Nampaknya Bahasa Inggeris sekarang ni dah tak “standard”. Tengok saja Amerika Syarikat, ekonomi mereka jatuh teruk, perang tak habis-habis. Tengok Britain pun dua kalu lima. Malulah Malaysia ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, bahasa yang menuju kehancuran.
Kalau nak ajar Sains dan Matematik ikut negara yang maju , baik ajar Matematik dalam Bahasa Turki dan ajar Sains dalam Bahasa Parsi.
Apa ke tidaknya , Perdana Menteri Turki boleh marah Presiden Israel dalam forum terbuka dalam Bahasa Turki.
Terbaru Iran pula dah lancarkan satelit mereka sendiri , menggunakan roket mereka sendiri. Yang lebih menakjubkan diwaktu kegawatan ekonomi dunia , dikala industri otomotif sedang merudum, Iran boleh tambah lagi permintaan import kereta Proton.
Atau pun nak ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Tamil ? Sebab LTTE boleh buat kapal selam.
Yakinlah dengan Bahasa Melayu untuk maju. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa antarabangsa.
Hidup Bahasa Melayu ! Hapuskan PPSMI !
**********************************

DUA juruteknik melihat sebuah roket sebelum pelancarannya ke orbit, di sebuah lokasi di Iran.
-----------------------------------------------------------
Iran lancar satelit
KOSMO 4 Feb 2009
TEHERAN - Kerajaan Iran semalam mendakwa berjaya melancarkan satelit pertama buatan tempatan ke orbit, satu langkah yang dijangka mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.
Menurut beberapa agensi berita, sebuah roket buatan tempatan, Safir 2 membawa satelit itu ke orbit pada malam kelmarin.
"Wahai warga Iran, anak-anak kita telah berjaya melancarkan sebuah satelit ke orbit.
"Dengan pelancaran satelit ini, Republik Islam Iran secara rasminya berada di angkasa," kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad menerusi televisyen.
Mahmoud berkata, satelit itu membawa makna keamanan dan persaudaraan kepada dunia selain menghapuskan tanggapan bahawa program angkasanya untuk kegunaan ketenteraan.
"Dunia menolak kata-kata lapuk itu. Kita mempunyai pandangan tentang teknologi yang hebat dari Tuhan berbeza dengan kuasa-kuasa berpengaruh dunia yang menggunakan pendapat-pendapat syaitan," katanya.
Beliau memberitahu bahawa satelit itu dibina oleh saintis-saintis tempatan.
Pelancaran itu dilakukan sehari sebelum diplomat-diplomat kanan dari enam buah kuasa besar dunia bertemu di Jerman bagi membincangkan program nuklear Iran. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

0 comments:
Post a Comment