Orang yang menipu orang lain , sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri. Allah nampak segala penipuan manusia , di akhirat nanti mereka yang menipu akan menerima balasan masing-masing.
Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. ( Al An’aam : 123 )
‘Kaki ekor’ ubah taktik beli nombor luar premis
Sinar Harian 22 Julai 2009
REMBAU – ‘Kaki ekor’ membabitkan segelintir orang Islam di daerah ini dipercayai mula menggunakan taktik baru apabila kegiatan itu dikesan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daerah Rembau dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini.
Mereka didakwa bersekongkol dengan tauke kedai nombor ekor berkenaan semata-mata untuk menjalankan urusan jual beli di luar premis bagi mengelakkan ditahan.
Sebelum ini, mereka didapati membeli nombor ekor dalam premis judi, tetapi akibat bimbang ditahan penguat kuasa agama menyebabkan mereka menukar taktik dengan melakukannya di luar premis.
Jurucakap JHEAINS berkata, ‘kaki ekor’ terbabit dikesan berpakat dengan tauke kedai nombor ekor itu menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk menahan suspek.
Katanya, apabila mereka sudah menukar taktik dalam melakukan urusan jual beli di luar premis, ia menyukarkan Jabatan dalam operasi yang dijalankan.
“Hasil pemerhatian, mendapati segelintir orang Islam yang mengunjungi premis judi didapati berlagak selamba membeli nombor ekor di luar kedai dan bukannya mengunjungi kaunter dalam premis berkenaan seperti kebiasaannya.
“Itu yang menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menahan dan gagal untuk mengesan dan mengenal pasti suspek,” katanya.
Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya mendapati kakitangan kedai nombor ekor terbabit akan keluar daripada premis berkenaan dengan membawa resit pembelian dan menyerahnya kepada beberapa individu dipercayai pembeli beragama Islam.
“Tindakan itu menyebabkan kesukaran bagi anggota penguat kuasa agama menahan mereka yang membeli nombor ekor kerana mereka berada di luar premis.
“Ini kerana berdasarkan Seksyen 79 A (1) Enakmen Jenayah Syariah 1992, orang Islam boleh ditahan mengunjungi premis judi dan boleh dikenakan denda melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2977334.asp
0 comments:
Post a Comment