2/3/09

Mohamad Hasan hina ulamak besar N.Sembilan

Apa yang Mohamad Hasan tak puas hati sangat dengan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad bekas Mufti Negeri Sembilan sehinggakan dia sanggup mengatakan perlu individu baru dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan ? Mohamad Hasan juga mengatakan individu baru ini perlu ada faktor kredibiliti yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

Apakah Dato Hj Mohd Murtadza tidak ada kredibiliti dan tidak faham dan mahir mengenai selok-belok agama ?

Semoga ALLAH mededahkan kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan ini siapa dalang-dalang yang menjatuhkan ulamak besar Negeri Sembilan. Semoga ALLAH memberi balasan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menjatuhkan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad.

Lihat sendiri kredibiliti Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com

***************************

Petikan Utusan Malaysia 31 Jan 2009

Ditanya mengapa kontrak perkhidmatan Mohd. Murtadza (Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad sebagai Mufti Negeri Sembilan) tidak disambung, beliau berkata, adalah perlu individu baru dilantik ke jawatan tersebut.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan melihat faktor kredibiliti sebagai individu yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

Pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

0 comments: