Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno
Oleh Chegubard
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html
Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.
'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan hilang hak penting iaitu tanah.
Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu diganti....
Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan penentangan.
Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak tanah ini.
Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat (berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.
Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk merialisasikan landasan berkembar keretapi.
Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.
Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.
Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.
Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.
Sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.
0 comments:
Post a Comment