INSAFLAH ! Dengarlah nasihat bekas Mufti N.Sembilan. Doa jauhi Selsema Babi di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html
Maksiat berleluasa undang azab Allah http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
JANGAN SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH
**********************
Utsuan Malaysia 23 Julai 2009
Kaji semula 'Serembang di Seremban'
Pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) perlu kaji semula tajaannya yang mengadakan persembahan kumpulan gitar rancak setiap malam Sabtu di Dataran Seremban yang terletak di pusat bandar.
Persembahan bercorak hiburan khas untuk muda-mudi yang dikenali sebagai 'Serembang di Seremban' diadakan di tempat yang sangat tidak bersesuaian kerana ia terletak berhampiran tempat lalu-lalang orang awam yang berurusan di situ.
Yang menjadi masalah ialah adalah muda-mudi yang menjadikan tempat itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang awam lalu-lalang, terutama sekali mereka yang berkeluarga membawa kanak-kanak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku.
Diharap pihak MPS memantau bukan sahaja kawasan Dataran Seremban tetapi di kawasan Taman Tasik (Taman Bunga). Pekerja MPS sendiri yang membersihkan kawasan di awal pagi kerap kali menemui bekas-bekas kondom di merata tempat. Ini menunjukkan berlakunya aktiviti tidak sihat di kalangan remaja.
Dicadangkan dipagar sahaja kawasan Dataran Seremban dan Taman Tasik supaya ditutup pada waktu lewat malam. Juga pasang lampu terang-benderang di kawasan tersebut bagi membendung muda-mudi kita berpeleseran yang melampau.
SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm
0 comments:
Post a Comment