8/29/09

Kawasan perumahan berbau sampah

Pusat pelupusan terlalu hampir dengan kediaman undang masalah lalat
Berita Harian 28 Ogos 2009

PORT DICKSON: Penduduk kawasan perumahan sekitar pusat pelupusan sampah Bukit Palong, Lukut dekat sini, sudah tidak tahan lagi melihat antara 20 hingga 30 lori sampah berulang-alik melalui kawasan itu setiap hari sejak bertahun-tahun lalu.

Masalah bau busuk bukan lagi cerita baru dan lori sampah pula meninggalkan air sampah yang busuk di jalan raya.

Penduduk mahu pusat pelupusan sampah itu dipindahkan ke tempat lain dengan segera, malangnya keluhan dan aduan mereka tidak dihiraukan.

Penduduk taman perumahan D’Ambang Kota, Salleh Ibrahim, 35, berkata masalah itu seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa.

Katanya, penduduk berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai seperti cukai taksiran.

"Keadaan bertambah teruk apabila hujan diikuti keadaan panas yang menyebabkan bau busuk cukup memualkan. Sampah juga menarik kehadiran lalat dan keadaan ini menjijikkan, terutama ketika hendak mengadakan kenduri," katanya yang menetap di situ sejak lapan tahun lalu.

Salleh mendakwa pekerja di pusat pelupusan sampah itu menabur sejenis cecair di tapak pelupusan itu bagi menangani masalah bau busuk dan akibatnya, lalat berpindah ke kawasan perumahan.

Peniaga, Razilawati Abdul Rahman, 40, berkata bau busuk dari pusat pelupusan sampah itu menjejaskan perniagaan restorannya.

Katanya, masalah lalat tidak terkawal walaupun pekerja restoran berulang kali membersihkan persekitaran restoran itu.

"Saya malu apabila pelanggan masuk ke restoran dan melihat meja dihurungi lalat, mereka terus keluar.

Bagaimana hendak untung sedangkan laluan di sini adalah antara jalan utama menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan peranginan di sini,” katanya.

Musa Jalil, 43, pula berkata bau busuk semakin teruk pada waktu malam sedangkan ketika itu, penduduk hendak berehat selepas penat bekerja.

Katanya, rumah pangsa Pinggiran Kota Lukut yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari pusat pelupusan sampah itu adalah antara kawasan paling teruk terjejas kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap malam.

"Kami tidak mungkin berpindah ke tempat lain kerana membuat pinjaman bank untuk membeli rumah di sini. Malah, sebelum ini kami diberitahu pusat pelupusan sampah itu akan dipindahkan ke tempat lain, tetapi hingga kini ia masih beroperasi.

"Tolonglah pindahkan ia ke tempat lain. Saya tidak faham bagaimana pusat pelupusan sampah boleh beroperasi berhampiran kawasan perumahan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090828084513/Article/index_html

1 comments:

Anonymous said...

Types of chocolate:
Commercially available chocolate and chocolate can be divided into thermostat thermostat-free chocolate, the so-called free thermostat chocolate, is chocolate containing cocoa butter composition of the separation, and then replace the cocoa butter to vegetable oils, due to low prices, easy and in the is not easy to melt under high ambient temperature have been widely used in commercial purposes, the French chocolate Technology Normal University are reluctant to use the thermostat-free chocolate.

Dalai Lama's public trip from August 31 to September 2. Dalai Lama plans on the 30th night entry from Taoyuan International Airport, 31 Chinese and foreign journalists will be held the morning, afternoon, and visits prospecting disaster victims, on the 1st of the trip was a public speech and the victims of the village, a modern place in Kaohsiung City Comprehensive Stadium, 2 No. Han God Dome Banquet Hall with Cardinal Paul Shan Kuo-hsi of the talk.