2/24/09

PPSMI mirip Malayan Union musuh No 1 negara

PPSMI MIRIP ‘MALAYAN UNION’
UNTUK KUBURKAN BAHASA MELAYU ( dari laman web PRIMA http://adimul.blogspot.com )

(Kenyataan media pimpinan PRIMA, Pak Dharma di Kuala Lumpur, 23 Februari 2009 menyokong Gerakan Mansuh PPSMI, bagi menggerakkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ orang umat Melayu di hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009, sebagai manifestasi bangsa Melayu yang tergugat bahasanya, kerana kebobrokan dasar pelajaran, kepongahan pimpinan negara dan keberantakan pemikiran penjenayah budaya.)

Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) memberi sokongan kepada Gerakan Mansuh PPSMI (GMPPSMI) pimpinan Dato’ Dr Hassan Ahmad yang menggerakkan suara rakyat dalam ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara 7 Mac 2009 ini. Malah PRIMA sudah menghubungi Dato’ Dr Hassan dengan memberi jaminan akan turut serta dalam perhimpunan tersebut, di samping bersetuju menggerakkan 100 orang pencinta Bahasa Melayu menyertai ‘Perhimpunan 100 Ribu’. Memang PRIMA prihatin dengan isu PPSMI yang mirip kepada gagasan ‘Malayan Union’, justeru harus ditentang sebagai musuh nombor satu negara.

Hari ini (23 Februari 2009) PRIMA menghubungi Dato’ Dr Hassan, di samping berasa kagum dengan kesungguhan beliau tak berkompromi dalam isu PPSMI. Memang secara berterusan PRIMA menganggap mereka yang menyokong PPSMI adalah penjenayah budaya yang tak boleh dimaafkan, berikutan memperdaya ibu bapa pelajar-pelajar Melayu. PPSMI bukan sekadar dua mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris, sebaliknya merangkumi semua mata pelajaran yang berkaitan dengan Sains dan Matematik. Bahasa Melayu tak seharusnya menjadi mangsa dasar yang sudah membunuh ‘tulisan Jawi’ malah turut mengkuburkan akhbar ‘Utusan Melayu’.

HIDUP BAHASA MELAYU !


Temui Pak Dharma Sabtu 28 Feb jam 9 malam di Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban dalam Forum Isu PPSMI. Untuk Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

0 comments: