Memeranjatkan apabila membaca pemberontak LTTE Sri Lanka mempunyai kapal selam yang dibuat sendiri. Malulah Malaysia kapal selam pun tak boleh buat , kena pula beli dengan harga yang berbillion ringgit. Buat kapal peronda pun tak siap-siap. Malaysia sebenarnya boleh buat jet, kapal selam dan lain-lain. Kita ada sumber dan kepakaran, tapi masalah utama ialah rasuah dan komisyen.

GAMBAR tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Sri Lanka semalam merakamkan askar-askar kerajaan memeriksa kapal selam jenis kraf yang dibina oleh pemberontak LTTE di sebuah perkampungan di Udayarkattu. - AFP
--------------------------------------------------------------------------------
Pemberontak LTTE bina kapal selam sendiri
COLOMBO 29 Jan. - Askar Sri Lanka hari ini menemui sebuah kapal selam yang dibina sendiri oleh pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di timur laut negara ini.
Askar menemui kapal selam itu semasa menjalankan operasi mencari anggota pemberontak LTTE di kampung Udayarkattu, menurut satu kenyataan tentera kerajaan.
Menurut kenyataan itu, askar kerajaan juga menemui tiga bot yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan berani mati ke atas kapal tentera laut.
"Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam," menurut kenyataan itu.
Tentera kerajaan dan LTTE kini terbabit dalam pertempuran sengit di timur laut negara ini, yang merupakan kubu kuat LTTE. - AFP
Utusan Malaysia 30 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm
0 comments:
Post a Comment