CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/30/08

Laman web merendah MB N.Sembilan ?

Tak ada sesiapa ke yang nak buat laporan polis mengenai sebuah laman web yang tak pasti samada artikel yang ditulis betul , fitnah atau rekaan semata-mata mengenai kisah MB semasa proses perlantikan di http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2008/12/bila-malu-macam-tungku.html

12/29/08

Penulis Skrip Filem Raja Melewar Dipinggirkan

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti . Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

********************
Orang Negeri Sembilan ini berbangga dengan Adat Perpatih , tapi setakat bangga sahajalah. Tapi tak pernah nak ambil tahu pasal Adat Perpatih hinggakan penulis terkenal dari Negeri Sembilan yang banyak menulis mengenai Adat Perpatih pun mereka tidak kenal.

SINEMA MALAYSIA ‘HANTAM KEROMO’
TAK KENAL PENULIS MELAYU ATAU INDIA.

Entah macam mana tiba-tiba sahaja anak saya melayari laman web ‘sinema Malaysia’ semalam (3 Disember 2008), justeru terbaca bahan berkaitan filem ‘Raja Melewar’ yang diterbitkan pada dekad 1990-an. Lawan web berkenaan juga diposted tahun 1998 yakni sudah 10 tahun berlalu, dengan tak dibuat sebarang pembetulan. Penulis skrip filem “Raja Melewar’ memang tertulis nama ‘Dharmala N.S.’, tetapi bangsa disebut ‘India’.

Sumber : http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/12/jejak-pulang-sasterawan-memoir.html

ARTIS LEBIH PENTINGKAN GLAMOUR:
PENULIS SKRIP DI MALAYSIA TERPINGGIR
Filem ‘Raja Melewar’ yang diterbitkan oleh Filem Masters Sdn Bhd pada 1996 berdasarkan rekod laman web filem Malaysia, tak memberi kredit kepada penulis skripnya.

Tak tahulah dengan penerimaan masyarakat terhadap slogan kementerian kebudayaan (iaitu bagi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) yang diwar-warkan ‘budi bahasa budaya kita’ selama ini.

Bukan sahaja laman web Filem Malaysia tak tahu penulis skrip filem ‘Raja Melewar’, malah pelakon-pelakonnya tak pernah ambil tahu mengenai penulisnya. Apalagi pelakon utama yang diberi ganjaran RM30,000 adalah berdasarkan rekomendasi penulis skrip itu sendiri.

Sumber : http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/11/jejak-pulang-sasterawan-memoir_27.html

Begitulah Selasa lalu (16 Disember 2008), aktivis budaya di Pahang, L Mankadir Shamsi ketika ditemui di gerainya di pekan Lancang, secara sinikal menyebut, kalau Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) atau kerajaan Negeri Sembilan bermaruah, nama saya seharusnya dikeluarkan dari buku biografi penulis-penulis Negeri Sembilan.

Apabila saya sudah dipinggirkan, maknanya saya bukan lagi anak Negeri Sembilan (tetapi anak Melayu); saya juga tak dilahirkan di Negeri Sembilan (tetapi dilahirkan di Malaysia). PEN dan kerajaan Negeri Sembilan sewajarnya membuang nama saya daripada senarai penulis-penulis Negeri Sembilan dalam buku yang diterbitkan oleh PEN dengan sponsor kerajaan Negeri Sembilan.(NS dibelakang nama saya membawa maksud Ngarai Sianok – begitulah!).

Sumber : http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/12/jejak-pulang-sasterawan-memoir_19.html

12/28/08

Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu , Selamatkan Melayu

Selamatkan bangsa Melayu dari kehancuran , kehinaan , menjadi bangsa bangsat tanpa maruah harga diri. Ketahui DUA musuh utama orang Melayu yang menhancurkan bangsa Melayu di Malaysia sekarang ini di laman web PMBAJ di http://pmbaj.blogspot.com

12/27/08

Kesian Mufti Negeri Sembilan sering dianiaya

Kesian sungguh Mufi Negeri Sembilan, suara teguran beliau jarang kedengaran di media perdana. Beliau sering dianiaya. Tak apa , orang yang menganiaya alim ulamak , kepada ALLAH sahaja kita berserah. Sebelum ini Chegubard pernah menulis bagaimana Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri diambil alih pengurusannya

AYUH UMAT ISLAM YANG CINTAKAN ISLAM DI NEGERI SEMBILAN , MARI KITA BERZIKIR , BERMUNAJAT , BERSOLAT HAJAT MEMPERTAHANKAN ULAMAK-ULAMAK DI NEGERI SEMBILAN INI

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Ikuti kisah selanjutnya di http://chegubard.blogspot.com/2007/09/mb-ns-cuba-cengkam-mufti.html

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan didakwa tidak menghormati institusi keagamaan yang menjadi agama rasmi negara apabila cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri itu.

Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Muhamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak.

Tindakan Mohamad `mengarahkan’ Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibn almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan, Mohd Murtadza.

Ketegasan beliau sebagai mufti juga terpancar apabila `menyindir’ Norzam dengan berkata; pegawai kewangan negeri itu tidak dapat menjiwai perjuangan untuk mendaulatkan Islam kerana tidak memahami sejarah perjuangan dan pahit maung ulama silam khususnya yang berjuang dalam kerajaan dalam usaha mendaulatkan agama Islam di bumi Adat Perpatih.

Mufti N.Sembilan pun akan diberhentikan ?

Betul ke Mufti N.Sembilan akan diberhentikan ? Kenapa ? Angkara siapa ? Bila ? Bagaimana ? Adakah kerana masalah kegawatan ekonomi ? Ada tangan ghaib ? Ikuti kisah sepenuhnya di http://czackpy.blogspot.com/2008/12/benarkah-mufti-n.html

Di Seremban kini tersebar berita bahawa Tuan Mufti NS tidak akan di sambung khidmat bermula Januari 2009.

Sudah menjadi rahsia umum selama ini kita mendengar khabar akan Tok Mat berusaha untuk menggantikan mufti yang ada tetapi tidak mendapat restu Istana. Kita juga ingat setelah usaha menggantikan Timbalan Mufti Ust. Zaidi gagal kerana tidak mendapat perkenan istana serta pulang dari mengerjakan haji akan sedikit membuat Tok Mat mempunyai kesedaran yang tinggi di atas keperluan memiliki mereka yang benar-benar arif dan dapat menguruskan permasalahan agama di NS, tetapi rupanya tidak.

Akan berakhir ke era keluarga Tuan Haji Said yang lama memikul tugas Mufti di NS ini juga akan menimbulkan banyak persoalan.

Hati kecil masih berharap berita ini adalah khabar angin saje. Kalau lah benar hati kecil ini masih berharap bakal Mufti yang baru ini tidak seperti yang di tulis di atas .

12/25/08

Orang Asli N.Sembilan lagi bijak politik dari Umno

Saya menjadi Pengarah Pilihan Raya PAS Tampin dua kali iaitu pada PRU 2004 dan 2008. Antara tempat tumpuan kami berkempen ialah di Kampong Raja, berhampiran Felda Pasir Besar, Gemas. Majoriti penduduk di sini ialah orang Melayu yang berasal dari keturunan orang asli yang memeluk Islam.

Setiap kali pilihan raya, penduduk Kampong Raja akan menjemput Pas mengadakan ceramah di sini. Meriah sekali kempennya, cukup makan minumnya sekali. Tak payah pun kena sponsor macam di kawasan Melayu lain. Hebat kan.

Apa yang mereka dapat? Mereka tunjukkan sokongan kepada Pas untuk mengugut BN agar membuat jalan dan jambatan yang sempurna serta lampu jalan di dalam kampong mereka. Taktik mereka sentiasa berjaya. Tak payah pun tubuh cawangan Umno di sini. Undi Pas pun hebat juga di sini.

Cerita dan rahsia sebenar di link ini http://sokongpr.blogspot.com/2008/12/orang-asli-lagi-bijak-berpolitik.html

12/24/08

Bonus Peneroka getah gigit jari

Sinar Harian 24 Dis 08
SEREMBAN – Felda diminta mengkaji semula syarat setiap peneroka perlu melepasi sasaran hasil yang ditetapkan sebelum layak menerima bonus insentif produktiviti untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan peneroka.

Naib Pengerusi Warga Felda Prihatin, Arifin @ Rebin Birhan berkata, syarat yang ditetapkan itu pasti mengundang senyuman di kalangan peneroka sawit, sedangkan ramai peneroka getah hanya gigit jari kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Ini kerana, katanya, hasil keluaran getah berkait rapat dengan faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini berbanding sawit dan dipercayai menjadi punca peneroka terbabit tidak melepasi sasaran, biarpun terpaksa bekerja berhempas-pulas.

“Bagi saya, tidak adil sekiranya peneroka sawit saja yang menerima bonus. Kalau ikut respons Felda, ia berdasarkan sasaran hasil. Ertinya, kalau ikut sasaran, ia mesti merujuk kepada hasil tanaman sedangkan kedua-duanya berbeza.

“Dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, sudah pasti hasil getah merudum dan secara tidak langsung menjejaskan produktiviti mereka. Sedangkan peneroka getah perlu lebih kerap turun ke kebun berbanding sawit," katanya.

Beliau berkata, syarat sasaran yang ditetapkan itu mengguris hati peneroka getah seolah-olah mereka bekerja sambil lewa sehingga menyebabkan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain itu, katanya, ramai mengeluh kerana sukar mendapatkan hasil ditetapkan berikutan anak pokok getah yang diterima pada awal penanaman dikatakan tidak berkualiti.

“Mereka juga bimbang kemungkinan ada pihak menuduh peneroka getah menjual hasil kepada orang luar pula. Saya rasa, ini berat sebelah. Malah, ramai peneroka getah tertekan dengan masalah beban hutang dan harga getah turun," katanya ketika menghubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Sementara itu, Arifin berkata, beliau turut menerima maklum balas daripada peneroka getah di sekitar kawasan Palong, Jempol yang menerima kadar berubah-rubah antara RM900 hingga RM2000.

“Saya mendapat tahu, peneroka getah di Palong 1, 2 dan 3 dibayar penuh sebanyak RM2,000. Sementara di Palong 8 hingga 16 menerima kadar berbeza antara RM900 hingga langsung tidak menerima sebarang bayaran. Saya mahu supaya perkara ini diberi penjelasan segera," katanya.

Berikutan itu, Arifin menggesa kerajaan serta pengurusan Felda supaya mengambil perhatian terhadap masalah tersebut dengan menilai semula pemberian bonus ini dengan mengambil kira segala aspek untuk mengelakkan rungutan di kalangan peneroka getah.

“Sepatutnya bukan persoalan sasaran, tetapi yang penting ialah melihat secara terperinci jenis tanaman itu serta permasalahan yang mereka hadapi. Kalau sudah selesai, baru pemberian bonus itu boleh diambil kira," katanya.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story2279446.asp

12/23/08

Petisyen Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi

Adalah dengan ini PMBAJNS (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menandatangani petisyen secara online untuk menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis arak dan judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa ini bukan sahaja di kalangan orang dewasa bahkan ianya telah menular ke remaja sekolah rendah khususnya di Negeri Sembilan.

Petisyen ini ditujukan kepada semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab antaranya Pihak Berkuasa Tempatan , Majlis Perbandaran , Majlis Daerah , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan , Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Polis.

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS ARAK DAN JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

Sila klik pada pautan berikut untuk menyokong petisyen ini http://www.petitiononline.com/pmbajns/petition.html

12/22/08

PKR DUN Labu dedah pembalakan haram di N.Sembilan

PKR Dun Labu , N.Sembilan tidak ketinggalan dalam menyebarkan maklumat penting dan berguna kepada penduduk sekitar Dun Labu. Sebuah blog rasmi yang berbentuk online newsletter iaitu Buletin Labu telah diterbitkan oleh Unit Dun Labu. Buletin ini memaparkan isu semasa yang berlaku di sekitar Dun Labu.

Buletin ini diterbitkan setiap hari Khamis. Untuk melawat dan mendapatkan maklumat semasa berkenaan di Dun Labu, sila layari: http://buletinlabu.blogspot.com

Ikuti kisah Pembalak Haram ceroboh tanah hutan simpan Galla pada pautan berikut http://buletinlabu.blogspot.com/2008/12/pembalak-haram-ceroboh-tanah-hutan.html

Seiring dengan kepesatan dunia IT, sebuah blog rasmi ADUN Ampangan iaitu YB Rashid Latiff telah diwujudkan. Ia juga merupakan satu anjakan daripada YB Rashid untuk mendekati rakyat dan saluran penyampaian maklumat berkenaan usaha , sumbangan dan gerak kerja yang beliau jalankan di kawasan beliau.

Untuk melawat ruangan blog beliau, sila layari ke: http://rashidlatiff.blogspot.com
Segala informasi berkenaan dengan beliau ada dipaparkan di dalam blog ini.

Pautan berita ini dari laman web PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com/2008/12/blog-rasmi-adun-ampangan-buletin-labu.html

12/19/08

Gempar , banyak kilang akan tutup di N.Sembilan ?

Adakah banyak kilang akan ditutup di Negeri Sembilan kerana kegawatan ekonomi sekarang ? Beberapa ADUN Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah turun padang menyiasat perkara ini. Berita lanjut pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/12/warga-industri-di-senawang-semakin.html

12/17/08

Rayuan Sumbangan Permainan Terpakai

Sesiapa yang ada permainan anak-anak terpakai yang masih dalam keadaan elok dan tidak digunakan lagi bolehlah diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan dari keluarga yang susah.

KeADILan Rembau mengadakan Program PERMAINAN LAMA , SENYUMAN BERMAKNA untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan miskin.

Sumbangan permainan terpakai boleh dibungkus dalam kotak atau plastik dengan di labelkan "Sumbangan anak yatim/miskin keADILan Rembau" dan boleh dihantar di pusat pungutan berikut :

Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan, 433, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

Pusat Khidmat Rakyat keADILan Rembau, Taman Seri Rembau (atas mini Market Jalil), Rembau

Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya , Selangor

atau hubungi Azizi 012-3696474 (Seremban)

Mereka yang berkemampuan boleh juga menyumbangkan buku , peralatan sekolah , pakaian sekolah terpakai (yang masih elok) ataupun menyatakan kesanggupan untuk menaja yuran sekolah.

Maklumat lanjut di http://pkrn9.blogspot.com/2008/12/kempen-rayuan-bantu-mereka-kembali-ke.html dan http://chegubard.blogspot.com/2008/12/rayuan-kembali-ke-sekolah-permainan.html

Takbir Raya dalam Gereja di Selangor

Pada hari Selasa tanggal 9 Disember 2008 bersamaan 11 Zulhijjah 1429H, Grup Ibn Battutah bersama sahabat-sahabat dari Rumah Perlindungan Baitul Fiqah dan PEPIAS berpeluang hadir ke Batu Arang, Selangor meraikan penghuni HIV muslim di Rumah Perlindungan HIV sempena hari kedua Raya Qurban. Rumah Perlindungan HIV ini dikendalikan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Welcome Home Community. Pengurusnya adalah Father Alex seorang paderi.

Takbir Raya Di Gereja Rumah Putih

Kami teruskan agenda ke Gereja Rumah Putih juga di bawah pengurusan Welcome Home Community yang berhampiran dengan Rumah Perlindungan HIV. Gereja ini menempatkan pesakit HIV yang kritikal dan memerlukan rawatan rapi.

Di sini kami bertemu dengan pesakit HIV muslim seramai lima orang. Empat orang lagi ada yang balik ke kampung dan ke hospital untuk rawatan khas.

Itulah hakikat yang perlu kami terima, pengurusnya adalah Father Gomez. Kalau dilihat dari luar memang kelihatan sebuah gereja putih yang bertanda salib besar di pintu masuk utamanya. Jadi suasananya sudah pasti ada unsur-unsur Kristianisasi.

Pertemuan kami ringkas, dimulakan dengan Takbir raya dan diikuti oleh mereka selang seli. Memang syahdu tetapi lebih mengharukan adalah alunan takbir berbunyi indah yang biasa dialunkan di dalam masjid kini dibacakan bersama-sama di dalam sebuah gereja.

KURANGKAN BERCAKAP DAN MENGKRITIK , BANYAKKAN BEKERJA DAN BERAMAL

Kisah di lanjut di Blog GPTD http://gptd.blogspot.com/2008/12/takbir-raya-di-gereja-rumah-putih.html

12/16/08

Malam Budaya N.Sembilan sempena Maal Hijrah ?

Adakah ini program Sambutan Maal Hijrah peringkat N. Sembilan atau ada program lain ? ( Doa Akhir Tahun Hijrah : Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" )

Malam Budaya NS 28 Disember
Utusan Malaysia 16 Dis 2008

SEREMBAN Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) akan menganjurkan Malam Budaya Negeri Sembilan di Dataran Seremban dekat sini pada 28 Disember ini.

Presidennya, Khaidir Jamal berkata, program yang turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Seremban (MPS) itu menyasarkan penyertaan persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini.

Jelas beliau, matlamat utama program berkenaan adalah untuk memupuk semangat cintakan budaya tempatan di kalangan belia.

''Lebih istimewa lagi, beberapa persatuan belia dari Yaman akan hadir menyaksikan Malam Budaya Negeri Sembilan," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurut Khaidir, pihaknya turut menjemput kumpulan artis-artis budaya dari Sumatera Barat, Indonesia untuk membuat persembahan.

Beliau memberitahu, secara tidak langsung program itu membantu mempromosi kegiatan pelancongan di negeri ini.

''Saya dimaklumkan persatuan belia Yaman akan menghantar rencana dan gambar tentang lawatan mereka di sini kepada media cetak di negara mereka.

''Inisiatif itu akan membantu mempromosi destinasi pelancongan di negeri ini secara percuma kepada orang ramai di Yaman," jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khaidir berkata, seramai 20 wakil persatuan-persatuan belia di sekitar negeri ini terpilih untuk menghadiri Persidangan Belia Antarabangsa di Phnom Penh, Cambodia dijadual berlangsung pada awal tahun depan.

Beliau berharap wakil-wakil yang terpilih memanfaatkan sepenuhnya peluang menimba pengetahuan dan pengalaman serta memperluas pergaulan semasa menghadiri persidangan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm


DOA AWAL TAHUN Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". http://www.islam.gov.my/program/doamaalhijrah.html

12/15/08

Kalau macam ni susah polis nak cegah jenayah

Saranan Pihak Polis Antarabangsa, Interpol ialah 1: 250. - dimana satu orang anggota polis diperlukan untuk menjaga keselamatan 250 orang awam. Laporan di laman-laman web antarabangsa seperti PBB pula melaporkan bahawa Malaysia mempunyai nisbah 1: 295.

Akan tetapi di masa yang sama laporan dari Pengarah Jawatankuasa Pengurusan di Bukit Aman melaporkan bahawa nisbah polis kepada rakyat di bandar-bandar besar di Malaysia, bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi adalah jauh lebih tinggi. Contoh:
Subang Jaya, nisbah polis kepada rakyat ialah 1 : 10,870
Di Johor Bharu, Balai Polis Sentral Nisbahnya ialah 1: 9,254.
Di Kuantan Nisbahnya 1 : 8,000.
Di suatu daerah dalam kawasan Kuantan, Air Putih, nisbah 1:7,100

Kadar jenayah di Kuantan adalah antara yang tertingi di Malaysia dan kajian menunjukkan bahawa kompleks-kompleks membeli belah di Kuantan juga tersenarai sebagai tempat-tempat yang tidak begitu selamat bagi para pengunjung.

Nisbah bandar-bandar ibu negara lain
New York mempunyai 1 : 197 , London 1 : 285 , Berlin 1 : 124

Tuan Yang di-Pertua,
Bukankah terlalu ramai anggota Unit Simpanan Persekutuan FRU, digunakan untuk menjaga keselamatan ketika berlakunya demonstrasi aman – bila saja ada demonstrasi, tunjuk perasaan, walau aman bagaimana sekalipun terlalu ramai FRU dihantar ke tempat lokasi berkenaan.

Di Kuantan, dua hari lepas di dalam satu program dalam kawasan saya, di mana tujuh orang anggota Cawangan Khas dihantar untuk memantau program yang hanya dihadiri oleh 150 orang. 150 orang ini merupakan orang kurang upaya, ibu-ibu tunggal beserta orang-orang miskin sekitar Kuantan yang diberi anugerah Sijil Takaful berkelompok Khairat Kematian.

Artikel penuh di laman web Ahli Parlimen Kuantan
http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/05/12/bahas-titah-di-raja-saya-di-parlimen-petang-tadi/

Rujukan lain :
Here are the statistics from nationmaster:
Malaysia: 3.43936 per 1,000 people
http://nitawriter.wordpress.com/2007/08/20/poor-people-to-police-ratio/
http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime

Pelajar Sekolah Rendah Islam Kasta Bawahan

Umno perjuang Islam konon , akan tetapi hakikatnya pelajar sekolah rendah Islam dilayan seperti pelajar kasta bawahan atau pelajar darjat bawahan oleh Kementerian Pelajaran. Hidup Melayu , Hidup Melayu , Hidup Melayu.

Berita Harian 15 Dis 2008
Lepasan Sekolah Rendah Islam tidak diterima SMKA
SAYA mewakili pelajar Sekolah Rendah Islam di Kedah, terkilan dan kecewa dengan situasi yang berlaku kepada pelajar sekolah rendah Islam yang tidak dapat menyambung pelajaran ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Kedah.

Saya difahamkan peraturan ini ditetapkan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Kedah. Keadaan ini berterusan sejak 2006. Pelajar lepasan Sekolah Rendah Islam di negeri ini mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak dibenarkan membuat permohonan meneruskan pengajian di mana-mana empat SMKA di Kedah.

Sebelum 2006, pelajar aliran sama boleh memasuki SMKA seperti lepasan sekolah kebangsaan yang lain .

Sebagai makluman, pelajar cemerlang hanya dapat memasuki Sekolah Agama Negeri saja iaitu Maktab Mahmud yang hanya boleh menempatkan sebilangan pelajar. Pelajar mendapat 5A dalam UPSR tidak mempunyai pilihan lain untuk menyambung pelajaran dalam aliran agama khususnya SMKA.

Mereka mengikuti sukatan KBSR dan menduduki peperiksaan UPSR yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran sama seperti pelajar lain. Mengapa hak mereka dinafi dan berlaku diskriminasi.

Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya demi memartabatkan pendidikan Islam di Malaysia.

WARIS PRIHATIN,
Alor Star, Kedah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Surat/20081214223112/Article/index_html


Lagi Artikel bagaimana pelajar Sekolah Rendah Islam dilayan sebagai pelajar kelas bawahan oleh Kementerian Pelajaran di pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/08/pelajar-islam-ditindas-di-nsembilan.html
http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html

12/13/08

ADUN N.Sembilan dibuat macam bola oleh Majlis Perbandaran

Kesian ADUN Bukit Kepayang , YB Cha Kee Chin yang dibuat macam bola oleh Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Seremban. YB Cha membuat permohonan lampu jalan bagi pihak penduduk Kg Sebir. Tapi Majlis Perbandaran Nilai kata itu bukan kawasan mereka , itu kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Sedangkan papan tanda Kg Sebir ada cop Majlis Perbandaran Nilai.

Kalau ADUN pun dilayan macam bola , rakyat apa lagi.

Cerita bergambar sepenuhnya di http://dapcha.blogspot.com/2008/12/whose-territory.html

12/12/08

Najib tak pernah ke Jelebu tempat Rosmah sekolah

Kalau peneroka Felda memperoleh pendapatan bulanan yang mencecah angka lebih RM1,000 sebulan, kenapa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyebut kerajaan memberi subsidi RM200 sebulan kepada peneroka-peneroka. Sama ada Dato’ Seri Najib mahu memperlihatakn kerajaan bermurah hati atau UMNO sentiasa menunaikan janji menolong rakyat, janganlah cuba mengelirukan kenyataan yang boleh ditertawakan, kata seorang petani prolitar di Kampung Teriang, Jelebu, N. Sembilan,

……… Kata Zainal Maakir, memang Dato’ Mohd Najib tak pernah menjejakkan kaki ke Kampung Teriang, tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dibesarkan dan bersekolah di Kampung Teriang, Jelebu.

…….Petani-petani prolitar di Kampung Teriang yang meneroka tanah hutan Ulu Gepau di Sungai Legom, bukan sahaja berhadapan kemusnahan tanaman malah hutan persekitaran juga dihancurkan dengan projek takungan air, kononnya Negeri Sembilan kekurangan bekalan air.

……….Seterusnya Tok Busu meminta pengarang-pengarang dari Negeri Sembilan yang terhebat dengan menerima anugerah kerajaan tampil membela nasib petani-petani prolitar dan penduduk-penduduk Kampung Teriang. Tanah hutan di Ulu Gepau dan Japas akan dijadikan kawasan takungan air besar-besaran dengan pembabitan syarikat yang dilantik dan kerajaan negeri.

Cerita sepenuhnya di Blog Sasterawan Dharmala NS atau Pak Dharma http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2008/12/jejak-pulang-sasterawan-memoir_11.html

Bantuan Persekolahan Anak-Anak Tahanan ISA

Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besarnya masih bersekolah. Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.

Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa dicukupkan untuk menyara semua anak-anaknya. Suami beliau telah ditahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini.

Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak. Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan. Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.

Tidak lama lagi sekolah akan dibuka, GMI bagi pihak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan kepada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.

Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan pada Maybank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI. No hp Nashita 013-2096373 atau Pn Laila 012-6892608

Maklumat lanjut di http://lailagmi.blogspot.com/2008/12/bantuan-kewangan-persekolahan-anak.html

12/10/08

Banglo Dato Ishak Ismail Kena Lelong


Berita Harian , Isnin 8 Disember 2008 Bahagian BH1klassifieds R7 menyiarkan Notis Lelong 225 dimana menyatakan rumah banglo 2 tingkat di Bukit Baru , Melaka. Harga Rizab RM 600,000. Penghutang atau Defendan ialah Dato Haji Ishak bin Ismail (No KP 510717-05-5405) dan Plaintif ialah Dato Misran bin Sukadi (No KP 570815-05-6019)

Siapa Dato Ishak Ismail ini ? Adakah Dato Ishak bekas ADUN Lenggeng , N.Sembilan ?

Kalau nak tahu lebih lanjut sila periksa no KP dengan daftar SPR on line. Siapa pula Dato Misran ni ?
Sila klik pada keratan akhbar untuk imej jelas

12/9/08

Tragedi Bukit Antarabangsa , N.Sembilan menunggu masa

Tragedi tanah runtuh di Negeri Sembilan sekali lagi membuka mata semua pihak akan kerakusan sikap manusia membawa padah. Sekadar buka mata sahaja , lepas tu tidur balik. Melayu mudah lupalah katakan. Di Negeri Sembilan pun banyak projek tanah tinggi , tapi sebab belum berlaku tanah runtuh yang mengorbankan nyawa manusia maka belum lagilah ada pihak yang buka mata di Negeri Sembilan.

Nak tengok sebahagian penerokaan tanah tinggi di Negeri Sembilan , sila ke laman web Pengguna dan Alam Sekitar N.Sembilan di http://penggunaalamsekitarn9.blogspot.com

12/7/08

ADUN Umno N.Sembilan Tak Celik IT

Boleh dikatakan ADUN dan Ahli Parlimen Umno/BN di Negeri Sembilan ini tak celik IT. Tiada langsung Blog ADUN Umno di Negeri Sembilan ini , yang ada hanya Blog Ahli Parlimen Rembau. ADUN Umno di negeri ini hanya mengharapkan belas ehsan media untuk melaporkan perkembangan dan masalah rakyat di tempat mereka.

Berikut beberapa Blog ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan

http://telokkemang.blogspot.com Ahli Parlimen Telok Kemang - PKR
http://aminuddinharun.blogspot.com ADUN Sikamat - PKR
http://rashidlatiff.blogspot.com ADUN Ampangan - PKR
http://dunchuah.blogspot.com ADUN Chuah - PKR
http://mohdtaufek.blogspot.com ADUN Paroi - PAS
http://lokesiewfook.blogspot.com ADUN Lobak - DAP
http://dapcha.blogspot.com ADUN Bukit Kepayang - DAP
http://teokokseong.blogspot.com ADUN Bahau - DAP
http://wongmaymay.blogspot.com ADUN Mambau - DAP

12/5/08

Demonstrasi minta hentian bas

Sinar Harian 5 Dis 2008
LUKUT – Sebahagian penduduk di Taman Sri Aman mengambil keputusan mengadakan demonstrasi bagi menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan perhentian bas di taman berkenaan.

