1/13/09

EXCO N.Sembilan BERDOSA tak BOIKOT Israel

Ni apa cerita pula ni. Dato Nooh Gadut , Ulamak dari Johor kata haram kalau tak boikot produk Israel dan Amerika Syarikat, EXCO N.Sembilan ni kata jangan protes. Apa nak jadi EXCO N.Sembilan ni. Tak faham cakap ulamak. Orang bukan Islam nak terus makan di restoran makanan segera tak jadi masalah. Yang haram ialah untuk umat Islam.

Tak hairanlah kita kenapa Arab tidak bersatu menentang Israel, kerana terlalu banyak keraguan, tak nak dengar cakap ulamak., terlalu banyak kepentingan diri sendiri.

Rujukan saranan Dato Nooh Gadut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

***********************
Protes dengan cara terbaik: Abd Samad
Sinar Harian 13 Jan 2009
SEREMBAN - Tindakan memprotes peperangan di Gaza, memboikot barangan Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan hebat masyarakat tempatan, namun ia memberi impak kepada perdagangan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abd Samad Ibrahim berkata, pihaknya menyokong usaha memboikot barangan AS, namun hakikatnya negara masih bergantung kepadanya.

Kata beliau yang dihubungi Sinar Harian semalam, banyak lagi cara yang boleh dilakukan walaupun kecil kerana negara ini masih berada pada tahap negara membangun.

“Saya juga berasa marah dengan tindakan tentera Israel menyembelih dan membedil rakyat Palestin,” katanya.

Abd Samad berkata, langkah paling sesuai membantu Gaza ialah dengan mengadakan sidang khas gencatan senjata melibatkan semua pihak.

“Selain mengadakan solat Hajat, rundingan keamanan bersama semua pihak terlibat perlu diadakan bagi memastikan peperangan yang berat sebelah itu dapat diredakan.

“Jika memboikot restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dimiliki Perbadanan Johor, tentu sekali keluaran dalam negara kita akan jatuh. Semua yang bekerja dalam sektor itu pasti akan kehilangan pekerjaan,” katanya.

Abd Samad berkata, semestinya terdapat usaha lain boleh dilakukan bagi menghentikan tindakan Israel merampas tanah Palestin.

Peperangan yang terang-terang membunuh nyawa tidak berdosa di Gaza telah meragut lebih 850 nyawa dan lebih 4,000 cedera.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2336229.asp

0 comments: