5/25/09

PAS Terachi persoal UMNO N.Sembilan

Adakah UMNO Pembela Melayu?

……Mengapa bangsa Melayu begitu mudah diperkotak-katikkan?, inilah permainan politik UMNO terhadap bangsa Melayu hari ini. Mereka tahu bahawa orang Melayu sangat mudah untuk diperdayakan dan mereka juga tahu bahawa orang Melayu mudah mengikut telunjuk pemerintah. Rasa hormat dan patuh orang Melayu kepada pemerintah hari ini telah dicabuli keutuhannya oleh kerajaan UMNO.

Sebagai contoh, Kita merasa pelik mengapa Kuil hindu begitu sukar untuk dirobohkan atau dialihkan?. Adakah orang India mewakili sebilangan besar penduduk di negara ini?, atau apakah kerajaan lebih takut menangani isu orang India ini dari isu orang Melayu sendiri?. Mungkin juga salah satu sebabnya undi orang India adalah penyelamat mereka dari kalah dalam pilihanraya, maka kerajaan takut untuk mengganggu dan menggugat hak mereka. Atau mungkin UMNO sudah tahu bahawa orang Melayu akan tetap mengundi mereka walaupun hak orang Melayu diambil oleh kerajaan dengan apa cara sekali pun.

Berbalik kepada isu di Rembau, adalah wajar untuk kita mempertahankan hak bangsa kita dari diambil dengan sewenang-wenangnya apatah lagi jika tanah itu adalah Tanah Adat. Tanah Adat tidak boleh dijual, kecuali pada waris sesuku. Walaubagaimanapun, soal tanah di Rembau ini mestilah diselesaikan mengikut kaedah yang betul dan terbaik agar semua pihak akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Kerajaan juga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ke atas bangsa Melayu dan jangan sekali-kali memaksa orang Melayu membenci UMNO, sekiranya orang Melayu sudah hilang keyakinannya dengan UMNO, maka jangan fikir UMNO akan dapat kembali berkuasa selepas ini.

Kisah selanjutnya pada pautan berikut http://pasterachi.blogspot.com/2009/05/adakah-umno-pembela-melayu_7032.html

0 comments: