Inilah hakikatnya, orang Islam @ Melayu mengemis untuk mendapatkan sekeping tanah untuk rumah mereka di alam kubur, alam barzakh.
Di Rembau , Melayu Rembau diberi pampasan sekitar RM 1 sekaki persegi untuk projek peleberan jalan . Permit kubur lagi mahal, permit kubur di Seremban RM 35 sekitar RM2 sekaki persegi.
Berita Harian 20 Mei 09 meceritakan sebahagian realiti pembelaan umat Islam di Negeri Sembilan http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090520091722/Article/index_html
Zakaria Sheikh Othman , aktivis masyarakat , juga membicarakan nasib yang sama terhadap isu tanah perkuburan Islam di Seremban dan Senawang http://czackpy.blogspot.com/2009/05/di-daerah-seremban-ketika-ini-terdapat.html#links
Ini cerita pembelaan orang Melayu @ Islam. Ini cerita pengurusan tanah kubur saja, bukannya nak uruskan tanah industri seperti milik PKNNS seperti di Chembong dan lain-lain tempat.
*****************************
TERPAKSA 'MENGEMIS' TANAH KUBUR
Berita Harian 20 Mei 09
Penduduk Bandar Baru Nilai rayu kerajaan sedia tapak pengebumian
NILAI: Kemudahan infrastruktur asas memang diperlukan oleh penghuni di kawasan perumahan baru. Selain keperluan duniawi, mereka juga tidak harus mengabaikan kemudahan yang perlu disediakan berkaitan soal mati.
Ini kerana, tanpa kemudahan ini ia bukan saja mendatangkan kesukaran tetapi ada masanya boleh mendatangkan kesulitan.
Dan inilah yang diharapkan penduduk beberapa taman perumahan di Bandar Baru Nilai, di sini apabila meminta kerajaan negeri menyelesaikan masalah ketiadaan kawasan tanah perkuburan yang menyebabkan mereka terpaksa 'mengemis' untuk mengebumikan jenazah sekiranya berlaku kematian.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Kasia, Gunawi Bajuri, 68, berkata masalah ketiadaan tanah perkuburan itu perlu diselesaikan segera bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah untuk menguruskan jenazah penduduk yang meninggal dunia.
Katanya, kawasan tanah perkuburan yang berdekatan ialah Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kadir dan Kampung Kondok tetapi mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dulu untuk mengebumikan jenazah.
"Dua bulan lalu seorang warga emas meninggal dunia dan sebagai pengerusi persatuan penduduk, saya terpaksa merayu kepada imam Masjid Kampung Bukit Kadir supaya jenazah berkenaan dapat dikebumikan di tanah perkuburan di kawasannya.
"Bagaimanapun, imam terbabit tidak membenarkan atas alasan tanah perkuburan itu dikhususkan untuk penduduk kampung itu saja dan saya kemudian terpaksa meminta bantuan bilal Masjid Bandar Baru Nilai.
"Mujur bilal itu membenarkan dan memberi tapak perkuburan miliknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kondok untuk membolehkan jenazah berkenaan dikebumikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Terbuka Pendaftaran Persatuan Penduduk Kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) di Dewan MPN, di sini, baru-baru ini.
Gunawi berkata, pihaknya juga berharap kerajaan negeri membantu menyediakan van jenazah di Masjid Bandar Baru Nilai kerana masjid berkenaan tidak mempunyai kemudahan itu walaupun perkara itu sudah beberapa kali ditimbulkan.
"Kita sudah bangkitkan masalah ketiadaan kemudahan itu pada sesi dialog dengan MPN tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun kelengkapan untuk memandikan jenazah sudah disediakan," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20090520091722/Article/index_html
******************************
TANAH KUBUR PUN KITA TAK DAPAT HARAPKAN UMNO URUSKAN.
Di daerah Seremban ketika ini terdapat 3 kawasan Perkuburan Utama iaitu Makam Tuan Haji Said, Tanah Perkuburan Paroi Jaya dan yang terbaru Tanah Perkuburan Senawang.
Satu ketika di zaman Tok Isa ianya menjadi kelam kabut apabila tanah di sekililingnya di beri kepada orang UMNO yang kemudian di jual kepada saudagar Cina dan tanah perkuburan baru dibuka di Senawang. Khabarnya bila rungutan dari orang ramai tersebar pula ia tak jadi dan keluarga india di situ diberi tanah di tempat lain dan Makam Tuan Haji Said di besarkan dengan tambah kawasan seluas 5 ekar.
Bila zaman Tok Mat kerja-kerja tanah dimulakan. Ianya menimbulkan banyak pertanyaan. Ada yang bercerita bila ditanya kepada Tok Mat, Beliau maklumkan bukan beliau tetapi kelulusan di beri pada zaman Tok Isa. Mustahil kelulusan bangunan pun zaman Tok Isa
Makam Tuan Haji Said sepatutnya menampung penduduk di sekitar Ampangan, Sikamat membawa hingga ,Lobak , Templer, Seremban , Rasah dan sekitarnya . Manakala kita melihat tanah perkuburan di sebelah stadium yang kecil sahaja, nak tampung orang Taman Paroi Jaya pun tak cukup.Melalui pengalaman uruskan jenazah kadangkala permintaan keluaraga tidak dapat dipenuhi bagi memilih kawasan tanah perkuburan yang berhampiran. Tanah perkuburan stadium tidak mampu menampung penduduk taman di sekitarnya apakan lagi jenazah yang dibawa dari luar kariah.
Adakalanya jenazah dari Senawang tidak dikebumikan di Makam Tuan Haj Said dan tanah perkuburan di Senawang bukan pilihan penduduk Senawang.
Kini pilihan banyak di tanah perkuburan Stadium kerana di Makam Tuan haji Said pengurusanya kelam kabut . Jenazah yang dikebumikan dilereng bukit tidak jadi pilihan.
Permasalahan tanah perkuburan ini pernah disuara kepada rakan UMNO di Kampung Bukit Temiang. Tapi jawapan mereka bila kita mati apa nak tahu, biar yang hidup uruskan. Kita pun tak tahu mati kita esok keluarga dapat tengok mayat ke tidak.
Seharusnya mesti dibuat penyeragaman. Apa akan terus kekal budaya melayu bila melalui kawasan kubur takut hantu kubur. Sedangkan kawasan kubur itu satu dari iktibar agar manusia sentiasa ingat mati itu pasti datang dan bersiap sedia untuk menghadapi.
Tidak kira dia orang besar ke? , pangkat besar?, kuasa besar ke ? mati tetap datang . Benarlah apa yang dikatakan oleh Dato' Hasan Ali, Umno nie dalam kamus ilmu perancangan bandar tidak difikirkan langsung kawasan kubur, hanya hidup, hidup, hidup.
Inikah kerajaan UBN yang hendak kita terus harapkan memimpin serta mentadbir kehidupan kita?Nak uruskan kubur pun kelam kabut.
http://czackpy.blogspot.com/2009/05/di-daerah-seremban-ketika-ini-terdapat.html#links
0 comments:
Post a Comment