2/1/09

Nak tahu punca masjid mati dan tiada Mufti di N.Sembilan


Nak tahu punca banyak masjid di Negeri Sembilan mati ? Berikut ialah sebahagian daripada wawancara Dato Hj Mohd Murtadza , bekas Mufti Negeri Sembilan dalam Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009. Kepada mereka yang menjadi NAZIR, AWAK TANGGUNGLAH DOSA MASJID YANG MATI !!! KEPADA YANG MENGANIAYA BEKAS MUFTI DATO HJ MOHD MURTADZA , YA ALLAH BERIKANLAH MEREKA BALASAN YANG SETIMPAL DI DUNIA, AMIN , YA RABBAL ALAMIN.


MM : Mengenai dengan anggota jawatankuasa masjid, adakah Dato bersetuju anggota perlu dipilih oleh masyarakat qariah berbanding dengan cara sekarang yang melibatkan AHLI POLITIK dalam memilih siapa yang layak untuk menduduki jawatankuasa itu ?

Dato Murtadza : Saya berpendapat anggota jawatankuasa masjid mestilah dipilih oleh orang ramai. Pilih orang yang memang layak untuk dipilih. Ada ilmu dan mudah untuk didekati. Bila parti politik yang pilih ahli jawatankuasa masjid maka politiklah masjid-masjid.

MM : Sekarang ini kita ada hampir 20 orang dilantik sebagai ahli jawatankuasa masjid. Sayangnya, yang datang berjemaah di masjid hanya seramai sepuluh orang. KADANG-KADANG NAZIR MASJID pun ada yang tak datang. Jadi macam mana ?

Dato Murtadza : Di Negeri Sembilan, pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana pemilihan dibuat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini. Kata parti A ambil ahli jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain. Bila YB pilih ahli jawatankuasa daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Untuk wawancara penuh sila ke Laman Blog Dato’ Hj Mohd Murtadza di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/

0 comments: