1/21/09

JBA N.Sembilan lemah setelah dikorporatkan

JBANS gagal baiki paip pecah lebih 24 jam
Berita Harian 21 Jan 2009
UCAPAN syabas kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) kerana dikorporatkan mulai awal bulan ini. Harapan saya JBANS perlu lebih baik berbanding sebelum ini, namun kejadian paip pecah pada 17 Januari lalu menyebabkan saya berpendapat sebaliknya.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, paip bekalan air di Taman Senawang Jaya, Seremban pecah. Saya berharap penduduk taman sudah membuat aduan jadi saya tidak bertindak. Namun, paip masih belum dibaiki ketika saya ke taman itu sekali lagi.

Sebagai rakyat prihatin, kira-kira jam 8.30 malam saya menghubungi JBANS memaklumkan mengenai masalah berkenaan.

Petugas turut memaklumkan, mereka tidak menerima aduan daripada penduduk taman berkenaan mengenai paip berkenaan.

Keesokannya, saya ke taman berkenaan kira-kira jam 2 petang, alangkah terkejutnya saya apabila didapati paip tidak dibaiki dan air terbuang begitu saja.

Saya kecewa kerana JBANS sesudah dikorporatkan, masih lagi tidak peka terhadap pembaziran sumber air.

Bayangkan, air dibiarkan terbuang lebih 24 jam tanpa dimanfaatkan, siapa yang menanggung kerugian?

WARGA PRIHATIN,
Seremban,
Negeri Sembilan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090120234236/Article/index_html

0 comments: