Hairan bin ajaib. Seluruh N.Sembilan tidak ada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sejak 31 Disember 2008. Pengerusi dan Setiausaha hanya baru dilantik pada 1 Mei 2009. Tapi sekarang kerajaan negeri nak bayar elaun tertunggak RM 1 juta dari 1 Jan 2009 ke 30 April 2009. Nak bayar kepada siapa kalau pada tempoh tersebut tiada siapa yang dilantik ? Jangan nanti ada pula “hantu-hantu” yang dapat RM 1 juta tersebut.
Macamana pula dengan Elaun Mufti Negeri Sembilan dari 1 Januari 2009 hingga 31 Mac 2009, berapa tunggakannya , nak bayar pada siapa ? Nak bayar pada bekas Mufti, Mufti baru, Timbalan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau siapa ?
SPRM ! SPRM ! SPRM ! Tolong siasat !
**************************************
Hampir RM1 juta jelas elaun tertunggak JKKK
Utusan Malaysia 30 April 2009
SEREMBAN 29 April - Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membayar elaun bulanan tertunggak kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bayaran itu bagi melangsaikan elaun yang tertunggak dari awal tahun ini sehingga bulan April bagi penyandang jawatan Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang dilantik baru-baru ini.
''Jumlah tersebut meliputi bayaran elaun bulanan sebanyak RM450 bagi jawatan Pengerusi dan RM100 kepada Setiausaha JKKK di setiap kawasan bagi tempoh empat bulan yang tertunggak itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Jelasnya, bayaran tersebut akan dibuat secara terus kepada para pemegang jawatan yang baru dilantik dan menerima watikah pelantikan yang berkuatkuasa 1 Mei ini.
''Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar semua elaun yang tertunggak ekoran tamat tempoh perkhidmatan anggota JKKK lama yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu," kata beliau.
Baru-baru ini, seramai 557 pengerusi dan anggota JKKK dilantik oleh kerajaan negeri selepas mengenalpasti calon-calon yang layak serta berjaya melepasi saringan pemilihan bagi menyandang jawatan JKKK di negeri ini.
Mohamad memberitahu, sebelum ini berlaku kelewatan dalam meluluskan kesemua nama calon JKKK kerana wujud faktor pemilihan calon yang benar-benar layak untuk menerajui jawatan tersebut.
Tambah beliau, calon-calon yang dilantik itu akan memegang jawatan tersebut selama tempoh dua tahun yang berkuatkuasa mulai 1 Mei ini hingga 30 April 2011 atau sehingga sebarang pelantikan baru diputuskan kerajaan negeri dalam tempoh berkenaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0402&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm&arc=hive
0 comments:
Post a Comment