Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan sudah diperbadankan menjadi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Patutnya lagi cekap , tapi lagi teruk. Jadi apa motif sebenar Menteri Besar Negeri Sembilan memperbadankan JBA ni. 1Malaysia , Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Mungkin bukan rakyat Negeri Sembilan dalam 1Malaysia. Pencapaian ? Tak tahulah pencapaian apa.
1MALAYSIA...PEGAWAI DIDAHULUKAN..ALASAN DIUTAMAKAN. AMBIK KAU !
Khairy Jamaluddin sebelum nak bermuzakarah dengan PAS , selesaikan dulu masalah tanah adat Melayu di Rembau yang “dirampas” untuk projek keretapi dan jalanraya. Sebelum nak bermuzakarah dengan PAS jangan jadikan Kedai Judi Magnum di Rembau sebagai sumber menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat.
*************************
Berita Harian 9 Jun 2009
Alasan JBA Jelebu memalukan
SAYA ingin mengutarakan beberapa aduan mengenai perkhidmatan bekalan air sangat teruk di Taman Bukit Kempas, Jelebu terutama di fasa dua. Taman Bukit Kempas adalah taman perumahan baru di daerah ini.
Ia dibahagi kepada tiga fasa, iaitu fasa satu (sudah diduduki tiga tahun lalu), fasa dua (diduduki tahun lalu) dan fasa tiga (baru peroleh sijil layak menduduki (CF) dari Majlis Daerah Jelebu sebulan lalu).
Apa mengecewakan ialah taman itu kerap mengalami gangguan bekalan air dan yang terbaru adalah bermula dari Jumaat lalu sehingga kini bekalan air tidak dapat disalurkan ke fasa dua atas alasan yang memalukan.
Apabila kami membuat aduan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Jelebu, pegawai mengatakan penggunaan air terlalu tinggi terutama pada hujung minggu dan musim perayaan menyebabkan bekalan terputus.
Itu adalah alasan memalukan kerana meletakkan beban kesalahan kepada pengguna yang membayar bil setiap bulan.
Masalah itu mula dikesan pada cuti musim perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu dan kini ia berulang kerana fasa tiga mula diduduki. Pegawai JBA menyalahkan pemaju kerana meletakkan rumah pam air terlalu ke dalam (di atas bukit) dan menyebabkan saluran air tidak mampu mencapainya.
Mengapa ketika pembinaan dulu ia tidak difikirkan? Mengapa juga CF dengan mudah dikeluarkan walaupun menyedari masalah itu boleh berlaku. Sekali lagi JBA Jelebu menyalahkan pengguna. Mungkin slogan JBA bertukar kepada 1Malaysia...pegawai didahulukan..alasan diutamakan.
Kami juga dimaklumkan masalah itu sudah dibawa ke mesyuarat tindakan daerah, namun sehingga kini tiada tindakan konkrit untuk menyelesaikannya.
Terlalu banyak alasan diberi sehingga mual kami mendengarnya. Kerajaan negeri pernah menyatakan, penswastaan JBA-NS kepada Sains akan meningkatkan kualiti perkhidmatan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tidak nampak sebarang perubahan kecuali pegawai dan nama saja. Kami juga maklum seorang Exco Kerajaan Negeri tinggal di taman itu dan merayu kepada pihak berkuasa tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin.
Penduduk merayu kepada pihak berkuasa bermula dari JBA Jelebu hinggalah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan agar menyelesaikan masalah tidak berkesudahan itu.
Janganlah menunggu sehingga PRU-13 baru nak selesaikan kerana kami khuatir kekecewaan yang tidak pernah padam ini menyebabkan satu-satunya kerusi MCA di Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan DAP.
Di kala itu, nasi sudah menjadi bubur dan tiada apa mampu dilakukan kerana jelas tsunami politik PRU-12 adalah kerana rakyat kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan terlalu lembap, penuh birokrasi dan tidak mengutamakan kami sebagai rakyat biasa tidak punyai kuasa selain kuasa mengundi saja.
PENDUDUK
TERAMAT KECEWA,
Taman Bukit Kempas, Jelebu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090609015027/Article/index_html
0 comments:
Post a Comment