4/27/09

Perlakuan sumbang remaja Melayu di Taman Bandar Senawang

Akibat bosan dengan sikap kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan iaitu Menteri Besar sendiri yang tidak ambil serius masalah pergaulan bebas remaja Islam, pengunjung Islam di kedai judi yang tiada tangkapan, kekurangan Pegawai Pencegah Maksiat dan macam-macam lagi kelemahan penguatkuasaan Majlis Agama Islam dibawah Menteri Besar Negeri Sembilan, seorang penduduk di Senawang telah mengambil inisiatif untuk mengambil gambar beberapa perlakuan sumbang remaja Melayu di Senawang.

Identiti pengirim maklumat ini dirahsiakan.

Berikut e-mel yang diterima :
“Gambar ini saya ambil petang semalam (Ahad, 26 Apr 2009, jam 7 mlm) di tempat taman kanak kanak D'Elise 2 Taman Bandar Senawang. Pasangan remaja Melayu ini langsung tidak menghirau atau menghormati orang orang lain yang ada ditaman berkenaan diwaktu itu. Mereka leka dengan pelokan dan kucupan. Kejadian sebegini bukan pertama kali ditempat itu. Mereka beranggapan seolah olah tiada sebarang kepincangan dengan perlakuan mereka. Kita orang Islam, dan Melayu mesti mematuhi batasan pergaulan serta perlakuan kita dikhalayak ramai. Ianya juga akan menjadi ikutan anak anak kecil yang menontonnya. Apakah kita mahu akhlak jenerasi muda kita seterusnya menjadi rosak yang mana akan menjerumus kepada maksiat yang lebih teruk? Saya harap saudara dapat keluarkan gambar gambar tersebut kedalam egroup supaya pembaca dapat mengesan ibubapa remaja tersebut dan seterusnya menegur dan menasihat mereka agar menghormati masyarakat sekeliling.”

1 comments:

Anonymous said...

tu bukan masalah kerajaan sahaja tp masalah kita semua..hang blh tau ke tu anak sapa ?silap2 anak org kuat PAS / PKR sapa tau? apa slhnya sama2 bekerjasam menangani masalh tersebut..negeri yg diperintah PAS pon tak lekang drpd masalah begini jgn main tuduh je...