telokkemang.blogspot.com/2008/10/kejohanan-futsal-piala-yb-dato-kamarul.html

Jom Raya Bersama Azmin Ali 26 Okt Rembau

CERAMAH & JAMUAN PERDANA RAYA PARLIMEN REMBAU
Ahad 26 Okt. 2008
Jam 8.00 malam
Di Kg. Bintongan, Rembau (belakang Masjid Kg.Batu)
Bersama : YB Azmin Ali & YB Dato’ Kamarul Baharin
Semua DiJemput Hadir

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com/2008/10/sidang-media-khas-22-okt2008.html

10/22/08

Ahli PKR sepakat baiki rumah warga emas

Sinar Harian 22 Okt 2008
KOTA – Seramai 20 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) daerah Rembau bergotong royong membaiki kediaman usang warga emas, Manab Rasul, 78, di Kampung Selemak, semalam.

Gotong royong yang bermula jam 10 pagi turut disertai oleh Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin bagi membersihkan kawasan sekitar rumah yang dipenuhi semak-samun.

Selain itu, barangan yang tidak digunakan lagi seperti bekas-bekas plastik turut buang dan dibakar.

Warga emas yang tinggal seorang diri di kediaman usang tanpa keperluan elektrik dan air hanya mengharapkan bantuan daripada jiran tetangga walaupun mempunyai seorang anak lelaki, namun tidak pernah menjenguk apatah lagi bertanya khabar.

Badrul Hisham ketika ditemui Sinar Harian berkata, kedaifan warga emas ini dikesan ekoran daripada Program Jejak Fakir yang dijalankan Ramadhan lalu bagi menghulurkan bantuan kepada fakir miskin dan warga emas.

Menurutnya, warga emas ini merupakan salah seorang penerima bantuan tersebut dan setelah melihat sendiri keadaan rumahnya, ahli PKR sepakat menjalankan gotong-royong bagi membaiki keadaan rumah terutama bahagian atap yang bocor.

“Bukan sahaja bumbung yang perlu ditukar malah keseluruhan rumahnya dan kami mencapai kata sepakat untuk membina rumah baru bagi warga emas ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, rumah tersebut bakal dibina di kawasan hadapan dan bukannya ditapak lama.

“Semua perbelanjaan akan diusahakan untuk membantu warga emas ini hidup dalam keadaan yang lebih baik.

“Dalam tempoh sebulan lagi, rumah ini akan disiapkan lengkap dengan kemudahan air dan elektrik serta bilik air bagi memberi keselesaan kepada warga emas ini,” katanya.

Orang ramai juga digalakkan untuk menyumbang bukan sahaja dari segi kewangan malah sumbangan barangan keperluan juga dialu-alukan.

Dalam pada itu, Badrul berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali akan melancarkan program Bersih dan Baiki pada 26 Oktober ini memfokuskan kepada lebih 30 buah rumah yang daif dan kritikal untuk dibaik pulih di kawasan Parlimen Rembau.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2076290.asp

10/21/08

60 rumah dilanda banjir kilat


ANGGOTA Batalion 15 Kem Senawang membantu penduduk kawasan Ansi Ville Senawang mengemas rumah setelah banjir kilat melanda semalam.

Utusan Malaysia 21 Okt 2008
SEREMBAN 20 Okt. - Kira-kira 60 buah rumah di tiga taman perumahan iaitu Taman Angsi Ville, Taman Tuanku Ja'afar fasa satu dan dua dekat sini ditenggelami air sehingga 1.5 meter dalam kejadian banjir kilat yang berlaku malam tadi.

Ekoran kejadian itu, penduduk mengalami kerosakan harta benda termasuk kenderaan seperti kereta dan motosikal selain rumah mereka dipenuhi selut.

Dianggarkan setiap penduduk mengalami kerugian ribuan ringgit dan kebanyakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana paras air naik terlalu pantas iaitu antara 0.3 hingga 1.5 meter.

Seorang penduduk Taman Angsi Ville, Mohd. Shukor Sabudin, 42, berkata, air naik dengan pantas selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut selama dua jam.

Jelasnya, kejadian banjir kilat itu merupakan yang pertama berlaku sejak dia mendiami kawasan perumahan berkenaan beberapa tahun lalu.

''Hujan lebat mula turun pada kira-kira pukul 7.30 malam. Dua jam kemudian, air naik dengan mendadak hingga ke paras leher (orang dewasa) dan saya tidak sempat menyelamatkan harta benda di dalam rumah serta dua kenderaan di halaman.

''Pada masa itu saya sangat bimbang tentang keselamatan isteri, empat anak dan pembantu rumah yang tidak sempat keluar dari rumah semasa banjir berlaku," ujar Mohd. Shukor ketika ditemui di sini malam tadi.

Bagaimanapun katanya, keadaan menjadi terkawal setelah anggota-anggota Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Senawang bertindak pantas menyelamatkan 28 penduduk di Taman Angsi Ville.

Jelas Mohd. Shukor lagi, walaupun banyak harta bendanya rosak, dia tetap bersyukur kerana keluarganya selamat.

''Saya dan penduduk-penduduk lain di sini berterima kasih kepada anggota-anggota tentera terbabit kerana menyelamatkan kami semasa banjir. Malah mereka turut bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan ini," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Taman Tuanku Ja'afar Fasa Satu, Khahar Kasim, 51, berkata, kejadian banjir kilat malam tadi merupakan yang pertama berlaku sejak 20 tahun mendiami kawasan tersebut.

Menurutnya, paras air naik secara mendadak dalam masa beberapa minit sahaja selepas hujan reda.

''Pada masa itu, saya dan keluarga sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Kami langsung tidak menyangka banjir akan berlaku," ujar Khahar.

Lebih malang lagi, katanya, selain perabot dan peralatan elektrik, beberapa barang persiapan perkahwinan anak perempuannya yang bakal mendirikan rumah tangga pada 16 November depan juga rosak dalam kejadian banjir kilat itu.

Dalam pada itu, menurut seorang penduduk Taman Tuanku Ja'afar Fasa Dua, Rozana Mislan, 30, kejadian banjir kilat menyebabkan rumahnya dicemari dengan air kotor yang melimpah dari loji kumbahan berhampiran.

''Ketika banjir berlaku, saya yang pada masa itu tinggal bersendirian di rumah tidak sempat menyelamatkan perabot serta peralatan elektrik," jelasnya.

Rozana berharap, pihak yang bertanggungjawab segera bertindak bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang di kawasan berkenaan di masa akan datang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

10/18/08

Keselamatan penduduk Taman Waja , K.Pilah terancam

Sinar Harian 17 Okt 2008
TAMAN WAJA - Keselamatan yang terancam mengundang keresahan penduduk Taman Waja, berikutan dengan beberapa permasalahan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kawasan ini yang tidak mempunyai pagar dan pengawal keselamatan mengundang bahaya serta menjejaskan keselamatan penduduk kawasan tersebut.

Menurut salah seorang penduduk kawasan ini, Norizan Mansur, 49, yang bekerja sebagai pembantu perubatan kesihatan di hospital berdekatan memberitahu kepada Sinar Harian mengenai masalah kecurian yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Kereta saya dicuri pada 26 September lalu yang diletakkan di kawasan ini dan saya berasa sangat kecewa dengan kejadian tersebut.

“Ramai penduduk di kawasan ini membuat aduan kepada pihak pemaju mengenai masalah terbabit tetapi sehingga kini tiada maklum balas daripada pihak berkenaan.

“Saya pula, perlu membayar duit kereta walaupun kereta sudah dicuri dan ini memberi tekanan kepada saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ramai golongan muda yang bukan dari kawasan ini datang melepak sehingga lewat pagi dan ini menjejaskan keselamatan penduduk.

Sinar Harian juga dimaklumkan bahawa tidak ada rondaan polis dilakukan di kawasan tersebut walaupun terdapat balai polis tidak jauh dari kawasan taman ini.

“Saya juga risau akan keselamatan saya yang tinggal dengan seorang anak bekerja di Seremban,” katanya.

Selain itu, seorang penduduk yang bernama Mohd Akhir Mansor juga memberitahu dua buah motosikal hilang baru-baru ini serta rumah kediamannya juga pernah dimasuki pencuri.

Sehubungan dengan itu, penyewa yang dahulunya tinggal di kawasan ini juga berpindah ke kawasan lain setelah motosikalnya turut dicuri.

“Justeru itu, saya mewakili penduduk di kawasan ini berharap agar pihak bertanggungjawab dapat memberi kerjasama dengan mengupah pengawal keselamatan bagi memantau keselamatan penduduk di sini,” ujarnya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2061755.asp

10/14/08

Lebuh raya: Penduduk Tmn Margosa tuntut maklumat

Harian Metro 14 Okt 2008
SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa Paroi, dekat sini, mahu pihak terbabit dengan pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban yang melalui taman itu memberi penerangan jelas mengenai kedudukan projek berkenaan selepas lebih lapan bulan tiada perkembangan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata projek itu dikendalikan dua pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama.

Beliau berkata, sebelum ini pihak berkenaan bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan penduduk mengenai kedudukan laluan yang merentasi taman itu dan membabitkan beberapa perumahan penduduk, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan masih tidak diperoleh.

“Penduduk taman ini terutama kawasan kediaman mereka yang terbabit dengan laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang adakah kediaman mereka benar-benar terbabit atau laluan pembinaan itu dilencongkan daripada cadangan asal.

“Setakat ini kita tidak mendapat maklumat jelas mengenainya dan berharap pihak berkenaan dapat memaklumkan kepada kami bagi membolehkan kami memberi pandangan demi kepentingan dan kebaikan bersama,” katanya di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan pelan asal, beberapa kawasan akan terbabit dalam pembinaan projek itu di taman berkenaan antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman penduduk yang menyebabkan mereka membantah.

Zakaria berkata, beberapa perbincangan sudah dibuat sebelum ini tetapi kata putus belum diperoleh dan pihaknya berharap satu keputusan terbaik dicapai demi kepentingan penduduk.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081014091047/Article/index_html

10/13/08

Srikandi N.Sembilan kritikal di HUKM

Dari Blog http://tuneman.multiply.com Oct 9, '08 11:28 . Pagi ini saya mendapat kabar Shamsiah Fakeh telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HUKM. Generasi muda pastinya ramai yang tidak mengenali beliau. Buat mereka yang mengenali pasti ada yang beranggapan beliau seorang pejuang kemerdekaan dan tidak kurang juga yang melabelkan seorang pengkhianat dan pengganas. Biar apa pun tanggapan kita biarlah sejarah yang menentukan.

Shamsiah Fakeh wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini adalah satu nama yang sangat bermakna buat saya. Tok Utih dan Uwan Ulu adalah rakan seperguruan beliau yang masih hidup di kampung cuma agak uzur. Meraka adalah murid-murid terawal Maulana Lebai Maadah( http://maadah.blogdrive.com/archive/cm-02_cy-2006_m-02_d-22_y-2006_o-0.html ) . Uwan Ulu lah yang banyak bercerita kepada kami betapa perit dan susah hidup di zaman penjajah.

Uwan Ulu juga banyak bercerita tentang rakan-rakan seperguruannya. Pernah kami tanyakan tentang Shamsiah Fakeh ‘den tak sekuek dio’ katanya singkat. Jawapan yang memberikan seribu erti mungkin kerana seumur 16 tahun gadis sunti ini telah menggalas senjata berjuang di hutan berjuang bersama-sama ideologi mereka.

Hampir sepuluh tahun mereka berjuang meniupkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara terutamanya di Tanah Melayu dan Indonesia. Hanya meraka yang benar-benar ‘kuek’ sahaja mampu melakukan ini.

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”

Itulah kata-kata yang dipetik dari buku "Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Rejimen ke-10" terbitan pertamanya oleh Universiti kebangsaan Malaysia dan terbitan kedua oleh Strategic Information and Research Development Centre.

Mari lah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesejahteraan, kelonggaran dan cepat sembuh.

Sumber : http://tuneman.multiply.com/journal/item/330/Unsung_Heroes_uzur_di_HUKM

10/9/08

Banyaknya Blog N.Sembilan ni !

Banyak betul blogger di Negeri Sembilan ni. Ada yang bawa isu politik, masyarakat, wanita, Islam dan sebagainya. Baguslah begitu. Semoga semua blogger ini dapat berblog dengan sihat untuk memajukan lagi masyarakat dan negeri ini. Barulah ada persaingan untuk menjadi yang terbaik. Kalau penat nak tengok setiap blog , pergi saja ke Blog PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com , pada sebelah kolum kanan , ruang bawah akan dikemaskini secara otomatik setiap hari blog blog yang mempunyai isu terkini.

POLITIK N.SEMBILAN
PAS N.Sembilan http://pasnns.blogspot.com
PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com
PAS Johol http://joholhariini.blogspot.com
PAS Jelebu http://pasjelebu.blogspot.com
PAS Tampin http://pastampin.blogspot.com
PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com
PKR Kuala Pilah http://gerbangkeadilankp.blogspot.com
PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com
PR Juasseh http://jemapohku.blogspot.com
Pemuda PAS N.Sembilan http://dppn9.blogspot.com
Pemuda PAS Seremban http://pemudapasseremban.net
Pemuda PAS Jempol http://pemudapasjempol.blogspot.com
Media PR N.Sembilan http://prn9.blogspot.com
UMNO Paroi Jaya http://umnoparoijaya.blogspot.com


AKTIVIS MASYARAKAT N.SEMBILAN
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas http://telokkemang.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com
YB Hj Aminuddin http://aminuddinharun.blogspot.com
YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com
YB Khairy http://www.rembau.net
Zulkelfy Mohamad Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com
CheguBard http://chegubard.blogspot.com
Mohamad Rafie Ab Malek http://rafiemalek.blogspot.com
Ali Maidin http://sokongpr.blogspot.com
Dr Rosli Yaakop http://drrosliyaakop.blogspot.com
Wan Nordin http://wannordinwanyaacob.blogspot.com
Norwani Ahmat http://nurmutiara.blogspot.com
Anak Muda N.Sembilan http://amkns.blogspot.com
Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com
Saiful Bahari Jaaman http://orangklawang.blogspot.com
Mohd Nazree Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com
Dharmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com
Ust Abd Halim http://inijalanku.wordpress.com
Ampangan http://ampanganboulevard.blogspot.com
Cikgu Din http://tuklong-ns.blogspot.com
Dzull http://dzulhaqq.blogspot.com
Hamedon http://hamedon-wadanislam.blogspot.com
Atriza http://atriza.blogspot.com
Maarof Kassim http://maarofkassim.blogspot.com
Nisah Haron http://annyss.blogspot.com
Dr Thinagaraj http://dravidar.blogspot.com
Biduanda Gadong http://biduanda-gadong.blogspot.com
Kamal Affendi Hashim http://kamalfndhashim.blogspot.com
At Tibyan http://at-tibyan.blogspot.com
Zulfa http://2uzulfa.blogspot.com
Tampin http://tpnns.blogspot.com
Husaini http://sut07.blogspot.com
Alumni Gadong http://ulugadong.blogspot.com
Nisa Seremban http://nisaseremban.blogspot.com
Pro Khairy http://www.prokhairy.com
Pusat Khidmat Parlimen Rembau http://parrembau.blogspot.com
Juriyati http://juriyati.blogspot.com
Coweng http://cowenganakpilah.blogspot.com

10/8/08

Anak saudara ADUN Lenggeng langgar lari ?

Berikut kisah dari seorang Blogger yang mendakwa sepupunya meninggal dunia kerana di langgar oleh anak saudara ADUN Lenggeng dua hari sebelum raya.

Berikut kisahnya ‘……Ceritanya, lelaki yang memandu Harrier hitam baru itu sedang menelefon sambil memandu sehingga makan jalan arwah yang sedang menunggang motor. Orang kampung cerita, dagunya tersangkut pada cermin sisi kereta Harrier tersebut. Jadi dagunya hancur, tengkuk patah dan beberapa kecederaan teruk pada bahagian lain. 2 jam menanti polis untuk datang ke tempat kejadiaan. Mayat arwah hanya ditutup dengan surat khabar sementara menanti polis. ….Lelaki yang melanggar arwah lari dan meninggalkan keretanya di situ (kereta bapak dia) Dia takut akan dipukul oleh orang kampung. Dan yang sebenarnya, lelaki itu yang umurnya dalam lingkungan 20-an adalah anak saudara kepada Adun Lenggeng dan tidak mempunyai lesen memandu. Tidak beberapa lama, polis ke rumah lelaki tersebut bersama waran tangkap. Keesokkannya, keluarga lelaki yang melanggar arwah datang ke rumah dan memberi sumbangan RM1,000 dan meminta agar kes tidak di bawa ke mahkamah dan berjanji akan membayar RM300 sebulan kepada sepupu aku. Maaf, permintaan anda ditolak. Kami sekeluarga tetap mahu membawa kes ke mahkamah, tidak kira lah kau itu siapa. Arwah meninggalkan seorang anak perempuan yang berumur setahun lebih. Setelah lebih 10 tahun berkahwin, barulah mereka dikurniakan cahaya mata. Tak sempat nak lihat anaknya itu membesar di depan matanya. ……”

Cerita lanjut di http://susudalambotol.blogspot.com/2008/10/seminggu-yang-aman.html

Mantai Perdana , Kerajaan N.Sembilan mungkir janji ?

Jika tahun 2007 kerajaan Negeri Sembilan berbangga dengan rekod tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak sempena pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2007, di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Tahun 2008 pula kerajaan Negeri Sembilan sekali lagi cuba cipta nama , kali ini kerajaan negeri menganjurkan Hari Mantai Perdana pada 29 September 2008 di tapak bekas kem tentera di Paroi.

Seorang blogger Negeri Sembilan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada 29 September 2008 semasa Hari Mantai Perdana :

“ …………..Di sekitar Seremban dan mungkin juga sekitar Negeri Sembilan sudah dihebahkan mengenai Pesta Mantai yang akan diadakan di Tapak Kem Paroi pada Hari Isnin 29 September 2008. Kononnya beratur ekor lembu akan disembelih. Ini tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana Salmah sudah memesan daging dari awal. Walau bagaimana pun saya tetap pergi kesana untuk melihat keadaan dan untuk membeli apa yang patut dibeli.

Saya lihat beratus, mungkin beribu orang beratur untuk membeli daging lembu tetapi daging tak nampak. Saya cuma nampak satu kepala lembu sedangkan daging dan tulangnya sudah habis dijual.

Kemudian lalu sebuah lori Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang jelas kosong. Orang ramai pun bertanya kepada pemandunya "Mana daging?" Pemandu menjawab "Daging dah habis, yang tinggal hanya tulang". Kemudian saya lihat ramai orang yang berkumpul tadi bersurai. Ada seorang yang menjerit "Apo tak tulih daging dah habih di dopan tu?". Saya lihat beberapa VIP menunggu di khemah VIP. Mereka sebenarnya menunggu ketibaan Dato' Menteri Besar untuk merasmikan Pesta Mantai ini. Daging lembu dah habis, nak rasmikan apa lagi? …..” (Sumber http://maarofkassim.blogspot.com/2008/09/jangan-berjanji-jika-tak-ditepati.html )

Kenapa kerajaan Negeri Sembilan begitu mempromosikan program Hari Mantai Perdana ini ? Mana pergi daging yang dijanjikan ? Haruskah Badan Pencegah Rasuah menyiasat mana perginya daging-daging tersebut ?

Walau apapun , nasib baik tidak ada yang mati terpijak kerana berebutkan daging murah seperti di Indonesia mati kerana berebutkan sedekah. Bak kata Blogger tadi “JANGAN BERJANJI JIKA TAK DITEPATI”

Kisah bubur lambuk 2007 http://amkns.blogspot.com/2008/08/bubur-lambak-nsembilan-bantu-orang.html


Hari Mantai Perdana 29 September ini
SEREMBAN 15 Sept. - Kerajaan negeri akan menganjurkan Hari Mantai Perdana pada 29 September ini di tapak bekas kem tentera di Paroi dekat sini sebagai usaha tambahan membekalkan daging segar sempena kedatangan 1 Syawal. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=selatan&pg=ws_04.htm&arc=hive

N.Sembilan banyak projek gajah putih

Begitu banyak premis dan bangunan yang dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kini menjadi projek gajah putih. Yang pasti untung ialah kontraktor yang membuat projek tersebut , dan mereka yang mendapat komisyen daripada projek tersebut. Antaranya ialah Dewan Orang Ramai Kampung Pelangai di Kuala Pilah.

Gambar dan ulasan lanjut Dewan Orang Ramai Kampung Pelangai pada pautan berikut
http://jemapohku.blogspot.com/2008/10/apa-dah-jadi.html

Satu lagi projek gajah putih ialah Projek Gerai di Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut , Seremban , walaupun telah lama siap , namun tidak pernah beroperasi. Maklumat lanjut gerai Taman Tuanku Jaafar di http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/05/projek-gerai-di-taman-tuanku-jaafar.html

Apalah gunanya buat projek hanya menguntungkan kontraktor dan penerima komisyen. Apalah gunanya buat projek yang membanyakkan bangunan , kedai dan sebagainya tetapi tidak digunakan.

Rakyat perlukan kemudahan yang boleh digunakan , jalan , klinik , sekolah.

Kesian orang Rembau dah bertahun-tahun tidak ada hospital. Kalau ada kes berat kena pergi hospital di Seremban atau Tampin.

Kesian orang Jelebu , berjam-jam tunggu bas kerana mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang teruk.

Ini adalah sebahagian daripada projek gajah putih di Negeri Sembilan. Tidak termasuk lagi projek pasu besar di tengah pembahagi jalan Taman Tuanku Jaafar , yang kini sudah tiada. Tidak termasuk lagi projek gerai-gerai yang terbiar di kawasan lain.

Inilah pembangunan yang dicanang-canangkan selama ini. Membangunkan projek , tetapi tidak tahu hendak menguruskannya dan menyenggarakannya selepas dibangunkan.

Kawasan rehat Tampin mengecewakan



Utusan Malaysia 8 Okt 08

Kawasan R&R Tampin yang ditutup pada waktu siang mengecewakan para pengguna yang menggunakan laluan Tampin - Seremban yang ingin berehat di situ.- Gambar ABD RAZAK AID

--------------------------------------------------------------------------------

TAMPIN 7 Okt. - "Projek gajah putih seperti ini hanya menyebabkan ramai pengguna jalan raya berasa kecewa malah menyusahkan pemandu yang berehat di sini.''

Itulah luahan seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Rozaimi, 38, kerana kecewa dengan projek kawasan rehat di daerah ini yang didakwanya tidak dibuka pada siang hari.

Rozaimi yang sering menggunakan Jalan Tampin-Seremban berkata, kawasan rehat berkenaan hanya beroperasi pada waktu malam sedangkan ia selalu digunakan oleh pengguna jalan raya tanpa mengira waktu.

"Saya sering menggunakan jalan ini untuk urusan majikan di Muar. Setiap kali saya menggunakan laluan ini pastinya saya akan berehat di sini, namun apa yang mengecewakan, semua kedai yang ada di sini ditutup seolah-olah terbengkalai.

"Sunyi sangat tempat ini. Katakanlah jika ada kecemasan, apa yang akan berlaku," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Rozaimi berkata, tempat seperti itu bukan sahaja menyakitkan hati pengguna jalan raya yang ingin berehat seketika, malah hanya akan merosakkan pandangan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan terutama pada musim perayaan.

Katanya, tempat sunyi seperti itu juga mungkin disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti maksiat, penyalahgunaan dadah serta ponteng sekolah.

"Saya fikir adalah lebih baik jika kedai di sini dibuka pada siang hari, sekurang-kurangnya ia dapat memudahkan orang ramai singgah sebentar untuk berehat sambil menjamu selera.

"Jika kita lihat ada papan tanda untuk hentian rehat, biasanya kita berfikir kawasan itu mempunyai kedai makan. Tetapi apa yang dapat kita lihat hanya meja dan kerusi menjadi 'pelanggan tetap' tanpa peniaga di sini," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

10/6/08

Batu 6 - PAS Terengganu perlu lebih aktif

PAS Terengganu perlu lebih aktif untuk mempersoalkan Draf Rancangan Kawasan Khas (DRKK) Tepuh - Batu Enam 2015. Kepentingan dan pembelaan penduduk setempat haruslah diberi keutamaan. Alternatif projek pembangunan kawasan berkenaan haruslah dikemukakan untuk manafaat semua pihak.

Antara alternatif yang boleh diketengahkan ialah :

1. Pengambilan tanah milik penduduk hendaklah diminimakan.
2. Utamakan pengambilan tanah yang terbiar , terutamanya tanah sawah , tanah paya.
3. Elakkan pengambilan tanah yang sudah ada rumah , kedai , surau , masjid , sekolah dan bangunan yang diguna pakai.
4. Banyakkan pembangunan jejantas dan jejambat untuk meminimakan pengambilan tanah penduduk setempat.
5. Buat lencongan jalan pembangunan untuk mengelakkan pengambilan tanah penduduk setempat.
6. Penduduk yang diambil tanah atau rumah mereka hendaklah diberi alternatif samada dberikan tanah dan rumah dengan keluasan yang sama dan pada lokasi yang sama strategiknya atau pampasan wang ringgit yang setimpal ditaksikan menurut nilai 2015 , bukan nilai semasa.

Semua cadangan ini boleh dilakukan , jika semua penduduk di Terengganu bersatu padu mendesak draf pembangunan ini diubahsuai untuk kepentingan semua pihak , penduduk setempat , pengguna , rakyat dan kerajaan.

Artikel berkaitan :

DRKK: PAS sokong pembangunan
KUALA NERUS: PAS menyokong pembangunan yang dicadangkan dalam Draf Rancangan Kawasan Khas (DRKK) Tepuh - Batu Enam 2015, tetapi dalam masa yang sama beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan, terutamanya orang Melayu/Islam yang tinggal dalam kawasan berkenaan.

"Secara umum dan pada dasarnya kita menyokong draf yang dikemukakan itu yang bertujuan untuk membangunkan kawasan kita sesuai dengan perkembangan semasa," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mengkaji DRKK Tepuh - Batu Enam, Dr Alias Razak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Tunggal berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Bertindak di Pejabat PAS Kawasan Kuala Nerus di sini semalam.

Dr Alias berkata, PAS bersetuju untuk dibangunkan kawasan Pekan Batu Enam, tetapi membantah pengambilan kawasan masjid yang sedia ada. PAS juga membantah cadangan pembesaran kawasan tanah perkuburan Islam di Batu Enam yang melibatkan pengambilan balik tanah dan pemindahan beberapa rumah di kawasan itu. Lagipun sudah ada kawasan kubur yang selesa berhampiran kawasan itu.

"Cadangan pembinaan perumahan di kawasan ini juga yang dicadangkan dengan keluasan 20 X 70 patut diperbesarkan lagi kepada 20 X 80 untuk lebih keselesaan.

"Bagi kawasan Tepuh, kita bersetuju sebagaimana yang dicadangkan, cuma pihak kerajaan perlu mengkaji semula cadangan untuk lot perkedaian yang begitu banyak.

"Secara dasarnya kita mencadangkan supaya kawasan Batu Enam dijadikan pusat perniagaan, sementara Tepuh sebagai pusat industri kecil dan sederhana," ujar beliau.

Selain itu kata beliau, PAS juga mencadangkan supaya diwujudkan sebuah hospital dan balai bomba di kawasan antara Batu Enam dan Tepuh ini bagi menampung keperluan penduduk yang semakin padat di sebelah utara Kuala Terengganu.

Sumber : http://ibnugharib.blogspot.com/2008/09/drkk-pas-sokong-pembangunan.html


************************
Draf RKK Tepuh - Batu Enam – Penduduk setuju besarkan jalan, tak setuju ambil balik

Majoriti penduduk di tiga buah kampung yang terlibat dengan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tepuh-Batu Enam bersetuju dengan pembangunan dan pembesaran jalan tetapi menentang pengambilan balik tanah penempatannya
Melalui tinjauan yang dibuat, rata-rata penduduk Kampung Tuan Mandak, Kampung Bukit Lapan dan Kampung Banggol Tiang Bulat bersetuju serta menyokong rancangan kerajaan mengatasi masalah kesesakan lalulintas, pembinaan pasar baru serta
kawasan parkir yang selesa di Pekan Batu Enam.

Sebaliknya mereka tidak bersetuju jika kerajaan bercadang mahu mengambil balik keseluruhan tanah-tanah serta rumah kediaman bagi menjayakan rancangan RKK tersebut.

Alasannya, jika terlaksananya perancangan mengikut draf RKK yang dipamerkan itu penduduk bakal menjadi ‘pelarian’ di tanahair sendiri meski pun pampasan diberikan oleh kerajaan.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tepuh-Batu Enam yang sedang dipamer kepada umum sekarang adalah merangkumi kawasan seluas 97.67 hektar iaitu 241.35 ekar yang terletak di bahagian utara Bandar Kuala Terengganu.

Tiga kampung terlibat bagi kawasan Batu Enam meliputi keluasan 69.97 hektar iaitu 71.64 peratus dan terletak berhampiran Bulatan Batu Enam yang menghubungkan empat persimpangan daripada arah Kuala Terengganu, Gong Badak, Manir dan Kota Bharu.

Sehubungan itu, penduduk mengambil inisiatif awal membantah draf perancangan berkenaan dengan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Menangani Masalah Pengambilan-balik Tanah Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Batu Enam 2015.

Pengerusinya, Encik Harun Salleh, 56, (Gambar atas) dari Kampung Batu Enam berkata umumnya seluruh jawatankuasa dan penduduk di yang terlibat dengan pengambilan balik tanah menolak Draf Rancangan Kawasan Khas Batu Enam 2015.

Ini kerana, katanya mengikut draf rancangan tersebut tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan di Batu Enam yang terlibat dengan pengambilan balik tanah mereka.

“Umumnya, kami yang membentuk jawatankuasa bertindak mewakili seluruh penduduk di Batu Enam ini tidak bersetuju dengan pengambilan balik tanah rakyat tetapi bukan menentang pembangunan.

“Kami (penduduk) setuju kerajaan hendak besarkan jalan raya, buat pasar baru, sediakan tempat parkir yang selesa dan memajukan Pekan Batu Enam ini,” jelasnya.

Tetapi, menurutnya penduduk setempat tidak bersetuju dan menentang pembangunan yang boleh memudaratkan rakyat.

Katanya, jika draf RKK itu dilaksanakan penduduk asal di Batu Enam tidak mampu membeli serta memiliki bangunan-bangunan yang disediakan kerajaan.

“Kami (penduduk) tidak mahu jadi seperti ‘menang sorak kampung tergadai’ dan akhirnya bangsa lain yang menikmati hasilnya,” tegas beliau ketika ditemui selepas mesyuarat pertama menubuhkan jawatankuasa bertindaknya.

Katanya, rakyat menyokong kerajaan membangunkan Batu Enam tetapi biarlah membangun mengikut keadaan yang munasabah.

Menurutnya, bantahan akan dibuat mengikut keadaan semasa termasuk memungut tandatangan penduduk, borang bantahan serta memorandum kepada kerajaan negeri.

Mengikut perancanagan draf RKK (gambar kiri) berkenaan seramai lebih 1,200 penduduk di beberapa buah kampung di Batu Enam terlibat dengan pengambilan balik tanah serta rumah masing-masing.

Dimaklumkan, kerajaan negeri hanya menyediakan pampasan mengikut penilaian semasa tanpa penyediaan tanah-tanah penempatan baru penduduk terbabit.

Draf RKK Tepuh-Batu Enam telah dipamerkan selama seminggu di Batu Enam, dan berterusan sehingga pertengahan September di bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi membuka peluang kepada penduduk setempat serta rakyat yang bakal terlibat dengan pengambilan balik tanah-tanah penempatan mereka.

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1788&Itemid=27

10/3/08

Anwar saja ke yang layak jadi PM ?

Sekiranya Pakatan Rakyat atau bukan Barisan Nasional yang memerintah negara Malaysia ini , adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang sahaja kah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia ?

Untuk rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan , mana yang lebih utama ? Pakatan Rakyat menerajui negara atau DSAI sebagai Perdana Menteri ?

Sudah pasti yang utama ialah Pakatan Rakyat menerajui negara. Di kala Barisan Nasional mengenakan pelbagai cubaan untuk menyekat Pakatan Rakyat daripada melakukan perubahan pemerintahan negara , DSAI seharusnya mengubah strategi dan mempelbagaikan strategi sesuai dengan perkembangan politik semasa serta sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu.

Ketika ini seolah-olah hanya DSAI sahaja yang mampu melakukan perubahan. Apa akan terjadi sekiranya apa-apa berlaku pada diri DSAI , walaupun kita sentiasa mendoakan agar DSAI sentiasa selamat dan dilindungi agar dapat meneruskan agenda perubahan sehingga berjaya ?

DSAI sepatutnya sudah menanamkan keyakinan kepada rakyat , penyokong dan ahli Pakatan Rakyat bahawa sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin untuk meneruskan agenda perubahan. Malah Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber , professional dan berpengalaman untuk dilantik menjadi Perdana Menteri baik dari PKR , PAS , Bebas atau mungkin dari mereka yang akan melompat parti.

Oleh kerana seolah-olah sekarang penyokong dan penentang Pakatan Rakyat ditanamkan dalam minda mereka hanya DSAI yang layak jadi Perdana Menteri , maka pelbagai serangan peribadi telah dan akan ditujukan kepada DSAI.

Seperkara lagi selain daripada serangan peribadi terhadap DSAI ialah serangan sentimen perkauman antaranya sekiranya Pakatan Rakyat menerajui negara maka ahli parlimen Melayu akan kurang dalam Pakatan Rakyat, barisan kabinet Melayu akan kurang , Timbalan Perdana Menteri daripada bukan Melayu akan dilantik.

Isu ini seharusnya ditangani dengan bijak oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Satu formula kongsi kuasan haruslah diadakan untuk menangani isu ini. Adakah pembahagian jawatan kabinet dan jawatan Timbalan Menteri mengikut peratusan kaum sedia ada yang diamalkan Barisan Nasional , mengikut peratusan pengundi , mengikut peratusan kaum atau mengikut peratusan ahli parlimen dan seterusnya.

Selain dari itu kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat serta pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya menilai prestasi setiap wakil rakyat dan ahli Parlimen mereka sejauh mana menjalankan tanggungjawab mereka.

Ini akan menunjukkan keseriusan dan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia secara amnya.