Penampilan Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan gaya ucapannya nyata memaparkan keikhlasan dan keredhaannya yang cukup menyentuh hati. Sedikitpun tidak memaparkan kekesalan malahan nampak lebih bersemangat untuk mengabdikan diri untuk memperkasakan Agama Allah swt di muka bumi ini.
Penampilan dan kata-kata hikmat Mantan Mufti jelas menyokong dan membuktikan bahawa keikhlasan perjuangan dan keagungan kasih Allah swt merupakan hakikat motivasi unggul setiap daripada kita dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Dalam peribadi SS Dato Haji Mohd Murtadza Haji Ahmad juga terjelas terpancar didikan tinggi ayahandanya mengenai zuhud.
Serupa sahaja baginya sama ada menjadi Mufti atau Mantan Mufti, karismenya tetap unggul.
Orang yang hatinya sentiasa bersama Tuhan, mana mungkin makhluk lain boleh menandinginya. Apabila kita menjadi orang kepercayaan Allah swt sudah barang pasti kita memiliki aura tersendiri.
Jawatan, kedudukan dan pangkat bukanlah jaminan dapat memperjuangkan agama. Hanya dengan kasih Allah swt kita dapat berkhidmat untukNya.
Marilah kita berdoa agar kita terpilih, tersenarai dan dikekalkan untuk bersama-sama dalam lindungan kasih Allah swt.
Dipetik dari laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan http://yksn9.blogspot.com/2009/05/mantan-mufti-kerajaan-negeri-sembilan.html
Luahan isi hati Mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com
Nota kaki : Seorang penceramah anak tempatan Negeri Sembilan dalam satu ceramahnya baru-baru ini di Negeri Sembilan berpesan kepada para jemaah supaya hendaklah kita beriman kepada Muhammad bin Abdullah bukannya kepada Mohamad bin Hasan
WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIN
0 comments:
Post a Comment