Difahamkan, penduduk taman berkenaan sudah beberapa kali menggesa PBT menyediakan perhentian bas untuk memudahkan mereka, namun ia dipandang sepi sehingga kini.

Ketiadaan infrastruktur itu menyebabkan penduduk yang menggunakan perkhidmatan awam menghadapi masalah, setiap kali ingin menaiki bas atau teksi untuk ke bandar Port Dickson.

Seorang penduduk, R Telagu, 37, mendakwa, perhentian bas penting kerana ramai penduduk di sini menggunakan bas dan teksi untuk ke bandar.

“Kami terpaksa menunggu dalam cuaca yang panas di tepi jalan dan terpaksa membawa payung. Malah keadaan bertambah buruk sekiranya terpaksa menunggu bas dalam keadaan hujan," katanya.

Seorang penduduk, Mark Liu, 35, pula memberitahu, situasi sekarang semakin membimbangkan, terutama kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah yang menunggu bas untuk ke sekolah.

“Kebanyakan anak kami bersekolah di bandar Port Dickson dan menggunakan bas untuk ke sekolah. Mereka terpaksa menunggu di tepi jalan tanpa tempat menunggu yang sempurna.

“Kadang-kala hujan lebat menyebabkan pelajar tidak dapat ke sekolah kerana tidak mempunyai tempat untuk berlindung,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tinsin yang ditemui memberitahu, masalah yang dihadapi penduduk itu akan diberi perhatian kerana ia turut membabitkan perihal keselamatan orang ramai.

Katanya, penduduk telah menghantar memorandum dan setelah menyiasat dakwaan mereka, terbukti rungutan mereka berasas.

:“Hampir 1,000 penduduk di taman ini memohon supaya diwujudkan kemudahan itu dan saya akan menghantar permohonan kepada PBT bagi menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya.

:Beliau turut memberitahu, permohonan kepada Kejuruteraan Majlis Perbandaran Port Dickson akan dibuat dalam tempoh terdekat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2222137.asp

12/4/08

Jangan beli rumah di Negeri Sembilan

Kalau macam ni caranya , nampaknya orang ramai akan tawar hati membeli rumah di N.Sembilan. Industri perumahan di N.Sembilan akan merudum. Kerajaan negeri pula tiada usaha bersungguh-sungguh menangani masalah perumahan terbengkalai sehingga N.Sembilan mencatat kedudukan kedua tertinggi projek perumahan terbengkalai di Malaysia. Kalau nak beli rumah di N.Sembilan, beli yang dah siap.

Beberapa kisah malang pembeli rumah terbengkalai di Negeri Sembilan di laman web http://terbengkalai.blogspot.com

Peratusan Projek Yang Masih Terbengkalai N.Sembilan adalah kedua tertinggi peratusannya iaitu 55%. Rujukan : http://amkns.blogspot.com/2008/11/nsembilan-ketiga-terbanyak-perumahan.html

*************************
Pemaju didakwa mungkir janji

Berita Harian 3 Dis 08
SEREMBAN: Seramai 105 pembeli rumah Fasa 3 Taman Tuanku Ja'afar, Senawang, dekat sini, kecewa kerana pemaju projek perumahan itu, Naga Sakti Sdn Bhd, didakwa mungkir janji apabila gagal menyiapkan rumah dibeli mengikut jadual.

Projek perumahan yang membabitkan rumah teres setingkat, separuh berkembar dan banglo berharga antara RM110,000 hingga RM200,000 itu sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun selepas menandatangani perjanjian jual beli pada 2005, tetapi projek itu bukan saja terbengkalai, malah tiada aktiviti pembinaan dilaksanakan di tapak itu kecuali dua unit rumah banglo contoh sudah diliputi semak.

Berikutan itu, pembeli hilang sabar kerana selain terpaksa menyewa rumah, mereka juga membayar ansuran bulanan dengan institusi kewangan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan sejak 2005 dan ada antara pembeli berkenaan sudah mengeluarkan belanja antara RM10,000 hingga RM45,000 tidak termasuk bayaran perjanjian jual beli dikenakan pemaju.

Jurucakap kumpulan pembeli rumah berkenaan, P Rajasegar, berkata dia sudah membelanjakan kira-kira RM45,000 untuk membayar ansuran rumah banglo yang dibeli di tapak projek itu tetapi sehingga kini bukan saja rumah yang diharapkan dapat diduduki, malah tiada struktur rumah dibangunkan di tapak berkenaan.

Menurutnya, pihaknya sudah beberapa kali bertanya kepada pemaju tetapi kakitangan syarikat itu memberikan pelbagai helah termasuk memberitahu pembinaan rumah itu dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat lain iaitu D2B Management Sdn Bhd (D2B) sedangkan perjanjian jual beli dibuat dengan Naga Sakti.

"Kami kecewa dengan tindakan pemaju yang cuba lepas tangan terhadap projek itu sedangkan ramai pembeli sudah mengeluarkan banyak wang. Pemaju memberikan alasan tidak munasabah termasuk kenaikan harga bahan binaan dan bahan api menyebabkan projek tergendala sedangkan kenaikan bahan berkenaan baru berlaku tahun ini.

"Pemaju terbabit juga cuba memaksa pembeli menandatangani perjanjian jual beli dengan skop pembinaan baru antaranya mengecilkan kawasan binaan rumah, selain dikenakan bayaran tambahan kira-kira RM10,000," katanya.

Husaini Hussain, 41, berkata pihaknya kesal dengan tindakan pemaju yang hanya meninggalkan tanah kosong tanpa melakukan sebarang pembinaan rumah sedangkan potongan bank kira-kira RM1,500 sebulan sudah dibuat sebaik menandatangani perjanjian jual beli.

Dia yang membeli rumah banglo bernilai RM200,000 kini terpaksa menyewa di Taman Senawang Jaya selepas rumah yang dijanjikan pemaju dan sepatutnya siap tahun lalu atau selewat-lewatnya awal tahun ini hanya tinggal harapan.

"Saya minta pihak berkuasa khususnya kerajaan negeri campur tangan kerana ia membabitkan kepentingan pembeli dan kami tidak sanggup lagi menanggung kerugian kerana terpaksa membayar ansuran bulanan bank dan menyewa kediaman lain," katanya.

Sementara itu, kumpulan pembeli berkenaan yang mengadakan pertemuan dengan kakitangan pemaju di pejabat Naga Sakti tidak jauh dari kawasan tapak projek perumahan itu, kelmarin bagaimanapun masih gagal menyelesaikan masalah itu apabila pemaju tidak memberikan jaminan untuk menyiapkan projek rumah berkenaan.

Sebaliknya, pemaju masih berdolak-dalik dengan mengatakan projek itu adalah tanggungjawab D2B selain meletakkan kesalahan kepada pembeli.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20081203101703/Article/index_html

12/3/08

Surau Taman Margosa Seremban akan dirobohkan ?

Kenapa perlu dirobohkan surau untuk pembinaan jalan ? Tidak bolehkah dilencongkan jalan supaya surau tidak dirobohkan ? Kalau kuil-kuil Hindu di Seremban tidak dirobohkan untuk pembinaan jalan hanya jalan yang dilencongkan , kenapa surau untuk umat Islam hendak dirobohkan ?

********************
Jalan pintas Lebuh Raya Kajang-Seremban diharap tak jejas penduduk

Berita Harian 2 Disember 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa di Paroi, dekat sini berharap pemaju projek Lebuh Raya Kajang-Seremban, laluan pintas menghubungkan bandar ini serta Kajang yang turut melalui taman itu supaya tidak mengabaikan kepentingan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata penduduk tidak menghalang pembangunan, tetapi kontraktor projek itu perlu mengambil kira kepentingan mereka.

Katanya, pemaju tidak boleh mengetepikan begitu saja pandangan jawatankuasa berkenaan yang mewakili suara penduduk, sebaliknya perlu berbincang bagi memastikan hak dan kepentingan orang ramai tidak terjejas dengan pelaksanaan projek terbabit.

"Tindakan kami untuk mendapatkan maklumat mengenai projek itu daripada pemaju bertujuan mengelak kekeliruan penduduk yang boleh menimbulkan masalah pada masa depan, tambahan pula sebelum ini pemaju bersetuju berkongsi maklumat, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan tidak peroleh.

"Rata-rata penduduk taman ini, terutama pemilik kediaman dalam laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang sama ada rumah mereka benar-benar terbabit atau laluan akan dilencongkan daripada cadangan asal. Itu saja maklumat yang kami perlukan," katanya.

Lebuh Raya Kajang-Seremban adalah lebuh raya berkembar tiga lorong dan terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pertama sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Kajang ke Pajam; seksyen dua dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5 km dan seksyen ketiga dari Setul ke Paroi sepanjang 11.6 km.

Pelaksanaan projek itu membabitkan tiga pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama dan IJM Sdn Bhd sebagai kontraktor kedua.

Zakaria berkata, berdasarkan pelan asal, beberapa struktur di taman perumahan itu terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman yang menyebabkan penduduk membantah projek itu.

"Selain itu, ada beberapa aspek teknikal yang menimbulkan kekeliruan, antaranya pembinaan sistem perparitan ke Sungai Paroi bagi mengelak taman perumahan ini terdedah kepada banjir seperti yang pernah dialami sebelum ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081202100413/Article/index_html