Sinar Harian 6 Julai 2009
SUNGAI ROTAN - Majlis Daerah Jelebu (MDJ) diminta bertindak segera menyelenggara kerosakan di gerai-gerai milik pihak berkuasa tempatan itu.
Seorang peniaga, Rohana Mohamed Nor, 44, dari Kampung Sungai Rotan 1, berkata, gerai MDJ itu kerap kali mengalami masalah seperti atap bocor yang dikhuatiri menjadi lebih besar kerana tompokan air hujan jelas kelihatan berhampiran lampu syiling.
Menurutnya, keadaan itu berkemungkinan akan menyebabkan lintar pintas dan bakal membahayakan nyawa peniaga berniaga di gerai itu.
“Oleh itu, saya amat berharap MDJ dapat memantau masalah ini dengan secepat mungkin kerana ia bukan sahaja dialami peniaga, malah pembeli atau individu yang berkunjung ke gerai ini turut terkena tempiasnya.
“Masalah atap bocor ini kerap diadukan dan setiap kali aduan dibuat, MDJ membuat penyelenggaraan tetapi masalah yang sama masih berulang sehingga menimbulkan tanda tanya,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya.
Rohana berkata, selain itu, peniaga gusar dengan lubang yang semakin besar di jalan dekat tandas.
Menurutnya, lubang itu menimbulkan masalah lalat di samping boleh membahayakan pengguna jika dibiarkan.
“Oleh itu, saya amat berharap pihak MDJ dapat mengambil langkah segera dengan menyelenggara kesemua kerosakan di gerai ini bagi membolehkan peniaga dan pembeli lebih selesa untuk berkunjung ke sini,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2928730.asp
0 comments:
Post a Comment