7/8/09

Kenapa perlu swastakan Baitulmal N.Sembilan ?

Adakah pegawai Baitulmal sedia ada tak cekap ?
Adakah bos Baitulmal termasuk Pengerusi MAINS sendiri yang juga MB juga tidak cekap ?
Adakah sistem komputer Baitulmal tidak cekap ?
Adakah wang Baitulmal terlalu banyak hinggakan mampu melantik syarikat swasta sekadar untuk mengkaji sistem agihan Baitumal?
Apakah tidak boleh diserahkan sahaja kajian ini kepada pensyarah , pelajar “postgraduate” , pelajar yang ingin buat thesis yang jauh lebih murah , kita ada UKM , UPM bahkan di N.Sembilan dah ada Univesiti Sains Islam ?
Berapa kos yang dibayar kepada syarikat swasta ini ?
Itu baru lantik perunding nak kaji bantuan. Adakah akan dilantik perunding untuk setup sistem komputer agihan bantuan ? Lantik perunding buat borang bantuan yang canggih ? Lantik perunding kira agihan bantuan ikut peratusan isi rumah , jarak dari bandar ? Lantik perunding untuk buat cara pembayaran yang cepat ?

Lebih mudah ikut cara Saidina Umar (Perdana Menteri atau Menteri Besar ketika itu), keluar pada malam hari cari keluarga yang kesusahan. Pikul sendiri makanan dan agihkan pada ibu dan anak-anak yang kelaparan. Barulah telus, barulah tahu siapa yang menipu untuk dapatkan bantuan , barulah tahu pegawai Baitulmal jalankan tugas atau tidak.

*********************************
Lantik perunding kaji bantuan Baitulmal
Utusan Malaysia 8 Julai 2009

SEREMBAN 7 Julai - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah melantik agensi perunding swasta untuk mengkaji sistem pengagihan bantuan Baitulmal kepada umat Islam di negeri ini agar lebih efisien dan cekap.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu diambil bagi mengenal pasti penerima zakat dan bantuan Baitulmal selain mengemas kini data sedia ada.

"Pada masa ini penerima yang tinggal di bandar dan di luar bandar terima bantuan atau zakat dengan kadar yang sama daripada Baitulmal sedangkan kos sara hidup mereka berbeza.

"Oleh itu, kita membuat keputusan untuk merombak semula struktur pembayaran kepada mereka dan kita berharap bantuan yang dihulurkan benar-benar membantu meringankan beban mereka," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Baitulmal kepada 151 penerima dari tujuh kariah masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau di sini hari ini.

Tambah Mohamad, perunding itu akan membuat kajian secara rambang bagi mengenal pasti para penerima bantuan serta keperluan mereka sama ada jumlah yang diberi mencukupi atau sebaliknya.

"Kajian akan dibuat dalam tempoh enam bulan dan laporan mengenainya akan dikemukakan kepada MAINS untuk penilaian.

"Kita mahu mengenal pasti sama ada bantuan yang diberikan kepada setiap penerima memadai atau tidak untuk menyara hidup mereka," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

0 comments: