HAIWAN BERBANGGA DENGAN BAHASA:
MELAYU HILANG BAHASA KERANA PPSMI
(Sedutan teks ucapan Ketua Pimpinan PRIMA, Pak Dharma dalam forum ‘Menentang PPSMI’ pada 28 Februari 2009, mulai jam 9.00 malam di Sekolah Agama Rakyat (SARA) Gedong Lalang, Ampangan di Seremban anjuran TERAS dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan)
Segelintir Melayu yang menjadi pendukung Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah Melayu Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang bersedia untuk ‘dijual’ menerusi sistem undang-undang Siddiq Sigaraga, ketika Tuan Penasihat meraih keuntungan 25 persen. Disebabkan menjual Melayu Abdul Wahab dan Abdul Wahib lebih menguntungkan daripada ‘berniaga unta’ yang diwarisi oleh Hussin Lempoyang, justeru orang Melayu memerlukan Melayu Abdul Wahub tampil menyelamatkan keluarga Melayu Isketambola daripada undang-undang Siddiq Sigaraga yang mempraktikkan kekuasaan Dato’ Nikah Kahwin.
Dato’ Nikah Kahwin yang mengakui kepada isteri orang yang diceroboh rumahnya ketika si suaminya keluar dengan memberitahu: Salah tu memang salah, tetapi itu undang-undang dato’ yang bikin. Justeru tak hairanlah Dato’ Nikah Kahwin itu wajar dilabelkan sebagai ‘Musang Berjanggut’ mengikut persepsi Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee. Apalagi sejak dekad 1950-an lagi menerusi filemnya ‘Pendekar Bujang Lapok’ secara kritis menerapkan ‘Sekolah Buta Huruf’ sambil salah seorang daripada karektor menyebut: Alif tendang mim, nun tendang wau – sarkas’. Maknanya, wajarlah ‘alim mim nun wau’ itu sarkas dan ditakrif sebagai ‘Sekolah Buta Huruf’.
Justeru pelaksanaan PPSMI ini akan meletakkan Bahasa Melayu menjadi bahasa sisipan seperti keperihalan akhbar tulisan jawi sekadar menjadi akhbar sisipan, ketika akhbar Cina dan Tamil mampu bertahan. 1000 tahun dari sekarang pada 3009, generasi Melayu ketika itu tak akan menyalahkan UMNO, PAS atau PKR apabila mereka tak memiliki bahasanya, tetapi menyalahkan generasi Melayu sekarang sebagai nenek moyang mereka yang bahlul, tolol dan konyol! Dalam masa haiwan seperti lembu, kerbau, kambing berbangga dengan bahasa haiwannya, Melayu kehilangan bahasa disebabkan PPSMI yang bangsat.
Dari laman web PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/03/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r.html
Klip video Pendekar Bujang Lapok mengenai sarkas pada pautan berikut http://www.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM
http://www.youtube.com/watch?v=DHBhrOPlTEQ
0 comments:
Post a Comment