4/2/09

Mohd. Yusuf dilantik Mufti baru NS

Utusan Malaysia 2 April 2009

SEREMBAN 1 April - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melantik Datuk Mohd. Yusuf Ahmad, 64, sebagai Mufti Kerajaan negeri yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd. Yusuf itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan setelah Mufti kerajaan negeri sebelum ini, Datuk Mohd. Murtadza Ahmad, tamat tempoh kontrak pada 31 Disember tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, Mohd. Yusuf dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol dilahirkan pada 7 Februari 1945.

Menurutnya, lulusan Sarjana Perundangan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir itu berpengalaman dalam bidang pendidikan serta pentadbiran agama Islam.

"Beliau pernah bertugas sebagai Pengetua Institut Perguruan Islam (IPI)," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Selepas bersara pada 2000, Mohd. Yusof, meneruskan kegiatan dalam bidang dakwah Islamiah dan kemasyarakatan.

Tambah Mat Ali, kini beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

Mohd. Yusof mendirikan rumah tangga bersama Datin Pahariah Jamaludin dan dikurniakan enam orang anak.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

0 comments: