Pengendali laman blog melahirkan rasa kecewa apabila saya tak menghuraikan secara spesifik ‘Perang Padri’ di Sumatera Tengah sekitar dekad 1830-an ketika membicarakan ‘Adat Perpatih’ menerusi slot ‘Helo Malaysia’ di TV Astro 502 (Bernama) malam Ahad (3 Januari 2009)
Memang ‘Perang Padri’ yang membabitkan Tuanku Imam Bonjol di Lubuk Sakaping merombak struktor ‘Adat Perpatih’ daripada rumusan ‘Adat bersendi alur dan patut’ kepada ‘Adat bersendi hukum; hukum bersendi kitabullah’ (atau di setengah tempat disebut ‘hukum bersendi syarak’).
Tuanku Imam Bonjol bersama rakan-rakannya Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai terperangkap dalam intrigue politik Belanda apabila dimusuhi oleh pemuka-pemuka adat di Minangkabau.
Disebabkan slot berkenaan dihadkan tempohnya satu jam yang disiarkan secara terus menerus, justeru tak banyak dapat saya huraikan bersama seorang lagi ahli panel Dato’ Seri Maharaja Haji Khalid Bonget, Tiang Balai Luak Ulu Muar.
Bukan sahaja huraian mengenai tragedi Tuanku Imam Bonjol tak sempat dirumuskan, malah pemasyhuran ke bawah DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 29 Disember 2008 menaiki takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sekadar disentuh sedikit sahaja.
Apalagi persepsi adat mahu dilihat berdasarkan akademik di pusat pengajian tinggi, bukan pemikiran intelektualisme ‘menghitung dari asa, mengeja dari alif’, akibatnya susah bertambah susah lagi disusahkan. Heh heh heh!
Ulasan PANAS mengenai ADAT PERPATIH di laman Blog PRIMA yang memperjuangkan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu di http://adimul.blogspot.com
HIDUP BAHASA MELAYU !
0 comments:
Post a Comment