Hebat sungguh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Tak hairanlah ada cadangan Almarhum P Ramlee dianugerahkan Tun pula. Sidang DUN Perak bawah pokok persis apa yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee ‘Laksamana Do Re Mi’, takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.
Nak tahu lebih lanjut ulasan cerita P Ramlee ini dan kaitannya dengan Sidang DUN Bawah Pokok di Perak sila klik ke laman PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/03/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_03.html#links
( Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majority rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: MESYUARAT BAWAH POKOK TINGGALLAH DI BAWAH POKOK’. Menteri Fasola tak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah. )
HIDUP BAHASA MELAYU !
JANGAN LUPA SABTU 7 MAC 2009 JAM 2 PTG DEPAN ISTANA NEGARA , K.L. UNTUK MEMBANTAH PPSMI
0 comments:
Post a Comment