Berita Harian 23 Jan 2009
TAN Aik Teh menunjukkan limpahan najis ke dalam longkang yang mengganggu penduduk Taman Minang.
Kerja penutupan kolam di loji kumbahan lama sebabkan najis melimpah
PORT DICKSON: Kerja penutupan kolam di loji kumbahan lama yang menyebabkan najis melimpah menyeksa kehidupan kira-kira 1,000 penduduk dua taman perumahan di sini kerana terpaksa menghidu bau busuk sejak Rabu lalu.
Dua kolam itu yang merawat kumbahan untuk Taman Shah Bandar dan Taman Minang sejak hampir 20 tahun lalu, ditutup apabila loji kumbahan baru di Taman Perumahan Nesa siap.
Penduduk mendakwa, masalah itu berlaku akibat tindakan menimbus kolam dengan tanah yang diangkut menggunakan lori.
Seorang penduduk, Tan Aik Teh, 62, berkata beliau hairan kerana kolam najis itu hanya ditimbus dengan tanah yang sudah tentu menyebabkan najis di kolam itu melimpah.
"Apabila saya menegur perbuatan pekerja yang melakukan kerja sebegitu, mereka tidak peduli. Petang Rabu lalu, saya lihat limpahan najis berwarna hitam dan berbau busuk memasuki longkang dan kawasan tanah lapang yang hanya 10 meter dari rumah penduduk," katanya.
Suri rumah, S Kalaiselvi, 40, berkata limpahan najis ini menyebabkan beliau terpaksa menutup semua tingkap untuk mengatasi bau busuk, terutama waktu malam.
"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini demi keselesaan penduduk di sini," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Sabri Hassan, 45, pula memberitahu, kerja penutupan loji itu dilakukan sejak tahun lalu dengan mengeluarkan motor penyedut dalam kolam.
"Sepatutnya najis dari kolam itu disedut dan bukan dikambus dengan tanah, tetapi sejak kelmarin saya lihat limpahan najis dari kolam memasuki longkang di kawasan perumahan.
"Keadaan semakin teruk apabila hujan dan kehadiran nyamuk yang semakin banyak, terutama waktu malam," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, kesal dengan keadaan itu dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera kerana ia menyebabkan penduduk hidup menderita dan memberikan imej negatif kepada Port Dickson sebagai bandar bersih dan indah.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090123093408/Article/index_html

0 comments:
Post a Comment