1/14/09

N.Sembilan tiada mufti, henti fitnah Sheikh Murtadza

Orang Negeri Sembilan sekarang ini tertanya-tanya adakah negeri ini mempunyai mufti sekarang ini ? Ada banyak versi cerita yang tersebar luas sekarang. Ada yang kata kontrak Dato Hj Murtadza Hj Ahmad telah berakhir Disember 2008. Ada yang kata mufti yang baru tidak sempat dilantik oleh Almarhum Tuanku Jaafar. Akibatnya Negeri Sembilan menjadi negeri yang tiada mufti.

Sejauh mana kesahihan berita ini , masih menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad dengar ceritanya tak habis-habis difitnah oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

Terbaru Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad difitnah kononnya jika anak murid beliau berjumpanya, anak muridnya akan mencium kakinya. ASTAGHFIRULLAH. Siapalah yang buat fitnah sebesar begini. Sedangkan kita sendiri apabila nak cium tangan Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad , beliau cuba mengelak. Kalau nak cium tangan pun tak diberinya, inikan pula nak cium kaki.

Kepada mereka yang membuat cerita fitnah ini, hentikanlah. Sebelum bala ALLAH melanda negeri ini.

Tak nampak ke , Negeri Sembilan sekarang ini dah berminggu-minggu tak hujan, kering. Dua hari lepas angin mula bertiup begitu kencang hingga sekarang. Awan ada dilangit, tapi seolah-olah merajuk tak mahu turunkan hujan. Sedangkan di Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu baru-baru ini banjir.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ALLAH lindungi negeri ini dari mereka yang berbuat kejahatan.

Kepada mereka yang bersifat hasad dengki tadi, bertaubatlah , sementara pintu taubat masih terbuka.

0 comments: