Anak Muda Rembau menyatakan kekecewaan dan rasa terkilan terhadap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya daripada PAS dan PKR yang merasakan seolah-olah kurang memberikan perhatian terhadap permasalahan penduduk dan rakyat di Rembau ini.
Banyak masalah penduduk di Rembau ini bukan sahaja tidak mendapat perhatian Umno/Barisan Nasional malahan media juga hampir menutup ruang mengutarakan permasalahan penduduk di Rembau.
Apa yang diharapkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat terutama mereka yang berasal dari Negeri Sembilan atau pernah menetap di Negeri Sembilan agar mengetengahkan isu permasalahan penduduk Rembau di peringkat pusat , di peringkat parlimen serta di dalam media.
Masalah utama penduduk di Rembau sekarang ini ialah ketidakadilan pampasan tanah oleh pihak kerajaan dalam beberapa projek antaranya projek mega landasan keretapi berkembar , projek pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja dam projek naik taraf jalan ke Gunung Datuk.
Mujurlah ada Chegubard http://chegubard.blogspot.com selaku Ketua Bahagian PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com selaku Yang DiPertua Kawasan PAS Rembau yang sering memperjuangkan nasib rakyat Rembau secara keseluruhan dan nasib orang Melayu Rembau. Walaupun dengan sumber kewangan yang amat terbatas mereka berdua sering turun padang mendengar rintihan rakyat.
Chegubard dan YB Taufek sanggup turun padang , menampal poster bantahan , mengedar risalah bantahan , menggantung sepanduk bantahan. Malahan YB Taufek telah membentang usul memansuhkan PPSMI dengan kadar segera pada Muktamar PAS Pusat ke 55 yang baru berlalu. Ini menunjukkan keprihatinan mereka berdua terhadap nasib rakyat dan nasib anak bangsa.
Justeru itu sekali lagi Anak Muda Rembau pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat khususnya dari PAS dan PKR agar memberikan sedikit perhatian kepada nasib penduduk Rembau.
Hujan emas negeri orang
Hujan batu negeri sendiri
Walaupun bertanding di tempat orang
Jangan lupa negeri sendiri
Beberapa pautan masalah penduduk Rembau :
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html
http://waghih.blogspot.com/2009/06/kisah-sedih-wanita-muallaf-di-rembau.html
0 comments:
Post a Comment