Sila baca betul-betul artikel dibawah. Satu dari Berita Harian 27 Nov 08 dan satu lagi dari Tranungkite. Dua-duanya ada kaitan. Inilah masalah besar yang sedang berlaku dan akan menjadi lebih buruk di Malaysia yang tidak digembar gemburkan seperti isu Yoga, Babi, Papan Tanda Jalan. Pencuri besi buruk dah tak boleh curi besi buruk lagi sebab harga besi buruk merudum jatuh.
Pencuri getah sekerap dah tak boleh curi getah lagi kerana harga getah sekerap merudum jatuh. Harga kelapa sawit pun merudum jatuh. Kereta terpakai , kereta tarik pun semakin banyak.
Barangan dah tak boleh dicuri lagi untuk buat duit. Yang boleh dicuri tinggal duit dan emas dan mungkin barangan makanan. Pencuri akan bertambah. Skim cepat kaya dengan pelbagai kaedah baru akan bertambah. Kerana ini semua berkaitan duit.
Jadi sesiapa yang ada banyak duit dan emas tu , jangan simpan sahaja. Belanjakanlah untuk membantu peniaga tempatan, belanjakanlah untuk merancakkan ekonomi setempat. Banyakkan bersedekah kepada masjid , badan kebajikan , rumah amal , anak yatim , fakir miskin dan seterusnya. Ikut contoh Rasullullah saw , baginda wafat meninggalkan hanya Al Quran dan Hadith, bukannya simpanan wang dan emas.
http://amkns.blogspot.com****************************
Besi buruk tidak hilang lagi......
Oleh ning
"Kesan kejatuhan ekonomi nampaknya sudah mula menular ke seluruh negara. Ingatkan pekerja kilang di Negeri Sembilan dan Penang sahaja berdepan dengan pembuangan kerja tetapi rupa rupanya ianya dah mula merebak seperti api dalam sekam. Dari Johor, berita diterima bahawa komplek imigresen di Tambak Johor mula sepi kerana tiada lagi pekerja pekerja Malaysia yang berulang alik ke Singapore seperti biasanya.pekerja Malaysia di Singapore sudah diberhentikan.
Berita dari Gebeng, Kuantan juga menunjukkan perkara yang sama. Sudah ada pekerja kilang diberhentikan kerja dan kemungkinan ramai lagi akan menerima nasib yang sama.
Sementara itu,beberapa kilang kecil di Kemaman juga sudah mula mengambil langkah langkah kearah itu.Timbul suasana bimbang di kalangan pekerja pekerja mereka.Tioxide (M) Bhd, sebuah kilang yang agak stabil diberitakan sudah mula mengeluarkan amaran untuk shut down sambil Perwaja yang masih hidup nyawa nyawa ikan menerima kesan yang semakin besar berikutan kejatuhan harga besi.
Sebuah syarikat yang membeli dan membekal besi buruk diberitakan kerugian RM20 juta dalam masa tak sampai sebulan kerana kejatuhan teruk dalam harga besi buruk.Begitu juga seorang pengusaha bengkel kereta mengeloh kerana besi buruk dibengkelnya semakin bertimbun kerana tidak ada pembeli.
Berikutan kejatuhan harga yang cukup besar ini, aktiviti mencuri besi seperti penutup longkang,pintu pagar besi dan seumpamanya turut terhenti.Kini besi buruk boleh didapati bersepah kerana tiada lagi pencuri yang pernah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk taman taman perumahan.
Inilah tanda tanda awal kemusnahan besar besaran ekonomi negara.Di Kemaman, diberitakan juga satu tapak jualan penghabisan stok kereta terpakai dan kereta recond sudah disediakan lengkap dengan kain rentangnya.Penduduk Kemaman sedang menunggu tapak tersebut dipenuhi kereta terpakai dan recond yang diberitakan seperti getah skrap.
Pasaran semakin merundum dan syarikat syarikat besar yang terlibat dengan urusniaga yang besar sedang merasai kegawatan akibat kejatuhan teruk ekonomi dunia.Kesannya sudah mula dirasai dan mungkin akan menjadi lebih besar sehingga dijangkakan lebih besar dari kesan kejatuhan ekonomi pada tahu 1998.Mengikut satu kajian kesan kejatuhan ekonomi kali ini lebih teruk dari kesan kejatuhan ekonomi tahun 1920an dulu yang tercatat sebagai kesan kejatuhan paling teruk sehingga kini.
Rakyat Malaysia bersedialah untuk menghadapi banjir dan untuk berdepan dengan kemusnahan ekonomi yang dasyat."
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=1887850,000 pekerja Malaysia pulang 2009
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 rakyat Malaysia yang kini sedang bekerja di Singapura dijangka pulang ke tanah air pada awal tahun depan disebabkan krisis ekonomi global yang berupaya menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesuatu negara itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata beliau pasti setiap majikan akan mengurangkan pekerja ketika berhadapan krisis ekonomi itu dalam usaha mereka untuk menjimatkan kos operasi.
Chua berkata, ketika ini terdapat hampir 11 juta pekerja di negara ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 2.1 juta adalah pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor.
“Pekerja asing tanpa izin pula dianggarkan kira-kira 300,000 hingga 800,00 orang. Cuba anda bayangkan, kita ada lebih kurang 2.6 juta pekerja asing di Malaysia dan angka ini sudah melebihi masyarakat India di negara ini.
“Jika negara kita dibanjiri pekerja asing yang bekerja di semua sektor, bagaimana rakyat kita yang bekerja di luar negara mahu mendapat peluang pekerjaan apabila mereka terpaksa kembali ke sini disebabkan krisis global ekonomi,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan pada sidang media di Wisma MCA di sini, semalam.
Chua berkata, kadar pengangguran dikalangan rakyat tempatan akan meningkat sekiranya pekerja asing terus membanjiri negara ini.
“Saya percaya, sekiranya majikan tempatan turut berhadapan dengan situasi yang sama, mereka juga mahu mengurangkan pekerja... apa yang saya yakin jika mereka membuang pekerja, jangan berhentikan pekerja tempatan sebaliknya berhentikan pekerja asing.
“Mereka perlu utamakan pekerja tempatan kerana saya khuatir sekiranya berlaku pengurangan pekerja... majikan akan mengutamakan pekerja asing kerana kos mereka murah... ini tidak adil dan tidak wajar,” katanya.
Chua berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan menetapkan gaji minimum dalam beberapa sektor termasuk perladangan dan pembinaan bagi menarik minat pekerja tempatan.
“Kerajaan perlu segera berbuat demikian kerana kita tidak mahu rakyat menjadi penganggur di negara sendiri, manakala pekerja asing pula mempunyai pekerjaan. Kita tidak mahu langkah pengurangan tenaga asing menjadi kenyataan politik saja,” katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20081126233211/Article/index_html