Agak-agaknya lahkan, calon Ketua Pemuda Umno tu merangkap Ahli Parlimen Rembau nak tak berdemonstrasi membela rakyat Negeri Sembilan ? Poorah ! Tunjuk lagak isu Perak, tapi rakyat negeri sendiri sebelah mata pun tak pandang.
********************************
Kenyataan Akhbar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Margosa , Seremban
Merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lekas Sdn. Bhd. di dalam akhbar Berita Harian serta akhbar Sinar Harian pada 12 Febuari 2009 saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuh Raya Lekas yang melalui jajaran cadangan Taman Bukit Margosa menafikan bahawa kerja penutupan dan pembinaan akan bermula pada 16 Februari 2009 kerana penduduk belum lagi memberikan sebarang persetujuan dan kebenaran.
Ianya termaktub di dalam minit pada 19 November 2009 di bawah perkara 1.2.1, perkara 1.2.2 dan perkara 2.4
Selaras dengan persetujuan yang dicapai iaitu bahawa pihak penduduk akan menerima atau menolak jajaran ini selepas menerima dokumen yang dipohon dari pihak LLM bagi kajian peguam dan jurutera lantikan kami.
Sehingga hari ini kita hanya menerima 2 dokumen sahaja yang menyebabkan kajian tidak dapat dibuat seterusnya tiada sebarang persetujuan diberi.
Oleh itu tidak timbul kerja akan bermula pada 16 Februari 2009 seperti dakwa beliau. Sekiranya diterus juga ianya adalah kerja haram yang melanggar peraturan dan undang-undang.
Oleh itu saya menyeru kepada semua penduduk bersabar dan pihak AJK telah pun menyerahkan kepada peguam dan surat makluman telah dihantar kepada semua terbabit termasuk kepada Y.B. Dato’ Menteri Besar dan polis.
Dan pada 16 Februari 2009 kita akan berkumpul secara aman bersama peguam kita bagi melahirkan bantahan kita dan teruskan munajat kita kepada Allah agar diturunkan bala kepada mereka yang bertindak zalim atas kita
Zakaria bin Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Taman Bukit Margosa
12hb Feb 2009
0 comments:
Post a Comment